You are on page 1of 21

Kaedah Penjimatan Elektrik ISI KANDUNGAN

Perkara

Muka Surat

1.0

Pengenalan

2.0

Kesan Penggunaan Tenaga Elektrik Berlebihan

3.0

Trend Penggunaan Elektrik di DPP (Kajian Kes)

4.0

Langkah-langkah Mengatasi Penjimatan Elektrik

11

5.0

Cadangan Pengurangan Penggunaan Tenaga Elektrik

14

6.0

Kesimpulan

19

7.0

Rujukan

21

Kaedah Penjimatan Elektrik 1.0 PENGENALAN

Industri elektrik berfungsi melalui model yang ringkas dengan mengubah sumber tenaga kepada tenaga elektrik. Pasaran elektrik di seluruh dunia adalah dalam bentuk monopoli semula jadi disebabkan struktur, operasi dan implikasi kewangan industri ini. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan aliran ringkas mengenai model industri elektrik di Malaysia.

Rajah 1.1 : Model industri elektrik di Malaysia SUMBER TENAGA PENJANAAN ELEKTRIK PENGHANTARA N ELEKTRIK PEMBAHAGIAAN ELEKTRIK

PENGGUNA INDUSTRI

PENGGUNA KOMERSIL

PENGGUNA DOMESTIK

Sumber-sumber tenaga ditukarkan menjadi tenaga elektrik yang merupakan satu jenis bentuk tenaga dan disambungkan melalui sistem grid. Sistem grid ini dikenali sebagai penghantaran (transmission) dan akhirnya tenaga elektrik ini akan sampai kepada kita melalui sistem pembahagian (distribution).

Penukaran sumber tenaga kepada tenaga elektrik dan penggunaannya adalah satu proses yang linear iaitu secar terus. Tenaga akan ditukarkan kepada bentuk tenaga yang lain dan akhirnya digunakan oleh pengguna. Proses ini menyebabkan Malaysia perlu mewujudkan model industri elektrik yang cekap, efektif, saksama dan terjamin untuk berfungsi bagi memastikan pembangunan lestari untuk mencapai Wawasan 2020.

Kaedah Penjimatan Elektrik 1.1 Tarif Elektrik

Kos elektrik dari penjanaan hingga ke pembahagian akan dikira sebagai tarif. Secara teknikal, tarif elektrik merangkumi :-

i. ii. iii. iv.

Perbelanjaan Operasi Perbelanjaan Modal Keuntungan yang dikawal selia Perbelanjaan Pelaburan Semula

Perbelanjaan pelaburan semula adalah digunakan untuk mempertingkatkan lagi teknologiteknologi untuk mencapai kecekapan yang lebih tinggi. Jika kecekapan tidak ditingkatkan, kesan keseluruhan tarif akan meningkat.

Selaras dengan petunjuk ekonomi Malaysia yang positif, permintaan bagi elektrik dijangka meningkat pada kadar purata 7.8 peratus setahun iaitu kepada 20,087 MW pada tahun 2010. Justeru, tenaga elektrik perlu mempunyai pengurusan tenaga yang khusus supaya mencapai penggunaan tenaga yang cekap sekali gus penjimatan tenaga elektrik dapat dicapai. Di negara Malaysia sahaja, lebih daripada 90 peratus tenaga yang digunakan adalah daripada tenaga elektrik. Tenaga elektrik ini pula dijanakan daripada sumber-sumber asas seperti tenaga hidro, gas asli, minyak mentah dan juga arang batu. Tenaga-tenaga ini akan luput mengikut peredaran masa kerana tenaga tersebut tidak boleh diperbaharui.

Kaedah Penjimatan Elektrik 1.2 Pembekalan dan permintaan bekalan elektrik

Rajah 1.2 : Permintaan Maksimum Bekalan Elektrik Di Semenanjung Malaysia Separuh Tahun Pertama 2010

Permintaan Maksimum
15,200 15,000 14,800 14,600 14,400 14,200 14,000 13,800 2009 1/2 tahun 1 1/2 tahun 2 14,245 14,890 15,072 Permintaan Maksimum

Sumber : Tenaga Nasional Berhad

Rajah 1.2 di atas menunjukkan permintaan maksimum terhadap bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia pada separuh tahun pertama 2010. Permintaan bekalan elektrik menunjukkan trend yang semakin meningkat. Permintaan ini adalah selari dengan kapasiti penjanaan bekalan elektrik pada tahun tersebut iaitu sebanyak 21,817 MW. Peningkatan yang berlaku adalah untuk kegunaan pelbagai sektor. Rajah 1.3 pula menunjukkan jumlah jualan tenaga elektrik bulanan untuk separuh tahun pertama oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengikut sektor-sektor terpilih.

Kaedah Penjimatan Elektrik Rajah 1.3 : Jualan Tenaga Bulanan oleh TNB (GWj) untuk Separuh Tahun Pertama 2010
4,000 3,500 3,000 2,500 2,000 1,500 1,000 500 0 Jan Feb Mar April Mei Jun Domestik Komersial Perindustrian Perlombongan Lampu Awam Pertanian

Sumber: Jabatan Kawal Selia Pembekalan dan Pasaran Elektrik

Sektor pertanian mencatatkan penggunaan tenaga elektrik yang paling tinggi setiap bulan diikuti dengan penggunaan untuk komersial dan domestik. Manakala penggunaan elektrik untuk lampu awam, pertanian dan perlombongan masing-masing kurang daripada 500 GMj.

