You are on page 1of 5

CERPEN ANAK GEMBALA SINOPSIS Mat Seman seorang bekas askar yang pulang ke kampungnya di Lembah Bilut.

Mat Seman telah kehilangan sebelah kakinya akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh musuh sewaktu berkhidmat dalam angkatan tentera. Berbekalkan ilmu memelihara kerbau yang diwarisi daripada bapa dan datuknya, Mat Seman meneruskan pekerjaan tersebut dengan memelihara 6- ekor kerbau sebagai punca rezeki keluarganya. Masalah mula timbul apabila Penghulu Isa datang memberitahu Mat Seman bahawa Desa Anggun Batu Sebutir yang terletak di Lembah Bilut akan dibangunkan menjadi tempat peranginan. Mat Seman dan keluarganya pada mulanya amat gembira mendengar berita tersebut memandangkan sebelum ini mereka pernah menetap di kem askar di Perak yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air paip dan bekalan elektrik. Walau bagaimanapun, berita itu telah membuatkan Mat Seman gelisah kerana Mat Seman terpaksa memindahkan kerbau- kerbaunya ke kawasan lain. Mat Seman buntu apabila memikirkan masalah yang menimpa dirinya dan tidak sanggup menuruti arahan Penghulu Isa yang mahu memindahkan kerbaukerbaunya di kaki bukit yang tidak mempunyai bekalan rumput yang mencukupi dan berdekatan dengan sarang harimau. Pada suatu hari, ketika Mat Seman dan anaknya sedang memberikan makanan kepada kerbau-kerbau peliharaannya, keluarga Mat Seman dgemparkan dengan kehadiran kumpulan pekerja bersama-sama kereta sodok yang ingin memugar Lembah Bilut. Mat Seman telah mengambil tindakan dengan melepaskan kerbau-kerbaunya ke arah kumpulan pekerja tersebut bagi menghalang kerja-kerja mereka. Kumpulan pekerja itu telah lari bertempiaran akibat terperanjat dengan kehadiran kumpulan kerbau yang sedang menuju ke arah mereka. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba sahaja dua buah kereta sodok telah dihidupkan enjinnya bagi menghalang kemaraan kumpulan kerbau itu. Akibatnya, malang bagi Mat Seman apabila dia terbunuh setelah dirempuh oleh kerbau-kerbaunya yang berpatah balik akibat ketakutan setelah mendengar enjin kereta sodok yang sedang menolak pokok-pokok untuk pembangunan TEMA Cerpen ini bertemakan kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri.Mat Seman digambarkan sebagai kelompok masyarakat desa yang menentang arahan pemimpin yang diwakili oleh Penghulu Isa daripada memindahkan 60 ekor kerbaunya dari Lembah Bilut ke kawasan kaki bukit. Mat Seman berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai anak watan yang dibesarkan dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai gembala kerbau daripada ditindas oleh pembangunan yang akan dijalankan di Lembah Bilut. Persoalan 1. Pengorbanan seorang ketua keluarga Mat Seman yang berkaki sebelah sanggup bersusah payah memelihara 60 ekor kerbau sebagai sumber rezeki mereka dan bercita-cita menjadi contoh kepada warga Desa Anggun Batu Sebutir atas kegigihannya itu. 2. Kecintaan terhadap ilmu Sutinah mempunyai hasrat untuk menghantar anak-anaknya melajutkan

