You are on page 1of 56

pengenalan

Corak dan rekaan merupakan salah satu bidang kegiatan dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Pada dasarnya tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman tidak akan terhasil. Dengan maksud lain, corak dan rekaan merupakan asas utama dalam menghasilkan sesuatu hasil karya seni.

Membuat corak dan rekaan


Definisi Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada motif tidak bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam suatu rekaan atau gubahan yang terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

PENGHASILAN CORAK
Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu: a) Corak Terancang b) Corak Tidak Terancang Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh

Ulang Sekata Berpus at Bersela ng-seli

Beralun

Batubata Bertimb al

Bertindi h

Susunan Ulang Sekata


Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

Susunan Berselang Seli


Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

Susunan Batu Bata


Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada: 1) Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi. 2) Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain. 3) Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia. 4) Rupa atau bentuk angka dan huruf.

TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas. Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan. Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni. Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.

Membezakan jenis corak tertentu. Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak. Mengatur corak. Mencipta sesuatu karya seni yang digemari. Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni. Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci

Prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak. Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. Memahami dan menyedari corak di alam sekitar. Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsurunsur seni dalam rekaan yang baik.

Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan. Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak. Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak. Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea. Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka. Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat

Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional. Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian. Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional. Menghargai, mengembangkan dan

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek Corak sebagai elemen hiasan Corak sebagai nilai estetik

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


CORAK TIDAK TERANCANG
PUALAMAN TITISAN TIUPAN IKATAN DAN CELUPAN RENJISAN DAN PERCIKAN

CORAK TERANCANG
LUKISAN CATAN CETAKAN CAPAN LIPATAN DAN GUNTINGAN RESIS KOLAJ KALIGRAFI

PUALAMAN
DEFINISI Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit. Ia merupakan sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan minyak. Bahan yang berasaskan minyak akan terapung diatas permukaan dalam semua arah mengikut aliran bahan tersebut.

PUALAMAN
TEMA abstrak

ALAT DAN BAHAN

Alat: Besen/baldi, ranting kayu/lidi, span,berus Bahan: Kad manila/ kertas keras/kertas lukisan /kad tebal,Cat minyak/ cat kilat, Pencair/air

TEKNIK

Pualaman Celupan

CONTOH PUALAMAN

CONTOH PUALAMAN

CONTOH PUALAMAN

TITISAN
DEFINISI Benda/sesuatu yang menitis ke atas sesuatu permukaan titik air yang jatuh setitik demi setitik menitiskan menjatuhkan

TITISAN
TEMA Alam semulajadi Alam benda Naratif Landskap
Alat: Berus lukisan/span, palet/bekas warna Bahan: Kertas lukisan,cat air/warna air/poster, lilin

ALAT DAN BAHAN

TEKNIK

Titisan Sapuan

CONTOH TITISAN

CONTOH TITISAN

CONTOH TITISAN

TIUPAN
DEFINISI Hal atau hasil bertiup; hembusan

TIUPAN
TEMA Alam semulajadi Alam benda Naratif Landskap Alat: Straw/penyedut minuman Bahan: Kad manila/ kertas keras/kertas lukisan /kad tebal, Cat/warna air

ALAT DAN BAHAN

TEKNIK

Tiupan/hembusan

CONTOH TIUPAN

CONTOH TIUPAN

CONTOH TIUPAN

CONTOH TIUPAN

IKATAN DAN CELUPAN


DEFINISI
Proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan dicelupkan di dalam pewarna. Jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan. Celupan terlalu dalam, corak yang terhasil adalah besar. Celupan cetek, corak yang terhasil adalah kecil. Alam semulajadi Naratif Landskap Alat: Besen/ baldi, ranting kayu/ kayu pengacau, sarung tangan Bahan: Kain, benang, tali, warna air

TEMA

ALAT DAN BAHAN

TEKNIK

Simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan

CONTOH IKATAN DAN CELUPAN

RENJISAN DAN PERCIKAN


DEFINISI
Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas dan kain dapat menghasilkan kesan yang spontan dan menarik. Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain. Berbagai jenis berus boleh digunakan untuk menghasilkan percikan.

RENJISAN DAN PERCIKAN


TEMA
Alam semulajadi Naratif Landskap Alat: Berus lukisan, berus gigi, span, sikat Bahan: Cat air,kertas lukisan/kertas warna Semburan, Percikan, Tiupan Langkah 1 - Bancuhkan warna yang dikehendaki Langkah 2 - Celup berus gigi ke dalam warna dan gosok pada sikat. Percikan warna akan terhasil memenuhi ruangan kertas lukisan. Langkah 3 - Tukarkan warna lain dengan menggunakan aktiviti yang sama. Warna akan bertindih dan membentuk corak menarik. Ulang dengan seberapa banyak warna yang disukai.

