You are on page 1of 78

SISPA UUM 3 2011

SISPA UUM SEM III

BAB 1.0 PENGURUSAN MANGSA TERCEDERA

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 1

SISPA UUM 3 2011

PENGENALAN

Semasa berlakunya kecemasan, mengetahui apa yang perlu dibuat merupakan keadaan kritikal bagi menentukan hidup atau mati. Oleh itu, mewujudkan pengurusan mangsa tercedera merupakan perkara yang harus diberi perhatian oleh semua pihak yang bergelar penyelamat. Pengurusan magsa tercedera dibahagikan kepada Mangsa kadang-kadang bertindih. Mencari dan menyelamat. Pengurusan mangsa dapat mengurangkan risiko kematian dalam sesuatu bencana yang berlaku. Justeru, pihak pasukan penyelamat haruslah terlebih dahulu bersedia dalam menghadapi keadaan dalam situasi menyelamat.

PENGENALAN KEPADA MANGSA YANG TERCEDERA DEFINISI KECEDERAAN Kecederaan membawa maksud kerosakan atau kemudaratan kepada struktur atau fungsi badan yang disebabkan oleh agen luar atau kekerasan yang boleh datang secara fizikal atau kimia. Kecederaan yang teruk pada fizikal badan boleh mengancam nyawa ataupun menyebabkan trauma. Kecederaan terbahagi kepada 2 iaitu kecederaan akibat kemalangan yang tidak disengajakan ( terjatuh, keracunan & terbakar ) dan kecederaan yang disengajakan ( jenayah, pembunuhan & membunuh diri ).

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 2

SISPA UUM 3 2011

KATEGORI KECEDERAAN

Penyakit gangguan Traumatologi

Kemalangan

JENIS-JENIS KECEDERAAN Kecederaan Kepala Bahagian kepala manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kulit kepala, tengkorak, dan otak. Kecederaan kepala ialah trauma di kepala yang boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat daripada hentakan yang kuat secara langsung dan hentakan yang kuat secara tidak langsung. Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak, bengkak pada tisu otak sehingga menjadi kerosakan otak yang teruk. Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan kematian. Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain, terutamanya leher. Apabila seseorang itu mengalami kecederaan pada bahagian tengkorak, dia akan mengalami beberapa tanda seperti sakit di tempat yang tercedera dan mungkin terdapat luka serta pendarahan, terdapat cacat bentuk di bahagian kepala, cecair jernih akan keluar melalui telinga dan hidung kadang-kala cecair tersebut bercampur darah. Selain itu terdapat kesan lebam di sekeliling mata dan belakang telinga yang timbul selepas beberapa jam terjadinya kecederaan tersebut.
VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 3

SISPA UUM 3 2011

Tanda-tanda seseorang itu mengalami kecederaan otak pula ialah mangsa tidak sedar dan mungkin mengalami hilang ingatan. Mangsa juga akan berasa loya dan mengalami gejala muntah. Selain itu, tanda awal mangsa yang akan mengalami kecederaan otak adalah seperti sakit kepala, gangguan penglihatan dan tidak dapat mengimbangi struktur badan.

Kecederaan Sendi & Otot Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligament. Ligamen sama ada boleh beregang dengan berlebihan, terkoyak & terputus.

Kepatahan Kepatahan berlaku pada tulang yang disebabkan oleh berlakunya hentaman terhadap tulang terbabit. Kecederaan tulang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma (kemalangan) sama ada kemalangan jalan raya, terjatuh dari tempat tinggi dll.

Kebakaran & Kelecuran Luka kebakaran adalah teruk jika ia menjejaskan lebih 5% permukaan badan mangsa contohnya, kawasan permukaan melebihi 5x saiz tapak tangannya, mulut, tekak, telinga/alat kelamin mangsa.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 4

SISPA UUM 3 2011

Tindakan Seorang Penyelamat dalam Aktiviti Meyelamat Mangsa yang Mengalami Kecederaan pada Bahagian Kepala Sebagai seorang penyelamat, apabila berhadapan dengan mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala ialah :-

1.

Jangan sesekali menggerakkan kepala, leher dan tulang belakang mangsa kerana ini boleh menyebabkan mangsa akan mati atau lumpuh.

2.

Pastikan tahap kesedaran mangsa dan pastikan pernafasan mangsa, sekiranya tiada pernafasan bersiap sedia untuk melakukan CPR. Jika terdapat pendarahan hentikan terlebih dahulu pendarahan tersebut.

3.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala berkemungkinan besar mengalami kecederaan tulang belakang. Maka hendaklah mengambil tindakan bantuan seperti bantuan untuk kecederaan tulang belakang.

4.

Biarkan mangsa dalam keadaan kedudukan ia ditemui, hanya menstabilkan kepala mangsa dengan memegangnya atau meletakkan objek yang berat dikiri dan kanan kepala mangsa. Hal ini kerana tidak mahu bahagian kepala mangsa mengalami gegaran sekaligus bagi mengelakkan keadaan mangsa menjadi lebih teruk.

5.

Membawa mangsa ke hospital dengan kadar yang segera.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 5

SISPA UUM 3 2011

Kecederaan Akibat Luka Definisi Luka Luka membawa maksud sebarang kecederaan yang tidak normal pada kulit atau pada permukaan badan dinamakan luka. Kebanyakkan luka adalah terkoyak dan terbuka yang menyebabkan darah serta cecair lain mengalir keluar daripada badan. Luka yang tertutup pula membenarkan darah terlepas dari sistem peredaran tetapi tidak mengalir keluar.

Luka Tembakan - Tembakan peluru atau lain-lain pelontar mungkin termasuk ke dalam badan yang menyebabkan kecederaan dalam yang serius. Luka pada titik kemasukkan mungkin kecil dan bersih tetapi luka di dalam mungkin lebih serius serta lebam.

Luka Terhiris - Luka yang lurus dan bersih akibat terkena benda tajam seperti pisau cukur atau pecahan kaca yang menyebabkan darah meleleh.

Luka Melecet - luka yang kesat dan kasar disebabkan oleh daya tekanan yang teruk tetapi luka ini tidak menyebabkan pengaliran darah seperti luka terhiris.

Jenisjenis Luka
Luka Tercucuk - Luka akibat daripada terpijak paku atau tercucuk dan tertikam benda tajam yang menghasilkan luka pada titik kemasukkan yang kecil tetapi dalam dan menyebabkan kerosakkan dalaman. Luka Calar Balar - Luka pada permukaan yang menyebabkan lapisan asas pada kulit tergesel. Luka calar balar ini sering mengandungi partikel asing yang terbenam dalamnyadan akan menyebabkan infeksi.

