You are on page 1of 18

HIKAYAT PELANDUK JENAKA Suatu hari Tuan Syeikh Alam di Rimba telah memanggil semua rakyatnya di hutan mengadap.

SAD telah menasihati rakyat-rakyatnya agar hidup bermuafakat dan tidak menaniayai antara satu sama lain. SAD juga meramalkan akan berlaku sesuatu perkara buruk dalam masyarakat mereka. Oleh itu SAD berharap seandainya berlaku sesuatu yang buruk, mereka semuanya hendaklah memaklumkan kepada baginda. SAD juga berpesan agar dalam masa tujuh hari sekali semua rakyat perlu mengadap baginda dengan membawa buah-buahan yang baik dan kayu muda sebagai tanda persahabatan. Setelah selesai baginda bertitah semua binatang pulang ke tempat masing-masing melainkan kawanan harimau,kawanan kambing dan Raja Singa. Suatu hari badak, kerbau, seladang , siamang dan ungka berpakat untuk menangkap ikan di sebuah sungai. Kononnya sungai itu tidak pernah didatangi orang kerana di situ terdapat seorang raksasa yang besar. Pada hari yang lain pula seekor kijang telah sampai ke sungai itu. Dia sungguh kagum dengan keindahan persekitaran sungai yang airnya sangat dalam dan banyak ikan itu. Kijang pulang ke tempatnya dan memberitahu rakan-rakannya tentang keindahan sungai yang dikenali sabagai sungai Tinam itu. Katanya lagi bahawa di sungai itulah tempat raja sulaiman bermain-main dengan segala raja dan memukat ikan. Sang badak dan Sang kerbau amat tertarik dengan apa yang dikhabarkan oleh Sang Kijang, lalu mengajak semua binatang di hutan itu untuk pergi menangkap ikan di sungai tersebut. Binatang-binatang yang pergi ke sungai itu terpesona melihat banyaknya ikan di sungai itu. Binatangbinatang itu telah membuat perhentian di hulu sungai. Setelah memebuat penempatan di hulu sungai, binatn-binatan itu pergi beramai-ramai ke sungai untuk menangkap ikan yang banyak itu. Ikan-lkan yang dapat ditangkap di masukkan ke dalam satu bekas. Beruang telah bersetuju untuk menunggu ikan-ikan yang telah ditangkap, sementara binatangbinatang lain akan terus menangkap ikan di sungai. Tidak lama kemudian datanglah seorang raksasa yang besar ke tempat beruang. Dia meminta daripada beruang untuk memakan ikan-ikan yang banyak itu kerana perutnya lapar. Beruang terkejut melihat raksasa yang besar dan amat menakutkan itu lalu lari untuk menyelamatkan dirinya. Sejurus kemudian Beruang datang semula ke tempat itu. Kedatang

KESUSASTERAAN MELAYU STPM


Bila suatu cita-cita itu bermula, perjalanannya kian menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan
Tuesday, July 6, 2010

MAKSUD SAJAK-SAJAK DALAM MSMM


Membunuh Mimpi oleh : Usman Awang

Rangkap 1
Penyajak menyampaikan beberapa pesanan kepada anak gadisnya Mayawati yang sudah meningkat usia remaja, supaya mengikis perasaan malu, perasaan rindu dan impian yang mengasyikkan. Semuanya adalah bukan realiti dalam kehidupan sebenarnya.

Rangkap 2
Impian dan harapan adalah keanihan ciptaan Tuhan untuk manusia. Tetapi jika ianya tidak ditangani dengan betul akan membawa padah, jiwa jadi resah gelisah dan mereka akan kecewa apabila impian yang diharap-harapkan itu berlainan daripada kenyataan hidup sebenarnya. Ini kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan yang penuh dengan keganasan dan kekejaman.

Rangkap 3
Penyajak berharap agar anak gadisnya jangan mengikut jejak langkahnya yang selama ini selalu mengimpikan hidup ini penuh dengan keindahan dan mengasyikkan. Bagi penyajak baru kini dia sedar tentang realiti kehidupan yang sebenarnya.

Rangkap 4
Penyajak berharap agar anaknya tidak terlalu bergantung kepada impian indah yang di luar dunia nyata kerana impian adalah pembohongan dalam dunia khayalan yang penuh fantasi.

