You are on page 1of 35

1.

0 BIODATA

2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL

2.1 PENGENALAN Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) merupakan satu program yang

dijalankan oleh pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Semua guru pelatih dari semester 1 hingga semester 4 wajib menjalani

program ini di sekolah pilihan masing-masing. Melalui program ini saya didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan sekolah seperti iklim sekolah, ilmu sebagai pendidik, prasarana dan murid-murid di sekolah. Saya telah menjalankan PBS di sebuah sekolah di Sungai Tongkang,Rengit iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang . PBS yang telah saya jalani hanya saya seorang kerana berdekatan dengan rumah saya.Saya adalah wakil sulong dari IPGM Tengku Ampuan Afzan . Dalam melaksanakan PBS ini, saya dikehendaki mencari maklumat mengenai sekolah, serta melaksanakan beberapa kajian kepada pelajar sekolah rendah mengikut peringkat iaitu dari peringkat 1 umur 6 7 tahun, peringkat 2 umur 8-10 tahun dan peringkat 3 umur 11-12 tahun bagi mengetahui proses Perkembangan Kanak- Kanak mengikut peringkat-peringkat tersebut. Semasa menjalankan PBS ini saya telah mendapatkan maklumat daripada beberapa pihak seperti Guru Besar, guru penolong kanan, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid-murid yang bersekolah di sekolah ini. Saya juga menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan program PBS ini. Data-data yang telah saya dapati dan dianalisis telah saya kumpulkan untuk dijadikan satu portfolio ini. Berdasarkan data dan analisis yang telah saya dapati ini, saya berharap tugasan ini dapat membantu saya agar lebih mengenali sekolah dan saya berharap tugasan ini dapat memenuhi kehendak pensyarah yang terlibat.

2.2 PERNYATAAN SEBELUM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)

2.2.1 FOKUS UTAMA TUGASAN Fokus utama tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semester 1 bagi guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang adalah untuk mengenali persekitaran sekolah. Selain itu, PBS ini juga bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan dan persekitaran guru-guru di sekolah. Selain itu, PBS ini juga memfokuskan guru pelatih untuk mendapat gambaran dan mengetahui persekitaran dan iklim bilik darjah untuk diaplikasikan semasa menjadi guru kelak. Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, tugasan juga difokuskan untuk mendapat maklumat mengenai pelaksanaan beberapa kajian tentang proses Perkembangan Awal KanakKanak mengikut peringkat umur selaras dengan kehendak kerja kursus yang telah diberikan oleh pihak IPG.

2.2.2 TUJUAN TUGASAN Tugasan yang dilaksanakan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk memberi gambaran awal kepada guru pelatih untuk memahami sekolah dan persekitarannya sama ada persekitaran sekolah atau persekitaran bilik darjah serta melihat tingkah laku pelajar sekolah dalam menjalani proses persekolahan dalam seharian. Melalui PBS ini juga, guru pelatih dapat berinteraksi dengan guru-guru, kakitangan dan murid sekolah. Hal ini sekaligus dapat meningkat kemahiran

intrapersonal dalam diri seorang guru. Selain itu, guru pelatih dapat mengetahui peranan dan tugas seseorang guru melalui pemerhatian dan penelitian dokumen yang terdapat di sekolah. Ilmu-ilmu yang diperolehi di sekolah akan dapat dipraktikkan

semasa guru pelatih menjadi guru yang sebenar kelak.

2.2.3 MERANCANG STRATEGI PELAKSANAAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan selama 5 hari di sekolah yag dipilih oleh guru pelatih. Oleh kerana masa yang agak singkat, guru pelatih perlu

merancang apa yang perlu dilakukan pada setiap hari. Antara perancangan yang telah saya buat ialah:

y y

Menyediakan senarai semak maklumat yang ingin diperoleh Menyediakan soalan-soalan untuk ditanyakan kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti guru besar, guru panitia dan yang lain-lain

Mencatat aktiviti harian yang telah dijalankan

2.2.4 INSTRUMEN PENILAIAN Instrumen penilaian yang telah digunakan dalam menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah senarai semak, pemerhatian, soal selidik dan temubual. Setiap instrumen yang digunakan ini adalah mengikut kesesuaian aktiviti semasa menjalankan tugasan ini.

