You are on page 1of 20

Soalan bmm3106 1.Penyediaan rancangan pengajaran pendidikan pemulihan dan pengayaan kemahiran lisan,membaca dan menulis i.

Mengenal pasti masaalah ii.Objektif dan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran iii.Menentukan strategi dan aktiviti 2.Penyediaan bahan bantu Mengajar aktiviti pemulihan dan pengayaan i.kemahiran lisan ii.kemahiran membaca iii.kemahiran menulis

Konsep Pengayaan
Definisi Pengayaan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.

Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat..

OBJEKTIF PENGAYAAN

1.

Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman.

2. 3.

Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari.

4.

Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri.

5. 6.

Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat.

7.

Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

MURID PENGAYAAN 1. Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya pemikiraan abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antar yang penting dengan yang kurang penting seperi dalam kefahaman dan dapat menganalisis teks.

2.

Mempunyai

kelebihan

koordinasi

pancaindera

dengan

pemikiran,

pengamatan, pendengaran dan pertuturan. 3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta berpengalaman tentang alam keliling. 4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif. 5. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN

Strategi pelaksanaan Aktiviti Pemulihan . Kumpulan Mengikut Kebolehan

Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan

lambat.

Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.

Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan.Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan. Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan

Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat

menjalankan

aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam

kumpulan masing-masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya

Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan: 1. 2. 3. 4. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN 1. Bacaan Tambahan

Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak Majalah pelajar Surat khabat / keratan Risalah-risalah

2.

Kerja-kerja Projek

Lawatan, melapor Peristiwa,menulis Cerita, membuat Zoo Mini Sekolah Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar Buku Skrap, Mengadakan pameran bilik darjah,minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]

3. Teka

Permainan dan Rekreasi silang kata,teka benda,teka Benda,teka-teki,mencari Jalan Keluar

menyambung Titik,mencari tajuk kepada sesuatu gambar / cerita, mencari benda tersembunyi .meneka bunyi,dam, catur,sahiba dan lain-lain lagi

Konsep Pemulihan
Definisi Pemulihan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

O. C. Simpson (1975) Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

Blair (1956) Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

OBJEKTIF PEMULIHAN 1 Membantu murid-murid mengatasi masalah-masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka. 2 Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain. 3 4 5 Memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin. Meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolah biasa. Membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran. 6 Membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran. 7 Menyuburkan emosi, mental, sosial dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah. 8 Memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

MATLAMAT PEMULIHAN

Program Pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan

Tujuan Pemulihan

1. Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran tertentu 2. Membantu murid mengubah sikap yang negative dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. 3. Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak 4. Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu kecacatan

. PELAKSANAAN PEMULIHAN

Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.Ia dijalan selepas berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau pun semasa hendak memberi kepada murid lembaran kerja di sini murid di bagikan pelbagai kerja mengikut tahap pencapaian murid dalam pelajaran Dalam melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid, ujian saringan, ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan.

Aktiviti pemulihan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang dikesan-Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrakdan daripada mudah kepada susah mengikut kebolehan dan pengalaman murid. Di peringkat permulaan, pelbagai jenis ABM perlu digunakan untuk membantu murid-murid memahami konsep yang diperlukan dalam menguasai kemahiran. Semua simbol dan istilah harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat bantu mengajar supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dilakukan dahulu. Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid. Aktiviti pemulihan perlu diberikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan,bakat, dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih

awal atau dalam jangkamasa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.Murid murid berbeza dari segi kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran. Oleh itu, untuk memenuhi hasrat menyediakan kemudahan kemudahan yang cukup serta memberi peluang menerima pelajaran yang sama untuk semua, Rancangan Kurikulum Rendah mengandungi program pemulihan dan pengayaan. Berasaskan prestai murid yang dikesan melalui sistem penilaian, murid murid yang mencapai taraf yang ditentukan diberi peluang mengikuti program pemulihan dan pengayaan di dalam kelas selepas proses pengajaran dan pembelajaran guru. Murid murid yang tidak mencapai taraf tersebutdiberi kegiatan pemulihan. Sungguhpun demikian, mereka juga akan mendapat peluang mengikuti aktiviti aktiviti pengayaan berdasarkan kebolehan dan keupayaan mereka.Langkah langkah Khusus Dalam Pengelolaan Sesi.

