You are on page 1of 76

Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia


Pembelajaran Secara Kontekstual 1 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan 43
Bagi Melaksanakan Pembelajaran
Apakah Pembelajaran Secara 2 Secara KontekstualDengan Berkesan
Kontekstual?
Senarai Semak Pengajaran Secara 56
Kontekstual
Mengapa Kontekstual ? 15
Penilaian 57
Faedah Pembelajaran Kontekstual 22
Rujukan 58
Bentuk Pembelajaran Kontekstual 28
Contoh Aktiviti Pembelajaran Secara 59
Bagaimana Melaksanakannya ? 33 Kontekstual

Apakah Perbezaan Antara 40 Contoh 1 60


Pembelajaran Kontekstual Contoh 2 65
Contoh 3 69
Dengan Pembelajaran Tradisional?
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

MATLAMAT
Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan
menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF
Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya :

ƒ Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan


pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ƒ Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
ƒ Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah
dengan yakin dan berkesan.
ƒ Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan
kontekstual.

1
APAKAH PEMBELAJARAN
SECARA KONTEKSTUAL?

2
PENGENALAN

Anda mungkin memerlukannya suatu


hari nanti.
Kenapakah saya mesti
belajar perkara ini?

3
• Mereka tidak boleh didorong untuk
belajar
• Mereka tiada kemampuan untuk
menguasai mata pelajaran akademik

4
The Average Child
I don’t cause teachers trouble,
my grades have been OK.
I listen in my classes
and I’m in school everyday.
My teachers think I’m average,
my parents think so too.
I wish I didn’t know that
‘cause there’s lots I’d like to do.
I’d like to build a rocket, I have
a book that tells you how,
or start a stamp collection-well
there’s no use in trying now.
‘Cause since I found I’m average
I’m just smart enough you see,
to know there is nothing special
that I should expect of me.
I’m part of the majority,
that hump part of the bell,
who spends their life unnoticed
in an average kind of hell.
5
Apakah kelemahan
Kegagalan membantu murid mencari hubung kait pengajaran dan
• Antara maklumat baru dengan
pengalaman sedia ada pembelajaran hari ini?
• Antara sekolah dengan dunia luar
• Antara satu mata pelajaran dengan
mata pelajaran lain
• Antara pengetahuan lepas dengan
cabaran kini, dan cabaran kini dengan
tanggungjawab masa depan

• Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas


Apakah sekolah dan guru
kekangan dalam • Sistem pendidikan yang berorientasikan
peperiksaan
membina hubung
• Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran
kait tersebut?
• Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru
dalam kelas akan menambahkan bebanan guru
• Terlalu terkongkong kepada pendekatan
pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan
kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan

6
APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on.

Pengalaman Harian Individu

Persekolahan Kehidupan Masyarakat

Alam Pekerjaan

7
TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau


pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

8
Budaya

Konteks yang
Pelbagai

Fizikal Sosial

Psikologi

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam


konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

9
Bilik Darjah

Kepelbagaian
Persekitaran Makmal
Pembelajaran

Tempat Kerja

Kehidupan Harian

Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran


pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
10
KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH
MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?

Jenis murid • Kumpulan sederhana

• cenderung kepada aplikasi konsep


Ciri murid • terdorong melalui aktiviti hands-on
• tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak

• sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional


Lokasi
• sekolah-sekolah menengah harian

11
PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI
DISIPLIN ILMU

Matematik Sains

Bahasa Teknologi Maklumat

Komunikasi

Teknikal dan Vokasional Kemanusiaan


12
APAKAH PANDANGAN PAKAR PEDAGOGI TENTANG
PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Students’ involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are
learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most
students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other
students in groups or teams.
Dan Hull

A curriculum and teaching methodology tied to the child’s experiences and interests …
John Dewey

Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented,


stimulus/response methodologies …
Howard Gardner

The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with
past experiences.
Renate Numella Caine and
Geoffrey Caine
Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated
through some case-based or problem-based learning environment …
Jonassen
Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam
konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi …
D.A. Kolb

13
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya
akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks
dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan
dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual
menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran
pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja
atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik
memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks
sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.

