You are on page 1of 173

http://syazalina83.blogspot.

com

KEMENTERIIAN PELAJARAN MALAYSIIA KEMENTER AN PELAJARAN MALAYS A

LINUS
NUMERASI

PROGRAM LIITERASII DAN NUMERASII PROGRAM L TERAS DAN NUMERAS

MODUL GURU TAHUN 1

http://syazalina83.blogspot.com

PENGENALAN National Key Result Areas (NKRAs) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi dan numerasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (LINUS). Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan. Konsep tersebut dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran. Modul ini dihasilkan untuk membantu guru melaksanakannya bagi membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna pakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan. Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru, pensyarah institusi pendidikan guru dan wakil bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang turut menyumbangkan idea dan kepakaran untuk menghasilkan modul ini.

http://syazalina83.blogspot.com

http://syazalina83.blogspot.com

1.0 DEFINISI NUMERASI Numerasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS.

3.0 OBJEKTIF Objektif Program Numerasi adalah memastikan murid berupaya: i. menyebut, menulis, membilang, menyusun, menentukan nilai digit dan tempat bagi nombor hingga 1000 ii. menguasai fakta asas tambah iii. menguasai fakta asas tolak iv. menguasai fakta asas darab v. menguasai fakta asas bahagi vi. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik yang mudah dalam wang, menyatakan masa dan waktu serta bentuk tiga dimensi dan bentuk dua dimensi.

4.0 ORGANISASI KANDUNGAN Modul guru program LINUS ini dihasilkan mengikut unit. Terdapat sepuluh unit dan bagi setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi nombor bulat hingga 20, tambah dan tolak dalam lingkungan 18, wang hingga RM10, pengenalan masa dan waktu, bentuk tiga dimensi dan bentuk dua dimensi. Pendekatan yang digunakan dalam program LINUS (Numerasi) ini ialah pendekatan pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan.

http://syazalina83.blogspot.com

Kandungan Kemahiran Numerasi Tahun 1 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Nombor Bulat Hingga 10 Nombor Bulat Hingga 20 Tambah Dalam Lingkungan 10 Tambah Dalam Lingkungan 18 Tolak Dalam Lingkungan 10 Tolak Dalam Lingkungan 18 Wang Hingga RM10 Pengenalan Masa Dan Waktu Bentuk Tiga Dimensi (Bentuk 3D) Bentuk Dua Dimensi (Bentuk 2D)

Hasil Pembelajaran Tahun 1 Pada akhir Tahun 1 murid berupaya: 1. Menyatakan nombor, 0 hingga 20. 2. Mengenal pasti angka, 0 hingga 20. 3. Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 20. 4. Menulis angka, 0 hingga 20. 5. Membaca nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'dua puluh'. 6. Menulis nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'dua puluh'. 7. Menyebut nombor 0 dan 10. 8. Mengenal pasti angka '0' dan '10' dalam membilang. 9. Menulis angka '0' dan '10'. 10. Menyusun nombor, 0 hingga 20: a) membilang satu-satu secara tertib menaik. b) membilang satu-satu secara tertib menurun. c) membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik. d) membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun. 11. Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang. 12. Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada suatu nombor. 13. Menyatakan nilai setiap digit dalam satu nombor. 14. Menyatakan jumlah bagi dua nombor. 15. Menulis ayat matematik bagi operasi tambah. 16. Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jawapan yang sama. 17. Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor. 18. Menyatakan secara spontan fakta asas tambah.

http://syazalina83.blogspot.com

19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27.

28.

29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42.

Menyelesaikan masalah harian yang mudah. Mencari beza antara dua nombor. Menulis ayat matematik bagi operasi tolak. Menyatakan secara spontan fakta asas tolak. Menyatakan pasangan nombor yang mungkin, di mana apabila ditolak memberi baki yang sama. Menyatakan secara spontan beza antara dua nombor. Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk duit syiling dan wang kertas. Mewakilkan nilai wang bagi RM dan 'sen'. Menukarkan: a) duit syiling sehingga RM1. b) wang kertas sehingga RM10. Menambah dan menolak: a) duit syiling sehingga RM1. b) wang kertas sehingga RM10. Menyelesaikan masalah harian yang mudah berkaitan wang. Menyatakan bahagian-bahagian dalam sehari dengan betul. Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari. Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan. Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan. Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam. Mengenal dan menamakan bentuk tiga dimensi. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk tiga dimensi. Mengkelaskan bentuk tiga dimensi. Membina model. Mengenal dan menamakan bentuk dua dimensi. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk dua dimensi. Mengkelaskan bentuk dua dimensi. Menghasilkan rekaan dengan bentuk dua dimensi.

http://syazalina83.blogspot.com

5.0 PENDEKATAN NUMERASI DALAM PEMBINAAN MODUL Disarankan guru melaksanakan pengajaran dengan menekankan pendekatan yang dicadangkan. a. Pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri: Pastikan bahawa murid mempunyai pengetahuan asas yang kukuh sebelum memperkenalkan kemahiran yang baru. Murid yang belum dapat menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula, khusus untuk memperbetulkan ketidakfahaman mereka. Walau bagaimanapun, pengajaran semula ini harus menggunakan strategi yang berbeza dari pengajaran sebelumnya. b. Pendekatan ansur maju (berperingkat): Perkenalkan konsep matematik bermula daripada perkara yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada kontekstual kepada konstruktif. c. Pendekatan didik hibur: Perlu diingat murid yang mengikuti program ini adalah murid yang perlukan perhatian yang lebih khusus. Bagi membolehkan mereka berminat dalam pembelajaran, aktiviti yang disampaikan perlu menggunakan pendekatan yang menarik, melalui cara penyampaian yang paling berkesan. Konsep didik hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan manipulatif yang menarik disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran. d. Pendekatan penggabung jalinan kemahiran: Guru perlu menggabungjalinkan suatu kemahiran dengan kemahiran yang lain mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, dalam tajuk Wang Hingga RM10 kemahiran menambah dan menolak harus diaplikasi.

http://syazalina83.blogspot.com

6.0 PENJELASAN MODUL GURU NUMERASI TAHUN 1 Tujuan Modul Guru Ini Dibina Modul guru ini dibina berujuan supaya:
murid dapat menggunakan deria mereka semasa menjalankan aktiviti pembelajaran.
murid dapat meneroka, menjalankan eksperimen, membuat tekaan berdasarkan pemerhatian mereka dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti yang menyeronokkan.
murid dapat mengawal pembelajaran kendiri melalui pendekatan ansur maju.

Mengenai Modul Ini Modul ini:


mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang dibina dan disusun supaya mudah dilaksanakan oleh guru dan diikuti oleh murid.
mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang menekankan penanaman konsep Matematik melalui aktiviti didik hibur.
mencadangkan berkesan. penggunaan bahan bantu mengajar yang

mencadangkan soalan-soalan terarah dalam konteks matematik yang dapat mengukuhkan pemahaman murid.
mencadangkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan murid.

Saya mendengar, saya lupa. Saya melihat, saya ingat. Saya melakukan, saya faham.

http://syazalina83.blogspot.com

(B) UNIT 1.2 (A) UNIT DAN TAJUK

(F) LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

(C) HASIL PEMBELAJARAN

(D) BAHAN BANTU MENGAJAR

(E) PERBENDAHARAAN KATA

(H) MUKA SURAT

(G) AKTIVITI PENGUKUHAN

http://syazalina83.blogspot.com

Penjelasan Modul Bil.


(A)

Perkara
Unit Dan Tajuk

Penerangan
Nombor siri bagi unit dan tajuknya. Nombor siri bagi sesi pengajaran dan pembelajaran dalam suatu unit. Contohnya: Unit 1.2 menunjukkan Unit 1, sesi pengajaran dan pembelajaran kedua. Sejajar dengan kurikulum Matematik Tahun 1 (KBSR).

(B)

Unit 1.2

(C)

Hasil Pembelajaran

Akan dibina sesuai dengan kurikulum baru Matematik Tahun 1 (KSSR). Mudah disediakan oleh guru. Templat sedia cetak disediakan. Praktikal dan boleh digunakan berulang kali. Diperkenalkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

(D)

Bahan Bantu Mengajar

(E)

Perbendaharaan Kata

Perlu diulang penggunaannya seberapa kerap yang mungkin, baik dalam sesi pengajaran yang sama mahupun dalam sesi pengajaran lain, dalam konteks yang serupa. Murid perlu digalakkan menggunakannya di sepanjang aktiviti pembelajaran. Ringkas dan sistematik.

(F)

Langkah-Langkah Pengajaran

Menekankan pemahaman konsep. Menyeronokkan dan berpusatkan murid serta tertumpu kepada suatu kemahiran pada suatu masa. Ia mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang dapat memperkukuhkan pemahaman murid. Ia mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang berbeza tetapi menerapkan konsep matematik yang sama. Ia mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang menggalakkan penerokaan lanjut bagi kemahiran matematik yang sama.

(G)

Aktiviti Pengukuhan

(H)

Muka Surat

Muka surat.

http://syazalina83.blogspot.com

http://syazalina83.blogspot.com

KANDUNGAN MODUL GURU NUMERASI TAHUN 1

MUKA SURAT UNIT TAJUK MODUL GURU BBM

1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

NOMBOR BULAT HINGGA 10 Menyebut nombor, 1 hingga 9. Mengenal pasti angka, 1 hingga 9. Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 9. Menulis angka, 1 hingga 9. Membaca nombor dalam perkataan, 'satu' hingga 'sembilan'. Menulis nombor dalam perkataan, 'satu' hingga 'sembilan'. Menyusun nombor, 1 hingga 9:

1-2 3-4 5 6 7 8

1.7

a) b)

membilang satu-satu secara tertib menaik. membilang satu-satu secara tertib menurun.

9 - 11

Menyebut nombor 0 dan 10. Mengenal pasti angka '0' dan '10' dalam membilang. Membilang objek dalam kumpulan hingga 10. 1.8 Menulis angka '0' dan '10'. Membaca nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'sepuluh'. Menulis nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'sepuluh'. Menyusun nombor, 0 hingga 10: a) b) 1.9 c) d) membilang satu-satu secara tertib menaik. membilang satu-satu secara tertib menurun. membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik. membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.

12 - 13

14 - 15

http://syazalina83.blogspot.com

MUKA SURAT UNIT TAJUK MODUL GURU BBM

1 1.10 1.11 2

NOMBOR BULAT HINGGA 10 (Sambungan) Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang. Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada suatu nombor. NOMBOR BULAT HINGGA 20 Menyebut nombor, 11 hingga 20.

16 17 - 18

2.1

Mengenal pasti angka, 11 hingga 20. Menulis angka, 11 hingga 20.

19 - 21

2.2

Membilang objek dalam kumpulan, 11 hingga 20. Membaca nombor dalam perkataan, 'sebelas' hingga 'dua puluh'. Menulis nombor dalam perkataan, 'sebelas' hingga 'dua puluh'. Menyatakan nilai setiap digit dalam suatu nombor. Menyusun nombor, 11 hingga 20: a) b) membilang satu-satu secara tertib menaik. membilang satu-satu secara tertib menurun. membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik. membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.

22

2.3

23

2.4

24 - 25

2.5 c) d) 3 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

26

3 - 14

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 Menentukan lebih satu daripada suatu nombor. Menyatakan jumlah bagi dua nombor. Menulis ayat matematik bagi operasi tambah. Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jumlah yang sama. Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor. Menyelesaikan masalah harian yang mudah.

27 28 - 29 30 31 - 32 33 - 35 36 - 38 25 15 - 24

http://syazalina83.blogspot.com

MUKA SURAT UNIT TAJUK MODUL GURU BBM

4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 5 5.1 5.2 5.3 6 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 7 7.1 7.2

TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 Menentukan lebih satu daripada suatu nombor. Menyatakan jumlah bagi dua nombor. Menulis ayat matematik bagi operasi tambah. Menyatakan secara spontan fakta asas tambah. Menyelesaikan masalah harian yang mudah. TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10 Menentukan kurang satu daripada suatu nombor. Menulis ayat matematik bagi operasi tolak . Menyelesaikan masalah harian yang mudah. TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 Menentukan kurang satu daripada suatu nombor. Mencari beza antara dua nombor. Menulis ayat matematik bagi operasi tolak. Menyatakan secara spontan fakta asas tolak. Menyatakan pasangan nombor yang mungkin, di mana apabila ditolak memberi baki yang sama. Menyatakan secara spontan beza antara dua nombor. Menyelesaikan masalah harian yang mudah. WANG HINGGA RM10 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. Mewakilkan nilai wang bagi RM dan 'sen'. Menukarkan:

39 - 40 41 - 42 43 44 - 46 47 - 48

49 - 50 51 52 - 54

55 - 56 57 - 59 60 61 - 62 63 - 65 66 - 67 68

69 - 71 72

7.3

a) b)

duit syiling sehingga RM1. wang kertas sehingga RM10.

73 - 76

http://syazalina83.blogspot.com

MUKA SURAT UNIT TAJUK MODUL GURU BBM

WANG HINGGA RM10 (Sambungan) Menambah dan menolak:

7.4

a) b)

duit syiling sehingga RM1. wang kertas sehingga RM10.

77 - 78

7.5 8 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 9 9.1 9.2 9.3 9.4 10 10.1 10.2 10.3 10.4

Menyelesaikan masalah harian yang mudah berkaitan wang. PENGENALAN MASA DAN WAKTU Menyatakan bahagian-bahagian dalam sehari dengan betul. Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari. Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan. Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan. Mengenal muka jam dan menyatakan waktu dalam jam pada muka jam. BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D) Mengenal dan menamakan bentuk tiga dimensi. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk tiga dimensi. Mengkelaskan bentuk tiga dimensi. Membina model. BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D) Mengenal dan menamakan bentuk dua dimensi. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk dua dimensi. Mengkelaskan bentuk dua dimensi. Menghasilkan rekaan dengan bentuk dua dimensi.

79 - 80

81 - 82 83 84 - 85 86 - 87 88 - 92 33 - 37 38 - 40 26 - 32

93 - 96 97 - 104 105 - 109 110

41 - 45

111 - 113 114 - 115 116 - 117 118

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.1
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyebut nombor, 1 hingga 9 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan dua kumpulan. Murid menyanyikan lagu Sayang Semuanya sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Tuliskan senikata pada papan tulis. Pastikan murid menyebut nombor dengan betul. Satu, satu saya sayang ibu, Dua, dua saya sayang bapa, Tiga, empat sayang adik kakak, Satu, dua, tiga, empat sayang semuanya. Lima, lima saya sayang cikgu, Enam, tujuh saya sayang kamu, Lapan, sembilan saya sayang dia, Satu hingga sembilan sayang semuanya. 2. Kemudian murid diminta melompat setempat bersama-sama sambil menyebut nombor 1 hingga 9. 3. Seterusnya, susun kumpulan murid dan sembilan gelung rotan seperti berikut. Arahkan murid berada dalam barisan menghadap ke arah gelung rotan. Ahli kumpulan 1

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Gelung rotan 2. Wisel Bagi aktiviti pengukuhan: Objek dan nombor yang ada di sekitar kawasan sekolah

Ahli kumpulan 2

4. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung rotan ke gelung rotan yang berikutnya sambil menyebut dengan kuat nombor 1 hingga 9. Dia kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira sebagai pemenang. 5. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu Sayang Semuanya bersama-sama.

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. Nyanyikan lagu membilang nombor yang sesuai, contohnya: Langkah ke kiri Langkah ke kanan Ke hadapan dan ke belakang Pusing ke kiri Pusing ke kanan Buat kumpulan (sebutkan nombor) Murid perlu mendengar dengan teliti nombor yang disebutkan oleh guru dan dengan pantas membentuk kumpulan dengan bilangan ahli yang betul. Semak bilangan ahli kumpulan dengan membilang bersamasama. 2. Murid memperihalkan nombor yang ada di sekitar kawasan sekolah seperti bilangan murid lelaki atau perempuan, bilangan kereta di tempat letak kereta, bilangan bangku di kantin dan lain-lain lagi.

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.2
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengenal pasti angka, 1 hingga 9 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa majalah lama, surat khabar atau risalah pasar raya yang mengandungi angka atau tanda harga barangan. 2. Minta murid menyanyikan lagu Sayang Semuanya sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Kemudian tunjukkan kad nombor secara rawak dan murid menyebutkan nombornya. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad nombor (1 hingga 9) 2. Majalah lama/Surat khabar/Risalah pasar raya 3. Gunting 4. Gam 5. Kertas mahjong Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor (1 hingga 9) 2. Nombor yang ada di sekitar kawasan sekolah 3. Lembaran Aktiviti 1.2 3. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan gunting, gam dan kertas mahjong kepada setiap kumpulan. Minta murid menggunting angka 1 hingga 9 yang dapat mereka cari dan lekatkan ke dalam buku atau kertas mahjong. 4. Edarkan Lembaran Kerja 1.2. 5. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu Sayang Semuanya bersama-sama.

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Gantung atau lekatkan kad nombor pada tempat yang berbeza di dalam kelas. Sebut nombor 1 hingga 9 secara rawak dan minta murid menunjuk ke arah kad nombor yang betul. 2. Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah. Perhatikan dan perihalkan tentang nombor yang ada di sekeliling mereka. 3. Edarkan Lembaran Aktiviti 1.2. Minta murid mendengar dengan teliti dan bulatkan angka yang betul.

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10 Lembaran Aktiviti 1.2 Dengar dengan teliti dan bulatkan angka yang betul. 1.

2
2.

4 5 5 3 7

6 3 9 8 4

7
3.

I
4.

2
5.

6
4

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.3
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 9 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Minta murid mengeluarkan alat tulis yang mereka bawa seperti pensel, buku, pemadam dan sebagainya. Soal jawab: Guru: Siti, tunjukkan pensel (buku, pemadam) yang kamu bawa. Berapa batang pensel (buah buku, pemadam) yang awak ada? Murid: Saya ada ... (murid menyebutkan bilangan) batang pensel (buah buku, pemadam). Guru: Siapa yang ada bilangan pensel (buku, pemadam) yang sama, tunjukkan saya. 2. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap pasangan. Tunjukkan satu persatu objek maujud yang boleh dibilang. Murid perlu membilang secara senyap semasa guru menunjukkan objek tersebut. Kemudian, minta murid menunjukkan kad nombor yang betul. 3. Edarkan Lembaran Kerja 1.3.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Alat tulis yang dibawa oleh murid 2. Set kad nombor (1 hingga 9) 3. Objek maujud yang boleh dibilang Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor (1 hingga 9) 2. Objek yang ada di sekitar kawasan sekolah 3. Gam 4. Kertas mahjong 5. Pen marker

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi sekeping kad nombor. 2. Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah dan kumpulkan pelbagai objek kecil atau ringan yang sama jenis dalam bilangan tersebut. Contohnya, kumpulan 1 yang mendapat kad nombor 1 diminta mengumpul sehelai daun dan sebiji batu kecil. 3. Minta murid melekatkan objek dengan kemas dan cantik di atas kertas mahjong serta menuliskan angka yang berkenaan. Pamerkan hasil kerja murid di papan kenyataan.