ALAT DAN BAHAN

TEKNIK

LUKISAN
DEFINISI Merakam idea secara visual dalam bentuk garisan Proses melukis dengan mggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan mggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan. Alat seperti pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dan kanvas. Lukisan terhasil melalui dua cara iaitu lukisan tanpa warna dan lukisan berwarna. Lukisan tanpa warna mggunakan pensel, arang, pen dan dakwat, pen teknikal dan sebagainya. Lukisan berwarna mggunakan pensel warna, krayon, pastel dan sebagainya. Lukisan mggunakan arang, pensel, pastel dan krayon disapu atau di sembur dgn pemati (fixative) spy kesan lukisan tidak akan hilang apabila disentuh. Salah satu jenis pemati spray clear

LUKISAN
TEMA Alam semulajadi Alam benda Landskap huruf
Alat: Pensel, pembaris Bahan: Kertas lukisan, krayon,pastel, pensel arang,

ALAT DAN BAHAN

TEKNIK

Teknik garisan silang Teknik titikan Teknik gosokan Teknik lorekan Teknik campuran

KALIGRAFI
DEFINISI Kaligrafi ialah seni tulisan indah, berasal daripada bahasaYunani iaitu kalios ( indah ) dan graphia ( coretan atautulisan ). Bahasa Arab mengistilahkannya dengan khat ( tulisan atau garisan ), yang ditujukan pada tulisan yang indah.

KALIGRAFI
TEMA Alam semulajadi Alam benda Naratif Landskap Alat : Berus Bahan : Warna air, kertas lukisan, sayursayuran, buah-buahan

ALAT DAN BAHAN

TEKNIK

Lukisan, capan

CATAN
DEFINISI Catan ialah hasil bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan lain-lain. Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Catan merupakan suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya atau merakam gambaran yang dirasai atau di lihat dalam bentuk imej visual. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Orang yang menghasilkan catan dan lukisan dipanggil sebagai pelukis.

CATAN
TEMA Alam semulajadi Alam benda Naratif Landskap
Alat: Berus, palet, kanvas Bahan: Kertas lukisan, cat minyak, cat air

ALAT DAN BAHAN

TEKNIK

Teknik cat minyak- Teknik titik, glazing, impasto, scambling, ala prima Teknik cat air-Teknik basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah, renjisan

CETAKAN
DEFINISI Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa dan cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Semua karya cetakan dalam sesuatu edisi di anggap karya asli.

CETAKAN
TEMA Alam semulajadi Alam benda Naratif Landskap
Alat: Penggelek lino Bahan: Kertas lukisan, blok kayu/lino, rice paper, kertas, dakwat, cat lino

ALAT DAN BAHAN

TEKNIK

Teknik turisan(cetakan benam) Teknik golekan

CAPAN
DEFINISI Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau bahan semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari. Teknik capan merupakan satu cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan.

CAPAN
TEMA Alam semulajadi Alam benda bebas

ALAT DAN BAHAN

Alat: Berus lukisan, pensel, pisau, jari Bahan: Kertas lukisan, cat air, bahan semulajadi (pelepah pisang, bawang, bendi, ubi kentang, cengkerang siput), bahan buatan manusia (tapak kasut) capan

TEKNIK

RESIS
DEFINISI Reka corak resis merupakan suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak. Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dengan cat minyak, cat air dengan lilin, cat air dengan krayon dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik mencanting dalam batik adalah satu kaedah membuat corak resis.

RESIS
TEMA Alam benda Alam semulajadi Naratif Landskap Alat : Berus warna Bahan : Kertas lukisan, kain, span, krayon, lilin Resis, gurisan, contengan, lakaran dengan krayon / lilin (garisan/titik)

ALAT DAN BAHAN

TEKNIK

KOLAJ
DEFINISI Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal di permukaan khas seperti kertas lukisan.

KOLAJ
TEMA Alam semulajadi Alam benda Bebas

ALAT DAN BAHAN

Alat: Gunting, gam Bahan: Kertas lukisan, majalah, surat khabar, kalendar atau kain

TEKNIK

Kolaj, guntingan dan tampalan, carikan

You might also like