You are on page 1of 30

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOLEJ UNDANG-UNDANG, KERAJAAN DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA (COLGIS)

KURSUS: GMJT 2053 (URBANISASI & TRANSFORMASI SOSIAL)

TAJUK: KONSEP PEMBANGUNAN MAMPAN

GMJT 2054 : Uubanisasi dan Industrialisasi |2 KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT ( m/s ) 1 2-4

1.0 2.0

PENGENALAN KONSEP PEMBANGUNAN MAMPAN 1.1 Definisi 1.2 Tujuan CIRI-CIRI PEMBANGUNAN MAMPAN

3.0

5-6

4.0

PENUNJUK KEMAMPANAN

7-8

5.0

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKMAMPANAN

9 - 10

6.0

PRINSIP-PRINSIP PEMBANGUNAN MAMPAN 6.1 Deklarasi Stockholm 6.2 Prinsip yang tercatat dalam Deklarasi Stockholm 6.3 Agenda 21 CABARAN 7.1 Isu Alam Sekitar 7.2 Isu Kemiskinan 7.3 Isu Kebudayaan STRATEGI PEMBANGUNAN MAMPAN 8.1 Kemampanan Ekonomi 8.1.1 Membasmi kemiskinan 8.1.2 Memajukan sektor pertanian 8.1.3 Memajukan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 8.2 Kemampanan Sosial 8.2.1 Bilangan dan kadar pertambahan penduduk 8.2.2 Peningkatan mutu kesihatan 8.2.3 Memberi perhatian kepada golongan minoriti 8.3 Kemampanan Alam Sekitar 8.3.1 Pemuliharaan kepelbagaian biologi dan ekosistem fizikal 8.3.2 Penjagaan kawasan persisiran pantai 8.3.3 Memelihara dan memulihara bekalan air bersih 8.3.4 Mengawal pencemaran kawasan marin dan samudera KESIMPULAN

11 - 18

7.0

19 - 20

8.0

21 - 26

9.0

27

GMJT 2054 : Uubanisasi dan Industrialisasi |3 1.0 PENGENALAN

Menurut Dixon (1999), menyatakan ketua-ketua Negara Komanwel yang bermensyuarat di Malaysia telah menyatakan tekad mereka mengenai kepentingan pembangunan mampan melalui pemeliharaan alam sekitar. Malaysia mula menerapkan istilah pembangunan mampan dalam proses perancangan pembangunan apabila kajian semula ke atas Rancangan Malaysia Ke-6 (1991-1995) dilakukan. Ketika Rancangan Malaysia Ke-7 (1996-2000) dirangka, pembangunan mampan menjadi asas dalam pembangunan negara agar setiap rancangan pembangunan yang ingin dilaksanakan sentiasa mengambilkira tentang pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan sosio-ekonomi negara. Walaupun cadangan penubuhan negara yang melalui proses pembangunan mampan mendapat sokongan dunia namun terdapat beberapa halangan dan cabaran yang perlu diharungi untuk merealisasikan rancangan pembangunan mampan ini.

GMJT 2054 : Uubanisasi dan Industrialisasi |4 2.0 KONSEP PEMBANGUNAN MAMPAN

2.1

Definisi

Menurut daripada penakrifan yang diutarakan oleh Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (WCED), pembangunan mampan ditakrifkan sebagai pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang agar memenuhi keperluan mereka. Manakala menurut Ibrahim (2000) pula menyatakan bahawa pembangunan mampan didefinisikan sebagai corak pembangunan yang menggunakan sumber-sumber semulajadi. Ini bertujuan bagi memenuhi pelbagai keperluan manusia dan memelihara alam sekitar supaya keperluan-keperluan ini boleh dipenuhi bukan sahaja oleh generasi sekarang tetapi juga yang akan datang.

2.2

Tujuan

Pembangunan mampan bertujuan membawa mutu hidup yang lebih baik untuk generasi pada masa kini dan akan datang. Dalam masa yang sama ia melindungi dan memperbaiki mutu alam sekitar dan penggunaan sumber asli. Wawasan pembangunan ekonomi yang mampan adalah berlandaskan peningkatan kecekapan penggunaan sumber-sumber asli supaya stok modal asli dan buatannya tidak mengurang. Kekayaan negara teragih dengan saksama di antara lapisan masyarakat serta antara kawasan bandar dan desa untuk membasmi tahap kemiskinan mutlak dan juga melibatkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan seperti pertanian, perindustrian dan perdagangan yang tidak memudaratkan mutu alam sekitar. Kemampanan pembangunan juga memerlukan kestabilan ekonomi yang mampu berdaya saing di peringkat serantau dan antarabangsa. Ini dapat disimpulkan bahawa pembangunan mampan bererti rakyat dapat menikmati mutu hidup yang lebih produktif, sempurna, memuaskan dan madani pada masa sekarang dan akan datang. Semua ini dicapai beserta harmoni dengan alam sekitar. Masyarakat mampan juga adalah masyarakat yang celik budaya, ilmuan dan budiman (http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio504/GrpOne/4.0%20DEFINISI%20DAN%20TEORI.htm).

GMJT 2054 : Uubanisasi dan Industrialisasi |5 Menurut David (1996), menyatakan terdapat lima tujuan khusus pembangunan mampan yang terdiri daripada :

a) Ketelusan dan Kerjasama Ketelusan dan kerjasama di sini bermaksud masyarakat diberi peluang sepenuhnya dan galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan tentang pembangunan pada pelbagai peringkat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan. Oleh itu, proses membuat keputusan yang berkaitan perlu dilakukan secara telus dan tulus. Matlamat akhir dalam ketelusan dan kerjasama ini ialah untuk mengukuhkan penglibatan, tanggungjawab, dan peranan pelbagai kelompok dari pelbagai peringkat masyarakat berasaskan kepada proses perancangan, pelaksanaan, pengurusan dan keputusan.

b) Melahirkan Perkongsian Pintar Perkongsian pintar yang ingin dilahirkan adalah antara Kerajaan Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan semua pihak masyarakat dalam seluruh aspek. Selain itu juga perkongsian pintar ini juga adalah asas untuk mengeratkan integrasi pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam menjurus kepada pola pembangunan mampan.

c) Tanggujawab Bersama dalam Menjalankan Pembangunan Mampan Ini amat penting untuk menjayakan program ini. Pihak kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak masyarakat berperanan dan berkongsi tanggungjawab merancang, mengurus, melaksana dan memantau pembangunan mampan. Oleh itu, berdasarkan kepada matlamat, objektif dan aspirasi yang jelas untuk manfaat dan kesejahteraan bersama.

d) Kesatuan Ekosistem Alam sekitar dapat dilihat sebagai suatu ekosistem yang mengandungi unsur-unsur warisan tabii, sistem sokongan hidup dan sumber asli. Oleh itu, jika alam sekitar ini digunakan dengan bijaksana ia akan menjamin dan meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan sosial.