2.3 LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Pada hari Isnin tersebut saya sampai awal ke sekolah kira-kira jam 7.15 pagi. Setelah tiba di sekolah, saya bertanya kepada sekumpulan murid berkaitan lokasi pejabat sekolah. Sementara menunggu guru besar, saya telah berkenalan dengan guru penolong kanan satu, En Mustapha bin Ithinin. Oleh sebab setiap pagi Isnin diadakan perhimpunan mingguan, saya terpaksa menunggu sehingga perhimpunan tamat untuk berjumpa dengan guru besar. Kira-kira jam 8.00 pagi setelah tamatnya perhimpunan, saya masuk ke bilik guru besar. Sesi memperkenalkan diri berlangsung selama 30 minit. Selepas itu saya meminta diri untuk meninjau kawasan sekitar sekolah ini dan berkenalan dengan guru-guru lain serta kakitangan sekolah yang lain. Selepas rehat saya bertemu semula dengan puan guru besar, Puan Paridah bte Abu Bakar . Tujuannya untuk berbincang mengenai soalan tugasan peranan pengurus sekolah dalam memperkembangkan aspek-aspek jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosioemosi. Beliau memberikan kerjasama yang amat baik dan maklumat yang disampaikan amat membantu. Kemudian beliau mengarahkan saya untuk berjumpa dengan Ketua Panitia Matematik agar memudahkan kerja saya. Saya berasa sangat bertuah kerana mentor saya merupakan seorang guru pakar di sekolah tersebut. Sepanjang seminggu berada di sana, saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana semua warga sekolah memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada kami semua. Sememangnya inilah yang diharapkan oleh kami semua sebagai seorang yang baru. Seminggu berada di sana sudah cukup bagi kami untuk mengumpulkan data-data yang diperlukan untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

2.4 LAPORAN DAN PENILAIAN Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani bermula dari 21 Mac 2011 hingga 25 Mac 2011 banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan rakan-rakan. Saya memilih Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang yang terletak di Sungai Tongkang,Rengit,Johor . Seperti yang kita semua tahu, sekolah merupakan satu institusi penting dalam mendidik seseorang anggota individu dalam kelompok masyarakat. Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah hanya

menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya merangkumi pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan harmonis akan dapat dicapai dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri suasana alam persekolah berbanding sebelum ini, saya hanya mempelajari mengenai sekolah dalam teori-teori sahaja. mungkin dilupakan. Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani tugasan ini tidak Jika suatu ketika dahulu saya pernah menjadi seorang murid

sekolah, tetapi hari ini saya telah menjadi seorang guru pelatih. Perasaan yang dialami tidaklah sama seperti semasa menjadi murid sekolah dahulu. Pengalaman yang dilalui semasa menjalani PBS yang pertama ini banyak mengajar saya supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah. Melalui persekitaran sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku pelajar dan para guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, saya dapat melihat sendiri bagaimana guru mengajar di dalam kelas. Pendekatan yang digunakan para guru juga berbeza mengikut kepintaran murid kerana murid tidak mempunyai minda yang sama walaupun mereka sebaya. Saya juga dapat mengetahui peranan kakitangan sekolah dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan terbaik. Sebagai contohnya, seorang guru besar berperanan penting dalam mencorakkan masa depan sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama dari guru-guru yang lain.

Bukan itu sahaja, saya juga dapat memerhatikan bagaimana kawalan kelas sangat penting ketika guru sedang mengajar. Ini kerana purata saiz kelas di sekolah ini ialah sebanyak 20 orang. Guru-guru tidak boleh mengambil sikap lepas tangan

terhadap murid-murid yang berada di kerusi belakang. Dalam melunaskan tugasan PBS, saya perlu mengumpulkan data mengenai sekolah. Data yang telah dikumpul akan direkodkan dalam senarai semak yang telah dibekalkan oleh pihak Institut. Dengan aktiviti pengumpulan data ini, tugasan ini melatih kami supaya lebih bersikap proaktif. Data-data yang ingin dikumpul termasuklah

