You are on page 1of 27

PENGELUARAN

KAWALAN INVENTORI
Sekolah Menengah Kebangsaan Oya 2012\Pengajian Perniagaan En. Mohd Hafizul Ibrahim (Guru Akademik T6 )

DEFINISI
Kawalan Inventori : Aktiviti @ langkah bagi memastikan bahan mentah dan barangan yang disimpan dapat digunakan dengan sempurna untuk memenuhi permintaan @ keperluan sepanjang suatu tempoh. Inventori : Bahan\barangan yang disimpan dalam organisasi untuk kegunaan masa depan. Contohnya, bahan mentah,barangan separa siap atau komponen dan barangan siap.

OBJEKTIF
1)

2)

Memastikan inventori berada pada tahap optimum. Dapat mengelakkan penyimpanan inventori berlebihan dalam gudang. Melalui kawalan inventori, tahap inventori berada pada tahap yang diperlukan oleh perniagaan. Aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan. Pengurusan inventori yang baik membolehkan perniagaan menyimpan inventori yang diperlukan dalam gudang mengikut keperluan pengeluaran yang dirancang. Bekalan bahan mentah yang mencukupi membolehkan aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan tanpa gangguan.

OBJEKTIF
3)

4)

Memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan. Barang yang telah dihasilkan boleh disimpan dalam gudang terlebih dahulu sebelum diedarkan ke pasaran mengikut keadaan permintaan pasaran. Sebarang kekurangan dalam pasaran pula boleh diatasi dengan membawa keluar barang dari gudang. Mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian inventori. Kawalan inventori dapat mengelakkan pembaziran yang mungkin berlaku disebabkan kerosakan dan keusangan inventori. Kawalan inventori yang baik dapat mengelakkan daripada inventori hilang @ dicuri.

OBJEKTIF
5)

Meminimumkan kos pemegangan inventori Penyimpanan inventori mengikut keperluan pengeluaran perniagaan mengelakkan modal perniagaan terikat pada inventori untuk tempoh yang terlalu lama. Menjejaskan kedudukan aliran tunai perniagaan.

JENIS INVENTORI
PERMINTAAN BERSANDAR

INVENTORI
PERMINTAAN TIDAK BERSANDAR

Inventori Permintaan Bersandar.


a)

b) c)

Permintaan bagi item dalam kategori ini tidak bergantung kepada permintaan item-item yang lain, tetapi dipengaruhi oleh keadaan pasaran. Item dalam bentuk barangan siap Pengurusan inventori ini menggunakan model-model kuantitatif bagi menentukan : Ramalan permintaan Saiz pesanan Kos pengurusan inventori

Inventori Permintaan Tidak Bersandar.


a) b)

c)

Permintaan untuk item dalam kategori ini bergantung kepada permintaan item-item yang lain. Item-item lain barangan jenis komponen @ separa siap yang digunakan untuk menghasilkan barangan siap. Pengurusan inventori melibatkan penggunaan perancangan-perancangan pengeluaran untuk menentukan keperluan inventori seperti : Jadual pengeluaran induk Perancangan keperluan bahan.

KOMPONEN KOS DALAM PENGURUSAN INVENTORI


KOS PEMBELIAN

KOS INVENTORI

KOS PESANAN

KOS PENANGGUHAN

KOS KEKURANGAN

Kos Pembelian

DEFINISI : Wang yang dibayar kepada pembekal bagi mendapatkan barangan yang dipesan. Kos barangan yang dipesan bergantung kepada kuantiti yang dipesan.

Kos Pesanan

DEFINISI : Kos tetap yang dikenakan setiap kali sesuatu pesanan dibuat. Tujuan : Penyediaan borang pesanan,penentuan barang-barang yang perlu dipesan & penerimaan barang-barang yang dipesan seperti, kos pemunggahan,memeriksa,menguji mutu dan merekodkan barang yang diterima. Komponen kos ini berkadaran dengan kekerapan pesanan dibuat.

Kos Penangguhan\Pegangan

DEFINISI : Kos yang wujud kerana menyimpan barangan dalam bentuk stok. Contohnya, faedah bagi modal terikat, insurans, penggudangan (kos ruangan,buruh,penyenggaraan & penjagaan) dan susut nilai.

Kos Kekurangan\kos kehabisan

DEFINISI : Penalti @ denda akibat ketiadaan barangan apabila diperlukan @ diminta oleh pelanggan. Contohnya : Diskaun @ rebet dan penangguhan kerja yang melibatkan kos pengeluaran.

Analisis ABC Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (Economic Order Quality) Sistem Tepat Pada Waktu (Just In Time)

Sekolah Menengah Kebangsaan Oya 2012\Pengajian Perniagaan En. Mohd Hafizul Ibrahim (Guru Akademik T6 )

Analisis ABC
a)

b)

c)

Definisi : Suatu sistem mudah yang digunakan untuk mengelaskan item-item inventori kepada tiga kelas iaitu, A, B dan C berdasarkan jumlah nilai ringgit penggunaan (nilai wang semasa). Tujuan : supaya pihak pengurusan dapat menfokuskan kawalan dan perhatian yang lebih pada item yang mempunyai nilai ringgit penggunaan paling tinggi. Nilai ringgit penggunaan diperoleh dengan :
Kos seunit item X Qtt DD tahunan setiap item

d)

Kemudian, nilai-nilai ini akan disusun dalam tertib menurun mengikut kelas, A, B dan C.

Rajah : Analisis ABC

Huraian : Rajah ABC

Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (Economic Order Quality)


a)

Definisi : Satu kaedah bagi menentukan kuantiti pesanan optimum yang meminimumkan jumlah kos berubah mengikut saiz pesanan.

ANDAIAN : a) Permintaan adalah tetap dan konstan b) Tiada kekurangan yang dibenarkan c) Tempoh masa penghantaran inventori (lead time) dan penerimaan tempahan konstan. d) Semua tempahan diterima pada suatu masa.

Rajah : Model EOQ

Formula : Model EOQ

Contoh Pengiraan : Model EOQ

Sistem Tepat Pada Waktu (JIT)


Definisi : Sistem dimana item-item inventori tiba apabila ia diperlukan dalam proses pengeluaran tanpa perlu disimpan dalam stor. Definisi 2 : Sistem inventori sifar @ sistem yang mengkehendaki pembekal menghantar bekalan kepada pelanggan tepat pada masanya dengan saiz inventori seberapa minimum yang mungkin.

a)

b)

Ciri- ciri JIT

Ciri- ciri JIT

Ciri- ciri JIT

Ciri- ciri JIT

Kebaikan JIT

SOALAN
1)

2) 3)

4)

Apakah maksud inventori? Mengapakah organisasi tidak menyimpan inventori dengan banyak walaupun ia amat penting kepada organisasi. [4] Huraikan 2 komponen kos dalam pengurusan inventori. [4] Diberi permintaan jangkaan = 2000 unit, kos pesanan seunit = RM 50, nilai belian = RM 250 000 dan kos pegangan = 10% daripada nilai belian,hitungkan kuantiti pesanan ekonomi (EOQ). [3] Senaraikan lima ciri sistem JIT. [21\2]

TAMAT
Usaha dan tawakal tangga kejayaan bagi seseorang insan

You might also like