Tenaga elektrik merupakan elemen terpenting dalam suatu sistem pengoperasian bangunan. Ini kerana segala sistem yang beroperasi dalam bangunan itu adalah berasaskan kepada bekalan tenaga elektrik. Antara sistem yang terdapat dalam sesebuah bangunan ialah sistem pencahayaan, sistem penghawa dingin, sistem peralatan motor, sistem komunikasi dan sebagainya. Ketiadaan tenaga elektrik menyebabkan sistem-sistem ini tidak dapat berfungsi sekaligus menjejaskan aktiviti-aktiviti pengguna serta keperluan mereka.

Dengan penstrukturan semula subsidi gas dan kenaikan harga arang batu di pasaran, kerajaan telah meluluskan satu struktur baru tarif elektrik yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2008 bagi membolehkan TNB menyerap kos bahan api bagi gas dan arang batu. Struktur baru ini melibatkan peningkatan tarif elektrik hampir 20&. Walau bagaimanapun, selaras dengan hasrat kerajaan untuk melindungi kebajikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, struktur tarif elektrik yang baru ini tidak menjejaskan penggunaan yang menggunakan tenaga elektrik pada kadar 200 kWj ke bawah setiap bulan, iaitu 59% isi rumah di Semenanjung Malaysia, akan membayar pada kadar yang sama. Bagi pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan tarif elektrik sebanyak 26% . tarif purata berdasarkan kenaikan tersebut adalah 32.5 sen/kWj berbanding dengan tarif purata sebelum kenaikan 26.1 sen/kWj. 5

Kaedah Penjimatan Elektrik Berdasarkan akhbar Harian Metro 31 Mei 2008, dalam satu kajian di kawasan kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), didapati daripada 260 bangunan dengan keluasan 350,000 meter persegi, penggunaan tenaga elektriknya adalah sebanyak 33,590,000 kWj dan menyebabkan universiti itu membayar bil elektrik kira-kira RM 8 juta setahun ataupun kira-kira RM 666,666 sebulan. Hasil tinjauan ke atas bil elektrik UUM, didapati berlaku peningkatan dari bulan ke bulan. Ini menunjukkan setiap bangunan-bangunan sama ada bangunan kolej, dewan penginapan pelajar (DPP) mahupun pejabat-pejabat mengalami kenaikan penggunaan tenaga elektrik. Penekanan masalah ditekankan terhadap bangunan DPP kerana pengguna khususnya pelajar UUM sendiri bebas menggunakan elektrik sama ada lampu bilik, kipas, komputer, pengecas beteri dan juga peralatan elektrik yang lain.

Kaedah Penjimatan Elektrik 2.0 KESAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK BERLEBIHAN

Semenjak kebelakangan ini, harga minyak di pasaran antarabangsa telah meningkat secara mendadak dan negara kita juga tidak terkecuali daripada mengalami kesan kenaikan ini. Kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa ini turut memberi kesan kepada harga gas di pasaran tempatan memandangkan harga gas tempatan disandarkan kepada harga minyak. Berikutan itu, kenaikan ini turut mempengaruhi harga arang batu di pasaran dunia. Oleh kerana gas dan arang batu merupakan bahan api utama bagi penjanaan elektrik di negara ini, sebarang kenaikan dalam harga kedua-dua bahan api ini akan memberi kesan kepada kos penjanaan elektrik. Dengan mengambil kira dari segala aspek, pihak kerajaan terpaksa menyemak semula tarif elektrik di negara ini bagi menampung sebahagian daripada kesan kenaikan harga keduadua bahan api tersebut. Berdasarkan kepada harga minyak pada masa ini telah mencecah USD135 setong, harga pasaran bagi gas ialah dalam lingkungan RM41.30/mm Batu manakala harga arang batu pula mencecah USD125/tan metrik berbanding dengan USD45/tan metrik semasa tarif elektrik dinaikkan pada tahun 2006. Hal ini terjadi kerana pertambahan permintaan yang berterusan terhadap kuasa tenaga elektrik. Walau bagaimana pun, masyarakat masih tidak mengetahui bahawa penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan akan memberi kesan kepada alam, masyarakat dan negara.

Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan menyebabkan kerajaan terpaksa meningkatkan jumlah tenaga yang dijana agar dapat memenuhi keperluan pengguna. Oleh yang demikian kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik dan menyebabkan harga atau caj perkhidmatan tenaga elektrik meningkat. Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan terutama pada masa kemuncak telah menyebabkan dunia menghadapi krisis yang serius berkaitan dengan tenaga. Antara krisis-krisis yang dimaksudkan adalah bekalan tenaga yang tidak mencukupi serta harga pasarannya yang kian tidak menentu serta kemusnahan yang akan berlaku ke atas alam sekitar. Keadaan ini menjadi semakin buruk di negara-negara membangun, terutamanya di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Ini disebabkan faktor ekonomi yang sedang berkembang dengan pesat akan mendorong mereka menggunakan bahan ataupun produk-produk berteknologi tinggi secara besar-besaran tanpa perlu memikirkan risiko pengurusan tenaga yang banyak berasal daripada minyak.