GMJT 2054 : Uubanisasi dan Industrialisasi |6 e) Mengambil Berat Terhadap Masa Depan Ia merangkumi pendapat bahawa generasi semasa mengurus sumber-sumber semasa dengan cara yang memungkinkan pengekalan pilihan-pilihan pengurusannya oleh generasi akan datang. Selain itu, pembangunannya yang menekankan kepada penggunaan sumber asli secara mampan dan amat menitikberatkan langkah-langkah perlindungan alam sekitar menjadikan pembangunan mampan ini sangat penting dan harus dijalankan oleh semua negara.

GMJT 2054 : Uubanisasi dan Industrialisasi |7 3.0 CIRI-CIRI PEMBANGUNAN MAMPAN

Menurut Jasni (2000), menyatakan terdapat empat ciri khusus yang terdapat dalam pembangunan mampan yang terdiri daripada :

i.

Alam sekitar Pemeliharaan alam sekitar merupakan perkara asas dalam konsep pembangunan mampan. Pembangunan sosio-ekonomi tidak boleh dilihat sebagai tidak mempengaruhi keadaan alam sekitar. Perancangan dan pelaksanaan pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sosial melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, bersikap proaktif dan telus dalam

mempertimbangkan kesan pembangunan yang dirancang terhadap mutu alam sekitar dan kesinambungan bekalan sumber dan perkhidmatan yang disediakan oleh alam sekitar.

ii.

Kawalan sumber Kadar penggunaan sumber asli ditentukan berasaskan inventori sumber yang lengkap dan sentiasa dikemaskini. Kadar eksploitasi sumber dipantau dan ditentukan supaya tidak berlaku keadaan yang menjejaskan aktiviti pembangunan negara dan menyebabkan berlaku kepupusan bekalan sumber. Kadar eksploitasi sumber yang boleh diperbaharui dihadkan pada tahap daya tampung stok sedia ada. Eksploitasi sumber tidak boleh diperbaharui dilakukan pada kadar berdasarkan simpanan dan kemampuan penjanaan modal sumber buatan gantian.

iii.

Ekonomi Pembangunan ekonomi dilakukan dengan mengambilkira trade-offs sosial dan alam sekitar yang mampu dipikul supaya tidak mengorbankan kepentingan masyarakat semasa dan generasi akan datang. Pembangunan ekonomi juga berupaya menjana peluang, meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan penduduk, serta diagih secara saksama antara lapisan masyarakat. Aktiviti ekonomi juga turut mendorong pembangunan berpegang kepada prinsip perlunya keseimbangan antara mencapai matlamat memenuhi kehendak pasaran global. Aktiviti ekonomi perlu mampu beradaptasi kepada perubahan persekitaran perniagaan dan perdagangan sejagat untuk menjamin kemampanan dan kestabilan ekonomi negara.

GMJT 2054 : Uubanisasi dan Industrialisasi |8

iv.

Penyertaan dan keterlibatan masyarakat Masyarakat yang progresif dan berpengetahuan merupakan aset penting dalam sesebuah negara maju yang sedang bergerak ke arah pembangunan mampan. Keterlibatan masyarakat dalam merancang dan melaksanakan pembangunan mampu meningkatkan taraf hidup mereka. Masyarakat diberi peluang sepenuhnya dan digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan mengenai pembangunan di pelbagai peringkat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan pembangunan. Masyarakat bebas menyuarakan pandangan dan pendapat serta mengemukakan cadangan dalam pelbagai perkara yang mempunyai kepentingan sepunya.

GMJT 2054 : Uubanisasi dan Industrialisasi |9 4.0 PENUNJUK KEMAMPANAN

Penunjuk kemampanan terbahagi kepada tiga seperti mana menurut Harlan (1981) iaitu terdiri daripada:

a) Kemampanan Ekonomi y Dalam usaha mencapai pembangunan mampan, prestasi ekonomi negara harus terus berkembang dan tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar dan sumber bekalan asli. Masyarakat seharusnya menggunakan sumber asli dengan sebaiknya tanpa berlaku pembaziran sumber. Bahan asas yang mampu untuk dikitar semula perlulah dilaksanakan proses kitar semula agar penjimatan dapat dilakukan dalam proses pengeluaran dan penggunaan sumber asli. Negara Malaysia yang semakin rancak untuk mengorak langkah dalam pembangunan negara semakin mengutamakan bidang perindustrian. Kita sedia maklum bahawa bidang perindustrian yang dijalankan secara besar-besaran sedikit sebanyak memberi kesan buruk terhadap kualiti alam sekitar. Namun begitu, pihak kerajaan boleh mengambil beberapa inisiatif bagi mengelakkan penurunan indeks kualiti alam sekitar seperti penzonan kawasan perindustrian, penggunaan teknologi bersih dan jimat sumber, dan usaha kawalan pencemaran. Peningkatan ekonomi negara juga dapat dinikmati oleh semua anggota masyarakat. Melalui peningkatan ekonomi, pelbagai usaha dapat dilakukan kerajaan bagi membantu masyarakat untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.

b) Kemampanan Sosial y Dalam merencanakan pembangunan mampan yang ingin dicapai, isu sosial seperti masalah kesihatan perlu diambilkira. Sesebuah negara dianggap melalui proses pembangunan mampan sekiranya tidak mengabaikan isu kesihatan yang melanda masyarakat. Peningkatan kualiti kesihatan perlu dijalankan agar masyarakat mendapat faedah hasil daripada pembangunan yang dialami oleh negara. Keperluan asas amat diperlukan oleh semua anggota masyarakat. Pembangunan mampan yang berlaku akan menjamin taraf pemakanan masyarakat terpelihara, kebolehmilikan rumah memuaskan, pekerjaan dan sumber-sumber asas lain mudah diperolehi. Jumlah dan pertambahan penduduk juga perlu dititikberatkan dalam pembangunan mampan. Kemampanan pembangunan boleh tergugat sekiranya pertambahan penduduk yang berlaku

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 10 secara tidak selaras dengan kemampuan daya tampung semasa dan akan datang. Masyarakat yang berfikir mampu untuk membawa perubahan dan mengambil risiko sesuai dengan perubahan persekitaran. Oleh itu, pendidikan perlu diberikan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira jantina, harta dan warna kulit. Selain masyarakat yang celik huruf, masyarakat celik budaya juga diperlukan. Masyarakat celik budaya merujuk kepada mudahnya jaringan maklumat diperolehi oleh individu dan disimpan dalam minda. Keunggulan pendidikan menjadi teras pembangunan mampan. Generasi yang berpendidikan mampu menerajui negara dengan adil dan tidak memusnahkan alam sekitar.

