You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN Penterjemahan merupakan aktiviti mentafsir sesuatu teks dan menerbitkan semula teks tersebut dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan tamadun dunia dan aktiviti untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Menurut Newmark (1981) penterjemahan merupakan satu kesenian yang mengandungi usaha untuk menggantikan mesej atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain. Nida & Taber (1969) telah mengemukakan model tentang proses menterjemah. Mengikut model tersebut, seseorang penterjemahan akan melalui tiga proses, iaitu: menganalisis teks bahasa sumber, memindahkan warta atau maklumat, dan menstruktur semula teks dalam bahasa penerima dan sasaran. Proses terjemahan tersebut digambarkan seperti dalam gambar rajah berikut: Teks Bahasa Sumber (Source Language) Terjemahan Bahasa Penerima (Receptor language translation)

Menganalisis

Menstruktur semula

Pemindahan Warta

Model proses penterjemahan (Nida & Taber, 1969:33)

Berdasarkan model proses penterjemahan di atas dalam buku Asas dan Kemahiran menterjemah, Norizah Ardi (2011:45), rajah diatas menunjukkan bahawa penterjemahan merupakan usaha menterjemah secara keseluruhannya. Aktiviti ini melibatkan penterjemah sebagai medium yang digunakan untuk menterjemah bahasa sumber ke dalam bahasa penerima. Hal ini adalah kerana, terjemahan merupakan sebahagian daripada penterjemahan yang merangkumi cara menterjemah dan hasil pemindahan teks dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain dan melibatkan persamaan bentuk dan mesej yang terkandung dalamnya. Oleh itu, perkara yang menjadi persoalan ialah cara atau kaedah yang digunakan untuk menterjemah sesuatu teks. Terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan oleh seorang penterjemah dalam proses menterjemah teks. Pertama ialah menganalisis teks. Penterjemah perlulah mengetahui dan memahami isi kandungan teks tersebut. Penterjemah juga perlu meneliti struktur permukaan teks. Bagi memudahkan untuk menganalisis teks, seseorang penterjemah perlulah membaca teks sekurang-kurangnya dua kali sehingga tamat. Jika ayat yang diterjemahkan itu terlalu panjang, maka ayat itu boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa unit ayat. Seterusnya, pemindahan warta merupakan proses yang kedua. Maklumat dan maksud yang diperoleh dalam proses analisis tadi dipindahkan ke dalam bahasa sasaran. Pada peringkat ini, penterjemah hendaklah bijak membuat penyesuaian dengan jenis teks yang hendak diterjemahkan itu. Proses yang seterusnya ialah menstruktur semula. Maklumat yang hendak disampaikan itu perlulah distruktur semula dalam bahasa sasaran. Penstrukturan semula bergantung kepada pelbagai gaya bahasa yang dianggap sesuai, ciri-ciri utama pada gaya bahasa dan kaedah yang dapat digunakan sesuai dengan konteks penggunaan bahasa yang dikehendaki.

Proses yang terakhir pula ialah menyemak teks terjemahan. Perkara yang perlu diambil perhatian ketika menyemak teks terjemahan, ialah maklumat yang disampaikan itu berketepatan dan jelas, aspek kebahasaan yang betul dan kesan teks asli itu sama dengan teks yang diterjemahkan.

2.0 PERBINCANGAN Bahan terjemahan selari yang dipilih dalam kertas kerja ini ialah satu rencana yang bertajuk Adat Resam Masyarakat Orang Asli. Dalam bahasa Inggeris tajuk bagi rencana tersebut ialah Orang Asli Community. Teks sumber adalah daripada bahasa Melayu dan teks dalam bahasa Inggeris ialah bahasa sasaran. Kertas Kerja ini akan menganalisis teks tersebut yang terdiri daripada teks bahasa

Melayu (bahasa asal) dan teks bahasa Inggeris (bahasa sasaran) berdasarkan aspek semantik, aspek budaya dan aspek istilah. 2.1 ASPEK SEMANTIK Setiap perkataan mempunyai banyak makna dalam semua bahasa. Makna sebenar dan tepat sesuatu perkataan itu perlu difahami oleh seseorang penterjemah apabila ingin menterjemahkannya ke dalam teks sasaran. Dalam proses ini, penterjemah perlu mencari satu persamaan ungkapan mengikut ungkapan bahasa sumber tersebut dalam dua perkara, pertama dari aspek makna, dan kedua dalam gaya atau jalan bahasa yang lazim. Menurut Zubaidah Ibrahim (2006), makna seringkali berubah-ubah kerana ia adalah sasaran interpretasi dan pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain. Jenis makna yang terdapat dalam teks yang bertajuk Orang Asli Community atau Adat Resam Masyarakat Orang Asli ialah makna denotasi, makna kolokasi, makna stilistik, dan makna tematik. Namun demikian, makna figuratif, makna konotasi, makna pantangan, makna afektif dan makna tekstual tidak dijumpai dalam teks yang dikaji ini.

