You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 HBPE4203 PSIKOLOGI DAN SOSIOLGI SUKAN

NO MATRIK NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MAIL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

800404015029002 800404015029 0133684901 banjarmasin_4480@yahoo.com IPGM Temenggong Ibrahim

KANDUNGAN
BIL PENGENALAN DEFINISI BENTUK KEAGRESIFAN DALAM SUKAN 3.1 BENTUK INSTRUMENTAL 3.2 BENTUK BERMUSUHAN 3.3 ASERTIF 4.0 TEORI-TEORI KEAGRESIFAN DALAM SUKAN 4.1 TEORI NALURI SIGMUND FREUD 4.2 TEORI BREDEMEIRE 4.3 TEOI KEKECEWAAN-KEAGRESIFAN 4.5 TEORI KEKECEWAAN-KEAGRESIFAN YANG DIKAJI SEMULA 4.6 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA 5.0 6.0 7.0 8.0 KEJADIAN KEAGRESIFAN DALAM SUKAN CARA MENGATASI KEAGRESIFAN KESIMPULAN RUJUKAN PERKARA MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0

1.0 Pengenalan Keagresifan dalam sukan ialah satu fenomena tingkah laku yang sentiasa berlaku dalam sukan atau perminan sehingga boleh mengundang atau menyebabkan kecederaan yang amat serius dan kesakitan secara fizikal dan psikologikal. Keagrifan dalam sukan ini juga ada kalanya sehingga menyebabkan kematian. 2.0 Definisi Keagresifan Terdapat beberapa definisi berkaitan keagrifan dalam sukan yang diutrakan oleh penyelidik. Menurut Silva (1981), keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut. Wann ( 1997 ), satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan harta benda yang berpunca dari kemarahan.. Menurut Baron dan Richardson (1994), keagresifan merupakan apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Selain daripada itu, keagresifan boleh takrifkan sebagai satu keganasan dalam sukan yang boleh menyebaban kecederaan yang serius. Kebiasaan keganasan ini terjadi dalam sukan yang memerlukan kontak seperti sukan ragbi, bola sepak, hoki ais dan sebagainya. Namun begitu, keagresifan dalam sukan bukan sahaja berpunca daripada peserta atau atlit malah faktor-faktor lain seperti penyokong, dan kepengadilan yang berat sebelah boleh menjadi punca keagresifan iu berlaku. Menurut Gill ( 1986 ) bagi menghasilkan sesuatu tingkah laku atau tindakan yang dikotegorikan sebagai agresif mesti menepati empat kriteria iaitu yang pertama keagresifan itu adalah satu tingkah laku berbentuk fizikal semata-mata tanpa perasaan, sikap atau motivasi. Kedua, keagresifan satu tingkah laku yang dilakukan dengan sengaja iaiu tanpa niat.Ketiga, Keagresifan satu tingkah laku yang ditujukan kepada benda hidup. Yang terakhir ialah keagresifan suatu tingkah laku yang dilakukan dengan niat untk mencederakan seseorang individu sama ada dari segi fizikal atau mental.

Kesimpulan dari definisi-definisi tadi, terdapat persamaan iaitu kedua-duanya memasukkan unsur niat, perlakuan secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Perbezaan ketara di antara kedua-duanya adalah elemen kerosakan harta benda. Baron dan Richardson tidak mengambil kira kerosakan harta benda sebagai hasil dari tindakan yang agresif. 3.0 Bentuk-Bentuk Keagresifan dalam sukan Terdapat tiga bentuk keagresifan yang berlaku dalam sukan iaitu bentuk keagresifan instrumental, bentuk bermusuhan dan tindakan asertif. 3.1 Bentuk Instrumental Bentuk instrumental ialah suatu perlakuan yang menyebabkan berlakunya kecederaan kepada pemain-pemain lawan. Perlakuan agresif ini bukanlah bertujuan untuk menganiaya atau mencederakan tetapi untuk mencapai matlamat yang berupa ganjaran atau maruah diri. Sebagai contoh, tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain. Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan. Perlu ditegaskan di sini bahawa kedua-dua jenis tindakan agresif di atas sebenarnya salah serta tidak boleh diterima dalam konteks sukan. Ini kerana niat untuk mencederakan pemain pasukan lawan masih ada sedangkan tindakan ini bersalahan dengan peraturan mana-mana jenis sukan. Penggunaan strategi ini khususnya di peringkat profesional perlu dibenteras kerana tindakan pemain profesional ini lazimnya akan menjadi ikutan pemain muda. 3.2 Bentuk Bermusuhan atau Ketara Menurut Dollard, et al., ( 1939 ) Bentuk keagresifan bermusuhan suatu perlakuan agresif yang dilakukan dengan niat untuk menyakitkan seseorang secara fizikl stsu psikologikal. Di dalam bentuk bermusuhan ini pemain menetapkan matlamat untuk mencederakan pemain pihak lawan sehingga menyebabkan pemain tersebut mengalami kecederaan dan teraniaya. Silva 1984, menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta dengan niat

untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya. Sebagai contoh, seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan). Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan. Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.

3.3 Tindakan Asertif Jenis tindakan asertif ini sering kali disalah tafsirkan maksudnya kerana jarang sekali digunakan istilah ini dalam konteks sukan. Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan ( mengikut peraturan permainan ) untuk mencapai sesuatu matlamat ( kemenangan ). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul. Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan permainan dan tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan. Sebagai contoh, penggunaan terjahan ( tackle ) untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan bersih serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan. Dalam situasi pertandingan, tugas untuk memastikan sama ada pelakuan itu dianggap sebagai perlakuan yang agresif atau asertif terletak ditangan pengadil. Adalah amat sukar untuk menentukan dan menilai niat seseorang pemain apabila mereka melakukan sesuatu dalam

konteks permainan kerana ia berlaku dengan pantas khususnya dalam sukan yang bercorak dinamik serta kemahiran terbuka (open skills).

4.0 Teori Teori Keagresifan Terdapat beberapa teori yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bagi menerangkan faktor berlakunya keagresifan dalam sukan; 4.1 Teori Naluri Sigmund Freud Menurut Gill ( 1986 ) setiap individu dilahirkan dengan tenaga naluri keagresifan dan tenaga ini membina satu dorongan dalaman yang harus dipuaskan. Beberapa tingkah laku yang tidak begitu agresif boleh dijadikan ejen untuk mengurangkan doronga ini. Semua tenaga ini harus dikeluarkan dan proses ini digelar sebagai katarsis. Seorang kanak-kanak yang merajuk dan menghentakkan kakinya sedang melepaskan tenaga yang dipanggil katarsis. Melalui cara ini, mereka akan memperoleh kepuasan buat seketika. Salah satu contoh dalam sukan adalah apabila bola yang dikawal seorang pemain bola sepak telah dirampas oleh pemain pihak lawan. Pemain yang kehilangan bola itu tadi akan cuba merampas kembali bola tersebut yang enggan melakukan terjahan ( takle) yang kasar. 4.2 Teori Bredemeire Teori ini dibuat berdasarkan teori Jean piaget mengenai perkembangan kognitif. Teori ini menerangkan tentang alasan moral, kehendak atau kemahuan dalam keagresifan berkaitan dengan tahap alasam moral. Teori ini beranggapan tingkahlaku agresif manusia sebaga sesuatu yang tidak beretika. Keagresifan yang terjadi mesti mendapat perkaitan antara tahap alasan moral dan tingkah laku yang dapat dilhat dalam keagresifan sukan itu sendiri. Dalam sukan lasak seperti permainan ragbi permainan yang agresif boleh diterima kerana terdapat dalam peraturan kecuali permainan yang dianggap kotor seperti memijak pemain lawan. Bagi seseorang yang masih belum memahami keagresifan dalam sukan yang sebenar akan bercelaru apabila melihat permainan yang agresif seperti ragbi. 4.3 Teori kekecewaan-Keagresifan

