You are on page 1of 13

ECLAMPSIA

PENGENALAN

Eklampsia merupakan satu keadaan sawan akut yang terjadi pada ibu hamil yang boleh membawa kematian. Keselaluannya, eklampsia ini sering dikaitkan dengan komplikasi teruk yang disebabkan oleh pre-eklampsia. Walaubagaimanapun tidak semua kes eklampsia diikuti oleh pre-eklampsia dimana keadaan sawan boleh terjadi terus dengan hanya satu atau dua sahaja tanda-tanda pre-eklampsia.

Walaupun eklampsia merupakan satu keadaan yang boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti Low Birth Weight (LBW), kelahiran bayi pra-matang, dan juga boleh menyebabkan kematian pada ibu dan bayi, ianya amat jarang berlaku. Eklampsia berlaku kira-kira 5 dalam 10,000 pada wanita yang hamil.

Eklampsia selalunya berlaku pada wanita yang kurang dari 18 tahun dan mereka yang melebihi umur 35 tahun. Walaubagaimanapun, eklampsia juga berisiko terjadi pada wanita yang pertama kali kehamilan (primavida).

Page [ 1 ]

DEFINISI ECLAMPSIA

Sawan (konvulsi) yang terjadi pada ibu hamil di mana tiada kaitan langsung dengan keabnormalan otak atau keadaan lain. Ianya disebabkan oleh keadaan hipertensi yang timbul selepas 20 minggu kehamilan (hepertensi gestasional). Eklamsia boleh berlaku pada awal kehamilan, labour, atau dalam tempoh postpartum.
(Obstetrics: Normal and Problem Pregnancies. S. Gabbe, J. Niebyl, JL. Simpson. Fifth Edition.)

Sawan atau koma pada ibu hamil yang boleh mengancam nyawa yang disebabkan oleh hipertensi selepas 20 minggu kehamilan (Pregnancy-Induced Hypertension) dan komplikasi pre-eklamsia yang teruk.
(Manuaba I.B.G. 2007.)

Keadaan sawan yang akut pada ibu hamil yang kebiasaannya disebabkan komplikasi pre-eklampsia. Sawan akan berlaku selepas 20 minggu kehamilan, sewaktu bersalin (labour), atau selepas 48 jam selepas bersalin.
(Managing Eclampsia, Midwifery Education Modules Second Edition, World Health Organization, 2008.)

Merupakan komplikasi akut yang boleh menyebabkan kematian, dicirikan oleh sawan tonik klonik yang pada kebiasaannya berlaku selepas mendapat preeklampsia. Eklampsia termasuk sawan serta koma yang berlaku semasa kehamilan di mana tiada kaitan dengan gangguan otak organik.
(Wikipedia.org, Wikipedia, the free encyclopedia.)

Page [ 2 ]

ETIOLOGI

Penyebab eklampsia secara pasti belum diketahui. Teori yang banyak dikemukakan ialah disebabkan oleh iskemia plasenta atau kurang sirkulasi oksigen ke pasenta. Faktor pradispos yang lain ialah : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Primigravida Kehamilan berganda (kembar) Obesiti Umur kurang18 tahun atau melebihi 35 tahun Diabetes mellitus Hipertensi kronik Penyakit renal

Gambarajah 1 : Kriteria diagnostik pre-eclampsia dan eclampsia

Page [ 3 ]

PATOFISIOLOGI

Vasospasm menyebabkan tekanan darah meningkat.

Pengurangan pengaliran darah ke uterus dan plasenta. -plasenta akan mengalami endhotelin, thromboxane dan protacycline.