2.1.1

Makna Denotasi

Menurut Norizah Ardi dan rakan-rakan (2011: 77), makna denotasi juga dikenali sebagai makna rujukan. Makna denotasi juga merujuk kepada makna sebenar, makna mutlak atau makna dasar sesuatu kata. Makna denotasi merupakan makna bagi perkataan yang ditanggap atau dibayangkan dalam minda penutur atau pendengar. Ada juga penterjemah yang mengatakan makna denotasi sebagai makna kamus iaitu makna yang terdapat dan tersenarai di dalam kamus. Makna denotasi yang terdapat dalam teks adalah seperti berikut: Bahasa Sumber: di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. ( muka surat 1, perenggan 1, baris 2) Bahasa Sasaran : ... in Peninsular Malaysia except in Perlis and Penang. ( page 1, paragraph 1, line 2) Kaedah: Kaedah Harfiah. Berdasarkan contoh satu (1) di atas, perkataan kecuali dalam bahasa Melayu diterjemahkan kepada makna yang mutlak iaitu membawa maksud except dalam bahasa Inggeris kerana ia diterjemahkan mengikut terjemahan kamus. Contoh yang digunakan ini juga menggunakan kaedah harfiah atau kaedah penggantian iaitu kaedah yang menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya. Perkataan dalam bahasa sumber iaitu except dapat digantikan dengan persamaannya dalam bahasa sasaran iaitu kecuali secara terus.

2.1.2

Makna Kolokasi

Makna kolokasi atau makna kolokatif ialah makna yang berbeza berdasarkan penggunaan sesuatu kata pada tempat atau kolokasi yang tertentu dengan perkataan yang lain. Menurut Indirawati Zahid (2003) kolokasi merujuk kepada hubungan sesuatu kata dengan kata lain dalam linkungan tertentu. Contoh makna kolokasi dapat dilihat contoh di bawah: Bahasa Sumber: tetamu sampai ketika tuan rumah Bahasa Sasaran: the guest happens to arrive Kaedah: Kaedah Persamaan (Equivalence) Dalam bahasa sumber iaitu sampai ketika telah diterjemahkan menjadi happens to arrive dalam bahasa sasaran kerana maknanya berbeza berdasarkan penggunaan perkataan yang telah diterjemah tetapi perkataan yang diterjemahkan dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris membawa maksud yang sama. Kaedah yang digunakan adalah kaedah persamaan iaitu menggunakan perkataan lain yang hampir sama untuk diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran. 2.1.3 Makna stilistik (muka surat 2, perenggan 2, baris 3) ( page 2, paragraph 1, line2 )

Makna stilistik merujuk kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial yang tertentu. Penggunaannya bertujuan untuk berlaku sopan atau menunjukkan kerendahan hati si penulis atau si penutur kepada pembaca atau pendengar. Gaya penulisan dan penyampaian yang mengutamakan kesopanan. Bahasa Sumber: amboi, comelnya bayi ini Bahasa Sasaran: the baby is so cute ( muka surat 2, perenggan 5, baris 3) (page 2, paragraph 4, line 2)

Kaedah: Kaedah Transposisi Dalam contoh di atas, amboi, comelnya bayi ini diterjemahkan menjadi the baby is so cute dalam bahasa sasaran kerana mengikut kesesuaian terjemahannya yang menunjukkan sifat yang sopan dalam situasi tersebut. Kaedah yang digunakan bagi menterjemah ayat di atas adalah kaedah transposisi iaitu kaedah terjemahan yang mengubah golongan kata atau menukar kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat teks asal. Contoh di atas dapat dilihat perubahan kedudukan ayat comelnya bayi ini apabila diterjemah kepada bahasa sasaran menjadi the baby is so cute. 2.1.4 Makna Tematik.

