P. 1
Gender

Gender

5.0

|Views: 4,565|Likes:
Published by chegu abbas
kalau rasa dah download tu ucap la terima kasih,,,tanda penghargaan
kalau rasa dah download tu ucap la terima kasih,,,tanda penghargaan

More info:

Published by: chegu abbas on Jan 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/21/2013

pdf

original

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

PENGENALAN

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 LATAR BELAKANG Pendidikan Kesihatan Keluarga tertumpu kepada keluarga sebagai institusi asas manusia serta gaya hidup yang sihat dan selamat bagi memelihara integriti institusi ini. Murid diberi kemahiran pengetahuan dan amalan bagi menghadapi proses perkembangan fizikal, sosial, emosi dan rohani dari segi persediaan untuk kedewasaan, perkahwinan, dan keibubapaan serta perhubungan sosial dalam konteks sosiobudaya keluarga dan masyarakat. Guru perlu bersedia, bersikap positif dan berfikiran terbuka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan merancang persekitaran pembelajaran yang sihat. Semasa membincangkan isu moral, guru tidak boleh menggunakan nilai atau pendirian moralnya ke atas murid. Guru perlu membantu murid membuat keputusan moral dengan mengutamakan perkara-perkara rumit dan luwes serta mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada perbezaan dan persamaan piawai moral seseorang. MATLAMAT Pendidikan Kesihatan Keluarga membolehkan murid memperoleh

pengetahuan tentang perubahan fizikal, emosi dan sosial serta kemahiran dan amalan memelihara hubungan antara ahli keluarga, sahabat dan ahli masyarakat.

OBJEKTIF Pendidikan Kesihatan Keluarga adalah untuk :

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 • membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai supaya mereka bersedia menampung tanggungjawab kehidupan dewasa, perkahwinan, keibubapaan, dan hidup bermasyarakat bagi kehidupan yang sihat dan sejahtera. • menyumbang kepada perkembangan murid bagi meningkatkan kesejahteraan dan tingkah laku bertanggungjawab membantu murid memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan fizikal, emosi dan sosial, mengenal pasti perkara yang penting dan bertindak dalam cara yang bertanggungjawab dan penyayang membantu murid berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain bagi membuat keputusan yang bijak tentang hal berkaitan dengan kehidupan keluarga, perhubungan peribadi dan keahlian dalam komuniti Aspek Gender Berkenaan jangkaan peranan; peranan lelaki dan perempuan serta stereotaip jantina. Jangkaan Gender Kajian tentang stereotaip gender menunjukkan bahawa biasanya perempuan dan lelaki mempunyai stereotaip yang sama. Lelaki didapati bersikap logik, dominan, berdikari dan agresif. Perempuan bersifat sensitif, emosional, penyayang, menggunakan intuisi, agak berdikari dan mudah menyerah. Dapatan yang lebih signifikan menunjukkan lelaki dan perempuan dewasa memandang diri sendiri sama dengan stereotaip ini dan profesional dalam bidang kesihatan biasanya melabel orang sihat dari segi psikologi. Kemungkinan besar sifat personaliti seperti ini tidak semulajadi sepenuhnya kerana dalam beberapa budaya terdapat kaum wanita agresif dan dominan, manakala kaum lelaki bersifat emosinal dan sensitif. Oleh itu, budaya memainkan peranan penting menentukan sikap tertentu dan menyembunyikan sikap yang lain.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 Dalam kebanyakan masyarakat, kanak-kanak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza sejak mereka dilahirkan. Kanak-kanak perempuan diberi lebih banyak kasih sayang dan sentuhan fizikal, lebih diajak bercakap, lebih dilindungi dan lebih dikawal. Anak lelaki pula diberi lebih banyak kebebasan dan desakan pencapaian. Pada umur 2 atau 2 ½ tahun, kanak-kanak dapat mengenal pasti diri sendiri sebagai lelaki atau perempuan dan secara terbuka mencari dan menerima maklumat tentang sifat kelelakian atau kewanitaan. Kanak-kanak lelaki mungkin hendak menjadi seperti ayahnya. Kebiasaannya mereka hendak menjadi ahli bomba, doktor, angkasawan atau pemimpin negara. Anak perempuan pula akan membesar seperti ibunya iaitu ingin menjadi jururawat, setiausaha, eksekutif atau guru. Anak lelaki disuruh jangan menjadi ‘pondan’ dan anak perempuan pula disuruh bersopan. Anak lelaki tidak digalakkan menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi agresif. Mereka biasanya diberi alat permainan berlainan yang bersesuaian dengan gender mereka. Peranan gender diperkembang dan diperkukuhkan lagi di sekolah. Kanak-kanak perempuan diarah ke sudut mainan anak patung dan bermain tali ‘skiping’, manakala kanak-kanak lelaki disuruh bermainblok dan bola. Buku bacaan kanak-kanak menggambarkan ibu mengemas rumah dan ayah pergi ke pejabat. Kanak-kanak perempuan digambarkan sebagai pemerhati dan sentiasa takut, manakala kanakkanak lelaki digambarkan sebagai penyelesai masalah yang berani dan aktif. Kanak-kanak perempuan dijangka pandai mengeja dan mempunyai penulisan yang baik manakala lelaki mesti pandai matematik dan berminat dalam bidang mekanik. Sebaik sahaja akil baligh, motivasi untuk menjadi perempuan atau lelaki bertambah kerana desakan daripada kumpulan sebaya. Apabila meningkat dewasa, pilihan kehidupan lebih menonjol, maksud kewanitaan dan kelelakian menjadi lebih sempit. Perempuan yang pada masa dahulunya mempunyai prestasi akademik lebih baik daripada lelaki akan menurun dan kadangkala merosot sama sekali. Hal ini berlaku kerana “tidak bersifat kewanitaan”.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 Untuk menjadi lebih baik dalam persaingan dengan lelaki, keupayaan menganalisis adalah penting. Keupayaan kanak-kanak perempuan yang lemah menyebabkan prestasi akademik mereka merosot berbanding dengan lelaki. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa latihan berdikari yang biasanya ditekankan bagi kanak-kanak lelaki mungkin merupakan kunci kepada perkembangan pemikiran analitik, misalnya, kajian menunjukkan hubungan antara galakan ibu bapa terhadap sikap berdikari dan keberanian, dengan kebolehan analitik yang cemerlang menyebabkan mereka menolak peranan kewanitaan tradisional. Penolakan jangkaan dan definisi peranan masyarakat biasanya diiringi konflik, ketegangan dan kerisauan. Walau bagaimanapun penerimaan peranan gender tradisional juga mendatangkan akibat yang sama. Sungguhpun kajian tentang akibat psikologi desakan peranan gender terhadap lelaki tidak mencukupi, akibatnya tetap serius. Kaum lelaki terperangkap dalam peranan menjadi penyara hidup yang kuat dan boleh diharapkan, serta terbatas dalam ekspresi emosi mereka. Ini menyebabkan mereka menafikan sebahagian diri mereka dan mengakibatkan penafian hubungan yang terbuka dan intim. Kebanyakan lelaki tidak mempunyai pilihan duduk di rumah dan menjaga anak, sambil isteri mereka menjadi penyara hidup keluarga. Sungguhpun pasangan itu mungkin bahagia dengan pembahagian tugas seperti ini, jarang terdapat lelaki yang melawan desakan masyarakat. Tekanan untuk mencapai kewangan dan kedudukan, bertanggungjawab terhadap tahap ketegangan, tekanan dan kebimbingan yang tinggi di kalangan lelaki mungkin menyebabkankadar serangan jantung yang tinggi di kalangan lelaki yang berumur 40 an ke atas. Penyelidikan menunjukkan lebih wanita menduduki status sosial yang lebih rendah dan peranan sosial yang kurang penting akibat streotaip peranan gender. Penerimaan tradisional kedudukan seperti itu, telah menyebabkan akibat yang amat buruk bagi mereka. Penyelidikan menunjukkan penghargaan kendiri dan pendapat kendiri kanak-kanak perempuan semakin merosot apabila mereka membesar. Kajian yang lain menunjukkan kaum wanita mempunyai prasangka terhadap kaum sejenisnya. Dalam satu kajian terkini di Institusi Pengajian Tinggi,

