You are on page 1of 7

KEBERKESANAN PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAK-KANAK TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF MEREKA.

BAB 1
1.1 LATAR BELAKANG

Pusat Anak Permata Negara ( PERMATA ) merupakan nama unggul bagi projek perintis pusat pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Pusat Anak Permata Negara adalah selaras dengan konsep pendidikan awal Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak Pen Green di Corby, London. Kerajaan bercadang mengubal satu dasar pengasuhan dan pendidikan awal yang komprehensif untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan telah mendapat persetujuan daripada Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan supaya program itu diselaraskan. Kurikulum Permata telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan sepetimana yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 yang berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

1.2

Pernyataan Masalah

Dalam Kurikulum Permata ini, Pendidikan awal kanak-kanak didefinisikan sebagai pendidikan bagi kanak-kanak dari umur bayi sehingga mereka berumur 5 tahun. Tumpuan kepada Pendidikan awal mereka merupakan strategi yang boleh memberikan impak besar pada negara yang mana ia adalah pendidikan awal kanak-kanak yang merupakan tunjang kepada usaha membentuk modal insan berkualiti dan mencegah masalah sosial. Dalam Kurikulum Permata, PRA-SAINS atau Pendidikan Sains awal kanak-kanak telah diserap masuk dalam proses pengajaran awal kanak-kanak yang mana ia terkandung dalam bidang pembelajaran 4, iaitu menekankan perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Sekumpulan pakar Pendidikan dari Pusat Penyelidikan Perkembangan kanak-kanak Negara ( NCDRC ) telah mengkategorikan kepada 5 peringkat umur awal kanak-kanak untuk menguasai Pendidikan PraSains in. Setiap peringkat umur disesuaikan dengan modul-modul berbeza yang bersesuaian mengikut perkembangankan kanak-kanak. Oleh yang demikan, penyelidikan ini akan berfokuskan kepada mengkaji sejauhmana keberkesanan pendidikan sains awal kanak-kanak dapat membentuk perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.

1.3

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

Matlamat kajian dijalankan ialah untuk menyelidik beberapa perkara berhubung keberkesanan Pendidikan sains awal kanak-kanak yang mampu membentuk perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan kanak-kanak yang berada dibawah projek perintis di seluruh negara yang diasuh menggunakan kaedah dan kurikulum Permata.

Objektif kajian ialah : i. Menentukan jenis kaedah P&P pendidikan sains yang berkesan sesuai dengan peringkat umur awal kanak-kanak.

ii.

Mngkaji hasil keberkesanan pendidikan sains awal kanak-kanak dalam setiap tahap perkembangan mereka.

1.4

HIPOTESIS

Ho: Penggunaan pelbagai kaedah P&P pendidikan sains tidak berpengaruh secara signifikan terhadap perkembangan kognitif,psikometer and afektif kanak-kanak H1: Penggunaan pelbagai kaedah P&P pendidikan sains berpengaruh secara signifikan terhadap perkembangan kognitif,psikometer and afektif kanak-kanak

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN

Pendidikan merupakan satu jaringan penting dalam menjana anjakan paradigma atau dengan erti kata yang lain menjana anjakan ke arah perubahan yang baik dalam diri setiap individu. Melahirkan insan yang deduktif dan dinamik merupakan salah satu faktor kepentingan Pendidikan. Menurut Mastura Badzis (2009) Secara keseluruhannya, pendidikan sering dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Lazimnya, secara praktikal hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan individu yang mampu mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, mereka perlu diberikan pendidikan yang berterusan dan berkembang. Pendidikan yang diterapkan adalah seiring dengan perkembangan individu kanak-kanak tersebut. Terdapat kajian-kajian di negara maju telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengikuti Pendidikan awal kanak-kanak mempunyai kesan yang