Langkah langkah Pemulihan

1. Mengenal pasti murid-murid pemulihan. 2. Penganalisisan Masalah 3. Perancangan dan penyedian bahan 4. Pengajaran dan pembelajaran 5. Ujian dan penilaian

Tindakan susulan

1. Mengenal Pasti murid 2. Memerhatikan murid belajar 3. Temu ramah interaksi dengan murid 4. Menganalisis hasil kerja bertulis 5. Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas .

Menganalisis Masalah

1. Menganalisis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tertentu 2. Ujian diagnostik biasanya digunakan untuk menentukan punca kelemahan

PENGAJARAN HARIAN ( RPH )


Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Tarikh Masa Fokus utama ; : Bahasa Melayu : 3 Kenanga : 32 orang : Bencana Alam : Ribut Di Kampung Tualang Tiga : 11.Ogos 2012 :8.15 pg - 9.15 pg 60 minit 1.1.1(i) lisan 5.1. 2(i) bacaan 8.2. 3(i) tulisan

Hasil Pembelajaran:

Aras 1.1.1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Aras 5.1.2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca. Aras 8.2.3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat; i. Menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya ribut dan kesannya secara lisan. ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai akibat ribut yang berlaku . iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai kesan ribut dengan menggunakan ayat majmuk yang betul. Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi. Kosa kata :Bergoyang-goyang,ditiup,ditimpa,derma

Ilmu : Nilai :

Kajian Tempatan Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai alam sekitar

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT): Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran mengkategori Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kecerdasan Pelbaga : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai kejadian ribut dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis. BBM. Petikan, Power point

Langkah/M asa

Isi Pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

catatan

Set Induksi Murid ditayangkan power point yang i)murid diminta untuk melihat berkaitan dengan jenis-jenis gambar paparan power point dan 5 minit menghayatinya. kejadian dan akibat ribut. ii)murid diminta untuk membezakan jenis-jenis bencana alam dan menyatakan pengalaman mereka melihat bencana alam (dari TV) secara lisan iii)Murid dijelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu i)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan.

KB : menghubung kait, inferens BCB: menonton dengan aktif BBM : power point

Langkah 1 15 minit

Murid diberi petikan teks cerita yang berkaitan dengan Ribut di Kampung Tualang Tiga melalui petikan Soalan 1.Nyatakan jenis-jenis bencana 2.Bagaimanakah ribut berlaku

KB : membuat inferens ii)murid diminta membaca petikan itu BCB : secara individu dengan kuat dan i) membaca mengikut intonansi serta gaya dengan bahasa yang betul. intonansi yang betul. iii)murid-murid yang lain dikehendaki ii) mendengar mendengar dan meneliti teks sambil dengan aktif.

memahami petikan tersebut. 3.Apakah akibat yang akan terjadi dari bencana ribut iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut Murid memberi jawapan melalui lisan Langkah 2 (15 minit) Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan hasil perbincangan melalui lisan dan tulisan di hadapan kelas Isi perbincangan 1 Suasana semasa ribut 2.Kerosakan akibat ribut 3.Selepas rebut 4.Perasaan menghadapi bencana Soalan guru 1.Bagaimana keadaan semasa rebut melanda 2.Cuba jelaskan keadaan selapan rebut 3.Apa dilakukan selepas rebut 4. Apakah perasaan anda jika telibat dengan ribut Murid diberi latihan Langkah 3 (20 minit) Aktiviti Pengayaan: Menulis karangan pendek bepandukan gambar ribut Berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong. i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii) Murid diberikan tajuk untuk dibincangkan (4 tajuk) iii)murid dikehendaki membentangkan hasil yang diperolehi dari perbincangan berdasarkan isi perbincangan yang diberikan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka secara lisan iv)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan murid i)Murid terlebih dahulu ditanya sekiranya mereka masih memahami atau tidak memahami tajuk pengajaran pada hari ini. Pengayaan ii)Murid diberi latihan oleh guru iaitu membuat karangan pendek berpandu pada gambar mengenai Kejadian ribut dengan mengambil isi-isi penting daripada petikan. Pemulihan Menyediakan latihan yang perlu dilengkapkan oleh murid dengan mengisi tempat kosong yang bertajuk rebut

BBB : teks petikan cerita

4. Bagaimankah cara mengatasi membantu mangsa rebut (jawapan dalam lisan)

KB : membuat inferens BCB : i) membaca dengan intonansi yang betul. ii) mendengar dengan aktif. BBB : teks cerita, kertas dan lisan

kB : menjana idea, menghubung kaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal; interpersonal, visual, verbal-

linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBB : kertas latihan KB.meneroka Langkah 4 Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.Murid juga ditanyakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajarandan pembelajaran i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka. Petikan akhbar (pengayaan) Menanda imbuhan (pemulihan) ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama -tolong-menolong -suka menderma Petikan akhbar