Luka Lebam - Sebarang tamparan yang kasar boleh memecahkan kapilari di bawah lapisan kulit dan darah yang masuk ke dalam tisutisu menyebabkan terjadinya lebam.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 6

SISPA UUM 3 2011

Cara Merawat Luka Kebakaran dan Melecur Luka kebakaran dan melecur adalah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh kepanasan api, bahan-bahan kimia atau pancaran radiasi. Cara-caranya ialah :-

Kurangkan rasa kepanasan, kesakitan dan bengkakbengkak dengan meletakkan bahagian yang terbakar di bawah aliran air sejuk atau celupkan ke dalam air sejuk sekurang-kurangnya selama 10 minit.

Dengan berhati-hati, tanggalkan cincin, jam tangan, tali pinggang atau pakaian yang mencerut dari bahagian yang cedera sebelum ia membengkak.

Tutup bahagian yang cedera dengan kain yang bersih, jika boleh kain yang bebas dari kuman dan tidak berbulu.

AWAS! 1) Usah pecahkan bahagian kulit yang melecur atau tanggalkan bendabenda yang melekat pada bahagian yang luka. 2) Usah gunakan losyen, minyak urut atau sebagainya pada bahagian yang luka.

Muka yang luka terbakar boleh ditutup dengan kain kasa yang dilubangkan untuk membolehkan pesakit bernafas.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 7

SISPA UUM 3 2011

TRIAGE
Definisi Triage adalah satu prosedur penilaian dan pengelasan pesakit untuk tujuan rawatan dan pemindahan mengikut prioriti. Konsep triage adalah untuk menghadapi bilangan peskit yang ramai dan memerlukan keutamaan, tujuan memberi bantuan yang terlalu banyak, mengelaskan pesakit mengikut

keutamaan rawatan iaitu 1 minit 1 mangsa, setelh itu pesakit juga akan ditandakan dengan tag atau label triage seterusnya hantar ke hospital. American Heritage Dictionary menyatakan triage membawa maksud satu proses pengelasan mangsa yang tercedera kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut tahap kecederaan mereka. Kaedah triage ini di gunakan di dalam bilik-bilik kecemasan hospital, pada medan-medan peperangan, dan tempat-tempat bencana apabila sumber-sumber perubatan yang diperuntukkan itu adalah terhad. Menurut Oxford Companion untuk Sejarah Ketenteraan, menyatakan bahawa triage adalah satu sistem yang diguna pakai dalam bidang ketenteraan untuk membuat penilaian dan pengelasan mangsa-mangsa kecederaan. Kaedah ini bertujuan untuk mengategorikan tahap kecederaan mangsa untuk rawatan dan pemindahan yang selanjutnya. Dalam melaksanakan triage ini memerlukan dua unsur utama. Pertama, pengisihan segera mangsa-mangsa menurut sifat dan tahap keseriusan luka-luka mereka dan kemungkinan kemampuan mereka untuk diselamatkan.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 8

SISPA UUM 3 2011

Mengapa Triage Penting?

Kematian boleh berlaku dalam beberapa minit/jam.

Mangsa yang terlalu ramai/malapetaka.

Pembantu yang sedikit

Mangsa trauma yang memerlukan pembedahan segera hanya seorang pada satu masa.

Pemindahan dan pengangkutan yang terhad

Bagaimana Melakukan Triage

Langkah 2 : Melaksanakan Triage Suara Stop, listen & think Memastikan keselamatan & menghindar bahaya. Mengenalkan identiti, memberi arahan kepada mangsa yg blh berjalan ke lokasi yang ditentukan. Ditandakan Tag HIJAU & KUNING.

Menilai mangsa terdekat kepada yg jauh & memberi tanda tag MERAH, KUNING & HITAM. Setiap pesakit yg tertinggal diperiksa Airway, pernafasan, kuku & mental. Langkah 3 : Penilaian Mangsa & Menandakan Tag

Langkah 1 : Penilaian Persekitaran

Langkah 5 : Merawat Mangsa Separa & Tidak Kritikal

Langkah 4 : Merawat Mangsa Kritikal Mengurus airway, merawat oendarahan & renjatan.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 9

SISPA UUM 3 2011

Kategori Triage Dalam kaedah triage ini, mangsa kecederaan dapat dikelaskan kepada lima kategori, kategori ini di bezakan melalui warna-warna yang telah ditetapkan.

Warna Merah (P1/Immediate)

Mereka yang berada dalam zon warna ini adalah dalam keadaan kritikal dan memerlukan pembedahan segera atau bantuan kecemasan dengan kadar segera. Dan ahli-ahli pertolongan cemas hendaklah memberi keutamaan kepada mangsa yang berada pada zon ini agar mereka dapat diselamatkan.

Warna kuning (P2/Observation)

Mangsa yang berada pada kategori ini adalah dalam keadaan separa kritikal. mereka perlu juga di hantar ke hospital segera selepas kesemua mangsamangsa kecederaan dalam kategori warna merah di hantar ke hospital.

Warna Hijau (P3/Wait)

Keadaan mangsa yang tidak kritikal. Mereka yang dalam kategori ini tidak memerlukan keutamaan yang segera namun, memerlukan penjagaan seorang doktor dalam beberapa jam atau hari-hari tetapi bukan dengan kadar segera atau serta merta.

Warna Hitam (P4/Die)

Mangsa berada dalam keadaan yang amat parah/kematian yang mungkin tiada harapan untuk hidup. Mereka mengalami kecederaan yang parah yang akan menyebabkan mereka akan meninggal di tempat kejadian. Golongan ini akan di letakkan di tempat yang berasingan.

Warna Putih (Dismiss)

Dalam kategori ini mangsa hanya mengalami kecederaan kecil dan tidak memerlukan penjagaan seorang doktor. Kecederaannya hanya bersifat luaran dan tidak memberi kesan yang lebih teruk walaupun tidak mendapat rawatan dalam jangka masa yang lama dan juga tidak memudaratkan anggota badan yang lain.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 10

SISPA UUM 3 2011

Kaedah Triage Waiting yes P3

No

Breathing

Open Airway

P4

Yes

Yes

Resp. rate

<10 / 30 bpm

P1

Cap. Return

capilary return > 2 s

P2

Capillary return < 2 s

P3

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 11

SISPA UUM 3 2011

Contoh-Contoh Alat Penanda Kategori Triage

Rajah 1 : ET Light Picture 352 X 240

Rajah 2 : METTAG system in Japanese

Rajah 4 : Even simple tape can be used as a last resort Rajah 3 : SMART TAG system

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 12

SISPA UUM 3 2011

KESIMPULAN

Pengurusan mangsa cedera amatlah penting dalam melakukan operasi menyelamat. Kewujudan pengurusan mangsa yang cekap dan efisyen dapat menyelamatkan banyak nyawa dalam sesuatu bencana yang berlaku. Kecederaan yang dialami oleh mangsa dalam sesuatu bencana haruslah dikenalpasti & diberikan perhatian yang sewajarnya. Justeru, pihak berwajib yang bergelat penyelamat haruslah mempunyai semangan & disiplin yang teguh & utuh dalam melaksanakan tugasan. Kecanggihan yang telah dilaksanakan seperti sistem triage juga ternyata dapat memudahkan kerja-kerja penyelamatan dan banyak risiko kematian dapat diatasi. Pihak penyelamat haruslah diberikan perhatian berterusan agar segala pembaharuan dalam teknologi penyelamatan dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam operasi menyelamat.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 13