14
MENGAPA
KONTEKSTUAL?

15
MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?

• Individu mengekalkan
maklumat dengan lebih
berkesan melalui pengalaman
sendiri.

• Individu memiliki • Pembelajaran


kontekstual mengambil
pelbagai jenis
kira pelbagai gaya
kecerdasan. pembelajaran.

16
APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES
PEMBELAJARAN?

• Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui


pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan
peluang untuk penemuan kendiri.
• Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep
disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing
kepada murid.
• Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui
komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan,
berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas
yang positif.
• Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi
yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

17
CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN

Kita kekalkan :

• 10 % Apa yang kita baca

• 20 % Apa yang kita dengar

• 30 % Apa yang kita lihat


Kita Belajar • 50 % Apa yang kita dengar dan lihat

• 70 % Apa yang kita bincang


dengan orang lain

• 80 % Apa yang kita alami sendiri

• 95 % Apa yang kita ajar kepada


orang lain

Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation

18
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan
pelbagai.

+
Verbal-Linguistik

Logik- Matematik
Muzik

• Naturalis
Visual-ruang

Intrapersonal
Interpersonal

Kinestetik

Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi
kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat
tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru,
pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih
berkesan.
19
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL MENGAMBIL KIRA
PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN

PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL

20
Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan
dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke
arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan
prestasi murid.

21
FAEDAH
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL

22
Murid

Faedah
Guru
Pembelajaran
Kontekstual
Kepada :

Industri

23
MURID
• Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan
pekerjaan atau kehidupan
• Dapat mengaitkan kandungan mata
pelajaran dengan pengalaman harian
• Boleh memindahkan kemahiran
• Boleh meneroka dan mendapatkan
bukti
• Boleh menguasai perkara abstrak
melalui pengalaman konkrit
• Dapat belajar secara kerjasama

24
GURU
• Dapat menjadikan pengajaran
sebagai satu pengalaman yang
berjaya.

• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata


pelajaran dengan dunia pekerjaan.

• Dapat menjadi penghubung antara


pihak akademik dan vokasional atau
industri.

25
INDUSTRI
• Menerima tenaga kerja
yang berpotensi untuk
dilatih atau dilatih semula
secara berkesan mengikut
keperluan

• Menggerakkan industri ke
dalam pendidikan sebagai
rakan kongsi

26
Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan
diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori
dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina
pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai
penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan
dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri.
Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga
kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan
negara di peringkat dunia.

27
BENTUK
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL

28
APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada
bentuk pembelajaran yang berikut :

Relating Belajar dalam konteks


R (Menghubung kait) menghubungkaitkan pengetahuan
baru dengan pengalaman hidup

Belajar dalam konteks


Experiencing
E (Mengalami)
penerokaan,
penemuan dan reka cipta

Applying Belajar dalam konteks bagaimana


A (Mengaplikasi) pengetahuan atau informasi boleh
digunakan dalam situasi lain.

Cooperating Belajar dalam konteks


C (Bekerjasama) bekerjasama, memberi maklum
balas dan berkomunikasi

Belajar dalam konteks


Transfering
T (Memindahkan)
pengetahuan sedia ada dan
menggunakan atau membina
daripada apa yang telah diketahui

29
Relating (Menghubung kait)
Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di
sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan
kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat
mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa
mereka semasa membersihkan kawasan tempat
tinggal mereka setiap hari

Experiencing (Mengalami)
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan
demontrasi serta membuat latihan amali
menyambungkan wayar kepada plug 3 pin.
Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila
berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika
tertanggal

30
Applying (Mengaplikasi)
Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat
mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi
sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek.
Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid
boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek
kereta bagi membolehkan penukaran tayar

Cooperating (Bekerjasama)
Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk
menyelesaikan masalah pencemaran alam
menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka
berbincang dan bekerjasama dengan ahli
kumpulan masing-masing . Hasil yang
diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka
menyelesaikan masalah secara bekerjasama

Transfering (Memindahkan)
Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut
tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras.
Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga
bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut
tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang
permainan
31
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif
pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk.
Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait,
mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan.
Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan
pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid
yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual
berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan
mengaplikasikannya kepada situasi lain.

