You are on page 1of 19

1.0 Konsep Seni/ Seni Visual 1.

1 Definisi Seni Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), seni didefinisikan sebagai sesuatu yang halus, kecil, elok, tipis, halus, enak didengar. Berdasarkan istilah bahasa, seni juga diertikan karya seperti sajak, lukisan, muzik, yang dicipta dengan bakat. Secara umumnya, masyarakat memandangkan seni itu cantik, cerdik, indah dan seni boleh ditanggap melalui pancaindera. Pada zaman purba, kononnya, zaman Neolitik, seni digunakan untuk tujuan pemujaan kepada Tuhan. Masyarakat pada masa lampau tersebut juga mula menghasilkan barang-barang estetik seperti gelang-gelang dan anting-anting. Di samping itu, orang-orang zaman batu juga mula melukis pada tembok-tembok gua batu, iaitu tempat mereka berlindung. Contoh gua-gua yang masih meninggalkan kesan lukisan dinding pada masa ini ialah Gua Niah di Sarawak dan Gua Tambun di Perak. Manakala, masyarakat zaman mden sekarang telah

menggunakan seni sebagai pekerjaan untuk mencari rezeki. Contoh bidang-bidang seni yang terlibat sebagai kerjaya adalah seperti arkitek, pereka hiasan dalaman, pereka grafik dan pengiklanan, pereka fashion, ilustrasi dan komik. Seni telah dianggap satu kreativiti dan invovasi sedangkan seni mempunyai hubungan simbolik dengan social masyarakat kita pada hari ini. Seni berfungsi sebagai seni estetik dan seni kegunaan. Bagi seni estetik adalah seperti karya catan, arca, mural yang mengandungi nilai penghayatan dan keindahannya manakala seni kegunaan adalah untuk tujuan bersembahyang terutamanya pada zaman masa purba. Seni mempunyai 2 dimensi (2D) dan 3 dimensi (3D) malahan juga bersifat konkrit atau abstrak.

1.1.1 Pandangan tokoh-tokoh terhadap seni Dipandang daripada sudut agama pula, Kitab Al-Iman menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai

pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Tokoh Islam seperti Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Bagi Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada

hubungan dengan agama. Hal ini adalah disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral. Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan

mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada.

1.2 Definisi Seni Visual Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri (self-expression), pengalaman dan sensasi visual (sentuhan 2D dan 3D), komunikasi visual (bahasa seni visual), isi, mesej, imej (form, content), subjek atau objek berfungsi (kegunaan), nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis dan karya seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain.

Bentuk hasil seni visual adalah bertumpu kepada penciptaan secara visual (penglihatan). Contoh bidang seni visual adalah seperti lukisan, catan, arca, cetakan, kaligrafi, landskap, reka bentuk grafik, animasi dan lain-lain. Penyataan Diri (Self expression) Penyataan Diri bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Mengikut kajian pakar-pakar psikologi, kanakkanak merupakan golongan yang gemar menyatakan Rajah 1: Starry Night 1889, cat minyak oleh Vincent Van Gogh, Belanda. Penggunaan warna yang ganas dan garisan yang beralun serta penghasilaan keadaan yang misteri dalam karya ini menunjukkan ekspresi diri Van Gogh. ekspresi diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa. Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock. Kesimpulannya, perasaan, Seni idea Visual dan adalah penyataan fikiran.

(i)

emosi,

manifestasi

(ii) Pengalaman 2D/ 3D (Sensasi Visual dan Sentuh) Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fizikalnya. Deria sentuhan dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk Rajah 2: Arca kayu oleh Jacques Vesery dari Damariscotta. seni 2D boleh dinikmati dengan deria penglihatan.