SISPA UUM 3 2011

RUJUKAN Teknik menyelamat (2010). Diakses pada 1 http://www.freebooks.us/search_books.php?free_books Oktober 2011, daripada

Triage (2010). Diakses pada 1 Oktober 2011, daripada www.tsgassociates.co.uk/English/Civilian Nota-nota yang diberikan semasa kuliah 10 September 2011.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 14

SISPA UUM 3 2011

SISPA UUM SEM III

BAB 2.0 PENGENALAN KEPADA TEKNIK MENYELAMAT DARI TEMPAT TINGGI

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 15

SISPA UUM 3 2011

PENGENALAN

Menyelamat dari tempat tinggi adalah salah satu cara untuk menurunkan mangsa dari tempat tinggi ke bawah/kawasan yang lebih selamat dengan menggunakan tali. Terdapat 2 teknik untuk menurunkan mangsa iaitu : Rappelling teknik penurunan menggunakan tali pada tempat berdinding seperti

menara Penyelamat dan bangunan. Abseilling teknik menurun secara terus tanpa dinding. Contohnya, menara

penyelamat, helikopter, pokok dan anjung bangunan.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 16

SISPA UUM 3 2011

ASAS-ASAS PENYELAMATAN DARI TEMPAT TINGGI

Tergantung Dari 2 Sudut ( Two Point Vertical Suspension )


Kaedah menggunakan usungan untuk menurunkan mangsa dari tingkat atas ke bawah. Mangsa diselimut & diikat secara melintang pada dahinya supaya tidak terensut. Menggunakan tali yang berukuran 40 kaki panjang dilipat 2 digunakan menggunakan ikatan bowline (tindih kasih) di bahagian kepala usungan. Bowline diikat pada D'Ring kerana ia lebih kekal dalam kedudukan. menggunakan 4 orang ahli penyelamat. Kedua-dua ahli penyelamat perlu menghulurkan dengan perlahan-lahan dari atas dinding dengan memegang tali dengan tangan. 2 orang ahli penyelamat di bawah akan memegang tali sebelah bawah sambil mengawal pergerakan usungan supaya tidak terkena sebarang halangan.

Tergantung Dari 4 Sudut ( Four Point Vertical Suspension )


Mangsa diselimut & diikat pada usungan. Menggunaka 4 utas tali yang berasingan diikat pada D'Ring stretcher ikatan bowline. 1 lubang yang sesuai berukuran 7 kaki 6 inci x 2 kaki 6 inci perlu ditebuk pada lantai untuk menghulurkan usungan ke bawah. Menggunakan 4 orang ahli penyelamat - 2 orang di bahagian kepala dan 2 orang di bahagian kaki mangsa.

Tangga Gelungsur ( Ladder Slide )


Untuk menurunkan mangsa dari tingkat 1/2 sahaja. Mangsa akan diselimut & diikat pada usungan & 2 utas tali pandu akan diikat pada D'Ring stretcher dengan ikatan bowline. Tangga akan ditempatkan secara condong oleh 3 orang anggota dibawah, 1 akan memijak pangkal tangga (no.4) & 1 lagi (no.5) menahan dibawah tangga supaya lurus. Perlu menggunakan kayu bulat/buluh pada D'Ring di bahagian kepala untuk bertindak sebagai roda. Ketua no.1 di bahagian kaki menyambut tangga secara perlahan-perlahan, secara berundur & memandu usungan. No.2 & 3 - akan menghulurkan tali pandu & mengawal perlahan-lahan sehingga no.1 sampai ke bawah & no.4 & 5 akan menyambut usungan & bawa ke sesuatu tempat.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 17

SISPA UUM 3 2011

Tangga Berbuai ( Ladder Hinge/Swing )


Lebih mudah & cepat & dikehendaki membawa usungan dalam keadaan melintang/di bangunan yang tidak teguh. Mangsa diselimut & dilihat seperti biasa. Tangga disandar lurus pada dinding (rapat). No.4 dibahagian kepala. No.5 ikat pada bahagian kaki kat tangga kira-kira 10 inci dari permukaan jendela. Bodyline berukuran 15 kaki akan digunakan untuk mengikat. Mulakan dengan bowline pada D'Ring diikat setengah pusingan pada bahagian paha tangga sehingga 10 inci dari bendul jendela. Buat lilitan 6 kali hingga 8 kali pada anak tangga & disudahi dengan lilitan 2 setengah belit pada D'Ring. 2 utas tali berukuran 40 kakidiikat di kepala D'Ring menggunakan ikatan Bowline sebagai tali pandu. Ketua akan bagi arahan untuk mengeluarkan usungan dari jendela kepada no.4 & 5 dengan memegang tali pandu . No.2 & 3 duduk tepat pada tangga & menentukan supaya tangga tidak terhayun ke kiri & kanan.

Tangga Bersandar ( Leaning Ladder )


Turun secara melintang. 1 snatch blok diikat dihujung kepala tangga menggunakan tali vire. Mulakan dengan lilitan disekeliling tiang tangga & matikan punca akhir dengan manuk. Masukkan snatch lalu pintal supaya menjadi angka 8 tapi jangan terlalu ketat. Tangga akan didirikan tegak & dipanjangkan sehingga snatch blok itu sekurang-kurangnya 10 kaki tinggi dari permukaan ruangan dari mana mangsa di bawa keluar. 6 orang anggota. No.5 & 6 - diatas untuk menyelimut, membuat ikatan kerusi & 2 tali pandu dicampakkan kepada no.3 & 4. No.3 & 4 - kawal usungan & sambut. No.2 - kawal turun usungan. No.1 - memberi arahan.

Derik Tangga ( Ladder Derrick )


Khas apabila struktur binaan yang tidak kukuh untuk menyelamat mangsa. Pelantar (rig) didirikan atas kekuatan sendiri & tidak memerlukan sokongan (berdiri ats diri sendiri). Memerlukan 7 orang penyelamat.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 18

SISPA UUM 3 2011

Rajah 1 : Tergantung Dari 2 Sudut

Rajah 2 : Tergantung Dari 4 Sudut

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 19

SISPA UUM 3 2011

Rajah 3 : Tangga Gelungsur

Rajah 4 : Tangga Berbuai

Rajah 5: Tangga Bersandar

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 20

SISPA UUM 3 2011

Rajah 6 : Derrik Tangga Rajah 7 : Jib

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 21

SISPA UUM 3 2011

SIMPULAN KERUSI

Dinamakan ikatan simpul kerusi kerana fungsinya memang untuk digunakan seperti kerusi atau lebih tepat lagi fungsinya adalah sebagai harness. Ia boleh diguna semasa kecemasan atau untuk menuruni / menaiki tebing. Kedua kaki dimasukkan ke dalam kiri dan kanan sebagai penstabil berat badan. Dengan kata lain ini adalah harness tradisional. . .

