You are on page 1of 14

0 1 1

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN


Pra-UPSR SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI SEMBILAN 2012 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN Julai 50 minit 011

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT Soalan 1 - 18

-2-

011

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Pada papan iklan itu tertulis Belilah Sijil Simpanan Premium untuk Menjamin Masa Depan __________. A B C D kamu kami anda awak

Azam bercakap __________ lantang dan penuh bersemangat __________ mesyuarat agung semalam. A B C D hingga dalam dengan dalam hingga di dengan di

Soalan 3 dan 4 berdasarkan gambar di bawah.

Esah __________ adunan yang telah siap dibancuh dengan senduk. A B C D menuang mencurah meletak menyenduk

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

SULIT

SULIT 4

-3-

011

Esah menggunakan __________ yang diperbuat daripada tembaga. A B C D acuan talam periuk bekas

Khairul terpesona melihat sepasang burung merak yang __________ di Zoo Negara. A B C D lawa cantik anggun jelita

Pilih mana-mana yang awak suka__________ awak ingin yang mahal __________ yang murah. A B C D waima ataupun biarpun mahu pun sungguhpun namun bukan sahaja malahan juga

Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya __________ sauh yang berat itu di muara sungai. A B C D menghulurkan melontarkan meletakkan melabuhkan

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT 8

-4-

011

Anjing liar itu __________ seketul tulang yang dijumpai di belakang sebuah gerai. A B C D memakan mencengkam menggonggong menyepit

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

Pak Abu berdiri __________ gerai duriannya sambil menunggu pelanggan tiba. A B C D di belakang di penjuru di depan di tepi

10

Kamariah merupakan murid yang __________ dipanggil oleh guru untuk diuji. A B C D lima kelima berlima kelima-lima

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

SULIT

SULIT 11

-5-

011

Bawalah bertenang dan __________ menangis lagi, kata ibu kepada Diana. A B C D usah sila harap tolong

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12

Pak Hamid memikul __________ pisang yang baru ditebang di kebunnya. A B C D sebiji sesisir sesikat setandan

13

Maria memiliki __________ bibir yang cantik. A B C D sebuah sebiji seulas sekuntum

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT 14

-6-

011

Kerja-kerja __________ sungai itu sedang giat dijalankan oleh kontraktor itu. A B C D memperdalam mendalam mendalami memperdalamkan

15

Para pelajar Kolej MARA Seremban berasa sungguh megah apabila berjaya menawan _____________ Gunung Angsi. A B C D penjuru puncak bawah sisi

16

Dahi Amirul kelihatan __________ memikirkan masalah yang menimpa dirinya. A B C D bergaris-garis bergerak-gerak berkerut-kerut berdenyut-denyut

17

Encik Baharum berhasrat untuk belajar ke Sabah __________ banyak halangan yang terpaksa ditempuhi. A B C D seandainya sekiranya lantaran kendatipun

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

SULIT

SULIT Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

-7-

011

18

Bahagian hadapan kereta itu __________ kerana terlanggar sebatang pokok kelapa. A B C D remuk kemik hancur lekuk

19

Cikgu Maria menegur murid-muridnya yang berjalan __________ menyebabkan mereka lewat masuk ke kelas. A B C D bagai keli kena ketuk bagai itik pulang petang bagai disalak anjing bertuah bagai sibuta mendapat tongkat

20 Setelah masa semakin suntuk, barulah Maniam hendak mengulang kaji pelajaran. Pilih perkataan seerti bagi suntuk. A B C D cepat pendek singkat perlahan

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT

-8-

011

21

Jentera itu sedang menggali lubang untuk membuat longkang. Pilih perkataan berlawan bagi menggali. A B C D mengaut mengorek menampal menimbus

Soalan 22 23 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22 I II III IV Kereta Proton Preve itu adalah kereta abang. Pemuda kerdil itu ialah bapa saudara saya. Surat itu adalah untuk kakaknya di luar negara. Fakta yang dikemukakan Badrul ialah tidak benar.

