You are on page 1of 14

Jenis-jenis dan Aksesori Kamera

Terdapat banyak jenis kamera yang boleh digunakan untuk mengambil foto. Antara jenis kamera yang menjadi pilihan ialah: 1) Kamera Format Kecil 2) Kamera Format Besar 3) Kamera Format Sederhana 4) Kamera Kotak/Fokus tetap 5) Kamera Polaroid/ Kamera Segera 6) Kamera Digital

1) Kamera Format Kecil


Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 35mm. Kamera ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :

a) Kamera Kompak Biasa


Ia agak ringkas. Dikenali sebagai kamera pandang terus/ kamera hala dan petik. Kamera jenis ini hanya mempunyai peralatan asas bagi sesebuah kamera spt pemidang tilik (view finder), kanta, tuil penggerak filem, tuil penggulung filem dan shutter. Jurukamera hanya perlu menekan butang pengatup dengan memberi fokus kepada subjek yang hendak diambil. Terdapat satu lampu imbasan (flash). Ia mudah dikendalikan dan harganya murah.

b) Kamera Rangefinder
Ia mempunyai pemidang tilik yang bergabung dengan pelaras fokus pada mata. Alat rangefinder yg terdapat pada pemidang tilik dapat menentukan fokus pada kanta kamera. Jurukamera perlu memutarkan pelaras fokus pada kanta ke kiri /kanan sambil melihat sama ada subjek di hadapan kamera itu kelihatan jelas/kabur. Paling popular

c) Kamera jenis rifleks satu kanta (SLR)


Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang disebelah depannya. Ia hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang. Imej yang dilihat pada tingkap penilik pandangan masuk melalui lensa yang memancarkan imej ke filem. Ia dilengkapkan dengan sistem lensa yang boleh ditukar ganti. Lensa boleh ditukar walau pun kamera sudah diisi filem, tanpa

merosakkan filem.
Ia juga boleh menggunakan lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide angle lens), lensa mikro ( micro lens), dan alat tambahan lain.

2) Kamera Format Besar


Kamera ini menggunakan helaian filem. Bentuknya yang besar sangat popular dalam kalangan jurukamera. Penggunaannya terdapat banyak di dalam studio kerana kualiti gambar yang dihasilkan amat berkualiti.

3) Kamera Format Sederhana


Kamera jenis ini menggunakan filem saiz seperti 120 atau 220 yang
mempunyai ukuran bidang 60mm x 60mm. Ia terdapat dalam bentuk SLR (Single Len Reflex) dan jenis TLR (Twin lens

Reflex).
Kamera jenis TLR mempunyai dua kanta.

Kanta atas digunakan sebagai pemidang tilik dan kanta bawah sebagai kanta objektif. Kamera TLR kurang digunakan pada masa kini kerana kesukarannya untuk mendapatkan filem gulung.

4) Kamera Kotak/ Fokus Tetap


Terdiri daripada satu kanta , satu butang pengetup dan tuil penggerak filem. Mempunyai fokus tetap. Menggunakan filem bersaiz 110,120 dan 127. Sangat murah dan mudah dikendalikan. Ia sesuai untuk membuat snap-shots.

5) Kamera Polaroid/ Kamera Segera


Kamera ini merupakan kamera yang menghasilkan gambar foto dalam jangka masa yang cepat, iaitu antara 1minit -2 minit bagi melihat gambar yang dihasilkan. Gambar foto diproses di dalam kamera dan tidak memerlukan filem diproses di bilik gelap. Saiz gambar yang dihasilkan ialah 85mm x 109mm. Filem khas digunakan yang permukaannya mengandungi bahan kimia yang dapat memproses imej menjadi positif dengan cepat. Harganya mahal bebanding daripada filem gulungan.

6) Fotografi Digital
Berbanding dengan kamera filem, ia menggunakan sensor elektronik yang di panggil CCD (Charge-coupled device) atau CMOS

(Complementary metaloxidesemiconductor ) untuk merakam imej sebagai data binary. Ini memboleh imej disimpanan dan disuntingan menggunakan komputer peribadi. Jualan kamera digital sekarang telah melampaui jualan kamera filem; dan mempunyai fungsi-fungsi yang tidak terdapat pada kamera filem seperti merakam video dan suara. Sebahagian peranti yang lain seperti telefon mudah alih, juga sekarang telah dilengkap dengan fungsi fotografi digital.

Lens Lens merupakan alat terpenting dari kamera. Berfungsi

untuk memfokuskan cahaya hingga mampu menerakan


gambar tangkapan ke medium penangkap (film atau sensor digital)

Jenis-jenis lens 1) Sudut Super Lebar (Super Wide Angel) - Jangkauan sangat luas

2) Sudut Lebar (Wide Angle) - Sesuai untuk memotret penorama atau pemandangan

3) Lens Standard Lensa berjangkauan normal. Sesuai untuk mengambil portrait.

4) Telefoto
Lensa berjangkauan panjang, biasa digunakan oleh fotografer di
pinggir lapangan sepak bola atau paparazi. Contoh ukuran lensa : 85 mm, 100 mm, 135 mm, 200 mm, 300mm.

5) Makro
Lensa berjangkauan sempit, biasa nya digunakan untuk mengambil foto makro atau detil-detil dari sebuah benda. Contoh ukuran lensa : 50 mm macro, 100 mm macro, 135 mm macro

You might also like