You are on page 1of 2

Apa kata sekiranya kita mempunyai 10 cara terbaik untuk menangani kesan rumah hijau?

Saya teringat pada zaman sekolah rendah, di mana kesan rumah hijau diajar dalam matapelajaran sains di mana kami semua diajar bahawa punca utama kesan rumah hijau ini adalah karbon dioksida dan ianya boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna, kawasan berhampiran pantai tenggelam disebabkan ais di kutub utara dan selatan cair dan lain-lain. Merujuk kepada globalwarminglies.com, yang tidak mempercayai kesan rumah hijau membawa kesan negatif telah menunjukkan 10 cara terbaik untuk menangani kesan rumah hijau. Walaupun cara ini adalah terlalu ekstrim untuk dilakukan tetapi kesemua 10 cara terbaik untuk menangani kesan rumah hijau merujuk kepada aktiviti manusia sendiri.

1) Jangan Memandu Kita semua tahu bahawa kenderaan adalah punca gas karbon monoksida yang terbesar dan pada hari ini, hampir semua orang mempunyai kenderaan. Dengan tidak memandu, tiada gas karbon monoksida dihasilkan dan kesan rumah hijau mungkin dapat dikurangkan. 2) Berhenti Sekolah Bangunan sekolah menghasilkan lebih karbon dalam masa setahun daripada anda sendiri dalam masa 20 tahun 3) Jangan Memakai Kasut Atau Barangan Yang Dihasilkan Oleh Kilang Kilang menghasilkan pelbagai gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen oksida dan lain-lain. Buat pakaian anda sendiri untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. 4) Jangan Tinggal Di Rumah Yang Menggunakan Elektrik Rumah yang menggunakan elektrik menghasilkan sehingga 2 3 kali karbon sebanyak kenderaan 5) Tutup Monitor Dan Komputer Ini Jangan tipu, tiada siapa akan melakukannya sekarang. 6) Jangan Makan Makanan Bergoreng Apabila kamu menggoreng makanan sama ada menggunakan elektrik atau gas, kedua-duanya menghasilkan karbon dioksida 7) Berhenti bernafas Menghembus nafas menghasilkan karbon dioksida, jadi berhenti bernafas

8) Jangan Buang Air Di Dalam Tandas Air yang digunakan di tandas akan dibersihkan semula di loji air (menggunakan elektrik untuk beroperasi di mana sumber elektrik Malaysia ini datang dari bahan bakar fosil yang menyumbang kepada penghasilan karbon dioksida). 9) Jangan Bersenam Bersenam meningkatkan kadar denyutan jantung seterusnya meningkatkan kadar pengambilan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida. 10) Mati Apabila mati, kita semua berhenti melakukan aktiviti di atas di mana dalam setahun kita mengurangkan 8.4 ton karbon dioksida di bumi.

Kesemua 10 cara terbaik bagi menangani kesan rumah hijau itu bermaksud sinikal (memerli) usaha pihak pro kesan rumah hijau tetapi pengajaran yang kita dapat ambil di sini adalah kesemua aktiviti manusia ada hubungkait dengan alam sekitar. Kita seharusnya memikirkan untuk mengurangkan sumber bahan bakar fosil (petroleum, gas asli dan lain-lain), mengitar semula dan memikirkan inovasi untuk alam sekitar kita sendiri di mana masa semakin suntuk. (Bagi saya, kesan rumah hijau bukannya sesuatu yang palsu seperti diwar-warkan oleh pihak yang tidak menyokong kesan rumah hijau. Kesannya sendiri boleh kita lihat di mana suhu di Malaysia telah naik beberapa darjah celcius, kejadian banjir di tempat yang jarang berlakunya banjir (Kajang, Georgetown), masalah sumber air yang berkurangan (Selangor, Kelantan), ketidaktetapan musim panas dan hujan yang mengganggu hasil pertanian, tetapi kita harus mengambil pandangan daripada kedua-dua pihak untuk lebih memahami isu alam sekitar).

Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungi alamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.

You might also like