pelajaran ke universiti bagi mengubah nasib mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan. 3. Keberanian seorang lelaki Mat Seman mengambil tindakan untuk melepaskan kerbau-kerbaunya bagi menghalang kumpulan pekerja yang akan memunggah Lembah Bilut. Namun demikian, akhirnya Mat Seman menjadi mangsa rempuhan kerbaunya sendiri yang berpatah balik setelah takut mendengar deruman enjin kereta sodok. 4. Pemodenan dan pembangunan yang mengancam budaya hidup di desa. Mat Seman berpandangan bahawa pembaharuan yang ingin dilakukan oleh Penghulu Isa untuk menjadikan Lembah Bilut akan mengancam budaya desa yang diamalkan akibat kemasukan budaya baru seperti pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan dan muzik rock. Plot 1. Permulaan Mat Seman dan keluarganya pulang ke Lembah Bilut setelah perkhidmatannya dalam angkatan tentera tamat akibat kehilangan sebelah kakinya. 2. Perkembangan Mat Seman memilih untuk meneruskan pekerjaan yang diwarisi daripada arwah bapa dan datuknya sebagai seorang gembala kerbau.Hasil daripada duit yang diperoleh setelah tamat perkhidmatan dalam tentera, Mat Seman membuat kandang dan membeli 60 ekor kerbau untuk diternak 3. Puncak / klimaks Penghulu Isa datang berjumpa dengan Mat Seman untuk memberitahu bahasa Lembah Bilut akan dimajukan sebagai sebuah pusat peranginan dan pelbagai kemudahan asas akan disediakan untuk keperluan penduduk kampung. Beliau meminta Mat Seman memindahkan kerbau-kerbaunya ke tempat lain. 4. Penurunan Mat Seman gembira menerima perkhabaran tersebut, namun dia tidak bersetuju untuk memindahkan kerbau-kerbaunya ke kawasan lain.Penghulu Isa mencadangkan Mat Seman memindahkan kerbau-kerbaunya ke kawasan kaki bukit. Mat Seman risau akan keselamatan kerbau-kerbaunya kerana kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan rumput yang mencukupi dan berdekatan dengan sarang harimau. 5. Peleraian Kedatangan kumpulan pekerja yang ingin membina rumah kongsi di Lembah Bilut ketika Mat Seman sedang memberikan makanan kepada kerbau-kerbaunya telah menyebabkan Mat Seman nekad melepaskan kerbau-kerbaunya untuk merempuh pekerja tersebut.Malangnya,Mat seman telah terbunuh setelah drempuh oleh kerbau-kerbaunya yang berpatah balik kerana ketakutan apabila mendengar deruman enjin

kereta sodok yang dihidupkan oleh kumpulan pekerja tersebut. WATAK & PERWATAKAN Mat Seman 1. Cucu Tuk Gembala Deraman. 2. Isterinya bernama Sutinah. 3. Mempunyai 4 orang anak (Sehak, Milah, Kiah dan Semah). 4. Bekerja sebagai seorang askar di kem askar, Perak sebelum menjadi seorang gembala kerbau. 5. Merupakan generasi ketiga yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau. (MS 79) 6. Memakai kaki palsu (cacat) Kakinya remuk kena jerangkap samar ketika membuat operasi di sempadan menyebabkan kakinya telah dipotong. (MS 80) 7. Telah dihumban menjaga stor dengan kerja mengira tayar buruk, lori buruk dan macam-macam yang buruk setelah kakinya dipotong. (MS 81) 8. Seorang yang bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa/menyerah kalah pada takdir atau nasib. (MS 81) 9. Pernah menjadi johan menembak, johan terjun dari udara, johan bermain senjata semasa masih bekerja sebagai seorang askar. (MS 81) 10. Memiliki kepakaran tentang kerbau. Cth: Mat Seman menghalau kerbaunya yang berjumlah 60 ekor pulang ke kandang dengan hanya menggunakan seruling. Seruling tersebut diperbuat daripada buluh sebesar ibu jari dan mempunyai bunyi seakan-akan suara kerbau. (MS 86) 11. Bercita-cita menjadi contoh kepada anak-anak Desa Angun Sebutir. Cth: Mat Seman pernah mengatakan bahawa membela kerbau juga boleh menjadi kaya jika kena caranya. 12. Seorang yang murah hati/suka bersedekah. Cth: Setiap hari Raya Haji, Mat Seman akan mengorbankan sekurang-kurangnya seekor kerbau & dagingnya akan dibahagi-bahagikan kepada seluruh anak kampung. (MS 86) 13. Seorang yang berdikari. Cth: Mat Seman tidak pernah meminta apaapa bantuan daripada orang untuk mengusahakan kerbaunya. Mat Seman menggunakan wang sagu hati dia putus kaki untuk membeli mesin penyodok untuk menolak tahi-tahi kerbau ke tepi. (MS 85) 14. Tidak mahu orang lain menggugat haknya di Lembah Bilut yang sudah menjadi tempat keramat bagi keluarganya. 15. Meninggal dunia kerana dipijak kerbau-kerbaunya apabila terdengar bunyi jentera yang di Lembah Bilut. Tuk Gembala Deraman 1. Datuk Mat Seman. (MS 79) 2. Merupakan gembala kerbau mula daripada budak belum bersunat lagi hinggalah meninggal. (MS 79) 3. Pakar tentang kerbau iaitu daripada tahi TGD tahu kerbau sakit dan begitu juga apabila kerbau demam, kerbau cerah perut, kerbau sudah bunting seminggu dan sampailah kerbau hendak berbini. Ayah Mat Seman 1. Anak Tuk Gembala Deraman. 2. Merupakan generasi kedua yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau.

