You are on page 1of 25

Pendahuluan : Edward de Bono telah dilahirkan di Malta. Beliau mendapat pendidikan awal di St.

Edwards College, Malta dan Royal University of Malta dan mendapat ijazah dalam bidang kedoktoran. Beliau melanjutkan pelajaran sebagai seorang Rhodes Scholar kepada Chirst Church, Oxford di mana beliau memperolehi ijazah kepujian dalam bidang psikologi dan fisiologi serta doktor falsafah dalam bidang perubatan. Beliau juga mendapat doktor falsafah dari Cambrigde dan pernah menjawat jawatan di beberapa buah university termasuk Oxford, London, Cambrigde dan Harvard. Edward de Bono pernah mengendalikan program kurikulum terbesar untuk mengajar berfikir secara langsung di sekolah-sekolah. Beberapa buah Negara seperti Venezuela telah mewajibkan pembelajarannya di semua sekolah dan penggunaannya terus meningkat di negaranegara lain seperti Kanada, Amerika Syarikat, Cina, dan lain-lain. Petunjuk Edward de Bono dalam kaedah berfikir juga dikehendaki oleh syarikat-sayarikat terkenal seperti NTT (Jepun), Du Pont, Ericsson, United Technologies, American Standard, Exxon dan Shell. Kaedah Six hats atau Enam Topi kini digunakan di beberapa buah syarikat besar seperti Prudential dan IBM. Beliau juga pernah berkhidmat untuk pihak kerajaan untuk beberapa buah negara termasuklah Kerajaan California mengenai sisa toksik. Beliau mungkin pernah mengajar eksekutif-eksekutif kanan pada hari ini dan pada keesokannya beliau mungkin mengajar kanak-kanak berusia sembilan tahun di sebuah sekolah rendah. Edward de Bono juga pernah dijemput untuk berucap di mesyuarat- mesyuarat seperti The Institute of Institutional Investors, The Commonwelth Law of Conference, The American Bar Association, The World Congress and Emergency and Disaster Medicine, The World Economic Forum (Davos) dan The Society of Information Managers. Pada tahun 1989 beliau mempengerusikan mesyuarat Anugerah Nobel di Seoul, Korea Selatan. Beliau adalah pengasas dan pengarah Cognitive Research Trust (1969) dan The Centre for Study of Thinking serta pengasas SITO (Supernatural Independent Thinking Organisation) yang telah ditubuhkan selaku menyediakan cara berfikir kreatif dan tambahan mengenai masalah-masalah dan isu-isu Persatuan Bulan Sabit Merah Intelek. Beliau juga menubuhkan sebuah Task Force on Thinking di Washington.
Edward de Bono

Edward de Bono telah dijemput untuk memberi ceramah dan bekerja di lebih empat puluh buah Negara. Beliau telah menulis lebih daripada tiga puluh buah buku dan telah diterjemahkan ke dalam dua puluh empat bahasa termasuklah bahasa Cina, Korea, Jepun, Russia, Arab, Hebrew (Yahudi), Urdu, Indonesia dan semua bahasa utama dunia. Beliau telah membuat dua siri televisyen iaitu De Bonos Course in Thinking untuk BBC dan The Greatest Thinkers untuk WDR, Jerman. Beliau juga telah menerbitkan risalah berita yang diterbitkan sepuluh kali setahun serta mencipta satu permainan klasik L-Game (Permainan L) yang dianggap sebagai permainan termudah pernah dicipta. Beliau mungkin lebih dikenali sebagai pencipta kata-kata Literal Thinking yang dimasukkan ke dalam kamus Oxford English. Kesimpulannya Edward de Bono merupakan seorang tokoh ahli fikir yang sangat terkenal di dunia. Beliau memperkenalkan beberapa jenis pemikiran dan menjadi rujukan utama ahli fikir masa kini. Beliau adalah pengasas pemikiran literal yang menganggap kreativiti adalah tingkah laku yang menghasilkan maklumat dalam sistem otak dan diterjemahkan melalui pergerakan dan tingkah laku seseorang individu menggunakan rangkaian neural dalam otak. Daripada pertimbangan sedemikian wujudlah pemikiran literal, pemikiran selari dan sebagainya. Edward de Bono(1993) telah menggunakan menggunakan pendekatan CoRT Thinking Program dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak. Teori ini bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak mengikut peringkat umur dan kebolehan diri kanak-kanak. Menurut Edward de Bono, kreativiti seseorang individu wujud dalam diri seseorang individu tanpa disedari oleh individu itu sendiri. Pengenalan: Pemikiran: Sistem pemikiran seringkali disebut sebagai pemikiran saintifik atau sistem pemikiran bersepadu merupakan sistem pemikiran yang tersusun dan berdasarkan kaedah saintifik (Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal. 1). Begitulah juga apabila kita berdepan dengan kata pemikiran (bahasa Inggeris think, thinking) pastinya kita tidak menemui suatu makna konkrit bagi kata itu (Lihat Mohd. Yusof Hasan, Mohamad Azmi Ab. Rahman, Ghazali Hamid dan Syd. Abdul Rahman Syd. Zin, 2001, hal. 12-14). Gove (1986, hal. 2376 2377), misalnya menyatakan bahawa think/ thinking ialah to have in ones mind as an intention or desire, to have as an opinion, the
Edward de Bono