Rangkap 5
Dalam menghadapi realiti kehidupan yang lebih mencabar, penyajak berharap agar anaknya itu menanamkan semangat keberanian dan kecekalan hati serta mempunyai ketinggian ilmu pengetahuan.

Pada Setiap Kali Kau Tiba, Ogos oleh: Kemala

Rangkap 1
Pada setiap kali tibanya bulan kemerdekaan rakyat Malaysia akan mengenangkan kembali tarikh negara kita mencapai kemerdekaan yang menandakan negara kita sudah bebas dan menjadi sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat. Detik-detik hitam di bawah belenggu penjajahan telah berlalu dan yang tinggal kini menjadi lipatan sejarah untuk dikenang pada masa hadapan.

Rangkap 2
Dalam usaha mencapai kemerdekaan, para pahlawan dan pemimpin sanggup berkorban / gugur demi untuk melihat tanah air merdeka. Kenangan terhadap mereka mengundang rasa sedih kerana kesanggupan mereka berkorban demi untuk melihat negara tercinta bebas dari belenggu penjajah.

Rangkap 3
Bila menjelangnya bulan kemerdekaan generasi baru tidak lagi mengenangnya sebagai satu bulan yang penting kerana dalam kehidupan moden yang penuh dengan dugaan dan cabaran menyebabkan perjuangan menuntut kemerdekaan sudah tidak lagi menjadi satu isu / peristiwa yang penting untuk diingati.

Rangkap 4
Penyajak berharap agar bulan Ogos (kemerdekaan) akan membawa kesedaran perlunya semangat nasionalisme dan patriotisme dipupuk dalam kalangan generasi muda

Pengait Tua oleh Muhammad Haji Salleh

Rangkap 1
Penyajak menceritakan tentang seorang wanita tua yang duduk di atas bangku di tepi pantai. Dia sudah lama berada di situ sehinggakan kakinya sudah terbenam di dalam pasir

Rangkap 2
Pada usia mudanya, wanita itu telah mendidik dan membesarkan anak-anaknya dengan segala usaha walaupun terpaksa berkorban demi untuk kelangsungan/ kesejahteraan hidup anak-anaknya. Harapannya agar anak-anaknya yang tinggal jauh akan kembali nanti bersama cucu-cucunya bagi mengubat rindu. Tetapi malangnya mereka tak kunjung tiba .

Rangkap 3
Perempuan itu tetap sabar dan setia menunggu tanpa mempedulikan orang dia tetap menunggu dan menanti

Keindahan yang Hilang oleh Shamsuddin Jaafar

Rangkap 1
Kedengaran bunyi kicauan burung undang tua, yang berada dalam keadaan yang menyedihkan akibat pencemaran udara dan air.

Rangkap 2
Sebelumnya flora dan fauna masih terjaga dan terpelihara. Suasana sungai yang jernih dan indah, dengan hutan yang masih belum diterokai menjadikan kita menyintai kedamaian

Rangkap 3
Tapi kini segala-galanya telah berubah. Semuanya telah musnah dan tiada lagi keindahan.

Rangkap 4
Dunia sains yang semakin canggih dan segala kemajuan yang dicapai menyebabkan manusia boleh meneroka cakerawala dan angkasa lepas.

Rangkap 5
Kehidupan burung-burung semakin terhimpit oleh situasi kotor yang mengakibatkan sungai turut tercemar. Siapakah nanti akan bertanggungjawab bagi memberikan penjelasan kepada generasi akan datang atas kemusnahan ini.

Rangkap 6
Keadaan sekarang tidak lagi seindah seperti pada waktu-waktu dahulu

Kunci oleh : T.Alias Taib

Rangkap 1
Dengan segala kudrat yang ada pada diri penyajak, dia cuba untuk meluahkan perasaan tentang keperitan/kesusahan hidup yang sekian lama terpendam dalam lubuk hatinya yang sebelumnya cuba diselindungi. Beliau juga mahu menyatakan segala-galanya tentang keperitan hidup yang dialami. Tujuannya agar semua tahu / faham walaupun dalam kesejahteraan tetapi masih ada yang berlapar, walaupun dirinya dikelilingi dengan dunia yang mewah dan makmur.