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.4
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menulis angka, 1 hingga 9 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu, pen marker dan sembilan sida kepada setiap pasangan. Sebutkan nombor dan murid menunjukkan bilangan sida yang betul. Semasa membilang, pastikan murid menunjuk sida dan menyebut Satu, dua, tiga ... dan seterusnya. 2. Tunjukkan teknik yang betul untuk menulis angka tersebut di papan tulis. Murid diminta menulis angka dengan jari: di udara di atas meja di kotak berisi pasir di bahagian belakang pasangan 3. Ulangi langkah 1 dan 2 untuk nombor-nombor lain. 4. Tunjukkan kad bergambar di papan tulis, contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Sida 4. Kotak 5. Pasir 6. Kad bergambar Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bahan-bahan yang sesuai untuk membuat kolaj (tali, kain perca, tanah liat, daun, kekacang, manik, labuci, kertas pasir/warna dsb.) 2. Kad nombor (1 hingga 9) 3. Kertas lukisan 4. Gunting 5. Gam

5. Minta murid membilang jumlah objek pada kad bergambar tersebut dan menuliskan angkanya di papan tulis individu. Pastikan murid menggunakan teknik yang betul untuk menulis angka. Murid diminta mempamerkan papan tulis masing-masing. 6. Ulangi langkah 4 dan 5 untuk nombor-nombor lain. 7. Edarkan Lembaran Kerja 1.4.

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa bahan-bahan yang sesuai untuk membuat kolaj. 2. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan gunting, gam dan sekeping kad nombor kepada setiap kumpulan. Edarkan juga sekeping kertas lukisan kepada setiap murid. Murid diminta menghasilkan kolaj angka tersebut pada kertas lukisan masingmasing. 3. Pamerkan hasil kenyataan. kerja yang terbaik di papan

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.5
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membaca nombor dalam perkataan, satu hingga sembilan LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid menyanyikan lagu Sayang Semuanya sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Tuliskan senikata pada papan tulis. 2. Murid diminta menunjukkan berdasarkan senikata lagu, menyebutnya. kad perkataan mengeja dan

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Kad perkataan satu hingga sembilan Bagi aktiviti pengukuhan: Set kad perkataan satu hingga sembilan disusun secara rawak

3. Gantung atau lekatkan kad perkataan pada tempat yang berbeza di dalam kelas. Sebut nombor 1 hingga 9 secara rawak dan minta murid menunjukkan ke arah kad perkataan yang betul.

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Edarkan satu set kad perkataan kepada setiap kumpulan. 3. Dalam kumpulan, murid diminta menyusun semula kad perkataan mengikut urutan daripada satu hingga sembilan. 4. Kumpulan yang paling pantas menyusun perkataan tersebut dikira sebagai pemenang. kad

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.6
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menulis nombor dalam perkataan, satu hingga sembilan LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan kad perkataan bermula daripada satu kepada murid yang pertama. Murid tersebut perlu menulis dengan jari di atas perkataan itu lalu mengeja dan menyebutnya. Kemudian, kad itu diberikan kepada murid yang kedua sehingga ke murid terakhir. Perkataannya diperbuat daripada kertas pasir atau tali

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad perkataan satu hingga sembilan (perkataannya diperbuat daripada kertas pasir, tali, hasilan kolaj dsb.) yang dilekatkan di atas kad manila 2. Kad bergambar 3. Papan tulis individu 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Puzzle nombor dalam perkataan 2. Kad abjad

Kad manila
2. Ulangi langkah 1 dengan kad perkataan dua hingga sembilan. 3. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 4. Pamerkan kad bergambar seperti berikut:

Soal jawab: Berapa ekor burung yang kamu nampak? Eja ... (sebutkan nombornya). Tuliskan nombor ... (sebutkan nombornya) pada papan tulis kamu. 5. Ulangi langkah 4 dengan kad bergambar yang lain. 6. Edarkan Lembaran Kerja 1.6.

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan

AKTIVITI PENGUKUHAN Murid diminta menyusun semula puzzle atau kad abjad yang disusun secara rawak untuk membentuk perkataan, seperti berikut:

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.7(a)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor, 1 hingga 9: a) Membilang satu- satu secara tertib menaik b) Membilang satu-satu secara tertib menurun LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan satu set kad bertitik kepada setiap murid. 2. Minta murid membilang titik pada setiap kad dan melekatkan kad tersebut di dalam buku mengikut bilangan titik yang paling sedikit hingga yang paling banyak. Perkenalkan perkataan tertib menaik. 3. Minta murid menulis nombor di bawah setiap kad untuk mewakili bilangan titik pada kad tersebut dan kemudian membilang secara tertib menaik daripada 1 hingga 9. 4. Edarkan set kedua kad bertitik kepada setiap murid. 5. Minta murid membilang titik pada setiap kad dan melekatkan kad tersebut di dalam buku mengikut bilangan titik yang paling banyak hingga yang paling sedikit. Perkenalkan perkataan tertib menurun. 6. Minta murid menulis nombor di bawah setiap kad untuk mewakili bilangan titik pada kad tersebut dan kemudian membilang secara tertib menurun daripada 9 hingga 1. 7. Edarkan Lembaran Kerja 1.7(a).

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set kad bertitik (Rujuk BBM ms. 1) yang telah digunting dan disusun secara rawak 2. Gam Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Dadu 2. Sida 3. Permainan Dam Ular PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan

AKTIVITI PENGUKUHAN Adakan permainan Dam Ular secara berkumpulan.

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.7(b)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor, 1 hingga 9 a) Membilang satu- satu secara tertib menaik b) Membilang satu-satu secara tertib menurun LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Perkenalkan garis nombor kepada mereka. Kaitkan garis nombor tersebut dengan kad bertitik pada sesi sebelumnya (Unit 1.7(a)). 2. Minta murid membilang satu-satu secara tertib menaik daripada 1 hingga 9. 3. Seterusnya, lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada papan tulis dengan hanya menandakan nombor 1 dan 9 sahaja. Contohnya: 1 9

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Garis nombor bersaiz besar 2. Garis nombor kosong bersaiz besar (berskala tanpa nombor) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor (1 hingga 9) 2. Pelekat

Soal jawab: Nombor apakah selepas nombor (sebutkan suatu nombor)? Di manakah letaknya nombor (sebutkan nombor tersebut) pada garis nombor ini? Tuliskan. 4. Teruskan dengan nombor lain. Setelah kesemuanya ditulis pada garis nombor, minta murid membilang satu-satu secara tertib menaik daripada 1 hingga 9. 5. Edarkan Lembaran Kerja 1.7(b). Nota: Aktiviti yang serupa diulang untuk membilang satusatu secara tertib menurun.

10

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Garis nombor AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan kad nombor secara rawak kepada sembilan murid. Soal jawab: Mari kita buat garis nombor. Nombor 5, lekatkan kad kamu di sini. (Murid yang memegang kad nombor 5 diminta melekatkan kad pada papan tulis) Siapakah yang memegang kad nombor sebelum nombor 5? Di manakah kamu sepatutnya melekatkan kad itu? (Murid tersebut diminta melekatkan kad di sebelah kiri kad nombor 5) Sekarang, lengkapkan garis nombor ini! (Mereka perlu melekatkan kad masing-masing mengikut urutan nombor yang betul) 2. Kemudian minta murid membilang satu-satu secara tertib menaik dan menurun. 3. Ulangi aktiviti tersebut bermula dengan nombor lain. 4. Permainan ini boleh juga dijadikan pertandingan di antara kumpulan (sembilan orang). Kumpulan yang paling pantas melengkapkan garis nombor dengan betul dikira pemenang.

11

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.8(a)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor 0 2. Mengenal pasti angka 0 3. Menulis angka 0 4. Membaca perkataan sifar 5. Menulis perkataan sifar LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Tunjukkan tiga biji cawan berlabel A, B dan C. Cawan A dan B mengandungi beberapa biji guli yang berbeza bilangannya, manakala cawan C dibiarkan kosong. 2. Pilih tiga murid dan berikan cawan tersebut kepada setiap seorang. 3. Minta setiap murid itu untuk mengeluarkan guli satu persatu dan bilang bersama-sama dengan muridmurid lain. Soal jawab: Ada berapa biji guli di dalam cawan A? 4. Ulangi soalan bagi cawan B dan C. Untuk cawan C, murid mestilah dapat menyatakan cawan tersebut kosong, tiada apa-apa atau tiada guli di dalamnya. Perkenalkan tiada apa-apa sebagai sifar. 5. Tunjukkan kad nombor 0 dan minta mereka menulis angka tersebut di udara, di belakang badan kawan dan sebagainya. 6. Tunjukkan kad perkataan sifar dan minta mereka membaca, mengeja dan menulis perkataan tersebut. 7. Bincangkan tentang nombor sifar. Berikan contohcontoh yang dekat dengan murid. 8. Edarkan Lembaran Kerja 1.8(a).

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Cawan plastik (tiga biji dilabelkan A, B dan C) 2. Guli 3. Kad nombor 0 4. Kad perkataan sifar Bagi aktiviti pengukuhan: Garis nombor kosong bersaiz besar (berskala tanpa nombor)

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sifar Garis nombor

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada papan tulis. Minta murid menandakan kedudukan nombor 1 hingga 9 yang disebutkan secara rawak. 2. Kemudian, tunjukkan kedudukan nombor 0 pada garis nombor tersebut. Bincangkan.

12

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.8(b)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor 10 2. Mengenal pasti angka 10 3. Membilang objek dalam kumpulan hingga 10 4. Menulis angka 10 5. Membaca perkataan sepuluh 6. Menulis perkataan sepuluh BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Sida 2. Kad nombor 10 3. Kad perkataan sepuluh 4. Objek di sekitar bilik darjah Bagi aktiviti pengukuhan: Garis nombor kosong bersaiz besar (berskala tanpa nombor) LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan sida secukupnya kepada setiap murid. 2. Murid menyanyikan lagu Sayang Semuanya sambil menunjukkan bilangan jari mengikut senikata lagu. Tarik perhatian mereka kepada perkataan sepuluh di dalam lirik lagu tersebut. Soal jawab: Dalam lagu ini, nombor apakah selepas lapan? Tunjukkan saya sembilan keping sida. Tulis angka sembilan di udara. Eja sembilan. Dalam lagu ini, nombor apakah selepas sembilan? Siapa boleh tunjukkan sepuluh sida? Yang manakah lebih banyak, sembilan atau sepuluh? Bagaimana kamu tahu? 3. Tunjukkan kad nombor 10 dan minta murid menulis angkanya. Tunjukkan kad perkataan sepuluh dan minta murid membaca, mengeja dan menulisnya. 4. Bentuk kumpulan (empat orang). Minta murid mencari sepuluh objek di sekitar bilik darjah. Banding bezakan penemuan mereka. Walaupun bendanya berbeza tetapi bilangannya tetap sama. Tunjukkan melalui padanan satu-satu. 5. Edarkan Lembaran Kerja 1.8(b).

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sifar Sepuluh Garis nombor

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada papan tulis. Minta murid menandakan kedudukan nombor 0 hingga 9 yang disebutkan secara rawak. 2. Kemudian, tunjukkan kedudukan nombor 10 pada garis nombor tersebut. Bincangkan.

13

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.9
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor 0 hingga 10 a) Membilang satu-satu secara tertib menaik b) Membilang satu-satu secara tertib menurun c) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik d) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Gambar seekor katak sedang duduk di atas sehelai daun teratai 2. Set keratan daun teratai bersaiz besar dengan nombor (0 hingga 10) tertulis pada setiap helai Bagi aktiviti pengukuhan: Wisel LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Tunjukkan gambar seekor katak sedang duduk di atas sehelai daun teratai atau melompat dari sehelai ke sehelai daun teratai yang lain.

2. Minta murid memperihalkan gambar tersebut. Mereka juga boleh diminta beraksi seperti seekor katak. 3. Edarkan set keratan daun teratai bersaiz besar kepada setiap kumpulan. Minta mereka letakkan keratan tersebut di atas lantai secara rawak. 4. Secara berkumpulan murid bergilir-gilir melompat (secara tertib menaik) di atas keratan tersebut umpama seekor katak, sambil menyebut nombor yang tertulis padanya. Ahli kumpulan yang lain memerhati dan menyemak sebutan rakan mereka. 5. Edarkan Lembaran Kerja 1.9. Nota: Aktiviti yang serupa boleh diulang untuk: membilang satu-satu secara tertib menurun membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun

14

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


PERBENDAHARAAN KATA Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sifar Sepuluh Tertib menaik Tertib menurun AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Adakan permainan Dengar dan Bilang. Terangkan bagaimana permainan itu dijalankan. a) Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. b) Apabila wisel ditiup sebanyak satu kali, murid perlu membilang secara tertib menaik. c) Apabila wisel ditiup sebanyak dua kali, murid perlu membilang secara tertib menurun. 2. Murid boleh diminta membilang bersama-sama atau bergilir-gilir daripada murid pertama sehingga murid terakhir di dalam kelas. 3. Tunjuk cara permainan ini bersama beberapa murid. Apabila wisel ditiup sebanyak satu kali, mereka mula membilang secara tertib menaik daripada sifar. Sebelum urutan itu selesai, tiup wisel sebanyak dua kali dan mereka mula membilang secara tertib menurun pula daripada nombor terakhir tadi. Contohnya: (Tiup wisel sebanyak satu kali) 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 (Tiup wisel sebanyak dua kali) 6, 5, 4, 3, 2 (Tiup wisel sebanyak satu kali) 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 (Tiup wisel sebanyak dua kali) 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, 0

15

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.10
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. 2. Tunjukkan sebuah bakul yang mengandungi bola berwarna merah dan biru yang berbeza bilangannya. 3. Minta seorang murid membilang bola merah, dan seorang murid lagi membilang bola biru. Kedua-dua murid tersebut menyebut bilangan bola merah dan bola biru kepada kelas. Soal jawab: BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bakul 2. Bola merah 3. Bola biru 4. Sida Bagi aktiviti pengukuhan: Objek maujud yang ada pasangannya di sekitar kawasan sekolah Yang mana lebih (kurang), bola merah atau bola biru? Bagaimana kamu tahu? Berapakah yang lebih (kurang)? (Untuk mengetahui yang mana lebih atau kurang, mereka perlu membuat padanan satu-satu. Setiap bola merah dipadankan dengan bola biru secara berpasangan. Akan terdapat bola yang tiada pasangan.) 4. Bimbing mereka untuk menyatakan: ... lebih daripada ... ... kurang daripada ... 5. Edarkan sida yang mencukupi kepada setiap pasangan. Ulangi langkah 4 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 6. Edarkan Lembaran Kerja 1.10.

PERBENDAHARAAN KATA Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sifar Sepuluh Lebih daripada Kurang daripada

AKTIVITI PENGUKUHAN Bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah. Cari objek maujud yang ada pasangannya seperti kerusi dan meja, pokok dan pasu dan sebagainya. Minta murid membuat padanan satu-satu dan menyatakan yang mana lebih atau kurang, contohnya: Ada lima buah meja dan tiga buah kerusi. Meja lebih daripada kerusi. Lima lebih daripada tiga. Kerusi kurang daripada meja. Tiga kurang daripada lima.

16

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 10


UNIT 1.11
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada suatu nombor LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan sida secukupnya kepada setiap pasangan. 2. Minta murid pertama untuk menunjukkan tiga sida dan murid yang kedua menunjukkan empat sida. Soal jawab: Yang mana lebih, tiga sida atau empat sida? Bagaimana kamu tahu? (Melalui padanan satu-satu, akan ada sekeping sida yang tidak mempunyai pasangannya) Lebih berapa? Empat adalah lebih satu daripada tiga. 3. Ulangi langkah 2 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 4. Edarkan Lembaran Kerja 1.11. Bagi aktiviti pengukuhan: Kad nombor (0 hingga 10) Nota: Aktiviti yang serupa diulang untuk menentukan kurang satu daripada suatu nombor.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Sida

PERBENDAHARAAN KATA Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sifar Sepuluh Lebih satu daripada Kurang satu daripada

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan sekeping kad nombor secara rawak kepada setiap murid. Soal jawab: Siapa yang lebih (kurang) satu daripada empat? Tunjukkan kad kamu! 2. Ulangi langkah 1 dengan nombor lain.

17

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2: NOMBOR BULAT HINGGA 20


UNIT 2.1
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor, 11 hingga 20 2. Mengenal pasti nombor, 11 hingga 20 3. Menulis nombor, 11 hingga 20 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Pilih sepasang murid. Minta murid pertama membilang, menunjukkan dan menyebut bilangan sepuluh penyedut minuman. Murid kedua menunjukkan satu penyedut minuman lagi dan menyambung sebutan murid pertama. Kemudian sambung sebutan murid kedua seperti berikut: Murid pertama: Sepuluh... Murid kedua: ... dan satu ... Guru: ... jadi sebelas. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Penyedut minuman 2. Papan tulis individu 3. Pen marker 4. Kad nombor (11 hingga 20) Bagi aktiviti pengukuhan: Lembaran Aktiviti 2.1 2. Tulis 10 dan 1 jadi 11 pada papan tulis sambil menyebut Sepuluh dan satu jadi sebelas. Minta murid menyebutnya bersama-sama. Bimbing murid menulis nombor 11 dalam buku latihan. 3. Ulangi langkah 1 dan 2 sehingga ... jadi 17. Soal jawab: Sepuluh dan lima jadi lima belas. Sepuluh dan enam jadi enam belas. Sepuluh dan tujuh jadi ... (Murid diminta menyatakan nombornya) Teruskan sehingga Sepuluh dan sepuluh jadi dua puluh 4. Minta murid menyebut nombor 11 hingga 20 (yang telah dituliskan dalam buku latihan) mengikut urutan. 5. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. Tunjukkan kad nombor mengikut urutan atau secara rawak. Soal jawab: Sepuluh dan berapa jadi ... (Tunjukkan kad nombor tetapi jangan sebutkan nombornya) Tuliskan dan tunjukkan jawapannya. Adakah kawan kamu menuliskan nombor yang betul? 6. Minta murid menyebut nombor daripada sebelas hingga dua puluh secara tertib menaik dan kembali ke nombor sebelas secara tertib menurun. 7. Edarkan Lembaran Kerja 2.1.

19

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2: NOMBOR BULAT HINGGA 20


PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan Lembaran Aktiviti 2.1. 2. Minta murid mendengar dengan teliti dan bulatkan nombor yang betul.

20

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2: NOMBOR BULAT HINGGA 20 Lembaran Aktiviti 2.1 Dengar dengan teliti dan bulatkan nombor yang betul. 1.

I2
2.

I4 I5 I5 I3 I7

I6 I3 I9 I8 I4
21

I7
3.

II
4.

20
5.

