You are on page 1of 46

KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA KGBK

MAZRI BIN ABD RAHMAN IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK 012-9875170/0139818018

mazriabdrahman

13/8/2012

WAJIB TAYANG

mazriabdrahman

13/8/2012

Dapatan Kajian
Mengapa murid tidak menguasai kemahiran berbahasa? Murid tidak bersedia untuk ke sekolah Ibu bapa tidak buat persediaan anak untuk ke sekolah Guru yang tidak kreatif dalam pengajaran Penggunaan kaedah yang tidak sesuai dengan tahap murid Protokol dan birokrasi pihak JPN dan PPD Terlalu mengikut panduan guru yang disediakan oleh JPN dan PPD
mazriabdrahman 13/8/2012

KENAPA KANAK-KANAK BELAJAR MEMBACA DAN MENULIS?


2M asas untuk belajar pelajaran yang lain Mengurang dan menghapuskan kelemahan

bertimbun dalam pendidikan Mengikut teori kelemahan bertimbun atau cumulative defisit, segala kelemahan pembelajaran termasuk kelemahan membaca dan menulis hendaklah di atasi daripada peringkat awal lagi iaitu peringkat prasekolah dan Tahun 1. Kelemahan asas 2M hendaklah dikuasai oleh murid sebelum berakhir Tahun 3 persekolahan rendah.
mazriabdrahman 13/8/2012

PENGENALAN KGBK
Mula diperkenalkan semasa KONPEN 1979 di Kuantan. Diperkenalkan oleh Profesor Emeritus Dato Dr Isahak Haron. Sebagai alternatif mengajar bahasa Melayu kerana ciri-ciri istimewa bahasa Melayu itu sendiri. Sebagai satu usaha mengatasi masalah ramai murid di sekolah rendah terutama di SK tidak boleh membaca.
mazriabdrahman 13/8/2012

KEDUDUKAN KGBK
Kaedah pilihan ke-4 dalam buku Panduan Am KBSR. Kaedah utama buku Panduan Guru bahasa Malaysia KBSR 1981 SRJK Aras dalam KGBK dijadikan asas pembinaan konstruk LINUS.

mazriabdrahman

13/8/2012

KONSTRUK LITERASI 1.Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. 2.Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka 3.Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. 4.Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup 5.Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. 6.Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi perkataan suku kata tertutup.

ARAS DIAGNOSTIK KGBK i.


ii. iii. iv. v. vi.

Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah Membunyikan sukukata mudah Membaca perkataan suku kata terbuka Membaca suku kata tertutup Membaca perkataan suku kata tertutup Membaca perkataan membezakan bunyi e taling dan e pepet dan o

mazriabdrahman

13/8/2012

KONSTRUK LITERASI VS ARAS DIAGNOSTIK KGBK


KONSTRUK LITERASI 7.Keupayaan membaca dan menulis perkataan diftong 8.Keupayaan membaca dan menulis perkataan vokal berganding. 9.Keupayaan membaca dan menulis digraf dan konsonan bergabung. 10.Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. 11.Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran. 12.Keupayaan memahami ayat berdasarkan bahan rangsangan. ARAS DIAGNOSTIK KGBK vii. Membaca perkataan suku kata tertutup ng viii. Membaca perkataan suku kata geluncuran dan diftong ix . Membaca perkataan dengan suku kata nga dan nya x. Membaca perkataan dengan penambahan me, mem dan ber xi. Membaca ayat pendek xii. Membaca ayat dan cerita.

mazriabdrahman

13/8/2012

DASAR KERAJAAN
Membolehkan murid tahap 1 menguasai kemahiran 3M pada akhir tahun 2012 (LINUS) Meningkatkan peratus kanak-kanak 6 tahun mendapat pendidikan prasekolah dari 67% (2009) kepada 85% (2012)

mazriabdrahman

13/8/2012

APLIKASI PRAKTIKAL KGBK


Boleh digunakan oleh guru untuk mengajar

kanak-kanak 5 6 tahun di prasekolah Boleh digunakan oleh guru sekolah rendah tahun 1 Boleh digunkan oleh guru pemulihan Boleh dilatih dan disebarkan oleh guru-guru berkenaan dan kepada ibu bapa

mazriabdrahman

13/8/2012

10

Kebanyakan murid di sekolah rendah yang

tidak boleh membaca atau lemah membaca adalah disebabkan mereka tertinggal sedikit semasa di Tahun 1. Mereka tercicir semasa di Tahun 2 dan 3.

