You are on page 1of 27

Digelar Bapa Kemerdekaan & Bapa Malaysia.

Memerdekakan Tanah Melayu tanpa sebarang

pertumpahan darah. Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Menyatukan semua kaum : (Melayu + Cina + India + lain-lain)

Latar Belakang Kenangan Terhadap Tunku

Keistimewaan

TUNKU ABDUL RAHMAN


Impak Pemikiran Tunku Dasardasar Uama

Nama sebenar adalah Tengku Abdul Rahman Putera

ibni Abdul Hamid Halim Shah atau nama gelaran beliau adalah Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Lahir pada 8 Februari 1903 di Istana 3 tingkat (Istana Pelamin). Anak yang ke-7 dan anak yang ke ke-20 kepada Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Bondanya dikenali sebagai Cik Menyalara atau Sharifah Fatimah. Tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam (kacukan Cina-Siam). Beliau dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin pula

dengan Violet Caulson iaitu bekas tuan rumahnya di England. Tunku dititahkan untuk menceraikan Violet kerana berketurunan Inggeris. Tunku berkahwin pula dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, merupakan adik Syed Omar Barakbah (rakan sekuliahnya di England). Tidak dikurniakan cahaya mata namun mereka telah mengambil 3 orang anak angkat. Tunku berkahwin secara rahsia pada tahun 1963 dengan wanita berbangsa cina dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Beliau meninggal pada 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur.

1909 : Sekolah Rendah Melayu Jalan Baharu, Alor

Setar. 1913 : Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama abangnya iaitu dan belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok. 1916 : Pulang ke Kedah & memasuki Penang Free School. 1919 : Belajar di Kolej St. Catharine di University Cambridge, England. 1925 : Memperoleh B.A Sastera (sejarah).

1927 : Dihantar semula ke England untuk belajar

pengajian undang-undang. 1938 : Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undangundang. 1939 : Kembali ke Kedah kerana Perang Dunia Kedua meletus di Eropah. 1949 : Berangkat kembali ke England untuk menyambung pengajian. 1950 : Tamat pengajian di Inner Temple dalam bidang undang-undang.

Semasa pemerintahan Jepun Tunku dilantik menjadi

Penyelia Pelajaran negeri Kedah. 1931 Tunku berkhidmat sebagai pegawai latihan di pejabat Penasihat Undang-undang Kedah kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim. 1937 Beliau bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani dan bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani serta Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.

1940

Tunku dilantik pula menjadi Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. 1949 Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Setar kemudian beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya di Kuala Lumpur selepas itu Tunku dilantik pula sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. 1951 Tunku menggantikan Datuk Onn Jaafar dalam UMNO.

Berjiwa rakyat

beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan Union & menghadiri perjumpaan-perjumpaan untuk menentang Malayan Union di Alor Setar. Semangat perpaduan beliau telah meninggalkan segala kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO. Cintakan kedamaian beliau sebagai Ketua Menteri mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling pada 1955 yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.

Sentiasa tenang

ketika menghadapi sesuatu situasi. Apabila beliau sudah yakin akan sesuatu perkara, beliau akan bertindak tegas dengan apa cara sekalipun. Prihatin beliau sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika yang dilanda perang saudara pada 1991.

Dasar luar Malaysia berkait rapat dengan Piagam

PBB dimana ia : mendukung idea keamanan sejagat. melindungi hak asasi manusia. mewujudkan keadilan dan kesaksamaan dalam perundangan. Kerjasama dalam membangunkan ekonomi negara anggota dalam satu situasi yang bebas daripada diskriminasi dan penindasan. Dasar ini bermula pada era pentadbiran tunku abdul rahman pada 1950-1970.

Pada era pentadbiran Tunku, beliau lebih

tertumpu kepada pengalaman dasar pro-barat dan juga anti komunis negara kita pada era ketika itu. Dasar pro-barat dan anti komunis terkesan dengan jelas di dalam 3 aspek utama dasar luar iaitu aspek politik, ekonomi, dan pertahanan.

Dasar pertama, keputusan Tunku menjadikan Tanah

Melayu negara anggota Komanwel iaitu pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan Inggeris yang menjalinkan hubungan baik dengan Inggeris.
Kedua, hubungan yang erat di antara Tanah Melayu

dengan negara-negara Komanwel di dalam pelbagai aspek politik dan ekonomi


Ketiga, perspektif yang langsung tidak berkompromi

terhadap fahaman komunis dan sebagainya.

Tunku memberi penekanan yang tinggi terhadap

usaha bagi mendapatkan perlindungan dan harga yang seimbang dari negara Barat.
Tunku juga berusaha mendapatkan pelepasan

cukai
Penyertaan

aktif Tanah Melayu di dalam kerjasama antarabangsa telah memberi keuntungan dari sudut bantuan ekonomi kemajuan teknikal.

Mengadakan perjanjian pertahanan dengan Britain

untuk penerimaan bantuan ketenteraan.


Anglo

Malaysian Defence Agreement (AMDA) merupakan perjanjian pertahanan dan bantuan ketenteraan dari Barat.