I6

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2: NOMBOR BULAT HINGGA 20


UNIT 2.2
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membilang objek dalam kumpulan, 11 hingga 20 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. Tunjukkan pundi kacang dan maklumkan permainan Bilang Lambungan. 2. Terangkan cara bermain. a) Guru melambung dan menyambut pundi kacang yang dilakukan beberapa kali. b) Murid memerhatikan dan membilang di dalam hati jumlah lambungan yang dibuat. c) Murid menuliskan jumlah lambungan itu di atas papan tulis individu dan menunjukkannya kepada semua. 3. Ulangi langkah 2 untuk nombor lain yang disebutkan secara rawak. Untuk menjadikan permainan lebih menarik minta murid bergilir-gilir melambungkan pundi kacang tersebut di dalam kumpulan kecil. 4. Ubah suai permainan ini: Membilang jumlah lambungan sebiji bola di antara dua murid. Membilang jumlah tepukan tangan yang dibuat. Membilang jumlah sida yang dijatuhkan ke dalam sebuah tin aluminium. 5. Edarkan Lembaran Kerja 2.2.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Pundi kacang 4. Bola 5. Sida 6. Tin aluminium Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad Petak100 2. Pembilang 3. Papan tulis individu 4. Pen marker PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan tiga kumpulan - A, B dan C. Edarkan kepada setiap murid dalam: Kumpulan A - kad Petak 100 Kumpulan B - pembilang yang mencukupi Kumpulan C - papan tulis individu dan pen marker 2. Sebutkan suatu nombor di antara 11 dan 20 secara rawak dan minta murid dalam: Kumpulan A - menunjukkan nombor yang berkenaan pada kad Petak 100 Kumpulan B - menunjukkan sejumlah pembilang yang betul Kumpulan C - menuliskan nombor yang betul pada papan tulis individu dan menunjukkannya kepada semua. 3. Ulangi langkah 2 dengan nombor yang lain.

22

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2: NOMBOR BULAT HINGGA 20


UNIT 2.3
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Membaca nombor dalam perkataan, sebelas hingga dua puluh 2. Menulis nombor dalam perkataan, sebelas hingga dua puluh LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lekatkan kad nombor dan kad perkataan sebelahmenyebelah pada papan tulis. 2. Sebut nombor satu persatu diikuti oleh murid mulai nombor 11 hingga 20. 3. Murid diminta mengeja perkataan yang terdapat pada kad perkataan dan menulisnya dalam buku latihan. 4. Bentukkan dua kumpulan, A dan B. Ahli kumpulan A menggantungkan kad perkataan di leher. Ahli kumpulan B menggantungkan kad nombor di leher. 5. Mainkan muzik dan murid-murid bergerak untuk mencari pasangan nombor dan perkataannya secepat mungkin sebelum muzik berhenti. 6. Murid yang telah berjumpa dengan pasangannya akan duduk bersama. 7. Teruskan aktiviti sehingga kesemua murid berjumpa dengan pasangannya. Semak jawapan bersamasama. 8. Edarkan Lembaran Kerja 2.3.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad nombor (11 hingga 20) 2. Kad perkataan sebelas hingga dua puluh 3. Tali 4. Radio Bagi aktiviti pengukuhan: Puzzle kad perkataan sebelas hingga dua puluh

PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan puzzle kad perkataan kepada setiap kumpulan. 2. Murid perlu mencantumkan perkataan yang terdapat dalam puzzle. Kumpulan yang terpantas dikira sebagai pemenang.

23

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2: NOMBOR BULAT HINGGA 20


UNIT 2.4
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan nilai tempat dan nilai digit dalam suatu nombor LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Tunjukkan beg-beg plastik yang setiap satunya mengandungi sepuluh biji guli. Minta murid membilang guli dalam beberapa beg plastik tersebut. Kemudian tuliskan 10 pada begbeg itu dengan pen marker. Terangkan: Sepuluh sama dengan satu puluh. Tuliskan pada papan tulis: 10 sama dengan 1 puluh. 2. Seterusnya tunjukkan satu beg yang mengandungi sepuluh biji guli dan sebiji guli lagi seperti berikut: BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Guli 2. Beg plastik 3. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad Petak 100 (Rujuk BBM ms. 2) 2. Guli 3. Beg plastik

3. Minta murid membilang jumlah guli menggunakan teknik berikut: Membilang kesemuanya Satu, dua ... sebelas. Membilang terus Sepuluh, sebelas. Soal jawab: Ada berapa biji guli kesemuanya? (Murid akan menjawab Sebelas biji guli) Satu puluh ... (tunjukkan beg sepuluh biji guli itu) ... dan satu sa (tunjukkan guli yang sebiji itu) ... jadi sebelas. Tuliskan pada papan tulis: 1 puluh dan 1 sa jadi 11. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga ... jadi 15. Soal jawab: Satu puluh dan tiga sa jadi tiga belas. Satu puluh dan empat sa jadi empat belas. Satu puluh dan lima sa jadi ... (Murid diminta menyatakan dan menuliskan nombornya) 5. Soal jawab: Sekarang cikgu mahu enam belas biji guli. Berapa beg sepuluh perlu cikgu ada? Berapa guli sebiji-sebiji perlu cikgu ada? Berapa puluh dan barapa sa jadi enam belas? 6. Ulangi langkah 5 sehingga ... jadi 19. 7. Soal jawab: Satu beg ada satu puluh. Jika dua beg ada dua puluh. Dua puluh sama dengan dua puluh. (Tuliskan 20 sama dengan 2 puluh pada papan tulis) 8. Edarkan Lembaran Kerja 2.4.

24

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2: NOMBOR BULAT HINGGA 20


PERBENDAHARAAN KATA Nombor Bilangan Membilang Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan kad Petak 100, dua puluh biji guli dan dua beg plastik kepada setiap pasangan. 2. Sebut suatu nombor di antara 11 dan 20 secara rawak. Salah seorang murid menunjukkan guli sepuluhsepuluh (yang diisi dalam beg plastik) dan guli sebijisebiji mengikut bilangan yang disebutkan. Pasangannya pula menunjukkan nombor tersebut pada kad Petak 100. 3. Ulangi aktiviti di atas dengan pasangan bertukar peranan.

25

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2: NOMBOR BULAT HINGGA 20


UNIT 2.5
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor, 11 hingga 20 a) Membilang satu-satu secara tertib menaik b) Membilang satu-satu secara tertib menurun c) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik d) Membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Tali 2. Penyepit baju 3. Set kad nombor (11 hingga 20) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Buku cerita Jack dan Pokok Kekacang (Rujuk BBM ms. 3-14) 2. Garis nombor bersaiz besar 3. Pen marker LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Rentangkan tali di dalam kelas dan edarkan kad nombor kepada sepuluh murid. 2. Terangkan bahawa murid akan membilang secara tertib menaik daripada nombor terkecil hingga yang terbesar menggunakan kad tersebut. 3. Minta murid yang memegang kad 11 untuk menggantungkan kadnya menggunakan penyepit baju di sebelah hujung kiri tali yang direntang tadi. Soal jawab: Siapa ada nombor selepas sebelas? Gantungkan kad pada tali. (Murid dengan kad 12 menggantungkan kadnya selepas kad 11) 4. Ulangi langkah 3 hingga selesai urutan nombor tersebut. Minta murid menyebut nombor 11 hingga 20. 5. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. Setiap murid diminta memilih satu kad nombor. Kemudian rentangkan tali di dalam kelas untuk setiap kumpulan. Jadikan aktiviti ini sebagai satu pertandingan. Kumpulan yang paling awal menyusun nombor mengikut urutan menaik yang betul dikira sebagai pemenang. 6. Edarkan Lembaran Kerja 2.5. Nota: Aktiviti yang serupa diulang untuk: membilang satu-satu secara tertib menurun membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun PERBENDAHARAAN KATA Sebelas Dua belas Tiga belas Empat belas Lima belas Enam belas Tujuh belas Lapan belas Sembilan belas Dua puluh Tertib menaik Tertib menurun AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ceritakan tentang kisah Jack dan Pokok Kekacang. 2. Murid juga boleh diminta melakonkan watak Jack untuk menjadikan sesi ini lebih menarik. 3. Kaitkan aksi Jack memanjat dan menuruni pokok kekacang dengan gerakan pada garis nombor.

26

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10


UNIT 3.1
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menentukan nilai lebih satu daripada suatu nombor LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Minta seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul. Soal jawab: Ada berapa biji bola di dalam bakul? (Murid akan menjawab Satu biji bola) Saya masukkan lebih satu biji bola lagi. Ada berapa biji bola di dalam bakul itu sekarang? (Murid akan menjawab Dua biji bola) Lebih satu daripada satu ialah dua. Jika saya masukkan lebih satu biji bola lagi, berapa biji bola yang ada sekarang? (Murid akan menjawab Tiga biji bola) Bagaimanakah kamu tahu? Tunjukkan saya. (Murid boleh membilang kesemua bola tersebut) Lebih satu daripada dua ialah tiga. 2. Bimbing murid untuk memahami bahawa lebih satu daripada suatu nombor adalah nombor yang berikutnya. Sebut dan tuliskan pada papan tulis: Lebih satu daripada satu ialah dua. Lebih satu daripada dua ialah tiga. Lebih satu daripada tiga ialah ... (Murid diminta menyatakan nombornya. Teruskan sehingga Lebih satu daripada sembilan ialah .) 3. Edarkan Lembaran Kerja 3.1.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bakul 2. Bola Bagi aktiviti pengukuhan: Garis nombor bersaiz besar

PERBENDAHARAAN KATA Lebih satu daripada

AKTIVITI PENGUKUHAN Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Kaitkan lebih satu daripada melalui garis nombor tersebut, seperti berikut: Lebih satu daripada satu (tunjuk pada nombor 1) ialah dua (tunjuk pada nombor 2) Teruskan sehingga Lebih satu daripada sembilan ialah sepuluh.

Lebih satu daripada satu ialah dua.

Lebih satu daripada dua ialah tiga.

Lebih satu daripada sembilan ialah ...

27

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10


UNIT 3.2
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan jumlah bagi dua nombor LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Minta dua murid ke hadapan untuk membentuk kumpulan. Minta murid lain membilang jumlah murid dalam kumpulan itu. Tulis 2 murid pada papan tulis. 2. Minta tiga murid lain ke hadapan untuk membentuk satu lagi kumpulan. Minta murid lain membilang jumlah murid dalam kumpulan itu. Tulis 3 murid pada papan tulis. Soal jawab: Dua dan tiga jadi berapa semuanya? Mari kita bilang bersama-sama. (Gunakan kaedah membilang kesemuanya atau membilang terus) Dua dan tiga jadi lima. (Tuliskan 2 dan 3 jadi 5 pada papan tulis) 3. Perkenalkan cara lain untuk menerangkan aktiviti di atas, contohnya: kumpulan pertama bergabung dengan kumpulan kedua.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Pembilang Bagi aktiviti pengukuhan: Garis nombor bersaiz besar

kumpulan kedua bergabung dengan kumpulan pertama.

kedua-dua kumpulan bergabung serentak.

4. Lukiskan situasi di atas pada papan tulis jika perlu. Gunakan dan tuliskan ayat yang berbeza untuk menerangkannya, contohnya: Dua dan tiga sama dengan lima. Jumlah dua dan tiga ialah lima. Dua dan tiga menghasilkan lima kesemuanya. 5. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contohcontoh yang lain. Minta murid menunjuk cara dengan melakonkan situasi, menggunakan pembilang atau melukis, dan seterusnya menulis ayat bagi situasi tersebut. 6. Edarkan Lembaran Kerja 3.2.

28

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10


PERBENDAHARAAN KATA Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan AKTIVITI PENGUKUHAN Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Kaitkan aktiviti di atas dengan gerakan pada garis nombor tersebut, contohnya, 5 + 3 boleh ditunjukkan melalui kaedah: membilang kesemuanya

+3

10

membilang terus

+3

10

29

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10


UNIT 3.3
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menulis ayat matematik bagi operasi tambah LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan sida yang mencukupi kepada setiap pasangan. 2. Minta beberapa murid menunjukkan penambahan 2 dan 3 dengan menggunakan: sida atau objek maujud

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Sida (dalam dua warna yang berbeza) 2. Objek maujud di dalam bilik darjah 3. Papan tulis individu 4. Pen marker 5. Garis nombor Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bahan manipulatif yang berbeza (Kubus Unifix/Lego/Cuisenaire, kad Petak 100 dsb.) 2. Internet melukis situasi tersebut (Sila rujuk Unit 3.2 - langkah 3)

garis nombor (Sila rujuk Unit 3.2 - Aktiviti Pengukuhan)

+3

3. Bimbing mereka menulis ayat matematik 2+3=5. Terangkan maksud simbol + dan =. 4. Ulangi langkah 2 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 3.3.
PERBENDAHARAAN KATA Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Ayat matematik AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Aktiviti yang serupa diulangi dengan menggunakan bahan manipulatif yang lain. 2. Layari internet dan Google tajuk How to use the (nama bahan manipulatif tersebut) in addition.

30

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10


UNIT 3.4
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jumlah yang sama LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan satu set kad Nombor Berskala kepada setiap kumpulan. Lekatkan sekeping kad Nombor Berskala bersaiz besar, contohnya 4, pada papan tulis dan sebut:

4
Di sini ada kad yang panjangnya '4'. Saya akan cantumkan dua kad lain untuk mendapatkan kad yang panjangnya sama dengan 4. Saya boleh gunakan kad '2' dan kad '2'. 2. Lekatkan kad berskala 2 dan 2 seperti berikut:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set kad Nombor Berskala (Rujuk BBM ms. 15-24) 2. Kad Nombor Berskala bersaiz besar Bagi aktiviti pengukuhan: Kubus Unifix/Lego (dalam dua warna berbeza)

4 2 2 2+2=4

Kemudian tuliskan '2 + 2 = 4 ' sambil menyebut "Dua dan dua sama dengan empat".

3. Minta murid meletakkan kad 4 di atas meja dan

mencari dua kad lain untuk dicantumkan supaya sama panjang dengan kad itu. Mereka harus mendapatkan kad berskala 1 dan 3. Semak jawapan murid. Soal jawab: Satu dan tiga ... adakah sama dengan empat? Bagaimana kamu tahu? (Minta murid melekatkan kad berskala 1-3 bersaiz besar pada papan tulis dan nyatakan sama ada ianya sama panjang) Satu dan tiga sama dengan empat. (Minta seorang murid menuliskan 1 + 3 = 4 bersebelahan kad tersebut)

4
1 3

3 1

1+3=4 3 +1=4

4. Murid mungkin menggunakan kad yang sama tetapi disusun secara berbeza, contohnya, 3-1. Terangkan bahawa walaupun susunannya berbeza, jawapannya tetap sama. 5. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contohcontoh yang lain. 6. Edarkan Lembaran Kerja 3.4.

31

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10


PERBENDAHARAAN KATA Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Ayat matematik AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan kubus Unifix/Lego kepada setiap pasangan. Jelaskan kepada murid bahawa mereka harus mencantumkan kubus dalam dua warna untuk mendapatkan jumlah enam kubus kesemuanya, contohnya, lima kubus kuning dan satu kubus merah.

2. Soal jawab: Ada berapa kubus kuning semuanya? Ada berapa kubus merah? Lima dan satu jadi enam kesemuanya. Siapakah yang boleh menulis ayat matematik ini? Adakah cara lain untuk mendapatkan enam kubus? 3. Biarkan murid meneroka. Apabila mereka telah mencantumkan jumlah kubus yang betul, bincangkan dapatan mereka. Kemudian, minta murid menuliskan ayat matematiknya. Mereka akan dapati bahawa: 1+5=6 5+1=6 2+4=6 4+2=6 3+3=6 4. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contohcontoh yang lain.

32

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10


UNIT 3.5
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Susun dua set kad nombor secara rawak dalam bentuk bulatan di atas lantai. Seterusnya, pilih dua murid untuk menunjuk cara permainan. Pastikan murid berdiri di luar bulatan kad. Aturkan pemain seperti lampiran Susunan Kumpulan I. 2. Muzik dimainkan dan murid mula berjalan (mengikut arah yang sama) mengelilingi bulatan kad. Apabila muzik dihentikan, murid perlu meletakkan jari mereka pada kad nombor yang berdekatan dan menambahkan kedua-dua nombor tersebut. Murid yang terdahulu menyebut jawapan yang betul diberikan satu mata. 3. Bentuk kumpulan (empat orang). Edarkan dua set kad nombor kepada setiap kumpulan. Murid mengambil giliran secara berpasangan untuk bermain. Pemain yang sama bermain tiga pusingan dalam aktiviti ini. Pada akhir permainan, markah dikira dan pemenang diberi ganjaran. 4. Edarkan Lembaran Kerja 3.5.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set kad nombor (1 hingga 5) 2. Radio Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Sehelai kain (alas meja, kain batik dsb.) 2. Set kad nombor (1 hingga 5)

33

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10


PERBENDAHARAAN KATA Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Dua kumpulan, A dan B, akan bermain pada masa yang sama. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. Aturkan kumpulan seperti lampiran Susunan Kumpulan II. 2. Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang kain sebagai penghadang antara dua kumpulan. 3. Setiap kumpulan diminta memilih seorang wakil. Wakil tersebut mesti memilih sekeping kad nombor dan memegang kad tersebut di dadanya supaya kad itu nanti dapat dilihat oleh pihak lawan apabila kain dijatuhkan. 4. Pada kiraan 3, murid yang memegang kain akan menjatuhkan kain. 5. Wakil kedua-dua kumpulan mesti menambahkan kedua-dua nombor tersebut (nombor sendiri tambah nombor pihak lawan). Murid yang terdahulu menyebut jawapan yang betul dikira sebagai pemenang dan satu markah diberi kepada kumpulan tersebut. 6. Semua ahli kumpulan harus mengambil giliran untuk bermain. Pada akhir permainan, markah dikira dan kumpulan yang menang diberi ganjaran.

34

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 SUSUNAN KUMPULAN I

2 5 Murid 1 3 4

5 2 4 3

Murid 2

SUSUNAN KUMPULAN II

35

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10


UNIT 3.6
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyelesaikan masalah harian yang mudah LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan pembilang dan lembaran Selesaikan masalah ini! kepada setiap pasangan. 2. Tulis cerita atau pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya: Aiman ada lima biji guli. Abang beri satu biji guli lagi kepadanya. Berapa biji guli yang Aiman ada sekarang? BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pembilang 2. Lembaran Selesaikan masalah ini! (Rujuk BBM ms. 25) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad bergambar 2. Pembilang 3. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti tersebut. Mereka boleh menggunakan bahan yang sesuai untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan dapatan mereka. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contohcontoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 3.6.

PERBENDAHARAAN KATA Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Ayat matematik

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan dua keping kad bergambar seperti berikut pada papan tulis:

2. Minta murid untuk mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tambah dan seterusnya mencari jumlah objek pada kad bergambar tersebut. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat berdasarkan pengalaman mereka sendiri. mudah,

36

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 Selesaikan masalah ini! (Contoh)


Lukis gambar di sini.

