You are on page 1of 2

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif

lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hadirin sekalian, Sebelum saya meneruskan pidato saya, izinkan saya mendefinisikan tajuk saya pada hari ini.Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Disiplin membawa maksud kepatuhan kepada peraturan. Asas pula ialah tapak. Dasar merupakan satu permulaan. Manakala kecermelangan merupakan satu kegemilangan diri seseorang. Jadi, kepatuhan kepada peraturan merupakan tapak permulaan kepada kegemilangan diri seseorang. Tanpa membuang masa, saya akan rungkaikan beberapa misteri kecemerlangan dan kegemilangan diri yang sememangnya cukup mudah dikecapi, jika ianya dipraktikkan dalam kehidupan. Hadirin sekalian, Faktor kecermelangan pertama ialah disiplin dalam aspek kesihatan. Kesihatan dapat dijaga apabila pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan perasa, bahan pengawet dan berkarbonat mestilah dihindari bagi memastikan saraf otak berjalan lancar kerana bahan seperti inilah yang melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar untuk menghafal sesuatu. Makanan seperti ini juga boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti berlaku. Jika terjadi sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk dijalankan. Oleh itu, sewajarnya kepada sesiapa yang mencari-cari kecemerlangan diri dan kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga pemakanan anda, Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Faktor seterusnya yang pula adalah dari aspek mematuhi peraturan iaitu patuh kepada arahan. Jalan raya trafik, rumah ibu bapa, sekolah guru, atau dimana sahaja kita berada pasti ada arahan dan peraturan tersendirinya. Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada arahan gurunya. Anak yang soleh, meupakan anak yang mendengar arahan ibu bapanya. Dan pengguna jalan raya yang berhemat adalah pengguna yang akur dengan arahan dan peraturan jalan rayanya. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang cemerlang ialah individu yang akur dengan arahan. Sidang dewan yang saya hormati sekalian, Faktor terakhir yang ingin saya tegaskan pada hari ini adalah factor yang paling penting berkisarkan aspek dalaman individu itu sendiri. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kecermelangan terletak pada individu, semangat juang untuk berjaya, untuk cemerlang semestinya ditanam dalam diri masing-masing. Lihatlah dunia, mana- mana pemimpin yang berdisiplin, yang bersungguh-sungguh, yang punyai wawasan dan cita-cita tinggi pasti disanjung masyarakat. Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnyanya. Siapa yang bersungguhsungguh dia akan dapat kejayaannya. Hadirin sekalian, Resepi kejayaan telah saya suapkan, keluarkan sedikit tenaga kunyah dan telan akan meresap ke dalam diri Akhir kata, saya mahu tegaskan sekali lagi, disiplin yang jitu dalam diri seseorang, mampu membawanya ke gerbang kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian wabillahitaufik walhidayah WASSALAM

You might also like