32
BAGAIMANA
MELAKSANAKANNYA?
?

33
BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi
yang berikut:

MOTIVASI

ƒ Pengenalan PEMAHAMAN
ƒ Isu perbincangan ƒ Penerangan
ƒ Alat bantu konsep dan KEMAHIRAN
mengajar perbincangan
kelas ƒ Aktiviti Hands-
ƒ Bacaan dan PENILAIAN
melakukan On
ƒ Penyelesaian ƒ Ingat kembali
ƒ Contoh kajian fakta utama
masalah
ƒ Penilaian
kemajuan

34
MOTIVASI

Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan


mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang
akan dibincangkan, contohnya :

Bidang Konsep Motivasi

Tayangan video permainan


Muzik Permainan gendang gendang oleh pelbagai
kaum di Malaysia

Memperdengarkan
Sejarah Darurat rakaman bunyi tembak
menembak berserta jeritan

35
PEMAHAMAN

Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan


dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian
maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat
murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan
kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.

36
KEMAHIRAN

Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara


melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran
murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan
bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh
menyediakan senario tertentu untuk membantu murid
menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid
mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan
persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia
sebagai rujukan.

Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru dalam segmen


ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang
kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam
kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang
mereka peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual.

37
PENILAIAN

Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan


tentang tajuk tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru
merumus tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Di
sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan
murid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid.

Penilaian tidak semestinya secara bertulis. Guru boleh menggunakan


kaedah lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti
kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan
portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga
boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi
pelajaran.

38
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran
perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta
imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan
(hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas
pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan
mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan
pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka.

39
APAKAH PERBEZAAN ANTARA
PEMBELAJARAN
KONSTEKSTUAL DENGAN
PEMBELAJARAN
TRADISIONAL?

40
APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL?

Pembelajaran Secara Pembelajaran Secara


Perkara Kontekstual Tradisional

Mencari, membina dan


Objektif mengaplikasikan maklumat Memindahkan maklumat
kepada dunia sebenar.

Peranan Guru Pembimbing dan mentor Penyampai maklumat

Aktif mencari dan membina maklumat Penerima maklumat yang pasif


Peranan Murid melalui aktiviti sebenar
melalui syarahan dan pembacaan
dalam kehidupan harian

Disesuaikan untuk Disesuaikan untuk kecerdasan


Isi Kandungan
kecerdasan pelbagai. Bahasa dan Logik- Matematik.

Kaedah Inkuiri, penemuan dan aplikasi. Syarahan dan soal-jawab

Berasaskan pencapaian atau prestasi Menguji fakta (contoh:


Penilaian dan penyelesaian masalah ujian kertas dan pensil).
(contoh: portfolio).

41
39
Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara
pembelajaran secara kontekstual dengan pembelajaran
secara tradisional. Pembelajaran secara kontekstual
memberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajaran
dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding
dengan kaedah tradisional.

40
42
PERKARA YANG PERLU
DIPERTIMBANGKAN BAGI
MELAKSANAKAN
PEMBELAJARAN SECARA
KONTEKSTUAL DENGAN
BERKESAN

43
Sokongan
Pengajaran Sokongan
Pembelajaran Pentadbir
Guru Masyarakat
Murid Sekolah

Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan


murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju
mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi
pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat
diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual.
Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk
membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif.

44
PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

Komunikasi

Pengajaran Guru

Sokongan Pentadbir
Sekolah

Sokongan
Masyarakat
45
KOMUNIKASI
Guru Murid

KOMUNIKASI

Ibu bapa Masyarakat

46
• Pembelajaran kontekstual yang
berjaya memerlukan komunikasi
Komunikasi berterusan di kalangan murid,
guru, ibu bapa dan masyarakat.
Antara :
• Maklum balas daripada
Murid murid adalah satu komponen
Guru yang penting untuk mengukur
keberkesanan program
Ibu bapa pembelajaran kontekstual.
Masyarakat
• Ibu bapa dan masyarakat perlu
memahami keadaan dan
kaedah pengajaran yang terkini dan
memberi sokongan kepada
perancangan dan perkembangan
pembelajaran kontekstual.

