You are on page 1of 42

LENCANA KEAHLIAN

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seorang kanak-kanak akan diuji dalam perkaraperkara yang berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti maknamakna tiap-tiap satunya:

Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap


Persetian pengakap
"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: taat kepada agama, raja dan negara, menolong orang pada setiap masa dan menurut undang-undang pengakap."

Undang-Undang Pengakap
Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin-peinimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang orang dibawahnya. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi

Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketuapatrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masakesusahan. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya

Prinsip Rukunegara
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:


Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;


Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap

Seorang pengakap memberi tabik dan hormat dengan tangan kanannya. Tiga jari yang digunakan dalam hormat mengingatkan ketiga-tiga bahagian Persetiaan Pengakap seperti berikut: 1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. 2. Menolong orang pada setiap masa 3. Menurut Undang-undang Pengakap.

Salam Pengakap adalah tanda persaudaraan dan kepercayaan serta hormat kepada saudara-saudara lain. Salam Pengakap dilakukan dengan berjabat salam dengan tangan kanan. Bagi Pengakap luar Negara salam Pengakap dilakukan dengan menggunakan tangan kiri. COGANKATA PENGAKAP KANAKKANAK -- BUAT HABIS BAIK

Setelah lulus lencana keahlian, ahli pengakap kanak-kanak wajib mendapat salah satu dari lencana wajib.

Lencana Ahli Penungggang Basikal


Ahli PKK yang ingin mendapatkan lencana penunggang basikal, ahli tersebut haruslah lulus ujian menunggang basikal dengan betul.

Lencana Ahli Renang


Ahli PKK yang ingin mendapatkan lencana penunggang basikal, ahli tersebut haruslah lulus ujian menunggang basikal dengan betul.

Kedua-dua lencana wajib ini boleh dianggap sebagai lambang asas keselamatan PKK. Lencana ini dipakai di bahagian atas sebelah kanan baju pengakap.

Anugerah Rambu Pengakap Kanan-Kanak


Demi melayakkan diri untuk mendapatkan anugerah ini, seorang pengakap mestilah memegang lencana jaya selama 3 bulan dan menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi.

Pesuruhjaya daerah ataupun penolongnya akan memberikan anugerah tersebut kepada sesiapa yang layak. Anugerah ini merupakan anugerah yang tertinggi di dalam pengakap muda sebelum pergi kepada pengakap raja. Wisel akan dipasangkan pada rambu sekiranya penerimanya merupakan ketua patrol ataupun penolong ketua patrol.

PERMAINAN PENGAKAP
DISEDIAKAN OLEH: ALFRED TEOH ESTHER TEU JOEN SAIMIN MOHD. SAFWANDI BIN SUAIDI PUVANESHWARAN MOHINDRAN TAN MEI LING

Tujuan Permainan
Menarik minat kanak-kanak Menghilangkan rasa malu Mencungkil bakat Menyemai semangat kerjasama, berpasukan, kesukanan Melatih kanak-kanak tidak mementingkan diri sendiri Melatih kanak-kanak mematuhi peraturan Melatih kanak-kanak supaya berdisiplin Membina kesihatan Melatih perkembangan mental

Faedah-faedah Permainan
1. Nilai Rohani dan Sosial
Kecergasan otak Menyemai semangat kekitaan Meningkatkan kemahiran asas Keseronokan Kepimpinan dan taat kepada ketua Mematuhi peraturan Bijak menguruskan masa Bekerjasama Semangat kesukaan Berdisiplin

2. Nilai Jasmani
Ketangkasan Kekuatan otot Kesihatan tubuh badan Kelembutan badan Ketahanan fizikal Kemahiran asas seperti berlari, melompat dan mengimbangkan badan

Kepentingan Bermain
1. Nilai Psikomotor Bermain secara aktif secara langsung dapat membentuk dan mengembangkan otot-otot kanak-kanak dengan sempurna dan kuat. Perlu bagi keseimbangan perkembangan fizikal seseorang kanakkanak. Persediaan awal yang perlu dilakukan bagi perkembangan otot-otot di peringkat dewasa.

2. Nilai Pendidikan Pada peringkat bayi mempelajari sifat-sifat objek seperti warna, bentuk, saiz dan rasa sentuhan melalui bermain. Lebih matang mempelajari tentang dirinya, orang lain dan perhubungan dengan orang lain.

Cara / Kaedah mengenal diri, orang lain dan perhubungan sesama manusia melalui permainan. Diberi peluang memegang peranan dan tanggungjawab tertentu. Berusaha memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk mencapai kepuasan bagi dirinya.

Peralatan dan Kaedah Pelaksanaan

`Baloo di mana kamu


Alatan: surat khabar dan skaf 1. Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung. 2. Pengakap membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang dipilih; seorang dipanggilBaloo (beruang) dan seorang lagi bergelar Mowgli. 3. Mowgli diberikan surat khabar yang bergulung untuk dijadikan sebagai pemukul dan matanya ditutup dengan skaf. 4. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa pengetahuan Mowgli. 5. Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya Baloo, di mana kamu? dan boleh memukul dengan gulungan surat 6. khabar itu sebanyak 3 kali sahaja. Baloo hanya menjawab di sini setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli. 7. Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi

Kiri kanan
Alatan:Topi dan skaf 1. PengakapPengakap berdiri dalam bulatan (atau duduk) dengan rapat. 2. Bila terdengar arahanKiri, mereka akan merebut topi/skaf pengakap yang duduk/berdiri disebelah kiri mereka. 3. Kiri - Kanan boleh digantikan dengan perkataan lain seperti Kiri Perak; Kanan Perlis dan perkataan perkataan boleh ditambah untuk meng elirukan Pengakap yang mengambil bahagian.