action of using ones mind to produce thoughts, the kind of thought that belongs, having or using the ability to think. Manakala de Bono, sarjana pemikiran lateral menyatakan bahawa pemikiran (thinking) adalah kebijaksanaan atau kecerdasan manusia (1997, hal. 11). Ramai orang tidak mengendahkan cara dirinya berfikir berbanding mereka mengambil berat mengenai cara mereka berjalan atau bernafas. Berfikir seolah-olah merupakan satu proses semula jadi dan seseorang itu berpuas hati dengan tahap pencapaian masing-masing. Walaubagaimanapun, tedapat satu perbezaan yang ketara antara individu-individu menunjukkan bahawa berfikir mungkin adalah satu kemahiran. Selain daripada bernafas ,berfikir boleh dikatakan sebagai aktiviti yang biasa dilakukan oleh manusia.Kita makan,tidur,berjalan dan bercakap hanya pada masa-masa tertentu. Akan tetapi, selagi kita berada dalam keadaan yang sedar, kita tidak berhenti berfikir. Kebolehan berfikir secara abstrak mempunyai dan menjana idea membezakan manusia daripada makhluk lain. Konsep Pemikiran: Berfikir bertujuan mencari makna.John Dewey mendefinasikan berfikir sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Beyer mendefinasikan berfikir sebagai manipulasi input deria dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran,sebab, atau keputusan. Pemeringkatan Prinsip Pemikiran Edward de Bono: Berlaku satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan bahagian kiri berfikir secara kritis. Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar. Edward de Bono (1995) menyatakan, terdapat 5 premis yang menyebabkan kreativiti sebagai kebolehan yang perlu dimiliki oleh individu, organisasi dan masyarakat. Antaranya ialah: Untuk perubahan dan pembaikan. Untuk menyelesaikan masalah.
Edward de Bono

Untuk memberi nilai dan peluang baharu. Untuk masa depan. Untuk motivasi.

Bagi peringkat kanak-kanak,Edward de Bono telah mencipta cara untuk mengesan kebolehan kanak-kanak melalui beberapa teori tertentu. Edward de Bono telah mempopularkan teori beliau berasaskan kepada dua asas pemikiran utama iaitu : Lateral Thinking Six Thinking Hats CoRT thinking for teaching thinking in schools

Pemikiran Literal:
Pemikiran mendatar juga dikenali sebagai " Lateral Thinking" yang diperkenalkan oleh Edward De Bono. Menurut Edward De Bono ,Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru. Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.

Edward de Bono

Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Edward de Bono yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak berfikir jenis ini setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Ia bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ia merupakan satu corak pemikiran yang cuba mencari jalan terpantas dan sememangnya dia berjaya menyelesaikan masalah bukan sahaja menepati kriteria yang dikehendaki tetapi ia amat berkesan. Pemikirannya dapat dirumuskan dalam kata-kata di bawah: Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempattempat lain kalau kita asyik menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi (Ainon Mohd & Abdullah Hassan,1996).Terdapat beberapa banyak kepentingan pemikiran lateral antaranya ialah: 1. Pembinaan Idea Baru. 2. Pembaharuan Dalam Perkembangan Produksi Dan Sistem Pemasaran. 3. Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan. 4. Pengkajian Data Daripada Pelbagai Sudut Untuk Mendapatkan Maklumat Berguna. 5. Pencarian Jalan bagi Menyempitkan Perbezaan Pendapat di kalangan manusia.

CoRT ( Cognitive Research Trust ):

Edward de Bono telah memperkenalkan banyak teori berdasarkan pemikiran lateral. Beliau juga menyarankan banyak alat berfikir untuk mengatasi sesuatu permasalahan dengan lebih cekap dan efisien lagi. Program CoRT (Cognitive Research Trust) iaitu salah satu teknik alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Edward de Bono.Program yang dicipta merangkumi pemikiran kreatif, konstruktif dan kritis. Beliau telah memperkenalkan 6 bahagian CoRT iaitu:

1. CoRT 1: Keluasan dan persepsi. 2. CoRT 2 : Organisasi proses berfikir. 3. CoRT 3 : Interkasi, argument, pemikiran kritis 4. CoRT 4: Kreativiti 5. CoRT 5: Maklumat dan perasaan 6. CoRT 6: Tindakan

Edward de Bono

CoRT 1: KELUASAN DAN PERSEPSI


CoRT 1 terdiri daripada tujuh teknik asas dan tiga teknik panduan

1. PMI ( Plus , Minus , Interesting ) PMI ialah perkara-perkara yang baik , buruk dan menarik. PMI adalah bertujuan untuk meluaskan sudut pandangan kita. PMI digunakan sebelum kita membuat sebarang keputusan. PMI membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang penting.