Rangkap 2
Dengan segala keupayaan yang ada penyajak cuba juga untuk mencari jalan bagi mengatasi pelbagai dugaan serta kesedihan dan harapannya yang masih tidak mendapat perhatian. Senario ini seperti cerita seorang buruh yang terpaksa bekerja keras walaupun penuh kotoran namun tetap berusaha menampung

sisa-sisa kehidupannya. Beliau hanya berupaya berserah kepada nasib tentang masa depannya dan mengharapkan doa daripada kawan-kawannya

Rangkap 3
Dengan pancaindera mata, penyajak dapat melihat kehidupan ini penuh keanihan dan penuh tanda tanya yang memang sukar lagi menyulitkan umpama ketika mendaki puncak Kinabalu yang penuh ranjau semata-mata mahu mencapai segala apa yang dicita-citakannya.

Rangkap 4
Penyajak yang dibelenggu dengan pelbagai masalah mengambil langkah membuang semua masalah tersebut jauh dari pemikirannya.

Doa Terakhir oleh : Zaihasra

Rangkap 1
Penyajak menceritakan pengalamannya ketika bersama ibu yang disayanginya disaat kematian ibunya. Perasaan sedih tidak dapat disembunyikan saat ibunya hendak meninggal dunia .

Rangkap 2
Penyajak mengenang kembali kehidupan silam ibunya yang penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan dalam membesarkan anak-anaknya. Namun penyajak berasa kecewa kerana penyajak tidak dapat membalas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibunya. Penyajak turut berasa kesal kerana kini ibu yang disayanginya telah meningggalkannya.

Rangkap 3
Penyajak melahirkan perasaan sedihnya, penyajak turut memohon maaf daripada ibunya kerana mungkin selama ini ada perbuatanya yang telah melukakan hati ibunya. Penyajak sedar akan cubaan dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh ibunya semasa hidupnya menyedarkan dan menginsafkan penyajak kemungkinan penyajak telah melakukan kesalahan terhadap ibunya.

Rangkap 4
Penyajak redha dengan kematian ibunya, peritiwa tersebut telah membangkitkan semangat penyajak untuk menempuh kehidupan yang mendatang.

Rangkap 5
Kenangan dan ingatan terhadap ibunya yang tercinta memanggilnya untuk pulang ke kampung halaman setelah sekian lama merantau.

Rangkap 6
Penyajak menyatakan walaupun mereka terpisah namun perasaan sayang dan kasih kepada ibunya tetap abadi, dalam setiap doanya, penyajak berharap agar ibunya sentiasa berada dalam ketenangan dan kedamaian dan penyajak pasti di akhirat mereka pasti akan bertemu.

Bulan Berdarah oleh Nahmar Jamil

Rangkap 1
Penyajak menganggap bulan sebagai agama Islam yang suci dan penuh kecantikan. Namun ada sahaja perkara-perkara yang berlaku sehingga ia mengalami perubahan. Ianya tidak lagi seperti dulu. Semuanya menjadi lapuk ditelan masa.

Rangkap 2
Pada waktu zaman kanak-kanak penyajak gembira dan bahagia menerima Islam dan perasaannya lebih bersemangat semasa remaja melihat kebangkitan Islam.

Rangkap 3
Penyajak melihat bulan sebagai lambang agama Islam yang mana ianya dianuti oleh seluruh umat tanpa adanya sempadan. Islam agama yang tidak mementingkan puak mahupun warna kulit. Islam yang diterima sejak dulu menjadi asas kehidupan yang berakhlak berteraskan kepercayaan wujudnya akhirat.

Rangkap 4
Islam sekarang dilanda peperangan yang membawa kepada kematian. Kesedihan itu turut dirasai di negara kita dan berlaku juga di Afghanistan, Iran dan Iraq. Kesedihan ini turut dikongsi bersama dengan umat Islam seluruh dunia. Penyajak mempersoalkan bilakah kesudahannya nanti.

Rangkap 5
Penyajak berasa sedih sehingga menitiskan air mata hiba bersama nasib mangsa perang Palestin, Moro, Pattani, Eritra yang ditindas dan dizalimi sedangkan di negara kita Islam agama yang dinobatkan menjadi perbalahan antara pihak kepalsuan dan kebenaran.