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 22

SISPA UUM 3 2011

Teknik Ikatan 1) Buatkan dua loop tali.

2)

Kemudian loop itu disatukan.

3) Matikan hujung tali pada kedua-dua loop dengan setengah belit.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 23

SISPA UUM 3 2011

SISPA UUM SEM III

BAB 3.0 MENYELAMAT DARI TEMPAT TINGGI 2 SUDUT

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 24

SISPA UUM 3 2011

TEKNIK 2 SUDUT

TEKNIK DAN TATACARA KERJA Kaedah menggunakan usungan untuk menurunkan mangsa dari tingkat atas ke bawah. Mangsa diselimut & diikat secara melintang pada dahinya supaya tidak terensut. Menggunakan tali yang berukuran 40 kaki panjang dilipat 2 digunakan menggunakan ikatan bowline (tindih kasih) di bahagian kepala usungan. Bowline diikat pada D'Ring kerana ia lebih kekal dalam kedudukan. menggunakan 4 orang ahli penyelamat. Kedua-dua ahli penyelamat perlu menghulurkan dengan perlahan-lahan dari atas dinding dengan memegang tali dengan tangan. 2 orang ahli penyelamat di bawah akan memegang tali sebelah bawah sambil mengawal pergerakan usungan supaya tidak terkena sebarang halangan.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 25

SISPA UUM 3 2011

PERALATAN YANG DIGUNAKAN 1) Tali Karamantel 40 kaki x 4 unit. 2) Selimut. 3) Usungan. 4) DRing. 5) Helmet. 6) 4 orang ahli penyelamat.

LANGKAH KESELAMATAN

Peralatan -Memastikan peralatan yang hendak digunakan berada dalam keadaan baik. Membawa Usungan -Membawa usungan dengan cara yang telah diajar dalam teknik ini. Usungan -Usungan akan diuji terlebih dahulu sebelum digunakan. Kedudukan Mangsa -Mangsa diletakkan di atas usungan dengan betul.

Menguji Ikatan -Menguji ikatan yang dibuat dengan cara mendirikan usungan agar mangsa tidak terlucut daripada usungan. Mengikat Mangsa -Sebagai tali pandu keselamatan dan juga untuk membawa mangsa keluar ke kawasan yang selamat.

Menyelimut Mangsa -Bagi mangsa tidak sedarkan diri, penggunaan usungan amat diperlukan dan diikat kepada usungan berkenaan dengan menggunakan tali.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 26

SISPA UUM 3 2011

SISPA UUM SEM III

BAB 4.0 MENYELAMAT DARI TEMPAT TINGGI 4 SUDUT

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 27

SISPA UUM 3 2011

TEKNIK 4 SUDUT

TEKNIK DAN TATACARA KERJA Mangsa diselimut & diikat pada usungan. Menggunaka 4 utas tali yang berasingan diikat pada D'Ring stretcher ikatan bowline. 1 lubang yang sesuai berukuran 7 kaki 6 inci x 2 kaki 6 inci perlu ditebuk pada lantai untuk menghulurkan usungan ke bawah. Menggunakan 4 orang ahli penyelamat - 2 orang di bahagian kepala dan 2 orang di bahagian kaki mangsa.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 28

SISPA UUM 3 2011

PERALATAN YANG DIGUNAKAN Selimut Stretcher Tali x 4 utas DRing 4 orang ahli penyelamat

LANGKAH KESELAMATAN Sebelum melakukan aktiviti menyelamat, pastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan peralatan tidak mengalami sebarang kerosakkan yang akan membahayakan nyawa mangsa dan penyelamat itu sendiri.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 29

SISPA UUM 3 2011

SISPA UUM SEM III

BAB 5.0 TEKNIK MENYELAMAT DAN MENURUNKAN MANGSA DARI TEMPAT TINGGI

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 30

SISPA UUM 3 2011

TEKNIK TANGGA GELUNGSUR

TEKNIK DAN TATACARA KERJA Untuk menurunkan mangsa dari tingkat 1/2 sahaja. Mangsa akan diselimut & diikat pada usungan & 2 utas tali pandu akan diikat pada D'Ring stretcher dengan ikatan bowline. Tangga akan ditempatkan secara condong oleh 3 orang anggota dibawah, 1 akan memijak pangkal tangga (no.4) & 1 lagi (no.5) menahan dibawah tangga supaya lurus. Perlu menggunakan kayu bulat/buluh pada D'Ring di bahagian kepala untuk bertindak sebagai roda. Ketua no.1 di bahagian kaki menyambut tangga secara perlahan-perlahan, secara berundur & memandu usungan. No.2 & 3 - akan menghulurkan tali pandu & mengawal perlahan-lahan sehingga no.1 sampai ke bawah & no.4 & 5 akan menyambut usungan & bawa ke sesuatu tempat.
VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 31

SISPA UUM 3 2011

PERALATAN YANG DIGUNAKAN Usungan Selimut Tangga Tali DRing Kayu bulat/buluh Topi keselamatan Sarung tangan

LANGKAH KESELAMATAN 1) Pastikan kesemua penyelamat bersedia untuk menurunkan mangsa terutamanya ketua yang mengawal di bahagian bawah. 2) Penyelamat dari atas perlu mendengar arahan ketua agar mangsa tidak turun dengan terlalu laju/lambat dan seimbang. 3) Teknik ini hanya boleh digunakan pada situasi yang rendah (satu/dua tingkat sahaja).

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 32

SISPA UUM 3 2011

SISPA UUM SEM III

BAB 6.0 TEKNIK MENYELAMAT DAN MENURUNKAN MANGSA DARI TEMPAT TINGGI

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 33

SISPA UUM 3 2011

TEKNIK TANGGA BERBUAI Merupakan kaedah lebih mudah & cepat untuk menyelamatkan mangsa dari tingkat atas di mana:
Usungan dibawa dalam keadaan melintang. Bangunan tidak teguh untuk menjalankan operasi menyelamat seperti biasa.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menaikkan mangsa.