positif terhadap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak( Halim,1989). Manakala, dari kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (United Nations International Childreens Emergency Fund)(1980-1984) didapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman Pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti ke tahap Pendidikan prasekolah seterusnya. Memperkatakan Pendidikan awal kanak-kanak dari prespektif Islam, Menurut Imam AlGhazali (1296H, Dalam Hasan Langgulung, 1979) kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya. Dalam erti kata lain, ibubapa, para pendidik dan semua pihak yang terlibat bertanggunjawab memberikan Pendidikan yang sewajarnya kepada kanakkanak. Khasnya kepada ibubapa, kerana mereka merupakan individu yang sangat rapat dalam kehidupan kanak-kanak. Ibubapa bertanggunjawab mendidik dan mengasuh anak-anak dengan penuh didekasi serta memberikan kasih sayang sewajarnya agar dapat membentuk diri setiap kanak-kanak yang bersahsiah baik bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya .sesuai dengan norma kehidupan masyarakat. Seperti pepatah melayu mengatakan Bagaimana acuan, begitulah juga kuihnya. Dalam prespektif barat, menurut Rousseau(1762) masa awal kanak-kanak merupakan suatu transisi masa yang sangat kritikal kerana pada masa tersebut Pendidikan awal mula diterapkan samaada baik atau sebaliknya, hal ini adalah untuk membimbing kehidupan mereka dan ia memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan selanjutnya iaitu masa dewasa dan seterusnya masa tua, hanya ibubapa yang cenderung untuk memberikan antaranya. Pendapat ini hampir serupa dengan maksud sebuah hadis yang bermaksud "Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah(suci), hanya orang tuanya yang menjadikannya Majusi, Yahudi atau Nasrani" (AshShiddieqy, 1969). Selain daripada kedudukan anak sebagai amanah Allah kepada ibubapa, anak juga merupakan cubaab atau ujian kepada mereka, sesuai dengan firman Allah swt "Dan ketahuilah, bahawa harta bendamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar. Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh filosofi Islam dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak harus mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu tertentu yang sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius. Daripada hasil-hasil kajian lepas samaada di timur, di barat malah seanterio dunia telah membuktikan bahawa Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan sebagai pemangkin sebagai visi dan misi halatuju negara. Misalnya,

Masyarakat jepun menyediakan generasi mereka dengan daya tahan untuk berhadapan dengan cabaran dalam aspek fizikal dan mental serta berusaha menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan mengarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal kanak-kanak. Dalam menempuh era globalisasi, tidak dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa, mereka adalah generasi pewaris yang bakal mencorakkan wawasan dan masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Oleh itu, dalam peringkat awal penyelidikan ini, penyelidik akan membuat kajian mengenai sejauhmanakah keberkesanan Pendidikan sains awal yang wujud sekarang dapat membentuk perkembangan kanak-kanak dalam tiga utama dalam kehidupan mereka.

1.6

CAKUPAN KAJIAN/ SKOP KAJIAN

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan pendidikan sains awal kanak-kanak yang telah dibina oleh pakar-pakar pendidik di Pusat Penyelidikan Perkembangan kanak-kanak negara (NCDRC). Aspek perkembangan yang dibincangkan merangkumi aspek konigtif, aspek psikomotor dan aspek afektif. Perkembangan kognitif merujuk kepada tahap perubahan kesediaan seseorang belajar sesuatu, ia berkaitan dengan perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensentesis dan menilai. Lazimnya, perkembangan kognitif adalah berkadar terus dengan pertambahan umur. Perkembangan afektif meliputi aspek perubahan sikap merujuk kepada keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat individu, ia hasil daripada tindak balas dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.Menurut Stanford (1971) pembelajaran yang berkesan tidak dipengaruhi seberapa kerap individu itu mengulang kaji pelajarannya tetapi pembelajaran berkesan akan dipengaruhi oleh sikap pelajar seperti mempunyai sikap positif, motovasi diri yang tinggi, aktif, agresif, dan keinginan mencapai kecemerlangan serta tekun dan minat terhadap pembelajarannya. Perkembangan psikomotor merujuk kepada kesediaan individu yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal dan bersedia melakukan tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru.Kematangan fizikal ini meliputi perkembangan otot, tulang, anggota badan, pengawalan dan penyelerasan pergerakkan seluruh tubuh badan. Memandangkan setiap individu kanak-kanak itu memiliki perkembangan fizikal yang unik dan tersendiri maka peringkat kesediaan psikomotor bagi mereka yang berumur sama adalah berbeza-beza, ia terpulang kepada penerimaan secara semula jadi dalam diri setiap kanakkanak.