Dalam kerancakan Malaysia menuju kepada sebuah negara yang maju, penggunaan peralatan elektrik telah meningkat dengan mendadak sejak dua dekad yang lalu. Malaysia telah mengalami peningkatan yang dramatik dalam penggunaan tenaga elektrik. Permintaan tenaga di Malaysia telah meningkat pada kadar di antara 12 peratus hingga 15 peratus dalam setahun sejak 10 tahun yang lalu dengan permintaan puncak meningkat daripada 2990MW pada tahun 1986 kepada 9200MW pada tahun 1997. Walaupun ekonomi negara-negara timur selatan asia mengalami kegawatan, permintaan tetap meningkat dalam lingkungan 6 peratus hingga 8 peratus (Efendi, 2002). Selaras dengan petunjuk ekonomi Malaysia yang positif, permintaan puncak bagi elektrik dijangka meningkat pada kadar purata 7.8 peratus setahun kepada 20,087 MW pada tahun 2010. Maka dapat dilihat di sini tenaga elektrik perlu mempunyai pengurusan tenaga yang 7

Kaedah Penjimatan Elektrik khusus supaya mencapai penggunaan tenaga cekap atau dalam erti kata yang lain penjimatan tenaga dapat dicapai.

Memang tidak dapat dinafikan lagi tenaga elektrik merupakan elemen terpenting dalam suatu sistem pengoperasian bangunan. Ini kerana segala sistem yang beroperasi di dalam bangunan itu adalah berasaskan kepada bekalan tenaga elektrik. Antara contoh-contoh sistem yang terdapat di bangunan adalah sistem pencahayaan, sistem penghawa dingin, sistem peralatan motor, sistem komunikasi, dan sebagainya (Subramanian, 1991). Ketiadaan tenaga elektrik ini akan mengakibatkan sistem-sistem ini tidak dapat berfungsi sekali gus menjejaskan aktivitiaktiviti pengguna serta keperluan mereka. Selain kepentingan tenaga elektrik ini, pengguna juga perlu mengeluarkan kos bagi menampung penggunaan elektrik tersebut. Pengeluaran kos ini adalah mengikut jumlah penggunaan tenaga itu sendiri. Di dalam pengurusan tenaga, selain aspek penggunaan peralatan elektrik yang jimat tenaga elektrik, pengguna juga harus diberi pengetahuan dalam melakukan penggunaan tenaga yang cekap. Pengguna harus diberi kesedaran betapa pentingnya menggunakan tenaga yang cekap sekali gus dapat menjimatkan kos ketika keadaan ekonomi yang serba tidak menentu ini.

Kaedah Penjimatan Elektrik 3.0 TREND PENGGUNAAN ELEKTRIK DI DPP (KAJIAN KES : UUM)

Dalam tugasan yang diterima iaitu mengenai langkah penjimatan elektrik di Dewan Penginapan Pelajar (DPP), terlebih dahulu kami ingin mengetahui corak penggunaan tenaga elektrik dalam kalangan pelajar yang mendiami DPP di dalam kampus Universiti Utara Malaysia (UUM). Daripada tinjauan yang dibuat ke atas bil elektrik UUM selama setahun didapati sering berlaku peningkatan pada setiap bulan. Peningkatan ini menunjukkan bahawa pengguna khususnya pelajar UUM itu sendiri bebas menggunakan elektrik seperti dalam penggunaan kipas angin, komputer, peralatan elektrik dan sebagainya. Sehubungan itu, didapati penggunaan elektrik tertinggi di UUM pada tahun 2008 adalah ketika bulan Mei iaitu RM2,108,833.93 manakala bulan terendah pula ialah pada bulan Januari iaitu RM647,035.80. Hal ini adalah kerana kurangnya kesedaran dalam penjimatan elektrik dalam kalangan pelajar UUM.

Jadual 3.1 : Jumlah penggunaan elektrik bagi setiap DPP Bilangan Pelajar Sarjana Bilangan Pasca-siswazah Muda Yayasan Al-Bukhari (YAB) 2,700 30 TNB 983 9 Bank Rakyat 1,756 133 Perwaja/BSN 707 31 Tradewinds 1,005 8 Mas 1,058 36 Petronas 870 22 MISC 700 40 TM 930 16 Bank Muamalat 2,652 25 Sime Darby 913 11 SME Bank 1,887 Proton 932 20 EON 881 18 JUMLAH 19,759 399 Sumber : Pegawai Perangkaan Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM, 2008 DPP

3.1

Jenis Penggunaan Tenaga Elektrik Dalam Kalangan Pelajar di DPP

Terdapat pelbagai peralatan elektrik yang digunakan oleh pelajar di setiap DPP sama ada yang telah disediakan oleh pihak UUM mahupun barang persendirian pelajar itu sendiri seperti komputer riba, pemanas air, seterika dan radio serta barangan yang disediakan oleh UUM 9

Kaedah Penjimatan Elektrik antaranya kipas, lampu dan mesin basuh. Walau bagaimanapun, terdapat juga para pelajar yang membawa dan menggunakan peralatan terlarang seperti periuk nasi, pembakar roti, dan pengering rambut. Penggunaan peralatan elektrik yang tidak dibenarkan ini turut menyumbang kepada penggunaan KWj yang tinggi.