TEKNIK & TATACARA KERJA Mangsa di selimut & dilihat seperti biasa. Tangga di sandar lurus pada dinding (rapat). No.4 di bahagian kepala. No.5 ikat pada bahagian kaki dekat tangga kira-kira 10 inci dari permukaan jendela. Bodyline berukuran 15 kaki akan digunakan untuk mengikat. Mulakan dengan bowline pada D'Ring diikat setengah pusingan pada bahagian paha tangga sehingga 10 inci dari bendul jendela. Buat lilitan 6 kali hingga 8 kali pada anak tangga & disudahi dengan lilitan 2 setengah belit pada D'Ring.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 34

SISPA UUM 3 2011

2 utas tali berukuran 40 kaki diikat di kepala D'Ring menggunakan ikatan Bowline sebagai tali pandu. Ketua akan memberi arahan untuk mengeluarkan usungan dari jendela kepada no.4 & 5 dengan memegang tali pandu . No.2 & 3 duduk tepat pada tangga & menentukan supaya tangga tidak terhayun ke kiri & kanan.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Selimut Usungan (Strectcher) Tali Pandu 40 kaki/12 m - Membuat ikatan/ Ikat usungan Tangga Topi Keselamatan Sarung Tangan

LANGKAH KESELAMATAN

Setelah mangsa, mangsa perlu diikat pada usungan dan pembalut tambahan mesti diikat melintang di dahi mangsa untuk mengelakkan kepala mangsa bergerak jika mangsa pengsan. Ikatan perlu kemas kerana ianya berisiko tinggi.

Tindakan perlu dilakukan dengan arahan ketua. Pastikan tangga tidak terhayun ke kiri dan kanan semasa mangsa diturunkan.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 35

SISPA UUM 3 2011

SISPA UUM SEM III

BAB 7.0 TEKNIK MENYELAMAT DARI TEMPAT TINGGI TEKNIK ASCENDING & DESCENDING

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 36

SISPA UUM 3 2011

ABSEILING DAN RAPPEILING

Bahasa Jerman abseilen yang diterjemahkan sebagai tali atas ke bawah. Ia dipanggil abseiling / rappeiling oleh kebanyakan pendaki kerana menggelongsor ke bawah dalam keadaan terkawal. Aktiviti ini memerlukan daya kecerdasan, keberanian, kepantasan berfikir dan semangat yang tinggi bagi menghadapi sesuatu kecemasan.

Alatan Penerangan Am Jenis & Kegunaan

Tali

Tali Perusik Teknik High Angle Rescue (A&D)

Carabina

Harness

Juma

Figure of '8'

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 37

SISPA UUM 3 2011

Peralatan Tambahan Topi Keselamatan Pulley / Tandem Stop Descender Grigri / Grigri 2 Tripod Strectcher Sling / Webbing Sarung Tangan Kulit

Tali Fibre Asli (Tali Manila)

Hemp ( kuat, lembut, senang dibentuk ) Sisal ( kembang & licin bila basah Sabut ( ringan & kurang kukuh) Cotton ( lembut & mudah rosak)

Buatan Manusia ( 2 kali lbh kuat )

Nylon Polyester

Wire Rope ( 9 kali lbh kuat )

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 38

SISPA UUM 3 2011

Ukuran & Jenis Tali Penyelamat 20 kaki / 6 m ( Dinamik ) -Bodyline -Membuat Ikatan 200 kaki / 60 m ( Statik / 40 kaki / 12 m ( Dinamik ) Dinamik ) -Tali Pandu -High Angle -Membuat Ikatan / Ikat -Tali Utama Usungan -Tali Pandu / safety Line

Perbezaan Antara Tali Buatan Manusia (Polyster) dengan (Nylon) Dedahan Ketahanan Mencair Pancaran Matahari Terik Geselan Ancaman Kimia Anjalan Menyerap Kejutan Pengembangan Polyster 2 2 2 2 1 1 2 Nylon 1 1 1 1 2 2 2

Carabina

Diperbuat daripada aloi / besi tahan lasak Kekuatan carabina hendaklah sekurang-kurangnya mampu menampung kekuatan 4 orang (diuji). Cara Jagaan Minyakan dibahagian pintu dan skru pengunci untuk mengelakan daripada karat dan rosak. Disimpan di tempat yang bergantung untuk mengelakan habuk, karat dan berubah bentuk fizikal.
VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 39

SISPA UUM 3 2011

Jenis-jenis Carabina untuk menyelamat legasi (panjat tembok) untuk menyelamat

Skrew Gate

Unskrew Lock

Auto Lock

Kekuatan Carabina Apabila Digunakan

Cara Penggunaan

Aloi

Penyambung Pengganti Figure of '8' Penyambung Anchor Pengganti Figure of '8' Memegang Peralatan Runner

Besi Bend Gate, Wire Gate & straigt Gate

D'Shape

Penyambung antara peralatan berpermukaan bulat & peralatan berpermukaan petak

O'Shape

Penyambung antara peralatan berpermukaan bulat

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 40

SISPA UUM 3 2011

Ingatan penting

Tentukan carabina tidak jatuh, terhempas / dipijak kerana ini akan merosakkan ikatan molekul di dalamnya. Tentukan carabina tidak bergesel dengan permukaan kasar / bucu tajam, ini akan menyebabkannya terguris. Carabina yang haus, terguris / retak jagaan digunakan lagi. Lupuskan. Carabina yang sudah tamat / melebihi usia hendaklah diasingkan & dilupuskan. Carabina yang berguris tajam akan melukakan tali & akibatnya tali boleh putus. Lupuskan. Tentukan spring & kunci pintu Carabina boleh bekerja dengan baik.

Juma

Peralatan yang digunakan untuk aktiviti ascending/menaik Jenis-jenis Juma -Digunakan sebagai pengait tali semasa menaik, sokongan, pemegang kerana cengkamannya yang kuat & selesa. -Mengurangkan lubang-lubang untuk menghubungi lanyarrd spelegyca & memasang gelung kaki footpro dengan satu pautan pantas. -Boleh digunakan pada tali berukuran 8-13mm dalam garis pusat (diuji scr individu). -Berat : 195g.

Kiri

Kanan

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 41

SISPA UUM 3 2011

Figure of 8

Pastikan tidak terguris tajam / retak. Pastikan hanya 1 permukaan sahaja yang digunakan bagi memudahkan pemeriksaan Tidak haus / berubah bentuk fizikalnya. Sentiasa periksa garisan keselamatan. Kekuatan menampung beban hendaklah disesuaikan dengan aktiviti. Simpan di tempat bergantung untuk mengelakkan kerosakan.

Jenis Figure of 8

- Fander / Figure of '8' classic - Untuk penurunan rappeiling & jarak dekat.

- Huit 1 & 2 -Untuk penurunan abseiling & sesuai untuk penurunan jarak jauh.

- Resque 8 - Digunakan untuk tugas2 menyelamat

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 42

SISPA UUM 3 2011

Harness

Diperbuat daripada webbing yang kuat dan kukuh. Jangka hayat sesuatu harness ialah antara 5 hingga bergantung pada tugas yang dilakukan oleh harness tersebut.