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 mengatakan 90% pelajar lelaki dan 66% pelajar wanita lebih suka anak lelaki, menghargai “sifat lelaki” lebih daripada “sifat perempuan”, mempercayai bahawa lelaki lebih sesuai untuk kedudukan status tinggi dan kurang mementingkan pencapaian kaum wanita.Nampaknya kaum wanita yang beriorientasi pencapaian tinggi juga takut Berjaya dari segi usaha intelek atau akademik. Akibat peranan jantina terhadap wanita dihuraikan saperti berikut : Apabila anak lelaki dilahirkan, sukar untuk meramalkan apa yang dia akan buat 25 tahun kemudian. ita tidak dapat meramal sama ada dia akan menjadi seorang artis, doktor atau seorang profesor di Institusi Pengajian Tinggi, kerana dia akan dibenarkan memperkembang dan memenuhi potensi unik tersendiri, terutama sekali jika dia berkulit putih dan berasal dari kelas pertengahan. Akan tetapi, jika bayi yang baru dilahirkan itu, seorang perempuan, kita biasanya dapat meramal dengan yakin bagaimana ia akan menghabiskan masa 25 tahun kemudian. Akibat stereotaip peranan gender, sifat individunya tidak perlu dipertimbangkan kerana ia tidak relevan. RUMUSAN Guru perlu memberi kefahaman bahawa pada kebiasaannya lelaki dan wanita mempunyai jangkaan gender yang berbeza. Jangkaan gender biasanya ditentukan oleh masyarakat tetapi ia bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

PERANAN GENDER 1. Pengenalan

Peranan gender ialah set tingkah laku yang ditetapkan oleh masyarakat yang sesuai untuk lelaki dan wanita.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Kejantinaan merujuk kepada jantina biologi sebenar, sama ada lelaki dan wanita. Setiap budaya menentukan peranan seks yang sesuai bagi gender. Apa yang diterima oleh suatu budaya dari segi tingkah laku kelelakian dan kewanitaan tidak semestinya diterima dalam masyarakat lain.

a. Masyarakat Hopi di Arizona, Amerika Syarikat, merupakan masyarakat

matrik.
i.

Nama dan keturunan dirujuk kepada pihak ibu. Sesiapa yang ada hubungan persaudaraan dengan ibu adalah ahli keluarga tersebut.

ii. Masyarakat Hopi dibahagikan kepada suku kaum. Satu suku kaum dirujuk

kepada ibunya. Doa semua ahli keluarga dapat mengesan keturunan mereka daripada
iii. seorang ibu yang sama. Bapa dihormati dan sayangi. Mereka mengenali

anak sendiri tetapi mereka menghabiskan lebih banyak masa dengan anak, kakak dan adik-beradik perempuan daripada anak sendiri. Ini kerana masyarakat Hopi mengemari anak perempuan.
iv. Suami dan isteri mempunyai tugas dan tanggungjawab suku kaum yang

berasingan. Oleh itu, mereka mempunyai kebebasan bergerak. Kaum wanita menjaga tugasan rumahtangga dan membesarkan anak sementara kaum lelaki bekerja di ladang.
v. Dalam masyarakat Hopi kanak-kanak akur dan tidak bersaing. Mereka

jarang bergaduh. Tiada tindakan dikenakan apabila memusnahkan harta benda dan kanak-kanak tidak pernah didenda secara fizikal.
vi. “Hopi” bermaksud “orang keamanan atau baik”. Mereka jarang berperang.

Mereka berjuang hanya untuk mempertahankan diri.
b. Kaum Mundugumor dari New Guinea merupakan masyarakat pemburukepala

manusia. Mereka amat ganas dan agresif.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008
i.

Setiap individu mengesan keturunan mereka melalui ibu bapa yang berlawanan jantina.

ii. Anak lelaki dibesarkan oleh ibu manakala anak perempuan dibesarkan

oleh bapa. Kedua-dua jantina dibesarkan mengikut cara yang serupa untuk berdikari, iii. agresif dan garang.
iv. Anak-anak diajar untuk menentang ibu bapa yang sama jantina dengan

mereka. Masyarakat ini memang tidak gemar dan tidak mahukan anak. Kehamilan dan penyusuan dibenci dan dielak, jika boleh. Pembunuhan bayi diamalkan.
c. Kaum Arapesh ialah orang kawasan pergunungan dari New Guinea. Dalam

masyarakat ini tidak terdapat banyak perbezaaan antara peranan gender.
i.

Kaum lelaki dan perempuan dikehendaki menjaga semua benda hidup.

ii. Bapa juga membantu membesarkan anak.
iii. Tingkah laku agresif tidak digalakkan, terutama sekali tingkah laku yang

merangsang sifat agresif dalam diri orang lain.
iv. Ibu bapa memberi layanan yang sama kepada anak lelaki dan perempuan

dan mereka gembira mendapat anak tanpa mengira jantina.

d. Orang Bali dari Indonesia mempunyai paras rupa yang bertentangan dengan

persepsi orang barat.
i.

Mengikut persepsi orang Barat, kaum lelaki Bali kelihatan seperti perempuan. Lengan dan kaki mereka hampir tidak kelihatan otot besar. Mereka juga mempunyai buah dada

ii. yang besar.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008
iii. Kaum wanita Bali pula kelihatan seperti budak lelaki dengan punggung

dan buah dada yang kecil.
iv. Setiap kali melakukan kerja berat, 50 hingga 100 orang lelaki berkumpul

untuk membuat kerja yang biasanya dilakukan oleh beberapa orang lelaki sahaja dalam budaya lain.
v. Mereka dapat bekerja lama pada kadar yang perlahan dan seolah-

olahnya tidak pernah letih. Mereka gemar menyanyi dan bermain.
2. Dalam budaya kita, perbezaan antara kelelakian dan kewanitaan amat

ketara. Kaum lelaki dengan sifat kelelakian sementara kaum wanita dengan sifat kewanitaannya. Kini lelaki dan perempuan perlu mempunyai beberapa sifat personaliti yang dahulunya dianggap sebagai khas kepada satu gender sahaja. a. Kelelakian dan kewanitaan boleh dianggap sebagai di hujung satu kontinum.
e. Walaupun lelaki dengan kelelakiannya, terdapat juga sifat kewanitaan

padanya. Begitu juga wanita dengan sifat kewanitaannya turut mempunyai sifat kelelakian padanya.
f.

Perbincangan tentang kelelakian dan kewanitaan dalam masyarakat kita sepatutnya mengiktiraf bahawa peranan lelaki dan perempuan berada dalam keadaan transisi.Perbezaan antara tingkah laku kewanitaan dan kelelakian tidak begitu jelas seperti dahulu.

g. Perbincangan berkaitan peranan lelaki dan wanita perlu mengambil kira nilai.

Sungguhpun ramai berpendapat bahawa penilaian dan perubahan dalam peranan lelaki dan wanita adalah baik, namun masih ramai yang berpendapat bahawa peranan stereotaip perlu dikekalkan.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008
3. Kita tahu bahawa kanak-kanak mempelajari peranan lelaki dan perempuan

pada umur 2 atau 3 tahun, dan budaya kita mengandaikan bahawa adalah lebih baik seseorang itu akur kepada jangkaan peranan gender yang diterima masyarakat. Beberapa kajian akademik mempersoalkan kebaikan, jangkaan peranan stereotaip ini.
a. Mussen (1940), ahli psikologi kanak-kanak di Universiti California, telah

mengkaji sifat kelelakian pada tahun 1940 an. Beberapa orang remaja lelaki berumur antara 17 hingga 28 Tahun , dinilai dengan menggunakan ; i. Skala KelelakianTinggi Rendah dan ii. Inventori Pengubahsuaian California

Dua puluh tahun kemudian temubual tindakan susulanmenunjukkan dapatan berikut tentang kumpulan lelaki itu, yang sudah berumur 27 hingga 48 tahun.
i.

Kumpulan yang telah diberi kadar kelelakian sangat tinggi semasa remaja, apabila diuji semula 20 tahun kemudian didapati :

• •

mereka kurang menerima diri sendiri dan kurang dominan. mereka merasa amat perlu merendahkan diri dan memencilkan diri sendiri. mereka dinilai sebagai kurang bersifat sosial, kurang yakin diri, berkemungkinan kurang menjadi pemimpin, dan kurang mengenali diri sendiri.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008
ii. Kumpulan yang diberi kadar kelelakian rendah semasa remaja dinilai pula

sebagai mesra, cerdas, stabil dari segi emosi, sensitif dan canggih setelah diuji semula 20 tahun kemudian.
b. Kajian tahap kewanitaan di kalangan remaja perempuan menunjukkan

yang sangat bersifat “kewanitaan” biasanya dihuraikan sebagai sangat bergantungan, malu, bercakap perlahan, menyerah, bersifat kanak-kanak dan mudah ditipu. Semua sifat berkaitan dengan tahap kebimbangan yang tinggi dan penerimaan sosial yang rendah ada pada mereka.
c. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa budak lelaki dan perempuan yang

akur pada peranan gender stereotaip tradisional mencapai skor yang lebih rendah dalam ujian kecerdasan dan kreativiti.

4. Terdapat beberapa mitos biasa tentang perbezaan jantina yang tidak

dibuktikan. a.
b. c. d. e.