Jadual 3.2 : Jumlah peralatan elektrik yang dimiliki dan digunakan mengikut purata sebanyak 450 orang pelajar Item Bilangan Peratus Komputer riba 450 100 Pemanas air 371 82.4 Radio 140 31.1 Seterika 423 91.8 Telefon bimbit 450 100 Periuk nasi 95 21.1 Pembakar roti 71 15.8 Pengering rambut 110 24.4 Sumber : Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan, UUM

Berdasarkan jadual 4.2, didapati 100% secara purata pelajar memiliki komputer riba dan telefon bimbit. Hal ini adalah disebabkan faktor seruan kerajaan agar 1 pelajar 1 komputer dengan memberikan pelbagai insentif pembelian dan promosi agar setiap rakyat Malaysia mampu memiliki komputer dan ini juga untuk memudahkan para pelajar berinteraksi dan belajar dengan adanya komputer dan Internet yang telah disediakan oleh pihak UUM. Selain itu, penggunaan seterika juga mempunyai peratus yang tinggi iaitu 91.8%. hal ini memang tidak boleh dielakkan dan dikurangkan penggunaannya juga atas sebab kod etika UUM sendiri yang menyarankan setiap pelajar sentiasa berpakaian kemas seperti pakaian ke pejabat berserta dengan tali leher. Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan iaitu tidak boleh membawa barangan terlarang seperti periuk nasi iaitu seramai 21.1% orang pelajar diikuti yang lain-lain sehingga menyebabkan bil elektrik UUM sentiasa meningkat dari bulan ke bulan.

Justeru itu, peralatan elektrik utama seperti komputer riba, seterika, pengecas telefon bimbit dan pemanas air sangat menyumbang kepada peningkatan bil elektrik diikuti dengan barangan-barangan sampingan lain. Hal ini memang tidak dapat dielakkan atau menahan pelajar untuk tidak menggunakan barangan ini tetapi ia masih boleh diatasi dengan mengurangkan penggunaan elektrik untuk waktu-waktu penting sahaja dan sentiasa tutup elektrik apabila tidak menggunakannya.

10

Kaedah Penjimatan Elektrik 4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENJIMATAN ELEKTRIK

Kerajaan dijangka menguatkuasakan Akta Kecekapan dan Penjimatan Tenaga pada 2014 bertujuan mengawal penggunaan tenaga bagi kelengkapan elektrik yang dijual di negara ini. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air iaitu Datuk Seri Peter Chih Fah Kui menjelaskan melalui akta demikian, hanya kelengkapan elektrik yang memenuhi kriteria prestasi tenaga yang minimum dan mempunyai label tenaga berupaya memasuki pasaran tempatan. (http://mstar.com.my).

4.1

Langkah Statut

4.1.1

Peranan Kerajaan

Seterusnya kerajaan telah menggubal akta bagi langkah menjimatkan tenaga elektrik iaitu akta bekalan elektrik 1990 (Akta 447) dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (Akta 610). Bertepatan dengan Pelan Tindakan Sektor Tenaga iaitu dalam teras yang keempat menyatakan strategi iaitu mengurangkan electricity intensity sekurang-kurangnya 10% menjelang 2015. Berdasarkan kajian yang dilakukan FOMCA ketika kempen penjimatan tenaga, kebanyakan pengguna sering membazirkan tenaga elektrik dan kesedarannya mengenainya masih kurang. Hal ini sama seperti sikap para pelajar di UUM sendiri yang masih lagi tidak sedar akan pembaziran elektrik yang dilakukan saban hari. (http://www.bharian.com.my/).

Dalam keadaan yang genting ini, para pelajar boleh menjimatkan penggunaan elektrik di kolej-kolej kediaman masing-masing dengan menggunakan peralatan elektrik jimat tenaga serta menutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan, dan tidak meletakkannya pada mode standby. Begitu juga apabila keluar bilik ketika pergi ke kelas mahupun ke mana-mana sahaja, seharusnya para pelajar memastikan lampu dan kipas telah ditutup. Para pelajar perlu mengubah cara pengendalian barangan elektrik mereka. Selain itu pelajar juga disarankan membeli peralatan yang sesuai untuk keperluan peribadi kerana pembelian yang melampau boleh menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga. Dalam menangani hal ini, pengguna tidak seharusnya pasif tetapi harus berusaha pelbagai cara untuk menggunakan tenaga dengan cekap.

