You are on page 1of 11

PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

PENGENALAN
Meliputi reka bentuk dan proses menyediakan bahan bantu sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan, penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab.
2

PENGENALAN (samb.)
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar

adalah untuk membantu guru, mengenalpasti dan mengaplikasikan bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Buat pertimbangan asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar agar P&P lebih berkesan.

KERANGKA KONSEP
PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

REKABENTUK DAN PROSES PENYEDIAAN BBM

PROSEDUR PENGGUNAAN DAN PEYIMPANAN BBM

PENYIMPANAN DAN REKOD STOK

PANDUAN KESLAMATAN

ETIKA / TANGGUNGJAWAB

REKABENTUK DAN PROSES PENYEDIAAN BBM / BBB


Senaraikan alat dan bahan bantu Pilih alat/bahan yang difikirkan menarik

Tambahbaikkan (jika perlu)


Fikirkan: Adakah BBM/BBB dapat menjelaskan

konsep, menarik, merangsang minda dan deria murid, hubungan idea lama/baru, jimat masa, atau menjana idea murid?

PROSEDUR MENGGUNA DAN MENYIMPAN ALAT/BAHAN


Beri penerangan yang mudah difahami murid agar

bahan/alat tidak rosak dan tahan lebih lama.


(Contoh: Berus mesti dibersihkan betul-betul sebelum disimpan)

Tunjukkan cara penggunaan yang betul.

(Cara mewarna, memotong, menggunting, memegang, memanaskan dsb)


6

PENYIMPANAN DAN REKOD STOK


Senaraikan bahan yang diperlukan Buat perolehan alat/bahan daripada

pembekal/sekolah (Nota minta). Semak dan sahkan penerimaannya. Buat inventori dalam buku stok Dicadangkan dua buah buku stok :

i. Rekod alat/bahan yang ada ii. Rekod barang habis guna


Rekodkan pergerakan alat/bahan (Kew.A6)
7

PANDUAN KESELAMATAN
Sediakan panduan keselamatan dan

terangkan kepada murid. Alat/bahan berbahaya disimpan di tempat tinggi atau berkunci (sukar dicapai murid).

ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB


Menentukan kecukupan semua bekalan

alat/bahan. Berbincang dengan pihak sekolah mengenai penambahan item baru (jika perlu). Dedahkan kepada murid tentang sejarah/teknik pelukis tersohor menggunakan kecanggihan TMK.
9

RUMUSAN
Guru PSV bertanggungjawab mengetahui kesemua

lima prosedur pengurusan sumber dan BBM. Guru mesti sentiasa bertindak bijak semasa menggunakan alat/bahan. Utamakan keselamatan. Pastikan murid-murid bekerja berdasarkan arahan guru.
Guru yang disegani oleh murid adalah lebih baik daripada guru yang ditakuti
10

11

You might also like