Budak perempuan lebih bersifat sosial daripada budak lelaki. Budak perempuan lebih mudah dipengaruhi berbanding budak lelaki. Budak perempuan mempunyai penghargaan kendiri yang lebih rendah daripada budak lelaki. Budak perempuan kurang bermotivasi untuk mencapai kejayaan. Budak perempuan lebih baik dalam pembelajaran yang bersifat rutin. Budak lelaki lebih analitis daripada budak perempuan.

f.

5. Pergerakan Hak Wanita (Feminisme)
a. Pergerakan Pembebasan Wanita muncul di Amerika Syarikat pada

awal 1960 an. The Feminine Mystique sebuah buku oleh Betty Friedan, mengambarkan ketidakpuasan hati yang meluas di kalangan

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 wanita, telah mempengaruhi dan merangsang ke arah kajian semula peranan lelaki dan wanita.
b. Banyak idea penting telah timbul daripada pergerakan wanita.

Fenomena ini dicerminkan oleh perubahan signifikan dalam banyak institusi sosial, kesenian, muzik, penulisan, adat pergaulan, perkahwinan, fesyen, dasar pekerjaan dan sebagainya.
c. Semasa kaum wanita mengkaji stereotaip peranan lelaki dan wanita,

kaum lelaki juga telah menilai semula definisi stereotaip tentang kelelakian. Hal ini telah membawa kepada banyak kesepaduan daripada sifat personaliti stereotaip dan aktiviti stereotaip perempuan ke dalam sifat personaliti dan aktiviti lelaki.
d. Jelasnya, institusi sosial kita berkaitan dengan peranan lelaki dan

perempuan serta keluarga berada dalam keadaan transisi yang besar sehingga lelaki dan perempuan mencapai keseimbangan dalam kehidupan mereka. Kesimpulan
1. Dorongan seks adalah naluri berkaitan keperluan asas manusia. Ia

merupakan naluri yang perlu untuk pemuliharaan manusia. 2. Dorongan seks diperlihatkan seperti berikut: a. tarikan terhadap gender yang berlainan b. jatuh hati c. pemujaan individu sebagai ‘hero’ d. mempunyai teman tetap e. pergaulan dengan gender yang berlainan.
3. Antara masalah emosi yang berkaitan dengan dorongan seks adalah: a. memutuskan persahabatan kerana bertambahnya bilangan sahabat

termasuk daripada gender berlainan. b. rasa bersalah kerana aktiviti merancap.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 c. ejek-mengejek.
d. tidak dapat menumpukan perhatian kepada apa-apa pun untuk

tempoh masa yang panjang. e. Berkhayal

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

PERTUMBUHAN FIZIKAL KANAK-KANAK Pada peringkat awal prasekolah, kebanyakan perkembangan kanakkanak meningkat dengan pesatnya. Saiz badan kanak-kanak mengalami perubahan apabila lemak di dalam badan mengalami penurunan 12% daripada berat badan manakala anggota badan yang lain mengalami perkembangan. Perkembangan fizikal ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya, Genetik Pemakanan Kewangan keluarga Bangsa Perkembangan kanak-kanak prasekolah tidak sepesat semasa mereka bayi. Pertumbuhan kanak-kanak lelaki dan perempuan agak setara, di mana purata kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun mempunyai ketinggian 38 inci dan berat 33 paun. Sementara kanak-kanak perempuan lebih kecil dan agak ringan (Tanner, 1978). Di sini pengaruh genetik memainkan peranan penting apabila ibu bapa tinggi, anak-anak mereka juga mengalami perkembangan yang pesat dan agak tinggi daripada kanak-kanak sebaya mereka.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar pertumbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas bayi berusia 1 tahun. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan, kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan rupa paras. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun akan kelihatan lebih dewasa berbanding dengan kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Misalnya lapisan lemak yang tebal dalam badan bayi yang berusia satu tahun yang memberikan rupa bayi (babyish appearance) semakin berkurangan selepas usia bayi memasuki tahun kedua. Misalnya, pinggang kanak-kanak berusia 6 tahun lebih kecil daripada bahu dan pehanya jika dibandingkan dengan bayi yang mempunyai pinggang yang sama dengan dada dan pehanya. Saiz pinggang bayi yang besar adalah disebabkan oleh ketebalan tisu lemak dan kadar pertumbuhan organ dalaman yang lebih cepat daripada bahagian-bahagian lain. Selain pinggang, kanakkanak juga mempunyai saiz dan panjang kepala yang lebih seimbang jika dibandingkan dengan bayi. Panjang kepala bayi yang baru dilahirkan didapati meliputi satu perempat daripada keseluruhan ketinggiannya, manakala panjang kepala kanak-kanak yang berusia antara 2 hinggan 6 tahun berubah daripada satu perlima kepada satu perlapan keseluruhan saiz badannya (Lefrancois, 2001). Purata kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak pada peringkat ini ialah 2½ inchi dan 5 hingga 7lb setahun. Kanak-kanak perempuan adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Misalnya purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun ialah antara 35.5 hingga 40 inchi dan 25.5 hingga 36.5 lb, manakala kanak-kanak lelaki pada usia yang sama mempunyai purata ketinggian lebih kurang 36 hingga 41 inchi dan berat antara 27 hingga 38 lb. Pertambahan berat tahunan agak tekal dan kemudian beransur kurang sehingga mencapai umur baligh. Kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan kelihatan langsing (slim down) apabila mencapai usia pra sekolah kerana badan menjadi panjang walaupun kepala masih kelihatan

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 lebih besar daripada badan. Pada akhir peringkat prasekolah badan kanakkanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemak menurun, oleh itu rupanya tidak lagi kelihatan tembam. Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai lebih banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang mempunyai lebih banyak tisu oto. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti mulnutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ramai ibu bapa berpendapat, perbezaan jantina bukan saja

mempengaruhi kadar perkembangan kemahiran, malah juga jenis kemahiran itu. Dari segi perkembangan fizikal misalnya, kanak-kanak perempuan mengalami pertumbuhan lebih cepat berbanding lelaki. Mereka juga mencapai tahap kematangan dan keremajaan lebih. Selain itu, pertumbuhan fizikal kanak-kanak perempuan lebih tetap dan mudah diduga berbanding kanak-kanak lelaki. Sebelum peringkat akil baligh, kekuatan dan kepantasan kanak-kanak perempuan dan lelaki tidak banyak berbeza. Tetapi selepas peringkat akil baligh, kanak-kanak lelaki menjadi lebih kuat dan lebih pantas.

PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA PEREMPUAN • • • • • • •

Buah dada (payudara) mula membesar. Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari. Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan. Jerawat mula tumbuh. Mula didatangi haid. Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang. Perubahan bau badan Kehadiran jerawat di muka

PERUBAHAN SEMASA AKHIL BALIGH PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA LELAKI • • • • • • Suara menjadi garau. Misai dan janggut mula tumbuh. Bahu dan dada menjadi bidang. Jerawat mula tumbuh. Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akhil baligh. Zakar dan buah zakar mula membesar.

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahanperubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 seorang individu dengan individu yang lain.

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN FIZIKAL DEWASA PERTENGAHAN Lazimnya tanda-tanda penuaan akan mula kelihatan apabila umur semakin meningkat dan ia jelas kelihatan pada perubahan fizikal seseorang. Perubahanperubahan fizikal yang berlaku adalah seperti berikut: • Uban dan keguguran rambut Rambut akan mula beruban bila mencapai dewasa pertengahan dan ia menjadi semakin banyak. Keguguran rambut juga menjadi semakin kerap. Rambut mula menipis dan jarang.

Kulit berkedut Kulit akan mula berkedut dan tidak licin lagi berbanding sewaktu muda bagi orang yang mencapai dewasa pertengahan.

Menopause dan ‘Climectrium’ Perempuan akan berhenti haid apabila capai umur dewasa pertengahan manakala lelaki pula akan mengalami perubahan pada daya tarikan seksual mereka. Perubahan ini memberi impak yang besar terhadap emosi individu dewasa pertengahan ini.

Osteoporosis,gigi palsu Pada tahap dewasa pertengahan, tubuh badan memerlukan kalsium yang tinggi tetapi berikutan usia yang semakin meningkat, ia semakin sukar diserap.Kekurangan kalsium akan menyebabkan individu dewasa pertengahan mengalami masalah seperti gigi yang mudah mereput dan meningkatkan kecenderungan penggunaan gigi palsu .Disamping itu,

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 osteoporosis akan menyerang orang yang mencapai dewasa pertengahan terutamanya kaum wanita berbanding lelaki • Ingatan merosot Ingatan akan mula merosot apabila mencapai tahap dewasa pertengahan berikutan sel-sel neuron yang semakin berkurangan. Keadaan ini akan memberi kesan terhadap kehidupan harian seperti terlupa perkaraperkara penting mahupun sampingan, contohnya tidak dapat mengingat nombor telefon, tarikh-tarikh penting dan sebagainya. • Penyakit lain Penyakit mudah menyerang jika tidak menjaga badan dengan baik dari muda,seperti diabetes, kegemukan, sakit jantung,gout, penyakit Parkinson, dementia dan lain-lain.Organ badan mula merosot dan tidak berfungsi dengan baik. PERUBAHAN FIZIKAL LELAKI DAN PEREMPUAN

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Perbezaan lelaki dan perempuan.