P : Senaraikan semua yang baik. M : Senaraikan semua yang buruk. I : Senaraikan semua yang tidak buruk dan tidak pula baik , tapi menarik Untuk difikirkan semula. Dalam pelajaran ini pelajar dikehendaki supaya memikirkan dan menyenaraikan semua kebaikan (Plus),keburukan (Minus), dan menarik (Intresting) pada sesuatu idea. Tujuan alat ini ialah supaya pelajar melaskan pemikirannya apabila melihat sesuatu situasi. Alat ini berfungsi sebagai kaedah untuk mengelakkan kecenderungan biasa dimana seseorang terdorong untuk membuat reaksi emosional pada sesuatu idea. Pengunaan kaedah PMI membuatkan murid luas pandangan. Ramai individu yang pintar, apabila mereka berfikir mereka menggunakan oatak dan pengetahuan mereka dan mempertahankan apa-apa yang mereka percaya adalah benar dan betul. Biasanya mereka lakukan dengan membuktikan pandangan dan pendapat orang lain sebagai salah. Dalam aktiviti menajamkan kemahiran berfikir kepada murid, guru atau pendidik perlu menerangkan kaedah PMI ini dengan jelas supaya mereka faham. Kedah berfikir PMI ini melihat individu-individu membuat penilaian ke atas apa-apa yang mereka lihat mahupun dengar, itu salah,ini betul, dan lain-lain. Penilaian mereka berdasarkan apa yang mereka tahu. PMI ialah satu kaedah untuk berfikir yang bertujuan memperluaskan persepsi individu.PMI memaksa kita supaya berhenti sejenak sebelum cepat-cepat membuat penilaian. PMI menghendaki kita supaya memikirkan dahulu situasi yang ada di depan kita sebelum membuat sebarang pendapat atau keputusan.PMI ini adalah alat yang kita gunakan supaya otak kita janagn berfikir satu hala
Edward de Bono

sahaja. Hasilnya persepsi kita menjadi luas. PMI adalah alat yang mudah diguanakan oleh murid. Ia sangat sesuai dengan kehidupan sehari-hari. Menurut Edward de Bono, alat ini amat digemar oleh murid-murid sekolah. 2. AGO ( Aims , Goals , Objectives ) AGO adalah matlamat , tujuan dan objektif . AGO dapat meluaskan sudut pandangan . AGO dapat membantu dalam mengingatkan tujuan asal. AGO juga dapat membantu seseorang berfikir secara terfokus. Latihan berfikir mengikut kaedah bertujuan (Aims), bermatlamat (Goals) dan objektif ( Objective) atau dikenali sebagai AGO, ini dapat memperluaskan sudut pandangan kita dan menolong kita focus perkara yang betul semasa berfikir serta menolong kita sentiasa ingat tujuan asal kita berfikir supaya kita tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai.AGO menekankan pentingnya matlamat. Pelajar dikehendaki menyorot oleh sebab dan supaya untuk menjuruskan mereka berfikir cara menfokuskan persoalan yang hendak diselesaikan. AGO mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Kerap kali kita berfikir berputar-putar, kadang-kadang menyeleweng adakalanya fikiran kita menghadapi jalan buntu. Dalam keadaan begitu, kita terlupa objektif kita berfikir, fikir akan hasilnya yang hendak dicapai. Sebelum pelajar-pelajar hendak membuat sesuatu perbincangan, berbincanglah dulu berkenaan AGO perbincangan itu. Jadikan AGO itu fokus perbincangan, jangan lari atau menyeleweng daripada tajuk perbincangan itu. AGO membantu kita tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai. AGO mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Kerap kali kita berfikir berputar-putar. Adakalanya fikiran kita lari menyeleweng. Biasa pula fikiran kita menghadapi jalan buntu. Dalam keadaan begitu, kita terlupa objektif asal kita mula-mula berfikir.

Apa tujuan kita mula berfikir tadi? Apa matlamat yang hendak kita capai? Apa hasil yang kita rancangkan? Mengapa ini pula kita fikirkan sekarang?

Edward de Bono

Contoh soalan perbincangan: 1. Apakah AGO hidup kamu? 2. Apakah AGO kita belajar Pendidikan Keselamatan Jalan Raya? 3. Apakah AGO kamu datang ke sekolah Sebelum memulakan perbincangan berbincang dahulu berkenaan AGO perbincangan itu. Jadikan AGO itu focus perbincangan. Jangan lari atau menyeleweng.

3. APC ( Alternatives , Possibilities , Choice ) APC merupakan alternatif , kemungkinan dan pilihan . Alat kemahiran APC menggunakan kaedah alternative (alternatives), kemungkinan (possibilities), pilihan (choices). Alat ini digunakan supaya kiat dapat berfikir secara selari. Biasanya kita berfikir mara ke depan. APC menghendaki kita memikirkan beberapa perkara serentak. Alat ini melatih para pelajar menerbitkan pelbagai alternative dan fikiran yang luar daripada kebiasaan. Ia digunakan untuk melawan reaksi yang beku dan reaksi emosional. APC juga digunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi. Apabila berfikir, otak selalu mahu cepat-cepat maju ke depan. Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan lain. APC ialah alat yang memaksa kita berhenti sejenak sebelum otak maju ke depan. Ada banyak jenis alternative yang boleh membantu kita membuat pilihan. APC membolehkan seseorang melihat perkara yang sama dari pelbagai sudut pandangan. APC membuatkan seseorang memikirkan beberapa tindakan yang patut dibuat . APC membolehkan seseorang mencari cara lain bagi menyelesaikan masalah yang sama. APC juga juga digunakan untuk mencipta pelbagai alternative,kemungkinan dan pilihan. APC juga digunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi. Apabila berfikir, otak selalu mahu cepat-cepat maju ke depan. Nantikan dulu, fikirkan juga kemungkinan-kemungkian yang lain. APC ialah alat yang memaksa kita berhenti seketika sebelum otak maju ke depan.