Makna tematik bermaksud cara pengguna bahasa itu menyusun mesejnya mengikut fokus atau tekanan dalam ujaran atau tulisannya. Misalnya, ayat aktif disampaikan secara berbeza daripada ayat pasif walaupun makna ayat tersebut adalah sama. Bahasa Sumber: syaitan yang dipercayai telah membunuh si mati (muka surat 3, perenggan 4, baris 3) Bahasa Sasaran: devils believed have killed the deceased (page 3, paragraph 3, line 3) Kaedah: Kaedah Harfiah. Dalam terjemahan di atas, penegasannya adalah pada pelaku iaitu syaitan yang dipercayai telah membunuh si mati. Manakala dalam bahasa sasaran yang menjadi penegasan pada devils believed have killed the deceased dalam bahasa sasaran. Penegasan ayat yang telah

diterjemahkan membawa makna ayat yang masih sama. Kaedah yang digunakan adalah kaedah harfiah iaitu kaedah yang menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya. Dalam bahasa sumber telah membunuh diterjemah secara terus dalam bahasa sasaran menjadi have killed. 2.2 ASPEK BUDAYA Budaya amat berkaitan dengan bahasa sesuatu bangsa. Bahasa secara umumnya dipercayai menjadi asas kepada lambang etnik dan penghubung kepada kepercayaan, adat, ritual dan tingkah laku yang terkandung dalam identiti budaya. Menurut Tylor (1981), budaya adalah sesuatu yang kompleks dan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kepercayaan, seni, undang-undang, moral, adat, dan sifat seseorang dalam komuniti sosial. Banyak aspek budaya yang boleh dikaji dalam sesuatu teks. Namun demikian, aspek budaya yang terdapat dalam teks kajian ini ialah unsur kepercayaan, unsur agama, unsur hubungan sosial dan unsur adat resam. 2.2.1 Unsur Kepercayaan

Kepercayaan merupakan elemen budaya yang penting bagi setiap bangsa dan membezakan antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain. Lim Lay Lin (2003), menyatakan penyesuaian makna unsur budaya yang terpenting ialah penyesuaian yang dibuat dari segi agama dan kepercayaan. Contoh unsur kepercayaan yang terdapat dalam teks selari yang dipilih ialah : Bahasa Sumber : Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Asli didapati mempunyai adat resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa-dewa, keramat, roh dan sebagainya.

Bahasa Sasaran : Orang Asli are traditionally animists and have their own customs and beliefs. They believe in the presence of gods and spirits. Berdasarkan contoh teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa-dewa, keramat, roh dan sebagainya. Tetapi dalam masyarakat barat sistem kepercayaan mereka terdapat peranan dewa-dewa dan roh namun tidak terdapat sistem kepercayaan keramat sebagaimana yang terdapat dalam masyarakat orang Asli. Oleh yang demikian, bagi menterjemah perkataan peranan dewa-dewa, keramat dan roh dalam teks bahasa Inggeris, penterjemah telah menggunakan kaedah persamaan terdekat iaitu dengan memberi padanan presence of gods and spirits iaitu kewujudan tuhan-tuhan dan semangat secara penyesuaian budaya. Kaedah persamaan terdekat ini digunakan kerana unsur-unsur budaya dalam bahasa sumber itu tidak ada dalam bahasa sasaran tetapi mempunyai makna yang hampir sama dengan makna perkataan yang dipilih. 2.2.2 Unsur Agama

Agama merupakan elemen budaya yang penting bagi setiap bangsa dan membezakan antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain. Lim Lay Lin (2003), menyatakan penyesuaian makna unsur budaya yang terpenting ialah penyesuaian yang dibuat dari segi agama dan kepercayaan. Contoh unsur agama yang terdapat dalam teks selari yang dipilih ialah seperti di bawah : Bahasa Sumber: Dari aspek organisasi dan struktur sosial, masyarakat ini masih mengekalkan dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil batin yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta menjadi penghubung kepada masyarakat luar.
9

Bahasa Sasaran: From the social structural and organization aspects, the Orang Asli community still preserves the importance of co-operation in their daily life. The batin (Chieftain) is responsible to look after and safeguard the well-being of his tribesmen. Berdasarkan contoh teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli mereka dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil oleh batin namun dalam budaya masyarakat barat, tidak terdapat istilah batin sebaliknya adalah chieftain iaitu penghulu dalam aspek organisasi dan struktur sosial mereka. Oleh yang demikian, dalam teks selari tersebut penterjemah telah melakukan kaedah pinjaman secara terus tanpa melakukan sebarang perubahan termasuk ejaan dalam teks tersebut iaitu batin kerana unsur-unsur budaya iaitu batin dalam bahasa sumber itu tidak ada atau tidak wujud dalam bahasa sasaran. Kaedah pinjaman secara terus ini adalah paling mudah dan merupakan terjemahan terus dan terjemahan langsung bagi memberi padanan perkataan batin. Manakala berikut merupakan contoh kedua bagi unsur agama yang terdapat dalam teks selari. Contohnya ialah : Bahasa Sumber : Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara agama (shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran kepercayaan mereka. Bahasa Sasaran : Orang Asli also believe in religious intermediaries (shaman) or the bomoh whose role is to conduct rituals. Berdasarkan contoh yang terdapat dalam teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli mereka berpegang kepada pengantara agama (shaman) atau bomoh namun dalam masyarakat barat tidak terdapat istilah bomoh tetapi istilah shaman iaitu bermaksud pawang. Oleh yang
10