Rangkap 6
Islam menjadi mangsa kezaliman sejak zaman dahulu lagi seperti keadaan umat Islam di timur tengah yang terus menderita dan tertindas tetapi penyajak terus berjuang tanpa putus asa dan teguh dalam mempertahankan akidah walaupun menemui kematian.

Rangkap 7
Keadaan umat Islam yang tertindas menyebabkan penyajak tidak dapat melelapkan mata dan penyajak berharap agar para pejuang yang gugur syahid itu menjadi penghuni syurga yang dijanjikan kemenangan seperti umat Islam pada awal zaman perkembangan syiarnya.

Laut oleh : J.M.Aziz

Rangkap 1
Bagi penyajak laut adalah tempat dia membina kehidupan / mencari rezeki untuk hidup yang membebaskan dirinya dari keperitan hidup.

Rangkap 2
Penyajak juga merasakan laut adalah sesuatu yang sukar tetapi penuh bererti dalam hidupnya sebagai nelayan.

Rangkap 3
Bagi penyajak laut adalah harapannya untuk terus hidup walaupun penuh kepayahan dan penderitaan hidup.

Rangkap 4
Walaupun sukar dan susah kerana cabaran di laut yang penuh dengan pancaroba, namun ia tetap memberikan suntikan semangat motivasi bagi nelayan berjiwa kental tetap tabah untuk terus berusaha walaupun terpaksa berdepan dengan rintangan dan halangan.

Rangkap 5
Laut adalah tempat nelayan mencari pendapatan sama ada nelayan pinggir pantai atau nelayan laut dalam. Laut menjanjikan sumber rezeki daripada Ilahi yang tidak dapat dinilai serta terjangkau oleh akal fikir manusia.

Rangkap 6
Laut membawa ketenangan dan kedamaian dari segi hiruk pikuk kota dan laut adalah tempat para nelayan bergantung nasib.

Sewaktu Melintasi Kundasang oleh : Lim Swee Tin

Rangkap 1
Penyajak menceritakan pengalamannya ketika melalui daerah Kundasang di kaki gunung Kinabalu dengan sinaran cahaya matahari yang memancarkan cahayanya, menjadikan kawasan Kundasang tempat yang subur dengan sayuran tanah tinggi. Kedamaian dan keharmonian tempat itu menceriakan perasaan penyajak kerana Kundasang masih mengekalkan warisan alam yang masih belum diterokai.

Rangkap 2
Kehidupan penyajak di kota yang sibuk dan nilai-nilai kemanusiaan sesama manusia yang semakin hilang. Penyajak berasa kagum dengan ciptaan Tuhan yang mendamaikan walaupun Kundasang masih belum moden namun tempat itu adalah tempat yang cukup membahagiakan penyajak. Rangkap 3. Suasana di Kundasang yang sejuk dengan jalan-jalan yang berliku. Angin dingin sentiasa bertiup mengusapi pohon-pohon, longgokan batu dan serpihan tebingnya. Ketika melintasi kawasan Kundasang, terasa oleh penyajak akan kelembutan suasananya yang kalau boleh digunakan untuk mengubah watak kasarnya.

Ke Ruang Katarsis oleh : Zaen Kasturi Rangkap 1: Setelah sekian lama di buai lena dan mimpi indah yang penuh dengan harapan tidakkah kita mempelajari sesuatu dari sejarah silam tentang perjuangan dan pengorbanan serta kesengsaraan para pejuang yang terdiri daripada nenek moyang kita, kealpaan kita pastinya akan menyebabkan mereka sedih dan kecewa. Rangkap 2: Kebimbingan serta kerisauan terhadap generasi muda yang lupa akan sejarah silam pasti merebak hingga ke kawasan pedalaman dan akan menjadi ancaman kepada anak watan. Rangkap 3: Mungkin kitalah bangsa yang hanya mengejar impian kosong kerana sanggup merelakan orang luar mendapatkan hasil mahsyul yang ada di negara kita, sehingga kita menjadi bangsa yang merempat di negara sendiri. Rangkap 4:

Ketakutan dan kebimbangan sebenarnya hanyalah pada pandangan kita,dan seringkalinya ia dilafazkan hingga ianya menjadi semakin merebak. Rangkap 5: Kita tidak pernah mempersoalkan tentang insan yang tidak menerima hakikat kejadian insan itu sendiri yang sukar untuk berubah demi nilai-nilai baik. Masih ada lagi insan yang memperkatakan tentang keagungan dan kemuliaan bangsa kita. Tetapi kita sering terlupa bahawa suatu masa dahulu kita adalah bangsa yang berdaulat. Rangkap 6: Negara kita pernah berdepan dengan peristiwa duka dan kesengsaraan hingga ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam sehingga mengugat pegangan bangsa mengakibatkan beralih arah tujuan hidup bangsa. Rangkap 7: Suatu hari nanti kita pasti akan menguburkan bangsa sendiri jika membiarkan anak bangsa terus menagih dadah. Mereka umpama mayat yang menimbulkan kesulitan untuk menempatkan mereka sama ada untuk mengasingkan mereka terus ke suatu kawasan yang jauh terasing dari masyarakat. Padahal kita mempunyai ramai cerdik pandai yang boleh menyumbangkan idea bagi mengatasi masalah tersebut. Sanggupkah kita menyesal dikemudian hari jika kita tidak berbuat sesuatu sekarang.

Rangkap 8
Jika kita tidak lakukan sesuatu kita pasti akan menyaksikan bangsa kita akan hilang pengaruhnya, suara bangsa kita tidak akan diberi perhatian dan ini sangat menyedihkan. Rangkap 9: Ayuh wahai anak bangsa kita cari ketenangan dan kedamaian, kerana kita perlu perjuangkan maruah bangsa agar kita menjadi bangsa yang dihormati dan disegani. Rangkap 10: Perihalkanlah kepada generasi muda hakikat kehidupan sebenar agar mereka mengerti erti kehidupan , berikan mereka harapan yang tinggi serta berikan juga ilmu agama agar kehidupan mereka selamat.

Kuali Hitam oleh : Zurinah Hassan

Rangkap 1
Sebiji kuali yang sudah hitam warnanya menjadi teman ibu penyajak siang dan malam.

Rangkap 2
Kuali hitam yang digunakan untuk memasak itu menjadi penghibur ibu dan ketika itu penyajak dan adikberadiknya menunggu untuk makan.

Rangkap 3
Kuali hitam itu sudah lama digunakan.

Rangkap 4
Ibu menyayangi kuali hitam itu. Lengan ibu pernah diserap abu hitam manakala mata ibu pernah dimasuki serbuk arang. Dahi dan kulit ibu pernah cedera ketika menggunakan kuali hitam itu.

Rangkap 5
Ibu bahagia jika dapat menghidangkan makanan yang dimasak menggunakan kuali itu. Ibu lebih bahagia apabila melihat penyajak dan adik-beradiknya kekenyangan.

Rangkap 6
Apabila penyajak dan adik-beradiknya terlena kekenyangan, mereka tidak dapat mendengar ibu batuk dan sesak nafas.

Rangkap 7
Kuali itu sangat lama berjasa sehinggalah mereka dewasa.

Rangkap 8
Di rumah penyajak, tidak ada kuali hitam seperti di rumah ibunya. Penyajak menggunakan kuali nonstick. Kuali itu mahal dan dijaga rapi oleh penyajak.

Rangkap 9
Ibu bertandang ke rumah penyajak di bandar. Ibu yang rajin telah memasak untuk penyajak sekeluarga.

Rangkap 10
Selepas memasak, ibu menyental kuali itu dengan berus yang kasar. Penyajak menjerit kerana ibu telah merosakkan kuali itu.

Rangkap 11
Ibu mendiamkan diri dan penyajak tahu bahawa hati ibunya tersentuh. Wajah penyajak yang bengis membuatkan ibu mungkin menangis.

Rangkap 12
Penyajak menyesali keterlanjurannya terutama setelah ibu meninggal dunia. Penyajak juga menyesal kerana dia seolah-olah mengukur nilai kasih sayang dengan harga sebiji kuali.

Rangkap 13
Tidak ada apa-apa lagi di rumah ibu penyajak. Kuali hitam yang tinggal terbiar begitu sahaja. Penyajak mempersoalkan, adakah dia dan adik-beradiknya dapat menghitung nilai kasih sayang ibu mereka.

www.sibermerdeka.com.my oleh A.Ghafar Ibrahim

Rangkap 1
Dalam diri penyajak, terdapat banyak perancangan bagi membebaskan segala macam masalah / kesusahan yang terpaksa ditempuhi.

