You are on page 1of 4

Pengurusan Oleh: 22.10.

2011

Bilik

Darjah Ahmad

Yang

Berkesan Sidi

Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaahmasalah yang mungkin timbul. Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran. Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Kejayaan mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru berjaya membina budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan. Pengurusan Kelas

Tanggungjawab

guru

kelas

menguruskan

kelas.

Guru

kelas

juga

bertanggungjawab memastikan pengurusan kelasnya teratur dan baik. Guru bertanggungjawab : 1. menguruskan rutin kelas * menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar o Rekod/buku daftar o Jadual kedatangan kelas o Rekod/buku/slip kemajuan pelajar o Kad 001 dan 002 o Rekod kutipan yuran * menyedia dan melaksanakan rutin kelas o menanda kedatangan o memastikan keceriaan kelas o mengutip yuran o memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini * menjalankan tugas-tugas lain o mengurus pinjaman buku teks o biasiswa 2. mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian

3. mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan kelas 4. mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P * Carta organisasi kelas * Pelan kedudukan pelajar * Papan kenyataan * Senarai tugas Ciri-Ciri Bilik Darjah Yang Berkesan 1. suasana demokratik di dalam bilik darjah 2. guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator 3. menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati 4. guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan 5. guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti 6. jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-murid 7. guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik murid-murid 8. pembelajaran berasaskan individu 9. mempunyai semnagat kekitaan

10. mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah Kaedah Penyediaan Pengurusan Bilik darjah Yang Berkesan Dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam membuat perancangan ialah persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini 1. menetapkan persekitaran pembelajaran ialah membangun dan

mengekalkan persekitaran pembelajran dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya pembelajran yang berkesan berlaku 2. menetapkan jenis komuniti murid ialah mengasuh dan mendidik muird supaya bertingkah laku untuk menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif Tiga langkah dalam setiap perancangan 1. rancang 2. susun 3. praktis Proses membina pelan perancangan pengurusan bilik darjah * komponen pengajaran * komponen pencegahan * komponen pembetulan * komponen sokongan * komponen persekitaran fizikal Melaksanakan pelan pengurusan pada hari pertama persekolahan

You might also like