c) Kemampanan Alam Sekitar y Kepentingan pemeliharaan alam sekitar sememangnya antara agenda utama pembangunan mampan. Desakan pembangunan ekonomi dan sosial seringkali mengakibatkan pemeliharaan alam sekitar terpinggir. Bagi mencapai matlamat pembangunan mampan, Malaysia memperkenalkan pengurusan bersepadu alam sekitar dan sumber asli. Pemeliharaan kepelbagaian biologi dan ekosistem merupakan agenda pembangunan mampan dari sudut alam semulajadi dan kebolehdapatan sumber asli. Industri bioteknologi merupakan bidang yang semakin dibangunkan di negara ini. Bagi memastikan bidang bioteknologi terus berkembang, pemeliharaan kepelbagaian biologi yang memastikan sistem ekologi berfungsi dengan baik harus diutamakan. Kepelbagaian gen yang terkandung dalam kepelbagaian biologi diharap dapat digunakan dalam penghasilan ubat-ubatan bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Pengurusan bahan toksik dan merbahaya secara berkesan merupakan keperluan asas dalam memastikan corak pembangunan yang mampan. Pembangunan mampan menuntut penghasilan buangan toksik dan merbahaya diminimumkan, kitaran semula bahan buangan digalakkan, rawatan dan pelupusan secara lebih mesra alam dilaksanakan dan kemudahan perkhidmatan rawatan buangan toksik dan merbahaya diperluas.

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 11 5.0 FAKTOR-FAKTOR KETIDAKMAMPANAN

Menurut Ishak (2006), faktor-faktor ketidakmampanan boleh dilihat melalui beberapa aspek utama yang telah ditonjolkan antaranya adalah:

a) Alam Sekitar dan Sumber Asli y Akibat pembangunan yang terlalu pesat tanpa mengambilkira faktor alam sekitar sehinggakan semua hutan atau sumber asli dieksploitasi secara rakus untuk membina kawasan-kawasan perindustrian, perumahan, infrastruktur dan sebagainya menyebabkan negara masih tidak mencapai tahap kemampanan kerana untuk mencapai negara mampan faktor alam sekitar, ekonomi dan sosial akan dikaji terdahulu. Contohnya, di Cheras pembersihan hutan telah menyebabkan berlakunya geobencana seperti sedimensi, tanah runtuh, dan gelinciran tanah. Keadaan ini berlaku kerana permintaan tanah amat tinggi untuk mendirikan pembangunan sehinggakan banyak hutan yang telah digazetkan sebagai Hutan Simpan Kekal terkorban. Kejadian kekurangan pokok juga menyebabkan berlakunya pencemaran di bandar seperti jerebu, udara dan sungai, seterusnya menyebabkan berlakunya Pulau Haba bandar.

b) Sosio-budaya y Gejala rasuah amat berkait dengan faktor kemiskinan, suatu kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia melalui Berita Harian, 6 mac 2007 menyatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi RM5,000 ke atas di Malaysia lebih cenderung terlibat dalam rasuah iaitu 52% diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 sebanyak 40%, RM1,501-RM3,000 sebanyak 31% dan bawah RM3000 sebanyak 18%. Oleh itu keadaan ini akan menjejaskan serta melambatkan untuk negara mencapai pembangunan mampan (http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=622&Itemid=72) . c) Politik y Wujudnya sikap mementingkan diri dalam kalangan pihak-pihak tertentu dan campurtangan politik serta kekurangan kemahuan politik menyebabkan berlakunya ketidakmampanan pembangunan di Malaysia. Struktur politik amat penting kepada pembangunan sesebuah

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 12 negara itu dan jika ia gagal ditangani dengan berhemat dan segera ia akan menghalang usahausaha dalam pemulihan ekonomi negara, dan usaha untuk mengembalikan keyakinan pelabur asing akan gagal, keadaan ini akan menyebabkan negara akan kekurangan modal untuk menjalankan sesuatu pembangunan seterusnya teknologi negara juga tidak akan maju kerana kesempitan modal untuk menghasilkan dan membeli teknologi.

d) Ekonomi dan Pembangunan Fizikal y Isu-isu yang berbangkit yang boleh menghalang daripada negara mencapai pembangunan mampan ialah seperti kegawatan dan krisis ekonomi yang berlaku, kekurangan tenaga kerja yang mahir khususnya dalam bidang professional dan saintifik menyebabkan negara sukar menghasilkan teknologi sendiri yang canggih dan masalah perumahan dan proses pembandaran yang semakin pesat dan menjadi masalah utama terutamanya di kawasan bandar dan masalah ini sangat sukar diatasi namun sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan untuk meminimumkan masalah ini ia akan terus berlanjutan dan tiada pengakhiran.

e) Institusi dan Mekanisme y Aspek daripada institusi dan mekanisme juga perlu dititikberatkan oleh kerajaan dan diambil tumpuan selain daripada aspek-aspek yang dinyatakan diatas kerana pembangunan mampan tidak akan tercapai dengan jayanya sekiranya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pihak industri masih kurang memberikan kerjasama dengan tujuan kerajaan ke arah usaha-usaha mencapai pembangunan mampan. Contohnya kita dapat lihat melalui isu-isu menangani masalah pembuangan sampah perlu diatasi dengan segera dan komited.

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 13 6.0 PRINSIP PEMBANGUNAN MAMPAN

6.1

Deklarasi Stockholm

Menurut Fuad (2005), deklarasi Stockholm adalah kesedaran berkaitan perlunya alam sekitar yang terkawal. Ini telah mendorong banyak negara-negara di dunia berkerjasama dan bergabung tenaga untuk meningkatkan tahap persekitaran dunia yang sering diancam oleh aktiviti-aktiviti manusia. Ekoran daripada masalah yang wujud telah menyebabkan konsep pembangunan mampan diperkenalkan untuk mencapai keseimbangan dalam pembangunan dan penjagaan alam sekitar. Konsep ini bertujuan untuk melindungi dan memperbaiki mutu alam sekitar serta sumber semula jadi tanpa memberi kesan yang besar kepada mutu kehidupan masyarakat pada masa kini dan masa depan. Terdapat pelbagai deklarasi, persetujuan, dan persidangan yang telah dibentuk bagi menjamin kelestarian alam sekitar dan kelangsungan hidup manusia supaya kedua-dua elemen ini dapat terus untuk hidup seiring dengan perkembangan semasa antaranya pada tahun 1972 di Stockholm, Sweden satu persidangan telah dijalankan iaitu Stockholm Conference on the Human Environment yang diketui oleh Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menekankan aspek polisi khas ke atas masalah ekologi dari sudut saintifik. Hasil daripada persidangan tersebut telah lahir persidangan yang lain pada tahun 1974 di Bucharest, Romania untuk melihat hubungan saling bergantungan di antara pencemaran, penggunaan sumber, masalah alam sekitar, dan pembangunan ekonomi. Gabungan daripada persidangan tersebut telah membentuk satu projek yang diletakkan di bawah kawalan United Nations Educational, Scientific, and Culture Organisation (UNESCO) iaitu Man and the Biospher (MAB). Persidangan Stockholm telah mengeluarkan satu deklarasi, satu set prinsip, dan satu pelan tindakan. Deklarasi yang dibentuk bukanlah bermaksud sebagai sebuah dokumen perundangan tetapi merupakan satu kenyataan yang direkodkan. Kenyataan yang direkod ini menjadi bukti bahawa soal alam sekitar mula dibincangkan dan diharap akan menjadi asas kepada pembentukan prinsip yang lebih terperinci dan membentuk pelan yang boleh diguna pakai untuk pembangunan manusia dan alam sekitar bagi melihat kesan yang diterima oleh ekosistem bumi akibat daripada aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi. Modus operandi setiap daripada perbicangan yang berkaitan dengan pembangunan mampan adalah untuk mengkaji permasalahan, membentuk sekumpulan pakar, membentuk pelan tindakan, melaksanakan dan mengkaji keputusan dari tindakan yang dilakukan.