Firman Allah SWT di dalam kisah Mariam bermaksud : Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia : "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan(sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki)", dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkan itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan. (Ali Imran-36)

Wanita dan lelaki.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Dua nama yang berbeza. Bukan sahaja berbeza pada nama, bahkan dari pelbagai sudut, baik dari segi fizikal, mental, mahupun perasaan. Namun, para ulamak telah bersepakat menyatakan bahawa wanita menyamai lelaki dari sudut kewajipan, kemuliaan, dan tanggungjawab.

Justeru, jika diperhatikan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan, jelas perbezaan dapat dilihat walaupun tanda-tanda kewanitaan dan kelelakian masih tidak terserlah. Kanak-kanak perempuan lebih bersifat keibuan, sukakan anak patung, mempunyai kemahuan dan cenderung kepada perkara-perkara yang berkait dengan diri para wanita berbanding kanak-kanak lelaki. Ahli-ahli psikologi terutama ahli psikologi kanak-kanak dan orang tua menyatakan bahawa wanita mempunyai keistimewaan-keistimewaan selain keistimewaan dari segi biologi di samping perbezaan yang jelas antara tubuh badan lelaki dan wanita.

Menurut kajian ahli perubatan, wanita adalah lebih rendah dari lelaki walau apa jenis sekalipun wanita tersebut dan purata antara ketinggian lelaki dan wanita selepas sempurna pertumbuhan adalah 10cm. Begitu juga dari sudut berat badan. Kerangka perempuan lebih ringan dari kerangka lelaki yang menjadikannya kurang keupayaan dalam pergerakan dan tindakan berbanding lelaki. Sendi-sendinya lebih lemah berbanding lelaki dengan kadar 1/3 akan tetapi melebihi lelaki dengan satu-satunya sel yang mempunyai banyak kandungan darah.

Begitu juga dengan otak. Otak lelaki 100gm lebih berat daripada otak perempuan dan nisbah berat otak lelaki kepada badannya ialah 1/40 serta perempuan ialah 1/44. Otak juga terbahagi kepada beberapa bahagian; bahagian 'kemahuan' dan 'kehendak' dalam otak wanita adalah paling kecil akan tetapi perasaan dan emosi melebihi kaum lelaki. Dada dan peparu wanita tak seluas dada lelaki tetapi

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 pernafasan wanita lebih cepat berbanding lelaki. Jantung wanita juga lebih kecil tetapi denyutannya lebih cepat daripada denyutan jantung lelaki.

Oleh yang demikian, setelah mengetahui secara saintifik perbezaan antara lelaki dan perempuan, dapat dikonklusikan bahawa setiap daripada kita mempunyai kelemahan. Tak perlu dan tak berguna untuk kita bermegah-megah dengan kecantikan, ilmu, dan kemahiran kerana perkara-perkara tersebut tidak akan kekal dan tidak memberi apa-apa saham jika tidak diiringi dengan niat yang ikhlas dan berpakaian takwa. Perlu diketahui juga bahawa kita semua adalah pelengkap antara satu sama lain. Allah menjadikan perempuan itu lemah kerana di sampingnya ada lelaki yang kuat. Tidak sempurna hidup jika tiada sikap tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan." (Al-maidah-2).

Lelaki Lelaki ialah salah satu daripada dua jantina manusia, iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan istilah "lelaki" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai jantan. Umur

Lelaki dewasa merupakan tempoh atau rencana hidup seorang lelaki selepas dia berubah daripada lelaki kanak-kanak. Kebanyakan budaya mempunyai upacara adat resam untuk manandakan permulaan kedewasaan seseorang lelaki, umpamanya "Chrismation" dalam beberapa cabang agama Kristian, "B'nai Mitzvah" dalam agama Yahudi, ataupun hanya perayaan hari jadi kelapan belas atau kedua puluh satu. Hari bersejarah bagi khatan adalah hari dimana putik kepala iaitu sedikit kulit akan dipotong dengan alatan tajam atau menggunakan teknologi terkini seperti laser dan pemotong berasaskan elektrik.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Biologi dan jantina Lelaki-lelaki mempunyai pelbagai ciri jantina yang membezakan mereka daripada perempuan. Serupa dengan perempuan, organ seks mereka merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan yang terdirinya daripada zakar, testikel, vas deferens serta korda spermatik yang lain, dan kelenjar prostrat. Sistem pembiakan lelaki ditujui semata-mata untuk penghasilan dan pemancutan air mani yang membawa sperma dan maklumat genetik. Oleh sebab sperma memasuki uterus perempuan dan kemudiannya salur falopia untuk mensenyawakan telur yang akan berkembang menjadi fetus ataupun anak, sistem pembiakan lelaki tidak bermain sebarang peranan sewaktu gestasi. Konsep kebapaan dan keluarga terwujud di setiap masyarakat manusia. Ciri-ciri jantina sekunder seperti bulu roma dan pertumbuhan otot dipergunakan untuk menarik perhatian pasangan atau untuk menewaskan pesaing. Bagaimanapun, kesemua ciri sekunder itu seringnya berkaitan dengan pembiakan. Berbeza dengan perempuan, kebanyakan daripada organ seks lelaki terdiri daripada bahagian-bahagian luar, walaupun terdapat juga bahagian dalaman, umpamanya kelenjar prostrat. Penyelidikan pembiakan lelaki dan organ-organ berkait digelarkan andrologi. Kebanyakan walaupun bukan kesemua lelaki mempunyai kromatik 46/XY. Secara amnya, lelaki mengalami banyak penyakit yang serupa dengan perempuan. Bagaimanapun, terdapatnya sebahagian penyakit seks yang terjadi hanya, atau lebih kerap kali, pada lelaki sahaja. Umpamanya, lelaki lebih kerap mengalami autisme dan kebutaan warna, berbanding perempuan. Sebahagian penyakit-penyakit berkait umur, seperti penyakit Alzheimer, kelihatannya lebih lazim di kalangan lelaki, walaupun tidak pasti adakah ini disebabkan oleh kejadian yang benar-benar lebih banyak ataupun kerana lelaki mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding perempuan.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 Faktor-faktor biologi biasanya tidak merupakan penentu tunggal untuk menganggapi adakah seseorang itu dikira lelaki atau tidak. Umpamanya, ramai lelaki dilahir tanpa fisiologi lelaki yang tipikal (anggarannya berbeza-beza di antara satu per-2,000, dan satu per-100,000), dan sesebahagian individu dengan kromosom XY boleh mempunyai perbezaan hormon ataupun perbezaan genetik (seperti sindrom ketidaksensitifan androgen), atau keadaan interseks yang lain; seseparuh orang interseks dan orang-orang lain yang mempunyai jantina tertentu sewaktu dilahir, kemudian menggantikan jantina mereka. (Lihat juga: Identiti jantina, peranan jantina dan lelaki trans.) Tambahan pula, 20% daripada lelaki-lelaki di Amerika Syarikat, Filipina, dan Korea Selatan, serta orang-orang yang beragama Yahudi dan Islam menjalani penyunatan yang merupakan suatu proses untuk mengubahkan keadaan zakar daripada keadaan asli melalui pembuangan kulit khatan.

ORGAN REPRODUKTIF LELAKI Peranan jantina

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 Perdebatan hebat di kalangan masyarakat-masyarakat Barat menumpukan kepada perbezaan persepsi dari segi sosial, intelektual, atau emosi antara lelaki dan perempuan. Perbezaan-perbezaan ini amat susah dijumlahkan disebabkan alasan-alasan sains dan politik. Beberapa tuntutan stereotaip lelaki yang kekadang dikemukakan untuk perbandingan dengan perempuan adalah seperti berikut :

Lebih bersikap agresif berbanding perempuan. Bagaimanapun, dalam hubungan interpersonal, kebanyakan penyelidikan mendapati bahawa keagresifan antara lelaki dan perempuan adalah serupa sahaja. Bagaimanapun, lelaki cenderung lebih agresif di luar rumah dan sebaliknya.


Lebih bersikap pertandingan, tetapi juga lebih keras kepala berbanding perempuan. Mempunyai lebih keyakinan diri (malahpun kekadang sombong juga) dan mempertunjukkan kemahiran kepimpinan yang lebih baik berbanding perempuan.