Glomerular filtration rate (GFR) menurun -menyebabkan proteinurea

Perubahan CNS -serebral edema, pening, sakit kepala, gangguan penglihatan, sawan

Gangguan Hepatik -pembesaran hepar, peningkatan enzim hepar, kesakitan epigastrik


Page [ 4 ]

MANIFESTASI KLINIKAL Tanda dan gejala i. ii. Sawan atau koma Tekanan darah tinggi Diastolik BP (DBP) 110mmHg (160/110mmHg) iii. iv. proteinurea Sakit kepala > +2g/24 jam Frontal, throbbing, atau mirip Penerangan

dengan migrain. v. Ganguan penglihatan Cerebral edema vi. vii. viii. ix. Sakit bahagian epigastrik Oliguria Hyper-reflexia Edema pulmonari Disebabkan iritasi serebral Hepar bengkak dan inflammasi vasospasm, retinal

Kebiasaannya pesakit akan menunjukkan tanda-tanda tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan (Pregnancy-Induced Hipertency) sebelum

bermulanya ciri eklampsia iaitu eclamptic convulsion. Tanda-tanda serebral lain boleh terjadi dahulu sebelum berlakunya sawan (konvulsi) seperti loya, muntah, sakit kepala, dan kebutaan kortikal. Selain itu, gejala yang melibatkan organ-organ juga boleh terjadi termasuk sakit perut, kegagalan hati, tanda-tanda sindrom HELLP, edema pulmonary, dan oliguria. Fetus di dalam kandungan mungkin akan mengalami terencat pertumbuhan (Intrauterine Growth Restriction) yang berlaku akibat daripada perubahan toxemic semasa kandungan.

Page [ 5 ]

Sawan Eklamptik ( eclamptic convulsion)

Menurut Chesley LC. di dalam bukunya iaitu Hypertensive Disorders in Pregnancy, in Williams Obstetrics, 14th Edition, sawan eklamptik boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu peringkat Premonitary, tonik, klonik, dan koma. Terjadi selama 10-20 saat. Eye rolling. Otot muka dan tangan kejang. 2. Peringkat Tonik Terjadi selama 30 saat. Otot-otot spasm dengan teruk. Jari dalam keadaan genggam manakala tangan dan kaki rigid. Diagfram spasm menyebabkan sianosis. Badan melengkung, gigi terkancing, dan mata terbonjol keluar (bulging). 3. Peringkat Klonik Terjadi selama 1-2 minit. Berlaku kontraksi dan relaksasi otot yang cepat. Air liur meningkat menyebabkan berbuih di mulut. Pernafasan dalam. Muka bengkak ( dipenuhi darah). 4. Peringkat Koma Tidak sedarkan diri dalam beberapa minit atau jam. Sianosis hilang tetapi muka masih bengkak. Sawan seterusnya boleh berlaku.

1. Peringkat Premonitory

Gambarajah 2 : sawan eklamptik


Page [ 6 ]

Gambarajah 3 : Tanda dan Gejala eclampsia.

Page [ 7 ]

INVESTIGASI

Bagi perempuan hamil yang berisiko tinggi mendapat eclampsia. i. ii. iii. Hemoglobin level Haematocrit Platelet count Full Blood Count Hemoglobin > 13g/dL (normal 10.6-12.8g/dL) Haematocrit > 0.4% (normal 0.31-0.38%) Platelet count < 100,000/L (normal 100,000-400,000/L) *kegagalan pembekuan darah boleh menyebabkan postpartum haemorrhage dan menyebabkan kematian pada ibu. iv. v. vi. Urine protein collection (12 atau 24 jam) Serum creatinine level Serum uric acid level Lain-lain ujian yang boleh dilakukan ; i. ii. Blood Film untuk pengecualian malaria. Renal Function Tests (plasma electrolytes, blood urea, creatinine and uric acid) Full Blood Count (FBC)

Page [ 8 ]

PENGURUSAN

Penjagaan kejururawatan i. ii. Masukkan pesakit ke dalam wad. Rehatkan pesakit untuk mengurangkan tekanan darah dan edema serta pastikan bilik sentiasa dalam keadaan sunyi. iii. iv. v. vi. Ambil dan monitor tanda-tanda vital pesakit BP, nadi, pernafasan, suhu Monitor keadaan pesakit dari segi sawan, tanda hendak bersalin. Pasang CBD dan pantau keluaran urin - catat carta I/O Sediakan / pastikan set intubation, suction dan oksigen dalam keadaan elok dan sedia digunakan jika berlaku kecemasan pada pesakit. vii. viii. ix. x. Ubah posisi pesakit setiap 2 jam untuk mencegah hypostatic pneumonia. Penjagaan oral Pengambilan diet normal kurang garam, rendah lemak Pendidikan kesihatan Lebihkan berehat Kenalpasti tanda eklamsia teruk dan beritahu doktor atau jururawat dengan segera. Lakukan pemeriksaan kehamilan secara teratur supaya dapat memantau keadaan ibu dan kandungan.