Kekecewaan berlaku apabila sesuatu motif yang amat diingini oleh seseorang itu tidak dapat dicapai kerana pergerakan ke arah motif itu dihalang atau dihentikan ( Dollart, Dood, Miller, Moowrer dan Sears, 1939). Sebagai contoh apabila seorang pemain bola sepak tertekan akibat keputusan pengadil kerana menjatuhkan pemain lawan walaupun baginya ia adalah bersih. Keputusan pengadil yang tidak adil baginya mengakibatkan pemain itu mungkin akan bertindak agresif dengan melakukan sesuatu perbuatan yang lebih kasar secara sengaja alaupun dia tahu dia akan dikenakan kad kuning atau kad merah. 4.4 Teori kekecewaan- keagresifan yang dikaji semula Teori ini dikaji semula dengan membuat perbandingan dengan teori pembelajaran sosial. Dalam teori ini, kekecewaan tidak semestinya diakhiri dengan tindak balas agresif tetapi boleh berubah menjadi agresif dengan syarat wujudnya ransangan tertentu yang mencukupi. Tingkah laku agresif akan berlaku apabila beberapa ransangan, terutamanya ransangan negatif yang bergabung dengan kekecewaan yang akhirnya keanresifan pun berlaku. Ransangan ini erupakan tanda atau isyarat yang menghubungkaitkan antara kekecewaan dan keagresifan. Perasaan marah merupakan asas berlakunya keagresifan. Terdapat jugafaktorfaktor lain seperti kemuraman dan kedukaan yang merupakan ransangan negatif yang boleh mencetuskan tingkah laku agresif. Atlet yang berada dalam sesuatu pertandingan akan berada dalam keadaaan arousal ( kebangkitan psikologi ) dan sekiranya kekecewaan yang berterusan kan menyebabkan tahap kebangkitan tadi terus meningkat sehingga boeh menyebabkan berlakunya perbuatan yang agresif. 4.5 Teori pembelajaran Sosial Bandura Teori pembelajaran sosial Bandura ialah satu teori berkaitan pemerhatian dan peniruan. Dalam keagresifan sukan, kanak-kanak memerhati orang dewasa melakukan sesuatu tindakan yang ganas akan terikut-ikut dengan perbuatan tersebut berbanding dengan golongan kanak-kanak yang tidak ada pengalaman pendedahan menonton perbuatan ganas ( Bandura, 1973). Kajian ini menerangkan bagaimana teori pembelajaran sosial yang menekankan keagresifan yang boleh dipelajari atau dilatih melalui tingkah laku pemrhatian kepada tingkah laku yang agresif. Sebagai contoh, apabila seorang penonton bola sepak melihat orang lain bertindak ganas semasa

menonton perlawanan bola sepak tersebut akan meniru tingkah laku negatif itu tanpa memikirkan kesannya. Bagi mereka apa yang dilihat atau ditonton adalah satu pembelajaran secara sedar atau tidak sehinggakan mereka boleh meniru atau melakukan perkara itu semula sama seperti yang dilihat. Walaupun wujud banyak punca atau faktor yang menyebabkan berlakunya keagresifan dalam sukan tetapi masih ada cara untuk mengatasinya dan salah satunya ialah peranan juruatih yang lebih berkesan mengawal atlet atau pemainnya. 5.0 Kejadian Keagresifan dalam Sukan Tingkah laku agresif atau ganas dalam sukan melibatkan beberapa individu seperti atlet atau pemain, pegawai, jurulatih dan penonton. Seseorang atlet akan melakukan keagresifan apabila berada dalam keadaan tertekan dan kekecewaan. Kekecewaan boleh berpunca dari keputusan pertandingan dan keputusan pengadil yang dirasakan berat sebelah. Kekecewaan ini akan menyebabkan pemain akan bertindak lebih agresif semata-mata memuaskan hatinya. Keagresifan yang berpunca daripada pegawai atau jurulatih biasanya terjadi apabila mereka memberi tekanan yang melampau kepada pemainnya. Jurulatih juga boleh membangkitkan semangat anak buahnya. Dalam keadaan yang menang, pemain mungkin lebih bersemangat untuk berman dengan mempamerkan aksi yang lebih baik. Bagi pasukan yang kalah, tekanan daripada jurulatih dan emosi yang tidak terkawan akan melahirkan tindakan yang agresif kepada pasukan lawan. Selain daripada atlit atau pemain dan jurulatih, penonton yang hadir menyaksikan juga boleh menimbulkan banyak tindakan agresif. Tingkah laku agresif ini boleh berlaku di kalangan pemain yang berada di atas padang atau dikalangan penonton dengn penonton pihak lawan. Di Malaysia tindakan agresif penonton biasanya berlaku dalam sukan bola sepak. Ada kalanya keagresifan penonton ini melibatkan kecederaan yang serius. Keganasan di kalangan penonton biasanya terjadi kepada penonton kepada pasukan yang kalah. Kekecewaan kekalahan pasukannya menyebabkan penonton bertindak liar dengan membakar harta-harta dalam stadium, melontar botol air kepada pemain di padang dan membuat provokasi. Contohnya bekas penjaga gol Kelantan yang bertindak menerpa dengan kaki ke arah penonton. Kejadian ini harus dipandang serius kerana boleh menjejaskan imej sukan negara. Keagresifan biasanya berlaku