• •
• • •

Lebih dapat mengawal perasaan dan kurang beremosi. Mempunyai lebih kemahiran teknikal dan pengurusan berbanding perempuan. Lebih cenderung kepada pemikiran abstrak berbanding perempuan. Kurang kemas (lebih kotor) berbanding perempuan. Lebih gemar bercakap dan lebih cenderung mencelah semasa orang sedang bercakap berbanding perempuan. Lebih cenderung membuat perbezaan antara homoseksual dan lesbian. Lebih cendurung menyindir dan menggunakan metafora dalam

perbualan. Sebahagian daripada perbezaan-perbezaan ini telah didukung oleh penyelidikan saintifik, tetapi terdapatnya juga yang tidak. Kesemua ini harus diterima dengan

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 berhati-hati kerana terdapat kelainan yang amat besar di kalangan lelaki dan perempuan. Sebilangan daripada stereotaip di atas tidak diperlihatkan dari segi yang sama dengan masa kini (iaitu, penggunaannya dalam aspek dan lingkungan penghidupan yang tertentu, seperti kerja berlawan rumah) sehingga abad ke-19, bermula dengan pengindustrian. Dari segi rupa dan perawakan, tidak banyak lelaki dalam budaya Barat menggunakan kosmetik atau pakaian yang secara amnya terkait kepada perempuan. (Berbuat demikian dikenali sebagai pemakaian silang dan, secara amnya, dipandang hina.)

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

Gaya kognitif dan gaya belajar. Persoalan pencapaian akademik yang tidak seimbang di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan pada masa ini adalah merupakan satu isu pendidikan yang semakin ketara serta perlu diberi perhatian. Kesan jangka panjang ketidakseimbangan ini akan banyak mempengaruhi polisi pendidikan pada masa akan datang. Ketidakseimbangan yang begitu ketara dari segi bilangan pelajar lelaki dan perempuan di pusat-pusat pengajian tinggi adalah menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih baik pencapaian akademiknya dibandingkan dengan pelajar lelaki. Nampaknya trend ini bukan sahaja berlaku di negara ini malah juga berlaku di kebanyakan negara di seluruh dunia. Ia merupakan satu fenomena global. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, maka sistem pendidikan di Malaysia harus menekankan kepentingan memahami perbezaan individu di kalangan pelajar bagi meningkatkan potensi pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan individu merupakan ciri yang membezakan seorang individu dengan individu yang lain. Dari segi fizikal, individu jelas berbeza dari segi jantina, bentuk fizikal badan, tahap kesihatan dan sebagainya. Dari segi kognitif, perbezaan dilihat dari segi keupayaan melakukan persepsi,

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 pemahaman, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menunjukkan respon terhadap maklumat yang diterima. Manakala, dari segi afektif, individu berbeza dari sudut personaliti, kecenderungan perasaan, tanggungjawab, motivasi dan tahap interaksi dengan rakan sebaya. Walaubagaimanapun, perbezaan individu dari segi gaya kognitif dan gaya belajar memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan potensi pembelajaran di kalangan pelajar. Dalam beberapa dekad yang lalu, perhatian yang berat telah diberikan kepada perbezaan jantina dalam peperiksaan pencapaian tara atau nasional. Perbezaan yang menunjukkan pelajar lelaki mempunyai kelebihan sedikit dalam matematik dan sains dan pelajar perempuan mempunyai kelebihan dalam kebolehan lisan dan komunikasi. Ini banyak dijelaskan dalam kajian-kajian dan penulisan lalu. Soalan sering timbul tentang sama ada pelajar lelaki yang mendapat pencapaian purata lebih tinggi daripada pelajar perempuan dalam Sains misalnya adakah disebabkan oleh perbezaan pencapaian yang sebenar, atau terdapat bias dalam Ujian atau kombinasi kedua-duanya. Dalam konteks yang lebih mikro, perbezaan ini juga telah dilihat dari segi pencapaian pelajar ke atas pelbagai format ujian yang digunakan. Dalam kajian lepas menunjukkan bahawa di kalangan pelajar sekolah tinggi dan kolej di dapati pelajar perempuan lebih baik pencapaiannya ke atas pentaksiran berbentuk esei di bandingkan dengan pentaksiran berbentuk anika pilihan. (O’Neil & Brown, 1997). Penjelasan tentang perbezaan jantina ini adalah daripada pelbagai sebab, misalnya sebab genetik atau sosial. Walaupun sesetengah penyelidik berpendapat pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kebolehan yang masalah, kajian juga menunjukkan berbeza dalam menyelesaikan pendekatan bahawa perbezaan

menyelesaikan masalah juga digunakan ke atas pelbagai format pentaksiran. Herman et. Al (1994) misalnya melaporkan yang pelajar menggunakan proses pentaakulan yang berbeza ke atas kedua-dua format esei (pentaksiran persembahan) dan anika pilihan. Pada umumnya, pelajar akan cenderong menggunakan pendekatan cuba jaya (trial-and-error) atau tekaan untuk item anika pilihan dan menggunakan pentaakulan matematikal untuk item terbuka.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 .

Pentaksiran Tara dan Perbezaan Jantina Berkaitan dengan perbezaan jantina dalam pencapaian ujian tara ini, terdapat beberapa penjelasan yang mungkin boleh diberikan. Kebanyakan sarjana percaya terdapat kecenderongan tertentu dalam gaya berfikir dan tret perlakuan pelajar perempuan tidak begitu serasi/sepadan dengan format anika pilihan yang perlu pantas dan agak menekan. Pelajar perempuan lebih fokus dalam proses pembelajaran dan mungkin berasa lebih bimbang dan kecewa serta kurang yakin dalam situasi ujian yang memerlukan kepantasan dan ini memberi tekanan kepada mereka. Banyak kajian menunjukkan yang pelajar perempuan lebih bimbang tentang peperiksaan (test-anxiety) daripada pelajar lelaki. Di samping itu, pelajar perempuan lebih berhati-hati serta tidak berani mengambil risiko semasa ujian tara, ini menyebabkan mereka kurang suka meneka dibandingkan dengan pelajar lelaki. Ini menjadikan mereka dalam kedudukan tidak beruntung apabila jawapan salah tidak diberi apa-apa penalti. Pelajar perempuan juga apabila menjawab soalan ujian tara akan lebih menggunakan teknik metode dan kemahiran seperti menyusunatur, sintesis, analisis dalam menyelesaikan sesuatu masalah, dan jarang menggunakan metod ‘short-cut’ yang biasanya digunakan oleh pelajar lelaki. Otak lelaki dan perempuan Terdapat tiga pekara besar yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Pertamanya adalah struktur fizikal atau biologinya, kedua; organ pembiakannya. Dan ketiga adalah cara berfikir atau cara ia menggunakan otak untuk berfikir dan bertindak balas.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 Dan melalui kajian terbaru, ahli saintis neuro membuktikan perbezaan dalam cara berfikir ini mempunyai alasan biologi. Iaitu berdasarkan cara otak digunakan dan struktur otak bagi seorang lelaki atau perempuan. Sepertimana struktur biologi lelaki- perempuan yang berbeza seperti perbezaan dada, pinggul, bentuk leher, organ pembiakan, kulit dan sebagainya, sebenarnya kajian terbaru dari sains otak menunjukkan otak antara lelaki dan perempuan juga berbeza antara beberapa struktur di dalam otak itu sendiri. Maka, walaupun ia tidak memberikan perbezaaan dari segi kecerdasan, tetapi ia tetap memberi perbezaaan kepada cara berfikir kedua-dua jantina ini. Memang banyak pekara yang perlu disentuh tentang perbezaaan antara lelaki dan perempuan berdasarkan struktur otak kedua jantina ini. Jika para lelaki lebih kepada system analisisnya (lebih pada otak kiri), tetapi yang nyata, perempuan berat bertindak balas berdasarkan emosinya (lebih pada otak kanan dan lebih seimbang penggunaan kedua-dua belah otak). Ini kerana kadar keluasan sistem limbik (satu struktur di dalam otak) yang lebih pada perempuan berbanding lelaki. Sistem limbik ini juga adalah tempat di mana pengaturan emosi manusia berlaku. Kerana itu , perempuan perlu didepani dan lebih sensitif pada emosi mereka. Maka tidak hairan perempuan mudah menangis, gembira, takut, cemas, ceria dan sebagainya sebahagian dari refleksi dari dalam diri mereka kerana tindakbalas neurotransmit yang berlaku di dalam otak mereka. Malah kemurungan juga lebih banyak berlaku pada perempuan kesan dari kecenderungan dan cara otak mereka bekerja yang lebih kepada emosi. Kerana itu juga para wanita menjadi ibu iaitu menjaga dan membesarkan anak-anak berbanding lelaki. Kesan dari pengaruh emosi yang kuat bagi perempuan. Bila berdepan dengan perempuan, gunakan kelebihan mereka supaya mudah bagi lelaki dapat berinteriksi dengan perempuan. Puji dan beri perhatian pada mereka kerana emosi mereka mudah berubah jika kena pada tempatnya