5+1=6

Tulis ayat matematik di sini.

Lukis garis nombor di sini.

Aiman ada 5 biji guli. Abang beri 1 biji guli lagi kepadanya. Berapa biji guli yang Aiman ada sekarang?

Lukis bahan-bahan lain di sini.

37

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 4: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 4.1
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menentukan lebih satu daripada suatu nombor LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan kad Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Edarkan kad Petak 100 dan pen marker kepada setiap pasangan. 2. Minta seorang murid untuk memasukkan sepuluh biji gula-gula ke dalam sebuah balang lutsinar sambil membilang satu demi satu. Soal jawab: Ada berapa biji gula-gula di dalam balang? (Murid akan menjawab Sepuluh biji gula-gula) Saya masukkan lebih satu biji lagi. Ada berapa biji gula-gula di dalam balang itu sekarang? (Murid akan menjawab Sebelas biji gula-gula) Lebih satu daripada sepuluh ialah sebelas. Jika saya masukkan lebih satu biji lagi, berapa biji gula-gula yang ada sekarang? (Murid akan menjawab Dua belas biji gula-gula) Bagaimanakah kamu tahu? Tunjukkan saya. (Murid boleh membilang kesemua atau membilang terus gula-gula tersebut) Lebih satu daripada sebelas ialah dua belas. 3. Kaitkan lebih satu daripada melalui kad Petak 100 seperti berikut: Lebih satu daripada sepuluh (tunjuk pada nombor 10) ialah sebelas (tunjuk pada nombor 11 dan lukiskan satu lompatan anak panah ke petak berikutnya) Teruskan sehingga Lebih satu daripada tujuh belas ialah lapan belas. II II 2I 2 2 I2 22 3 3 I3 23 4 4 I4 24 5 5 I5 25 6 6 I6 26 7 7 I7 27 8 I8 28 9 9 I9 29 I0 20 30

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad Petak 100 bersaiz besar 2. Kad Petak 100 3. Pen marker 4. Balang lutsinar 5. Gula-gula Bagi aktiviti pengukuhan: Garis nombor bersaiz besar

Lebih satu daripada sebelas ialah dua belas.

Lebih satu daripada tujuh belas ialah ... Lebih satu daripada sepuluh ialah sebelas.

39

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 4: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18


4. Bimbing murid untuk memahami bahawa lebih satu daripada suatu nombor adalah nombor yang berikutnya. 5. Edarkan Lembaran Kerja 4.1.

PERBENDAHARAAN KATA Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Lebih satu daripada

AKTIVITI PENGUKUHAN Kaitkan lebih satu daripada melalui garis nombor seperti berikut: Lebih satu daripada sepuluh (tunjuk pada nombor 10) ialah sebelas (tunjuk pada nombor 11) Teruskan sehingga Lebih satu daripada tujuh belas ialah lapan belas.

Lebih satu daripada sebelas ialah dua belas.

Lebih satu daripada sepuluh ialah sebelas.

Lebih satu daripada tujuh belas ialah ...

40

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 4: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 4.2
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan jumlah bagi dua nombor LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Minta lima murid lelaki ke hadapan untuk membentuk kumpulan. Minta murid lain membilang jumlah murid lelaki dalam kumpulan itu. Tulis 5 murid lelaki pada papan tulis. 2. Minta enam murid perempuan ke hadapan untuk membentuk satu lagi kumpulan. Minta murid lain membilang jumlah murid perempuan dalam kumpulan itu. Tulis 6 murid perempuan pada papan tulis. Soal jawab: Lima dan enam jadi berapa semuanya? Mari kita bilang bersama-sama. (Gunakan kaedah membilang kesemuanya atau membilang terus) Lima dan enam jadi sebelas. (Tuliskan 5 dan 6 jadi 11 pada papan tulis) 3. Perkenalkan cara lain untuk menerangkan aktiviti di atas, contohnya: kumpulan pertama bergabung dengan kumpulan kedua.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Pembilang Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kubus Unifix/Lego (dalam dua warna berbeza) 2. Garis nombor 3. Kad Petak 100

kumpulan kedua bergabung dengan kumpulan pertama.

kedua-dua kumpulan bergabung serentak.

4. Lukiskan situasi di atas pada papan tulis jika perlu. Gunakan dan tuliskan ayat yang berbeza untuk menerangkannya, contohnya: Lima dan enam sama dengan sebelas. Jumlah lima dan enam ialah sebelas. Lima dan enam menghasilkan sebelas kesemuanya.

41

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 4: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18


5. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contohcontoh yang lain. Minta murid menunjuk cara dengan melakonkan situasi, menggunakan pembilang atau melukis, dan seterusnya menulis ayat bagi situasi tersebut. 6. Edarkan Lembaran Kerja 4.2

PERBENDAHARAAN KATA Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan

AKTIVITI PENGUKUHAN Kaitkan aktiviti di atas dengan cantuman kubus Unifix/Lego, gerakan pada garis nombor dan gerakan pada kad Petak 100.

42

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 4: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 4.3
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menulis ayat matematik bagi operasi tambah LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan kad Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Edarkan kad Petak 100 dan pen marker kepada setiap pasangan. 2. Bimbing murid menunjukkan penambahan 8 dan 4 dengan menggunakan kad Petak 100. Mulakan dari nombor 8. Bilang terus empat lompatan ke hadapan seperti berikut: II II 2I 2 2 I2 22 3 3 I3 23 4 4 I4 24 5 5 I5 25 6 6 I6 26 7 7 I7 27 8 8 I8 28 9 9 I9 29

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad Petak 100 bersaiz besar 2. Kad Petak 100 3. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bahan manipulatif yang berbeza (Kubus Unifix/Lego/Cuisenaire, kad Petak 100 dsb.) 2. Internet

I0 20 30

3. Minta mereka menuliskan ayat matematik 8+4=12. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contohcontoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 4.3.

PERBENDAHARAAN KATA Membilang kesemuanya Membilang terus Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Ayat matematik

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Aktiviti yang serupa diulangi dengan menggunakan bahan manipulatif yang lain. 2. Layari internet dan Google tajuk How to use the (nama bahan manipulatif tersebut) in addition.

43

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 4: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 4.4
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan secara spontan fakta asas tambah LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Dua kumpulan, A dan B, akan bermain pada masa yang sama. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. Aturkan kumpulan seperti lampiran Susunan Kumpulan II dalam Unit 3.5. 2. Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang kain sebagai penghadang antara dua kumpulan. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Sehelai kain (alas meja, kain batik dsb.) 2. Set kad nombor (1 hingga 9) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor (11 hingga 18) 2. Set kad fakta asas tambah (Rujuk Senarai Fakta Asas Tambah) 3. Setiap kumpulan diminta memilih seorang wakil. Wakil tersebut mesti memilih sekeping kad nombor dan memegang kad tersebut di dadanya supaya kad itu nanti dapat dilihat oleh pihak lawan apabila kain dijatuhkan. 4. Pada kiraan 3, murid yang memegang kain akan menjatuhkan kain. 5. Wakil kedua-dua kumpulan mesti menambahkan kedua-dua nombor tersebut (nombor sendiri tambah nombor pihak lawan). Murid yang terdahulu menyebut jawapan yang betul dikira sebagai pemenang dan satu markah diberi kepada kumpulan tersebut. 6. Semua ahli kumpulan harus mengambil giliran untuk bermain. Pada akhir permainan, markah dikira dan kumpulan yang menang diberi ganjaran. 7. Edarkan lembaran kerja 4.4

44

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 4: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18


PERBENDAHARAAN KATA Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Edarkan satu set kad fakta asas tambah kepada setiap kumpulan. 3. Lekatkan sekeping kad nombor pada papan tulis. 4. Secara berkumpulan, murid perlu mencari kad fakta asas tambah yang jumlah bagi dua nombornya sama dengan nombor tadi. 5. Kumpulan yang terdahulu melekatkan kad fakta asas tambah yang betul pada papan tulis dikira sebagai pemenang dan satu markah diberi kepada kumpulan tersebut. 6. Semua ahli kumpulan harus mengambil giliran untuk bermain. Pada akhir permainan, markah dikira dan kumpulan yang menang diberi ganjaran.

45

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 4: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 SENARAI FAKTA ASAS TAMBAH


1+0 1+1 1+2 1+3 1+4 1+5 1+6 1+7 1+8 1+9 2+0 2+1 2+2 2+3 2+4 2+5 2+6 2+7 2+8 2+9 3+0 3+1 3+2 3+3 3+4 3+5 3+6 3+7 3+8 3+9 4+0 4+1 4+2 4+3 4+4 4+5 4+6 4+7 4+8 4+9 5+0 5+1 5+2 5+3 5+4 5+5 5+6 5+7 5+8 5+9 6+0 6+1 6+2 6+3 6+4 6+5 6+6 6+7 6+8 6+9 7+0 7+1 7+2 7+3 7+4 7+5 7+6 7+7 7+8 7+9 8+0 8+1 8+2 8+3 8+4 8+5 8+6 8+7 8+8 8+9 9+0 9+1 9+2 9+3 9+4 9+5 9+6 9+7 9+8 9+9

46

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 4: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 4.5
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyelesaikan masalah harian yang mudah LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lekatkan kad bergambar beserta kad fakta asas tambah yang berkenaan pada papan tulis, contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pembilang 2. Kad bergambar 3. Kad fakta asas tambah (Rujuk Senarai Fakta Asas Tambah dalam Unit 4.4) Bagi aktiviti pengukuhan: Kad nombor (11 hingga 18)

6 + 9
2. Minta murid untuk mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tambah dan seterusnya mencari jumlah objek pada kad bergambar tersebut. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat berdasarkan pengalaman mereka sendiri. mudah,

4. Ulangi langkah 1 dan 2 dengan memberikan contohcontoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 4.5.

PERBENDAHARAAN KATA Jumlah Hasil tambah Menjadi Menghasilkan Kesemuanya Sama dengan Ayat matematik

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ubah suai langkah-langkah pengajaran di atas dengan memberikan suatu nombor sebagai sasaran. 2. Minta murid untuk mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tambah untuk mendapatkan nombor sasaran sebagai jawapan. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat berdasarkan pengalaman mereka sendiri. mudah,

47

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 5: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10


UNIT 5.1
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menentukan kurang satu daripada suatu nombor LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lukis petak bernombor 0 hingga 10 di atas lantai pada satu garis lurus. 2. Minta seorang murid membaling pundi kacang ke dalam mana-mana kotak yang dilukis tadi, contohnya petak 4. Minta murid itu membuat empat lompatan sambil murid lain membilang jumlahnya. Soal jawab: Di petak nombor berapakah Aina berada? (Murid akan menjawab Di petak nombor 4) Sekarang cikgu minta Aina lompat satu petak ke belakang.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Pundi kacang Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Pembilang 2. Radio 3. Bola

10

Di manakah Aina sekarang? (Murid akan menjawab Di petak nombor 3) Kurang satu daripada empat ialah tiga. Jika Aina lompat satu petak lagi ke belakang, di manakah Aina akan berada? (Murid akan menjawab Di petak nombor 2) Bagaimanakah kamu tahu? Tunjukkan saya. (Aina boleh diminta melompat satu petak ke belakang) Kurang satu daripada tiga ialah dua. 3. Ulangi langkah 2 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. Tunjukkan pergerakan tersebut di sepanjang kotak bernombor itu. Pastikan murid dapat memahami iaitu kurang satu daripada suatu nombor adalah nombor yang sebelumnya. Sebut dan tuliskan pada papan tulis: Kurang satu daripada sepuluh ialah sembilan. Kurang satu daripada sembilan ialah lapan. Kurang satu daripada lapan ialah ... (Murid diminta menyatakan nombornya. Teruskan sehingga Kurang satu daripada dua ialah .) 4. Edarkan Lembaran Kerja 5.1.

49

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 5: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10


PERBENDAHARAAN KATA Kurang satu daripada AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ubah suai langkah pengajaran menggunakan pembilang. Bimbing murid mengambil atau mengasingkan satu objek dari sekumpulan objek setiap kali guru menyebut Kurang satu daripada (bilangan objek) ialah .... Kemudian minta murid menyebutkan baki yang tinggal. 2. Adakan permainan Bola Beracun. Setiap kali seorang murid tersingkir, sebutkan ayat Kurang satu daripada (bilangan pemain yang ada) ialah ...

50

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 5: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10


UNIT 5.2
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menulis ayat matematik bagi operasi tolak LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan pembilang, papan tulis individu, pen marker dan garis nombor kepada setiap kumpulan. 2. Minta beberapa murid menunjukkan operasi tolak bagi 10 4 dengan: menggunakan pembilang

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pembilang 2. Papan tulis individu 3. Pen marker 4. Garis nombor Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Radio 2. Kerusi

melukis situasi pada papan tulis individu

atau

menggunakan garis nombor

10

4
3. Bimbing murid menulis ayat matematik 10 4 = 6. Terangkan maksud simbol dan =. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contohcontoh yang lain. Minta murid bergilir-gilir menggunakan bahan-bahan yang diberi. 5. Edarkan Lembaran Kerja 5.2.

PERBENDAHARAAN KATA Ayat matematik

AKTIVITI PENGUKUHAN Adakan permainan Kerusi Berirama. Setiap kali seorang murid tersingkir, minta murid tersebut menulis ayat matematik pada papan tulis bagi situasi itu.

51

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 5: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10


UNIT 5.3
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyelesaikan masalah harian yang mudah LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan pembilang yang mencukupi dan lembaran Selesaikan masalah ini! kepada setiap pasangan. 2. Tulis cerita atau pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya: Farid ada 7 biji buah rambutan. Dia makan 2 biji. Berapa biji buah rambutan yang tinggal? BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pembilang 2. Lembaran Selesaikan masalah ini! (Rujuk BBM ms. 25) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Pembilang 2. Lembaran Selesaikan masalah ini! (Rujuk BBM ms. 25) 3. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti tersebut. Mereka boleh menggunakan bahan yang sesuai untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan dapatan mereka. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contohcontoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 5.3.

PERBENDAHARAAN KATA Ayat matematik Pangkah Buang Asingkan Keluarkan Tolak Cari perbezaan Cari perbandingan Baki Yang tinggal

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ubah suai langkah-langkah pengajaran di atas dengan memberikan suatu nombor sebagai sasaran. 2. Minta murid untuk mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tolak untuk mendapatkan nombor sasaran sebagai jawapan. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat berdasarkan pengalaman mereka sendiri. mudah,

52

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 5: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10 Selesaikan masalah ini! (Contoh)


Lukis gambar di sini.

Tulis ayat matematik di sini.

Lukis garis nombor di sini.

Farid ada 7 biji buah rambutan. Dia makan 2 biji. Berapa biji buah rambutan yang tinggal?

7-2=5

Lukis bahan-bahan lain di sini. 53

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 6.1
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menentukan kurang satu daripada suatu nombor LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan kad Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Edarkan kad Petak 100 dan pen marker kepada setiap pasangan. 2. Tunjukkan mereka kad nombor yang telah disusun secara rawak. Minta seorang murid mencabut sekeping kad nombor, contohnya 15, dan memasukkan sejumlah gula-gula ke dalam sebuah balang lutsinar mengikut bilangan nombor yang dicabut. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad Petak 100 bersaiz besar 2. Kad Petak 100 3. Pen marker 4. Kad nombor (11 hingga 18) 5. Balang lutsinar 6. Gula-gula Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Radio 2. Kerusi 3. Bola Ada berapa biji gula-gula di dalam balang? (Murid akan menjawab Lima belas biji gula-gula) Saya ambil satu biji. Ada berapa biji gula-gula di dalam balang itu sekarang? (Murid akan menjawab Empat belas biji gula-gula) Kurang satu daripada lima belas ialah empat belas. Jika saya ambil satu biji lagi, berapa biji gula-gula yang ada sekarang? (Murid akan menjawab Tiga belas biji gula-gula) Bagaimanakah kamu tahu? Tunjukkan saya. (Murid boleh membilang baki gula-gula tersebut) Kurang satu daripada empat belas ialah tiga belas. 3. Kaitkan kurang satu daripada melalui kad Petak 100 seperti berikut: Kurang satu daripada lima belas (tunjuk pada nombor 15) ialah empat belas (tunjuk pada nombor 14 dan lukiskan satu lompatan anak panah ke petak sebelumnya) Teruskan sehingga Kurang satu daripada sebelas ialah sepuluh. I II II 2I 2 I2 I2 22 3 3 II 3 23 4 I4 I4 24 5 I5 I5 25 6 I6 26 7 I7 27 8 I8 28 9 9 I9 29 I0 I0 20 30

Kurang satu daripada sebelas ialah ... Kurang satu daripada empat belas ialah tiga belas.

Kurang satu daripada lima belas ialah empat belas.

55

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


4. Bimbing murid untuk memahami bahawa kurang satu daripada suatu nombor adalah nombor yang sebelumnya. 5. Edarkan Lembaran Kerja 6.1.

PERBENDAHARAAN KATA Kurang satu daripada Sebelumnya

AKTIVITI PENGUKUHAN Adakan permainan yang menunjukkan kemahiran kurang satu daripada... seperti permainan Kerusi Berirama dan Bola Beracun. Setiap kali seorang murid tersingkir, minta murid tersebut menulis ayat pada papan tulis bagi situasi itu.

56

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 6.2
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mencari beza antara dua nombor LANGKAH LANGKAH PENGAJARAN 1. Edarkan sida kepada setiap murid. Pilih seorang murid untuk membantu dalam tunjuk cara. Arahkan murid lain menggunakan sida yang diberi untuk aktiviti berikut: Kamu ada dua belas keping sida ... satu, dua, tiga, ..., dua belas. Sekarang keluarkan tujuh keping sida ... satu, dua, tiga, ..., tujuh. Berapa banyakkah sida yang tinggal? Bagaimanakah kamu dapat baki tersebut? Tunjukkan. (Untuk mendapatkan baki sida, bilang sida yang masih tinggal) BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Sida 2. Papan tulis individu 3. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Garis nombor bersaiz besar 2. Kad Petak 100 bersaiz besar 2. Ulangi langkah 1 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. Gunakan perkataan berikut untuk menunjukkan operasi tolak: pangkah/busuk/makan (mengikut situasi)

asingkan/keluarkan
cari perbezaan

3. Bimbing murid Contohnya:

untuk

melukis

situasi

tersebut.

Pangkah/busuk/makan (mengikut situasi)

Asingkan/keluarkan

57

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


Cari perbezaan/perbandingan

Melalui padanan satu-satu, objek yang tiada pasangan adalah bakinya.

4.

Edarkan Lembaran Kerja 6.2.