mengenai organisasi sekolah, prasarana sekolah dan kurikulum yang dijalankan di sekolah. Hal ini sekaligus memberi pengetahuan kepada saya mengenai apa yang sewajarnya ada dalam satu sekolah. Selain itu, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid. Berdasarkan isi perbincangan yang dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka terutamanya dalam bidang pengurusan sekolah dan guru serta melalui kajian kami ke atas para pelajar, kami dapat mengetahui tahap perkembangan awal kanak-kanak mengikut peringkat yang telah ditetapkan . Melalui temubual ini juga ianya melatih saya supaya bersikap berani dan kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya. Kesimpulannya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak membina sikap positif dalam diri guru pelatih seperti saya. Semoga dengan adanya tugasan ini, kita dapat memantapkan lagi ilmu keguruan untuk dijadikan pengalaman bagi memantapkan diri serta dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik sebagai seorang guru kelak.

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 PEMERHATIAN Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui

pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini. Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang kurang selamat digunakan contohnya padang sekolah, keadaan padang sekolah yang sempit. Selain itu, budaya memberi salam masih kurang dipraktikkan dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah. Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Lanskap sekolah yang hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang lama . Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah. Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini mengajar dengan penuh

dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti oleh guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala

input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

3.2 SENARAI SEMAK Selain kaedah pemerhatian, saya juga menggunakan kaedah senarai semak. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengikuti satu taklimat berhubung dengan tugasan ini. Semasa taklimat tersebut. Saya telah dibekalkan dengan satu panduan mengenai tugasan ini. Panduan ini bertujuan untuk memberi garis pandu bagi melaksanakan portfolio tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh Unit Pratikum Institut masing-masing Dalam panduan tersebut, satu senarai semak telah diberikan kepada saya. Senarai semak tersebut mengandungi isi-isi tugasan yang perlu saya buat seperti biodata, pernyataan professional, instrumen pengumpulan data berhubung tugasan, kolaborasi , ilmu atau pengetahuan baru, refleksi dan laporan akhir. Senarai semak yang dibekalkan dapat memberi panduan kepada saya tentang perkara yang perlu saya perolehi semasa pengumpulan maklumat berkaitan dengan segala aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah. Panduan ini sangat membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.

3.3 TEMUBUAL Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru kaunseling, guru panitia, guru prasekolah, guru pendidikan khas, kakitangan sekolah dan murid. Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini.

3.4 SOAL SELIDIK Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan

mengenai sekolah tersebut. Saya telah menemubual salah seorang pelajar sekolah ini. Saya menanyakan pelajar tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang menarik mengenai sekolah ini.

4.0 KOLABORASI

Semua kolaborasi yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya catatkan dalam lampiran 3 yang disediakan oleh pihak IPGM. Dalam lampiran tersebut, saya telah mencatatkan isi perbincangan dengan beberapa pihak beserta jawapannya sekali. Kolaborasi yang dilakukan oleh saya ialah:

4.1 Perbincangan dengan pengurusan sekolah 4.2 Perbincangan dengan guru panitia 4.3 Perbincangan dengan guru-guru lain 4.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 4.5 Interaksi dengan murid

5.0 ILMU/PENGETAHUAN BARU

5.1 PEMERHATIAN Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan banyak ilmu baru yang telah saya perolehi. Setelah beberapa hari menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, saya telah memperolehi banyak pengetahuan baru, melalui pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang berada di sekolah tersebut. Sebelum ini saya tidak banyak mengetahui berkenaan dengan peranan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kaunseling, Guru Kelas dan Guru Panitia dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani, dan sosial murid-murid serta dalam proses mengetahui perkembangan awal kanak-kanak. Sebagai contohnya, saya telah mengikut guru semasa beliau menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Semasa P&P dijalankan, banyak ilmu telah saya dapati. Ilmu baru yang saya dapati adalah proses P&P perlu dijalankan dengan lebih menarik untuk menarik perhatian para pelajar. Keadaan ini juga mampu menguji daya kreativiti seorang guru dalam menguruskan kelasnya semasa proses P&P dijalankan. Hal ini kerana aktiviti P&P yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar suatu mata pelajaran tersebut. membantu para guru untuk mengajar. Alat Bantu Mengajar juga sangat