Sebab wanita lebih pandai belajar.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 Apakah lelaki baik di sekolah, universiti atau dalam dunia korporat dan perkhidmatan awam tidak sepandai dan sededikasi berbanding dengan wanita? Kekuatan biologi wanita memperagakan manifestasi kecenderungan yang dianggap baru ini. Dominasi kaum wanita di bidang pendidikan tinggi merupakan bukti kekuatan biogenetik tersebut. Mengapa mereka lebih terampil dalam menguasai ilmu? Kalangan pakar menganggap kelebihan itu terletak pada kehebatan genetik mereka. Dikatakan kaum wanita menyimpan lebih banyak informasi genetik daripada kaum lelaki. Pemilikan dua X kromosom seks pada kaum wanita memberi kelebihan yang cukup bermakna. Contohnya wanita lebih sensitif terhadap pemilihan warna kerana mereka memilik gen yang dapat membezakan warna merah hijau dengan lebih baik daripada kaum lelaki. Sebab yang samalah kes-kes buta warna hampir keseluruhannya melibatkan kaum lelaki. Walaupun wanita menjadi pembawa gen buta warna, mereka tidak mengalaminya oleh kerana pemilikan dua kromosom X tersebut. Sedangkan kromosom Y kaum lelaki tidak mampu meneutralkan kekuatan gen buta warna sehingga mereka mengalami kebutaan terhad itu. Dengan kata lain, mata wanita lebih unggul daripada lelaki dan barangkali keunggulan itu juga melibatkan penggunaan secara efisien fungsi mata yang lain. Di samping mempunyai penglihatan yang tajam daripada lelaki, wanita memiliki pendengaran yang lebih baik. Tidak hanya berkemampuan mendengar lebih baik, keterampilan berkomunikasi lisan memang diketahui umum lebih hebat daripada kaum lelaki. Kini para saintis berpendapat, wanita memang mempunyai kelebihan dalam bidang akademik kerana otak wanita dibentuk untuk kecemerlangan tersebut dan kebanyakan peperiksaan dikatakan mempunyai kecenderungan gender, lebih memihak kepada kaum perempuan. Para saintis kini percaya wanita berfikir dengan kedua-dua belah hemisfera otak sedangkan kaum lelaki menggunakan hanya satu sisi hemifera otak untuk berfikir. Analogi yang paling dekat barangkali pesawat terbang yang berenjin kembar dengan yang berenjin tunggal. Atau

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 ibarat wanita menggunakan kedua-dua komputer sedangkan kaum lelaki hanya mampu menghidupkan satu daripada dua yang mereka sama-sama miliki. Meskipun otak wanita lebih kecil sainznya tetapi ia dapat berfungsi lebih berkesan daripada otak lelaki. Ini disebabkan adanya perbedazaan anatomi yang nyata antara lelaki dan wanita terutamanya pada struktur otak yang dikenali sebagai `corpus callosum’. “Corpus callosum’ merupakan seberkas serat-serat saraf yang menghubungkan hemisfera otak kiri dan kanan. Telah dibuktikan `corpus callosum’ wanita lebih tebal dan lebih berisi daripada lelaki. Kelebihan anatomik ini memungkinkan lebih banyak pertukaran maklumat antara keduadua hemisfera otak mereka. Kajian autopsi (single blind) membuktikan jaringan antara sel-sel otak lebih banyak dan lebih padat pada wanita daripada lelaki. Maka tidak hairanlah mengapa otak mereka lebih superior dalam bidang tertentu daripada lelaki. Untuk memahami perbezaan antara otak lelaki dan wanita, kita tidak lari daripada meninjau tentang evoluis manusia itu sendiri. Lelaki prasejarah sentiasa aktif dan agresif, menggunakan lebih 14,000 kalori sehari untuk berburu. Sedangkan wanita prasejarah lebih banyak mengurus kediaman, anak dan makanan bukan daging (gathered). Kaum wanita lebih banyak berkomunikasi secara verbal di antara mereka. Sifatsifat mereka amalkan ialah bekerjasama dan bermuafakat sedangkan kaum lelaki bersifat agresif, saling bersaingan sama sendiri dan bunuh membunuh antara mereka. Keadaan hiperakitivi mereka ini sangat dipengaruhi oleh kadar hormon testosteron. Dalam konteks moden, perbezaan antara lelaki dan wanita masih mewakili sifatsifat prasejarah mereka. Sebagai contoh, lihat saja kalau kaum wanita pergi membeli-belah, bandingkan pula dengan kaum lelaki ingin membeli sesuatu seperti seolah-olah dia membawa lembing, sasar lantas baling. Tidak berbeza dengan lelaki prasejarah tersebut. Sedangkan proses beli-belah kaum wanita lebih complicated lagi. Ada peringkat survei pra-beli, peringkat explorasi hampir kesemua department store, perbandingan harga dan kemahiran pemilihan

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 barangan. Semuanya memerlukan latihan minda yang terus memakai otak mereka. Lelaki kalau hendak membeli, tuju seksyen terbabit, pilih dan bayar. Hal yang serupa dapat diperhatikan di taman mainan. Kanak-kanak lelaki tampak lebih aktif dengan banyak pergerakan fisikal sedangkan kanak-kanak perempuan duduk berkumpul dan bersembang (cit-cat). Kemahiran berkomunikasi ini kaum wanita kembangkan sejak masih kecil lagi. Tidak hairanlah mengapa Datuk Abdullah Ahmad begitu terpesona sekali dengan record of conversations yang beliau terima daripada seorang penulis wanita. Tentunya evolusi telah menyempurnakan tugas tersebut yang telah mereka laksanakan beratus ribu tahun yang lalu. Tanya kanak-kanak lelaki apa yang mereka buat di taman mainan. Jawapannya pendek saja, satu perkataan, main. Pertanyaan yang sama diajukan kepada kanak-kanak perempuan, mereka boleh bercerita cukup panjang, pantas untuk dibuat soap opera. Oleh yang demikian, apabila membincangkan fungsi otak berkaitan pertuturan, ejaan dan nahu, kaum wanita dapat menggunakan otak mereka secara lebih berkesan daripada lelaki. Untuk fungsi-fungsi tersebut, kaum wanita menggunakan otak kiri secara fokus. Sedangkan kaum lelaki mengguna otak kiri secara umum sehingga kaum wanita muncul juara dalam pertuturan, ejaan dan nahu bahasa. Perbezaan organisasi otak lelaki dan perempuan telah membentuk mereka sangat berbeza dalam cara pemikiran. Jadi otak lelaki dan wanita berkembang melalui corak yang berbeza sesuai dengan kemahiran yang diharapkan mereka kuasai. Otak lelaki di`disign’ hanya untuk menerima yang penting dan umum sahaja sedangkan otak wanita direka bentuk untuk menangani hal-hal yang terperinci dan kadang-kadang anggapan kaum lelaki remeh-temeh. Seorang saintis Kanada telah membuat kajian perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam satu ujian bercakap sambil melihat peta. Beliau dapati kaum lelaki dapat melakukan tugasan itu dengan mudah tetapi kaum wanita tidak dapat berbuat lebih baik daripada kaum lelaki. Hal ini jelas membuktikan perbezaan dalam organisasi otak antara jantina. Dalam penguasaan perbendaharaan kata dan pentakrifan perkataan, wanita unggul mendahului

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 lelaki kerana menggunakan kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan serentak sedangkan kaum lelaki hanya menggunakan otak sebelah kiri sahaja. Begitu juga dengan persepsi penglihatan dan orientasi ruang, kaum lelaki mempunyai kelebihan oleh kerana mengguna otak kanan sahaja secara khusus dan fokus sehingga amat berguna untuk kegiatan luar seperti berburu seperti nenek moyang kita lakukan di zaman prasejarah Rata-rata kaum wanita amat teruk dalam acara membaling dart kerana walaupun menggunakan kedua-dua otak mereka tetapi operasinya secara menyeluruh, tidak khusus dan tidak fokus. Berbeza kalau mereka bersembang/bercakap/berbual/menulis/mengeja. Mereka lebih jempolan. Perbezaan ini jelas berkaitan dengan kegiatan evolusi masa silam di mana kaum lelaki mahir menggunakan lembing dan anak panah untuk tujuan berburu. Sedang kaum wanita berkumpul di rumah, bersembang (apa lagi) sehingga penggunaan dan penguasaan bahasa mereka lebih unggul. Sehingga sekarang pun mereka hebat dalam bidang ini. Kaum wanita kuat sembang. Sebenarnya bersembang pun ada kesan positifnya. berkomunikasi secara lisan dengan kanak-kanak dapat meningkatkan IQ mereka. Dikatakan kanak-kanak bawah lima tahun yang dibesarkan dalam keluarga miskin di Amerika rata-rata mempunyai IQ yang rendah berbanding kanak-kanak yang dibesarkan oleh keluarga profesional kolar putih. dalam masa lima tahun pertama, perbezaan jumlah perkataan yang didengar oleh mereka adalah 13 - 14 juta patah perkataan sebab itu bersembang dengan kanak-kanak dapat meningkatkan IQ mereka. Kanak-kanak perempuan dapat mengembangkan keterampilan berbahasa dengan baik oleh kerana reka bentuk atau negatif (seperti foto negatif) yang terbina semasa dalam kandungan lagi di samping kemahiran itu digilap pula dengan kuat bersembang. Tetapi tidak selalu menggunakan kedua-dua belah hemisfera otak itu sentiasa unggul. Bos-bos wanita kerap dikatakan bertindak lebih emosional. Kebanyakan lelaki takut berboskan wanita kerana mereka sukar membuat kata putus dan terlalu banyak pertimbangan. Perkara ini mungkin disebabkan dari segi emosi pun mereka menggunakan kedua-dua belah otak sedangkan lelaki menggunakan

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 hanya sebelah otaknya sahaja untuk memperlihatkan emosinya. Kadang langsung tiada emosi. Tengoklah wayang bersama kaum wanita menonton cerita sedih seperti cerita Hindustan, banjir panggung dibuatnya. Mereka menangis menggunakan dua otak.

