You are on page 1of 28

BAHASA MELAYU

SUKU KATA

DISEDIKAN OLEH:-

APA ITU SUKU KATA?


Suku kata ialah unit penyusunaturan bunyi pertuturan . COntohnya, perkataan sayang terdiri daripada dua suku kata: sa dan yang. Satu suku kata biasanya terdiri daripada nukles suku kata .(vokal) dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanya konsonan).

Suku kata merupakan "bongkah binaan" fonologi perkataanyang boleh mempengaruhi irama, prosodi, meter puitis, corak tekanan dsb. dalam sesebuah bahasa.
Penulisan mengikut suku kata bermula beratusratus tahun sebelum terciptanya huruf-huruf terawal. Catatan suku kata terawal terdapat pada papan loh yang ditulis di kota Ur, Sumeria sekitar 2800 SM . Anjakan dari piktogram ke suku digelar 'kemajuan terpenting dalam sejarah penulisan'

Satu perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti yang) ialah kata ekasuku, manakala yang terdiri daripada dua suku kata (seperti mana) ialah kata dwisuku. Perkataan tiga suku kata (seperti belalang) ialah kata trisuku, dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (seperti pembolehubah) dipanggil kata banyak suku.

STRUKTUR SUKU KATA


Struktur am suku kata terdiri daripada bahagian-bahagian berikut: Onset (awal) Rima
Nukleus (tengah) Koda (akhir)

Gambar rajah pokok suku kata. Mengikut sesetengah teori fonologi, struktur suku kata ini dipaparkan sebagai gambar rajah pokok (serupa dengan pokok yang ditemui dalam sesetengah jenis sintaks).

Bukan semua ahli fonologi menerima bahawa suku kata ada struktur dalaman; sebenarnya, ada di kalangan mereka yang meragui adanya suku kata sebagai entiti teori. Nukleus suku kata biasanya berbentuk sonoran, iaitu selalunya berbunyi vokal dalam bentuk monoftong, diftong, atau triftong, tetapi adakalanya berbunyi konsonan sonoran seperti [l] atau [r].

Onset ialah bunyi sebelum nukleus, dan koda ("ekor") pula ialah bunyi yang menyusuli nukleus. Istilahrima merangkumi nukleus dan koda. Dalam perkataan ekasuku yang, nukleusnya ialah a, onsetnya y, kodanya ng, dan riamnya ang. Suku kata ini boleh diabstrakkan sebagai suku kata konsonanvokal-konsonan, atau singkatannya KVK.

Secara amnya, setiap suku kata memerlukan satu nukleus. Onset pula kerap digunakan, apalagi sesetengah bahasa mewajibkan penggunaan onset untuk semua suku kata (iaitu, suku kata KVK seperti yang boleh diterima, tetapi suku kata VK seperti eh tidak boleh.) Bentuk suku kata tanpa koda (V, KV, KKV, dsb.) dipanggil suku kata terbuka, manakala suku kata berkoda (VK, KVK, KVKK, dsb.) dipanggil suku kata tertutup.

Semua bahasa membenarkan suku kata terbuka, tetapi terdapat sebilangan bahasa yang tiada suku kata tertutup, seperti bahasa Hawaii. Suku kata berat ada rima bercabang atau nukleus bercabang, iaitu nukleus atau koda yang bercabang pada rantingnya dalam gambar rajah pokok. Dalam sesetengah bahasa, suku kata berat termasuk suku kata VV (nukleus bercabang) adn VK (rima bercabang), berbeza dengan suku kata V yang merupakan suku kata ringan.

Dalam bahasa lain pula, hanya suku kata VV (yang bervokal panjang atau berdiftong) adalah berat, manakala suku kata VK dan V adalah ringan. Perbezaan antara berat dan ringan sering menentukan suku kata mana yang menerima tekanandemikian caranya dalambahasa Latin dan Arab. Mengikut teori mora, suku kata berat dikatakan ada lebih daripada dua mora, sementara suku kata ringan cuma ada satu; demikian caranya dalam bahasa Jepun.

Mengikut kefahaman nada dalam fonologi bahasa Cina tradisional, ciri yang bergelar "nada masuk" ialah kemungkinan nada suku kata tertutup yang berakhir dengan konsonan hentian seperti /p, t, k/.

Gambarajah poko suku kata:

SUKU KATA DAN SUPRASEGMEN


Ciri-ciri suprasegmen menakluki satu suku kata dan bukan satu bunyi tertentu, iaitu mempengaruhi semua segmen dalam satu suku kata: -Tekanan -Nada

Adakalanya, kepanjangan suku kata juga dikira sebagai ciri-ciri suprasegmen; misalnya, dalam sesetengah bahasa Jermanik, vokal panjang hanya wujud bersama konsonan pendek, begitu juga sebaliknya. Namun demikian, suku kata boleh dikupas sebagai gubahan fonem panjang dan pendek, seperti bahasa Finland dan Jepun, yang mana kepanjangan konsonan dan kepanjangan vokal tiada hubung kait.