Oleh itu, sebagai seorang guru, saya

seharusnya lebih kreatif dalam mereka Alat Bantu Mengajar dan merancang strategi pengajaran yang berkesan. Kelas yang terdapat di sekolah ini juga kemas dari segi susun aturnya dan dipercayai dapat memperkembangkan pembelajaran murid-murid. Kawalan bilik darjah juga penting dalam melicinkan proses P&P. Hal ini kerana, jika guru tidak dapat mengawal tingkah laku pelajar, maka proses pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya sekaligus objektif pembelajaran tidak dapat dicapai. Selain itu, persekitaran sekolah yang menarik turut memberi kefahaman yang baru kepada saya. Melalui pemerhatian saya, lanskap sekolah yang menarik mampu mengubah suasana belajar menjadi lebih ceria sebagai contoh, penanaman tumbuhtumbuhan hijau. Hal ini kerana banyak tumbuhan ditanam di sekitar kawasan sekolah. Tumbuhan yang ditanam bukan sahaja dapat memperindah kawasan sekolah, malahan iainya turut dilabel di sesetengah tumbuhan contohnya tumbuhan herba. Dengan

penanaman pelbagai jenis tumbuhan, ianya dapat memupuk semangat cintakan alam semulajadi dalam kalangan murid-murid sekolah ini. Bukan itu sahaja, kawasan sekolah turut dihiasi dengan mural yang dapat menarik perhatian murid-murid. Mural yang dilukis cantik turut disertai dengan pelbagai kata-kata, formula dan sebagainya. Dengan adanya mural ini, ianya dapat

menambahkan ilmu para pelajar dan menguatkan ingatan tentang sesuatu yang telah dipelajari. Kebersihan di kawasan sekolah juga sangat memuaskan. Pada hari pertama saya datang ke sekolah ini, saya agak terkejut kerana pada awal pagi lagi, pekerja kebersihan sudah menjalankan tugas. Bilik selesa guru turut dihias cantik. Saya juga turut melawat surau yang terdapat di sekolah ini.Susun atur pakaian sembahyang, AlQuran dan meja kecil disusun rapi. Tambahan lagi, apa yang saya dapati dari pemerhatian saya ialah pelajar di sini kurang dari segi sahsiah. Kebanyakan mereka kurang memberi salam kepada guru. Walaupun begitu, tidak semua pelajar berkelakuan sebegitu. Hanya segelintir pelajar sahaja yang kurang mengamalkan budaya salam dalam kehidupan seharian mereka. Guru-guru juga menunjukkan sikap komited terhadap tugas yang

dipertanggungjawabkan. Para guru dilihat menepati masa datang ke sekolah meskipun penggunaan punch card tidak lagi digunakan. Para guru juga mengajar di setiap kelas pada waktu tang ditentukan dan sekiranya guru tersebut tidak hadir, maka seorang guru yang lain akan ditugaskan sebagai guru ganti bagi masa tersebut.

5.2 SENARAI SEMAK Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah belajar menggunakan senarai semak dengan betul. Ketika mencari maklumat berhubung tugasan ini, senarai semak digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian. Perkara yang terdapat dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana sekolah, dan kurikulum. Setiap

bahagian ini mengandungi tajuk-tajuk kecil yang perlu didapatkan maklumat seperti pelan fizikal sekolah, kemudahan sekolah, nilai-nilai murni, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kokurikulum, buku rekod pengajaran guru dan sebagainya. mengenai pendidikan telah saya perolehi. Sebagai contohnya mengenai kemudahan sekolah. Tidak semua kemudahan yang disenaraikan ada di sekolah yang saya jalani PBS ini, sebagai contoh tempat untuk menjalani aktiviti kokurikulum. Begitu juga dengan ruang pembelajaran atau kelas. Sekolah ini merupakan sekolah 1 sesi dan mempunyai murid seramai lebih daripada 400 orang. Terdapat 2 buah kelas dalam setiap darjah iaitu Bijak dan Gigih. Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat-maklumat ini, banyak pengetahuan

5.3 TEMU BUAL Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak perkara yang saya tidak ketahui berjaya dirungkai. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru kaunseling, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak gementar untuk menemu bual pihak berkenaan, tetapi lama kelamaan perasaan itu hilang sendiri. Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. ditanyakan. Antara soalan yang ditanyakan ialah: y y y y Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK? Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar? Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir? Adakah mata pelajaran Bahasa Melayu menyumbang kepada kecemerlangan akademik? y y Adakah keselamatan sekolah ini terjamin? Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam Hal ini kerana

mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan. Soalan-soalan juga turut

memantapkan akademik murid? y y y Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur? Apakah perbezaan Prasekolah, Pendidikan Khas dan Pemulihan? Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan bagi kanak-kanak khas?