Perceraian Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19,

" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya" Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud,

" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak" Riwayat Abu Daud dan Hakim

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya. Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka. Kesan-kesan Perceraian. Islam tidak menggalakkan perceraian kerana ia akan mengakibatkan implikasi dan permasalahan yang besar disebabkan oleh perpisahan tersebut. Berbagai permasalahan akan timbul apabila berlaku perceraian di antara suami dan isteri. Sebahagian dari kesan-kesan perceraian adalah : Kesan emosi terhadap pasangan Dua tanggungan Kesan terhadap Anak a. Kesan Emosi Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut : • • • • Jiwa terganggu Marah Sedih Tidak bermaya Kewangan Sosial Undangundang

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 • • • • • • Rasa bersalah Terpencil Rendah diri Runsing Putus asa/kecewa Kesunyian

Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian - baik sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan hanya menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat.

Dua Tanggungan. Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab dan peranan yang bertambah; • • sebagai ibu/bapa tunggal terpaksa mencari nafkah

Kesan Terhadap Anak Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah: • • • • • • • Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri Mengalami tekanan jiwa dan perasaan Perasaan terganggu dan bingung Hilang tumpuan pada pelajaran Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negative.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 Perkara-perkara di atas jika dibiarkan berlaku dan berlarutan dalam diri anakanak , maka ia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif sepanjang hayat mereka. Pasangan yang ingin berpisah perlu memberikan tumpuan yang mendalam terhadap kesan-kesan yang berlaku kepada anak-anak mereka. Pasangan yang bercerai harus prihatin terhadap perkara-perkara berikut:1. Perceraian tidak memutuskan ikatan anak dan ibu bapa, hanya hubungan perkahwinan suami-isteri saja yang terputus. Anak-anak tidak harus dilibatkan di dalam konflik antara ibu dan bapa. 2. Anak-anak bercerai. 3. Anak -anak juga mempunyai perasaan yang sensitif. Bila kehilangan sesuatu, pastinya perasaan bimbang, geram dan marah timbul. Mereka memerlukan banyak perhatian, sokongan dan bantuan. 4. Anak-anak memerlukan kasih sayang dari kedua orang tuanya, perasaan negatif yang wujud di antara pasangan tidak harus ditanamkan dalam jiwa anak-anak. Masalah Kewangan Jika seseorang itu berpisah disebabkan oleh masalah kewangan, perkara ini akan tetap menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian dari permasalahan yang akan mereka hadapi adalah : Keperluan mengurangkan perbelanjaan kerana pendapatan sudah berkurangan. • • • • • Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat, disebabkan oleh mata sepencarian yang tunggal. Masalah kewangan akan semakin menekan jika seorang isteri sebelum ini hanya bergantung kepada nafkah yang diberikan oleh suami. Kebutuhan dan perbelanjaan hidup seharian anak-anak akan terjejas dan ini mungkin akan turut menjejas pretasi mereka. Berlaku tuntutan berhubung isu nafkah anak di Mahkamah Keluarga. Kerja lembur diperlukan untuk melengkapi keperluan seharian. perlu bantuan dan sokongan ibu bapa agar dapat mengendalikan segala perubahan yang mereka alami setelah ibu bapa

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 • Suami perlu menanggung beban kewangan yang lebih besar dalam membiayai nafkah anak-anak yang di bawah jagaan isteri yang telah diceraikannya, dan tanggungan ke atas keluarga baru jika sudah berumahtangga lagi. Sosial Jika berlaku perpisahan, kehidupan sosial seseorang itu juga mengalami kepincangan. Berbagai permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesama manusia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh: • • • • • • Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka miliki (janda/duda). Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya. Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari pasangan masing-masing. Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan saudara-mara dalam hal penjagaan anak-anak. Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di antara satu sama lain dalam hal-hal seharian. Pasangan kadang-kadang terpaksa mendapatkan bantuan kebajikan dari badan-badan tertentu. Undang - undang Perceraian akan melibatkan satu penukaran dalam status seseorang itu dari segi undang-undang. Ini akan menimbulkan masalah-masalah yang boleh menambah beban-beban yang sedia ada:lebih banyak sekatan-sekatan yang harus, dilalui oleh orang orang yang sudah bercerai; • Sebagai seorang yang tidak berumahtangga, seseorang itu tidak layak memperolehi rumah HDB.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 • • • • • Bayaran cukai pendapatan akan meningkat. Lebih berat tanggungjawabnya sebagai ibu/bapa tunggal. Perbelanjaan guaman. Kerugian jika berlaku penjualan rumah atau lain-lain harta sepencarian. Bersambungya perbalahan di Mahkamah jika bekas pasangan

mengingkari tanggungjawabnya dan timbulnya tohmahan yang berkaitan dengan perbicaraan. Implikasi-implikasi di atas ini merupakan sebahagian kecil dari perkara-perkara yang akan menimpa pasangan-pasangan yang telah membuat keputusan untuk berpisah. Walaupun pada hakikatnya ada pasangan yang terpaksa membuat keputusan yang pilu ini; disebabkan pasangannya tidak bertanggungjawab atau telah lama mengabaikan kewajipannya sebagai seorang suami atau isteri. Perceraian, walau bagaimanapun, bukanlah jalan keluar yang dapat menghuraikan segala masalah yang dihadapinya. Undang-undang perceraian Pengaturan mengenai perceraian secara umum terdapat dalam Undang-Undang No.1 tahun 1974 tentang Perkawinan. Bagi pemeluk agama Islam hal ini diatur pula dalam Undang-Undang No. 7 Tahun 1989 tentang Peradilan Agama dan Peraturan Pemerintah No. 9 Tahun 1975 tentang Pelaksanaan UU No 1 tahun 1974 tentang Perkahwinan. Disebutkan dalam Pasal 49 ayat (1) UU No. 7 Tahun 1989, bahawa Pengadilan Agama bertugas dan berhak memeriksa, memutus dan menyelesaikan perkaraperkara di tingkat pertama antara orang-orang yang beragama Islam di bidang Perkawinan; Kewarisan, wasiat, dan hibah, yang dilakukan berdasarkan hukum Islam, Wakaf dan shadaqah. Perceraian adalah satu satu bentuk dari sebab putusnya perkahwinan (Pasal 38 ayat (1) UU No.1 tahun 1974). Perkahwinan sendiri dapat putus kerana kematian, perceraian dan berdasarkan keputusan Pengadilan. Salah satu hal penting yang menjadi perhatian disini adalah perceraian harus didasarkan pada cukup alasan, bahwa suami isteri tersebut sudah tidak lagi memiliki keserasian