mazriabdrahman

13/8/2012

11

PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA & MENULIS


1. DARI PERSPEKTIF ILMU FONETIK LINGUISTIK Semua bahasa terdiri daripada bunyi asas dan

daripada itu menjadi perkataan. Kanak-kanak hendaklah diajar simbol-simbol yang mewakili bunyi asas dan kemudian mengeja perkataan Murid harus kenal terlebih dahulu semua abjad dan bunyi abjad. Selagi murid belum kenal huruf, murid dianggap belum boleh diajar membaca perkataan dan ayat.
mazriabdrahman 13/8/2012

12

Murid diajar mengenal nama huruf secara

teratur dalam abjad dan bunyinya. Guru mengaitkan gambar dengan huruf. Murid menulis setiap huruf, kadang-kadang satu muka surat untuk satu huruf. Murid menulis huruf besar dan huruf kecil. Menghafal a hingga z adalah penting sebelum murid diajar membaca.
mazriabdrahman 13/8/2012

13

2. DARIPADA TEORI PSIKOLOGI

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Kanak-kanak belajar bahasa melalui pengalaman yang bermakna termasuk mendengar dan bertutur perkataan, ayat dan cerita yang bermakna daripada ibu bapa dan orang-orang di sekeliling kita. Kebolehan kanak-kanak membaca dan menulis menjelma akibat daripada interaksi dengan orang-orang di sekeliling mereka. (Marie Clay:1966 menggunakan istilah the emergent literacy) Dikenali sebagai kaedah seluruh kata.
mazriabdrahman 13/8/2012

14

Kaedah yang biasa digunakan berkaitan teori

psikologi kognitif kanak-kanak kaedah pandang dan sebut kaedah cerakin KBSR 1980-an kaedah cerita Marie Clay kaedah berdasarkan gambar (PWIM/ picture word inductive model yang dipopularkan oleh Emily Calhoun) kaedah tema
mazriabdrahman 13/8/2012

15

KAEDAH CERITA MARIE CLAY


Memperkenalkan kaedah graded books

kanak-kanak dibimbing membaca buku cerita yang dianggap sesuai dengan kebolehannya. Guru membantu secara individu membaca perkataan/frasa yang sukar. Kaedah membaca kuat sebuah buku cerita dari the big book. Murid akan melihat dahulu tulisan sesuatu cerita yang dibaca kuat dan guru akan ambil beberapa perkataan untuk mengajar murid.
mazriabdrahman 13/8/2012

16

Sesuaikah kaedah ini?

mazriabdrahman

13/8/2012

17

KAEDAH KGBK
Menggabungkan kaedah fonik dan kaedah

seluruh kata dalam satu kaedah yang sepadu, sistematik berasaskan ciri-ciri yang terdapapt dalam sistem ejaan bahasa Melayu, suku kata yang jelas dan tatabahasa BM yang lebih mudah daripada bahasa Inggeris.

mazriabdrahman

13/8/2012

18

Kaedah ini berasaskan gabungan kaedah

fonik (bunyi huruf), membina suku kata dan kaedah seluruh perkataan untuk dibaca. Dalam 1 atau 2 pelajaran sahaja, murid boleh memeahami beberapa patah perkataan dan hasilkan frasa yang mudah.

mazriabdrahman

13/8/2012

19

KAEDAH KGBK
Berasaskan ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam

bahasa lain. Mengambil kira sistem ejaan bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik setiap huruf mewakili satu bunyi kecuali huruf e. Suku kata bahasa Melayu jelas Tatabahasa Melayu lebih mudah daripada bahasa Inggeris dan Arab kerana tidak ada perbezaan bentuk gender (lelaki perempuan), sedikit atau banyak (plural), dan perbezaan waktu (past tense, present tense)
mazriabdrahman 13/8/2012