Edward de Bono

Jenis alternatif: IDEA: Idea-idea alternatif untuk melakukan perkara yang sama. Idea-idea berbeza untukmelakukan perkara-perkara yang sama. Idea-idea juga berbeza Untuk melakukan perkara-perkara yang berbeza. Ada idea baru untuk tujuan yang sama. Ada idea baru untuk tujuan yang baru. PERSEPSI: Benda atau perkara yang sama boleh dilihat daripada pelbagai sudut. TINDAKAN: Dalam sesuatu situasi , ada beberapa perkara yang dapat kita buat bagi menghadapinya.contoh: Ada berapa cara kita boleh menimbang gajah hidup? PENYELESAIAN: Apabila berhadapan dengan masalah, ada berapa cara kita menyelesaikan masalah tersebut. PENDEKATAN: Apabila berhadapan dengan masalah, ada berapa cara pendekatan yang dapat kita gunakan bagi mencipta penyelesaiannya. PENJELASAN: Mengapakah sesuatu itu terjadi? Mengapakah remaja mudah terpengaruh menggunakan dadah? REKA CIPTA: Ada pelbagai reka cipta bagi sebuah paying, sebuah cawan, sebuah enjin dan lain-lain. Tiap-tiap satu daripada reka cipta itu tetap memenuhi tujuan asal ciptaan tersebut. Adakalanya kita dipaksa oleh keadaan untuk mencipta alternative-alternatif lain.

4. CAF ( Consider All Factors ) CAF atau mengambil kira semua factor, adalah satu alat yang diperkenalkan oleh Edward de Bono untuk melatih kita berfikir cara melihat atau mengambil semua factor untuk memperluaskan semua sudut pandangan kita. CAF membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang penting, mengelakkan kita terlupa untuk memikirkan semua perkara yang penting. Galakkan pelajar membuat CAF dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Di dalam kaedah ini pelajar-pelajar dikehendaki supaya menerokai dahulu setiap aspek pada mana-mana situasi sebelum menerbitkan idea. Tujuan latihan ini ialah supaya pelajar membuat tinjauan yang lengkap dan menyeluruh apabila memikirkan factor-faktor berkenaan sesuatau situasi.CAF membuat kita luas pandangan. Biasanya apabila kita berfikir terus menuju ke depan.Kita tidak menoleh ke kiri,ke kanan dank e belakang.Dalam
Edward de Bono

konteks kehidupan sehari-harian, semua faktor kita mesti cari sebelum membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan masalah.Para pendidik atau guru perlu diingatkan bahawa CAF ini ialah alat berfikir yang mudah dipelajari, diingat dan digunakan dalam hidup sehari-hari. CAF ialah alat yang menjuruskan supaya otak kita jangan berfikir satu hala sahaja. Oleh itu ia menolong persepsi kita menjadi luas supaya pendapat an keputusankeputusan yang kita buat menjadi lebih baik.

5. OPV ( Other Peoples Views ) OPV alat ini digunakan untuk meluaskan lagi sudut pandangan kita. Apa yang kita fikir ada kesannya pada orang lain. Pelajar didedahkan dengan melihat pandangan orang lain, dengan cara Ini, mereka dapat memperluaskan lagi sudut pandangan mereka dan kesan atau Implikasinya terhadap oaring lain. Senaraikan orang-orang lain yang terlibat dalam idea kita serta fikirkan apa yang mereka fikirkan tentang idea kita. OPV menolong dan membantu kita befikir serta memahami dari sudut pandangan orang lain. Latihan ini mengarahkan pemikiran pelajar supaya mengambil kira pendapat dan pandangan pihak-pihak lain yang terlibat di dalam sesuatu situasi. Alat ini menimbangkan alat-alat yang lain yang ditumpukan pada pandangan peribadi pelajar. Kaedah ini memberi tekanan pada perbezaan-perbezaan antara pandangan pelajar dengan pihak-pihak lain. Pelajar perlu sedar bahawa berfikir dilakukan oleh manusia. Hasil pemikiran kita akan ada kesannya kepada manusiamanusia lain. Kita berfikir dan membuat sesuatu keputusan. Setelah berfikir, kita akan bertindak. Untuk melatih pelajar membuat OPV , mula-mula senaraikan orang-orang Lain yang kena-mengena dan terlibat dalam perkara tersebut. Selepas itu cuba bayangkan apa pendapat-pendapat mereka secara individu ataupun secara berkumpulan. Apabila memikirkan pendapat-pendapat orang lain, kita mestilah positif.Contoh: Siapakah mereka itu? Apa pendapat mereka? Apakah nilai-nilai mereka berkenaan perkara ini?

Edward de Bono

10

6.