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 dalam rumah tangga dan tidak akan dapat hidup rukun dan damai sebagai suami isteri. Perceraian yang mengakibatkan putusnya perkahwinan memiliki konsekuensi atau akibat secara hukum (Pasal 41 UU Perkahwinan) diantaranya iaitu, baik ibu atau bapa tetap berkewajipan memelihara dan mendidik anak-anaknya, sematamata berdasarkan kepentingan anak. Jika terdapat perselisihan mengenai penguasaan anak-anak, maka diselesaikan melalui putusan pengadilan. Bapa bertanggungjawab atas semua biaya pemeliharaan dan pendidikan yang diperlukan anak. Jika bapa dalam kenyataannya tidak dapat memenuhi kewajiban tersebut, Pengadilan dapat menentukan bahawa ibu ikut memikul biaya tersebut. Disamping itu, Pengadilan dapat mewajibkan kepada bekas suami untuk memberikan biaya penghidupan dan/atau menentukan sesuatu kewajiban bagi bekas isteri. Berkaitan hal di atas, perlu pula diketahui perihal kedudukan anak, apakah ia merupakan anak sah atau sebaliknya. Hal ini nantinya akan berdampak pada hubungan keperdataan antara anak kepada bapanya. Anak sah adalah anak yang dilahirkan dalam atau sebagai akibat perkawinan yang sah. Sedangkan menurut Pasal 43 UU Perkawinan, anak yang dilahirkan di luar perkawinan (anak tidak sah) hanya mempunyai hubungan biasa dengan ibu dan keluarga ibunya. Ini bererti hanya anak sah yang memiliki hak untuk mewarisi kekayaan dari kedua orang tuanya. Lalu dimana gugatan perceraian tersebut harus diajukan? Menurut Pasal 20 PP No. 9 Tahun 1975 Gugatan perceraian diajukan oleh suami atau isteri atau kuasanya kepada Pengadilan yang daerah hukumnya meliputi tempat kediaman tergugat. Apabila tempat kediaman tergugat tidak jelas atau tidak diketahui atau tidak mempunyai tempat kediaman yang tetap, gugatan perceraian diajukan kepada Pengadilan di tempat kediaman penggugat. Sedikit hal yang membedakan dalam UU No. 7 Tahun 1989 adalah jika suami yang yang akan menceraikan istrinya, maka ia harus mengajukan permohonan kepada Pengadilan untuk mengadakan sidang guna menyaksikan ikrar talak. Hasil dari pemeriksaan pengadilan atas permohonan ini adalah penetapan.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 Berbeza halnya, jika perceraian diajukan oleh isteri atau kuasanya, maka hal tersebut harus dilakukan melalui gugatan kepada Pengadilan yang daerah hukumnya meliputi tempat kediaman penggugat, kecuali apabila penggugat dengan sengaja meninggalkan tempat kediaman bersama tanpa izin tergugat.

RUMUSAN Meningkatkan Kesedaran Terhadap Isu Gender

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 GENDER adalah maksud sosial bagi perbezaan seks antara lelaki dan wanita secara biologi. Ia merupakan ideologi dalam masyarakat yang terhasil dari kelakukan fizikal dan pengaruh pemikiran kedua-dua jantina. Ia memberi kesan dalam penyebaran sumber-sumber, kekayaan, pekerjaan, pembuatan keputusan dan kuasa politik dan juga dalam menikmati hak-hak serta kelayakan terutamanya dalam institusi kekeluargaan dan juga masyarakat. Ketika ini semakin ramai yang berpendapat bahawa persamaan gender amat penting dalam memperbaiki kehidupan masyarakat. Ini mungkin disebabkan oleh persekitaran hidup yang lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi lebih-lebih lagi dalam keluarga, pekerjaan, politik, ekonomi dan masyarakat seluruhnya. Contohnya, bagi pasangan suami isteri yang bekerja. Tanggungjawab mencari nafkah keluarga kini bukan sahaja ditanggung oleh suami malah, isteri juga memainkan peranan untuk membantu. Dalam masa yang sama tanggungjawab menjaga anak-anak, makan minum, mengemas dan membasuh serta membuat keputusan dalam keluarga seharusnya diberi sama rata antara suami dan isteri supaya tidak timbul masalah isteri yang sebenarnya bekerja lebih masa dari suami. Kesedaran gender amat perlu supaya terdapat keseimbangan tanggungjawab di antara kaum lelaki dan kaum wanita. Tahap kepentingan terhadap kesedaran gender ini amat tinggi bagi memastikan sesebuah institusi malah, kerajaan berada dalam keadaan yang stabil dan selesa. Di peringkat Asia Pasifik dan di seluruh dunia kesedaran terhadap persamaan gender ini semakin diterima oleh masyarakat. Pihak Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program-program latihan persamaan bagi melatih pemimpin-pemimpin koperasi. Salah satunya ialah Trainers Training Programme For Women Leadership In Cooperative: Gender Equality di Bandung, Indonesia dari 7 hingga 13 Mac 2004. Seramai 24 orang peserta telah mengambil bahagian dalam latihan ini yang terdiri daripada jurulatih-jurulatih dan pemimpin-pemimpin koperasi. Selain dari Malaysia, terdapat juga peserta-peserta dari negara Thailand, Vietnam, Jepun dan Indonesia. Fasilitator yang mengendalikan program tersebut adalah Encik

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 Paul Sinnapan dari Malaysia dan Cik Savitiri Singh dari ibu pejabat ICA bagi Rantau Asia Pasifik di New Delhi, India. Objektif program adalah untuk membantu jurulatih meningkatkan kesedaran di kalangan pemimpin koperasi wanita dan lelaki terhadap isu persamaan gender. Pendedahan kepada para peserta mengenai gender bias terhadap anggota wanita di dalam koperasi amat penting bagi kemajuan sesebuah koperasi. Para peserta juga dimaklumkan tentang implikasi diskriminasi gender terhadap perkembangan peribadi anggota koperasi wanita di dalam koperasi dan juga terhadap perhubungan sesama anggota koperasi dalam konteks membuat keputusan, pemilihan pemimpin dan peng-libatan ekonomi koperasi oleh anggota wanita khasnya. Program juga bertujuan memberi kesedaran kepada anggota koperasi wanita bahawa mereka juga mempunyai kemampuan yang setanding dengan anggota lelaki dalam melaksanakan pelbagai tugas koperasi. Pada masa yang sama, diterangkan juga peri pentingnya anggota lelaki memberi peluang dan sokongan kepada perkembangan dan peningkatan diri anggota wanita di dalam koperasi, agar sumbangan mereka dari segi tenaga, idea dan ilmu pengetahuan dapat dioptimumkan sebaik yang mungkin.

Di antara isu-isu yang dibincangkan dalam program tersebut adalah seperti berikut: 1. Nature Of Cooperatives Mendedahkan para peserta kepada pengetahuan asas koperasi dan juga gambaran umum isu gender bias dalam masyarakat. Yang paling penting ialah mengenengahkan jati diri, fungsi dan peranan koperasi. 2. Effective And Gender-Responsive Leadership Para peserta ditekankan tentang komitmen ke atas persamaan dan kesaksamaan gender dalam masyarakat secara umum dan koperasi secara khusus. Ia menerangkan tentang respon masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa terhadap isu gender.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 3. Cooperative Enterprise Management Melengkapkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan seperti kefahaman dan asas pengurusan perniagaan dalam koperasi serta membantu mereka memahami tanggungjawab dalam proses membuat keputusan untuk aktiviti koperasi. 4. Coping With Challenges Modul yang menerangkan cara membantu wanita untuk menghadapi cabaran yang timbul ketika cuba mencapai objektif organisasi dan kedudukan wanita sebagai pemimpin koperasi. Proses mencapai objektif bagi pemimpin wanita ini biasanya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang melibatkan agama, adat resam dan budaya dalam sesebuah masyarakat.

5. Personal Development Peserta didedahkan dengan kaedah-kaedah analisis diri dan pembangunan diri. Modul ini agak kritikal kerana peningkatan kemahiran wanita hanya boleh diterjemahkan jika terlibat secara aktif dalam struktur kepimpinan. Wanita harus mengekalkan semangat dan keyakinan ketika dalam kepimpinan dan perlu mendalami suasana yang membawa kepada gender stereotypes. Isu gender dalam koperasi terbuka kepada pemimpin lelaki dan wanita serta anggota mereka. Ini boleh membantu kedua-dua lelaki dan wanita untuk memahami bahawa persamaan dan kesaksamaan gender dalam koperasi bukan bermaksud anti lelaki dan fahaman ‘apa lelaki boleh buat wanita pun boleh buat’, tetapi ia adalah sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada kedua-dua lelaki dan wanita serta koperasi keseluruhannya. Bagi menambahkan keyakinan dalam menyampaikan latihan persamaan gender kepada anggota-anggota koperasi, para peserta didedahkan juga dengan caracara mengendali-kan program latihan yang baik dan berkesan. Program ini banyak mengubah persepsi para peserta mengenai isu gender dan membantu peserta bersikap lebih terbuka.

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008

BIBILIOGRAFI • • • • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, Pendidikan Kesihatan SeksualitI GENDER-,Pusat Perkembangan Kurikulum Bignell,S (1982), Sex Education: Teachear’s Guide And Resource Manual, Network Publications, California. Federation of Family planning Association (1985), A Curiculum on Family Life Education for Youth Organization, FFPA, Malaysia. Shiver, S.P., Byer, C.O., Shainberg, L.W. & Galliano, G. (2002), Demensions of Human Sexuality, (6th edn), McGraw-Hill, Inc., New York

[PENDIDIKAN SEKSUALITI/GENDER] August 14, 2008 • • • • • http://www.safehaltyschools.org/sexualityeducation/gateway.htm www.wikipedia.com http//:psikologi-perkembangan.blogspot.com http//:www.yahoo.com http//:www.psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->