A B C D

I dan II II dan III III dan IV I, II dan IV

23

I II III IV A B C D

Air bah itu paras pinggang saya. Ibu meletakkan periuk itu di atas paras kayu. Peragawati itu mempunyai paras rupa yang menawan. Penghulu mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat. I dan III II dan IV I, II dan III II, III dan IV

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

SULIT

SULIT

-9-

011

24

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Mengapakah Xavier tidak datang untuk aktiviti kokurikulum semalam? A B C D Ya, Xavier tidak datang kerana demam. Xavier tidak datang kerana demam. Xavier kerap tidak datang ke sekolah. Sudah tiga hari Xavier tidak datang ke sekolah.

Soalan 25 berdasarkan gambar di bawah.

Ibutidakmembenarkan sayamenyertailawatanitu.

25

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan. A B C D Bilakah awak akan dibenarkan menyertai lawatan itu? Siapakah yang tidak membenarkan awak menyertai lawatan itu? Siapakah yang tidak membenarkan saya menyertai lawatan itu? Mengapakah ibu tidak membenarkan awak menyertai lawatan itu?

Soalan 26 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 26 Kakak melarang Siti bermain di tepi kolam itu A B C D " Siti, larang adik itu bermain di tepi kolam," kata kakak. " Siti, bahaya bermain di tepi kolam," jerit kakaknya. "Jangan bermain di tepi kolam," jerit Siti kepada kakak. "Usah bermain di tepi kolam," kata kakak kepada Siti.

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT 27

-10-

011

Pasukan Harimau Muda memukau penonton dengan permainan yang menarik. A B C D Para penonton tertarik oleh permainan pasukan Harimau Muda. Permainan yang menarik oleh pasukan Harimau Muda memukau penonton. Pasukan Harimau Muda menarik penonton dengan permainan yang memukau. Permainan memukau pasukan Harimau Muda menarik penonton.

Soalan 28 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 28 A B C D Ah, kamu rupa-rupanya. Aduhai, sakitnya kakiku ini! Eh, bagaimana keadaannya! Wah, cantiknya burung merak itu!

29

I II III IV A B C D

Kek coklat itu suka saya makan. Baju kurung itu dijahit kakaknya. Buku itu ibu susun di atas meja. Tikar itu Nik Kiah anyam semalam. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

30

I II III IV A B C D

Penghawa dingin di makmal komputer itu rosak. Dia lupa akan janji temunya dengan doktor pakar semalam. Pekerja pasar raya menyimpan daging itu di bilik dingin beku. Maria mendapat hadiah sehelai mini telekung berwarna biru.
I dan III I dan IV II dan III II dan IV

