You are on page 1of 20

BAHA ZAIN

PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN

i Aku terbangun pada waktu tengah malam membuka jendela melihat seluas alam pernahkah engkau terbangun seperti ini Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.

Rangkap 1: Penyajak tersedar dari tidur pada waktu tengah malam lalu membuka jendela untuk meninjau suasana alam. Penyajak menimbulkan persoalan adakah pernah mengalami peristiwa sepertinya, tiba-tiba tersedar dari tidur dikejutkan dengan mimpi buruk ataupun mungkin diselubungi perasaan resah kerana teringatkan sesuatu. Lihatlah gelap pekat di mana-mana nampakkah engkau di sana ada pelita? Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang tidak pekat hitam, tetapi remang-remang. Rangkap 2: Ketika menyaksikan suasana malam yang gelap-gelita, persoalan dilontarkan kepada pembaca adakah terlihat kerdipan cahaya dari pelita yang memperlihatkan terhasilnya baying-bayang walaupun tidak terlalu hitam tetapi masih kelihatan samar-samar.

ii Sepi malam melindungi engkau dari bisikan orang kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan putuskanlah ke mana matamu memandang pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan? masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu dan akal budi atau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu. Rangkap 3: Suasana larut malam yang sunyi tanpa gangguan perbualan manusia sekeliling. Apa yang ada pada waktu itu hanyalah godaan syaitan. Sekali lagi penyajak menimbulkan persoalan tentang membuat pilihan terhadap sesuatu perkara yang turut mengambilkira dari segala aspek kehidupan termasuklah perasaan hati mahupun pemikiran. Ataupun mungkin godaan syaitan turut mempengaruhi pilihan yang hendak dibuat.

Kita sering melihat cahaya benderang jauh ke depan meskipun berdiri dalam gelap pekat atas tanah perkuburan di situ kita injak keamanan dengan mencerca keganasan kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat agama jadi alasan, jadi boneka permainan Rangkap 4: Penyajak mempersoalkan tentang manusia yang hanya mengejar kesenangan dalam hidup walaupun hakikatnya kita pasti akan berdepan dengan kematian. Kita sering melaungkan suara keamanan dan sering menolak pertelingkhan yang terjadi agar masyarakat melihatianya suatu perjuangan yang mulia dengan menjadikan agama sebagai sandaran.

kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan kita yaringkan suara supaya orang tidak mendengar: mendengar bisikan hati nuraninya sendiri, syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti keamanan Engkau harus kuasai mereka dengan harga setinggi mana pun atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian sebuah kota yang telah menjadi perebutan.

Rangkap 5: Kebencian terhadap peperangan dan memperjuangkan keamanan menjadi slogan yang sering dilaungkan. Namun tidak semua yang bersetuju dengannya. Harga kedamaian tidak ternilai jumlahnya ini kerana apa maknnya kejayaan dalam perjuangan untuk mendapat keamanan jika sekiranya terpaksa memusnahkan sesebuah penempatan manusia.

iii Perang akan memusnahkan kubu, bangunan, muzium, galeri dan universiti perang telah mengoyakkan halaman-halaman sejarah perang akan mencipta sejarah baru di halaman-halaman yang baru sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar yang dahulu.

Rangkap 6: Peperangan hanya akan menghancurkan segalanya termasuklah perkampungan, bangunan, muzium, galeri mahupun universiti. peperangan juga turut memusnahkan tinggalan sejarah dan bakal mencatatkan lembaran baru (sejarah) kesan dari peperangan yang dilancarkan oleh askar yang datang menyerang

Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas keagungan pemimpin lama jadi tirani apabila mencium bau wang pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium bau keuntungan? Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian yang merumahkan kemanusiaan.

Rangkap 7: Seringkali peperangan tercetus apabila seseorang pemimpin yang baru cuba menggulingkan sesebuah kerajaan yang lama. Pemimpin yang zalim yang hanya menggunakan kekuasaan untuk mengaut kekayaan. Persoalan dilontarkan kepada mereka yang hanya memikirkan tentang laba( keuntungan) biarpun peperangan akan memusnahkan ketamadunan bangsa. sama ada bahasa mahupun kebudayaan yang sememangnya berupaya memupuk nilai-nilai yang baik dalam kehidupan.

Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan untuk semua bangsa yang membenci persengketaan. Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah dipermainkan?

Rangkap 8: Masyarakat hari ini kian lupa tentang ajaran agama Islam yang merupakan panduan hidup untuk semua bangsa yang menolak pertelingkahan. persoalan terus dilontarkan oleh penyajak adakah kita semua telah dipedaya oleh pihak-pihak yang berkepentingan?

Bertemakan tentang Keamanan dan kedamaian


Penyajak mengajak pembaca menolak peperangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnya akan meninggalkan kesan sejarah yang sukar untuk dilupakan

Persoalan tentang gangguan tidur


Tidur penyajak terganggu oleh mimpi-mimpi ngeri dan teringat seseorang hingga menyebabkan tidurnya tersedar.

Persoalan tentang harapan dalam kehidupan


Biarpun terpaksa berdepan dengan kesusahan dalam kehidupan tetapi masih ada harapan yang diberikan tuhan.

Persoalan tentang membuat pilihan dalam hidup


Pilihan dalam kehidupan perlu dibuat dengan mengambilkira segala aspek dan jangan mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan.

Persoalan tentang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi


Sering agama dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu kerana agama menolak keganasan dan menyuruh penganutnya berbuat baik

Persoalan tentang keamanan


Konflik yang berlaku akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan lalu suara kedamaian akan dilaungkan bagi menyedarkan tentang keamanan.

Persoalan tentang peperangan memusnahkan harta benda


Peperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda yang turut memusnahkan monumen sejarah sesebuah negara.

Persoalan tentang ketamakan pemimpin.


Pemimpin yang tamak dan zalim yang hanya mementingkan kepentongan peribadi pasti akan mencetuskan kemarahan rakyat lantas mengakibatkan perang berlaku.

Persoalan tentang Islam agama keamanan


Islam agama untuk semua bangsa dan menolak peperangan serta. permusuhan .

Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.

dan akal budi


kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah

Berdasarkan contoh bait-bait sajak di atas, nyatakan aspek estetika bahasanya?

Perang telah mengoyakkan halaman-halaman

KEMANUSIAAN

KEMASYARAKATAN

KEAGAMAAN

WAKTU TENGAH MALAM

PENYAJAK TERSEDAR DARI TIDUR KERANA TERGANGGU OLEH MIMPI MENGERIKAN

SUASANA TENGAH MALAM

GELAP PEKAT NAMUN MASIH ADA CAHAYA YANG SAMAR-SAMAR TIDAK KEDENGARAN SUARA-SUARA ORANG BERCAKAP PADA WAKTU TENGAH MALAM. PERANG AKAN MENGAKIBATKAN KEMUSNAHAN HARTA BENDA.

SUASANA SEPI

SUASANA PERANG

Masyarakat yang mementingkan keamanan dan kedamaian H/C: Keamanan dan kedamaian akan lebih bermakna jika sekiranya masyarakat Menolak keganasan. Contohnya: di situ kita injak keamanan dengan mencerca keganasan kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat Masyarakat yang memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi H/C: seringkali agama menjadi alat propaganda bagi memenuhi tujuan-tujuan peribadi Contohnya: kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat agama jadi alasan, jadi boneka permainan

Masyarakat yang menolak peperangan H/C: Keamanan sering diuar-uarkan bagi menolak peperangan yang boleh Memusnahkan ketamadunan manusia. Contohnya: kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan kita yaringkan suara supaya orang tidak mendengar:

KEHIDUPAN MANUSIA

MEMPERALATKAN AGAMA

HASUTAN SYAITAN

HARAPAN

ASPEK PEMIKIRAN MASYARAKAT

AGAMA ISLAM

KEAMANAN/ KEDAMAIAN

MATERIALISTIK

PERANG

FAKTA
HURAIAN

Pemikiran tentang kehidupan manusia


Kehidupan manusia sering berdepan dengan pelagai cubaan antaranya sering diganggu dengan mimpi-mimpi yang menakutkan sehingga menganggu kehidupan. pernahkah engkau terbangun seperti ini Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu

CONTOH

You might also like