47
Teks dan Kurikulum
Bahan
Sokongan
PENGAJARAN
GURU

Suasana
Penilaian Bilik Darjah

Persekitaran
Luar
Sekolah
48
• Disiplin tradisional diubah suai dalam konteks yang bermakna.
• Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan
Kurikulum guru hanya sebagai fasilitator.
• Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual
dikenal pasti terlebih dahulu.
• Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan
dengan kaedah pembelajaran kontekstual.
• Maklumat tentang hubung kait kurikulum dengan individu,
masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan.

• Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan. Teks & Bahan
Sokongan
• Bilik darjah diubah suai supaya murid boleh menjalankan
Suasana Bilik aktiviti ‘ hands-on’ secara berkumpulan.
Darjah • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
• Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan.

• Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar
bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya.
Persekitaran
Luar Sekolah
Penilaian • Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk
membantu murid menguasai pembelajaran.

49
Perkembangan
Infrastruktur
Staf

SOKONGAN
PENTADBIRAN
SEKOLAH

Masa Kepimpinan

Kewangan

50
• Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari
teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan
Perkembangan
mempraktikkannya dalam bilik darjah. Staf
• Guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.

• Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang,


perkakasan komputer dan perisian serta peralatan
Infrastruktur lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

Kewangan
• Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan.

Kepimpinan • Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat


perlu supaya guru boleh melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan
berkesan.
• Jadual waktu perlu fleksibel supaya masa
mencukupi untuk menjalankan aktiviti. Masa

51
Sokongan Teknikal
Dan Kewangan
SOKONGAN
MASYARAKAT
Penyediaan Situasi
Tempat Kerja Sebenar

Kerjasama Masyarakat Dan


Sekolah

52
• Hubungan rapat antara
Kementerian Pendidikan dengan
SOKONGAN industri adalah penting untuk
MASYARAKAT mendapatkan sokongan teknikal,
kewangan dan memberi pendedahan
kemahiran kepada murid tentang
alam pekerjaan.

• Murid memerlukan pengalaman


hands-on. Mereka menimba
pengalaman ini dengan cara bekerja
atau membuat latihan amali dalam
situasi tempat kerja sebenar.

• Masyarakat perlu bekerjasama


dengan Kementerian Pendidikan
untuk memberi sumbangan dalam
menjayakan pelaksanaan kurikulum.

53
Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung
jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran,
situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri
dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan
bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu
sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima
perubahan dalam menjayakan pengajaran dan
pembelajaran secara kontekstual.

54
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA
KONTEKSTUAL

“ I knew Applied Math wouldn’t be easy for me. Math never is. I’m learning
how to comprehend problems and think through instead of just doing the
mechanics of math. I like being able to have a group or partner.”
(Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan
secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat).