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 14 Deklarasi Stockholm telah menyenaraikan sebanyak 27 prinsip yang telah dibahagikan kepada lima bahagian. Setiap prinsip ini mempunyai peranan yang tersendiri kepada pembangunan.

6.2

Prinsip yang tercatat dalam Deklarasi Stockholm

Menurut Basri (2006), menyatakan terdapat lima prinsip yang tercatat dalam deklarasi Stockholm yang terdiri daripada :

1) Sumber semulajadi harus dikawal rapi dan disimpan, sumber hasil bumi yang boleh diganti harus dikekalkan dan sumber yang tidak boleh diganti harus dikongsi bersama.

2) Setiap negara harus menetapkan standard pengurusan alam sekitarnya sendiri dan mengekploitasi sumber tersebut mengikut keperluan tanpa membahayakan negara lain. Satu kerjasama antarabangsa harus ditetapkan untuk meningkatkan kualiti alam sekitar.

3) Pencemaran yang berlaku tidak harus dibiarkan dan diselesaikan oleh alam sekitar secara semulajadi, dan pencemaran laut harus dicegah.

4) Sains, teknologi, dan pendidikan dan penyelidikan (R&D) seharusnya digalakkan untuk mempromosi perlindungan alam sekitar.

5) Pembangunan dan alam sekitar seharusnya bergerak seiring, dan negara membangun seharusnya diberi bantuan dan inisiatif untuk mempromosi pengurusan yang rasional.

Selepas memperkenalkan deklarasi Stockholm, tindakan seterusnya untuk membentuk pembangunan mampan dengan membentuk satu set prinsip yang lengkap. Prinsip yang lengkap mengambil masa yang lama untuk dipersetujui kerana hal ini melibatkan keputusan global. Pemerhatian yang teliti harus diberikan dan segala aspek perlu diambil kira bagi memastikan prinsip yang dihasilkan mampu memberi manfaat kepada semua termasuk manusia dan alam sekitar. Prinsip yang lahir daripada deklarasi ini ialah Agenda 21 pada Jun 1992 di Sidang Puncak di Rio. Beberapa

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 15 Badan Bukan Kerajaan seperti World Wildlife Fund (WWF) telah menyokong kepada kewujudan pembangunan mampan. Banyak negara telah memperkenalkan pembangunan mampan antaranya United Kingdom yang telah menjadikan pembangunan mampan ini sebagai blueprint untuk green economy. Agenda 21 ini merupakan satu garis panduan tentang bentuk semulajadi alam sekitar, masalah pembangunan ekonomi dan mencadangkan satu pendekatan dan polisi tertentu. Masalah yang menjadi perhatian dalam Agenda 21 ini adalah tindakan politik, pembangunan ekonomi, sumber semulajadi, ekosistem yang mudah rosak disebabkan oleh aktiviti manusia (hasil daripada bahan pengeluaran industri), kumpulan utama dan maksud-maksud perlaksanaan. Prinsip-prinsip pembangunan dan alam sekitar yang diputuskan dibahagikan kepada empat bidang yang utama iaitu alam sekitar, ekonomi, sosial, dan keamanan. Perkara yang menekankan aspek alam sekitar yang paling banyak ditekankan. Prinsip yang dicipta ini untuk menganjurkan sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain mengenai kepentingan masing-masing dan melindungi sistem pembangunan dan integriti alam sekitar global.

6.3 Agenda 21 Menurut Eddy (2000), pelan perlaksanaan pembangunan mampan yang dikenali sebagai Agenda 21 telah dikembangkan berpanddukan kepada 27 prinsip pembangunan mampan atau lebih dikenali sebagai Prinsip-Prinsip Rio. Antara prinsip tersebut adalah :

a) Prinsip Berkaitan Dasar y Prinsip 1 Manusia lebih memfokuskan kepada pembangunan mampan. Mereka berhak menikmati kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam sekeliling. y Prinsip 3 Hak untuk membangun mesti dipenuhi secara adil dan saksama bagi memenuhi keperluan pembangunan dan alam sekitar generasi sekarang dan akan datang. y Prinsip 5 Semua negara dan rakyat hendaklah bekerjasama dalam kewajipan membasmi kemiskinan. Ini sebagai suatu keperluan untuk mencapai pembangunan mampan bagi usaha mengurangkan

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 16 jurang perbezaan kualiti hidup dan memenuhi keperluan majoriti penduduk dunia kepada yang lebih baik. y Prinsip 8 Untuk mencapai pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih baik, semua rakyat termasuk negara hendaklah mengurang dan memberhentikan pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak mampan dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai. y Prinsip 15 Pendekatan yang berhati-hati secara meluas hendaklah digunakan untuk melindungi alam sekitar oleh setiap negara mengikut keupayaannya. Ini kerana terdapat ancaman kerosakan yang serius atau tidak mampu dipulihara, ketiadaan kepastian saintifik sepenuhnya tidak harus dijadikan sebab untuk menangguh langkah-langkah kos efektif untuk mencegah degradasi alam sekitar.

b) Prinsip Berkaitan Perundangan dan Peraturan y Prinsip 11 Negara-negara hendaklah menggubal undang-undang dan peraturan alam sekitar yang berkesan. Piawaian-piawaian alam sekitar, objektif-objektif pengurusan dan keutamaan-keutamaan hendaklah mencerminkan konteks alam sekitar dan pembangunan kepada mana ia digunakan oleh sesetengah negara mungkin tidak sesuai dan tidak terjamin daripada segi kos ekonomi dan sosial bagi negara-negara lain terutamanya negara-negara membangun. y Prinsip 13 Negara-negara hendaklah mewujudkan undang-undang kebangsaan berhubung tanggungjawab dan pampasan untuk mangsa-mangsa pencemaran dan kerosakan alam sekitar lain. Selain itu juga hendaklah bekerjasama dengan cara yang lebih cepat, cekap dan mempunyai tekad yang tinggi untuk mewujudkan undang-undang antarabangsa berhubung tanggungjawab dan pampasan untuk kerosakan alam sekitar disebabkan aktiviti-aktiviti di dalam bidang kuasa atau kawalan mereka terhadap kawasan-kawasan yang melampaui bidang kuasa mereka. y Prinsip 16 Pihak berkuasa kebangsaan hendaklah berusaha menginternalisasikan kos-kos alam sekitar, memajukan kegunaan alat-alat ekonomi serta mengambilkira pendapatan di mana pencemar