20

KAEDAH KGBK
Dalam KGBK; Murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a sampai z. Ia mengambil masa panjang. Murid tidak perlu diajar semua suku kata terbuka seperti ba bi bu be be bo dan sebagainya yang mengambil masa panjang juga. Murid tidak perlu diajar mengecam seluruh perkataan (pandang sebut) dan menghafal bentuknya, kemudian cerakin untuk mengenal huruf dan bunyi huruf (kaedah seluruh kata) Dalam KGBK, murid terus membina dan membaca perkataan berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pembelajaran.
mazriabdrahman 13/8/2012

21

PERINGATAN
KGBK adalah fasa pertama umtuk memudahkan

murid mula belajar membaca. dalam KGBK, yang dipentingkan ialah huruf kecil. Huruf besar disisipkan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kekeliruan murid. Latihan mengeja dilakukan sebagai pengukuhan setelah murid boleh membaca. Setelah asas ini dikuasai, murid boleh membaca sendiriayat dan cerita mudah. Fasa kedua, murid diberi peluang dan dorongan membaca pelbagai bahan bacaan seperti puisi, cerita dan buku pilihan supaya mereka terus minat membaca.
mazriabdrahman 13/8/2012

22

Program Linus di Hulu Kelantan

Ceramah Pedagogi Literasi di PPD Pasir Mas, Kelantan

mazriabdrahman

13/8/2012

23

Ceramah Pedagogi Literasi di PPD Bachok Kelantan

Pembinaan BBM

mazriabdrahman

13/8/2012

24

LANGKAH ASAS DALAM KGBK: MEMBACA DAN MENULIS.


Perkenalkan bunyi vokal mudah a, i dan u dan cara menulisnya. Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya. Bina perkataan daripada suku kata (kv + kv) seperti baba bibi bubu babu ibu. Bina rangkai kata atau ayat seperti u bi i bu a bu Murid menyalin apa yang mereka baca.
mazriabdrahman 13/8/2012

25

JADIKAN PENGAJARAN LEBIH MENARIK DAN MENYERONOKKAN


Gunakan semua panca indera, terutama dengar, lihat dan

lakukan. Buat cerita rekaan, meramal cerita seterusnya (anekdot)ipgktar\anekdot\Power point Anekdot (1).pptx Baca cerita kepada murid dan baca bersama murid buku yang menarik. Beri peluang murid membaca (Teater membaca)ipgktar\mbmsriamanapril2012\teater pembaca.wmv Adakan pelbagai permainan seperti membina perkataan daripada suku kata, melengkapkan perkataan dengan huruf, cari gambar Teater bercerita, didik hibur, boneka.

mazriabdrahman

13/8/2012

26

Aras 1 ; Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah


i. ii.

iii. iv.

Murid diperkenalkan dengan bunyi vokal a, i dan u. Latih tubi menyebut bunyi dan menulis vokal agar murid dapat mengingat bunyi dan mengenal vokal tersebut. Memperkenalkan bunyi huruf konsonan b, c dan k. Latih tubi menyebut bunyi dan menulis konsonan agar murid dapat mengingat bunyi dan mengenal konsonan tersebut.

Dalam pendekatan KGBK, murid tidak perlu kenal, ketahui dan menyebut semua nama dan bunyi huruf dalam abjad sebelum diajar membina suku kata dan membaca perkataan. dalam KGBK, memadai murid mengenal dan boleh membunyi huruf vokal a, i, u dan huruf konsonan b,c dan k.

mazriabdrahman

13/8/2012

27

Aras 2; Membunyikan suku kata mudah.


Menggabungkan konsonan b dengan vokal a, i dan u; i. ba bi bu Menggabungkan konsonan c dengan vokal a, i dan u i. ca ci cu Menggabungkan konsonan k dengan vokal a, i dan u: i. ka ki ku Menambahkan vokal a, i dan u di hadapan suku kata i. abi abu aci acu ucu aki aku Menyalin untuk mengingat suku kata yang dibina.

mazriabdrahman

13/8/2012

28

Aras 3: Membaca perkataan suku kata terbuka.