11

Kaedah Penjimatan Elektrik 4.2 Langkah Bukan Statut

4.2.1

Kempen Pelan Kecekapan Tenaga Kebangsaan

Pada masa yang sama, kos tenaga yang semakin meningkat di negara saban hari termasuklah di kolej-kolej kediaman menyebabkan tercetusnya isu keupayaan kerajaan untuk menampung keperluan pengguna pada masa yang sama. Menyedari kepentingan demikian, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) atau dahulunya dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar (FOMCA) telah merangka Pelan Kecekapan Tenaga Kebangsaan untuk jangka masa 10 tahun. Kempen ini adalah langkah pertama dalam pelaksanaan pelan demikian. Selain itu juga, kempen demikian telah mendapat sokongan yang baik daripada pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Tenaga Nasional Malaysia dan Pusat Tenaga Malaysia. Oleh hal yang demikian, SWITCH adalah antara contoh usaha oleh badan bukan kerajaan dengan sokongan kerajaan untuk kebaikan pengguna termasuklah para pelajar UUM. (http://switch.org.my).

4.2.2

Kesedaran Pelajar-pelajar UUM

Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran orang awam khususnya pelajar-pelajar yang tinggal di kolej-kolej kediaman tentang kepentingan dan faedah penggunaan kelengkapan elektrik yang cekap tenaga semakin giat dilaksanakan. Sebagai contoh, program Earth Hour dengan objektif satu jam membantu memelihara alam sekitar. Hari bumi diwujudkan bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan penduduk bumi akan kepentingan alam sekitar bagi memastikan bumi yang merupakan tempat tinggal manusia sihat dan selamat.

Oleh hal yang demikian semua warga UUM diminta memberikan sokongan kepada program Earth Hour dengan memadamkan lampu selama sejam bermula jam 8.30 malam pada 28 Mac. Usaha yang baik bagi membantu memelihara alam sekitar diperkenalkan oleh World Wildlife Federation (WWF) dengan penglibatan lebih daripada 75 buah negara sebagai tanda keprihatinan terhadap alam sekitar dan menyelamatkan bumi termasuklah penglibatan semua kolej-kolej kediaman di UUM.

Pada masa yang sama, kempen demikian dijadikan pertandingan untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar di UUM. Oleh hal yang demikian, pihak UUM telah menetapkan bahawa mana-mana kolej yang berjaya mengurangkan kadar penggunaan elektrik akan memperolehi habuan berbentuk wang ringgit serta sijil. Sehubungan 12

Kaedah Penjimatan Elektrik dengan itu, para pelajar mendapat yang gambaran jelas dan pemahaman yang lebih baik mengenai kecekapan tenaga serta kepentingannya. Lantaran itu, sebagai pengguna yang matang adalah pentingnya bagi para pelajar berperanan untuk mendidik diri sendiri mengenai kecekapan dan menghargai tenaga yang ada supaya tidak berlaku pembaziran.

4.2.3

Pemeriksaan Pihak Kolej Kediaman Secara Mengejut dan Berkala

Langkah lain bagi menjimatkan elektrik adalah kawalan dan pemeriksaan oleh pihak kolej kediaman masing-masing secara mengejut dan berkala. Pihak kolej antara golongan yang memainkan peranan penting untuk menjimatkan tenaga elektrik di UUM. Sebagai contohnya, pemeriksaan akan dilakukan oleh pengetua sendiri bersama-sama Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa (JKPS) di setiap bilik para pelajar di kolej masing-masing tanpa pengetahuan para pelajar. Pada masa yang sama, barangan elektrik yang terlarang akan dirampas sekiranya didapati berada di dalam bilik pelajar. Rampasan barangan elektrik dilakukan bagi menyedarkan para pelajar akan peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan oleh pihak kolej kediaman.

4.2.4

Pembelian Pelekat Barangan Elektrik oleh Setiap Pelajar

Langkah seterusnya yang telah dilakukan oleh pihak kolej kediaman adalah dengan mewajibkan para pelajar membeli pelekat barangan elektrik yang berharga RM 1 bagi setiap barangan elektrik. Namun demikian, tidak semua barangan elektrik dibenarkan penggunaannya di kolej kediaman. Secara tidak langsung, penggunaan elektrik dapat dijimatkan. Hal ini kerana, hanya barangan elektrik seperti komputer riba, seterika dan pemanas air sahaja dibenarkan penggunaannya di UUM. Penggunaan barangan elektrik yang lain adalah sama sekali tidak dibenarkan. Oleh hal yang demikian, pembelian pelekat barangan elektrik oleh pelajar adalah bukti bahawa para pelajar memiliki barangan elektrik yang tidak salah menyalahi undang-undang kolej kediaman.

Kesimpulannya, segala langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kolej kediaman sebenarnya bertujuan memberikan kesedaran mengenai kecekapan dalam penggunaan tenaga elektrik dan bagi memastikan para pelajar mempraktikkan segala kempen yang dilakukan oleh pihak kolej kediaman. Pada masa yang sama, kesedaran sivik oleh para pelajar sendiri seharusnya wujud dalam diri masing-masing agar penjimatan elektrik di kolej kediaman khususnya dapat dicapai.

13

Kaedah Penjimatan Elektrik 5.0 CADANGAN PENGURANGAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK

Bagi mengurangkan penggunaan elektrik, memerlukan beberapa cadangan baru bagi menjimatkan bil elektrik yang perlu ditanggung oleh mana-mana pihak yang berkaitan. Oleh itu, beberapa cadangan telah dicadangkan.