Jenis-jenis Harness

Mempunyai banyak tempat untuk menyangkut D'Ring untuk sambungan berganda pada 1 tunggal lampiran tanpa menambah pukal berlebihan. Full Body

Mempunyai 2 tempat penyambung pemasangan di sisi untuk pergerakan kerja yang bebas.

Tali keselamatan dada dengan Hshape mencengkam & mata lampiran dada mereka untuk disambungkan kepada seat body .

Seat Body

Chest Body

Major 1

- Kesedaran yang melibatkan jahitan pada harness. - Jahitan harness perlu diperiksa & dibaiki. - Tidak dapat dibaiki perlu dilupuskan.

Major 2

- Kecederaan yang melibatkan fabrik pada harness. - Harness perlu dilupuskan.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 43

SISPA UUM 3 2011

Ingatan penting! Harness perlu dipakai pada pinggang bukannya pada pinggul. Pastikan bahagian pinggang diletakkan terlebih dahulu.

Tali Prusik

Pulley / Tandem

Digunakan bersama Juma. Sebagai pengganti Juma. Sebagai Belay sistem. Stop Descender

- Digunakan sebagai roda penurun bagi aktiviti Flying fox / Omega.

Digunakan untuk penurunan tanpa belaying sistem. Namun, ia tidak galak digunakan kerana tidak tahan lasak & kemampuan menampung berat yang terlampau. Ia membenarkan pengguna untuk laluan stesen kerja dengan mudah meletakkan dirinya sendiri dengan menggunakan pemegang kunci peranti di tempat pada tali itu. Tidak disekat pada tali & mengawal keturunan dengan tangan pada penghujung bebas pada tali.
VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 44

SISPA UUM 3 2011

Grigri / Grigri 2

Sling / Webbing

Sebagai belay sistem. Lebih kecil & ringan. Digunakan untuk tujuan ascending. Grigri 2 auto lock.

- Sebagai pengganti Harness. - Sebagai penyokong anchor. - Penyokong aktiviti menyelamat.

Sarung Tangan Digunakan sebagai pelindung tangan daripada melecet akibat geselan tali.

Sarung Tangan Luar

Diperbuat daripada kulit tahan lasak & free size. Selepas dipakai hendaklah dikeringkan ditempat teduh. Jangan biar berjemur pada panas terik. Koyak - jangan digunakan.

Sarung Tangan Dalam

Daripada kain kapas. Lepas dipakai perlu dikeringkan di tempat teduh. Jangan biarkan berjemur pada panas terik. Koyak - jangan gunakan.

Helmet

Helmet yang kukuh, ringan dan tahan lasak adalah baik untuk aktiviti abseiling. Helmet dapat mengelakan peserta dari mengalami kecederaan yang serius semasa kemalangan berlaku. Cara pemakaian helmet mestilah betul dan tidak longgor apabila memakainya.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 45

SISPA UUM 3 2011

-Topi keledar untuk kerja2 menyelamat di tempat tinggi. -Mempunyai penyerapan kejutan mencapai melalui kecacatan cengkerang luar. - Sistem pelarasan centerFit memastikan pemusatan & kestabilan optimum topi keledar di kepala. - Tali pengikat dagu untuk mengehadkan topi keledar tertanggal semasa kejatuhan.

-Topi keledar selesa untuk kerja penyelamatan tempat tinngi. -Petala kedap gas topi keledar melindungi terhadap bahaya-bahaya elektrik & percikan logam lebur.

-Topi keledar ringan dengan busa keselesaan yang hampir tidak dirasai di kepala. -kejutan diserap oleh kecacatan berkembang topi polistirina.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 46

SISPA UUM 3 2011

IKATAN DAN SIMPULAN Buku Sila ( Reef Knot ) Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz Biasanya untuk menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh. Mudah dibuka Dikenali juga sebagai 'left over right and right over left'.

Simpulan Pencuri ( Highwayman/Draw Hicth )

Simpulan ini sangat sesuai untuk mengikat bungkusan dan bimbang ada orang lain akan membuka bungkusan tersebut.

Apabila orang tersebut mengikat kembali ia lazimnya akan mengikatnya semula seperti atas pokok ikatan buka sila/square knot.

Boleh juga digunakan untuk turun dari dengan menggunakan tali

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 47

SISPA UUM 3 2011

Bunga Geti ( Sheet Band ) Kegunaannya adalah untuk menyambungkan hujung dua tali yang berlainan jenis/berlainan saiz

Bunga Geti Berganda ( Double Sheet Band )

Untuk menguatkan lagi Ikatan Bunga Geti & selamat digunakan.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 48

SISPA UUM 3 2011

Tindih Kasih ( Bowline ) Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda/binatang dan sebagainya Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya.

Tindih Kasih Gelung ( Bowline on the Bight )

Tindih Kasih Ganda 3 ( Triple Bowline )

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 49

SISPA UUM 3 2011

Simpulan Manok ( Clove Hitch )

Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya. Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka.

Simpulan Pengail (Fisherman Knot)

Sesuai digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus / licin seperti tali tangsi

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 50

SISPA UUM 3 2011

Satu Lingkar Dua Setengah Belit ( Round Turn and Two Haft Hicth )

Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang, pokok dan sebagainya

Simpulan Balak ( Timber Hitch )

Ikatan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 51

SISPA UUM 3 2011

Simpul Angka Lapan ( Figure Of Eight )

Simpulan Penyumbat yang tidak mungkin jem / tarik longgar. Ia digunakan apabila 2 kali ganda untuk mengikat gelung tali.

Simpul Angka Lapan Bertajul ( Figure Of Eight Loop )

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 52

SISPA UUM 3 2011

Simpul Mati ( Over Hand Knot / Thumb Knot ) Untuk mematikan hujung tali supaya tidak terurai.

Simpul Mati Bertajul ( Over Hand Loop )

Ikatan Seraya ( Square Lashing )

Ikatan Seraya digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 53

SISPA UUM 3 2011

Ikatan Serong ( Diagonal Lashing ) Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 54

SISPA UUM 3 2011

Simpulan Kerusi ( Chair Knot )

Ikatan Prusik ( Prussik Knot )

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 55

SISPA UUM 3 2011

Sebelum Turun Dengan Tali

Pastikan semua peralatan yang akan digunakan berada dalam keadaan siap sedia. Pakai semua peralatan dengan sempurna seperti helmet, penutup siku dan lutut. Pastikan anda melapor kepada pengawas di atas sebelum keluar ke platfom.

Semasa Turun Pastikan belaying ( orang bawah ) sedia. Keluar ke platfom dengan peralatan-peralatan dan tangan berada dalam kedudukan brek. Apabila mendapat arahan daripada pengawas, barulah anda bergerak ke bawah. Apabila selamat sampai di bawah, anda perlu melaporkan kepada pengawas bertugas sekiranya anda mempunyai rasa seperti pening, sengal, terseliuh dan sebagainya.