C&S ( Consequence and Sequel ) C&S ialah kesan dan akibatnya . C&S digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. C&S dapat membantu seseorang melihat jauh ke hadapan . C&S digunakan untuk seseorang membuat penilaian . Buat C&S sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan. Kesan dan akibat daripada kesan ini, selalu disebut C dan S, digunakan untuk

meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depandan untuk membuat penilaian. C dan S boleh digunakanuntuk membuat sebarang keputusan atau tindakan, membantu,membantu kita melihat jauh ke hadapan. Kaedah ini menghendaki pelajar supaya memikirkan apa yang dijangka akan berlaku selepas sesuatu keputusan yang diambil. Kesan-kesan dan akibat keputusan itu tersebut diramalkan secara sistematik, iaitu kesan jangka pendek, jangka seerhana dan jangka panjang. C dan S amat berguna dalam kehidupan seharian. Setelah kita berfikir, kita akan membuat keputusan, pilihan, rancangan, dan tindakan. Keputusan yang kita buat hari ini akan menimbulkan kesan pada hari esok dan masa depan. Sebagai guru atau pendidik kemahiran berfikir ini perlu ditekankan. C dan S merupakan satu alat untuk melihat jauh ke depan, ke masa akan datang. Kaedah ini membantu kita berfikir jauh ke masa depan sebelum membuat sebarang keputusan. Murid perlu ditekankan juga , sebelum membuat sebarang keputusan dan pilihan, gunakan C dan S ini untuk mendapat pilihan yang tepat. Begitu juga ke atas semua alternative yang ada di depan kita. Lihat alternative mana yang lebih baik dan selamat. Buat C dan S, FIP dan PMI bersama-sama. Alat-alat ini akan menolong pelajar membuat pilihan terbaik. 1. Adakah rancangan ini akan berhasil? 2. Apakah yang boleh menyebabkan kita gagal? 3. Di manakah risikonya? 4. Apakah hasil yang paling baik? 5. Apakah yang mungkin berlaku?

Kelompok kesan: Kesan serta-merta. Kesan jangka masa pendek: dalam tempoh satu minggu
11

Edward de Bono

Kesan jangka sederhana: antara dua minggu dan enam minggu Kesan jangka panjang: selepas enam bulan.

C&S boleh digunakan bersama-sama dengan CAF dan OPV. C&S membantu kita melihat jauh ke hadapan. C&S membantu kita dalam kehidupan sehari-hari. C&S ialah alat berfikir yang paling berguna. Selalunya setelah kita habis berfikir, kita akan membuat keputusan, pilihan,rancangan dan tindakkan.

7. FIP ( First Important Periorities ) FIP perkara-perkara penting yang menjadi prioriti . FIP juga mengingatkan seseorang mengambil kira perkara-perkara yang penting. FIP dapat membantu seseorang untuk berfikir secara terfokus. Kita gunakan FID kerana kita hendak menentukan apa perkara yang paling penting untuk difikirkan. Kita selalu teringat macam-macam perkara apabila sedang berfikir. bukan semua perkara serupa pentingnya. Ada perkara yang sangat penting. Ada perkara yang tidak penting langsung. Pelajar-pelajar didedahkan dengan kaedah mementingkan perkara-perkara penting yang menjadi keutamaan, ialah satu alat untuk membuat pelajar focus apa yang penting. Setelah pelajar-pelajar menggunakan alat-alat lain (PMI,CAF, C&S, dan AGO) barulah mereka menggunakan FID. Kaedah ini juga membantu kita berfikir secara terfokus dan ia mengambil kira perkara yang penting sahaja. FID mengingatkan kita apa yang menjadi keutamaan mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak penting.

8.Peraturan (Rules) Latihan ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat satu krangka persoalan yanmg difikirkan untuk menyelesaikan masalah atau mengambil keputusan setelah mengambil kira semua factor-faktor (CAF) dan mana yang baik, yang buruk dan yang menarik (PMI). Pelajar akan menggunakan CAF untuk mencipta peraturan-peraturan baru. PMI digunakan untuk melihat peraturan sedia ada atau yang baru dicipta untuk mengambil sesuatu keputusan.

Edward de Bono

12

9. Perancangan (Planning) Latihan ini memberikan peluang kepada pelajar untuk berlatih melakukan C&S, AGO,PMI dan CAF. Guru akan melihat akan kemahiran-kemahiran yang ada pada pelajarpelajar menguasai kaedah-kaedah berkenaan. Pelajar akan mendapat satu kemahiran menggunakan keempat-empat kaedah untuk mereka menaplikasi ketika proses menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.

10. Keputusan (Decisions) Latihan ini memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk melakukan kaedah kemahiran berfikir FIP dan ACP, disamping kemahiran-kemahiran lain yang lebih awal. Di sini pelajar akan memahami kaedah itu bagi menjuruskan pemikiran mereka untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang baik.

CoRT 2: ORGANISASI PROSES BERFIKIR:


Terdapat lima kedah dalam CoRT 2 dengan lima operasi pemikiran biasa. Kaedah ini sengaja dibuat supaya pelajar boleh menggunakan dengan cara paling tersusun. Pelajar boleh bertanya soalan-soalan khusus dan mencari jawapan tertentu. Dalam tempoh lima kaedah ini berurusan dengan lima organisasi keseluruhan pemikiran supaya ia boleh digunakan dalam cara yang sengaja dan produktif. Tujuannya adalah untuk merawat pemikiran sebagai satu operasi yang tersusun. Beberapa pengajaran pada separuh kedua merujuk kepada proses yang dipelajari dalam CoRT (keluasan) tetapi pengajaran masih boleh digunakan walaupun CoRT 1 tidak pernah diajar.

