You are on page 1of 7

Laporan Eksperimen. Tajuk : Keperluan Asas Tumbuhan.

Pengenalan. Tumbuhan merupakan salah satu daripada benda hidup. Sebagai benda hidup, tumbuhan juga mempunyai keperluan asas bagi memastikan ia hidup. Terdapat tiga keperluan asas tumbuhan iaitu cahaya matahari, air dan udara. Ketiga-tiga keperluan ini adalah perlu kepada tumbuhan kerana ianya digunakan oleh tumbuhan dalam proses fotosintesis iaitu proses membuat makanan bagi tumbuhan. Selain itu proses fotosintesis juga akan membebaskan gas oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas.

Objektif. Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu cahaya matahari, air dan udara.

Pernyataan Masalah. a. Adakah cahaya matahari diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup? b. Bolehkah tumbuhan hidup tanpa air? c. Adakah tumbuhan memerlukan udara untuk hidup?

Hipotesis: Jika tiada cahaya matahari, air dan udara, maka tumbuhan tidak dapat hidup. Tumbuhan memerlukan ketiga-tiga elemen ini untuk meneruskan kemandirian spesisnya. Pembolehubah dimalarkan: Jenis tumbuhan/ biji benih yang digunakan.

Pembolehubah dimanipulasi: Jenis keperluan asas tumbuhan. Pembolehubah yang bergerak balas: Keadaan tumbuhan.

Eksperimen 1 : Matahari ialah keperluan asas tumbuhan. Bahan: Tumbuhan sihat dengan daun yang besar. Kertas hitam yang tebal. Klip kertas.

Prosedur: 1. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya matahari dipilih. 2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun kemudian kertas tersebut diklip dengan klip kertas untuk beberapa hari. 3. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan. Hasilnya diperhatikan.

Eksperimen 2 : Air ialah keperluan asas tumbuhan. Bahan: Kacang Hijau. Air. Pot bunga kecil.

Tanah humus.

Prosedur: 1. Lima biji kacang hijau ditanam di dalam dua buah pot bunga kecil yang telah dipenuhi dengan tanah humus. 2. Kedua-dua pot bunga kecil diletakkan dibawah cahaya matahari. 3. Salah satu pot bunga disiramkan dengan air secukupnya dan dilabelkan sebagai B, manakala pot bunga satu lagi tidak disiram dengan air dilabelkan sebagai A. 4. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Eksperimen 3 : Udara ialah keperluan asas tumbuhan. Bahan: Kacang Hijau. Air. Cawan plastik. Kapas.

Prosedur: 1. Lima biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik yang telah dimasukkan kapas basah dan dilabelkan sebagai A. 2. Manakala sebuah lagi cawan plastik yang dilabelkan sebagai B dipenuhkan dengan separuh penuh air dan lima biji kacang hijau diletakkan kedalamnya. Kacang hijau yang diteggelami air akan terhalang daripada mendapat udara. 3. Perhatikan apa yang akan terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Keputusan Eksperimen Eksperimen 1 : Matahari ialah keperluan asas tumbuhan. Eksperimen 2 : Air ialah keperluan asas tumbuhan Tumbuhan Sebelum Pemerhatian Selepas Kacang hijau dalam bekas A tidak dapat hidup dengan subur kerana Bekas A kekurangan air. Ini adalah kerana kacang hijau tersebut memerlukan air Didapati daripada lima biji kacang hijau, hanya satu sahaja yang tumbuh. Sebelum Selepas Kacang hijau dalam bekas B dapat hidup dengan Bekas B subur kerana ia mempunyai air yang secukupnya untuk terus Didapati daripada lima biji kacang hijau, 3 daripadanya hidup dengan subur. hidup. untuk hidup. Inferens

Perbincangan: 1. Air merupakan salah satu keperluan asas bagi tumbuhan. 2. Air digunakan oleh tumbuhan dalam proses fotosintesis. Proses fotosintesis ialah proses membuat makanan bagi tumbuhan. Ia merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. 6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya C6H12O6 + 6O2 + 6H2O

Gambarajah menunjukkan secara ringkas tentang proses fotosintesis

3. Selain itu air juga digunakan tumbuhan untuk membawa nutrients ke seluruh bahagian tumbuhan. 4. Air juga penting kepada tumbuhan untuk mengawal suhu tumbuhan tersebut pada musim yang panas. Jika tiada air daun-daun tumbuhan mula layu dan kering dan akhir gugur. Kesimpulan : Tumbuhan memerlukan air untuk terus hidup.

Soalan: 1. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh jika biji benih yang berbeza digunakan? Ya. Keputusan yang sama akan diperoleh jika benih yang berbeza digunakan kerana setiap tumbuhan memerlukan air untuk terus hidup.

2. Adakah memadai jika kita siram tumbuhan dengan air yang terlalu banyak? Tidak memadai. Jika terlalu banyak disiram dengan air tumbuhan tersebut, beberapa tanda akan dikesan. Antaranya akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan. Tumbuhan hanya memerlukan kuantiti air yang secukupnya untuk hidup dengan lebih subur.

3. Bagaimana petani boleh memastikan yang tanaman itu mendapat air yang mencukupi? Tidak mencukupi? Atau terlebih air? Petani boleh memastikannya dengan cara berikut: a. Air yang mencukupi : tumbuhan/ tanaman yang mereka tanam akan tumbuh dengan subur. b. Air yang tidak mencukupi : daun tumbuhan/ tanaman yang mereka tanam akan bertukar kepada warna kekuningan, kering dan layu. c. Terlalu banyak air : akar tumbuhan tersebut akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran tumbuhan.

Eksperimen 3 : Udara ialah keperluan asas tumbuhan. Tumbuhan Sebelum Pemerhatian Selepas Ini adalah disebabkan biji benih kacang hijau A tersebut mempunyai udara yang secukupnya untuk membesar. Kacang hijau telah tumbuh dengan subur Inferens

Ini adalah kerana biji benih kacang B hijau tersebut langsung tidak mendapat udara untuk membesar. Tiada kacang hijau yang tumbuh

Perbincangan : 1. Udara merupakan salah satu keperluan asas tumbuhan.

You might also like