disebabkan gangguan sama ada gangguan dalaman atau gangguan luaran. Gangguan dalaman ialah berpunca daripada tekanan dan kebimbangan. Semakin besar pertandingan semakin kuat tekanan yang dihadapi. Gangguan luaran pula boleh berpunca daripada visual, ganguan bunyi dan kamunikasi. Dalam satu kajian tentang kesan gangguan serta provokasi penonton ke atas pemain bola keranjang, didapati bahawa pemain yang tidak terganggu dengan gangguan tersebut menunjukkan prestasi serta kemahiran motor yang baik jika dibandingkan dengan mereka yang terganggu. Prestasi pemain yang terganggu menurun kerana rasa marah serta tahap kebangkitan yang keterlaluan menyebabkan mereka menjadi lebih agresif sehingga mengurangkan tumpuan terhadap permainan. Kesannya, prestasi mereka akan merosot. Contoh yang sering kita lihat ialah dalam permainan bola sepak, apabila seseorang pemain itu diprovokasi oleh penonton atau pemain lawan, pemain itu akan menunjukkan keagresifan yang membawa kepada layangan kad kuning ataupun kad merah. Kesan daripada keagresifan pemain tersebut menyebabkan prestasi pasukan terjejas. Perbezaan ketara mata atau jaringan akan mempengaruhi sikap atau tingkah laku dalam permainan. Kajian dibuat keatas permainan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan ( Cox 1999 ). Lokasi Perlawanan juga boleh menjadi faktor berlakunya keagresifan dalam sukan. Biasanya pasukan yang bermain ditempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan.Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen&Cullen, 1975). Penggunaan Steriod menyebabkan seseorang hilang kawalan dan bertindak di luar batasan. b Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan ialah kerana kesan sampingannya. Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah peningkatan keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu, sebagai jurulatih atau mereka

yang terlibat dalam sukan, perlu memastikan agar atlet tidak terlibat dalam pengambilan bahan terlarang ini demi kebaikan orang lain. 6.0 Cara Mengatasi Keagresifan dalam Sukan Ada kalanya keagresifan dalam sukan tidak dapat dielakkan tetapi masih ada cara untuk mengatasinya dan jurulatih memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah tersebut. Berikut ialah beberapa aspek yang difikirkan perlu diberi perhatian dalam mengatasi keagresifan dalam sukan. 6.1 Aspek Kurikulum Sukan Melentur buluh biarlah dari rebongnya. Begitu juga dengan masalah keagresifan daam sukan. Satu kurikulum sukan perlu diperkenalkan diperingkat sekolah rendah lagi di mana dalam kurikulum ini mempunyai modul yang mengajar etika sebagai penonton dan sebagai ahli sukan ataupun atlet. Dalam adanya etika ini nilai-nilai murni dapat disemai secara terus. Oleh itu semangat kesukanan tinggi dan tulen dapat dibentuk sejak dibangku sekolah lagi. Dengan adanya program sukan secara terus dalam menyemai nilai-nilai murni, adalah diharapkaan sikap mulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk bermula dari pengajaran pendidikan jasmani diperingkat awal sekolah. Melalui pendidikan sukan seorang guru bukan sahaja mendidik atlet malah jurulatih juga perlu mengahadiri program bagaimana untuk membentuk seorang atlet yang bernilai murni dan beretika. 6.2 Kursus Motivasi Selain daripada kurikulum sukan, kursus-kursus motivasi juga perlu kerap diadakan bila-bila masa sebagai salah satu program kesedaran terhadap pentingnya semangat kesukanan dikalangan atlet atau pemain. Selain daripada atlet jurulatih juga harus mendalami kursus berkaitan semangat kesukanan dan jati diri. 6.3 Teknik Mengurus Perasaan