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 17 harus pada dasarnya menanggung kos pencemaran untuk kepentingan awam dan bebas daripada ugutan perdagangan dan pelaburan antarabangsa. y Prinsip 17 Penilaian impak alam sekitar adalah sebagai suatu alat kebangsaan yang mana hendaklah dijalankan bagi cadangan aktiviti-aktiviti yang berkemungkinan mempunyai impak yang memudaratkan alam sekitar dan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa kebangsaan yang berkelayakan.

c) Prinsip Berkaitan Pembuatan Keputusan y Prinsip 4 Untuk mencapai pembangunan mampan, perlindungan alam sekitar hendaklah termasuk dalam proses pembangunan dan tidak boleh dipertimbangkan secara berasingan. y Prinsip 10 Isu-isu alam sekitar sebaiknya ditangani dengan penyertaan semua rakyat. Pada peringkat kebangsaan, setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai alam sekitar yang dipunyai oleh pihak berkuasa awam, termasuk maklumat tentang bahanbahan merbahaya dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang penglibatan mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara hendaklah membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan menyebarkan maklumat secara meluas. Akses yang berkesan kepada prosiding-prosiding perundangan dan pentadbiran termasuk baikpulih dan pemulihan hendaklah disediakan. y Prinsip 20 Wanita mempunyai peranan penting dalam pengurusan alam sekitar dan pembangunan. Penglibatan penuh mereka adalah perlu untuk mencapai pembangunan mampan. y Prinsip 21 Kreativiti, idealisme dan ketabahan belia dunia hendaklah digerakkan untuk membentuk suatu perkongsian global dalam usaha mencapai pembangunan mampan dan memastikan masa depan yang baik untuk semua. y Prinsip 22 Masyarakat terpinggir dan komuniti mereka, serta komuniti-komuniti tempatan lain mempunyai peranan penting dalam pengurusan alam sekitar dan pembangunan disebabkan oleh

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 18 pengetahuan dan amalan-amalan tradisional mereka. Negara hendaklah mengiktiraf dengan cara yang sesuai untuk menyokong identiti, budaya dan kepentingan mereka dan membolehkan penglibatan berkesan mereka dalam mencapai pembangunan mampan.

d) Prinsip Berkaitan Isu Rentas Sempadan y Prinsip 2 Selaras dengan Perakuan Bangsa-bangsa Bersatu dan prinsip undang-undang antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk memanfaatkan sumber-sumbernya merujuk kepada dasar-dasar alam sekitar dan pembangunannya sendiri serta bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah bidang kuasa dan kawalannya tidak meyebabkan kerosakan alam sekitar negara lain atau kawasan melampaui kawasan batasan bidang kuasa negaranya. y Prinsip 14 Negara-negara hendaklah bekerjasama secara berkesan untuk menghalang atau mencegah penempatan semula atau perpindahan ke negara lain dan sebarang aktiviti atau bahan yang menyebabkan degradasi alam sekitar yang serius atau didapati merbahaya kepada kesihatan manusia. y Prinsip 18 Negara-negara hendaklah segera memaklumkan negara-negara lain akan sebarang bencana yang berlaku atau kecemasan lain yang berkemungkinan menghasilkan impak yang memudaratkan alam sekitar negara berkenaan. Usaha-usaha hendaklah dilakukan oleh komuniti antarabangsa untuk membantu negara-negara yang menerima bencana. y Prinsip 19 Negara-negara hendaklah mengeluarkan maklumat awal yang berjadual serta maklumat yang relevan kepada negara yang berpotensi mendapat kesan dari aktiviti-aktiviti yang mungkin memberi impak alam sekitar rentas-sempadan dan hendaklah bersepakat dengan negara berkenaan pada peringkat awal dengan jujur dan ikhlas.

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 19 e) Prinsip Berkaitan Tindakan Antarabangsa y Prinsip 6 Keadaan dan keperluan-keperluan khas negara membangun terutama negara kurang membangun dan terdedah kepada bahaya alam sekitar haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antabangsa dalam bidang alam sekitar dan pembangunan hendaklah juga diambilkira kepentingan dan keperluan semua negara. y Prinsip 7 Negara-negara hendaklah bekerjasama berlandaskan semangat perkongsian global untuk memelihara, melindungi dan memulihara kesejahteraan serta integriti ekosistem bumi. Sumbangan setiap negara terhadap degradasi alam sekitar global walaupun mempunyai kesamaan tetapi tanggungjawabnya adalah berbeza. Negara-negara membangun mengakui mempunyai tanggungjawab bersama dalam usaha antarabangsa ke arah pembangunan mampan dalam konteks penglibatan rakyat mereka terhadap persekitaran global, teknologi dan sumbersumber kewangan di bawah kawalan mereka. y Prinsip 9 Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan pembangunan ke arah pembangunan mampan dengan mempertingkatkan kefahaman saintifik melalui pertukaran pengetahuan saintifik dan teknologi, mempertingkatkan pambangunan, penyesuaian,

pengembangan dan pemindahan teknologi, termasuk teknologi-teknologi baru dan inovatif. y Prinsip 12 Negara-negara hendaklah bekerjasama memajukan suatu sistem ekonomi antarabangsa yang membina dan terbuka yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan disemua Negara yang bertujuan untuk mengutarakan masalah-masalah degradasi alam sekitar kea rah yang lebih baik. Langkah-langkah dasar perdagangan untuk tujuan alam sekitar tidak mempunyai halangan yang tersirat terhadap perdangangan antarabangsa. Tindakantindakan bersendirian untuk menghadapi cabaran-cabaran alam sekitar di luar bidang kuasa negara-negara pengimport hendaklah dielakkan. Langkah-langkah menghadapi masalah alam sekitar rentas sempadan atau global hendaklah sebaik mungkin berdasarkan persetujuan antarabangsa.

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 20 y Prinsip 23 Alam sekitar dan sumber-sumber asli bagi rakyat yang tertindas di bawah penguasaan dan pendudukan hendaklah dilindungi. y Prinsip 24 Peperangan sentiasa mengganggu dan membinasakan pembangunan mampan. Oleh itu, negaranegara hendaklah menghormati undang-undang antarabangsa yang melindungi alam sekitar semasa konflik peperangan dan bekerjasama untuk membangunkan seperti mana yang diperlukan. y Prinsip 25 Keamanan, pembangunan dan perlindungan alam sekitar adalah saling berhubungkait dan tidak boleh dipisahkan. y Prinsip 26 Negara-negara hendaklah menyelesaikan perbalahan alam sekitar secara aman dan dengan cara yang sesuai selaras dengan Perakuan Bangsa-bangsa Bersatu. y Prinsip 27 Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama dengan jujur dan berlandaskan semangat perkongsian dalam memenuhi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Deklarasi ini dan dalam pembangunan undang-undang antarabangsa berhubung pembangunan mampan.