Cantumkan suku kata terbuka ba, bi,bu , ka, ki dan ku serta vokal a, i dan u membentuk

perkataan suku kata terbuka seperti; i. baba, bibi, bubu, babu ii. abi, abu, ibu iii. kaki, kuku, kaku, iv. aki, aku v. baki, buku, baku, baka, buka vi. bubu abu, kaki ibu, buku aku
mazriabdrahman 13/8/2012

29

Murid boleh melakukan aktiviti membina perkataan berdasarkan suku kata yang i. ii.

dipelajari. Guru boleh mencipta ayat untuk dibaca oleh murid seperti; ibu baca buku kuku kaki ibu kaku Seterusnya guru memperkenalkan konsonan lain seperti t, s dan m. Pola pengajarannya adalah sama seperti sebelumnya.
mazriabdrahman 13/8/2012

30

Aras 4: Membaca suku kata tertutup.


menyebutnya. Contohnya; i. ka=kat ki=kit su=sut ii. la=lat/lam
Guru memperkenalkan suku kata tertutup dan cara

ku=kut

sa=sat

si= sit

li= lit/lim dll

* Suku kata tertutup seperti kan, bas, mak, jam dan sebagainya lebih sukar sedikit daripada suku kata terbuka. Kemahiran mengecam dan membunyikan suku kata tertutup menjadi asas untuk murid membaca banyak perkataan suku kata tertutup seperti ikan, bukit, lampu dan lain-lain.

mazriabdrahman

13/8/2012

31

Aras 5: Membaca perkataan suku kata tertutup


Guru mencantumkan suku kata terbuka dengan

suku kata tertutup (kv + kvk) yang telah dipelajari. bu + kit ka + sut ka + kak ku + lat ma + kan

* Murid akan boleh membaca perkataan suku kata tertutup setelah mereka belajar mencantum suku kata tertutup dengan suku kata lain(terbuka) supaya menjadi perkataan. Jika mereka sukar membaca perkataan-perkataan ini, guru perlu mengajar dan melatih murid mengecam dan menyebut suku kata tertutup, membina perkataan dan membacanya.
mazriabdrahman 13/8/2012

32

Guru kemudiannya memperkenalkan

beberapa konsonan lain, r, p dan n dan melaksanakan pengajaran seperti pola sebelumnya Bermula dengan suku kata terbuka, kemudiannya suku kata tertutup dan membentuk perkataan suku kata.

mazriabdrahman

13/8/2012

33

Aras 6: Membaca perkataan membezakan vokal e taling dan e pepet dan o.


Guru memperkenalkan vokal e yang bunyi vokal tersebut. Harus diingat, bunyi e pepet dan e taling diperkenalkan serentak. Contoh; esok emak elok oren bebas betik ekor lembu Dalam ejaan bahasa melayu rumi, hanya vokal e mempunyai 2 bunyi yang berlainan yang melambangkan 2 fonem. itu sebabnya huruf e dikemudiankan sedikit dalam pengajaran awal membaca. Murid akan keliru dengan 2 bunyi e jika diajar pada peringkat awal. Huruf vokal o dikemudiankan juga kerana hampir sama bunyinya dengan vokal u .Lagi pun huruf o tidaklah sekerap diguna berbanding vokal u. Guru mengembangkan kemahiran murid dengan memperkenalkan bunyi huruf l,d, g, j, dan lain-lain mengikut kesesuaian.

mazriabdrahman

13/8/2012

34

Emak Enam Emas Kera Beli Besar Tebu

Elok Esok Ekor Kelok Belon Beca Desa

mazriabdrahman

13/8/2012

35

Aras 7: Membaca perkataan suku kata tertutup ng


Guru memperkenalkan bunyi ng kepada murid. Menggabungkan perkataan suku kata dengan ng membentuk

perkataan yang berakhir dengan ng. Contohnya; sayang kering payung lorong pusing kambing kambing longkang musang makan pisang.

* Perkataan suku kata tertutup yang dieja dengan ng pada hujungnya tidak begitu sukar untuk murid membaca dan menyebutnya setelah mereka boleh membaca perkataan suku kata tertutup. Lagi pun banyak perkataan yang dieja begini boleh diajar secara perkataan berima seperti datang petang, cincang kacang, cacing kucing bayang layang-layang.
mazriabdrahman 13/8/2012