Page [ 9 ]

Rawatan ubat-ubatan i. Mengawal sawan Ubat pilihan ialah Magnesium Sulphate. Beri 4g 20% secara IV secara perlahan selama 5 minit. (tidak boleh diberi secara bolus) 10g 50% solution Magnesium Sulphate, 5g pada kedua-dua belah otot gluteal (deep IM inj.) + 1ml 2% lignocaine. atau; Diazepam 10mg secara IV perlahan-lahan selama 2 minit. Jika sawan berulang, ulang pemberian dos yang sama. ii. Mengawal tekanan darah Ubat anti hipertensif diberi jika tekanan DBP 110mmHg Hydralazine 5mg secara IV perlahan-lahan setiap 5 minit sehingga DBP turun (90-100 mmHg). atau; Hydralazine 12.5mg secara IM setiap 2 jam. atau; Labetolol 10mg secara IV. Gandakan dos setiap 10 minit kepada 20mg, 40mg, 80mg sehingga BP turun.

Pengurusan kelahiran (deliver) i. ii. Stabilkan keadaan ibu. Buat keputusan samada untuk kelahiran normal (Spontaneous Vagina Delivery) atau melalui pembedahan (caesarean) walaupun kandungan masih belum matang kerana sawan eklamptik boleh membahayakan ibu dan bayi. Indikasi caesarean; Unfavourable servik (tebal, firm, tertutup) Degupan jantung fetus abnormal (kurang 100/min atau lebih 180/min) Spontaneous Vagina Delivery tidak berlaku dalam tempoh 12 jam. Kontraindikasi casarean; iii. Fetus dalam kandungan tidak matang untuk hidup. Kematian fetus dalam kandungan.

Monitor tekanan darah, purata tekanan arteri (Mean Arterial Pressure), kadar degupan jantung (Heart Rate).

iv.

Teruskan pemberian magnesium sulphate untuk 24 jam berikutnya bermula pada waktu bersalin atau kali terakhir serangan sawan.
Page [ 10 ]

Gambarajah 4 : Pengurusan Pre-eklampsia dan eklampsia.

Page [ 11 ]

KOMPLIKASI

i. ii.

Kegagalan renal Sindrom HELLP Microangiopathic thrombocytopenia hemolysis, peningkatan enzim hepar, dan

iii.

Intrauterine Growth Restriction (IUGR) kegagalan fetus membesar, menyebabkan bayi yang lahir mempunyai berat badan yang kurang berbanding usia kehamilan.

Page [ 12 ]

RUJUKAN
BUKU Chesley LC. Hypertensive Disorders in Pregnancy, in Williams Obstetrics, 14th Edition. Appleton Century Crofts, New York. S. Gabbe, J. Niebyl, JL. Simpson. (2004). Obstetrics: Normal and Problem Pregnancies. Fifth Edition. Elsevier Saunders. Managing Eclampsia, Midwifery Education Modules Second Edition. World Health Organization, 2008. Parveen Kumar, Michael Clark. (2005). Pocket Essentials of Obstetrics and Gynaecology. Elsevier Saunders. Cunningham F. G. (2005). Hypertensive Disorders In Pregnancy 22nd Edition. New York :Medical Publishing Division.

LAMAN WEB http://en.wikipedia.org/wiki/Eclampsia http://www.emedicinehealth.com/eclampsia/article_em.htm http://emedicine.medscape.com/article/253960-overview http://anakkusayang.com/blog/kesihatan/masalah-kehamilan-danpenyelesaian-eklampsia http://www.news-medical.net/health/Eclampsia-Symptoms%28Indonesian%29.aspx

Page [ 13 ]

You might also like