Cadangan pertama adalah penggunaan sistem kawalan litar elektrik direka yang bermodelkan sistem pemasangan elektrik satu fasa. Ini di mana, sistem ini berkonsepkan sistem SCADA (Supervisory Control And Data Acquisition). SCADA ini bermaksud Pengendalian Pengawasan Dan Pengumpulan Data Di bawah Seliaan. Secara umumnya, sistem SCADA adalah satu sistem yang dibina melibatkan pengawasan, pengawalan, dan pemberi isyarat maklumat data dari kawasan beroperasi ke tempat kawalan utama. SCADA juga digunakan untuk mengumpulkan dan menganalisis data dalam masa yang sebenar dengan bertujuan untuk mengurus sesebuah operasi yang besar. Ini sesuai dengan penggunaan elektrik di kolej kediaman pelajar kerana ianya dapat dikawal serta di selenggara dari pusat kawalan. Sistem SCADA ini dikawal oleh sebuah komputer yang disambung kepada setiap perkakasan elektrik. Namun ianya bukanlah secara automatik tetapi bergantung kepada penyeliaan pengguna khususnya para pelajar UUM.

Fungsi sistem kawalan ini adalah memudahkan pemilik mengawal setiap perkakasan elektrik yang berada di dalam rumah atau bangunan fasa satu tempat sahaja. Cara kendalian sistem ini adalah melibatkan tiga elemen utama iaitu penggunaan CU (Controller Unit) yang berada di antara komputer dengan perkakasan atau tempat pengoperasian yang mana berfungsi sebagai pengumpul maklumat yang dihantar oleh komputer sebagai arahan dan ditukar kepada kendalian litar. Ia juga bertindak menghantar maklum balas-balik kepada pusat kawalan (komputer) sebagai maklumat tindakan. Elemen kedua adalah HMI (Human Machine Interface) ia merupakan kawalan yang dibuat dengan memaparkan maklumat pada skrin komputer dalam bentuk grafik (visual basic) yang melibatkan penghantaran isyarat dan membenarkan pengguna mengawal serta memberi arahan yang mudah difahami oleh komputer. Manakala elemen ketiga (communications) merupakan peralatan perhubungan yang digunakan untuk disambung kepada sistem komputer bagi menghasilkan penghantaran maklumat yang cepat, tepat dan grafik yang jelas. Di dalam projek ini, kabel pencetak akan digunakan bagi menghubungkan CU dengan komputer. Kelebihan sistem ini kepada pengguna adalah menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dalam mengendalikan perkakasan elektrik. Selain itu juga, ia merupakan satu teknologi yang belum lagi digunakan secara meluas di negara Malaysia.

Cadangan kedua pula adalah pembinaan prototaip iaitu sebuah alat penjimatan tenaga elektrik. Pembinaan prototaip ini adalah berkonsepkan segi-tiga kuasa elektrik dengan mudah. Konsep segi-tiga kuasa digunakan bagi mencapai pendekatan dalam menjimatkan tenaga elektrik dengan pembetulan faktor kuasa aktif dengan mengaplikasikan litar bersepadu (IC) UC3854. Litar pembetulan faktor kuasa aktif ini berfungsi untuk pra-pengatur faktor kuasa dengan 14

Kaedah Penjimatan Elektrik pembetulan faktor kuasa sehingga 0.98 pada sebarang voltan talian antara 80 Vrms dan 260 Vrms. Alat ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu pembetulan faktor kuasa dan juga pengujian tahap keselamatan.

Bahagian pertama merupakan bahagian di mana akan mengkaji tentang pembetulan faktor kuasa dalam menjimatkan penggunaan tenaga elektrik seterusnya menambah baik alat ini agar mampu meningkatkan prestasi alat ini. Bahagian kedua pula adalah menyentuh aspek keselamatan nyawa dan harta benda. Kedua-dua bahagian ini merupakan komponen penting bagi memastikan alat ini mampu berfungsi dengan berkesan seterusnya menjamin keselamatan pengguna. Dalam penggunaan alat ini, penjimatan paling maksimum boleh didapati apabila faktor kuasa sempurna iaitu nilai faktor kuasa lebih besar terhasil di dalam sistem elektrik. Faktor kuasa merupakan ukuran sebenar kuasa yang diperlukan. Penggunaan tenaga akan semakin berkurang apabila faktor kuasa ditingkatkan. Contoh model yang digunakan adalah seperti model ADDIE. Model ADDIE merupakan antara model-model reka bentuk yang sering menjadi asas kepada model-model reka bentuk yang lain. Model ADDIE mempunyai 5 fasa seperti yang ditunjukkan di bawah Rajah 5.1 :

Rajah 5.1 : Model reka bentuk ADDIE Analisis

Melaksanakan

Menilai

Reka bentuk

Membangun Sumber : http://www.engineering-ed.org/isd_model.htm

Seterusnya, bagi menjimatkan penggunaan elektrik, dicadangkan menggunakan lampu LED (Light Emitting Diode). Dalam Bahasa Melayu ialah Diod Pemancar Cahaya. Lampu jenis ini dibina berasaskan semikonduktor. Apabila arus elektrik dibekalkan pada terminal positif dan negative lampu LED, penggabungan elektron dan lohong akan berlaku di antara dua lapisan semikonduktor, seterusnya membebaskan tenaga dalam bentuk cahaya. Pencahayaan menggunakan semikonduktor ini ditemui oleh penyelidik British bernama Henry Joseph Round pada 1907. Teknologi LED ini telah mula digunakan untuk kegunaan praktikal mulai 1960an, 15