36

Aras 8: Membaca perkataan suku kata VOKAL BERGANDING dan * diftong

Ada perkataan bahasa melayu seperti buah, baik, kuih dieja dengan gabungan dua vokal di tengah perkataan. Ini dipanggil geluncuran. Ada perkataan yang dieja dengan gabungan dua vokal pada suku kata akhir perkataan seperti bau, amboi, sungai. ini dipanggil diftong.Daripada kajian, didapati murid sukar sedikit mengecam dan membaca perkataan jenis ini berbanding perkataan suku kata terbuka dan tertutup. Guru boleh mengajar dan latih murid menyebutnya. perkataan seperti sungai boleh dipecah menjadi su ngai, amboi menjadi am boi, tetapi perkataan yang mengandungi geluncur seperti baik, buah, naik harus disebut terus, tidak dipecah suku katanya.

mazriabdrahman

13/8/2012

37

Guru memperkenalkan perkataan ada

geluncuran dan diftong seperti: bau pantai dua naik buah amboi bangau baik anak harimau buaya ganas
mazriabdrahman 13/8/2012

38

Aras 9: Membaca perkataan dengan suku kata nga dan nya


nyu. Membentuk perkataan suku kata di atas. Contohnya: i. nganga wangi bunyi penyu ii. nyanyi ungu nyonya nyaring.
Memperkenalkan bunyi suku kata nga, ngi, ngu, nya, nyi dan

Harus diingat, dalam KGBK, latihan menulis perlu dan

dianggap sebagai pengukuhan sesuai dengan konsep show, say and write. Aras suku kata nga, ngi, ngu, nya, nyi dan nyu dikemudiankan kerana lebih sukar sedikit berbanding suku kata lain. Lagi pun tidak begitu banyak perkataan yang menggunakan suku kata ini.
mazriabdrahman 13/8/2012

39

Aras 10; Membaca perkataan dengan penambahan me, mem dan ber
kata yang pernah murid pelajari. Contohnya; melayang membuat mencari berjalan menghantar surat berkelah memberi

Guru menambahkan imbuhan kepada perkataan suku

* Imbuhan me, mem dan ber dipilih kerana kerap diguna dalam bahasa melayu. Ini sebagai satu pengenalan tentang penggunaan imbuhan supaya murid sedar dalam proses mereka membaca perkataan dalam buku, mereka akan bertemu perkataan yang menggunakan imbuhan ini.
mazriabdrahman 13/8/2012

40

Aras 11; Membaca ayat pendek


* Kebolehan murid membaca ayat pendek dan memahaminya adalah aras kebolehan membaca yang lebih tinggi daripada aras sebelumnya. Walaupun sebelum ini murid sudah boleh membaca frasa, ayat yang diuji pada aras ini lebih beragam dan pelbagai. Setelah murid membaca ayat, guru hendaklan bertanya murid maksud ayat itu untuk menguji kefahamannya.
mazriabdrahman 13/8/2012

41

Contoh ayat

Musa membaca buku Ani naik kereta Itu kedai buku Pak Jamil Sekolah Zaki di bandar Ipoh Cikgu Lili mengajar kami menulis dan menyanyi. Untuk menguji kefahaman murid, guru bertanya murid soalan tentang apa yang telah mereka baca seperti; - Musa baca apa? - Ani naik apa? - Di manakah sekolah Zaki?
mazriabdrahman 13/8/2012

42

Aras 12: Membaca ayat dan cerita


* Ini adalah aras tertinggi dalam kebolehan awal membaca iaitu kebolehan membaca cerita ringkas dan memahaminya. Jika murid membaca cerita ringkas ini dengan lancar dasn memahami apa yang dibaca, maka murid ini boleh dianggap telah mencapai kebolehan membaca secukupnya. Murid akan boleh membaca kebanyakan buku teks dan bahan cetak lain pada tahap sekolah rendah. Apa yang diperlukan ialah guru menggalakkan murid meminjam buku bagi mengukuhkan kelancaran mereka membaca.
mazriabdrahman 13/8/2012

43

Fizi pergi ke rumah neneknya Rumah neneknya di tepi sungai Di dalam sungai banyak ikan Fizi dan abangnya suka menangkap ikan. Ke manakah Fizi pergi Rumah nenek Fizi di mana? Apakah yang ada di dalam sungai? Dengan siapakah Fizi menangkap ikan?
mazriabdrahman 13/8/2012

44

mazriabdrahman

13/8/2012

45

Sekian, terima kasih

mazriabdrahman

13/8/2012

46

You might also like