SUKU KATA DAN BATASAN FONOTAKTIK


Hukum fonotaktik menentukan bunyi mana yang dibenarkan atau dilarang dalam setiap bahagian suku kata. Bahasa Inggeris membenarkan suku kata yang amat rumit; suku kata boleh bermula dengan gugus tiga konsonan (cth: string "tali" atau splash "deburan"), dan juga berakhir dengan sebanyak suku kata (cth: prompts "menyeru").

Sebilangan bahasa lain pula lebih terhad dari segi kebolehan suku kata ini; misalnya, bahasa Jepun hanya membenarkan // dan kronem dalam koda, dan langsung tiada gugus konsonan, kerana onsetnya paling banyak satu konsonan sahaja.[3] Wujudnya bahasa yang melarang onset terbuka,seperti bahasa Ibrani dan Arab (namanama yang ditransliterasi sebagai "Ibrahim", "Omar", "Ali" dan "Abdullah", antara lainnya, sebenarnya bermula dengan geluncuran separa konsonan, atau konsonan glotis atau farinks).

PENSUKUKATAAN
Pensukukataan ialah pemecahan suatu perkataan kepada suku kata, baik lisan mahupun bertulis. Dalam kebanyakan bahasa, suku kata tuturan sebenar juga merupakan asas kepada pensukukataan tulisan. Contohnya, lafazan "kucing" boleh dibahagikan kepada "ku" + "cing".

Dalam bahasa Inggeris moden, disebabkan kepadanan yang begitu longgar antara bunyi dan huruf ejaan, pensukukataan bertulis dalam bahasa Inggeris berteraskan prinsip etimologi/morfologi. Oleh demikian, suku kata "tulisan" bahasa Inggeris tidak berpadan dengan suku kata tuturan sebenar dalam bahasa lisannya.

SUKU KATA DAN TEKANAN


Struktur suku kata sering berinteraksi dengan tekanan. Misalnya, dalam bahasa Latin, tekanan biasanya ditentukan oleh keberatan suku kata, yang mana suku kata dikira berat jika ada sekurang-kurangnya satu sifat yang berikut: 1)vokal panjang dalam nukleus 2)Diftong dalam nukleus 3)satu atau lebih koda Apapun, suku kata berat ini dikira ada dua mora.

SUKU KATA DAN KETENGANGAN VOKAL


Dalam kebanyakan bahasa Jermanik, vokal kendur hanya terdapat dalam suku kata tertutup. Oleh itu, vokal ini dipanggil vokal tertutup, berbanding dengan vokal tegang iaitu vokal terbuka yang boleh disebut dalam suku kata terbuka.

BAHASA TANPA SUKU KATA


Tanggapan kewujudan suku kata ini dicabar oleh bahasa-bahasa yang membenarkan serantaian konsonan berpanjang tanpa apaapa vokal atau sonoran di antaranya. Misalnya, bahasa-bahasa pribumi di pantai barat laut Amerika Utara, termasuk Salishan dan Wakashan. Misalnya, perkataan bahasa Nuxlk (Bella Coola) berikut hanya terdiri daripada obstruen:

[ttsx] 'kau meludah kepadaku'[tsktskts] 'dia datang'[xptps] 'dia memiliki pokok bunchberry' (Bagemihl 1991:589, 593, 627)[sxs] 'bluber anjing laut'Mengikut kajian Bagemihl terhadap analisa tadi, didapat bahawa perkataan [tsktskts] boleh dihuraikan seperti 0, 2, 3, 5, atau 6 suku kata, bergantung pada cara kupasannya, iaitu sama ada semua segmen konsonan dan vokal dikira sebagai nukleus, ataupun menidakkan wujudnya apa-apa suku kata.

Jenis fenomena ini juga dilaporkan dalam bahasa Barbar (seperti loghat Indlawn Tashlhiyt) dan bahasa MonKhmer (seperti Semai, Temiar, Kammu). Dalam bahasa Melayu juga terdapat ujaran yang tanpa vokal misalnya: syyy (perintah bersenyap). Indlawn Tashlhiyt Berber: [rkkm] 'pernah reput'(Dell & Elmedlaoui 1985, 1988)Semai: [kckmrc] 'lengan pendek gemuk' (Sloan 1988)

RUJUKAN
Bagemihl, Bruce (1991). "Syllable structure in Bella Coola". Linguistic Inquiry 22: 589646. Clements, George N.; Keyser, Samuel J.. (1983). CV phonology: A generative theory of the syllable. Linguistic inquiry monographs (No. 9). Cambridge, MA: MIT Press. ISBN 0262-53047-3(pbk); ISBN 0-262-03098-5 (hb)

Dell, Franois; Elmedlaoui, Mohamed (1985). "Syllabic consonants and syllabification in Imdlawn Tashlhiyt Berber". Journal of African Languages and Linguistics 7: 105130. Dell, Franois; Elmedlaoui, Mohamed (1988). "Syllabic consonants in Berber: Some new evidence". Journal of African Languages and Linguistics 10: 117. Ladefoged, Peter (2001). A course in phonetics, edisi 4th, Fort Worth: Harcourt College Publishers.

You might also like