Oleh itu, pendekatan secara kontekstual ialah …

Still the SAME


Mathematics, History, Music, Science …
BUT …
taught and learned DIFFERENTLY

55
SENARAI SEMAK PENGAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

1. Adakah konsep baru dinyatakan dalam situasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang biasa
dialami oleh murid?
2. Adakah konsep dalam contoh dan latihan murid dinyatakan dalam konteks kegunaannya?
3. Adakah konsep baru dinyatakan dalam konteks pengetahuan yang sedia ada pada murid?
4. Adakah contoh dan latihan murid mengandungi banyak penyelesaian masalah pada situasi
sebenar dan sudahkah mereka mengenal pasti kepentingannya pada masa kini dan akan
datang?
5. Adakah contoh dan latihan murid menanamkan sikap ‘saya perlu belajar konsep ini’?
6. Adakah murid mengumpul dan menganalisis data mereka sendiri semasa dibimbing
menjalankan penyiasatan tentang konsep yang penting?
7. Adakah peluang diberikan kepada murid untuk mengumpul dan menganalisis data untuk tujuan
pengayaan?
8. Adakah pembelajaran dan aktiviti menggalakkan murid mengaplikasikan konsep dan
pengetahuan dalam konteks masa depan murid dan situasi yang pelbagai?
9. Adakah murid sentiasa mengambil bahagian dalam interaksi kumpulan di mana perkongsian,
komunikasi dan respons kepada konsep penting dan membuat keputusan berlaku?
10. Adakah pembelajaran, latihan dan aktiviti meningkatkan pembacaan dan kemahiran komunikasi
di samping meningkatkan kemahiran saintifik dan logik matematik?

56
PENILAIAN

1. Apakah yang anda faham tentang maksud Pembelajaran Kontekstual?


2. Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu
pelajaran?
3. Nyatakan aspek-aspek yang terdapat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual.
4. Senaraikan urutan strategi pengajaran dan pembelajaran Kontekstual.
5. Apakah hasil yang diharapkan daripada murid melalui pendekatan Pembelajaran
Kontekstual?
6. Nyatakan faedah Pembelajaran Kontekstual kepada :
a. Murid
b. Guru
c. Industri
7. Senaraikan perbezaan antara Pembelajaran Kontekstual dengan pembelajaran secara
tradisional.
8. Nyatakan perubahan sosial dan fizikal yang perlu dilakukan untuk menjamin kejayaan
Pembelajaran Kontekstual di sekolah.
9. Apakah institusi-institusi yang perlu dilibatkan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran
Kontekstual?
10. Anda seorang guru sejarah. Anda dikehendaki mengajar tajuk Kemerdekaan Malaysia.

Cadangkan dengan ringkas bagaimana tajuk ini boleh diajarkan melalui pendekatan
Kontekstual.

57
RUJUKAN
Brooks, J.G., & Brooks, M.G., (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria,
VA:ASCD.
Caine, Renate Numella and Geoffrey Caine, (1991). Making Connections : Teaching and the Human Brain.
Alexandria : Association for Supervision and Curriculum Development.
CORD , (1998). CORD Algebra 1: Mathematics In Context. Waco : Center of Occupational Research and
Development.
CORD , (1999). The ABCs of Tech Prep : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research
and Development.
CORD , (1999). Teaching Mathematics Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of
Occupational Research and Development.
CORD , (1999). Teaching Science Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational
Research and Development.
Davidson, N. (Ed)., (1990). Cooperative learning in mathematic: A handbook for teachers. Menlo Park, CA:
Innovative Learning, Addison – Wesley.
Gardner, Howard, (1983). Frames of Mind : The theory of Multiple Intelligences. New York : Basic Books.
Hull, Dan and Dale Parnell, (1991). Tech Prep/ Associate Degree : A Win/Win Experience. Waco : Center of
Occupational Research and Development.
Hull, Dan, (1993). Opening Minds Opening Doors : Rebirth of American Education. Waco: Center of Occupational
Research and Development.
Hull, Dan, (1995). Who Are You Calling Stupid? Waco : Center of Occupational Research and Development.
Kolb, David A., (1984). Experiential Learning : Experience as a source of Learning and Development. New Jersey :
Prentice Hall.
Parnell, Dale, (1994). Logo Learning : In Search for Meaning in Education. Waco: Center of Occupational Research
and Development.
http://www.google.yahoo.com/bin/query?p=contextual/+learning&hc=O&hs=O
http//www.cord.org
http://ateec.eiccd.cc.ia.us/2000/themes/ctlinfo.html

58
59
CONTOH
AKTIVITI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

CONTOH 1

Mata Pelajaran : Matematik

Tingkatan : Dua

Tajuk : Penyelesaian Persamaan Linear Dalam Satu Anu

OBJEKTIF
Selepas menjalankan aktiviti ini, murid akan dapat menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid mengetahui bahawa bagi sebarang nilai a,


a + ( − a ) = 0 , contohnya 5 + ( − 5 ) = 0

PERALATAN

- Jubin algebra berwarna hijau (Jubin-unit) dan kuning (Jubin-x)


- 2 keping kad manila yang mempunyai kawasan positif (+) dan kawasan negatif (-)

60
Kad Manila

1 x

Jubin-unit Jubin-x

PENYATAAN MASALAH

Anda akan menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.