Alat-alat CoRT 2: 1. Menyedari: Usaha sengaja untuk mengenal pasti keadaan untuk menjadikannya lebih mudah untuk memahami atau menangani. 2. Analisis: Dua jenis analisis. Membincangkandan membahagikan sehingga keadaan

memerlukan untuk memikirkan dengan lebih berkesan. 3. Perbandingan:


Edward de Bono

13

Menggunakan perbandingan untuk memahami situasi. Memeriksa persamaan dan perbezaan dalam perbandingan yang ditawarkan. 4. Memilih: Alat ini digunakan untuk mencari sesuatu yang memenuhi sesuatu keperluan. Memilih dari kemungkinan yang berbeza. 5. Mencari Cara Lain: Alat ini digunakan untuk mencari jalan alternatif untuk melihat sesuatu. 6. Mula: Apakah perkara pertama yang perlu digunakan? 7. Teratur: Kedah yang praktikal mengajurkan cara situasi yang perlu ditangani. 8. Fokus: Melihat kepada aspek-aspek yang berbeza keadaan, terutama yang bukan sahaja jelas tentang apa aspek di dalam pertimbangan pada masa ini. 9. Memperkukuh: Apa yang telah dicapai setakat ini? Jelas apa yang telah dilakukan dan apa yang telah ditinggalkan. 10. Rundingan: Keputusan atau kesimpulan yang pasti.

CoRT 3: INTERAKSI
Kedah yang ketiga ialah interaksi, kaedah ini tidak lagi memikirkan secara langsung pada apa yang difikirkan tetapi pada apa yang difikirkan oleh orang lain. Kaedah ini berdasarkan hujah, debat, percanggahan pendapat dan sebagainya. Dalam kaedah ini strategi yang berlainan digunakan untuk membuktikan titik dan dua kelas keutamaan kesilapan. Dua prosedur praktikal untuk membantu menyelesaikan konflik yang ditawarkan ialah memeriksa kedua-dua belah (EBS) dan perjanjian, percanggahan pendapat, ketidaktetapan (ADI). Tujuan CoRT 3 adalah menggalakkan murid apa yang diperkatakan dan untuk menilai, meraka juga digalakkan untuk mengambil pendekatan yang konstruktif untuk menyelesaikan hujah.

Edward de Bono

14

Alat-alat CoRt 3: 1. EBS Membincangkan amalan dalam memeriksa kedua-dua bela hujah dan tidak membuta tuli menyokong satu pihak. 2. KETERANGAN Jenis keterangan yang digunakan dalam hujah. Membezakan antar fakta dan pendapat. 3. KETERANGAN-NILAI Amalan dalam penilaian keterangan. Bukan semua bukti yang mempunyai nilai yang sama. 4. KETERANGAN STRUKTUR Meneliti keterangan. Adaka ia berdiri dengan sendiri, ia bergantung kepada keterangan lain yang seterusnya bergantung kepada sesuatu yang lain. 5. ADI Pemetaan kawasan-kawasan ini untuk meningkatkan bidang perjanjian dan mengurangkan kawasan yang tidak bersetuju. 6. MENJADI HAK 1 Dua cara utama yang hak. 1) Meneliti idea itu sendiri, implikasi dan kesan 2) Merujuk kepada fakta, pihak berkuasa, perasaan.

7. MENJADI HAK-2 Dua cara lain sebagai hak. 1) Penggunaan nama, label, klasifikasi 2) Penghakiman, termasuk dua penggunaan perkataan nilai. 8. SEBAGAI SALAH Melakukan sesuatu sebagai keterlaluan. Membuat kesimpulan di atas hanya sebahagian daripada keadaan. 9. MENJADI SALAH Baki dua kesilapan yang salah iaitu kesilapan dan prajudis. 10. HASIL Apa yang telah dicapai pada akhir hujah?

Edward de Bono

15

CoRT 4: KREATIVITI
CoRT 4 membantu meningkatkan kreativiti,iaitu menghasilkan persepsi yang baru. CoRT 4 lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral, istilah yang dicipta oleh Edward de Bono. Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi, iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara. CoRT 4 terdiri daripada 10 teknik. CoRT 4 memperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil po.Po merupakan satu perkataan rekaan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar system penilaian. Biasanya, kita menilai sama ada sesuatu itu betul atau salah,benar atau palsu, berguna atau tidak, sesuai atau tidak. Po digunakan secara kreatif untuk mencari idea baru atau cara baru untuk mengkaji sesuatu. Po berasal daripada perkataan poetry (puisi), dimana idea-idea yang ganjil dicantum untuk mencapai kesan tertentu. Po juga berkaitan dengan supposition (andaian) dan hipotesis, di mana idea-idea yang belum dibuktikan, digunkan untuk merangsang pemikiran selanjutnya. Komponen CoRT 4: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Yes-No-Po (Ya, tidak, Po) Stepping stone ( Batu loncatan) Random Input (Input rawak) Consept Challenge ( Cabaran Konsep) Dominant Idea (Idea Dominan) Define The Problem (Takrifkan Masalah) Remove Faults (Singkirkan kecatatan) Combinations (Kombinasi) Requirements (Keperluan) Evaluations (Penilaian)