Kaedah Penjimatan Elektrik tetapi kini penggunaannya semakin popular. Oleh itu, dicadangkan bagi menjimatkan penggunaan elektrik, digalakkan menggunakan lampu LED. Ini kerana Diod pemancar cahaya lampu ini adalah berkecerahan tinggi. Rujuk dalam rajah 5.2 di bawah :-

Rajah 5.2 : Binaan lampu LED

Kelebihan lampu LED ini berbanding lampu pijar dan lampu Kalimantan ialah : Lebih menjimatkan elektrik berbanding lampu Kalimantan. Kurang membebaskan haba. Tiada penggunaan merkuri yang membahayakan kepada manusia, oleh itu lampu LED mudah dilupuskan.. Tiada penggunaan choke/ballast dan starter. Tidak mengeluarkan bunyi. Jangka hayat lebih lama, sehingga 50,000 jam. Menyala serta-merta apabila dihidupkan, tidak seperti lampu tiup kalimantan yang menggunakan ballast magnetik yang berkelip-kelip ketika mula dihidupkan. Tidak membebaskan gelombang ultraungu dan infra merah, oleh itu ia sangat sesuai untuk dijadikan lampu luaran kerana ia tidak menarik perhatian serangga mendekati lampu ini. 16

Kaedah Penjimatan Elektrik Malah lampu LED ini juga dicadangkan penggunaannya adalah bagi mengurangkan penggunaan elektrik di samping dapat menjimatkan penggunaan elektrik kerana dari penyelidikan terkini yang dibuat, lampu LED ini mempunyai kecekapan melebihi 100 Lumens per Watt. Contoh lampu LED boleh dirujuk dalam rajah 5.3 :

Rajah 5.3 : Contoh produk lampu LED

Cadangan terakhir adalah penggunaan lampu sensor cahaya automatik di dalam bilik penginapan pelajar. Lampu sensor cahaya automatik ini akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik kerana ia berfungsi secara automatik apabila menjelang malam dan ia akan tutup dengan sendiri apabila menjelang waktu siang. Ini akan menjimatkan penggunaan cahaya lampu kerana pelajar tidak akan dapat membuka lampu dan membazirkan penggunaannya jika tidak diperlukan pada waktu siang. Pemasangan lampu jenis ini adalah hanya sambungan 3 wayar. Satu unit akan diletakkan di lubang kecil bersebelahan lampu bagi mengawal On/Off pemasangan lampu ini. Gambar lampu sensor cahaya automatik ini boleh dirujuk pada rajah 5.4 dibawah : -

17

Kaedah Penjimatan Elektrik Rajah 5.4 : Lampu sensor cahaya automatik

Kesimpulannya, bagi mengurangkan serta menjimatkan penggunaan elektrik, tidak hanya memandang dari aspek teknologi sahaja tetapi juga melihat dari aspek tanggungjawab pihak yang terlibat iaitu di antara sikap pelajar sendiri dan juga pihak berkuasa seperti pengetua dewan penginapan pelajar bagi bersama-sama pelajar dalam mengurangkan penggunaan elektrik. Dengan sikap yang bertanggungjawab antara kedua pihak iaitu sikap manusia dan juga penggunaan kemudahan moden yang sedia ada pada masa kini, tidak mustahil dapat menjimatkan penggunaan elektrik serta dapat mengurangkan jumlah bayaran penggunaan elektrik berbanding sebelum ini.

18

Kaedah Penjimatan Elektrik 6.0 KESIMPULAN

Daripada keseluruhan perbincangan ini, menyimpulkan bahawa sikap serta tahap pemahaman dalam kalangan penghuni kolej kediaman terhadap penggunaan tenaga secara cekap adalah sederhana. Majoriti penghuni kolej faham tentang perlunya mereka menjimatkan elektrik tetapi mereka tidak ada kesedaran untuk berbuat demikian. Di negara Malaysia sahaja, lebih daripada 90 peratus tenaga yang digunakan adalah daripada tenaga elektrik (Azni, 2003). Tenaga elektrik ini pula dijanakan daripada sumber-sumber asas seperti tenaga hidro, gas asli, minyak mentah dan juga arang batu. Sumber-sumber ini yang dinamakan tenaga lazim akan luput mengikut peredaran masa kerana tenaga seperti ini tidak boleh diperbaharui. Oleh yang demikian, tenaga elektrik perlu digunakan secara cermat dan bijaksana. Manusia pula tidak seharusnya membazirkan sumber-sumber yang sedia ada supaya generasi-generasi yang akan datang juga dapat menikmati kemudahan dan rezeki daripada sumber alam.