1.7

Kerangka Konseptual ( Carta Alir )

Menyatakan pernyataan masalah utama dalam kajian yang hendak dilakukan, matlamat dan objektif.

Pengenalan kepada kurikulum Pendidikan sains awal kanak-kanak

MENGETAHUI SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAK-KANAK DAPAT MEMBENTUK PERKEMBANGAN KOGNITIF, AFEKTIF DAN PSIKOMOTOR MEREKA

mengetahui tentang hasil keberkesanan pendidikan sains awal kanak-kanak dalam setiap tahap perkembangan mereka.

Menerangkan dan menjelaskan setiap peringkat umur awal kanak-kanak yang terlibat dalam pendidikan sains awal.

BAB 2 TINJAUAN PUSTAKA

2.0

PENGENALAN

Program Pendidikan awal kanak-kanak yang ada sekarang hanya berasaskan sistem Montessori atau lain-lain yang diadaptasi daripada luar. Pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak di Malaysia seperti taska, taski, nursery dan sebagainya hanyalah memberikan perkhidmatan penjagaan dan asuhan kanak-kanak atau bayi semasa ibu bapa mereka berkerja, yang mana perkhidmatan ini masih kurang menekankan aspek Pendidikan awal kanak-kanak. Pada 2006, sekumpulan pakar-pakar dalam bidang pendidikan telah membuat penyelidikan tentang program pendidikan awal kanak-kanak yang bertujuan untuk merealisasikan serta membantu kerajaan melahirkan modal insan negara yang holistik dan produktif bermula dari peringkat awal kanakkanak lagi. pendidikan itu seharusnya dimulakan seawal mungkin iaitu di bawah umur empat tahun kerana ia penting dalam pembangunan kognitif, emosi, sahsiah dan sosial kanak-kanak tersebut. Walaupun kesannya tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat namun ia akan membantu kanak-kanak mempunyai keyakinan diri yang tinggi ketika dewasa kelak ( Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Timbalan Perdana Menteri ) Program membangunkan pendidikan awal kanak-kanak di negara kita telah dibuktikan melalui penyelidikan yang mana program ini mampu menghasilkan tenaga kerja dan warganegara yang produktif. Selain itu, hasil kajian yang telah dibuat oleh pakar didapati projek perintis ini telah dapat memberi kesan positif terhadap pembinaan sahsiah, jasmani, rohani sosial dan intelek kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah menyarankan untuk melaksanakan program ini di seluruh negara dan mengadakan satu dasar untuk menyediakan peruntukan bagi program Permata ini.

Satu Kurikulum telah digubal oleh sekumpulan pakar yang dipimpin oleh Y.G.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang dikenali sebagai Kurikulum Permata (Pendidikan Awal kanak-kanak 04 tahun) . Menurut Kurukulum Permata (2006), Pendidikan awal kanak-kanak didefiniskan

sebagai Pendidikan bagi kanak-kanak dari umur bayi sehingga mereka berumur 5 tahun

manakala dalam terminology antarabangsa, kanak-kanak adalah mereka dibawah umur 18 tahun. Dalam konteks sekolah nuseri di Malaysia, ia merupakan program penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak dari umur bayi hingga 4 tahun Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka satu kurikulum yang berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak dibawah umur 5 tahun. Kurikulum Permata yang telah dirancang telah mengambil kira semua aspek perkembangan kognitif,psikomotor dan afektif.

You might also like