61
LANGKAH

(a) Wakilkan persamaan 3 x – 2 = 7 dengan meletakkan jubin pada kad manila seperti yang berikut:
1 1 1 1 +
x +
1 1 1
x

x
=
1 1

− −

3x–2 7

(b) Tambahkan dua jubin-unit pada kawasan positif di kedua-dua kad manila.
1 1 1 1 +
x +
1 1 1
x
x 1 1 1 1

=
1 1

− −

3x–2+2 7+2

62
(c) Pada kad manila di sebelah kiri, keluarkan 2 jubin-unit pada kawasan positif dan 2 jubin-unit pada kawasan negatif.

1 1 1 1
x + +
1 1 1
x
1 1
x 1 1

=
1 1

− −

3x–2+2 7+2

63
62
(d) Agihkan jubin-unit di sebelah kanan secara saksama mengikut bilangan jubin-x yang terdapat di sebelah kiri.

x + 1 1 1 +

x 1 1 1

x 1 1 1

− −

3x 9

Adakah ini menunjukkan bahawa 3 (iaitu x = 3) ialah penyelesaian bagi persamaan 3 x – 2 = 7? Semak jawapan anda.

AKTIVITI PENGUKUHAN

Gunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3. Catatkan setiap langkah dengan melukis rajah.
Nyatakan penyelesaian bagi persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3.

64
CONTOH 2

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik


Tingkatan : Satu
Tajuk : Klasifikasi Alat Muzik Tradisional

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid boleh:

1. Menyatakan klasifikasi yang terdapat dalam alat muzik tradisional.

2. Menyatakan pengertian Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon.

3. Mengklasifikasikan alat muzik tradisional dengan tepat mengikut Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon

65
MOTIVASI

Murid menonton video yang menunjukkan persembahan Dondang Sayang.

PEMAHAMAN

1. Guru menyuruh murid memberi tumpuan kepada jenis alat muzik yang digunakan oleh kumpulan muzik Dondang Sayang.

2. Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang jenis alat muzik yang digunakan sama ada alat muzik tersebut bertali,
berkulit, alat tiupan atau alat muzik yang diketuk.

3. Guru memberi penerangan kepada murid tentang klasifikasi alat muzik tradisional.

Kordofon : Alat muzik bertali


Idiofon : Alat muzik yang diketuk
Erofon : Alat muzik tiupan
Membranofon : Alat muzik yang diperbuat daripada kulit

66
APLIKASI

1. Guru membawa murid ke Istana Budaya Negara untuk menyaksikan persembahan Ghazal secara langsung.

2. Murid diberikan sehelai kertas. Semasa menonton persembahan, murid dikehendaki menyenaraikan bilangan alat muzik mengikut
klasifikasi Membranofon, Idiofon , Kordofon dan Erofon.

3. Murid dibawa ke dalam bilik simpanan alat-alat muzik tradisional. Di sini mereka dikehendaki memegang, mengamati dan cuba
membunyikan alat muzik yang dipilih.

4. Murid dikehendaki menyenaraikan sepuluh jenis alat muzik, dapatkan namanya daripada pembantu yang bertugas dan
mengklasifikasikan alat-alat muzik tersebut.

5. Murid kemudian menonton persembahan kumpulan Keroncong. Sambil menonton, murid dikehendaki menyenaraikan nama alat-alat
muzik yang digunakan dalam kumpulan Keroncong itu dan mengklasifikasikannya.

6. Guru mengaitkan pelajaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh murid dengan kerjaya yang boleh diceburi.