(iii) Bahasa Seni (Laras bahasa) Seni tampak (karya seni 2D) juga mempunyai laras bahasanya sendiri. Seni tampak mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni (seperti warna dan jalinan), prinsip rekaan (misalnya kontra, harmoni dan pergerakan) bahan dan alat (contohnya berus, cat air dan cat minyak) teknik dan Rajah 3: Sleep 1937, cat minyak oleh Salvador Dali, Sepanyol. Beliau merupakan artist surelis yang bersifat abstrak. (Iv) Kandungan/ Isi/ Mesej (Contents /makna) Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau isi. Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap social. Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak. Contoh dalam lukisan dinding di piramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu Rajah 4: Lukisan dinding gua yang dihasilkan pada zaman batu, menunujukkan keadaan aktiviti pemburuan haiwan ketika masa itu. karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua/sekunder atau gayaan (kononnya basah atas basah, realistik dan abstrak ).

pengkritik/audien.

2.0 Konsep Pendidikan Seni Visual Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik. Jadi, Pendidikan Seni Visual (PSV) telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran dalam sistem pendidikan Malaysia pada hari ini. Pendidikan Seni Visual merupakan satu program pendidikan yang bersistem, terancang dan prestasinya boleh di ukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan Individu boleh dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai dan juga moral,.

Selain itu, PSV juga boleh melibatkan aspek pemahaman penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi kalangan murid. Konsep PSV juga dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara melahirkan perasaan, perluahan emosi, pengzahiran idea dan memanifestasikan buah fikiran. Tambahan lagi, bidang seni visual juga membenarkan pelajar mengalami aktiviti dan pengalaman kearah membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan

kreativiti, dan meningkatkan nilai estetika.

2.1 Pandangan tokoh-tokoh terhadap pendidikan seni Sir Herbert Edward Read (1893 1968) dan Viktor Lowenfeld Feldman (1996) Usaha yang melibatkan P&P untuk membuat pemahaman seni selain mengetahui dunia dan diri melalui seni yang berkait rapat dengan alam persekitaran. Eisner (1967) Kreativiti dipupuk melalui proses pembelajaran yang mampu memperlihat pengalaman atau latar belakang kanak-kanak. John Dewey (1859-1952) Proses mengembang kecerdasan manusia. Sekolah perlu memberi kebebasan kepada kanak-kanak dalam perkembangan seni fizikal, emosional, intelektual. Ibrahim Hassan (2000) Pengamatan kanak-kanak dalam kesenian akan mewujud idea baru. Berasaskan psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan penyataan diri. (ekspresi diri)

Jadual 1: Pandangan tokoh-tokoh Barat dan Islam terhadap pendidikan seni

Rajah 5: Buku A British Vision of World Art oleh Herbert Read (1893 1968) Muka depan buku ialah gambar potret Herbert Read yang dilukis berdasarkan pernyataan diri.

3.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Melalui FPK, para murid sekolah rendah dapat dilahirkan dengan ciri harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Manakala, bagi pelajar sekolah menengah pula, pembentukan keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kreatif, kritis, inovatif dan inventif. Kesimpulannya, FPK dapat menyumbang modal insan negara kita ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara berdasarkan kepercayaan dan kesyukuran kepada Tuhan di samping juga menghargai keindahan alam sekitar serta memelihara keindahan seni dan warisan negara Malaysia.

Rajah 6,7: Dalam FPK, pembentukan insan yang kreatif, kritis, inovatif dan inventif penting untuk pembangunan negara. Jadi, mata pelajaran PSV telah diperkenalkan dalam sistem KBSR pendidikan Malaysia.

4.0 Matlamat PSV KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) Pendidikan Seni Visual (PSV) ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi

Malaysia yang celik budaya kesenian. Pelaksanaan KBSR ini adalah susulan hasil daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979. KBSR ini diperkenalkan selepas mendapati bahawa sistem pendidikan sebelumnya iaitu KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah) mempunyai beberapa kekurangannya seperti isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang, tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Dari segi sukatan pelajarannya pula terlalu banyak sehingga membosankan murid. Matlamat PSV dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rajah 8: Dengan pelaksanaan KBSR, para murid mampu mempunyai pembentukan sahsiah diri yang sempurna selain daripada aspek akademik.