5.4 SOAL SELIDIK Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah. Saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan soal selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai mumi di kalangan murid-murid. Definisi nilai-nilai mumi adalah sifat yang baik yang terdapat dalam seseorang. Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat, keberanian, rasional, kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi, berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setiakawan dan sebagainya. Terdapat muridmurid yang rajin membantu guru. Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya telah bertanyakan para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya cuba mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti.

5.5 PENGALAMAN DI BILIK DARJAH Berdasarkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya dapat mengetahui banyak perkara. Dalam mengenali persekitaran sekolah, saya telah diberi borang senarai semak yang mengandungi maklumat seperti berikut: Bil. 1. Perkara Nama dan alamat sekolah Catatan/data Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang,83100 Rengit,Batu Pahat,Johor. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. No. telefon sekolah Alamat e-mail/web sekolah Lokasi Nama Guru Besar Nama GPK 1 Nama GPK HEM Nama GPK Kokurikulum Nama Penyelia Petang Gred sekolah Bilangan guru B Lelaki: 7 Perempuan:12 12. Kelayakan profesional guru Siswazah: 4 Bukan siswazah: 15 13. 14. 15. Bilangan kelas Purata saiz kelas Jumlah murid 7 termasuk Prasekolah 34 Melayu Cina India Lainlain Lelaki 113 Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada 07-4244355 skst_jba0065@yahoo.com Luar Bandar Pn Paridah binti Abu Bakar En.Mustapa bin Ithnin Puan Muhaizah bte Husin Puan Ruziati binti Othman -

206
16. Lain-lain menarik maklumat perhatian yang mengenai

perempuan 93 y y y

Lanskap sekolah Penggunaan ABM dalam P&P Teknik dan pengajaran guru

sekolah ini

Penglibatan murid-murid dalam setiap aktiviti

Dengan adanya borang senarai semak ini, mudahlah saya untuk merekodkan data-data yang telah saya perolehi. Selain itu, saya juga mendapat ilmu baru mengenai

persekitaran dan iklim bilik darjah. Sebagai contohnya, melalui pemerhatian saya, bilikbilik darjah di sini mempunyai susun atur yang sangat sesuai dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan di bilik darjah. Saya juga dapat melihat penglibatan aktif murid-murid dalam setiap aktiviti pembelajaran. Berikut ialah ilmu baru yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan PBS di sekolah ini.

y y y y

Pelan bilik darjah Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh murid Bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh murid Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran

Pembahagian murid dalam kumpulan tertentu

5.5.1 Pelan bilik darjah

Meja murid

Bakul sampah Papan kenyataan

5.5.2 Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh murid secara berkesan

Pembelajaran yang berkesan juga bukan hanya terletak pada input yang diberi oleh para guru, malahan penggunaan bahan dan sumber pengajaran juga memainkan peranan. Saya menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang selama seminggu. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya dapat menjalankan pemerhatian terhadap guru-guru yang mengajar di beberapa buah kelas pada sesi pagi. Guru tersebut menggunakan pelbagai bahan dan sumber pengajaran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik di bilik darjah. Antara kelas yang telah saya masuk untuk melihat penggunaan bahan pengajaran adalah kelas prasekolah Bestari. Di sekolah ini terdapat dua kelas

prasekolah yang mempunyai guru masing-masing. Dalam kelas ini terdapat pelbagai sudut yang menarik perhatian kami. Kesemua sudut-sudut ini membantu dalam

perkembangan murid prasekolah. Selain sudut-sudut ini terdapat juga bahan-bahan pengajaran yang di pamerkan di sekeliling bilik darjah yang sering digunakan oleh guru prasekolah untuk pengajaran. Di dalam bilik darjah prasekolah ini juga terdapat huruf-huruf yang ditampal pada dinding kelas. Di setiap sudut ditampal dengan pelbagai perkataan yang meliputi tajuk bagi setiap subjek yang dipelajari. Dengan adanya bahan sebegini, murid prasekolah dapat menghafal huruf yang diajar oleh gurunya dengan cepat. memudahkan murid menyebut dan mengenal huruf-huruf Cara ini juga dan juga

