You are on page 1of 5

Bacaan Luncuran (Skimming)

Bacaan Ekstensif

Teknik Bacaan

Bacaan Imbasan (Scanning)

Bacaan Intensif

Bacaan Luncuran (Skimming)

Merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapat gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan

Kebanyakan orang melakukan pembacaan secara skimming apabila mereka mempunyai banyak bahan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad.

Terdapat beberapa strategi yang boleh dilakukan ketika skimming: - membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta - membaca perenggan pendahuluan dan penutup sesuatu teks - membaca ayat pertama setiap perenggan (ayat pertama ini memberi idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis)

Cara bacaan ini sesuai jika pelajar ingin mengetahui tentang sesuatu tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat yang spesifik seperti data atau fakta ringkas.

Skimming boleh digunakan untuk melihat graf, jadual atau carta.

Bacaan Imbasan (Scanning)

Merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi yang lebih terperinci.

Fokus pembacaan ialah mencari kata-kata kunci yang tertentu dalam mencari jawapan.

Membaca secara imbasan melibatkan tindakan menggerakkan anak mata dengan cepat untuk mencari perkataan khusus atau frasa-frasa tertentu.

Satu kaedah cepat untuk mendapatkan fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan.

Pelajar boleh mengetahui istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamus atau glossari dan menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau bacaan berat untuk pemahaman.

Membantu pelajar menjimatkan masa dan dalam masa yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan.

Bacaan Intensif

Bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat

Memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan

Dilakukan berdasarkan petikan yang pendekpendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya.

Membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik dari segi sebutan, intonasi, nada dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

Bacaan Ekstensif

Merupakan bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas.

Memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.

Melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

You might also like