5.0 Objektif PSV KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) Terdapat sepuluh objektif PSV dalam KBSR. Pertamanya adalah

menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Murid-murid berpeluang untuk menunjukkan kepekan mereka terhadap alam sekeliling yang indah dengan menghasilkan hasil karya seni mereka. Mereka akan sedar dan berasa syukur kerana kecantikan alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan dan secara tidak langsungnya akan menghargai alam sekitar dengan memelihara dan

memuliharanya dengan sempurnanya. Objektif kedua adalah melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. Hal ini dapat dilihat ketika kalangan pelajar menyertai kegiatan seni dengan penuh semangatnya. Pendidikan seni yang menyeronokkan akan sentiasa merangsangkan idea dalam kehidupan mereka dan tidak akan berasa bosan terhadap seni kerana seni adalah tanpa sempadan dan tidak terhad. Imaginasi dan kreativiti yang dipupuk sejak kecil lagi juga boleh menghasilkan insan yang proaktif serta inovatif kepada setiap cabaran yang dihadapi pada masa depan. Objektif yang seterusnya ialah menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. Seni visual memerlukan pemerhatian yang teliti dan terperinci khasnya semasa menghayati sesebuah karya di pameran seni. Kegiatan seni ini dapat menajamkan lagi pemerhatian murid-murid untuk membuat perbandingan antara satu karya dengan satu karya lain. Fenomena amat baik dan berkesan kepada para pelajar terutamanya pada sensitiviti pancaindera mereka terhadap alam sekeliling yang sentiasa berubah-ubah. Jadi, mereka tidak akan menjadi statik dan mampu membuat pemikiran yang dinamik bagi meyelesaikan sesuatu masalah yang tertentu. Selain itu, objektif mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya juga dapat dicapai selepas murid-murid mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah. Sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang diajar tentang asas-asas seni dan prinsip reka juga berfaedah

kepada para pelajar. Murid-murid dapat mengetahui serta mengaplikasikan asasasas seni umpamanya garisan, jalinan dan bentuk dalam hasil karya seni

mereka tidak kira seni tampak atau seni tiga dimensi. Contohnya mereka tahu cara untuk memasukan kefahaman mereka terhadap bahasa seni visual yang sesuai ke dalam karya seni mereka melalui pelbagai kajian atau teknologi. Objektif yang kelima ialah mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. Hal ini dapat lihat semasa para murid boleh mengembangkan dan mengeksploitasikan kemahiran asas dalam kegiatan seni yang berbagai-bagai seperti penghasilan arca, catan minyak dan rekaan grafik komputer. Setelah mereka mendapat kefahaman yang mendalam terhadap asas-asas seni dan prinsip-prinsip reekaan, mereka akan mula memasukkan idea unik yang tersendiri kepada karya seni mereka tidak kira apa-apa sahaja teknik atau bahan digunakan. Di samping itu, objektif keenam ialah membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. Dengan ini, para murid dapat menyesuaikan diri dalam bidang seni yang berbagai-bagai. Selain itu, mereka juga berdisplin diri apabila mengikut aturan penghasilan karya seni. Mereka juga bersikap cermat dalam membuat keputusan misalnya apabila membeli alat-alat seni yang biasanya harga tinggi. Mereka juga berhati-hati khasnya menjalankan projek seni yang memerlukan jentera yang bahaya supaya keselamatan mereka adalah terjamin. Objektif ketujuh ialah memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab. Semangat kerjasama dapat dipupuk semasa bekerja secara berkumpulan bagi menjalankan sesuatu projek seni. Murid-murid yang berasal daripada latar belakang berbeza yang mampu memberikan kerjasama dan toleransi antara satu sama lain dalam tugasan seni merupakan satu implikasi yang berkesan bagi mewujudkan semangat perpaduan yang selaras dengan hasrat FPK dalam pembangunan negara kita. Tambahan lagi, aktiviti seni juga boleh meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan penghasilan karya seni mereka. Malahan, displin diri pelajar juga dapat dipupuk melalui kegiatan seni yang sentiasa mementingkan komitmen antara dua pihak iaitu, guru dengan