tersebut

memudahkan guru prasekolah untuk mengajar dengan hanya menunjuk pada hurufhuruf tersebut bila-bila masa. Terdapat juga penggunaan kad-kad imbasan(flash card) yang mengandungi nombor. Kesemua bahan ini sering digunakan oleh guru prasekolah. Kad-kad yang mengandungi suku kata dan perenggan pendek juga dipamerkan dalam kelas tersebut. Bukan itu sahaja, malahan di suatu sudut dalam kelas juga tersedia objek-objek konkrit. Objek-objek yang dimaksudkan adalah blok bentuk-bentuk seperti segi empat,

bulat, segi tiga dan sebagainya. Apabila bahan seperti ini dipamerkan, ianya dapat memudahkan pelajar lebih mengenali bagaimana bentuk sebenar sesuatu objek tersebut. Di belakang kelas pula terdapat satu sudut bacaan yang mempunyai rak buku cerita. Sudut ini dilengkapi sofa dan meja kecil bagi memudahkan murid untuk

membaca buku cerita. Buku-buku cerita yang dipamerkan mempunyai tajuk-tajuk yang menarik dan gambar-gambar berwarna yang dapat menarik minat murid prasekolah untuk membacanya. Selain itu, bahan pengajaran yang dapat memantapkan rohani dan sahsiah murid-murid juga turut dipamerkan di suatu sudut kelas. Kebanyakan kelas yang saya perhatikan mempunyai bahan pengajaran yang sebegini. Sebagai contohnya, terdapat himpunan doa-doa harian. Apabila setiap hari murid datang ke sekolah membaca doadoa tersebut, lama-kelamaan mereka akan fasih. Adab-adab yang perlu diikuti dalam kehidupan seharian mereka contohnya adab dengan guru,adab makan dan banyak lagi turut dipamerkan. Bukan itu sahaja, dalam bilik darjah prasekolah tersebut turut dipamerkan bahan multimedia seperti radio dan televisyen. Bahan teknologi ini sering digunakan oleh guru prasekolah untuk mengajar pelajaran yang berkaitan. Contohnya, radio digunakan

untuk memperdengarkan lagu semasa muzik diajarkan kepada murid-murid. Televisyen pula digunakan untuk aktiviti menyanyi atau menonton cerita-cerita kanak-kanak. Tambahan lagi penggunaan projector atau LCD dan overhead turut digunakan dalam bilik darjah. pembelajaran. Powerpoint juga digunakan digunakan dalam pengajaran dan

Slaid-slaid powerpoint yang dibuat oleh guru perlu kreatif untuk

mengelakkan murid-murid berasa bosan. Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti ini dapat membantu para guru menjelaskan lagi tentang teori yang diajar kepada muridmurid. Papan kenyataan yang disediakan di setiap kelas juga mempamerkan bahanbahan pembelajaran yang berguna kepada pelajar. Pada setiap papan kenyataan

tersebut, ianya dihias cantik dan dilengkapi dengan maklumat mengikut setiap mata pelajaran yang dipelajari contohnya Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris dan Sains.

Kesimpulannya, bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang dipamerkan di bilik darjah amat berguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan dapat

memudahkan murid untuk belajar sendiri tanpa perlu menunggu guru mengajar. Bahan-bahan seperti ini wajar dipamerkan dalam bilik darjah kerana ia meningkatkan perkembangan murid dari pelbagai aspek. dapat