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

SULIT

SULIT

-11-

011

Soalan 31 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Aku selalu pergi memancing di kolam tidak jauh dari rumahku. Kolam itu terletak di atas sebuah bukit. Di hujung semak terdapat sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan. Atapnya sudah tiada. Yang tinggal hanyalah dinding dan berandanya. Kadangkala aku selalu ke situ mencari cacing-cacing sebagai umpan. Aku hairan dengan bentuk binaan rumah itu. Jelas sangat berbeza daripada rumahrumah biasa. Kayunya juga terdiri daripada kayu yang bermutu tinggi. Entah bagaimana keadaan di dalamnya, aku kurang pasti. Apabila aku bertanyakan ibu tentangnya, ibu cepatcepat berdalih dan menukar tajuk perbualan. Hari ini, aku datang seorang diri. Setelah beberapa jam menunggu ikan memakan umpan, aku hampa. Tiba-tiba hatiku ditarik-tarik untuk ke rumah itu. Aku mencacakkan batang pancing ke tanah dan terus ke sana. Kali ini aku dapat merasakan sesuatu yang berlainan. Seperti ada seseorang di situ. Aku menolak daun pintu dan melangkah ke dalam. Memang benar! Seorang perempuan separuh umur sedang tidur di situ. Aku memberanikan diri menghampirinya. Jantungku berdegup kencang. Wajah perempuan itu seiras wajah ibu. Tanpa berlengah, aku pulang ke rumah. Aku bertanyakan ibu tentang perempuan itu. Kali ini ibu tidak dapat berdalih lagi. Kata ibu, perempuan itu ialah saudara kembarnya. Dahulu dia berkahwin dengan seorang lelaki kaya dari bandar. Namun pada suatu malam, tiga orang yang tidak dikenali telah datang ke rumahnya dan membunuh suami perempuan itu. Lebih malang lagi, anak lelakinya diculik. Sejak itu saudara ibu itu menjadi tidak siuman. Dia telah dibawa ke rumah saudaramara tetapi tetap akan datang semula ke situ. Katanya untuk menanti kepulangan anak lelakinya. Cerita ibu begitu menghibakan dan air mataku mengalir apabila mengetahui bahawa anak lelaki perempuan itu ialah aku.

31

Apakah yang menghairankan penulis? A B C D Bentuk binaan rumah tersebut Kayunya yang bermutu tinggi Rumahnya berbeza dengan rumah lain Beranda dan dinding rumah sahaja yang tinggal

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT 32

-12-

011

Rangkai kata aku hampa dalam petikan bermaksud A B C D dia pergi memancing seorang diri menunggu ikan memakan umpannya tidak mendapat seekor ikan pun tiada mengetahui cerita tentang rumah itu

33

Mengapakah penulis menangis? A B C D Mendengar cerita ibu Saudara ibu tidak siuman Sedih melihat keadaan perempuan itu Mengetahui tentang dirinya yang sebenar

34

Apakah hubungan sebenar antara aku dengan perempuan yang kurang siuman itu? A B C D Adik-beradik Anak-beranak Saudara-mara Ibu-adik

35

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang diri penulis? A B C D Penulis ialah anak yatim. Penulis seorang yang berani. Penulis selalu masuk ke dalam rumah itu. Ibu kandungnya kurang siuman.

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

SULIT

SULIT Soalan 36 40

-13-

011

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

8.00 pagi 8.30 pagi 8.45 pagi 9.00 pagi 9.05 pagi 9.10 pagi 9.30 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 9.40 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi

: : : : : : : : : : : :

Ketibaan para jemputan Dif-dif kehormat mengambil tempat masing-masing di dalam Dewan Kampus Raja Melewar Ketibaan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Persembahan koir Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Ucapan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Ucapan Presiden Persatuan Penerbit Buku Negeri Sembilan Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Dato Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Pelancaran pameran Melawat pameran Jamuan ringan

36

Berpandukan atur cara ini, pameran apakah yang diadakan? A B C D Pameran buku Pameran pendidikan Pameran penerbit buku Pameran Buku Malaysia

37

Siapakah tetamu kehormat dalam majlis ini? A B C D Presiden Persatuan Penerbit Buku Negeri Sembilan Dato Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Pengarah Institut. Peserta koir

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

[Lihat halaman sebelah SULIT

SULIT 38 Majlis ini mengambil masa selama A B C D Satu jam Satu jam setengah Dua jam Dua jam setengah

-14-

011

39

Maksud frasa dif-dif kehormat dalam petikan ialah A B C D Para jemputan Kakitangan majlis Pengerusi majlis Orang-orang kenamaan

40

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan A B C D Majlis perasmian diadakan di Pusat Penerbitan Buku Pengarah institut berucap selepas ucapan Dato Pengarah Pelajaran Selepas upacara perasmian, Dato Pengarah Pelajaran melawat pameran Dato Pengarah Pelajaran disambut dengan persembahan koir

KERTAS SOALAN TAMAT

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK

SULIT

You might also like