Lakonan Bisu
Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerakerja yang perludilakukan oleh Pengakap) 1. Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas. 2. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan patrolnya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan.

Permainan Kim- Deria Lihat


Alatan: pensil, paku, pemadam, duit syiling, pin, mancis, pen, kertas, batu, pisau dll. (sediakan lebih kurang 30 jenis) 1. Letakkan objek-objek tersebut di atas meja dan tutup dengan kain atau kertas surat khabar. 2. Setiap patrol diberi masa 3 minit untuk memerhati objekobjek yang diberi(masa boleh disesuaikan) dan bila sa mpai masa, patrol itu perlu berbincang dan Ketua Patrol perlu menyenaraikan objek yang dilihat. 3. Cara lain ialah dengan mengikat 10 jenis objek di tali dan disimpankan ke dalam kotak/karung. Bila Pengakap sudah bersedia, mereka dinasihatkan supaya tidak bercakap. 4. Keluarkan tali itu perlahan-lahan (pastikan Pengakap itu tidak berbincang/bercakap di antara mereka). 5. Selepas 1 atau 2 minit, tali itu dimasukkan semula ke dalam kotak dan Pengakap itu bolehlah berbincang dan menyenaraikan nama objek-objek yang dilihat mengikut susunan yang betul.

Alatan:pensil, pen, pemadam, lencana, pa ku, skrew, batu kecil, botol, duit syiling, kotal mancis, penutup botol, tali pendik, getah bulat dll. 1. objek tersebut dimasukkan ke dalam kar ung/beg/kotak dan setiap Pengakap diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek tersebut tanpa melihatnya. 2. Setelah semua pengakap dalam patrol tersebut menyentuhnya,mereka dikehe ndaki berbincang dan ketua menulis se narai nama objek-objek tersebut.

Permainan Kim-Deria Sentuh/raba

Permainan Kim-Deria Dengar


Alatan: Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu patah, membuka penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncangdan lain-lain.) Jika tidak menggunakan pita rakaman, Pengakap bolehmembuat bunyi-bunyian yang dibuat di luar bilik. 1. Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh Pengakap. 2. Selepas semua bunyi itu dimainkan, mereka boleh berbincang dan menyenaraikan bunyibunyian yang telah didengarinya tadi.

Permainan Kim -Deria Hidu


Alatan:Minyak wangi, minyak angin, hal ia, cuka, kopi, bawang, ubat gigi,miny ak rambut dan sebagainya. 1. Pengakap dikehendaki menutup matanya dengan skaf dan menghidu objek-objek itu bergilir-gilir. 2. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menulis jawapannya

Permainan Kim - Deria Rasa


Alatan:Kunyit, garam, gula, lada, bunga cengkih, cili dsb. 1. Pengakap dikehendaki merasa dengan lidah bahan-bahan/serbuk yang disediakanitu bergilir-gilir. 2. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menuliskan jawapannya.

Harta Karun
Alatan:Peta lakaran, peta topo, arahan/tugasan, kompas, objek seperti kacang,gula-gula (sebagai `Harta Karun). Satu peta kasar (dengan bertanda X) yang menunjukkan tempat sesuatu objek disembunyikan diletakkan di satu tempat, misalnya: di kawaasan padang. Pada peta itu, boleh disertakan arahan lain untuk dijalankan oleh Pengakap itu. Bereng kompas boleh diberi untuk panduan Pengaka p mencari arah lain sehingga terjumpanya `Harta Karun itu.

Jenis permainan
Permainan Botol Permainan Ibu Ayam Permainan Komando Lawan Komunis Permainan Lembu kena kepung

Permainan Ibu Ayam


1 peserta helang dan peserta lain menjadi ibu ayam. - peserta dibahagi kepada kumpulan.S etiap kumpulan memilih nama seekor burung. - ibu ayam akan melaung nama sesuatu kumpulan bergilir-gilir apabila anak burung berlari ke arah ibu ayam. Helang cuba menangkap.

Permainan Lembu kena kepung


ahli kumpulan memegang tangan dan membuat bulatan. - seorang peserta = lembu dan berdiri di tengah bulatan. - lembu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan peserta yang membuat bulatan cuba menahan lembu keluar dari bulatan. - jika lembu dapat keluar dari kepung,tukar dengan paserta lain sebagai lembu.

Komando Vs Komunis
Pengakap dibahagikan kepada 2 kumpulan = 1 Komando, 1 Komunis. Nyawa = skaf diikat di kepala. Merebut skaf kepala musuh. Komunis diberi masa bersembunyi Komando akan mencari. Skaf dicabut = nyawa mati & keluar dari permainan. Kiraan mata tentukan pemenang.

Permainan Botol

http://ml.scribd.com/doc/92053182/Pe r-Main-An
http://klmkelantan.blogspot.com/2010/01/permaian-pengakapkanak-kanak-1-meraba.html

You might also like