5.5.3 Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid

Pelbagai jenis bahan dan sumber pengajaran pembelajaran atau boleh juga dipanggil bahan bantu mengajar yang terdapat di dalam sesebuah bilik darjah. Bahan bantu mengajar tersebut perlulah mudah digunakan dan dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran. Antara bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid ialah papan kenyataan. Papan kenyataan adalah satu bahan yang kekal dan tidak akan berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Melalui penggunaan papan kenyataaan, murid-murid dapat belajar dengan lebih cepat tanpa perlu mebuang masa bergerak ke tempat lain. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan pelbagai info dan nota berkaitan memudahkan pelajar membuat rujukan. Contohnya, pada ruangan Bahasa Melayu dilengkapi dengan peribahasa, simpulan bahasa, perkataan-perkataan tunggal dan sebagainya. Begitu juga dengan ruangan Bahasa Inggeris yang dilengkapi dengan kad bergambar seperti Parts of Body, sebutan nombor dalam bahasa Inggeris dan sebagainya. Pada ruangan Pendidikan Islam pula dipamerkan huruf-huruf jawi, doa harian dan sebagainya. Dengan adanya papan kenyataan yang berinformasi ini, murid-murid dapat belajar secara kendiri. Selain itu, penggunaan kad-kad imbasan atau dikenali juga dengan flashcard yang mengandungi pelbagai gambar-gambar menarik dan perkataan-perkataan yang jelas dan terang. Gambar-gambar pada kad imbasan ini juga menggunakan kombinasi warna-warna yang terang dan menarik sekaligus dapat menarik minat murid dan merangsang perkembangan kognitif mereka. Jika gambar-gambar yang digunakan tidak menarik ini akan membuatkan murid cepat bosan dan tidak menumpukan perhatian semasa pengajaran. Tambahan lagi, penggunaan bahan audio visual juga dapat memudahkan murid. Contohnya penggunaan radio dalam Pendidikan Muzik. Dengan penggunaan radio, murid dapat mendengar lagu dan bunyi-bunyian. Begitu juga dengan penggunaan

televisyen pada masa pengajaran atau pembelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti yang biasanya dilakukan ialah bercerita dalam bahasa Melayu.

5.5.4 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran

Murid-murid di dalam kelas digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap mata pelajaran yang sedang dipelajari. Hal ini adalah untuk memastikan setiap murid mendapat input yang sama daripada guru. Ianya juga adalah bagi memastikan pencapaian yang seimbang antara murid. .Melalui pemerhatian saya semasa PBS, para guru banyak menggunakan teknik perbualan. Guru tersebut bertanyakan tentang sesuatu topik yang ingin diajar dan dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pada murid-murid. Teknik ini digunakan supaya murid dapat memberikan tumpuan

sepenuhnya dalam proses pembelajaran. Melalui teknik ini juga, guru-guru berpeluang untuk mengenali murid-murid secara lebih mendalam. Murid-murid akan merasa lebih tertarik dengan aktiviti yang sedang dijalankan. Murid-murid juga digalakkan untuk bertanya terus jika ada perkara yang tidak difahami tentang sesuatu pelajaran yang diajar. Kaedah ini melatih pelajar untuk berani meluahkan pendapat secara terbuka dan mengikis perasaan malu yang masih kuat membelengu diri sesetengah mereka.

5.5.5 Pembahagian murid-murid dalam kumpulan tertentu Guru-guru akan memastikan tahap pencapaian murid-murid sebelum

pembahagian kumpulan dibuat.

Selepas tahap pencapaian murid-murid diperolehi,

barulah pembahagian kumpulan dijalankan. Guru-guru mempunyai strategi sendiri dalam membuat pembahagian kumpulan. Antara startegi yang dilakukan ialah pembahagian murid mengikut pencapaian dan pembahagian murid dengan mencampurkan murid yang bijak dengan murid yang lemah. Pembahagian kumpulan mengikut tahap pencapaian murid dilakukan dengan mengasingkan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut tahap kepintaran mereka. Murid-murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan yang pandai dan kumpulan yang lemah. Pembahagian kumpulan sebegini bertujuan supaya guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada golongan murid yang berlainan kepintaran. Kumpulan murid-murid bijak hanya perlu diberi tunjuk ajar yang sedikit sahaja manakala kumpulan murid-murid lemah tadi memerlukan tunjuk ajar yang lebih daripada guru tersebut. Kesan yang diperolehi daripada pembahagian cara begini ialah guru dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan murid yang lemah. Apabila

tumpuan yang diberikan oleh guru lebih banyak kepada golongan ini, maka prestasi pelajar lemah akan mula meningkat. Kesan lain yang diperoleh dari pembahagian cara ini ialah murid yang lemah akan berasa malu dan rendah diri dengan rakan-rakan yang lain. Murid yang pandai pula akan berasa bangga dan cuba merendah-rendahkan kumpulan murid yang lemah itu. Pembahagian cara kedua ialah guru membahagikan kumpulan dengan mencampurkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak dalam satu kumpulan tertentu. Guru yang melakukan pembahagian ini memberi peluang kepada semua murid-muridnya untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa tersisih. Tindakan ini sangat bagus kerana ianya memberi peluang kepada semua

murid-muridnya untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa tersisih dan murid yang bijak dapat membantu murid-murid yang lemah.