Memastikan sistem pentadbiran Inggeris yang sedia ada

dalam negara diteruskan oleh elit pentadbiran awam anak tempatan. Tunku menegaskan bahawa Malaysia mesti terus kekal sebagai negara sekular, iaitu menggabungkan unsur tradisi dengan moden pembentuk identiti kebangsaan Malaysia. Suasana dunia ditentukan oleh ukuran Barat, Tunku mengambil sikap tidak memusuhi mereka malah bekerjasama dan meminta bantuan Barat untuk membangunkan negara yang baru mencapai kemerdekaan model ekonomi kapitalis Barat dijadikan sebagai asas dalam mencorakkan ekonomi negara

Mengamalkan

dasar akomodasi (menyesuaikan dengan keadaan) meneruskan nilai-nilai yang telah disemaikan oleh penjajah dalam masa yang sama tidak mahu melakukan apa-apa gugatan terhadap cara hidup masyarakat Malaysia

Menggesa orang Melayu untuk mengikuti contoh

etika kerja protestan manusia digalakkan kuat bekerja, memikirkan masa depan, merancang setiap kehidupan & lain-lain nilai yang boleh memajukan manusia di dunia ini Islam kelihatan tidak mempunyai peranan dalam urustadbir negara.

Tidak menjadikan Islam sebagai faktor pendorong

untuk memajukan kehidupan orang Melayu akibat hakisan yang dilakukan oleh sistem pendidikan Inggeris
Rakyat

jelata digalakkan mempelajari dan menjadikan Barat sebagai model berusaha menjadi kerajaan yang benar-benar liberal dan melayan kehendak berbilang kaum, tidak menghiraukan sangat permintaan pribumu MelayuIslam orang Melayu merasa terabai menyebabkan timbul jurang antara golongan orang berada dengan orang tidak berada (kemewahan bandar dengan kemiskinan desa)

mencetuskan

rusuhan kaum dan manifestasi PERISTIWA 13 MEI 1969.

Bapa kemerdekaan

Beliau telah banyak berkorban untuk memerdekakan tanah air Malaysia sehingga kini sudah mencapai 54 tahun negara malaysia mencapai kemerdekaan.
Bidang penulisan

beliau telah bersara 85 tahun tapi masih bergiat aktif.

Sebagai contoh : akhbar The Star : Looking Back dan As I See It. Dari 16 September 1974 16 Ogos 1975, 53 artikel telah dihasilkan oleh beliau : viewpoints (1970), As Matter of Interest (1981), Something to Remember (1983), Challenging Times (1986) dan Political Awakening (1986). Kebanyakan artikel beliau adalah berkenaan masyarakat dan isu-isu semasa. Tahun 1969, beliau telah menghasilkan buku sulungnya pada 13 Mei yang bertajuk Before and After.

Bidang kesenian

Beliau pernah mengimpikan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan bagi tujuan menonjolkan kebudayaan melayu di mata dunia. Contoh 27 Ogos 30 Ogos 1969, beliau telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisonal Asia Tenggara. Selain dari itu, Tunku juga ada menghasilkan tiga karya beliau yang telah difilemkan seperti Mahsuri, Raja Bersiung dan juga Sumpahan Mahsuri.

Perkembangan Islam

Sebagai Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada tahun 1960, beliau telah meninggalkan kenangan kepada generasi kini seperti PERKIM masyur dan dihormati oleh semua umat Islam, rumah anak yatim dan orang-orang tua yang dinamakan Darul Aliam Wal Wasalan Tunku Abdul Rahman Putra, dan beliau juga mencetuskan Pertubuhan Negaranegara Islam bagi menjaga kepentingan negaranegara Islam.

Jasa Tunku dalam UMNO

Beliau pernah menjadi Yang Di-Pertua Agung pada Perhimpunan Agung ke 22, hadir di Kongres Melayu Se Melaya di Kelab Sultan Sulaiman tahun 1946 untuk membentuk sebuah negara yang dipanggil dengan nama Malaysia yang kini kekal sebagai sebuah negara yang aman dan damai. Kepandaian beliau menyingkirkan Singapura pada 1965, telah menyebabkan kini negara Malaysia menjadi negara contoh kepada negara lain kerana mempunyai masyarakat yang majmuk dan berbilang bangsa serta hidup dalam aman dan damai berkongsi budaya.

Tunku banyak menyumbangkan jasa dan baktinya

kepada negara sehingga ke akhir hayat beliau pada 1990. Walaupun beliau menamatkan tempoh pemerintahan beliau pada 1970, namun beliau masih lagi memperjuangkan bangsa negaranya melalui hasil karyanya sehingga kini masih lagi digunakan dan dijadikan rujukan. Sungguhpun beliau bukanlah perintis kebangkitan politik Melayu dalam UMNO seperti Dato Onn dan rakan-rakan seperjuangan UMNO 1946. Namun beliau berjiwa rakyat sanggup berkorban darjatnya sebagai anak raja untuk bersama rakyat dalam merealisasikan UMNO

You might also like