58

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


PERBENDAHARAAN KATA Pangkah Asingkan Keluarkan Kurangkan Tolak Perbezaan Perbandingan AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Kaitkan aktiviti di atas dengan garis nombor tersebut. Soal jawab: Gunakan garis nmbor. Mula-mula, lompat dua belas langkah ke kanan. Kemudian tolak tujuh. Kita lompat tujuh langkah ke kiri. Apakah nombor yang kamu lihat sekarang? (Bulatkan 5 pada garis nombor.)

12

7
2. Lekatkan kad Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Kaitkan aktiviti di atas dengan kad Petak 100 tersebut. Soal jawab: Gunakan kad Petak 100. Mula-mula, cari nombor dua belas. Kemudian tolak tujuh. Kita lompat tujuh langkah ke kiri. Apakah nombor yang kamu lihat sekarang? (Bulatkan 5 pada kad Petak 100.)

2 I2 22

5
I5 I5 25

6 I6
26

7 I7
27

8
I8 28

9 9 I9 29

0 II 0 20 30

II II
2I

II 3 3
23

I4
24

59

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 6.3
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menulis ayat matematik bagi operasi tolak LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan pembilang, papan tulis individu, pen marker dan kad Petak 100 kepada setiap kumpulan. 2. Minta beberapa murid menunjukkan operasi tolak bagi 16 7 dengan: menggunakan pembilang

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pembilang 2. Papan tulis individu 3. Pen marker 4. Kad Petak 100
melukis situasi pada papan tulis individu

Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bahan manipulatif yang berbeza (Bongkah Cuisenaire, Papan 100 dsb.) 2. Internet I
II 2I

atau

menggunakan kad Petak 100

2
I2 22

3 3

4 I4
24

6 I6 26

7 I7 27

8 I8 28

9 I9 29

I0 20 30

II 3 3
23

I5
25

3. Bimbing murid menulis ayat matematik 16 7 = 9. Terangkan maksud simbol dan =. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contohcontoh yang lain. Minta murid bergilir-gilir menggunakan bahan-bahan yang diberi. 5. Edarkan Lembaran Kerja 6.3.

PERBENDAHARAAN KATA Ayat matematik

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Aktiviti yang serupa diulangi dengan menggunakan bahan manipulatif yang lain. 2. Layari internet dan Google tajuk How to use the (nama bahan manipulatif tersebut) in subtraction.

60

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 6.4
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan secara spontan fakta asas tolak LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Susun sepuluh keping kad fakta asas tolak secara rawak dalam bentuk bulatan di atas lantai. Seterusnya, pilih dua murid untuk menunjuk cara permainan. Pastikan murid berdiri di luar bulatan kad. Aturkan kumpulan seperti lampiran Susunan Kumpulan I dalam Unit 3.5. 2. Muzik dimainkan dan murid mula berjalan (mengikut arah yang sama) mengelilingi bulatan kad. Apabila muzik dihentikan, murid perlu meletakkan jari mereka pada kad fakta asas tolak yang berdekatan. Murid yang terdahulu menyebut jawapan yang betul diberikan satu mata. 3. Bentuk kumpulan (empat orang). Edarkan satu set kad fakta asas tolak kepada setiap kumpulan. Murid mengambil giliran secara berpasangan untuk bermain. Pemain yang sama bermain tiga pusingan dalam aktiviti ini. Pada akhir permainan, markah dikira dan pemenang diberi ganjaran. 4. Edarkan Lembaran Kerja 6.4.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set kad fakta asas tolak dalam lingkungan 18 (tanpa jawapan), lapan keping dalam setiap set (Rujuk Senarai Fakta Asas Tolak) 2. Radio Bagi aktiviti pengukuhan: Set kad fakta asas tolak dalam lingkungan 18 (tanpa jawapan), lima keping dalam setiap set, disusun secara rawak

PERBENDAHARAAN KATA Fakta asas tolak

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan satu set kad fakta asas tolak yang disusun secara rawak kepada setiap kumpulan. Set kad fakta asas tolak diletakkan di atas meja secara terlangkup. 2. Salah seorang murid akan menjadi pencabut kad dan seorang murid lagi sebagai pencatat markah. pencabut kad akan mencabut kad paling atas dan menunjukkannya kepada semua ahli kumpulan. Pemain yang terdahulu menyebut jawapan yang betul diberikan satu mata oleh pencatat markah. 3. Kesemua kad perlu dicabut satu-persatu. Pada akhir permainan, markah dikira dan pemenang diberi ganjaran.

61

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 SENARAI FAKTA ASAS TOLAK


18 9 17 9 16 9 15 - 9 14 9 13 9 12 9 11 9 10 9 9-9 17 - 8 16 8 15 8 14 8 13 8 12 8 11 8 10 8 98 8-8 16 7 15 7 14 7 13 7 12 7 11 7 10 7 97 87 7-7 15 6 14 6 13 6 12 6 11 6 10 6 96 86 76 6-6 14 5 13 5 12 5 11 5 10 5 95 85 75 65 5-5 13 4 12 4 11 4 10 4 94 84 74 64 54 4-4 12 3 11 3 10 3 93 83 73 63 53 43 3 -3 11 2 10 2 92 82 72 62 52 42 3 -2 2-2 10 1 91 81 71 61 51 41 3-1 2-1 1-1 90 80 70 60 50 40 30 20 10 00

62

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 6.5
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan pasangan nombor yang mungkin, di mana apabila ditolak memberi baki yang sama LANGKAH LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan sida kepada setiap pasangan. Soal jawab: Ambil dua sida. (Lekatkan dua keratan sida pada papan tulis) Sekarang, kurangkan (asingkan) satu sida. (Lukis pada papan tulis seperti berikut) atau BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Sida 2. Keratan kertas warna berbentuk sida bersaiz besar 3. Pelekat 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: Garis nombor bersaiz besar Berapakah baki sida yang tinggal? Dua sida dikurangkan (diasingkan) satu, dapat baki satu sida. (Tulis ayat matematik 2 1 = 1 pada papan tulis bersebelahan sida tadi) Sekarang, ambil tiga sida. (Lekatkan tiga keratan sida pada papan tulis) Berapa keping sida yang kamu perlu kurangkan (asingkan) untuk mendapat baki satu sida? (Minta murid untuk mewakilkan ini dengan menggunakan sida mereka. Kemudian lukis pada papan tulis seperti berikut)

atau

Tiga sida dikurangkan (diasingkan) dua, baki satu sida. (Minta murid menulis ayat matematik 3 2 = 1 pada papan tulis bersebelahan sida tadi) 2. Ulangi aktiviti di atas untuk nombor yang berikutnya. Bimbing murid melihat pola berikut:

63

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


atau

Setiap kali sekeping sida ditambah, murid perlu membuang sekeping lagi sida untuk mendapatkan baki yang sama. 3. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contohcontoh yang lain. Mulakan dengan nombor yang lebih kecil. Minta murid meneroka bersama pasangan mereka. Kemudian bincangkan dapatan mereka. 4. Edarkan Lembaran Kerja 6.5.

64

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


PERBENDAHARAAN KATA Baki Dapat berapa Tinggal berapa Ayat matematik AKTIVITI PENGUKUHAN Gunakan pola berikut untuk mengukuhkan pengetahuan murid. Ayat matematik 2 3 4 5 1 =1 2 =1 3 =1 =1 5 =1 Garis nombor

Lima tolak berapa dapat baki satu? Berapa tolak lima dapat baki satu?

1 3

21=1

32=1

43=1

=1 65

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 6.6
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan secara spontan beza antara dua nombor LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan empat kumpulan. Aturkan seperti lampiran Pelan Permainan. kumpulan

2. Kad fakta asas tolak diletakkan di atas meja secara terlangkup. 3. Kumpulan 1 akan bertanding dengan kumpulan 2. Pada masa yang sama kumpulan 3 akan bertanding dengan kumpulan 4. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Set kad fakta asas tolak dalam lingkungan 18 (tanpa jawapan), (Rujuk Senarai Fakta Asas Tolak dalam Unit 6.4) Bagi aktiviti pengukuhan: Set kad fakta asas tolak dalam lingkungan 18 (tanpa jawapan), lapan keping dalam setiap set disusun secara rawak (Rujuk Senarai Fakta Asas Tolak dalam Unit 6.4) 4. Seorang murid arus perdana dilantik penyemak bagi setiap pertandingan. sebagai

5. Seorang wakil dari setiap kumpulan akan pergi ke meja penyemak sebagai pemain. 6. Penyemak akan menunjukkan sekeping kad fakta asas tolak. 7. Pemain yang terdahulu menyebut jawapan yang betul diberikan satu mata. 8. Ulangi langkah 5 hingga 7 dengan ahli berikutnya. 9. Pada akhir permainan, markah dikira dan kumpulan yang menang diberi ganjaran. 10. Edarkan Lembaran Kerja 6.6.

PERBENDAHARAAN KATA Fakta asas tolak

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan satu set fakta asas tolak kepada setiap pasangan dan letakkan ia di atas meja secara terlangkup. 2. Murid pertama diminta membuka kad paling atas dan memberikan jawapan kepada kad tersebut. 3. Satu markah diberikan bagi jawapan yang betul. Sifar diberikan pada jawapan yang salah. 4. Murid kedua pula mengambil giliran. Permainan diteruskan sehingga kesemua kad dibuka. 5. Murid yang mendapat markah yang tertinggi dikira sebagai pemenang.

66

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18 PELAN PERMAINAN

67

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 6: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18


UNIT 6.7
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyelesaikan masalah harian yang mudah LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lekatkan kad bergambar beserta kad fakta asas tolak yang berkenaan pada papan tulis, contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad bergambar 2. Kad fakta asas tolak dalam lingkungan 18 (tanpa jawapan) Bagi aktiviti pengukuhan: Lembaran Selesaikan masalah ini! (Rujuk BBM ms. 25)

12 3
2. Bimbing murid membina cerita berdasarkan gambar dan kad fakta asas tolak yang ditunjukkan. 3. Murid diminta menyelesaikan masalah tersebut. 4. Ulangi langkah 1 hingga 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 6.7.

PERBENDAHARAAN KATA Fakta asas tolak

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ubah suai langkah-langkah pengajaran di atas dengan memberikan suatu nombor sebagai sasaran. 2. Minta murid untuk mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tolak untuk mendapatkan nombor sasaran sebagai jawapan. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat berdasarkan pengalaman mereka sendiri. mudah,

68

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 7: WANG HINGGA RM10


UNIT 7.1
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengenal pasti mata wang Malaysia LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan cetakan duit syiling bersaiz besar pada papan tulis secara rawak. Edarkan satu set sampel duit syiling kepada setiap pasangan. 2. Minta murid memperihalkan tentang duit syiling tersebut (nombor, tulisan dan gambar pada permukaannya, saiznya dan sebagainya) berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar 2. Sampel duit syiling/wang kertas 3. Krayon/pensel warna Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Sampel duit syiling/wang kertas 2. Kertas tulis 3. Krayon/pensel warna 4. Pembayang/tekateki/Puzzle duit syiling/wang kertas 5. Lampiran Rekod Perbelanjaan / (Simpanan) Harian Dalam Seminggu 3. Kemudian, minta mereka menyusun semula duit syiling tersebut daripada saiz yang terkecil kepada saiz yang terbesar. Beberapa murid diminta melekatkan cetakan syiling saiz pada papan tulis mengikut susunan yang sama. Soal jawab: Adakah kamu menyusun semula duit syiling dengan betul? Semak jawapan kamu. Apa yang kamu lihat? (Saiz duit syiling semakin besar. Nombor pada duit syiling juga semakin besar) 4. Perkenalkan perkataan sen serta duit syiling lima sen, sepuluh sen, dua puluh sen dan lima puluh sen. 5. Edarkan beberapa set sampel duit syiling kepada setiap pasangan. Minta mereka kelompokkan duit syiling tersebut mengikut saiz atau nilai yang anda sebutkan. 6. Seterusnya, minta mereka menekap dan menggores duit syiling menggunakan krayon/pensel warna mengikut susunan saiz atau nilai dalam buku latihan. 7. Edarkan Lembaran Kerja 7.1 Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk wang kertas. Perkenalkan tulisan RM yang tertera pada wang kertas yang bermaksud ringgit. Perbandingan juga boleh dibuat berdasarkan warna pada wang kertas.

69

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 7: WANG HINGGA RM10


PERBENDAHARAAN KATA Duit syiling Sen Wang kertas Ringgit Saiz Gambar AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan satu set sampel duit syiling, sehelai kertas tulis dan krayon/pensel warna kepada setiap kumpulan. Minta mereka hasilkan corak daripada goresan duit syiling mengikut kreativiti masing-masing. Pamerkan hasil kerja yang terbaik pada papan kenyataan kelas. 2. Bentukkan kumpulan (empat orang). Pegang sekeping sampel duit syiling dalam tangan tanpa menunjukkannya kepada murid. Minta murid meneka nilai duit syiling tersebut berdasarkan pembayang yang diberi. Soal jawab: Saya ada sekeping duit syiling dalam tangan saya. Ia lebih kecil daripada dua puluh sen, tetapi ia bukan lima sen. Duit syiling apakah yang saya ada? Selepas mendengar setiap jawapan, tunjukkan kepada murid sampel duit syiling tersebut untuk melihat jika tekaan mereka betul. Teruskan permainan menggunakan sampel duit syiling dan memberikan pembayang yang lain. Kemudian, edarkan satu set sampel duit syiling kepada setiap kumpulan. Minta mereka meneruskan permainan secara berkumpulan. 3. Bentukkan kumpulan (empat orang). Adakan permainan Mencari Harta Karun. Letakkan pembayang/teka-teki/puzzle gambar duit syiling dalam sampul surat di setiap stesen untuk diselesaikan oleh setiap kumpulan. Pada akhir permainan mereka harus menyerahkan jawapan. Pemenangnya ialah kumpulan yang dapat menjawab soalan dengan cepat dan tepat. 4. Minta murid mencatat rekod perbelanjaan harian mereka dalam seminggu. Setiap hari, mereka perlu menggores duit syiling atau melukis wang kertas yang diberi oleh ibubapa dalam rekod tersebut (Rujuk kepada lampiran Rekod Perbelanjaan Harian Dalam Seminggu). Minta mereka melekatkan rekod tersebut dalam buku latihan. Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk wang kertas.

70

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 7: WANG HINGGA RM10 REKOD PERBELANJAAN/(SIMPANAN) HARIAN DALAM SEMINGGU Hari Wang belanja/(simpanan) harian saya

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

71

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 7: WANG HINGGA RM10


UNIT 7.2
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mewakilkan nilai wang dalam RM dan sen LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan: sediakan atau minta murid membawa barang mainan lama, buku-buku dan sebagainya tandakan harga setiap barang kurang daripada 1 ringgit. 2. Pada hari Jualan Mega: bentukkan kumpulan (empat orang) tetapkan beberapa kumpulan sebagai pembeli dan kumpulan yang lain sebagai penjual susunkan meja dan barang-barang untuk jualan edarkan sampel duit syiling yang mencukupi kepada setiap kumpulan pembeli. 3. Maklumkan kepada murid bagaimana aktiviti ini dijalankan. Pembeli akan menggunakan sampel wang yang mereka terima sebagai wang belanja. Mereka perlu membayar harga barang yang dibeli dengan jumlah wang yang betul. Penjual pula perlu memeriksa jumlah wang yang dibayar oleh pembeli bagi barang yang mereka jual. 4. Beredar di sekeliling kelas untuk membantu mereka dalam aktiviti ini dan kenal pasti masalah pembelajaran murid. 5. Edarkan Lembaran Kerja 7.2. Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk: mewakilkan nilai wang dalam RM Harga setiap barang ditandakan kurang daripada lima ringgit. Peranan kumpulan penjual dan pembeli perlu ditukar pada sesi akan datang. PERBENDAHARAAN KATA Duit syiling Sen Wang kertas Ringgit Belanja AKTIVITI PENGUKUHAN Berdasarkan aktiviti Jualan Mega tersebut, bincangkan tentang tabiat perbelanjaan wang yang baik atau bijak. Mengapa mereka memilih untuk membeli sesuatu barang dan tidak barang yang lain? Mengapa sesetengah kumpulan memilih untuk menyimpan sedikit wang daripada membelanjakan kesemuanya sekali? Mengapa ianya penting bagi mereka untuk menyimpan sedikit wang di kemudian hari?

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pelbagai barangan terpakai untuk jualan 2. Sampel duit syiling/wang kertas satu ringgit Bagi aktiviti pengukuhan: (Tiada)

72

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 7: WANG HINGGA RM10


UNIT 7.3
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menukarkan a) duit syiling sehingga RM1 b) wang kertas sehingga RM10 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan sampel duit syiling kepada setiap pasangan. set

2. Lekatkan cetakan duit syiling dua puluh sen bersaiz besar pada papan tulis. Soal jawab: Tunjukkan cikgu duit syiling yang sama nilainya dengan dua puluh sen. (Semak jawapan murid dan minta seorang murid melekatkan cetakan duit syiling yang sama nilainya pada papan tulis)

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Sampel duit syiling/wang kertas 2. Cetakan duit syiling/wang kertas bersaiz besar 3. Lembaran Aktiviti 7.3(a) & 7.3(b) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Sampel duit syiling/wang kertas 2. Pen marker 3. Papan tulis individu

3. Soal jawab: Adakah nilai ini ... (Tunjuk kepada cetakan duit syiling dua puluh sen tadi) ... sama nilainya dengan ini? (Tunjuk kepada cetakan dua keping duit syiling sepuluh sen) Mengapa? (Mereka sepatutnya boleh menyatakan Sepuluh dan sepuluh jadi dua puluh) 4. Soal jawab: Siapa ada jawapan lain? (Ulangi soal jawab dalam langkah 4 bagi kombinasi duit syiling ini) 5. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 6. Edarkan Lembaran Aktiviti 7.3(a) kepada setiap murid. Minta murid berbincang bersama pasangan dan kemudian bincangkan jawapan mereka bersamasama. Bimbing mereka melihat pelbagai kemungkinan jawapan yang betul. Minta mereka melekatkan lembaran aktiviti tersebut dalam buku latihan. 7. Edarkan Lembaran Kerja 7.3. Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk: menukarkan wang kertas sehingga RM10 Gunakan Lembaran Aktiviti 7.3(b).

73

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 7: WANG HINGGA RM10


PERBENDAHARAAN KATA Duit syiling Sen Wang kertas Ringgit Nilai Menukar/tukar AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan pen marker dan papan tulis individu kepada setiap kumpulan. 2. Pegang beberapa keping sampel duit syiling dalam tangan tanpa menunjukkannya kepada murid. Minta murid meneka nilai duit syiling tersebut berdasarkan pembayang yang diberi. Soal jawab: Saya ada dua keping duit syiling dalam tangan saya. Kedua-duanya sama besar. Jumlahnya dua puluh sen. Duit syiling apakah yang saya ada? 3. Minta murid berbincang dan melukiskan duit syiling yang mereka teka pada papan tulis individu, serta menunjukkannya kepada anda. Kemudian, tunjukkan kepada murid duit syiling tersebut untuk melihat jika tekaan mereka betul. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan soalan yang mempunyai lebih daripada satu jawapan. Contohnya: Saya ada tiga keping duit syiling yang berjumlah tiga puluh sen. Duit syiling apakah yang saya ada? Lukiskan pada papan tulis kamu. 5. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan sampel duit syiling dan memberikan pembayang yang lain. Jadikan ia satu pertandingan. Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk: menukarkan wang kertas sehingga RM10

74

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 7: WANG HINGGA RM10 Lembaran Aktiviti 7.3(a) Saya tahu menukarkan duit syiling yang sama nilainya. No. 1. Ini duit syiling saya. Warnakan duit syiling yang sama nilainya.

