You are on page 1of 2

Definisi Semantik

Istilah semantik berasal dari perkataan Yunani semantickos yang bermaksud penting; bererti. Semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Semantik merupakan bidang studi linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994). Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228) Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Secara umumnya ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Definisi Semantik Pengenalan Semantik adalah istilah untuk kajian linguistik yang menganalisis makna, baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan perasaan. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Dalam ilmu linguistik semantik merupakan keadaan apabila penutur mengujar dan terdapat gerak balas pendengar seperti yang dijangkakan. Dengan demikian makna ujaran atau ayat bukan sahaja ditentukan oleh makna kata-kata, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti intonasi, cara pengucapan, tujuan, konteks dan penuturnya. Asal-Usul Satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna. Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek 'sema' yang bererti "tanda" (sign). Perkataan 'semantics' diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis bernama Michael Breal pada tahun 1883. Semantik berbeza daripada sintaksis kerana semantik mengkaji makna manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem. Perkataan ini mengandungi beberapa ketaksaan (ambiguity) kerana perkataan ini bukan sahaja khusus bidang linguistik tetapi digunakan juga oleh bidang filologi iaitu bidang mengkaji tentang teori tanda-tanda. Ketaksanaan wujud dalam pengkajian linguistik kerana makna bukan sahaja wujud pada peringkat perkataan tetapi juga pada peringkat morfem dan ayat. Pendapat Tokoh Sperber dan Wilson (1980) memperkenalkan Semantik Sistem Penuh berpendapat pada hakikatnya konsep semantik tidak dapat menerbitkan makna sebenar sesuatu ujaran kerana ia mengabaikan konteks dan kontekstualiti. Sebaliknya yang diutamakan ialah bentuk logik yang membentuk sebahagian daripada nahu sesuatu bahasa. Hal ini bermakna semantik mengkaji makna dari segi pemahaman pada peringkat linguistik tulen. Kajian semantik khusus pada peringkat tatabahasa dan nahu logik sahaja. Stalnaker (1972:383) menyatakan bahawa sintaksis mengkaji ayat, manakala semantik mengkaji preposisi. Beliau menjelaskan bahawa semantik memperjelas peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan. Dalam banyak hal, peraturan tersebut sebenarnya tidak dapat penyesuaian ayat secara terus dengan presposisi. Sebaliknya, penyesuaian ayat dengan preposisi berkaitan dengan konteks ayat tersebut digunakan. Harimurti Kridalaksana (1983) - sebagai sebahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Erti Luas: Sintaksis (kajian ayat), Semantik (kajian proposisi), Prakmatik (kajian pelakuan linguistik)Erti Sempit: Teori Referensi - satu makna (denotasi - ekstensi), Teori Makna - pelbagai makna (konotasi - intensi) Akmajian et al. (1995:222) menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit linguistik dan prinsip gabungan. Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh dimulakan pada aras kata atau pada aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat. Maklumat semantik merupakan bahagian penting dalam tatabahasa kerana digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa.

You might also like