You are on page 1of 9

KAJIAN RINGKAS BONEKA Pengenalan Seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita, menyampaikan mesej serta hiburan.

Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri.Namun ia memerlukan manusia untuk menghidupkan atau menggerakkan wataknya dalam menyampaikan informasi kepada penonton sekaligus membawa mereka ke dalam dunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu cerita. Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apaapa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digeraklakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.Pelbagai objek boleh dijadikan boneka sekiranya objek tersebut digerakkan oleh pemain.Semasa menggerakkan boneka itu, pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain aksi boneka tanpa suara. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untiuk

menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.. Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan dan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif. Menurutnya lagi, penggunaan boneka afektif, kognitif dan fizikal. Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana dapat membantu perkembangan kemahiran

yang lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar.

Boneka sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.Pendengar iaitu kanakkanak akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengan

khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Melalui permainan boneka juga kanak-kanak akan merasa seronok kerana

mereka dapat meluahkan apa yang terpendam dalam diri mereka dan ini akan menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif.Mereka juga tidak akan rasa segan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Penggunaan boneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi,melahirkan idea kreatif dalam penciptaan sebenar serta merangsang daya imaginasi.Selain itu, boneka juga dapat memberi pengalaman kepada kanakkanak belajar secara berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Eve-Marie Arce dalam bukunya Curriculum for Young Chidren-An Introduction menyatakan bahawa , boneka adalah sesuatu yang unik. Ia boleh digunakan oleh guru untuk menyalurkan emosi kanak-kanak,kreativiti dan juga menyelesaikan masalah atau kebimbangan mereka. Kanak-kanak mampu menghasilkan boneka mereka sendiri dengan bantuan daripada guru.Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan boneka sama ada bahan-bahan terpakai, bahan semulajadi dan juga bahan-bahan yang ada kaitan dengan sesuatu pembelajaran.Bahan-bahan terpakai adalah seperti penutup botol minuman, batang aiskrim,bekas dadih, pnggan kertas, stoking lama dan pelbagai lagi.Bahan semulajadi pula seperti daun, batu kecil, ranting, akar pokok, kulit pokok dan bunga manakala bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran pula seperti bulu burung yang dikaitkan dengan sains dan lain-lain yang sesuai.

Kebiasaannya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang tetapi juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak,situasi dan ceritacerita tertentu.Ketika boneka digerakkan,muzik latar, suara ataupun bunyi bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri atau sekumpulan kanak-kanak. Sejarah ringkas boneka Puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin. Ahli sejarah berpendapat bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orangorang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat atau tulang binatang. Boneka yang lebih cantik dibuat daripada lilin dan gading gajah.Pada masa itu, boneka bukan dibuat sebagai barang permainan untuk kanak-kanak tetapi banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi. Pada masa dahulu, bentuk boneka tidak menarik dan dikatakan sangat menyeramkan serta menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan untuk

memilikinya.Boneka tersebut sangat kaku dan tidak boleh digerakkan.Boneka dengan kaki dan lengan yang dapat digerakkan dibuat pertama kalinya pada 600 tahun sebelum masihi.Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan untuk keperluan keagamaan dan ritual. Boneka Di Barat Di Barat, boneka telah dijadikan permainan kanak-kanak semenjak abad ke 15 iaitu di Kota Nurembergm, Augsburg, dan Sonnneberg Jerman. Boeka tersebut diperbuat daripada kayu, lilin, dan tanah liat yang dipakaikan dengan pakaian bagi menggambarkan wanita di zaman itu. Sementara di British, Perancis, Itali, dan Belanda, membuat pakaian khas mengikut daerah bagi boneka daripada jenis yang sama. Boneka-boneka ini biasanya dijual sebagai cenderahati. Belanda kemudiannya, telah maju setapak dengan mencipta mata boneka yang diperbuat daaripada kaca dan dapat digerak-gerakkan menjadikannya lebih hidup. Pada tahun 1675, penciptaan boneka maju setapak lagi dengan mengenakan rambut