Contoh kerjaya :

• Jurutera Audio (Audio Engineer)


• Pengarah Orkestra (Orchestra Director)
• Penggubah (Muzik Arranger)
• Penerbit Rakaman (Recording producer)
• Pengusaha Alat Muzik (Musical Instrument Manufacturer)

67
IMBAS KEMBALI

Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut :

1. Berapakah alat Membranofon yang digunakan dalam kumpulan Ghazal?

2. Berapakah alat Erofon yang digunakan dalam kumpulan keroncong?

3. Apakah klasifikasi alat yang tidak digunakan dalam kumpulan, Ghazal, Dondang Sayang dan Keroncong?

4. Nyatakan kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang muzik.

68
CONTOH 3

Mata Pelajaran : Biologi


Tingkatan : Lima
Tajuk : Variasi dan Keturunan

OBJEKTIF

Selepas mempelajari unit ini murid dapat :

• Menganalisis perkembangan genetik di antara ahli keluarga.


• Meramalkan generasi F 2 (generasi filial kedua) berdasarkan pengetahuan genotip.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Pengetahuan yang telah ada pada pelajar ialah:

• Hukum Mendel I
• Kacukan Monohibrid dan pewarisan monohibrid

69
AKTIVITI

Topik : Wajah zuriat ku


Peralatan : Rajah wajah kosong, sekeping duit siling, pensil dan pemadam

Langkah :

1. Guru meyenaraikan sifat-sifat pada bahagian muka seperti berikut :


- bentuk dagu
- lekuk dagu
- bentuk mulut
- bentuk hidung
- bentuk mata
- bulu mata
- suak rambut
- rambut
- telinga

2. Murid memilih pasangan daripada gender yang berlainan.

3. Setiap ahli pasangan memilih kesudahan lambungan siling secara tetap (iaitu sama ada kepala atau bunga).

4. Setiap pasangan memilih sifat yang hendak dilakar pada rajah wajah kosong yang disediakan.

5. Guru melambung siling dan menyatakan kesudahannya.

70
6. Jika kesudahan lambungan siling memihak kepada murid perempuan, murid lelaki akan melakarkan sifat wajah murid perempuan yang
telah dipilih tadi pada rajah wajah kosong. Begitu juga sebaliknya.

7. Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga semua sifat wajah yang disenaraikan telah dilakarkan.

KEPUTUSAN

Wajah yang terhasil daripada aktiviti di atas merupakan satu daripada hasil yang mungkin dalam proses kacukan monohibrid.

RUMUSAN

• Aktiviti di atas terhad kepada kacukan dan perwarisan monohibrid sahaja.


• Wajah yang diperoleh merupakan satu daripada kesudahan yang mungkin.

AKTIVITI PENGUKUHAN

Murid dibahagikan kepada kumpulan. Salah seorang ahli daripada setiap kumpulan diminta menyediakan gambarnya, ibu bapanya
dan datuk dan neneknya (daripada sebelah ibu dan bapanya).

Ahli setiap kumpulan akan menganalisis gambar-gambar itu dan menerangkan kepada kelas daripada siapakah rakan mereka
71
mewarisi sifat-sifat wajahnya.

NOTA :

Aktiviti di atas mengukuhkan pengetahuan sedia ada bagi unit ini dan boleh dijadikan motivasi kepada unit pelajaran yang berikutnya
iaitu Hukum Mendel II dan kacukan dihibrid.

71
72
73
Panel Penulis

Penasihat

Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

Pengerusi

Dr. Rohani Abdul Hamid Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

Ahli Panel

Sharifah Fatmah Alhabshi (Ketua) Pusat Perkembangan Kurikulum

Bakhtiar Mohd. Salleh Pusat Perkembangan Kurikulum

Roslena Zakaria Pusat Perkembangan Kurikulum

Nor Zamani Abdol Hamid Pusat Perkembangan Kurikulum

Hoe Hong Tai Pusat Perkembangan Kurikulum

Mohamad Shah katimon Pusat Perkembangan Kurikulum

Salahuddin Abdullah Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

Radziah Abdul Manap Sekolah Menengah Teknik Port Dickson

Azizah bt Mohamad Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban

74

You might also like