demikian, dalam teks selari tersebut penterjemah telah melakukan kaedah pinjaman terus tanpa melakukan perubahan termasuk ejaan kerana unsur-unsur budaya iaitu perkataan bomoh dalam bahasa sumber tidak ada atau wujud dalam bahasa sasaran. 2.2.3 Unsur Hubungan Sosial

Hubungan sosial merupakan aspek elemen budaya. Dalam sesetengah budaya, masyarakatnya hidup dalam keluarga yang besar. Dalam keluarga yang besar ini mereka perlu menamakan setiap ahli keluarga tersebut. Sebagai contoh yang terdapat dalam teks selari yang dipilih ialah : Bahasa Sumber: Sekiranya anak sulung tuan rumah itu bernama Alang maka panggilan bolehlah dibuat seperti .. Bapak Si Alang ada di rumahkah?. Bahasa Sasaran: For example, if the name of the eldest child is Alang, then the guests will ask : Is Alangs father at home? Berdasarkan contoh dalam teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli wujudnya gelaran yang berbeza bagi setiap ahli keluarga mengikut hierarki keluarga, maka adanya gelaran Alang iaitu merupakan gelaran untuk merujuk kepada anak sulung. Gelaran ini jelas dan khusus namun konsep ini tidak terdapat dalam masyarakat barat. Maka didapati padanan yang hampir sama untuk gelaran tersebut, yang ada dalam bahasa sasaran ialah eldest child. Perkataan eldest child adalah bersifat lebih umum, berbanding dengan gelaran dalam bahasa sumber tersebut yang lebih khusus mengikut hierarki dalam keluarga. Oleh yang demikian, contoh dalam teks selari di atas tersebut, penterjemah telah menggunakan kaedah pinjam terus atau pinjam langsung bagi menterjemah perkataan Alang dari bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran.

11

2.2.4

Unsur Adat Resam

Adat resam dan cara hidup amat berbeza antara masyarakat orang Asli dengan masyarakat barat. Misalnya masyarakat orang asli dalam hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan amatlah berbeza dengan masyarakat barat. Sebagai contoh yang terdapat dalam teks selari yang dipilih ialah : Bahasa Sumber : Adat istiadat nikah kahwin berbeza antara satu suku kaum dengan suku kaum yang lain. Bahasa Sasaran : The wedding ceremony (nikah) differs from tribe to tribe. Berdasarkan contoh di atas, perkataan bagi adat istiadat nikah kahwin dari bahasa sumber telah diterjemahkan sebagai the wedding ceremony (nikah) dalam bahasa sasaran. Perkataan the wedding ceremony (nikah) ialah bermaksud persandingan besar-besaran dalam bahasa sasaran yang diadaptasikan berdasarkan daripada bahasa sumber yang merujuk kepada adat istiadat nikah kahwin. Namun adat istiadat nikah kahwin daripada bahasa sumber telah diterjemahkan sebagai the wedding ceremony (nikah) kerana tidak terdapat istilah akad nikah dalam bahasa sasaran iaitu dalam budaya masyarakat barat. Oleh yang demikian, the wedding ceremony (nikah) merupakan kaedah persamaan terdekat untuk menyampaikan maksud bahasa sumber kerana unsur-unsur budaya dalam bahasa sumber tidak terdapat dalam bahasa sasaran tetapi mempunyai makna yang hampir sama iaitu bagi makna adat istiadat akad nikah dalam bahasa sumber.