Rangkap 2
Dalam pemikiran penyajak, penyajak cuba mencari jalan penyelesaian agar kehidupannya tidak mudah dipergunakan.

Rangkap 3
Dalam kehidupan penyajak sering berdepan dengan dugaan dan rintangan untuk menguji kesabaran dan keimanan

Rangkap 4
Walaupun berasa dirinya hebat, namun seringkali juga penyajak terpedaya dengan godaan nafsu

Rangkap 5
Penyajak sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dengan tekad untuk berubah ke arah kebaikan.

Rangkap 6
Dalam meniti usia dewasa, penyajak semakin matang dan tidak mudah panik serta terpengaruh dengan kata-kata.

Rangkap 7
Dalam era globalisasi, penyajak sentiasa muhasabah diri mencari erti kehidupan agar perjuangan tidak mudah tewas.

Rangkap 8
Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Kenangan demi kenangan berlalu begitu sahaja, nasihat penyajak agar kita tidak mempersia-siakan hidup dengan mengabadikan diri pada tuhan.

<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Semoga segala usaha yang kita lakukan selama ini akan membuahkan hasil yang lumayan.tak ternilai

Selamat maju jaya dalam peperiksaan.

Posted byMohamad Pauzi Mohd Isaat11:17 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

No comments: Post a Comment


Newer PostOlder PostHome Subscribe to:Post Comments (Atom)

BIODATA

Mohamad Pauzi Mohd Isa Alor Setar, Kedah, Malaysia Guru Tingkatan 6 (Kokurikulum) SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman Jitra Kedah View my complete profile

KANDUNGAN
o o o o o o o o o o o o o o 2012(15) June(9) May(1) March(4) February(1) 2011(9) November(3) October(2) May(1) March(1) February(2) 2010(36) November(7) August(7) July(8) HARI ANUGERAH CEMERLANG MAKSUD SAJAK-SAJAK DALAM MSMM SEJARAH PERKEMBANGAN SAJAK MELAYU SEBELUM PERANG SEJARAH PERKEMBANGAN NOVEL MELAYU SEBELUM PERANG SEJARAH PERKEMBANGAN CERPEN SEBELUM PERANG SEJARAH PERKEMBANGAN AKHBAR DAN MAJALAH SEBELUM PE... TEROMBA, TALIBUN, SYAIR KENAPA TINGKATAN 6???? June(6) May(8)

KAWAN

KONGSI BERSAMA

PAUTAN
http://awamilsarkam.blogspot.com/ http://ayisgc65.blogspot.com/ http://hamzahhussain.blogspot.com/ http://http://ishakhajimuhammad.blogspot.com/ http://kencanamerana.blogspot.com http://kesmelayustpm.blogspot.com http://khirkassim.blogspot.com/ http://penyair.wordpress.com/ http://sasteramoden.blogspot.com http://stpmexam.blogspot.com http://suakmenerung.blogspot.com http://www.dbp.gov.my http://www.tamiliyakkam.com