Sistem Belay Bertugas menjaga keselamatan penurun ketika turun. Tali akan ditarik untuk membenarkan penurun & mengendurkan tali untuk penurun bergerak semula. Tangan atas bertugas sebagai penegang. Tangan bawah bertugas sebagai pengimbang. Petugas harus menumpukan perhatian kepada penurun sehingga ia selamat sampai ke bawah. Petugas juga hendaklah memeriksa peralatan selepas dibuka oleh penurun.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 56

SISPA UUM 3 2011

ASCENDING / MENAIK

Tradisional

Kekuatan tangan digunakan sepenuhnya bagi memanjat ke atas.

Foot Lock Memanjat secara menegak yang dibantu pijakan pada salah satu kaki di mana pijakan tali dapat mengurangkan penggunaan kekuatan tangan. Tali hendaklah ditegangkan sedikit bagi

memudahkan si pemanjat meneruskan teknik ini Memanjat teknik ini akan memberi badan seperti bentuk L. Kedua kaki dibuatkan satu lilit pada betis. Pergerakan kaki secara menapak pada dinding dan kekuatan tangan diperlukan bagi menahan badan. Kedua hujung tali ke bawah perlu ditegangkan sewaktu pemanjat berehat dan kendurkan salah satu tali apabila dipinta oleh pemanjat semasa pergerakan berlaku. Harus diingatkan pemakaian kasut yang tinggi (Jungle Boot) atau sarung kaki panjang dan tebal bagi mengelakan kecederaan pada betis. Memanjat cara menegak yang sedikit selesa. Satu lingkaran dibuat keluar atau kedalam pada betis dan kedua kaki. Pergerakan dilakukan seperti foot lock di atas dan memberi kemudahan dimana sipemanjat dapat berehat lebih lama dan selesa. Penyelamat bawah (seorang atau lebih) akan menegangkan tali apabila salah satu kaki bergerak ke atas untuk mengambil satu langkah ke atas.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 57

SISPA UUM 3 2011

Tali Dangan Tali Lakukan ikatan prusik pada tali (untuk kegunaan badan). Lakukan ikatan prusik atau clamest di bawah ikatan prusik tadi (untuk kegunaan kaki) Pijak tali kegunaan kaki dan tolak tali kegunaan badan seberapa atas yang boleh. Kemudian tarik tali kegunaan kaki ke atas menyamai paras lutut. Lakukan langkah menolak dan menarik tali sehingga sampai ke check point.

Semi Mechanical Teknik yang menggunakan satu juma dan tali prusik. Kenakan juma pada tali (untuk kegunaan badan) Lakukan ikatan prusik atau clamest di bawah juma tadi (untuk kegunaan kaki) Pijak tali prusik dan tolak juma seberapa atas yang boleh. Kemudian tarik tali prusik ke atas menyamai paras lutut. Lakukan langkah menolak dan menarik juma dan tali prusik sehingga sampai ke check point.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 58

SISPA UUM 3 2011

Full Mechanical

Kenakan juma pada tali (untuk kegunaan badan). Kenakan gibbs/juma di bawah juma (untuk kegunaan kaki). Pijak gibbs dan tolak juma seberapa atas yang boleh. Kemudian tarik gibbs ke atas menyamai paras lutut. Lakukan langkah menolak dan menarik juma dan gibbs sehingga sampai ke check point.

INGATAN

Adalah baik menggunakan gibbs untuk kegunaan kaki daripada menggunakan juma, kerana gibbs hanya menekan tali dan tidak mencengkam tali seperti juma.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 59

SISPA UUM 3 2011

DESCENDING/MENURUN ( RAPPELLING/ABSELLING )

Rappelling

teknik penurunan menggunakan tali pada tempat berdinding seperti

menara Penyelamat dan bangunan. Abseilling teknik menurun secara terus tanpa dinding. Contohnya, menara

penyelamat, helikopter, pokok dan anjung bangunan.

Kaedah Menurunkan Mangsa

WORKING MIDDLEWAY SPIDER RAPPELLING - Turun dengan teknik kepala ke bawah dan kaki mengepit tali. - Badan rapat ke dinding. NORMAL RAPPELLING - Turun dengan teknik kaki menapak pada dinding dan tangan mengawal brek (kelajuan) di belakang pinggang (punggung). - Teknik berhenti di pertengahan perjalanan turun dalam kedudukan normal Rappelling. - Turun dengan - Tujuan untuk meninjau atau bahagian hadapan menyelamat. badan menghadap ke bawah. - Lilitan dibuat pada peha atau bawah punggung untuk mengawal pergerakan. - Berdiri dan menapak turun. - Teknik : - Carabina berada di --> lilit tali belakang pinggang. --> draw hitch --> lilit badan AUSTRALIAN RAPPELLING

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 60

SISPA UUM 3 2011

Normal Rappelling With Casualty Sama seperti penurunan normal Rappelling. Mangsa didukung dihadapan penyelamat. Mangsa dipautkan kepada penyelamat dengan menggunakan tali prusik dan webbing. Mangsa dibawa turun dengan pergerakan seperti normal Rappelling.

Pick A Back ( Pikul Uncang ) Penurunan dilakukan secara normal atau Australian. Mangsa didukung dibelakang penyelamat. Mangsa dipautkan kepada penyelamat dengan menggunakan webbing. Mangsa dibawa turun dengan pergerakan normal atau Australian.

Stretcher Rappelling Mangsa diikat pada stretcher. Satu tali pandu/keselamatan diikat pada stretcher. Dua orang penyelamat (keadaan normal Rappelling) bersedia di luar. Penyelamat di atas menghulurkan stretcher kepada penyelamat di luar. Penyelamat di luar memegang pemegang stretcher dan mula bergerak ke bawah. Penyelamat di atas melepaskan tali pandu/keselamatan secara pelahan-lahan.

Flying Fox / Omega Tali pandu dan tali brek diikatkan pada stretcher. Stretcher digantungkan pada Pulley. Stretcher digerakkan dengan melepaskan tali pandu/brek secara pelahan-lahan. Mangsa diikat (chair knot) Tali pandu/brek diikatkan pada Carabina Mangsa digantungkan pada Pulley. Mangsa digerakkan dengan melepaskan tali pandu dan tali brek secara pelahan-lahan. Mangsa digantungkan pada Pulley. Tali pandu dan tali brek diikatkan pada Carabina Mangsa digerakkan dengan melepaskan tali pandu/brek secara pelahan-lahan.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 61

SISPA UUM 3 2011

LAMPIRAN

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 62

SISPA UUM 3 2011

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 63

SISPA UUM 3 2011

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 64

SISPA UUM 3 2011

PENUTUP

Adalah penting bagi setiap anggota mengetahui dan melaksanakan latihan ini. Sebagai anggota penyelamat kita perlu mahir dan cekap mengendalikan peralatan dan ikatan. Kepantasan berfikir secara rasional juga amat perlu sekiranya berlaku kecemasan atau halangan yang yang membahayakan nyawa penyelamat atau penuntut semasa latihan. Patuhi arahan latihan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 65