Pemuliharan alam sekitar menjadi agenda penting dalam pembangunan. Pembangunan ekonomi yang tidak terkawal akan mendatangkan masalah yang amat besar seperti kemusnahan dan kepupusan sumber semulajadi. Deklarasi pembangunan mampan yang telah dipersetujui bersama untuk mengelakkan manusia pada hari ini terus mengabaikan kepentingan alam sekitar. Alam merupakan anugerah yang penting kepada manusia kerana alam dapat memberi manfaat yang banyak kepada manusia. Manusia bergantung kepada alam untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka kerana alam membekallan sumber makanan, sumber oksigen, dan lain-lain sumber. Hal ini penting kerana ia akan menjadi kesinambungan generasi pada masa hadapan. Oleh itu semua pihak harus memainkan peranan untuk mengelakkan alam sekitar daripada berada diambang kemusnahan.

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 21 7.0 CABARAN

Meskipun pembangunan mampan ini adalah bertujuan untuk mengutamakan berkaitan alam sekitar dan pembangunan yang menggunakan sumber semulajadi, akan tetapi masih terdapat masalah yang terpaksa dihadapi. Menurut William (1996), terdapat tiga masalah utama yang dihadapi antaranya adalah :

7.1 y

Isu Alam Sekitar Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, alam sekitar didefinisikan sebagai segala benda atau suasana yang ada di sekeliling kita. Dalam konteks pembangunan mampan, alam sekitar yang diberikan penekanan adalah seperti sumber air, udara dan bahan buang manusia sama ada mengandungi bahan kimia atau tidak. Berdasarkan kesepakatan yang dicapai oleh ketuaketua Negara Komanwel yang menegaskan tentang pemeliharaan alam sekitar dalam proses pembangunan mampan, jelaslah bahawa isu alam sekitar adalah langkah jangka panjang yang perlu dititik beratkan sepanjang masa. Perancangan bandar yang dilaksanakan perlu berasaskan kepada memperbaiki kualiti alam sekitar sambil menyokong pembangunan sosial dan ekonomi negara. Isu pemeliharaan alam sekitar adalah isu utama yang paling genting. Antara cabaran alam sekitar yang sering dihadapi oleh negara yang menuju pembangunan pesat adalah kemerosotan kualiti udara, air dan sungai, isu pelupusan sisa pepejal dan sisa toksik, serta kesesakan lalu lintas. Pengurusan alam sekitar perlu mengambil kaedah mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar dan usaha pemuliharaan dalam perancangan dan pembangunan mampan.

7.2 y

Isu Kemiskinan Mengenai isu ini menurut Juha (1996), menyatakan bahawa negara-negara yang menuju era pembangunan akan menekan aspek pembinaan ruang-ruang peniagaan, pejabat, dan pelbagai infrastruktur yang semestinya akan melibatkan penggunaan tanah yang luas. Kepadatan mungkin akan berlaku di kawasan-kawasan sedang membangun, kewujudan peluang pekerjaan yang meluas di kawasan sedang membangun akan menarik lebih ramai imigran sama ada imigran tempatan mahupun dari negara asing. Pihak kerajaan mengambil inisiatif dengan membina kediaman dalam bentuk flat, pangsapuri dan kondominium. Langkah yang

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 22 diambil oleh kerajaan ini bertujuan untuk meminimumkan penggunaan tanah untuk pembinaan kediaman agar pelbagai projek pembangunan lain yang dapat meningkatkan ekonomi negara dapat dilaksanakan. Masyarakat miskin yang ringgal di kawasan pedalaman akan berhijrah di kawasan yang membangun demi untuk mencari pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup keluarga. Namun begitu, golongan sebegini mengalami masalah dari segi kediaman kerana mereka tidak mampu untuk memiliki kediaman seperti flat, pangsapuri dan sebagainya kerana sewa yang tinggi. Golongan berkemampuan pula akan membeli rumahrumah flat atau pangsapuri dan kemudiannya menyewakan dengan kadar yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa golongan yang kaya akan semakin kaya manakala golongan yang kurang berkemampuan tidak mendapat peluang untuk meningkatkan kualiti hidup.

7.3 y

Isu Kebudayaan Negara-negara yang sedang berlumba-lumba untuk membangunkan negara sering terlupa akan isu kebudayaan yang sememangnya penting bagi sesebuah negara. Disebabkan itu menurut George (1996), menyatakan kebudayaan adalah penting kepada sesebuah negara kerana kebudayaan adalah gambaran kepada nilai sosial yang dimiliki oleh masyarakat, kebudayaan menjadi lambang identiti sesebuah negara. Kebudayaan di setiap negara adalah berbeza. Pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk kesejahteraan masyarakat, namun begitu, kadangkala pembangunan yang kita impikan mampu menggugat kebudayaan negara sekaligus merosakkan identiti masyarakat. Kita boleh berbangga dengan pencapaian dalam bidang teknologi yang kita miliki pada hari ini. Namun jangan kita terleka bahawa teknologi yang ada seperti internet, telefon dan sebagainya turut memberi impak negatif kepada masyarakat. Melalui teknologi sebegini, budaya asing yang amat bertentangan dengan kebudayaan di Malaysia menular dengan meluas dan cepat. Budaya golongan remaja yang terikut-ikut dengan fesyen dari barat amat membimbangkan kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Kebudayaan asal Malaysia yang penuh dengan kesopanan semakin terhakis. Pembangunan yang mengakibatkan pencemaran minda anggota masyarakat tidak dianggap sebagai pembangunan yang mampan kerana nilai kepimpinan yang ada pada masyarakat kian hilang.

