You are on page 1of 27

KUEK SZE YEN

GAN SIAW EE
CHING CUI YUH

PERALATAN DAN KELENGKAPAN UNTUK ACARA LOMPAT JAUH


i.

Pita pengukur Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung yang terdekat dengan papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kawasan pendaratan. Dalam kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat dilakukan.

ii. Kasut berpaku (spike) Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan sebagai perlindungan. Kasut yang berpaku dan bertumit plastik sesuai digunakan dalam lompat jauh. iii. Bendera isyarat Bendera yang digunakan oleh pengadil adalah untuk mengawasi lompatan. Terdapat dua jenis bendera iaitu bendera putih dan merah. Bendera putih untuk lompatan yang sah dan bendera merah untuk lompatan yang batal.

iv. Lorong larian


Lorong larian yang sesuai adalah penting untuk melakukan pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian adalah 45 meter x 1.22meter.

v. Papan pelepas

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard adalah bersaiz 1.22 meter panjang dan20 meter lebar. Papan ini diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan dan biasanya diwarnakan dengan warna putih.

Ruang dan kelengkapan acara lompat jauh

TEKNIK LOMPATAN

Terdapat empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh iaitu kelajuan larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan. Kelajuan larian Kelajuan lompatan adalah penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan jauh. Kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan dilakukan. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting. Kebiasaannya, pelompat melakukan larian yang mempunyai 18 hingga 22 langkah atau jarak di antara 25 hingga 40 meter. Bagi mendapatkan ketepatan, check mark dilakukan sebelum membuat lompatan bagi memudahkan pelompat untuk membuat larian mula dengan papan pelepas. Terdapat dua kaedah untuk melakukan check mark iaitu kaedah pertama pelompat perlu mencari konsentrasi melalui larian yang berulang-ulang dan menandakan titik yang paling sesuai. Manakala kaedah kedua ialah mencari konsentrasi melalui larian dari papan pelepas tetapi ia kurang sesuai jika tiupan angin yang terlalu kuat.

i.

Teknik membuat check mark

ii. Pelepasan lompatan Ia penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum dan dalam melakukan lompatan yang berkesan. Kelajuan larian dan daya konsistensi yang sesuai dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik dalam lompatan. Dianggarkan pelompat hanya berada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi ia penting dalam menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal. Melalui pemerhatian corak dan teknik yang dilakukan oleh jaguh-jaguh peringkat antarabangsa, teknik pelepasan lompatan berikut adalah disarankan iaitu:
a) b)

c)

Pelompat perlu ada konsentrasi yang tinggi pada tahap pelepasan lompatan. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah dan pada kaki sudut hentian perlu diubah. Bahu dan dada di angkat ke atas untuk membantu dalam membuat pelepasan.

Membuat lepasan lompatan

iii. Lompatan di udara Semasa pelepasan lompatan dilakukan, momentum menegak mula mengambil tempat pada pelompat. Daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku di awal pelepasan. Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh daya graviti iaitu pusat graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat. Terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompat semasa berada di udara, iaitu:

Pergerakan berlayar

Pergerakan mengayuh

Pergerakan ayunan punggung

iv. Pendaratan Dalam menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspek pendaratan memainkan peranan penting. Pergerakan yang sesuai mampu menghasilkan jarak yang maksimum dan dapat mengelakkan gangguan pada momentum menegak. Teknik pendaratan yang sesuai digunakan adalah jack-knifing . Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ia dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dipindahkan ke bahagian kaki dan tangan.

Mendarat

FASA LOMPAT JAUH


1.

Fasa Penujuan Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. Cara larian adalah sama dengan cara memecut.

Kelajuan bertambah sehingga sampai ke papan lonjokan.

2. Fasa lonjakan Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa melonjak. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan untuk membantu lonjakan.
3. Fasa penerbangan/layangan Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia untuk mendarat.

4. Fasa mendarat Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan semasa tumit mula mencecah pasir.

LATIHAN ANSUR MAJU

1. MENENTUKAN KAKI LONJAKAN


Pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.

Rajah di atas menunjukkan Lintasan Lari, Papan Tumpu dan Tempat Mendarat pelompat lompat jauh ketika melakukan

2. LATIHAN LONJAKAN
1

Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh.

Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.

Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.

Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

3. LATIHAN MENDARAT
1. Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.

Rajah 1: Lompat Dirian

Rajah 2: Lompat Jauh berdiri dengan satu kaki

2. Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.

3. Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

4. MENGUKUR PENUJUAN

Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut. Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.

5. LATIHAN GAYA LOMPATAN BERBEZA


Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas. Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung, tendang kayuh). Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan i) gaya layar ii) gaya gantung iii) gaya tendang kayuh.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS


i.

ii.

iii.

Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan sahaja berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta yang ramai, hanya tiga lompatan perlu dibuat. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling jauh akan dikira sebagai pencapaian terbaik dan pemenang. Peserta perlu membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan dan peserta tidak dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan pelepasan.

iv. Lompatan dikira batal jika peserta melakukan perkara-perkara seperti berikut;

Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan pelepasan melepasi tanda yang dibenarkan. Semasa mendarat, seluruh badan peserta berada di luar kawasan mendarat. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan dan kebiasaannya jarak yang digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.

v.

vi. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran dilakukan antara dari hujung papan pelepasan dengan hujung kawasan mendarat iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh peserta.
vii.

Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang.

viii. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk mengawasi lompatan iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat mendarat dan sebagai pencatat.

You might also like