sebagaimana boneka hari ini. Pembuatan boneka mengorak maju apabila

sebuah

kilang telah Berjaya mencipta boneka yang dapat menangis pada 1710, manakala boneka yabg dapat berjalan pada 1735. Amerika telah Berjaya muncul sebagai Negara pengeluar boneka terbesar di dunia pada akhir perang dunia pertama. Antara tahun 1925 dan 1941 industri pembuatan boneka akhirnya telah Berjaya mencipta boneka yang hampir sama dengan objek yang ditirunya iaitu dengan mengenakan mata yang dapat mengerdip lengkap dengan bulu matanya, mulut yang dapat dibuka hingga memperlihatkan barisan giginya dan terdapat juga boneka yang dapat makan dan minum sendiri. Boneka Di Malaysia Suatu ketika dahulu, penggunaan boneka di Malaysia lebih kepada bentuk pemujaan, namun tidak dapat dinafikan boneka juga adalah merupakan alat mainan yang sangat popular di kalangan kanak-kanak, namun kedapatan juga yang dijadikan hiasan atau sebagai koleksi orang dewasa. Boneka seringkali dijadikan hadiah atau cenderahati kepada kanak-kanak terutamanya pada majlis hari jadi. Ia merupakan satu alat mainan yanag digemari oleh kanak-kanak semua bangsa di Malaysia. Terdapat banyak boneka yang hampir menyerupai menusia sehingga kedapatan kanak-kanak yang menjadikan boneka teman mereka. Boneka sebenarnya bukan saja menjadi barang mainan kanak-kanak, malah juga turut menjadi kegemaran sebahagian orang dewasa. Boneka dijual secara meluas di kedai-kedai alatan permainan dalam berbagai bentuk dan rupa, samada dalam bentuk manusia atau haiwan. Boneka yang terdapat di Negara ini diperbuat daripada pelbagai bahan misalnya, kayu, plastic, kapas, kertas, kain dan seumpamanya. Definisi boneka Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi

boneka

tanpa

sebarang dialog.Boneka digunakan

sebagai alat

bantu

untuk

menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke arah pendedahan komunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita ,merangsang daya imaginasi dan memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang diperbuat daripada bermacammacam bahan yang sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan boneka tidak kenal tahap kerumitannya. Seperti yang diulas oleh Oscar Wilde "Boneka ada banyak kelebihannya, termasuklah tidak mampu berhujah, tidak mengulas seni dengan lantang, dan tiada kehidupan peribadi." Jenis-jenis boneka Terdapat berbagai jenis boneka yang sering digunakan antaranya: Boneka Jari Boneka Tongkat Boneka sarung tangan Boneka Wayang Kulit Boneka pinggan kertas Boneka Beg Kertas Boneka Lidi dan Boneka Sudu

Bahan untuk membuat boneka Bahan dan peralatan membuat boneka adalah berbeza mengikut jenis boneka tersebut. Antara bahan asas untuk membuat boneka ialah sarung tangan atau sarung kaki (boneka sarung tangan) kertas tebal/plastic keras (boneka wayang kulit dan lidi)

beg kertas/beg mabuk udara (boneka beg kertas) sudu kayu atau senduk (boneka sudu) perca kain (boneka sarung kepala dan sarung tangan) pinggan kertas (boneka pinggan kertas) kayu (boneka tongkat) lidi (boneka lidi)

Boneka dicipta mengikut kreativiti individu yang menghasilkannya. Ini bererti seseorang itu tidak perlu menghabiskan banyak duit untuk menghasilkan boneka kerana mereka juga boleh menghasilkan boneka daripada bahan-bahan terbuang.

Boneka tangan Boneka tangan atau juga dikenali sebagai hand puppets lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak.Kanak-kanak akan memasukkan

keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk.Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh

digunakan.Antaranya ialah stoking, sarung tangan, beg kertas dan sampul surat.Bekas telur, bekas dadih dan lain-lain turut boleh digunakan seperti watak kucing, tikus dan sebagainya.Dengan menggunakan boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas membuat pergerakan.

Boneka jari

Boneka jari atau dikenali juga dengan nama finger puppets merupakan boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri.Boneka jari dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari.Jari digerakkan semasa watak dimainkan.Boneka ini boleh dibuat dari kertas yang dilukis wataknya.Saiz boneka adalah mengikut saiz jari kanak-kanak.Boneka ini diwarnakan dan digam pada keliling bentuk watak tersebut kecuali pada bahagian untuk dimasukkan jari. Boneka jari amat seronok digunakan kerana pelbagai watak boleh dimainkan serentak.

Boneka wayang kulit Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal.Kemudiannya diwarna dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.Biasanya boneka ini nipis dan berbetuk dua dimensi.Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.Semasa memainkan boneka ini, ia di tempatkan di bahagian belakang atau skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyanggoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Boneka lidi Boneka ini seakan sama dengan boneka wayang kulit.Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa

menggunakannya.Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyang untuk menggerakkan anggota badan tersebut.

Boneka bertali Boneka Bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Boneka menggunakan tali atau string puppets berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk.Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali bagi tujuan pergerakan.Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleg bergerak.Bahagian kaki dan tangan watak akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan

tali.Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan menggelongsor.Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa ataupun tali tangsi .Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Kepentingan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran Kanak-kanak dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan serta meluaskan perbendaharaan kata. Mengguna dan memperkukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur melalui pengalaman sebenar yang mengembirakan. Mempercepat dan mempermudahkan pemahaman kenak-kanak terhadap sesuatu peristiwa ataupun cerita. Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi secara berkesan. Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Melahir rasa seronok dan mengekalkan minat untuk belajar. Meredakan tekanan dalam diri kanak-kanak

You might also like