pelajar. Para murid juga bertangggungjawab dan memikul kewajipan semasa menjalankan tugas sehinggalah kerja itu Berjaya dengan sempurnanya. Objektif yang lain bagi PSV dalam KBSR ialah mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air. Pendidikan Seni Visual yang memperkenalkan nama-nama tokoh seni tanah air sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan seperti Syed Ahmad Jamal, Yong Mun Seng dan Abdullah Ariff dapat menambah pengetahuan murid-murid di samping berkongsi sumbangansumbangan mereka kepada murid-murid sekalian. Dengan itu, para murid akan mempunyai rasa menghormati dan menghargai jasa sumbangan mereka yang mampu membawa keharuman kepada negara kita ke peringkat kebangsaan. Objektif kesembilan ialah menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual. Memandangkan teknologi zaman sekarang telah berkembang semakin pesat, Kementerian Pelajaran juga menggalakkan para pelajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk

memajukan diri di samping memajukan negara. Oleh itu, murid-murid boleh menggunakan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual selain daripada hasil karya tradisional. Objektif yang terakhir ialah melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh menjalankan aktiviti seni untuk mengisikan masa lapang mereka dengan bermanfaat. Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan kegiataan gejala sosial atau perkara yang negatif kononnya melepak di pusat-pusat membeli belah, berkiaran di siber kafe, merokok dan mat rempit.murid-murid boleh menjadikan kegiatan seni ini sebagai hobi sendiri kerana aktiviti tersebut baik tanpa membazirkan masa murid dengan perkara yang tidak berguna.

5.0 PSV dalam KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) merupakan sistem

pendidikan yang baru diperkenalkan pada tahun lepas, iaitu tahun 2011. Pendekatan ini adalah lebih interaktif dan beriringan dengan KBSR yang telah dilaksanakan selama 33 tahun. Walau bagaimana pun, matlamat dan objektif KSSR adalah sama dengan KBSR yang sebelumnya. Cuma terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua sistem pendidikan ini. Jadual 2.0 di bawah menunjukkan gambaran yang ringkasan terhadap perbezaannya. KBSR 3 bidang: -Komunikasi (BM, BC, BT, BI, MM) -Kemanusiaan dan persekitaran (agama dan pendidikan moral) -Perkembangan diri individu (muzik, pendidikan seni, pendidikan jasmani) Perbezaan Reka bentuk kurikulum KSSR -Komunikasi. -Kerohanian, sikap dan nilai kemanusiaan perkembangan fizikal dan estetika. -Sains dan teknologi -Keterampilan diri.

-Sukatan pelajaran

Bahan kurikulum

-Dokumen Standard Kurikulum

-3M (membaca, menulis, mengira) -Tahap I (Tahun1-3) Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan. -Tahap II (Tahun 4-6) Mata pelajaran teras, wajib dan tambahan.

Fokus

-4M (membaca, menulis, mengira, menaakul)

Organisasi kurikulum

-Tahap I(Tahun1-3) Modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif. -Tahap II (Tahun 4-6) Mata pelajaran terasa dan elektif