CoRT 5:MAKLUMAT DAN PERASAAN


Pemikiran yang bergantung kepada maklumat dan dipengaruhi oleh perasaan. CoRT 5 memperkatakan tentang proses maklumat seperti soalan, petunjuk, meneka, kepercayaan,

pendapat yang siap dan menyalahgunakan maklumat. Ia juga berkaitan dengan emosi dan nilaiEdward de Bono

16

nilai. Matlamat CoRT 5 adalah untuk menggalakkan kesedaran tetapi bukan untuk menukarnya. Murid juga dilatih untuk mengenali apa maklumat yang ada pada mereka, apa yang mereka masih perlukan dan bagaimana untuk menggunakan maklumat. Teknik yang digunakan dalam setiap pelajaran untuk membangunkan data dan pemerhatian.

Alat-alat CoRT 5: 1. MAKLUMAT Analisis maklumat dan penilaian kesempurnaannya, Apakah maklumat yang diigini hilang? 2. SOALAN Mahir menggunakan soalan. Tujuan dan hala tuju soalan. 3. PETUNJUK Klu, potongan, implikasi, ekstrapolasi maksimum maklumat yang diberikan. Meletakkan sesuatu bersama-sama. 4. PERCANGGAHAN Kesimpulan palsu dan lain-lain kegunaan yang salah maklumat. 5. MENEKA Meneka penggunaan meneka apabila maklumat tidak lengkap. Tekaan yang baik dan tekaan yang buruk. 6. KEPERCAYAAN Kreadibiliti. Bagaimana kita menghargai maklumat. Bukti, kepastian, kepercayaan, persetujuan, dan lain-lain. 7. READY MADES Pengganti sedia ada untuk pemikiran peribadi, prasangka, pendapat standard. 8. EMOSI DAN EGO Cara ini emosi terlibat dalampemikiran. Emosi biasa dan ego emosi. 9. NILAI Nilai menentukan pemikiran dan penerimaan keputusan. 10. MEMUDAHKAN DAN MENJELASKAN
Edward de Bono

17

Apakah? Bagaimanakah? Sesuatu itu terjadi.

CoRT 6:TINDAKAN
Tujuan rangka kerja ini adalah untuk membahagikan jumlah proses pemikiran ke peringkat yang pasti,setiap yang boleh ditangani dan seterusnya. Pada setiap peringkat dalam rangka kerja keseluruhan, terdapat satu tugas pemikiran yang jelas akan dijalankan dan matlamat yang jelas bagi pemikiran. Ini memudahkan pemikiran dengan mengeluarkan kerumitan dan kekeliruan. Tanpa semua rangka kerja orang ramai dan pemikir yang cenderung untuk ditenggelami oleh semua aspek dan keadaan. Hasilnya adalah bahawa pemikir yang mengambil cara yang paling mudah dan menggunakan slogan, klise atau menjejaskan pemikiran. Peringkat setiap pemikr tumpuan kepada menjlankan tugas yang ditakrifkan oleh peringkat itu. Jumlah rangka kerja dipanggil TEC-Pisco yang berdiri untuk T Xpand arget E-C ontarct P-Purpose-Input S-olutions hoice-O.

Alat CoRT 6: 1.SASARAN Perkara dalam pemikiran. mengarahkan perhatian kepada perkara tertentu yang menjadi subjek pemikiran. Kepentingan memilih sasaran pemikiran seperti yang pasti dan menumpukan cara yang mungkin. 2. KEMBANGKAN Setelah memilih sasaran langkah seterusnya adalah untuk mengembangkan atasnya, di kedalaman,lebar, dalam merancang beberapa alternatif. 3. KONTRAK Langkah ketiga adalah untuk mengecilkan pemikiran yang dibelanjakan untuk sesuatu yang lebih mudah untuk digunakan, mata utama,ringkasan, kesimpulannya, pilihan.

Edward de Bono

18

4.TEC Penggunaan tiga alat sebelumnya adalah satu urutan. Amalan dalam mentakrifkan satu sasaran, meneroka subjek dan merapatkan hasil yang boleh digunakan. 5.TUJUAN Jelas tentang tujuan sebenar pemikiran. Dengan apa yang seseorang itu mahu menjadi, keputusan, penyelesaian maslah, satu pelan tindakan atau pendapat? Tujuan umum pemikiran dan juga ojektif tertentu. 6.INPUT Keadaan, tempat kejadian,tetapan, maklumat yang ada,factor dan orang-orang yang boleh dipertimbangkan, jumlah input yang masuk ke dalam pemikiran. 7.PENYELESAIAN Kaedah untuk menjana penyelesaian dan mengisi jurang. 8.PILIHAN Proses membuat keputusan. Memilih antara penyelesaian yang alternatif. Keutamaan dan kriteria untuk pilihan. Akibat dan mengkaji semula keputusan itu. 9.OPERASI Operasi, pelaksanaan menjalankan melalui keputusan berfikir. Menetapkan langkah-langkah tindakan khusus yang akan membawa hasil yang diingini. Meletakkan pemikiran berkuat kuasa. 10.TEC-Pisco Menggunakan urutan Pisco keseluruhan.(bagi objektif Input-Penyelesaian-Pilihan-Operasi). Penyatuan rangka kerja TEC-Pisco di mana tiga alat pertama (TEC) digunakan untuk mentakrif dan menghuraikan setiap lima peringkat prosedur Pisco.