3. Menurunkan ilmu kerbau kepada Mat Seman tentang cara-cara menghalau kerbau pulang ke kandangnya iaitu dengan menggunakan bunyi seruling. 4. Meninggal kerana hidung dan gusinya berlubang disebabkan sakit resdung yang lama tidak berubat. (MS 82) Sutinah 1. Isteri Mat Seman. 2. Tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau kerana baginya pekerjaan tersebut adalah hina dan tidak akan dihormati oleh orang lain. (MS 83) LATAR 1. Latar Masa a. Pada waktu petang Mat Seman akan menghalau kerbau-kerbaunya masuk ke kandang apabila tiba waktu petang dengan menggunakan seruling. Petang-petang dia akan tiup, tidak dengar sekali,dua kali,masuk tiga kali biasanya semuanya memanjat lembah untuk pulang ke kandang. (Halaman 80-81) b. Pada waktu pagi Sutinah dan anaknya ,Sehak keluar ke kandang kerbau untuk memberi kerbau-kerbau itu makan batang pisang Kerana hujan semalam-malaman,paginya lembap di sana sini,becak dan berair.tetapi, Sutinah dan Sehak sudahpun melambakkan batang pisang dalam kandang (Halaman 89) 2. Latar Tempat a. Lembah Bilut b. Desa Anngun Batu Sebutir c. Di rumah Mat Seman d. Di kandang kerbau 3. Latar Masyarakat a. Masyarakat yang gigih berusaha walaupun kurang upaya b. Masyarakat yang mahukan pemodenan c. Masyarakat yang berpegang teguh kepada budaya tradisi d. Masyarakat yang berkorban untuk mempertahankan hak TEKNIK PENCERITAAN 1. Dialog (halaman 83) 2. Monolog (halaman 81) 3. Imbas kembali (halaman 80) 4. Kejutan (halaman 90) 5. Konflik(halaman 84-85) GAYA BAHASA 1. Pemilihan diksi Bahasa yang ringkas dan ekonomis. Penggunaan istilah yang tepat dan indah. penggunaan kata harian yang mudah difahami. 2. Ayat perintah "Sehak, buka pintu kandang cepat!" (halaman 90)

3. Ayat tanya 4. Simile seperti kolek kebocoran di tengah sungai (halaman 82) 5. Repetisi Hari-hari mandi habuk, kira tayar buruk, lori buruk, barang buruk dan macam-macam yang buruk (halaman 81) 6. Sinkope "Dahlah Tinah,aku taulah apa nak buat" (halaman 89) 7. Metafora Hati Mat Seman sudah dibancuh dengan batu bukit sejak kecil. (halaman 84) SUDUT PANDANGAN Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga terbatas. Cerpenis tidak terlibat secara langsung dalam cerpen ini. Hal ini terbukti apabila cerpenis menggunakan kata ganti nama diri orang ketiga dalam cerpennya iaitu "dia" dan "nya". cerpen ini lebih memberikan tumpuan pada watak Mat Seman yang memilih untuk meneruskan pekerjaan yang diwarisi daripada bapa dan datuknya sebagai gembala kerbau. Dia menghadapi npergolakan hidup dihimpit desakan arus pembangunan yang menginginkan Lembah Bilut dimajukan. NILAI 1. Kegigihan untuk berusaha 2. Kepentingan memiliki ilmu 3. Ketaatan seorang isteri 4. Mempertahankan budaya tradisi 5. Berkorban PENGAJARAN 1. Janganlah kita menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk terus berusaha mendapatkan kejayaan pada masa hadapan. 2. Kepentingan mencintai dan memperoleh ilmu pengetahuan mampu menjadikan seseorang individu itu mengubah taraf hidupnya. 3. Kita hendaklah mempertahankan budaya tradisi kerana budaya tradisi merupakan cerminan pada kehidupan masyarakat. 4. Kita hendaklah bersikap bertimbang rasa dalam menjalankan tanggung jawab sebagai seorang pemimpin.

You might also like