Kesimpulan
Sesungguhnya, Pendidikan Seni Visual juga amat penting kepada seseorang kanak-kanak. Seperti apa yang pernah dikatakan oleh Herberty Read (1893 1968), Pendidikan Seni dapat memperlihat kenyataan diri kanak-kanak yang tulen tanpa sebarang pengaruh. Hal ini amat berkait dengan perkembangan kanak-kanak dalam proses pembentukan sahsiah diri yang baik dan sempurna. Seperti yang telah dicatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pendidikan Seni Visual yang bermatlamat melahirkan insan generasi yang harmonis, kritis, kreatif dan proaktif dalam semua aspek seperti JERIS merupakan pendekatan yang berkesan bagi menuju arah kemajuan dalam pembangunan negara kita. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RUJUKAN
Azhar Hj. Mad. Aros. (2004). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn, Bhd. Azmal Arif. (2007). Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Dilayari pada 13 Februari 2012 dari http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/perubahanpendidikan-di-malaysia-dari.html Chee Kian Feng. (2006). Pandangan Tokoh-tokoh Terhadap Pendidikan Seni. Dilayari pada 17 Februari 2012 dari http://n9kini.com/pengalamanpendidikan-seni-membantu-meningkat kreativiti-dalam-kehidupan-sosialmasyarakat/ Chong Mei Tee. (2010). Konsep Pendidikan Seni Visual . Dilayari pada 13 Februari 2012 dari http://zihanthesensei.blogspot.com/2010/08/psv-p1konsep-pendidikan-seni-visual.html Choong Lean Keow, Phd. (2008). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Kuala Lumpur: nKumpulan Budiman Sdn. Bhd. Iqmal Sukri . (2007). Konsep Seni Visual. Dilayari pada 13 Februari 2012 dari http://esenivisual.blogspot.com/2008/08/konsep-seni-visual.html Hajah Noresah bt. Baharam, B. Sc. (UM). M. A. (Birmingham) & Rusli bin. Abdul Ghandi. B. Sc. (London). M. A. (Birmingham) & Md. Nor bin Hj Ab. Ghandi, Dip. Terjemahan (UM). B. A. & Ibrahim bin Ahmad, B. A. (UM) & Aziah bt. Tajudin, Dip. Pertanian (UMP) & Salmah bt. Jabbar, B. A. (UM) et al. (2005). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hassan Mohd Ghazali. (2000). Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn, Bhd. Kathleen Chee. (2008). Focus Super Hot SPM Pendidikan Seni Visual. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Rujukan. Artikel: Pengenalan Seni Islam. Dilayari pada 14 Februari 2012 dari http://www.islamgrid.gov.my/articles/seniislam/pengenalan.php Rujukan. Surat Khabar: Kepentingan Seni Visual. Dilayari pada 14 Februari 2012 dari http://smktphpsv.wordpress.com/2009/11/07/psv-edisi-nota-pengertianstrategi-bidang-aktiviti-pp-apresiasi/

Rujukan. Powerpoint handout: Pengenalan dan Konsep Seni dalam Pendidikan. Dilayari pada 14 Februari 2012 dari http://notapismp.blogspot.com/2010/10/pengenalan-konsep-seni-dalampendidikan.html Siti Aishah. (2009). Pengenalan Seni dan Definisi Seni . Dilayari pada 8 Februari 2012 dari http://colourexist.blogspot.com/2010/01/pengenalan-seni-definisiseni-definisi.html Umma Valoo. (2005). Perkembangan Kokurikulum Di Sekolah Rendah. Dilayari pada 15 Februari 2012 dari http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/sejarah-perkembangankurikulum-kbsr.html Wahiza Abdul Wahid. (2001). Sejarah Seni Lukis & Seni Reka. Selangor: Stilgrow Sdn. Bhd.

Sumber-sumber gambar rajah: Rajah 1: http://en.wikipedia.org/wiki/Vincent_van_Gogh Rajah 2: http://artofday.com/wordpress/?p=2716 Rajah 3: http://en.wikipedia.org/wiki/Salvador_Dal%C3%AD Rajah 4: http://en.wikipedia.org/wiki/Cave_painting Rajah 5: http://en.wikipedia.org/wiki/Herbert_Read