Pembahagian ini memberi peluang kepada semua murid untuk bergaul antara satu sama lain tanpa ada rasa rendah diri mahupun bangga. Murid-murid yang bijak ini juga dapat membantu guru dengan menjadi guru kecil kepada rakan-rakan mereka yang lemah. Sudah menjadi kelaziman kepada para pelajar, mereka takut untuk bertanya kepada guru kerana takut dimarahi. Oleh itu, murid yang bijak dapat menjadi guru kecil kepada murid yang lemah. Pembahagian ini dapat membantu guru dalam meningkat prestasi pelajar.

6.0 REFLEKSI

7.0 LAPORAN AKHIR

Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah amat berguna kepada guru pelatih seperti saya. Ini kerana, tugasan ini memerlukan saya menjalankan tugasan di sekolah rendah. Dalam memilih sekolah, saya telah

memilih salah sebuah sekolah yang terletak di Kampung Sungai Tongkang,Rengit,Batu Pahat. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang. Pemilihan

sekolah ini dibuat kerana ianya merupakan sebuah sekolah yang berada di luar bandar dan hal ini serba sedikit menambah pengalaman saya untuk melawat ke sekolah yang bukan dari negeri kelahiran saya. Sekolah ini telah memenangi beberapa anugerah dalam akademik mahupun kokurikulum. Sekolah ini juga telah memenangi beberapa pertandingan sepanjang tahun 2010, antara pertandingan yang dipertandingkan adalah menjadi Naib Johan Daerah Batu Pahat dan mewakili Negeri ke peringkat kebangsaan dalam acara bola baling, mewakili daerah ke peringkat negeri dalam acara bola jaring, Naib Johan daerah Batu Pahat dalam acara Public Speaking dan menjadi Johan Daerah Batu Pahat dalam acara hafazan dan tilawah. Setelah beberapa hari menjalankan tugasan ini, saya dapati ianya sangat membina sikap positif dalam diri saya. Antara sikap positif yang saya dapati adalah keyakinan diri. Ianya memupuk sifat bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guru-guru, kakitangan, pengawal keselamatan, pengusaha kantin dan murid-murid. Ketika berhadapan

dengan murid, saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi dengan mereka. Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas dan menjalankan peraturan di dalam kelas. Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah ini. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan bukan

sahaja merangkumi bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan oleh murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah menyeluruh. Setiap pelajar diwajibkan menyertai setiap bidang kokurikulum tersebut. Sekolah ini juga

menyahut seruan kerajaan iaitu 1 Pelajar 1 Sukan. Penglibatan pelajar dalam bidang sukan juga wajar dibanggakan kerana pernah mewakili sekolah sehingga ke peringkat nasional dalam sukan sofbol.

Bukan sahaja cemerlang dalam kokurikulum, sekolah ini juga cemerlang dalam akademik. Setiap tahun sekolah ini akan mencapai pencapaian yang begitu Prestasi

memuaskan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

sekolah sentiasa meningkat pada setiap tahun dan mengatasi sekolah-sekolah yang lain di sekitar pekan Rengit. Teknik dan strategi pengajaran guru-gurulah yang Pihak

membawa kepada kejayaan para pelajar di samping usaha mereka sendiri.

sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan pencapaian para pelajar. Sebagai contohnya, program LINUS dan PROTIM dijalankan bagi

membantu pelajar-pelajar yang lemah. Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan murid-muridnya. Pelbagai program seperti solat hajat dan bacaan doa dianjurkan oleh pihak sekolah. Unit bimbingan dan kaunseling juga menjalankan program kaunseling dan bimbingan kepada murid yang bermasalah. Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya konklusikan bahawa saya banyak belajar mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan pembelajaran yang berkesan.

You might also like