annya telah dilihat oleh raksasa, Raksasa memberitahu beruang agar terus menyimpan ikan sebegitu untuk dimakannya pada keesokakan hari. Dengan berbuat demikian berung tidak akan dijadikan habuannya. Setelah petang dan menangkap ikan dengan banyaknya, binatang-binatang lain kembali ke tempat beruang . Mereka amat kecewa kerana beruang tidak berjaya menjaga ikan-ikan yang dikumpulkan itu. Sang Seladang menawarkan dirinya untuk menjaga ikan itu. Jika raksasa datang dia akan membunuhnya. Keesokannya sekali lagi sekalian binatang pergi ke sungai untuk menagkap ikan. Tidak lama kemudian datanglah raksasa ke tempat seladang yang sedang menunggu ikan-ikan itu. Raksasa meminta daripada seladang untuk memakan ikan-ikan itu. Melihat raksasa yang besar dan menakutkkan iitu, seladang terus berlari ke hutan untuk menyelamatkan dirinya. Setelah lama berlalu, seladang kembali semula ke tempat tadi untuk melihat ikan-ikan yang dijaganya tadi. Kedatangannya disedari oleh raksasa. Raksasa meminta agar Seladang dapat mengumpulkan ikan-ikan lagi untuk dimakannya pada keesokkan hari. Dengan berbuat demikian dia tidak akan memakan seladang. Apa yang berlaku amat mengecewakan binanag-binatang itu. Keadaan itu dapat ditenangkan apbila harimau memberi kesanggupan untuk mengawal hasil tangkapan merekamdaripada dimakan oleh raksasa. Tapi malangnya, perkara yang sama juga berlaku kepada harimau. Xemua hasil tengkapan mereka telah dimakan oloeh raksasa. Akhirnya sang badak pulak yang menawarkan dirinya untuk menjaga ikan-ikan tersebut. Seperti hari-hari yang lalu raksasa datang ke tempat itu untuk memakan ikan-ikan yang banyak itu. Seperti juga binatang-binatang terdahulu, Sang Badak lari menyelamatkan dirinya apabila raksasa datang ketempat itu. Setelah masa agak lama berlalu sang badak datang semula, dan bersembunyi di sebalik pokok. Sambil memerhatikan raksasa dari jauh, Sang Badak berkata-kata sendirian mencabar raksasa berdepan dengannya. Percakapannya didengar raksasa. Setelah dilihatnya raksasa memandang ke arahnya Badak terus berlari dengan melanggar pokok-pokok di hutan itu hingga mencederakan tubuh badannya. Dalam pada sang badak berlari itu, dia ditegur oleh sang kera yang menganggap sang badak sudah gila kerana berlari dengan tidak diketahui sebabnya. Sang badak berhenti daripada berlari setelah mendengar sapaan sang kera. Sang kera bertanyakan sebab Sang Badak berlari dlam keadaan badan yang penuh luka itu. Badak memberitahu sang kera bahawa dia baharu saja selesai bertarung dengan seorang raksasa. Raksasa itu dibantu oleh seorang kawannya. Tetapi kedua-duanya dapat ditewaskanya. Oleh a dia bimbang kawankawan rasksasa akan datang lagi, dia terus melarikan dirinya. Kera hanya mendiamkan diri walaupun dia sangsi dengan apa yang diberitahu sang badak kepadanya. Setelah tiada lagi binatang yang sanggup untuk menunggu hasil tangkapan mereka. Binatng binatang itu telah mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke tempat asal mereka.Dalam pada itu

Seladang telah memberi cadangan untuk berjumpa dengan sang pelanduk bagi menyelesaikan masalah mereka. Semua binatang itu pergi mengadap Sang pelanduk dan menceritakan apa yang berlaku. Sang pelanduk bersetuju untuk menangkap raksasa dalam tempuh tujuh hari lagi. Pada hari yang dijajjikan Sang pelanduk (SAD) bersama-sama dengan semua binatang pergi ke sungaim Tinam. Seseampinya di sana sang Pelanduk menyruh binatang-binatang lain mencari rotan untuk dibuat simpai. Selepas itu semua bintang pergi ke sungai ikan menangkap ikan. Ikan-ikan itu dikumpulkan di suatu tempat untuk dijaga oleh SAD. SAD memberitahu kepada semua binatng agar masuk ke hutan dan datang semula apbila dia bertempik. Tidak lama kemudia datanglah seorang raksasa lalu meminta izin ndarida SAD untuk memakan iakanikan itu. Raksasa ingin mengetahui apa yang sedang dibuat oleh Sang Pelanduk. Pelanduk menjeaskan bahawa dia sedang berubat dengasn menggunakan simpai rotan . Raksasa yang sedang sakit badannya, meminta utnk berubat dengan sang pelanduk. Pelanduk bersetuju dengan permintaan Ralksasa, Dengan tidak membuang masa lagi sang pelanduk terus menyimai bada raksasa hingga tidak dapat bergerak lagi. Sang pelanduk terus menyiksa raksasa dengsan mencakar muka dan mencungkil matanya. Raksasa berteriak kesakitan.Sang Pelanduk bertempik sekuat hatinya, maka datanglah binatang-binatang yang lain. Melihat raksasa yang bertempikan, semua binatang itu lari bertempiaran. Setelah dipanggil oleh Sang pelanduk,binatang-binatang itu datang semula. Semua binatang amat mengagumi dan memuji-muji kehebatan sang pelanduk.

You might also like