REFLEKSI
Secara jujurnya, saya minat melukis sejak saya masih kecil lagi. Saya berasa sangat syukur kerana saya mendapat kursus pendidikan seni visual dalam tawaran kursus perguruan pendidikan rendah di Institut Pendidikan Guru Darulaman di Jitra, Kedah. Saya juga berasa bangga kerana dapat melibatkan diri dalam bidang seni yang amat istimewa. Oleh itu, saya amat gembira dan bersemangat apabila menjalankan kerja kursus yang diberikan. Walau bagaimanapun, saya masih menghadapi banyak masalah dan cabaran apabila diberikan tugasan ini. Namun demikian, saya tetap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah seni saya, iaitu Encik Hamzah serta rakan-rakan saya yang sudi menghulurkan tangan mereka untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dengan lengkap. Sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya amat keliru dan risau selepas mendapat kerja kursus pendek yang bertajuk Konsep Pendidikan Seni Visual. Hal ini demikian, saya perlu menghuraikan perkara-perkara konsep seni, seni visual dan pendidikan seni visual yang saya tidak mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap bidang ini. Selain itu, saya juga harus mengetahui tentang KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) walaupun sistem pendidikan Malaysia hari ini telah bertukar kepada KSSR (Kurikuklum Standard Sekolah Rendah) sejak tahun 2011. Jadi, saya telah menghadapi berbagai-bagai masalah semasa menyediakan bahan-bahan rujukan. Dengan adanya

penjelasan yang teliti oleh pensyarah, saya barulah mengetahui dan dapat melaksanakan tugasan saya dalam bentuk PowerPoint dan kertas kerja. Seribu terima kasih kepada pensyarah yang tidak jemu member panduan dan bimbingan kepada saya untuk menyelesaikan masalah saya sepanjang proses penjalanan kerja kursus ini.

Dalam pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah mencari pelbagai bahan rujukan tentang tajuk tugasan yang diberikan. Selain itu, pemahaman saya terhadap konsep seni dan Pendidikan Seni Visual dalam KBSR juga dipertingkatkan. Hal ini telah menunjukkan bahawa kerja kursus memang memberikan manfaat kepada para pelatih guru untuk menambah pengetahuan tentang isu pendidikan negara kita. Di samping itu, saya juga mampu mencari informasi-informasi yang betul dan tepat bagi memenuhi soalan tajuk tugasan yang saya dapat. Misalnya, matlamat PSV dalam KBSR adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kreatif, kritis, inovatif dan inventif khasnya dalam pembangunan negara yang sejahtera berdasarkan kepercayaan dan kesyukuran kepada Tuhan. Malahan, PSV bukan sahaja membentuk generasi yang penuh dengan kreatif, PSV juga boleh memupuk nilai peka terhadap alam sekitar yang indah dan cantik. Hal ini amat penting pada hari ini kerana bumi kita sedang menghadapi masalah pencemaran alam sekeliling yang serius. Oleh itu, PSV boleh memupuk para pelajar mencintai alam sekitar kita tanpa melakukan kerosakan terhadapnya kerana kita hanya mempunyai satu bumi dan manusia yang bertanggungjawablah memelihara dan memulihara bumi kita. Selepas mengkaji topik ini, saya amat berpuas hati kerana saya telah mendapat tahu tentang maklumat yang saya telah kaji. Walaupun saya tidak mempunyai ahli kumpulan dalam tugasan pembentangan, saya tetap tidak berputus asa membentangkan hasil kerja saya di hadapan rakan-rakan sekalian. Namun saya masih ada sedikit kekurangan dalam kerja PowerPoint, Encik Hamzah juga memberikan peluang kepada saya untuk membuat pembetulan. Saya amat bersyukur kerana mempunyai sokongan pensyarah dan rakan-rakan sekelas. Di samping itu,saya juga memberi penuh perhatian kepada rakan-rakan lain yang memberi pembentangan masing-masing. Dalam pembentangan mereka, saya telah mencatat mesej-mesej penting seperti pandangan serta sumbangan tokoh dan pendidik seni, kesenian pelbagai budaya di Alam Melayu, India, China, Jepun dan Barat, konsep reka bentuk dan kraf serta kepentingan PSV dalam era teknologi. Kesemua informasi ini amat berfaedah untuk saya yang akan menjadi guru seni di sekolah rendah pada masa hadapan.

Tuntasnya, saya amat bersyukur kerana akhirnya saya masih dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan menghantarnya pada masa yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih.

LAMPIRAn

You might also like