Edward de Bono

19

Kaedah Berfikir 6 Topi Selain alat-alat berfikir yang dibincangkan tadi , Edward de Bono juga telah memperkenalkan atau mencipta satu kaedah yang membolehkan seseorang itu melakukan satu cara berfikir sahaja pada suatu waktu . Kaedah tersebut dikenali sebagai Enam Topi Pemikiran yang melambangkan enam cara atau stail pemikiran yang berbeza-beza. Pengenalan Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis terkemuka Barat. Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan , menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik.

1. Topi Putih Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitan dengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat. Pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumat yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. Hal ini amat bertentangan dengan pemikiran tradisional yang mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk menyokong keputusan berkenaan. Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar belakang sesuatu masalah. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar kepada maklumat yang telah dikumpulkan. 2. Topi kuning Topi kuning digunakan untuk mencari nilai-nilai positif. Ia juga digunakan untuk berfikir secara logikal daripada perspektif yang positif dan konstruktif. Gaya pemikiran menggunakan topi kuning amat penting kerana ia dapat menggalakkan kita untuk mencari nilai-nilai positif sesuatu idea termasuk idea yang pada mulanya kelihatan tidak begitu menarik.

Edward de Bono

20

3. Topi hitam Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara logikal dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhati-hati sebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihat sesuatu keputusan itu dari sudut negatif. Negatif di sini bermaksud berhati-hati atau melindungi kepentingan sendiri. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan yang akan diambil. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir, mengubah dan menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan. Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuh dan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko-risiko yang mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan. 4. Topi merah Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan emosi atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. Ia juga cuba untuk memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi. 5. Topi hijau Topi hijau pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam kaedah penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak ke hadapan dengan menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia juga digunakan untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam. 6. Topi biru Topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasa yang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain. Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan. Ia boleh digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan, menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akan digunakan dalam perbincangan tersebut. Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara semasa perbincangan sedang berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam kabut dan penggunaan topi lain adalah mengikut peraturan.

Edward de Bono

21

Berfikir Secara Paralel Berfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari, teratur dan sistematik. Contohnya enam idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidakdinilaikan, dibandingbezakan, dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah, sebaliknya dicari kelebihan daripada setiap satunya.

Bagaimana enam topi berfungsi

Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau dan biru. Topi putih Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara objektif semata-mata. Topi merah Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi. Topi hitam Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan kecacatan. Topi kuning Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan, keistimewaan dan manfaat. Topi hijau Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logik atau sebaliknya. Topi biru Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu perkara termasuk topi-topi lain. Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk : 1. Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang lebih berstruktur dan sistematik.
Edward de Bono

22

2. Berfikir dengan lebih kritikal. 3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa. 4. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru. 5. Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan. 6. Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan. Kesimpulannya alat-alat pemikiran berfungsi membantu kita berfikir. Alat-alat ini digunakan untuk melatih kemahiran berfikir. Apabila kita sudah mahir berfikir, kita tidak perlu bergantung sangat pada alat-alat ini lagi kerana kaedah berfikir sudah dibantinkan dan boleh dikesan secara mental dan automatic apabila diperlukan. Inilah tujuan utama kita belajar menggunakan alat-alat berfikir.

Edward de Bono

23

Bibliografi:
1. de Bono, E. (1997). de Bonos thinking course revised. London: BBC Book. 2. de
Bono, E. (1973). CoRT Thinking. Pergamon Press. Gove, P.B. (1986).

3. Kamus dewan edisi keempat. (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 4. .Mohd. Yusof Hasan. (1994). Pemikiran saintifik (SP4L). Sintok: Sekolah Bahasa dan Pemikiran
Saintifik,Universiti Utara Malaysia.

5. Mohd. Yusof Hasan. (2000). Pemikiran saintifik SPB4L. Petaling Jaya: Pearson Education
Malaysia Sdn.Bhd.

6. Mohd. Yusof Hasan, Mohamad Azmi Ab. Rahman, Ghazali Hamid & Syd. Abdul Rahman Syd.
Zin. (2001). Pengantar pemikiran. Sintok: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia.

7. Dr Rosnanaini Sulaiman,Maimun Aziz, & Mok Soon Sang. (2011). Kemahiran Berfikir. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

8. Poh Swee Hiang. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

9. Haji Abdul Fatah Hasan. (1998). Pemikiran Keseluruhan Otak. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

10. de Bono, E. (1996). Lima Hari Berfikir. Kuala Lumpur: Golden Book Centre Sdn. Bhd. 11. de Bono, E. ( 1991).Teaching Thinking. Harmondsworth, Middlesex, England: Peguin Books.

Edward de Bono

24

Edward de Bono

25

You might also like