12

2.3 ASPEK ISTILAH Peristilahan merupakan usaha mencipta atau menggubal kata baru, terutamanya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan khusus dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Istilah boleh dibentuk melalui proses pinjam terjemah atau melalui istilah pinjaman. Menurut Sulaiman Masri (1993), istilah ialah suatu lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas yang gramatis dan sistematis, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu, dan bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Setelah dianalisis rencana Adat Resam Masyarakat Orang Asli atau Orang Asli Community, Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menterjemah unsur istilah iaitu Kaedah Penggantian, dan Kaedah Pinjaman Langsung atau Terus. 2.3.1 Kaedah Penggantian

Kaedah Penggantian merupakan kaedah yang dilakukan dengan cara memberi padanan dengan istilah yang sedia ada dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris. Sebagai contohnya: Bahasa sumber: Kadang kala, masa-masa seperti ini juga digunakan untuk menuntut ilmu jampi serapah. (muka surat 2 perenggan 3 baris 3) Bahasa sasaran: Some visits are for the purpose of learning curse spells. (muka surat 2 perenggan 3 baris 2) Dalam contoh petikan di atas, ilmu jampi serapah dalam bahasa sumber iaitu bahasa Melayu menjadi curse spells dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris. Ini kerana konsep yang didokong oleh istilah bahasa Melayu memang tersedia ada dalam bahasa Inggeris.
13

2.3.2

Kaedah Pinjaman Langsung atau Terus

Kaedah yang kedua ialah Kaedah Pinjaman Langsung atau Terus iaitu kaedah yang dilakukan dengan cara meminjam sepenuhnya perkataan tersebut. Misalnya: Bahasa sumber: Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara agama (shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukkan aspek ritual dan penyaluran kepercayaan mereka. (muka surat 1 perenggan 3 baris 7) Bahasa sasaran: Orang Asli also believe in religious intermediaries (shaman) or the bomoh whose role is to conduct rituals. (muka surat 1 perenggan 3 baris 6) Berdasarkan contoh petikan di atas, perkataan bomoh dalam bahasa sumber dikekalkan sebagai the bomoh dalam bahasa sasaran kerana perkataan atau konsep bomoh merupakan satu konsep yang baru, dan tidak ada dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris.

14

3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, analisis terhadap teks tersebut berdasarkan aspek makna, aspek budaya dan aspek istilah dapat dikenal pasti dalam kajian ini. Ketiga-tiga aspek tersebut terdapat dalam teks yang dikaji tersebut yang terdiri daripada bahasa sumber (bahasa Melayu) dan bahasa sasaran (bahasa Inggeris). Dari aspek semantik terdapatnya makna denotasi, kolokasi, stalistik, dan tematik. Namun demikian, makna figuratif, makna konotasi, makna afektif, makna pantangan dan makna tekstual tidak dijumpai di dalam teks terjemahan yang dikaji. Dapat dilihat juga, kaedah menterjemah bagi aspek semantik ini memperlihatkan kaedah harfiah banyak digunakan di dalam teks yang dikaji ini. Jenis makna yang menggunakan kaedah harfiah ini, ialah makna denotasi dan makna tematik. Seterusnya, aspek budaya pula wujudnya unsur budaya dari unsur kepercayaan, agama, hubungan sosial dan adat resam. Unsur kepercayaan dan adat resam yang terdapat dalam teks ini telah menggunakan kaedah persamaan terdekat untuk menterjemah bahasa sumber ke bahasa sasaran. Manakala unsur agama dan hubungan sosial pula menggunakan kaedah pinjaman terus. Selain itu, aspek istilah pula menunjukkan hanya terdapat dua kaedah yang digunakan dalam menterjemah istilah, iaitu kaedah penggantian dan kaedah pinjaman langsung atau terus.

15

RUJUKAN Adat Resam Masyarakat Orang Asli. 2010, Nov 6. Dicapai pada 10 Jun, 2012, daripada http://www.jkkn.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=160%3A masyarakat-orang-asli&catid=66%3Aadat-resam&Itemid=105&lang=bm. Indirawati Zahid. (2003). Semantik Leksikal: Penjenisan dan Hubungan Makna. Jurnal Dewan Bahasa, 8 (3), 29-35. Lim Lay Lin. (2003). Penyesuaian Makna: Kajian Kes Penterjemahan Beberapa Buah Cerita Kanak-Kanak. Dewan Bahasa, 5(3), 11-15. Newmark, P. (1981). Approaches to Translation. Oxford: Pegamon. Nida, E. A and Taber, C. (1969). The Theory and Practice of Translation. Netherlands: EJ. Brill. Norizah Ardi, Midiyana Mohamad, Rozaimah Rashidin dan Zuraidah Jantan. (2011). Asas dan Kemahiran Menterjemah. Selangor : August Publishing Sdn. Bhd. Sulaiman Masri. (1993). Teori dan Kerja Peristilahan. Dlm. Ke Arah pembentukan Istilah Yang Sempurna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zubaidah Ibrahim, Abdul rahim Mat Yassim dan Supramani Shoniah. (2006). Kajian Bahasa dan Terjemahan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

16

You might also like