You are on page 1of 3

MOHAMAD HAFIZUDDIN BIN CHE SOH Contoh Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani

Mata Pelajaran Tahun Masa Tajuk Sub Tajuk :4 : 60 minit : Permainan : Kemahiran dalam Bola Sepak : Pendidikan Jasmani

Tunjang Kemahiran

: Kemahiran : Bola Sepak a) b)

Kemahiran Asas Menendang Bola Kemahiran Asas Menahan Bola

Hasil Pembelajaran a) Psikomotor: i. ii.

: Di akhir pelajaran ini, murid dapat;

Menendang bola secara leret dalam jarak 10 meter tepat ke arah kawan 3 daripada 5 percubaan; Menahan bola yang dihantar secara leret dan tinggi oleh rakan dalam jarak 10 meter dan dapat menahan 3 daripada 5 hantaran..

b) Kognitif: i. ii. Menyatakan aspek-aspek keselamatan semasa bermain permainan bola sepak; Menyatakan kemahiran asas bola sepak yang telah dipelajari.

c) Afektif: i. ii. Bekerjasama dengan rakan semasa beraktiviti; Ikhlas membantu rakan dalam mempelajari kemahiran baharu.

Penerapan nilai : Semangat setiakawan dan bekerjasama dalam kumpulan dan keyakinan diri. KBKK : Menyenaraikan bahagian anggota badan(kaki) dengan tepat semasa melakukan kemahiran hantaran dalam bola sepak. Penggabungjalinan : Manipulasi alatan

Alat Bantu Mengajar : * * * * * * Bola Sepak, Skitel Wisel Baju bib Keratan Akhbar dan majalah Komputer

Strategi Mengajar : Belajar cara belajar

Kesediaan Murid: a) Murid pernah bermain bola bersama rakan. b) Murid pernah mengikuti perkembangan bola sepak negara menerusi akhbar. Strategi Utama Pengajaran: Belajar Cara Belajar Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

1. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan. 2. Guru dengan bantuan beberapa orang murid melakukan tunjuk cara lakuan menendang dan menahan bola. 3. Secara perpasangan murid dikehendaki melakukan aktiviti : a) tendangan leret b) tentangan tinggi c) menahan bola menggunakan bahagian dalam kaki. d) menahan bola menggunakan bahagian tapak kaki. 4. Murid bermain permainan kecil, Lima Sepasukan. 5. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dan sesi refleksi. 6. Guru dan murid berbincang tentang kesilapan yang telah murid lakukan semasa menendang dan menahan bola. Pengukuhan : * Murid diminta mencari gambar daripada keratan akhbar tentang kemahiran yang dipelajari dan dimasukkan ke dalam folio.

Alat Bantuan Mengajar : * * * * * * Bola Sepak, Skitel Wisel Baju bib Keratan Akhbar dan majalah Komputer

Nilai Murni : * Bekerjasama * Mematuhi Peraturan * Kesyukuran

You might also like