SISPA UUM 3 2011

RUJUKAN

Abseilling dan Rappeiling. ( 2009 ). Diakses pada 24 Oktober 2011. Daripada http://rmat6.tripod.com/ Alatan menyelamat. ( ++ ). Diakses pada 24 Oktober 2011. Daripada

http://www.escalade.pro/vente-materiel/descendeur-assureurs/46-huit-descendeurescalade.html Climbing. ( 2010 ). Diakses pada 23 Oktober 2011. Daripada http://sicksport.com/ Logo-logo menyelamat tempat tinggi. ( ++ ). Diakses pada 24 Oktober 2011. Daripada http://www.animatedknots.com/ Rapailing abseiling. ( 2009 ). Diakses pada 24 Oktober 2011. Daripada

http://outdoorbmi.blogspot.com/.html Nota-nota yang diberikan di dalam kelas pada 22 Oktober 2011.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 66

SISPA UUM 3 2011

SISPA UUM SEM III

BAB 8.0 PERANCANGAN KEGIATAN LUAR KULIAH (KLK)

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 67

SISPA UUM 3 2011

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 68

SISPA UUM 3 2011

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 69

SISPA UUM 3 2011

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 70

SISPA UUM 3 2011

SISPA UUM SEM III

BAB 9.0 HARI INTEGRASI

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 71

SISPA UUM 3 2011

PENGENALAN Pertahanan Awam semester 3 dibawah unit pertolongan cemas serta unit kor mekanik pada semester ini telah menjalani integrasi bertempat di Dewan Kuliah Gugusan (DGK) 3/2, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah yang menjadi tuan rumah peringkat Zon Utara 2011 pada 24 September 2011 jam tepat 10 a.m. Tajuk integrasi kali ini adalah bual bicara Siswa Sihat 1 Malaysia. Program ini adalah anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama UUM. Program siswa sihat 1 Malaysia ini telah membahagikan kepada 2 kumpulan iaitu satu kumpulan akan mengambil bahagian dalam berjalan 10,000 lagkah mengelilingi kawasan sekitar kampus dan kumpulan lain yang terdiri daripada unit pertolongan cemas (pertahanan awam) mengikuti program ini di dalam kelas bersama beberapa moderator yang dijemput khas untuk memberi serba sedikit input mengenai kesihatan. Siswa Sihat, Siswa Cergas

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 72

SISPA UUM 3 2011

SISPA UUM SEM III

BAB 10.0 KAWAD

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 73

SISPA UUM 3 2011

PENGENALAN Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan. Asas dan panduan tataertib semasa peperangan atau semasa aman adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki melalui latihan secara berulang. Kawad adalah penting untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, tatatertib, cergas, dan taat kepada perintah ketua. Hal ini adalah kerana ahli-ahli dapat bekerjasama dalam kumpulan bagi mencapai objektif tugas yang hendak dilaksanakan. Melaui kawad juga kita dapat melihat tahap kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam sesuatu kumpulan itu.

JENIS-JENIS KAWAD

Kawad Statik -Melibatkan Pergerakan Statik sahaja.

Kawad Dinamik

Kawad Asas

Kawad Formasi

-Melibatkan pergerakan -Kawad Statik+dinamik -Kawad asas+bkn asas pergerakan berjalan, henti dan sebagainya.

Kawad Statik Kawad statik merupakan asas kepada pelajaran kawad. Kawad statik penting untuk dipelajari kerana ia perkara asas dalam pembentukan disiplin kawad persendirian bagi setiap anggota kadet. Keseragaman dalam kawad kaki akan meperlihatkan tahap kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam kumpulan.

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 74

SISPA UUM 3 2011

Hukuman yang terlibat 1) Sedia 2) Senang diri 3) Sedia dari senang diri 4) Rehatkan diri 5) Berbaris dalam 3 barisan 6) Meluruskan barisan 7) Pusing ke kanan/kiri 8) Menghadap ke hadapan/belakang

Kawad Dinamik Kawad dinamik adalah penting untuk mempelajari kerana ia merupakan kesinambungan pelajaran kawad statik. Pergerakan kawad dinamik yang seragam akan memperlihatkan kerjasama yang tinggi dalam kumpulan.

Hukuman yang terlibat 1) Cepat jalan 2) Berhenti dari cepat jalan 3) Membelok 4) Perlahan jalan 5) Berhenti semasa perlahan jalan 6) Kehadapan hormat 7) Ke kanan hormat 8) Hormat selaku terima sijil/hadiah

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 75

SISPA UUM 3 2011

Kawad Asas Kawas asas adalah gabungan antara kawad statik dan kawad dinamik. Kawas asas penting untuk mempelajari dan dipraktikkan dalam bentuk latihan ulangan kawad statik dan kawad dinamik. Pergerakan kawad statik dan dinamik yang baik akan menghasilkan kawad asas yang mantap

Hukuman yang terlibat 1) Penuntut berbaris dalam 3 barisan 2) Paraskan skuad 3) Kawad statik 4) Kawad dinamik

Kawad Formasi Kawad formasi melibatkan pergerakan kawad asas dan juga bukan asas yang diselitkan dengan pelbagai unsur gerak yang menarik. Kawad formasi dipelajari adalah untuk menghasilkan kepelbagaian gerak kawad yang unik. Pergerakan kawad formasi yang menarik akan memberi kelebihan kepada pasukan yang bertanding.

Hukuman yang terlibat 1) Unsur gerak 2) Unsur penghayatan 3) Unsur suara 4) Gerakan penutup
VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 76

Keindahan gerak Kekayaan gerak formasi

SISPA UUM 3 2011

KAWALAN KEHORMATAN Kawalan kehormatan melibatkan perbarisan yang mempunyai protokol tertentu untuk majlis sambutan rasmi. Kawalan kohormatan dipelajari bertujuan untuk memberi hormat keistimewaan kepada tetamu kehormat dalam suatu majlis. Kawalan kehormat yang diadakan dalam suatu majlis sambutan kepada tetamu kehormat menunjukkan suatu penghormatan.

Jenis Kawalan Kehormatan 1) Kawalan kehormatan penuh 2) Kawalan kehormatan separuh 3) Kawalan darjat

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 77

SISPA UUM 3 2011

RUJUKAN Asas Kawad Kaki (2011). Diakses pada 17 November 2011, daripada

http://unitpendidikankhasmelaka.edu.my/attachments/article/96/MODUL%20KAWAD% 20KAKI%20PERKHEMAHAN%20MOTIVASI%20PENDIDIKAN%20KHAS%20201 1.pdf

VPCA 2031 : Pertahanan Awam | 78

You might also like