Selain itu, terdapat juga punca lain yang dikatakan menjadi pencetus kepada pembaziran penggunaan tenaga elektrik di kolej-kolej kediaman iaitu peningkatan dalam penggunaan alat komunikasi terutamanya komputer dan telefon bimbit. Dalam menerajui era globalisasi, telefon bimbit dan komputer sudah menjadi medan perantara yang terpenting sekali. Tidak kira di alam pekerjaan ataupun ketika sedang melanjutkan pengajian, komputer adalah menjadi satu pemudah cara bagi melakukan sesuatu pekerjaan dengan pelbagai tujuan lain. Tercetusnya demam Internet pada tahun 90 an menyebabkan pelbagai inovasi telah dilakukan untuk menjadikan satu dunia dapat berhubung hanya dengan menggunakan komputer. Tidak kira apa pun tujuan terutamanya ketika belajar, bekerja, dan sebagainya amat memerlukan komputer. Sehubungan dengan itu, Universiti Utara Malaysia telah melaksanakan kempen 1 pelajar 1 komputer dengan pelbagai insentif pembelian yang menarik bagi mendedahkan dan memudahkan pelajar dalam dunia pengkomputeran agar tidak ketinggalan dalam era globalisasi ini.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kolej kediaman bagi memastikan penjimatan tenaga elektrik. Penjimatan tenaga elektrik serta kesedaran terhadap kecekapan tenaga elektrik merupakan satu amalan yang perlu diterapkan dalam kalangan penghuni-penghuni kolej kediaman pelajar terutamanya di UUM. Selain itu, kerjasama antara pengurusan kolej kediaman dan Unit Keselamatan dan sebagainya perlu sentiasa memantau peralatan elektrik yang dibawa oleh penghuni kolej kediaman. Hal ini demikian kerana bagi memastikan penjimatan dan mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik di setiap kolej-kolej kediaman pelajar serta pengurusan tenaga elektrik yang cekap mampu mengurangkan jumlah kos tenaga per unit pengeluaran serta memastikan penjimatannya. (http://etd.uum.edu.my).

Seterusnya, amalan motivasi dan latihan untuk pengguna amat penting dalam mencapai kecekapan tenaga. Pembentukan kempen kesedaran tenaga dan program latihan penyelaras untuk memastikan panduan yang diberi adalah mencukupi ke atas seluruh organisasi serta ke atas kesesuaian amalan penjagaan yang baik untuk semua individu dan kumpulan di mana tindakan tersebut boleh memberi kesan ke atas penggunaan. Segala usaha pihak jawatankuasa pengurusan tenaga tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna jika tiada sambutan dan 19

Kaedah Penjimatan Elektrik kerjasama daripada pihak penghuni kolej kediaman atau pengguna bangunan. Tambahan lagi, pihak pengurusan di UUM juga telah mengadakan pelbagai program pengurusan tenaga untuk memberi motivasi dan pengetahuan tentang kecekapan tenaga bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penghuni-penghuni kediaman pelajar. Kesimpulannya, jelaslah bahawa penggunaan elektrik secara berjimat-cermat serta pengurusannya secara cekap mampu mengurangkan kos tenaga iaitu dalam bentuk pembayaran wang seterusnya dapat menjamin kebaikan penggunaan tenaga cekap pada masa akan datang.

20

Kaedah Penjimatan Elektrik 7.0 RUJUKAN

Automatic Light Sensor Switch. (++) . Diakses pada http://www.escol.com.my/Schematics/M140-Manual.pdf

13

Mei

2012

daripada

California Engineering & Technology Alkiance Engineering/Technology Curriculum for High Schools. (++). Diakses pada 10 April 2012 daripada http://www.engineeringed.org/isd_model.htm

Lampu

LED. (2010). Diakses pada 11 April http://zon152.blogspot.com/2010/05/led-light-emitting-diode.html

2012

daripada

Muhamad Addin bin Burhanuddin. Pengurusan tenaga di Universiti Utara Malaysia : Tahap kesedaran pelajar terhadap kecekapan tenaga elektrik. Tesis Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Teknologi) yang tidak diterbitkan, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Utara Malaysia.

Mohamad Azman bin Hj. Mahmood. (2005). Sistem Kawalan Litar Elektrik Berkonsepkan Sistem SCADA. Diakses pada 10 April 2012 daripada http://library.utem.edu.my

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia. (2011). Perjuangan Masa depan industri elektrik. Diakses pada 12 Mei 2012 daripada www.awer.org.my/publication/perjuangan.pdf

Rosni Zamuddin Shah B. Sidek & Anis Syakirah Binti Rajuddin. (2007). Pembinaan Prototaip Alat Penjimatan Teanag Elektrik bagi Kegunaan Domestik dan Persepsi Pengguna Terhadap Penggunaanya. Diakses pada 11 April 2012 daripada http://eprints.utm.my/10467/1/Pembinaan_Prototaip_Alat_Penjimatan_Tenaga_Elektrik_ Bagi_Kegunaan_Domestik_Dan_Persepsi_Pengguna_Terhadap_Penggunaannya.pdf

Suruhanjaya Tenaga. (2010). Laporan Interim Prestasi Perkhidmatan Pembekalan Elektrik di Malaysia untuk Separuh tahun Pertama 2010. Diakses pada 9 Mei 2012, daripada http://meih.st.gov.my/documents

21

You might also like