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 23 8.0 STRATEGI PEMBANGUNAN MAMPAN

Menurut Ibrahim (2000), mengatakan bahawa pembangunan mampan adalah berdasarkan kepada pembangunan yang secara adil. Oleh itu, dalam pembangunan mampan amat menitikberatkan kepada tiga aspek penting iaitu yang terdiri daripada kemampanan ekonomi, kemampanan sosial dan kemampanan alam sekitar. Ketiga-tiga aspek ini perlulah ditangani bersama agensi di peringkat negeri dan persekutuan. Bagi menangani ketiga-tiga aspek ini memerlukan strategi yang teratur berdasarkan konsep kemampanan ekonomi, sosial dan alam sekitar itu sendiri. Sebagai contoh :

8.1

Kemampanan Ekonomi Ekonomi adalah sebagai tunggak penting dalam menentukan corak kemampanan yang bakal dicapai serta sumbangan bagi sektor pertama ekonomi ke arah mencapai matlamat pola pembangunan mampan. Jika dikaji, ekonomi sebenarnya adalah kitaran perkembangan dan penyusutan yang berulang. Walaubagaimanapun bagi mencapai pembangunan mampan yang menyeluruh dalam ekonomi untuk jangka masa yang panjang, prestasi ekonomi yang berkembang dan pertumbuhannya harus terus meningkat dan tidak akan memberi kesan mudarat terhadap alam sekitar dan sumber asli. Untuk mencapai kemampanan ekonomi memerlukan beberapa syarat. Antara syaratnya adalah :

8.1.1 Membasmi kemiskinan y Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) sendiri pada mulanya telah membincangkan hal berkaitan kemiskinan ini bagi membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Oleh itu DEB telah merancangkan beberapa strategi seperti memajukan kawasan luar bandar melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KEJORA, dan JENGKA. Semenjak berlakunya peristiwa pada tahun 1997 iaitu kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham, kemiskinan menjadi kian meruncing. Ramai rakyat menjadi miskin akibat peristiwa itu. Oleh itu, dalam Dasar Wawasan Negara (2001-2010) telah menggariskan beberapa objektif seperti mengekalkan pembangunan ekonomi yang tinggi serta membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Sebagai contoh, rancangan-rancangan pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di Selangor.

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 24 8.1.2 Memajukan sektor pertanian y Dari segi sektor pertanian juga merupakan salah satu strategi untuk mencapai pembangunan mampan dalam ekonomi. Pada era kini, pertanian merupakan sektor yang penting bagi membangunkan ekonomi di Malaysia. Kemampanan yang berlaku bagi sektor ini telah menyebabkan terbentuknya cadangan bahawa perlunya melibatkan masyarakat tani dalam aktiviti pertanian bentuk baru yang dikenali sebagai pertanian mampan. Antara ciri pertanian mampan adalah seperti mampu meningkatkan produktiviti pertanian tanpa berlakunya pencemaran pertanian dan pelupusan kawasan asli. Contohnya membekalkan perkhidmatan ekosistem asas seperti mengawal aliran dan takungan air, dan dapat mengimbangi keadaan iklim. Secara purata telah mewakili negeri Selangor dalam ekonominya yang walaupun secara relatifnya sektor ini menyumbang hanya 5% kepada KDNK Selangor pada tahun 1996, akan tetapi penghasilan makanan merupakan aktiviti yang strategik yang tidak boleh diabaikan. Disamping itu juga, pertanian

memerlukan kawasan negeri yang luas serta memberi peluang sara hidup kepada masyarakat desa dan terpinggir.

8.1.3 Memajukan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) y IKS juga merupakan sektor yang mampu meningkatkan serta menyumbang kepada ekonomi negara. Untuk memajukan IKS, pendekatan haruslah diberi tumpuan kepada ekonomi yang berasaskan kelompok. Namun begitu asas ekonomi haruslah diperbaiki. Usaha memperbaiki keperluan asas ekonomi akan memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengurusan sumber manusia, perolehan teknologi dan peningkatan keupayaan menyerap teknologi, prasarana fizikal, prosedur dan peraturan pentadbiran sokongan, intensif fiskal dan bukan fiskal serta perkhidmatan sokongan perniagaan. Perindustrian berasaskan kelompok membantu kelompok industri berdaya saing dalam ekonomi sama ada dalam rantaian pengeluaran mahu pun pengedaran yang lebih efisien. Contohnya Program Rangkaian Perindustrian (ILP) yang dilaksanakan adalah untuk mengintegrasikan IKS tempatan dalam arus perdana sektor perindustrian dan seterusnya dapat mencapai pembangunan yang mampan dari segi ekonomi.

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 25 8.2 Kemampanan Sosial

Kemampanan sosial adalah kemampanan kepada kehidupan manusia yang melibatkan manusia dapat mengecapi atau menabur jasa sepanjang hayatnya, dapat mengecapi kehidupan yang bermutu tinggi serta dapat menghadapi pelbagai cabaran yang bakal mendatang. Sememangnya kesejahteraan manusia akan berubah dari masa ke semasa. Namun begitu, apabila wujudnya pembangunan sosial yang mampan, kehidupan masyarakat akan menjadi lebih tercabar. Ini kerana mereka akan berlumbalumba untuk memajukan kehidupan mereka dan setiap individu akan mengalami peningkatan mutu hidup yang berterusan. Kesejahteraan akan membawa kepada masyarakat yang bersatu-padu. Ini akan menyebabkan akan wujudnya nilai-nilai murni yang sepadan dengan etika alam sekitar. Namun begitu, untuk mencapai pembangunan yang mampan dari segi kemampanan sosial, perlukan beberapa strategi. Antaranya adalah :

8.2.1 Bilangan dan kadar pertambahan penduduk y Kemampanan sosial adalah bergantung kepada bilangan pertumbuhan penduduk. Dua faktor yang melibatkan pertumbuhan penduduk adalah melalui kadar kelahiran semulajadi dan juga melalui migrasi. Walaupun jumlah penduduk Malaysia kini mencapai dua puluh tujuh juta orang dan bilangan ini kian bertambah dari hari ke hari, namun kadar bilangan penduduk di antara kawasan bandar dan luar bandar kini menjadi kian tidak seimbang. Ramai penduduk dari desa yang bermigrasi ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ini kerana infrastruktur yang membantu pencapaian hidup bermutu tinggi hanya terletak di bandar-bandar besar sahaja. Situasi ini menjadi berlakunya ketidakseimbangan peduduk di Malaysia. Oleh itu, seharusnya pembangunan mampan perlu memberi peluang yang sama kepada penduduk desa untuk menikmati mutu hidup seperti yang tersedia di bandar. Sebagai contoh turut menyediakan infrastruktur yang bermutu tinggi di desa seperti bank, kilang, hospital, jalan raya yang berturap dan lain-lain.

8.2.2 Peningkatan mutu kesihatan y Bagi mencapai kemampanan sosial, peningkatan mutu kesihatan adalah prasyarat utama. Di era globalisasi kini, pelbagai penyakit dan virus telah wujud. Ini menjadikan kehidupan masyarakat menjadi kian terancam dengan pelbagai penyakit ini. Oleh itu,

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 26 berdasarkan konsep pembangunan mampan, perhatian yang lebih khusus perlulah diberi kepada usaha untuk penjagaan kesihatan, liputan perkhidmatan, zoonosis penyakit berjangkit serta menitikberatkan penjagaan kesihatan masyarakat yang tua dan kurang upaya.

8.2.3 Memberi perhatian kepada golongan minoriti y Pembangunan mampan juga seharusnya memberi perhatian yang saksama kepada kumpulan minoriti. Kumpulan minoriti adalah yang melibatkan masyarakat orang asli, kumpulan-kumpulan wanita, belia dan kanak-kanak, masyarakat kurang upaya dan komuniti tua. Mereka ini tidak harus dipinggirkan dalam semua usaha pembangunan. Bagi mengatasi cabaran pembangunan mampan, menerapkan nilai positif pada masyarakat pelbagai kaum serta usaha untuk membawa pembangunan kepada semua masyarakat minoriti perlulah dilakukan.