Jumlah:____________ 2.

Jumlah:____________
3.

Jumlah:____________
4.

Jumlah:____________

5.

Jumlah:____________

75

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 7: WANG HINGGA RM10 Lembaran Aktiviti 7.3(b) Saya tahu menukarkan wang kertas yang sama nilainya. No. 1. Ini wang kertas saya. Warnakan wang kertas yang sama nilainya.

Jumlah: _________
2.

Jumlah: _________

3.

Jumlah: _________

76

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 7: WANG HINGGA RM10


UNIT 7.4
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menambah dan menolak a) duit syiling sehingga RM1 b) wang kertas sehingga RM10 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Adakan aktiviti Jualan Mega 2 (Rujuk Unit 7.2) untuk sesi pengajaran ini. Harga setiap barang ditandakan di antara lima sen dan lima puluh sen. 2. Pada hari Jualan Mega 2: bentukkan kumpulan (lima orang) tetapkan beberapa kumpulan sebagai pembeli dan kumpulan yang lain sebagai penjual susunkan meja dan barang-barang untuk jualan edarkan sampel duit syiling yang mencukupi kepada setiap kumpulan pembeli. 3. Maklumkan kepada murid bagaimana aktiviti ini dijalankan. Pembeli akan menggunakan sampel wang yang mereka terima sebagai wang belanja. Mereka dibenarkan membeli lebih daripada satu barang sekiranya wang mereka mencukupi. Mereka perlu membawa bersama barang yang dibeli bersamasama wang baki yang ada. Penjual pula akan menyimpan semua wang yang diterima daripada pembeli. 4. Beredar di sekeliling kelas untuk membantu mereka dalam aktiviti ini dan kenal pasti masalah pembelajaran murid. 5. Adakan sesi perbincangan. Minta setiap kumpulan untuk menambahkan harga mana-mana dua atau lebih barang yang dijual, yang berjumlah sehingga satu ringgit. Harga Barang A + Harga Barang B = _____ Minta mereka untuk menolakkan harga mana-mana barang yang dibeli daripada jumlah wang belanja yang diterima. Jumlah wang belanja Harga Barang C = _____ Minta mereka mencatatkan ayat matematik dalam buku latihan. 6. Edarkan Lembaran Kerja 7.4. Nota: Aktiviti yang serupa diulangi untuk: menambah dan menolak wang sehingga RM10

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pelbagai barangan terpakai untuk jualan 2. Sampel duit syiling/wang kertas Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Pelbagai jenis bekas/balang/botol kosong 2. Bahan hiasan (pelekat, perada/gold dust dsb.) 3. Pen marker pelbagai warna 4. Lampiran Rekod Perbelanjaan / (Simpanan) Harian Dalam Seminggu (Rujuk Unit 7.1) 5. Sampel duit syiling/wang kertas

kertas

JANGAN perkenalkan dahulu titik yang memisahkan ringgit dan sen. Tandakan harga setiap barang di antara satu ringgit dan lima ringgit. Peranan kumpulan penjual dan pembeli perlu ditukar pada sesi akan datang.

77

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 7: WANG HINGGA RM10


PERBENDAHARAAN KATA Duit syiling Sen Wang kertas Ringgit Tambah Tolak AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Ceritakan bagaimana orang zaman dahulu bertukar-tukar barang untuk mendapatkan bekalan dan makanan tanpa menggunakan wang. Kemudian bincangkan tentang cara bagaimana setiap murid boleh menyimpan wang belanja harian untuk membeli sesuatu yang istimewa. 2. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa: sejenis bekas atau baling atau botol kosong bahan hiasan (pelekat, perada atau gold dust dan sebagainya) pen marker pelbagai warna Minta murid menghasilkan tabung simpanan masing-masing. Minta mereka menulis nama dan menghias tabung tersebut mengikut kreativiti masing-masing. 3. Minta murid menggunakan tabung yang telah dihasilkan untuk menyimpan lebihan belanja harian. Mereka juga diminta menulis jumlah simpanan harian tersebut dalam rekod simpanan mingguan. Rekod ini perlu dilekatkan dalam buku latihan. Minta bantuan ibu bapa untuk menandatangani rekod ini setiap hari. Pada penghujung minggu, murid akan menggunakan sampel duit syiling dan rekod ini untuk menjumlahkan wang simpanan mereka di dalam kelas. Minta bantuan ibu bapa untuk menjumlahkan wang simpanan sebenar anak mereka berdasarkan jumlah pada rekod tersebut. Nota: Aktiviti di atas boleh dijalankan dalam tiga sesi yang berlainan. Aktiviti yang serupa diulangi untuk: menambah dan menolak wang kertas sehingga RM10

78

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 7: WANG HINGGA RM10


UNIT 7.5
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyelesaikan masalah harian yang mudah LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan sampel duit syiling dan wang kertas yang mencukupi dan lembaran Selesaikan masalah ini! kepada setiap pasangan. 2. Tulis cerita atau pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya: Saya membeli gula-gula berharga 30 sen dan sepeket keropok berharga 60 sen. Berapakah jumlah yang telah saya belanjakan? Di sebuah kedai, Aliya membeli beberapa buah barang yang berjumlah RM3. Dia membayar dengan sekeping wang kertas RM5. Berapakah baki wang Aliya? 3. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti tersebut. Mereka boleh menggunakan sampel duit syiling dan wang kertas untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan dapatan mereka. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contohcontoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Kerja 6.7.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Sampel duit syiling/wang kertas 2. Lembaran Selesaikan masalah ini! (Rujuk BBM ms. 25) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad bergambar 2. Sampel duit syiling/wang kertas

PERBENDAHARAAN KATA Barang Beli Harga Belanja Jumlah Baki

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan beberapa kad bergambar pada papan tulis, contohnya:

Wang belanja

RM 3

90 sen

2. Minta murid untuk mereka sendiri cerita atau pernyataan masalah bagi operasi tambah atau tolak berdasarkan kad bergambar tersebut. 3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat berdasarkan pengalaman mereka sendiri. mudah,

79

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8: MASA DAN WAKTU


UNIT 8.1
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan bahagianbahagian dalam sehari dengan betul LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Tunjukkan gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari. 2. Minta murid memperihalkan tentang gambar tersebut. Perkenalkan dan lekatkan kad perkataan pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam pada papan tulis. Kemudian minta murid menyebut dan mengeja perkataan dengan betul. 3. Minta murid memperihalkan aktiviti dalam sehari mengikut pengetahuan dan pengalaman mereka. Bincangkan. Contohnya: Saya memberus gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum tidur. Saya tidak tidur pada waktu siang, tetapi saya tidur pada waktu malam. Pada waktu siang saya dapat melihat matahari. Pada waktu malam saya melihat bulan. Saya makan tiga kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Ada orang suka pergi ke taman pada waktu pagi. Saya suka pergi ke taman pada waktu petang. Saya tidak boleh menonton televisyen sehingga larut malam. Saya akan mengantuk di dalam kelas. 4. Edarkan Lembaran Kerja 8.1. Nota: Sekiranya perlu bahagikan pengajaran ini kepada beberapa sesi pengajaran, contohnya: waktu siang dan waktu malam pagi, petang dan malam tengah hari dan tengah malam Kemudian susun bahagian-bahagian dalam sehari tersebut dalam turutan yang betul.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Kad perkataan pagi tengah hari petang malam tengah malam Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kertas mahjong 2. Krayon/Pensel warna 3. Pen marker

81

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8: MASA DAN WAKTU


PERBENDAHARAAN KATA Aktiviti Pagi Tengah hari Petang Malam Tengah malam AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bawa murid menikmati atau memerhati suasana pada bahagian tertentu dalam sehari, contohnya: Udara sejuk pada waktu pagi, udara panas pada waktu tengah hari. Kedudukan matahari pada waktu pagi, tengah hari dan petang. 2. Dalam kumpulan kecil, minta murid catatkan atau lukiskan pemerhatian mereka pada kertas mahjong. Kemudian bincangkan dapatan murid dengan kumpulan yang lain. 3. Pamerkan hasil kerja murid pada papan kenyataan.

82

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8: MASA DAN WAKTU


UNIT 8.2
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Lekatkan kad perkataan pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam pada papan tulis. 2. Minta murid menyenaraikan aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari mengikut pengetahuan dan pengalaman mereka. Bincangkan. 3. Kemudian edarkan gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari kepada setiap kumpulan. Minta murid mewarna, menggunting dan melekatkan gambar tersebut pada kertas mahjong mengikut turutan bahagian-bahagain hari yang betul. Minta murid menuliskan situasi di bawah setiap keratan gambar. 4. Minta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka. Pamerkan carta-carta tersebut pada papan kenyataan. Carta ini akan digunakan lagi dalam Unit 8.5. 5. Edarkan Lembaran Kerja 8.2.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad perkataan pagi tengah hari petang malam tengah malam 2. Gambar aktiviti dalam sehari (Rujuk BBM ms. 26-32) 3. Krayon/pensel warna 4. Gunting 5. Gam 6. Kertas mahjong 7. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Gambar/Foto aktiviti dalam sehari 2. Gunting 3. Gam PERBENDAHARAAN KATA Aktiviti Pagi Tengah hari Petang Malam Tengah malam

AKTIVITI PENGUKUHAN Galakkan murid untuk menambah gambar atau foto aktiviti dalam sehari pada carta. Minta murid menuliskan cerita mengenai peristiwa tersebut. Pamerkan cerita yang terbaik pada papan kenyataan.

83

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8: MASA DAN WAKTU


UNIT 8.3
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lekatkan kalendar bersaiz besar pada papan tulis. Edarkan kalendar bersaiz kecil kepada setiap murid. Perkenalkan kalendar itu kepada murid. Bincangkan tentang urutan nombor yang ada pada kalendar tersebut. Soal jawab: Kita bermula dengan hari Ahad. Dari hari Ahad hingga Sabtu, kita panggil satu minggu. Mari baca bersama-sama. (Baca nama hari dalam minggu pertama bermula dari Ahad diikuti oleh murid) Ada berapa hari semuanya dalam seminggu? Mari kita bilang bersama-sama. (Bilang nama hari dalam seminggu bermula dari Ahad sambil menunjukkan bilangan jari) Dalam seminggu ada tujuh hari semuanya. 2. Bacakan nama-nama hari dalam seminggu semula bersama-sama. Bimbing murid untuk melihat namanama hari tersebut diulangi semula selepas Sabtu. 3. Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu Hari Dalam Seminggu seperti berikut (mengikut irama lagu Twinkle Twinkle Little Star): Ahad, Isnin, Selasa, Rabu Khamis, Jumaat, Sabtu Satu minggu semuanya Mari sebut semula! Ahad, Isnin, Selasa, Rabu Khamis, Jumaat, Sabtu! 4. Edarkan Lembaran Kerja 8.3.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kalendar sebulan bersaiz besar 2. Kalendar sebulan bersaiz kecil Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kertas warna 2. Krayon/Pensel warna 3. Bahan hiasan (pelekat, perada/gold dust dsb.)

84

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8: MASA DAN WAKTU


PERBENDAHARAAN KATA Kalendar Hari Minggu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bantu murid untuk membina kalendar mingguan. Gunakan kertas warna dan krayon atau pensel warna. Minta murid membawa pulang kalendar tersebut agar mereka dan ahli keluarga dapat mengisi ruangan peristiwa harian bersama-sama. Murid bebas untuk melukis dan menghias kalendar tersebut, contohnya:

2. Minta murid melekatkan kalendar itu dalam buku latihan dan membawanya pada sesi akan datang untuk dibincangkan. 3. Kemudian, minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu Are you sleeping Brother John?): Hari ... (sebutkan nama hari ini) Hari ... (sebutkan nama hari ini) Sepanjang hari, sepanjang hari. Semalam hari ... (sebutkan nama hari sebelumnya) Esok hari ... (sebutkan nama hari berikutnya) Seronoknya! Seronoknya!

85

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8: MASA DAN WAKTU


UNIT 8.4
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan LANGKAH-LANGKAH PENGAJARANL 1. Bentukkan kumpulan (lima orang). Lekatkan kalendar bersaiz besar pada papan tulis. Edarkan kalendar bersaiz kecil kepada setiap murid. Soal jawab: Kita sudah belajar tentang nama-nama hari. Mari kita nyanyi lagu Hari Dalam Seminggu bersama-sama! (Nyanyikan lagu tersebut bersama-sama) Ada berapa hari semuanya dalam seminggu? BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kalendar setahun bersaiz besar 2. Kalendar setahun bersaiz kecil Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad imbasan nama-nama bulan dalam setahun 2. Wisel 3. Lembaran mewarna gambar perayaan & sambutan Hari Kebangsaan (Rujuk BBM ms. 33-37) 4. Krayon/Pensel warna 5. Kertas mahjong 6. Gam Hari ini kita akan belajar nama-nama bulan pula. Kita bermula dengan bulan Januari. Dari bulan Januari hingga bulan Disember, kita panggil satu tahun. Mari baca bersama-sama. (Baca nama-nama bulan diikuti oleh murid) Ada berapa bulan semuanya dalam setahun? Mari kita bilang bersama-sama. (Bilang nama bulan dalam setahun bermula dari Januari sambil menunjukkan bilangan jari) Dalam setahun ada dua belas bulan semuanya. 2. Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu Ten Lilttle Indians): Januari, Febuari, Mac, April Mei dan Jun, Julai dan Ogos September, Oktober, November, Disember Dua belas bulan setahun 3. Edarkan Lembaran Kerja 8.4.

86

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8: MASA DAN WAKTU


PERBENDAHARAAN KATA Kalendar Hari Minggu Tahun Bulan Januari Febuari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. Bentukkan kumpulan (dua belas orang). Edarkan kad imbasan nama-nama bulan dalam setahun secara rawak kepada setiap ahli dalam setiap kumpulan. Minta murid yang memegang kad bulan Januari dalam setiap kumpulan tampil ke hadapan. Minta murid berbaris sebelah-menyebelah, dengan jarak sedepa tangan. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid lain dalam kumpulan masing-masing akan beratur mengikut urutan yang betul di belakang murid yang memegang kad bulan Januari tadi. Kumpulan yang paling awal melengkapkan nama-nama bulan dalam setahun mengikut urutan yang betul dikira sebagai pemenang. Nota: Ubah suai permainan dengan meminta murid yang memegang kad bulan Mei, Ogos atau Disember untuk tampil ke hadapan dahulu. 2. Bentukkan kumpulan (lima orang). Lihat peristiwa yang berlaku dalam tahun semasa mengikut bulan seperti Hari Kebangsaan, Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan Krismas. Minta murid ceritakan bagaimana mereka meraikan peristiwa tersebut. Edarkan lembaran mewarna gambar perayaan dan sambutan Hari Kebangsaan kepada setiap kumpulan. Minta murid mewarnakan dan melekatkan gambar tersebut pada kertas mahjong. Pamerkan hasil kerja terbaik pada papan kenyataan.

87

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8: MASA DAN WAKTU


UNIT 8.5(a)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengenal muka jam LANGKAH-LANGKAH PENGAJARANL 1. Murid duduk secara berpasangan. Tunjukkan jam analog. Soal jawab: Ini apa? Kita gunakannya untuk apa? Terangkan pada saya. 2. Minta murid memperihalkan jam tersebut (nombor dan susunannya, jarum panjang dan jarum pendek serta pergerakannya) mengikut pemerhatian dan pengetahuan mereka. 3. Edarkan gambar muka jam, gunting, kad manila, gam dan sepasang split pin (seperti gambar di bawah) kepada setiap pasangan.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Jam analog 2. Gambar muka jam (Rujuk BBM ms. 38) 3. Gunting 4. Kad manila (digunting mengikut saiz yang sama dengan muka jam dan dilubangkan di tengah-tengahnya) 5. Gam 6. Split pin 7. Krayon/Pensel warna 8. Bahan hiasan (pelekat, perada/gold dust dsb.) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Keratan gambar pelbagai jenis jam 2. Gam 3. Kertas mahjong PERBENDAHARAAN KATA Jam Masa Waktu Jarum panjang Jarum pendek Pergerakan Pusingan

4. Minta murid menggunting nombor dan melekatkannya pada muka jam. Murid juga boleh membuat hiasan pada muka jam atau melukis gambar kesukaan mereka di tengah muka jam. 5. Apabila selesai, minta murid menggunting muka jam tersebut dan melekatkannya pada kad manila. Bantu murid mencantumkan dan menyematkan jarum panjang dan jarum pendek di tengah muka jam menggunakan split pin. 6. Minta murid menulis nama masing-masing di belakang muka jam. Muka jam disimpan dengan cermat supaya ia boleh digunakan untuk sesi pengajaran yang berikut.

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa keratan gambar pelbagai jenis jam. 2. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan gam dan kertas mahjong kepada setiap kumpulan. Secara berkumpulan, murid melekatkan keratan gambar pada kertas mahjong. 3. Minta murid memperihalkan gambar tersebut. Maklumkan bahawa walaupun terdapat pelbagai jenis jam, tetapi kesemuanya digunakan untuk menunjukkan waktu. Pamerkan hasil kerja yang terbaik pada papan kenyataan.

