You are on page 1of 6

Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

LINGUISTIK PERBANDINGAN

Juga dikenali linguistik komparatif. Perbandingan antara beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan daripada sudut sejarah.

Kajian aspek sebutan, perkataan dan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji.
Contohnya : Mengkaji bahasa di Nusantara atau di Kepulauan Melayu.

LINGUISTIK SEJARAH

Linguistik sejarah atau historis ialah pada disiplin linguistik yang bersangkutan dengan perkembangan sesuatu bahasa zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Kajian dilakukan misalnya untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secara sinkronik.

Setelah pakar sejarah berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronik maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antara beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan dibuat daripada pelbagai segi seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan dan sebagainya.

You might also like