8.3

Kemampanan alam sekitar Semenjak konsep pembangunan mampan diperkenalkan, sememangnya kemampanan terhadap

alam sekitar telah dititikberatkan. Menurut Aini (2006), menyatakan kemampanan alam sekitar wujud disebabkan kepentingan pemuliharaan sumber asli sering terpinggir apabila berhadapan dengan desakan pembangunan ekonomi dan sosial. Oleh itu, untuk mencapai tahap pembangunan mampan, penjagaan serta pemeliharaan dari segi mutu udara, air, tanah, dan sumber asli sambil membangun dari sudut sosio-ekonomi menjadi prasyarat utama. Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang perlu dititikberatkan untuk mewujudkan strategi bagi mencapai kemampanan alam sekitar. Antara syaratnya adalah:

8.3.1 Pemuliharaan kepelbagaian biologi dan ekosistem fizikal y Biologi dan ekosistem mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai kemampanan alam sekitar. Pemuliharaan kepada kepelbagaian biologi adalah kemampuan bagi memastikan sistem ekologi berfungsi dengan baik dan berupaya mengekalkan perkhidmatan-perkhidmatannya. Pemuliharaan terhadap kepelbagaian bioteknologi

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 27 adalah kerana didapati bioteknologi dapat menghasilkan gen-gen yang boleh menghasilkan pelbagai ubatan dan bahan asas industri bioteknologi.

8.3.2 Penjagaan kawasan persisiran pantai y Pembangunan yang kian giat dibangunkan menyebabkan sesetengah pihak mengabaikan penjagaan kawasan persisiran pantai akibat desakan yang terpaksa dilakukan. Oleh kerana pertindihan jenis penggunaan berlaku dengan meluas, maka rancangan pengurusan bersepadu yang mantap perlulah dilaksanakan. Rancangan pengurusan bersepadu yang dimaksudkan adalah seperti melindungi perairan persisiran pantai dan sungai daripada sampah-sarap yang boleh mencemarkan air sungai dan pantai, mengenakan denda yang tinggi kepada pihak yang telah mencemarkan pantai atau sungai seperti syarikat-syarikat kilang yang melepaskan bahan kimia ke sungai-sungai.

8.3.3 Memelihara dan memulihara bekalan air bersih y Sebagai contoh di Selangor pada tahun 1998, adalah negeri yang terburuk dalam membekalkan air bersih. Ini kerana kebanyakkan air yang terhasil di negeri Selangor adalah terdiri daripada air yang tercemar. Sekitar RM55.4 juta terpaksa ditanggung perbelanjaan oleh negeri Selangor untuk membekalkan air daripada sumber-sumber alternatif untuk mengatasi kekurangan bekalan air ini. Oleh itu, untuk mencapai

pembangunan mampan dari segi kemampanan alam sekitar, maka pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap bekalan air bersih perlulah dikuatkuasakan. Kerajaan perlu menyimpan kawasan tadahan air yang lebih banyak supaya tidak berlaku lagi kekurangan bekalan air bersih. Sebagai contoh, penyimpanan hutan simpan.

8.3.4 Mengawal pencemaran kawasan marin dan samudera y Setelah sektor perlancongan membawa keuntungan yang besar kepada ekonomi Malaysia, maka pertumbuhan perkhidmatan pelabuhan dan pembangunan kemudahan seperti marina dan kemudahan perlancongan semakin giat dibangunkan. Kesan daripada pertumbuhan ini menyebabkan paras dan intensiti pencemaran kawasan marin dan samudera dijangka meningkat. Semua masalah ini adalah berpunca daripada kerja

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 28 pembersihan kapal tangki, discas kimia dan buangan pepejal. Oleh itu, strategi untuk menyelesaikan masalah ini haruslah dilakukan seperti mengenakan denda kepada agensiagensi yang menjalankan perkhidmatan perlancongan sekiranya berlaku pencemaran seperti pembuangan sampah-sarap, membuat kawasan khas yang tidak melibatkan kawasan marin untuk mengkaji bahan kimia dan mengelakkan kerja pembersihan kapal tangki di kawasan yang telah tercemar.

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 29 9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembangunan mampan adalah perancangan pembangunan yang tanpa menjejaskan alam sekitar. Bagi melaksanakan proses pembangunan mampan ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Seperti yang diketahui, pembangunan yang dilaksanakan melibatkan kepada tiga tahap iaitu dari segi ekonomi seperti membasmi kemiskinan, sosial seperti mengurangkan gejala negatif yang berlaku di kalangan masyarakat kini dan terakhir adalah dari segi alam sekitar yang melibatkan mencegah pencemaran serta memulihara dan memelihara sumber semulajadi yang sedia ada agar dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Oleh itu, pembangunan mampan perlulah dilakukan dan dilaksanakan dengan segera bagi bertujuan bagi menyelamatkan negara daripada terus menghadapi pelbagai masalah yang bakal mendatang pada masa akan datang.

G M J T 2 0 5 4 : U u b a n i s a s i d a n I n d u s t r i a l i s a s i | 30 RUJUKAN

Benneh, G., Morgan, W. B. & Uitto, J. I. (1996). Sustaining the Future. Japan: United Nations University Press. Cleveland, H. (1981). The Management of Sustainable Growth. America: Pergamon Policy Studies. Dixon-Gough, R. W. (1999). Land Reform and Sustainable Development. England: Ashgate Publishing Ltd. Definisi dan Teori (++). Diakses pada 1/3/2011, daripada

http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio504/GrpOne/4.0%20DEFINISI%20DAN%20TEORI. htm Gejala rasuah: bentuk, kesan dan statistik Malaysia (2007). Diakses pada 31/3/2011,daripada http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=622&Itemid=72 Ishak Yussof, Nor Aini Idris & Basri Abdul Talib. (2006). Ekonomi Malaysia Ke arah Pascaindustri. UKM: Bangi. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (2011). Diakses pada 1/3/2011, daripada http://www.rurallink.gov.my/home Nik Fuad Mohd Kamil. (2005). Agricultural Policy and Sustainable Develpoment in Malaysia. Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia ( KUSTEM).

Reed, D. (1997). Structural Adjustment, the Environment, and Sustainable Development. London: Earthscan Publications Ltd. Pembangunan Mampan (++). Diakses pada 13/3/2011, daripada http://www.dbkk.sabah.gov.my/la21bm/content/static/view/175 Prof. Ibrahim Kamoo, Prof. Mohd. Nordin Hj. Hasan, Encik Jasni Yaakub & Encik Eddy/Ismail Hashim. (2000). Strategi Pembangunan Mampan dan Agenda 21 Selangor. Selangor: Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI).

You might also like