Adat ketika bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Namun berapa ramai yang boleh menerima kekalahan dalam pertandingan. Sebagai pemain, jurulatih dan pegawai sukan harus ada satu kemahiran dalaman iaitu teknik mengawal perasaan semasa pertandingan dan dapat menerima sesuatu keputusan secara rasional dan sentiasa menyedari keupayaan diri sendiri dan menghargai orang lain atau pihak lawan. Selain itu, para atlet dan jurulatih harus sentiasa menanamkan sikap bahawa kemenangan bukanlah segala-galanya. 6.4 Teknik Mengurus Keagresifan Setiap individu harus mempamerkan satu tingkah laku altenatif yang perlu dipraktikan secara berulang kali supaya akan menjadi satu kelaziman pada diri sendiri. Antara tingkah laku tersebut adalah menggunakan masa lapang secara produktif, tegaskan pendirian, pengurusan konflik yang dihadapi secara langsung tanpa berselindung, mengelakkan diri dari tingkah laku menyalahkan orang lain dan memberikan tindak balas yang positif kepada orang lain. Selain itu tingkah laku yang perlu diamalkan adalah penilaian semula matlamat dan harapan, berehat dan relaksasi buat sementara waktu. Teknik ini dapat mengurangkan tekanan dan keagresifan dalam diri seseorang ( Adam, 1980 ). 6.5 Penyesuaian Diri Setiap atlet atau pasukan dalam sesebuah pertandingan mempunyai tekanan nya tersendiri. Tekanan hidup tidak seharusnya dielakkan kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat menyiap dan mematangkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau bahaya dengan berada pada tahap yang lebih berjaga-jaga. Kita harus menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk tekanan yang umum brbanding tekanan semasa pertandingan yang lebih khusus. Penyesuaian seperti ini boleh membantu individu menghadapi kesukaran mengatasi sesutu yag serius kerana ia telah pun membiasakan diri dengannya ( Selye, 1978 ). 6.6 Peranan Jurulatih Peranan jurulatih sangat penting bagi atlet atau pasukan semasa pertandingan sedang berlangsung dalam mengawal emosi atlet atau pemainnya apabila mengalami kekecewaan kerana kekalahan, kesakitan fizikal, kesilapan pengadil, keaiban atau bermain di bawah

keupayaan sebenar. Menurut Papanek ( 1977 ), jurulatih perlu memainkan peranan aar keagresifan dapat dikawal. Apa yang perlu dilakukan adalah meleraikan segala kekusutan yang dialami atau dirasai oleh pemainnya daripada menmbulkan keahresifan. Oleh itu, pemainpemain akan mempunyai kemahiran mengawal emosi dan tindak balas hasil daripada kekecewaan tersebut. Jurulatih juga disarankan supaya tidak memberikan tekanan yang terlalu tinggi seperti memastikan kmenangan seiap kali bermain ( Widmeyer, 1984 ).

7.0 Kesimpulan Berdasarkan semua maklumat yang telah dikupas berkaitan keagresifan dalam sukan, ia satu perbuatan yang terjadi atau dilakukan berdasarkan faktor-fakor yang telah dibincangkan tadi. Keagresifan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang tidak boleh mengawal emosi dan tidak boleh menerima kekalahan. Namun begitu terdapat cara-cara mengatasi keagresifan ini supaya tingkah laku agresif ini dapat dikurangkan. Dalam sukan semua yang terlibat harus memainkan peranan penting dalam mengurangkan tingkah laku agresif dalam sukan terutamanya sikap agresif yang membawa kepada keadaan yang lebih negatif.

Rujukan :

Dr Mohar Kasim, Nurhaziyanti Mohamad ( 2011 ) HBPE4203 Psikologi dan Sosiologi

Sukan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn.Bhd. http://azharpjpk.blogspot.com/2009/08/keganasan-keagresifan-dalam-sukan.html http://www.pearsonschoolsandfecolleges.co.uk/FEAndVocational/SportsStudies/ALevel/OCRA LevelPE2008/Samples/A2PEStudentBookSamplePages/PEforOCR%28A2%29SBCH08.pdf http://www.scribd.com/doc/38288777/PSIKOLOGI-SUKAN

You might also like