88

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8: MASA DAN WAKTU


UNIT 8.5(b)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berpasangan (pasangan yang sama dalam sesi yang lepas). Edarkan semula muka jam yang telah mereka hasilkan. Gunakan sebuah muka jam bersaiz besar untuk tunjuk cara berikut. Bagi setiap langkah di bawah, tunjukkan pergerakan jarum panjang (lengkap satu pusingan) untuk menunjukkan jangka masa satu jam. Muka jam BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Jam analog sebenar bersaiz besar 2. Muka jam yang telah disediakan dalam Unit 8.5(a) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Muka jam yang telah disediakan dalam Unit 8.5(a) 2. Jam analog sebenar 3. Penggera (telefon bimbit, jam digital dsb.) 4. Carta yang disediakan dalam Unit 8.2 5. Papan permainan Pukul Berapakah Sekarang? (Rujuk BBM ms. 39-40) 6. Dadu 7. Butang Soal jawab Di manakah jarum panjang? (Pada nombor 12) Di manakah jarum pendek? (Pada nombor 1) Waktunya pukul satu. (Tuliskan Pukul 1 pada papan tulis. Kemudian gerakkan jarum panjang satu pusingan lengkap supaya jarum pendek berada pada nombor 2) Di manakah jarum panjang? (Pada nombor 12) Di manakah jarum pendek? (Pada nombor 2) Waktunya pukul dua. (Tuliskan Pukul 2 pada papan tulis. Kemudian gerakkan jarum panjang satu pusingan lengkap supaya jarum pendek berada pada nombor 3) Di manakah jarum panjang? (Pada nombor 12) Di manakah jarum pendek? (Pada nombor 3) Waktunya pukul tiga. (Tuliskan Pukul 3 pada papan tulis. Kemudian gerakkan jarum panjang satu pusingan lengkap supaya jarum pendek berada pada nombor 4)

89

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8: MASA DAN WAKTU


Muka jam Soal jawab Lihat jarum panjang. Lihat jarum pendek. Pukul berapakah sekarang? (Minta murid untuk menulis waktunya. Bincangkan. Kemudian gerakkan jarum panjang satu pusingan lengkap supaya jarum pendek berada pada nombor 5)

Lihat jarum panjang. Lihat jarum pendek. Pukul berapakah sekarang? (Minta murid untuk menulis waktunya. Bincangkan)

2. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contohcontoh yang lain. Bimbing murid melihat bahawa apabila jarum panjang berada pada nombor 12 dan jarum pendek berada pada nombor yang lainnya, kita lihat pada nombor yang ditunjukkan jarum pendek untuk menyatakan waktu. 3. Kemudian sebutkan waktu. Minta murid menunjukkan waktunya pada muka jam masing-masing dan menuliskannya pada papan tulis. 4. Edarkan Lembaran Kerja 8.5.

90

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8: MASA DAN WAKTU


PERBENDAHARAAN KATA Jam Masa Waktu Jarum panjang Jarum pendek Pergerakan Pusingan AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Gunakan semula muka jam yang telah disediakan dalam Unit 8.5(a): Gunakan ia beserta dengan carta yang telah disediakan dalam Unit 8.2 untuk menunjukkan waktu bagi aktiviti harian. Tetapkan waktu rehat pada muka jam dan letakkan ia bersebelahan jam analog sebenar. Dari masa ke semasa, minta murid melihat pusingan jarum jam pada jam sebenar, yang semakin menghampiri waktu rehat tersebut. Tetapkan penggera pada setiap jam. Setiap kali penggera berbunyi, minta murid menukar kedudukan jarum pendek pada muka jam dengan menggerakkan jarum panjang lengkap satu pusingan. Minta murid perhatikan kedudukannya kedua-dua jarum jam tersebut. Aktiviti ini juga dapat membantu murid memahami tempoh masa sejam. 2. Cetak papan permainan Pukul Berapakah Sekarang? dan Peraturan Permainan pada kad manila. Laminate kedua-duanya di hadapan dan di belakang. Permainan ini dimainkan sama seperti permainan Ular dan Tangga. Bentukkan kumpulan (empat orang). Bacakan peraturan permainan kepada murid dan tunjukkan mereka cara bermain. Setiap kumpulan boleh bermain seberapa banyak pusingan di dalam satu sesi.

91

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


UNIT 9.1
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengenal dan menamakan bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set bentuk 3D 2. Kad imbasan nama bentuk 3D 3. Papan tulis individu 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Sebarang objek yang mewakili bentuk 3D 2. Lembaran Aktiviti 9.1 3. Tanah liat 4. Set bentuk 3D 5. Lembaran Reka Bentuk Objek (Rujuk BBM ms. 41-45) 6. Tanah liat 7. Gunting 8. Pita pelekat LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan bentuk 3D satu persatu kepada setiap kumpulan sambil memperkenalkannya. Minta murid memegang dan memerhatikan setiap satunya. Tuliskan atau lekatkan kad imbasan nama bentuk 3D tersebut pada papan tulis. Pastikan murid dapat menyebut dan mengejanya dengan betul. 2. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. Tunjukkan sebuah bentuk 3D. Minta murid menyebut dan menuliskan nama bentuk tersebut pada papan tulis. Semak jawapan mereka. 3. Edarkan Lembaran Kerja 9.1.

93

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid 1. Objek 3D: Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa beberapa objek seperti tin kosong, kotak kosong, topi hari lahir, kon ais krim, kotak tisu kosong dan sebarang jenis bola. Guru perlu ada satu set objek yang mewakili setiap bentuk 3D. Minta murid berkongsi objek yang dibawa bersama ahli kumpulannya. Bincangkan tentang bentuk 3D tersebut, contohnya, tin sardin dan lilin keduaduanya berbentuk silinder tetapi tin sardin pendek dan lebar manakala lilin panjang dan kurus. Edarkan Lembaran Aktiviti 9.1 kepada setiap murid. Minta mereka melengkapkan lembaran tersebut secara berkumpulan. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkannya dalam buku latihan. Semua objek disimpan dengan cermat supaya ia boleh digunakan untuk sesi pengajaran yang berikut. 2. Membina bentuk 3D: Bentukkan kumpulan (enam orang). Edarkan satu set bentuk 3D, lembaran Reka Bentuk Objek, tanah liat (untuk membentuk sfera), gunting dan pita pelekat kepada setiap kumpulan. Dengan tunjuk cara guru dan dengan merujuk kepada set bentuk 3D yang diberi, minta murid membina sendiri bentuk tersebut dan berkongsi hasil kerja mereka dengan murid lain. Sebutkan nama suatu bentuk 3D. Murid yang telah membina bentuk tersebut diminta berdiri dan menunjukkannya kepada semua. AKTIVITI PENGUKUHAN

94

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Lembaran Aktiviti 9.1 Saya boleh mengenal dan menamakan bentuk 3D. Bentuk 3D Lukiskan objek yang sama bentuknya.

Kubus

Kuboid

Kon

95

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)

Bentuk 3D

Lukiskan objek yang sama bentuknya.

Silinder

Piramid

Sfera

96

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


UNIT 9.2(a)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Permukaan melengkung LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan sebuah tin aluminium kepada setiap kumpulan. Minta mereka perhatikan tin tersebut. Soal jawab: Apakah yang diberikan kepada kamu? Apa yang kamu lihat pada tin tersebut? (Bincangkan mengenai bentuknya, cara ia bergolek jika digolekkan dan sebagainya) 2. Perkenalkan permukaan melengkung. Minta murid menyentuh permukaan melengkung tin tersebut. Kemudian, tunjukkan objek lain yang mempunyai permukaan melengkung. Minta murid menyentuh permukaan melengkung setiap objek tersebut. Soal jawab: Ini adalah permukaan melengkung. Bagaimanakah kamu menggerakkan tangan pada permukaan melengkung? (Tunjukkan pergerakan tangan pada permukaan melengkung setiap objek tersebut seperti berikut)

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Tin aluminium (susu, sardin, milo dsb.) 2. Objek yang mempunyai permukaan melengkung (topi hari lahir, botol, bola dsb.) 3. Set bentuk 3D 4. Lembaran Aktiviti 9.2 Bagi aktiviti pengukuhan: Objek yang terdapat di sekitar kawasan sekolah yang mempunyai permukaan melengkung

Bolehkah kita golekkan ... (sebutkan nama objek) ini pada permukaan melengkungnya? (Tunjukkan setiap objek tersebut bergolek pada permukaan melengkungnya seperti berikut)

Berapakah bilangan permukaan melengkung yang ada? 3. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan, dan Lembaran Aktiviti 9.2 kepada setiap murid. Secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual tersebut (lajur pertama) berpandukan bentuk 3D yang diberi. 4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan. 5. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(a).

97

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid Ciri-ciri Permukaan Melengkung AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Secara berkumpulan, bawa murid berjalan di sekitar kawasan sekolah untuk mencari objek yang mempunyai permukaan melengkung. Minta murid melukiskan objek tersebut dalam buku latihan. 2. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Senaraikan semua objek yang mempunyai permukaan melengkung. Minta murid menyemak atau menambah objek tersebut dalam senarai mereka. Soal jawab: Bagaimana kamu tahu ... (sebutkan nama objek) mempunyai permukaan melengkung? (Murid boleh menunjukkan arah pergerakan tangan mereka pada permukaan melengkung atau menggolekkan objek tersebut)

98

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


UNIT 9.2(b)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Permukaan rata LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan tin aluminium (yang telah digunakan dalam pembelajaran yang lepas) kepada setiap kumpulan. Soal jawab: Tunjukkan permukaan melengkung tin ini. Ada dua permukaan lagi pada tin. Tunjukkan pada saya. (Murid menunjukkan dua permukaan rata) Ini adalah permukaan rata. (Tunjukkan permukaan rata) 2. Minta murid menyentuh permukaan rata tin tersebut. Kemudian, tunjukkan objek lain yang mempunyai permukaan rata. Minta murid menyentuh permukaan rata setiap objek tersebut. Soal jawab: Bagaimanakah kamu menggerakkan tangan pada permukaan rata? (Tunjukkan pergerakan tangan pada permukaan rata seperti berikut)

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Tin aluminium 2. Objek yang mempunyai permukaan rata (meja, buku, kotak dsb.) 3. Set bentuk 3D 4. Lembaran Aktiviti 9.2 Bagi aktiviti pengukuhan: Bentuk 3D

Bolehkah ... (sebutkan nama objek) ini digolekkan pada permukaan rata? (Tunjukkan setiap objek tersebut tidak boleh bergolek pada permukaan rata) Berapakah bilangan permukaan rata yang ada? 3. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. Secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual (lajur kedua) pada Lembaran Aktiviti 9.2 berpandukan bentuk 3D yang diberi. 4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. 5. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(b).

99

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid Permukaan Melengkung Rata AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan bentuk 3D kepada setiap murid. Adakan permainan Tunjukkan Bentuk 3D seperti berikut: Tunjukkan ... (Ulangi ayat ini sebelum setiap pembayang) bentuk yang mempunyai permukaan rata. (Murid yang memegang bentuk 3D dengan ciri yang disebutkan diminta berdiri dan menunjukkan bentuk 3Dnya) 2. Ulangi langkah 1 bagi pembayang yang lain seperti: Bentuk yang mempunyai permukaan melengkung. Bentuk yang mempunyai 6 permukaan rata. Bentuk yang mempunyai 1 permukaan melengkung. Bentuk yang rata mempunyai 2 permukaan rata. Bentuk yang tidak mempunyai permukaan melengkung. Bentuk yang tidak mempunyai permukaan rata. Bentuk yang mempunyai 5 permukaan rata. 3. Minta murid bertukar-tukar bentuk 3D sesama mereka. Ulangi aktiviti ini.

100

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


UNIT 9.2(c)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Sisi LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu This Is The Way...): Semua pepejal ada sisi Ada sisi, ada sisi Semua pepejal ada sisi Kecuali sfera 2. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. Soal jawab: Ini adalah sisi. (Tunjukkan sisi pada bentuk 3D) Tunjukkan saya sisi pada bentuk 3D kamu. Sentuh sisinya. (Biarkan murid menyentuh sisi bentuk 3D) Adakah kubus dan kuboid mempunyai sisi? Adakah kon dan silinder mempunyai sisi? Adakah sfera mempunyai sisi? Cari objek di dalam kelas yang mempunyai sisi. Tunjukkan saya di mana sisinya. Berapakah bilangan sisi yang ada? 3. Seterusnya, secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual (lajur ketiga) pada Lembaran Aktiviti 9.2 berpandukan bentuk 3D yang diberi. 4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. 5. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(c). 6. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu di atas bersama-sama. Kaitkan perkataan sisi dalam lagu tersebut dengan bentuk 3D yang diberi. PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid Ciri-ciri Permukaan Melengkung Rata Sisi AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Masukkan satu set bentuk 3D ke dalam uncang berwarna gelap. 2. Masukkan kedua-dua tangan ke dalam uncang tanpa melihat. Pegang suatu bentuk 3D tanpa mengeluarkannya daripada uncang. 3. Perihalkan bentuk 3D tersebut dengan menggunakan perkataan permukaan melengkung, permukaan rata dan sisi. Murid harus meneka nama bentuk 3D tersebut. 4. Kemudian, pilih beberapa murid untuk mengulangi aktiviti.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set bentuk 3D 2. Lembaran Aktiviti 9.2 Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Set bentuk 3D 2. Uncang berwarna gelap

101

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


UNIT 9.2(d)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Bucu LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Minta murid menyanyikan lagu yang telah dipelajari sebelum ini tetapi tambahkan rangkap yang kedua. Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan seperti berikut: Semua pepejal ada sisi Ada sisi, ada sisi Semua pepejal ada sisi Kecuali sfera BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set bentuk 3D 2. Lembaran Aktiviti 9.2 Bagi aktiviti pengukuhan: Pembayang/Teka-teki/Puzzle bentuk 3D Kubus, kuboid dan piramid Ada bucu, ada bucu Kubus, kuboid dan piramid Semuanya ada bucu 2. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. Soal jawab: Ini adalah bucu. (Tunjukkan bucu pada bentuk 3D) Tunjukkan saya bucu pada bentuk 3D kamu. Sentuh bucunya. (Biarkan murid menyentuh bucu bentuk 3D) Adakah kubus dan kuboid mempunyai bucu? Adakah kon dan silinder mempunyai bucu? Adakah sfera mempunyai bucu? Cari objek di dalam kelas yang mempunyai bucu. Tunjukkan saya di mana bucunya. Berapakah bilangan bucu yang ada? 3. Seterusnya, secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual (lajur keempat) pada Lembaran Aktiviti 9.2 berpandukan bentuk 3D yang diberi. 4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. 5. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(d). 6. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu di atas bersama-sama. Kaitkan perkataan bucu dalam lagu tersebut dengan bentuk 3D yang diberi.

102

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


BAHAN BANTU MENGAJAR Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid Ciri-ciri Permukaan Melengkung Rata Sisi Bucu AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat permainan Mencari Bentuk 3D. orang). Adakan

2. Letakkan pembayang/teka-teki/puzzle gambar bentuk 3D dalam sampul surat di setiap stesen untuk diselesaikan oleh setiap kumpulan. 3. Pada akhir permainan mereka harus menyerahkan jawapan. 4. Pemenangnya ialah kumpulan yang menjawab soalan dengan cepat dan tepat. dapat

103

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Lembaran Aktiviti 9.2 Saya tahu ciri-ciri bagi bentuk 3D.
Bilangan permukaan melengkung Bilangan permukaan rata Bilangan sisi Bilangan bucu

Bentuk 3D

104

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


UNIT 9.3
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengkelaskan bentuk 3D LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Setiap murid diminta memilih salah satu objek. 2. Bentukkan empat kumpulan. Lantik enam orang murid arus perdana untuk menjadi penyemak. Aturkan kumpulan seperti lampiran Pelan Permainan. Setiap bakul dilabelkan dengan nama bentuk 3D. Kemudian, arahkan murid berada dalam barisan menghadap ke arah bakul sambil memegang objek yang dipilih. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Objek 3D yang telah dibawa dalam Unit 9.1 2. Bakul 3. Label nama bentuk 3D 4. Wisel Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lembaran Aktiviti 9.3 2. Gunting 3. Gam 3. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan berlari ke arah bakul dan meletakkan objek yang dipegangnya ke dalam bakul yang betul. Penyemak akan memeriksa sama ada objek tersebut diletakkan di dalam bakul yang betul. 4. Murid tadi kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira sebagai pemenang. 5. Bawa bakul ke dalam kelas. Minta murid membilang jumlah bentuk 3D di dalam setiap bakul. Rekodkan bilangan objek pada papan tulis (Rujuk lampiran Jadual Pengkelasan Bentuk 3D). 6. Seterusnya, bincangkan tentang jadual tersebut bentuk 3D yang manakah mempunyai bilangan yang lebih banyak/lebih sedikit daripada suatu bentuk 3D yang lain, paling banyak/paling sedikit, dan sebagainya. 7. Edarkan Lembaran Kerja 9.3. 8. Letakkan bakul di suatu sudut dalam bilik darjah. Dari masa ke semasa galakkan murid mengasingkan objek tersebut mengikut pelbagai cara, contohnya: Objek yang mempunyai permukaan melengkung/tidak mempunyai permukaan melengkung Objek yang mempunyai permukaan rata/tidak mempunyai permukaan rata Objek yang mempunyai sisi/tidak mempunyai sisi Objek yang mempunyai bucu/tidak mempunyai bucu

105

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid Ciri-ciri Permukaan Melengkung Rata Sisi Bucu Kelaskan AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan gunting dan gam kepada setiap kumpulan dan Lembaran Aktiviti 9.3 kepada setiap murid. 2. Murid perlu menggunting gambar bentuk 3D tersebut. Kemudian, secara berkumpulan, mereka berbincang untuk mengkelaskannya mengikut ciri-ciri berkenaan serta melekatkannya di dalam jadual. 3. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan. 4. Akhiri sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu yang telah dipelajari dalam Unit 9.2(d). Kaitkan lagu tersebut dengan Lembaran Aktiviti 9.3.

106

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


PELAN PERMAINAN

Ahli kumpulan

Bakul yang telah dilabel

Penyemak

JADUAL PENGKELASAN BENTUK 3D

17

10

107

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Lembaran Aktiviti 9.3 Gunting gambar bentuk 3D berikut.

108

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


Lembaran Aktiviti 9.3 Saya boleh mengkelaskan bentuk 3D. Ciri-ciri Lekatkan gambar bentuk 3D yang betul

Bentuk 3D yang mempunyai permukaan melengkung DAN sisi

Bentuk 3D yang mempunyai permukaan rata DAN bucu

Bentuk 3D yang mempunyai permukaan melengkung SAHAJA

109

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9: BENTUK TIGA DIMENSI (BENTUK 3D)


UNIT 9.4
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Membina model LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (lima orang). Edarkan beberapa set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. 2. Pilih seorang murid untuk menjadi model. Murid lain diuji untuk menghasilkan model manusia dengan menggunakan bentuk 3D yang diberi. Contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Set bentuk 3D Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Set bentuk 3D 2. Objek di sekitar bilik darjah/kawasan sekolah 3. Krayon/Pensel warna

3. Bincangkan tentang model yang telah dibina. Contoh, mengapa mereka memilih sesuatu bentuk 3D untuk mewakilkan bahagian badan tersebut. Minta murid melukis model berkenaan dalam buku latihan. 4. Edarkan Lembaran Kerja 9.4.

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid Ciri-ciri Permukaan Melengkung Rata Sisi Bucu Kelaskan Model

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid duduk secara berpasangan. Dua pasangan akan menjalankan aktiviti ini bersama-sama. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap pasangan. Pasangan pertama membina model menggunakan set mereka dan memerihalkannya (menggunakan ciricirinya) kepada pasangan kedua. Pasangan kedua cuba membina model yang serupa menggunakan set mereka dan dibenarkan bertanya. Mereka tidak boleh melihat model masing-masing. Kemudian minta mereka membanding bezakan kedua-dua model. 2. Bawa murid berjalan di sekitar bilik darjah atau kawasan sekolah. Bincang tentang bagaimana bangunan atau objek dimodel menggunakan bentuk 3D. Minta murid melukis gambar objek tersebut dalam buku latihan.

110

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


UNIT 10.1(a)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengenal dan menamakan bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan satu bentuk 3D, kertas mahjong, warna air dan berus lukisan kepada setiap kumpulan. 2. Secara berkumpulan, minta murid bergilir-gilir mewarnakan salah satu permukaan bentuk 3D dan kemudian copkan ia pada kertas mahjong. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan warna yang berlainan bagi setiap permukaan. 3. Kumpulkan semula warna air dan berus lukisan. Soal jawab: Siapa dapat bentuk ini? (Lukiskan bentuk segiempat sama pada papan tulis) Bentuk ini dipanggil segiempat sama. (Tulis segiempat sama dan minta murid menuliskannya di bawah segiempat sama mereka) 4. Perkenalkan bentuk 2D yang lain melalui sesi soal jawab yang serupa. 5. Edarkan Lembaran Kerja 10.1(a).

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bentuk 3D (kuboid, kon & piramid) 2. Kertas mahjong 3. Warna air 4. Berus lukisan 5. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lembaran Aktiviti 10.1(a) 2. Krayon/Pensil warna 3. Pembaris

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan Lembaran Aktiviti 10.1(a) kepada setiap murid. 2. Minta murid menyambungkan titik-titik, tuliskan nama bentuk padanya dan warnakan bentuk 2D tersebut. 3. Kemudian minta murid melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan.

111

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D) Lembaran Aktiviti 10.1(a) Saya boleh mengenal dan menamakan bentuk 2D.

bulatan

112

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


UNIT 10.1(b)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengenal dan menamakan bentuk 2D Bintang LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Tunjukkan sebiji buah belimbing. Potong buah belimbing itu secara melintang.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Buah belimbing 2. Pisau 3. Papan potong 4. Kertas mahjong 5. Warna air 6. Berus lukisan 7. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Set kad imbasan lukisan/lakaran bentuk 2D 2. Kertas mahjong 3. Krayon/Pensil warna 4. Pembaris 2. Edarkan kertas mahjong, warna air dan berus lukisan dan sepotong buah belimbing tadi kepada setiap kumpulan. Minta murid memerhatikan corak yang terbentuk pada potongan buah tersebut dengan teliti. 3. Secara berkumpulan, minta murid bergilir-gilir mewarnakan permukaan potongan buah belimbing tadi dan kemudian copkan ia pada kertas mahjong. 4. Kumpulkan semula potongan buah, warna air dan berus lukisan. Soal jawab: Apakah yang kamu lihat? (Lukiskan bentuk bintang pada papan tulis) Bentuk ini dipanggil bintang. (Tulis bintang dan minta murid menuliskannya pada kertas mahjong) Apakah yang kamu dapat terangkan tentang bentuk ini? Di manakah dapat kamu lihat bentuk ini? 5. Minta murid menyebut dan mengejanya dengan betul. 6. Edarkan Lembaran Kerja 10.1(b). PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan Bintang AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan satu set kad imbasan lukisan atau lakaran bentuk 2D, kertas mahjong, krayon atau pensil warna dan pembaris kepada setiap kumpulan. 2. Minta murid melakarkan bentuk 2D berpandukan kepada kad imbasan tersebut pada kertas mahjong dan mewarnakannya serta menuliskan nama bagi setiap bentuk. 3. Minta murid berkongsi dapatan mereka. Bincangkan perbezaan dan persamaannya. Pamerkan hasil kerja murid di dalam kelas.

113

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


UNIT 10.2
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 2D Sisi lurus Sisi melengkung Penjuru LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan satu set kad imbasan lukisan atau lakaran bentuk 2D kepada setiap kumpulan. 2. Kemudian lukiskan bentuk 2D pada papan tulis. 3. Perkenalkan perkataan sisi lurus dan sisi melengkung satu persatu. Minta murid melukis menggunakan jari mereka di sepanjang sisi lurus dan sisi melengkung bentuk 2D yang berkenaan. Bincangkan mengenai perbezaan kedua-dua sisi tersebut misalnya, sisi lurus dilukis dengan menggunakan pembaris tetapi sisi melengkung tidak. 4. Perkenalkan perkataan penjuru. Minta murid melukis menggunakan jari mereka di setiap penjuru bentuk 2D yang berkenaan. Bincangkan mengenai penjuru, misalnya, ia adalah pertemuan dua sisi lurus. 5. Minta murid membilang jumlah sisi lurus, melengkung dan penjuru pada setiap bentuk 2D. 6. Edarkan Lembaran Kerja 10.2. sisi

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set kad imbasan lukisan/lakaran bentuk 2D 2. Pembaris Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Pembayang/Teka-teki bentuk 2D 2. Sampul surat 3. Pen/Pensel 4. Kertas A4

114

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan Bintang Sisi Lurus Melengkung Penjuru AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Bentukkan kumpulan (empat permainan Mencari Bentuk 2D. orang). Adakan

2. Letakkan pembayang atau teka-teki bentuk 2D dalam sampul surat di setiap stesen untuk diselesaikan oleh setiap kumpulan. 3. Pada akhir permainan mereka harus menyerahkan jawapan. 4. Pemenangnya ialah kumpulan yang menjawab soalan dengan cepat dan tepat. dapat

5. Contoh pembayang atau teka-teki adalah seperti berikut: Sayang emak duduk di sisi, Sayang ayah tinggal di sini, Bentuk ini sama sisi, Siapa tahu bentuk ini? (Segiempat sama) Pergi sekolah muka berseri, Seronok sekali belajar di sini, Berkelip di langit cantik berseri, Cuba teka bentuk ini? (Bintang) Buat kaya bersama bonda, Boleh dihidang di hari raya, Badan saya macam roda, Cuba teka siapa saya? (Bulat) Dalam semak nampak besi, Dari jauh nampak bercahaya, Saya ada tiga sisi, Cuba teka siapa saya? (Segitiga) Pergi Melaka membeli ragi, Cantik berseri berbaju kebaya, Badan saya empat segi, Cuba teka sampai berjaya. (Segiempat tepat)

115

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


UNIT 10.3
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengkelaskan bentuk 2D LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Lukiskan dua bulatan besar pada papan tulis. Kemudian lukiskan bentuk 2D mengikut bentuknya, contohnya, kesemua segitiga dalam bulatan yang pertama, dan kesemua segiempat sama dalam bulatan yang kedua.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Set kad imbasan lukisan/lakaran bentuk 2D Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Gelung rotan 2. Set kad imbasan lukisan/lakaran bentuk 2D 3. Wisel

2. Soal jawab: Saya mengkelaskan bentuk ini kepada dua kumpulan. Cuba teka bagaimana saya kelaskan bentuk ini? Bincang dengan kawan. (Beri beberapa ketika untuk mereka berbincang) Apakah yang sama tentang bentuk ini? Apakah yang berbeza tentang bentuk ini? Apa yang kamu nampak tentang jenis (saiz/warna/sisi/penjuru) bentuk yang ada di dalam gelung rotan ini? Bolehkah kita letakkan ... (tunjukkan kad imbasan bentuk bulatan/bintang/segiempat tepat) di sini? Mengapa? Mengapa tidak? 3. Ulang langkah 2 dengan memilih mana-mana yang berikut: Merah dan biru Besar dan kecil Sisi melengkung dan sisi lurus Mempunyai penjuru dan tidak mempunyai penjuru Mempunyai sisi dan tidak mempunyai sisi 5. Edarkan Lembaran Kerja 10.3.

116

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan Bintang Sisi Lurus Melengkung Penjuru Kelaskan AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti berikut dijalankan di luar bilik darjah. Aktiviti 1 Bentukkan empat kumpulan. Untuk setiap kumpulan, letakkan dua gelung rotan pada jarak yang sesuai. Label setiap gelung rotan, contohnya, merah dan biru, besar dan kecil, sisi melengkung dan sisi lurus, mempunyai penjuru dan tidak mempunyai penjuru. Edarkan sekeping kad imbasan lukisan atau lakaran bentuk 2D kepada setiap murid. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan berlari ke arah gelung rotan dan meletakkan kad tersebut ke dalam gelung rotan yang betul. Dia kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dengan pengkelasan yang betul dikira sebagai pemenang. Aktiviti 2 Bentukkan dua kumpulan. Edarkan sekeping kad imbasan lukisan atau lakaran bentuk 2D kepada setiap murid. Dalam kumpulan masing-masing, minta murid berpegangan tangan untuk membentuk bulatan besar. Sambil memegang kad, mereka menyanyi dan bergerak mengikut lagu berikut (mengikut irama yang sesuai): Pusing ke kiri Pusing ke kanan Hayunkan tangan Goyangkan badan Langkah ke depan Buat kumpulan ... (sebutkan nama bentuk 2D) Sejurus selepas guru menyebutkan nama bentuk 2D, murid yang memegang kad imbasan bentuk yang disebutkan itu akan berkumpul di tengah bulatan dan menunjukkan kad itu kepada semua. Murid yang lain berdiri setempat dan memeriksa jawapan rakan. Soal jawab: Adakah semua kad bentuk ... (sebutkan nama bentuk 2D tadi) berada di tengah bulatan? Mari kita lihat.

117

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


UNIT 10.4
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menghasilkan rekaan dengan bentuk 2D LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan kertas mahjong, krayon atau pensel warna dan pembaris kepada setiap kumpulan. 2. Lukis atau lakarkan bentuk 2D pada papan tulis yang membentuk suatu rekaan contohnya:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kertas mahjong 2. Krayon/Pensel warna 3. Pembaris Bagi aktiviti pengukuhan: Bahan yang sesuai untuk membuat kolaj, lukisan atau cetakan/cop

3. Minta murid menghasilkan rekaan mereka sendiri pada kertas mahjong. Murid juga boleh diminta mewarnakan rekaan mereka. 4. Kemudian minta murid menerangkan tentang hasil rekaan mereka. 5. Pilih rekaan yang terbaik dan pamerkan pada papan kenyataan. 6. Edarkan Lembaran Kerja 10.4.

PERBENDAHARAAN KATA Bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulatan Bintang Rekaan

AKTIVITI PENGUKUHAN Minta murid untuk menghasilkan rekaan bentuk 2D yang lain menggunakan teknik kolaj, lukisan dan cetakan atau cop.

118

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 1.7(a) KAD BERTITIK

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.4 PETAK 100

I II

I0

I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30 3 I 32 33 34 35 36 37 38 39 40 4 I 42 43 44 45 46 47 48 49 50 5 I 52 53 54 55 56 57 58 59 60 6 I 62 63 64 65 66 67 68 69 70 7 I 72 73 74 75 76 77 78 79 80 8 I 82 83 84 85 86 87 88 89 90 9 I 92 93 94 95 96 97 98 99 I00

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5

Pada suatu masa dahulu, ada seorang budak lelaki bernama Jack. Dia tinggal bersama ibunya di sebuah pondok kecil. Harta mereka yang paling berharga ialah seekor lembu. Malangnya lembu itu tidak dapat menghasilkan susu lagi. Ibunya menyuruh Jack membawa lembu itu ke pekan untuk dijual.

Dalam perjalanan ke pekan, Jack terjumpa dengan seorang lelaki tua. Lelaki tua itu berkata, Jualkan lembu itu padaku. Aku akan memberikan kamu sesuatu yang istimewa. Lihat benih kekacang ini. Tanam sahaja dan keesokan harinya kamu akan dapat pokok kekacang yang terhebat di dunia. Sekarang, tunjukkan saya bilangan lima, Jack. Tunjukkan kepada saya bilangan lima dengan jari-jari kamu.

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5 Ada dua biji di setiap telapak tangan dan sebiji di dalam mulut. Jawab Jack dengan pantas. Tepat jawapan kamu. Nah, ambil lima biji benih kekacang istimewa ini! kata lelaki tua itu. Jack menerima benih kekacang tersebut. Lelaki tua itu pergi bersama lembu tadi. Jack pulang dengan perasaan gembira.

Apabila tiba di rumah, Jack menunjukkan benih kekacang tersebut pada ibunya. Ibunya berasa amat marah lalu membuang benih tersebut ke luar tingkap. Kemudian Jack disuruhnya masuk ke dalam bilik dan tidur dalam keadaan lapar.

Mengapakah ibu Jack berasa sangat marah?

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5 Keesokan harinya, Jack melihat ke luar tingkap dan mendapati sebatang pokok kekacang yang amat tinggi sehingga mencecah langit dan mempunyai dahan yang besar serta berbelit-belit.

Jack segera melompat keluar melalui tingkap lalu memanjat pokok tersebut. Semasa memanjat, dia membilang Satu, dua, tiga, ....

Mari membilang mengikut tertib menaik daripada 1 hingga 20 untuk Jack.

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5

Jack memanjat tanpa henti sehingga sampai ke puncak dan ternampak sebuah istana yang sangat besar. Dia terhidu bau sarapan pagi yang sangat enak. Jack berasa sangat lapar kerana dia tidak makan semalaman. Tambahan pula, dia berasa sangat letih kerana mengambil masa yang lama untuk memanjat pokok itu.

Setibanya dia di depan pintu istana, dia berasa lantai bergegar dengan hentakan tapak kaki yang kuat dan kedengaran satu suara bergema Fi, fai, fo, fam!.

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5

Pada pendapat kamu, suara siapakah itu? Apakah yang akan berlaku seterusnya? Kita akan sambung cerita ini dalam pelajaran yang akan datang!

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5

Jack berlari ke arah almari untuk menyembunyikan diri. Gergasi yang besar itu masuk ke dalam bilik. Selepas meminum sebaldi teh dan memakan sebuku roti yang besar, gergasi itu meletakkan seekor ayam dan sebuah harpa emas di atas meja.

Dapatkah kamu melihat Jack di dalam gambar?

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5

Bertelurlah!

Jerit

gergasi

kepada

ayam.

Maka

ayam

itu

mengeluarkan sebiji telur emas. Menyanyilah! Gergasi berkata kepada harpa pula. Harpa pun menyanyi sambil memainkan lagu yang sungguh merdu. Tidak lama kemudian, gergasi itu pun terlelap.

Bolehkah seekor ayam betina bertelurkan sebiji telur emas?

10

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5

Perlahan-lahan Jack keluar dari tempat persembunyiannya. Dengan pantas Jack menyambar ayam dan harpa itu. Akan tetapi harpa itu menjerit dengan sekuat hati. Tuan, selamatkan saya! Selamatkan saya!

Jeritan itu membuatkan gergasi terjaga dari tidurnya. Dia terus mengejar Jack. Jack berlari dengan pantas supaya tidak ditangkap oleh gergasi.

Mengapakah harpa itu menjerit meminta tolong?


11

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5

Jack mula menuruni pokok kekacang yang besar dan tinggi itu sambil membilang Dua puluh, sembilan belas, lapan belas, ....

Mari membilang mengikut tertib menurun daripada 20 hingga 1 untuk Jack.

12

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5

Gergasi itu turut mengikut Jack turun ke bawah. Akhirnya Jack sampai ke tanah. Dia terus memanggil ibunya sambil berkata Ibu, berikan saya sebilah kapak!.

Ibunya mencapai sebilah kapak lalu memberikannya kepada Jack. Jack mula menebang pokok kekacang itu dengan pantas agar gergasi itu tidak dapat menangkapnya.

Mengapakah gergasi itu mengejar Jack?

13

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 2.5

Kreek! Kreeek! Bup! Pokok kekacang itu tumbang bersama-sama gergasi. Gergasi itu mati dengan serta-merta.

Apabila terlihat ayam dan harpa tersebut, ibunya terkejut dan bertanya bagaimana Jack mendapatkannya. Jack menceritakan semua yang berlaku kepada ibunya. Setelah mendengar cerita anaknya, ibunya memberitahu Jack bahawa ayam dan harpa itu sebenarnya adalah milik ayah Jack yang telah dicuri oleh gergasi yang jahat itu suatu masa dahulu.

Dengan adanya ayam dan harpa ajaib itu, Jack dan ibunya tidak kelaparan lagi. Mereka hidup senang dan bahagia selama-lamanya.

Apakah yang dapat kamu pelajari daripada cerita ini?

14

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3.4 KAD NOMBOR BERSKALA

I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I

15

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3.4

2 2 2 2 2

2 2 2 2 2

2 2 2 2 2

2 2 2 2 2

2 2 2 2 2

16

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3.4

3 3 3 3 3

3 3 3 3 3

3 3 3 3 3

17

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3.4

4 4 4 4 4

4 4 4 4 4

18

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3.4

5 5 5 5 5

5 5 5 5 5

19

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3.4

6 6 6 6 6

20

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3.4

7 7 7 7 7

21

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3.4

8 8 8 8 8

22

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3.4

9 9 9 9 9

23

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3.4

I0 I0 I0 I0 I0

24

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 3.6 Selesaikan Masalah Ini!


Lukis gambar di sini.

Tulis ayat matematik di sini.

Lukis garis nombor di sini.

Lukis bahan-bahan lain di sini. 25

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.2 GAMBAR AKTIVITI DALAM SEHARI

26

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.2

27

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.2

28

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.2

29

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.2

30

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.2

31

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.2

32

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.4 Nama Kelas Tarikh : : :

33

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.4 Nama Kelas Tarikh : : :

34

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.4 Nama Kelas Tarikh : : :

35

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.4 Nama Kelas Tarikh : : :

36

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.4 Nama Kelas Tarikh : : :

37

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.5(a) MUKA JAM

I 7

2 8

3 I0

5 II

6 I2

38

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.5(b) PAPAN PERMAINAN PUKUL BERAPAKAH SEKARANG?

Maaf, kembali ke petak MULA.

TAMAT

Terus ke T petak TAMAT. Anda menang! Maju 2 langkah ke hadapan.

Undur 1 langkah ke belakang. Maaf, anda hilang giliran.

MULA

39

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 8.5(b) PERATURAN PERMAINAN

Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Dadu 2. Butang sebagai penanda untuk setiap pemain Peraturan permainan: 1. Tentukan giliran pemain. 2. Letakkan semua butang di kotak MULA. 3. Pemain 1 mencampakkan dadu dan bergerak mengikut bilangan bintik pada dadu. Dia perlu menyebut masa yang dipaparkan di kotak terakhir. 4. Jika jawapannya betul, Pemain 1 boleh berhenti di petak tersebut. Jika tidak, dia perlu undur ke petak sebelumnya. 5. Seterusnya Pemain 2 mengambil giliran. 6. Aturan yang sama diulang oleh pemain yang lain hingga selesai permainan. 7. Pemain yang paling awal tiba di petak TAMAT dikira sebagai pemenang. SELAMAT MENCUBA!

40

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9.1 REKA BENTUK OBJEK

41

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9.1

42

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9.1

43

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9.1

44

http://syazalina83.blogspot.com

UNIT 9.1

45

http://syazalina83.blogspot.com

Diterbitkan oleh: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4 - 8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya.

You might also like