Penutup (5 minit)

Menanda perkataan /garis beimbuhan

Refleksi :

Pekan Pahang, Rabu- Ribut telah melanda Kampung Tualang Tiga petang kemarin. Pokok-pokok banyak yang tumbang manakala rumah-rumah penduduk ada yang atapnya diterbang angin dan ada yang tumbang menyembah bumi. Kejadian berlaku semasa penduduk sedang membuat persiapan berbuka puasa. Salah seorang mangsa kejadian menceritakan Mak Cik sedang membuat persiapan berbuka tiba-tiba hujan turun dengan lebat bersama angin yang kencang habis dibawa segala hidangan berbuka Mak Cik anak beranak.Keadaan di kampong itu seperti sebuah kawasan yang lapang yang dipenuhi dengan sampah sarap. Wakil rakyat yang turut sama melawat tempat tinggal sementara di dewan orang ramai dan kawasan kejadian telah berjanji untuk membantu menguruskan keperluan mangsa ribut tersebut seperti menyediakan tempat tinggal yang baru atau pun membaiki rumah yang rosak . Semasa lawatan tersebut juga beliau turut sama menyumbangkan keperluan makanan kepada mangsa.

Latihan Pengayaan

Latihan Pemulihan Pada suatu pagi, penduduk Kampung Melati (1) ____________ riuh.Pohon kelapa banyak yang tumbang. Rumah-rumah bergoyang-goyang. Angin bertiup terlalu (2)______________ bersama hujan yang (3) _____________. Ribut,rebut,rebut. Ada orang yang (4)____________.Orang ramai berlari keluar dari rumah.Mereka(5) _____________ tempat yang selamat. Mereka berlari cepat-cepat untuk menyelamatkan diri. Setelah beberapa minit rebut pun berhenti. Banyak juga rumah yang (6)____________.Ada yang roboh ditiup angin kencang. Ada yang rosak (7)___________ pokok yang tumbang. Orang ramai pun bergotong-royong.Mereka (8)________________ kawasan kampong.Mereka membaiki rumah-rumah yang rosak. Pada petang itu, ada orang yang datang (9) _____________ derma. Semua mangsa diberi wang. Ada juga yang diberi pakaian dan makanan. Mereka bersyukur diatas(10) ___________ bantuan dari orang ramai itu.

Jawapan kencang menjadi mencari lebat menjerit musnah ditimpa membersihkan sumbangan memberikan

Rujukan
Dr.Ragbir,(2009).Panduan Ulangkaji ilmu Pendidikan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI). KumpulanBudiman,KualaLumpur. Mok Soon Sang,(2003). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI(Sekolah Rendah: Komponen1&2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi). Kumpulan BudimanSdn.Bhd. Subang Jaya. Pusat Perkembangan Kurikulum.(1997),Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, KualaLumpur http://www.moe.gov.myhttp://drragbirnet http://www.scribd.com/doc/6137972/Konsep-Pemulihan-Assgmt http://www.docstoc.com/docs/73589042/Pemulihan_dan_pengayaan http://www.slideshare.net/zabidah/pemulihan-dan-pengayaan http://www.slideshare.net/shockgadof/pemulihan-dan-pengayaan-kumpulan-4

BORANG KOLABORASI NAMA : MOHAMAD SUBERI BIN MD ISA

PROGRAM /AMBILAN : PPG / JUN 2011 KUMPULAN BIL


1.

: BM2 PERKARA
Terima tugasan kerja kursus dan mendengar taklimat dari En. Nordin bin Wan Daud Memdapat maklumat dari pensyarah mengenai kerja kursus (ketua kelas tel pensyarah pukul 10.00 malam)

TARIKH
23 Jun 2012

TANDATANGAN
(Pensyarah/Guru Sekolah)

TANDATANGAN
(RakanSekuliah)

2.

14 Julai 2012

3.

20 Januari 2012

Membina RPH bersama rakanrakan sekuliah

4.

4 Febuari 2012

Membuat semakan dan memurnikan hasil RPH

5.

8 Febuari 2012

Membuat semakan bahanbahan yang dikumpul

6.

18 Febuari 2012

Semakan RPH oleh pensyarah pembimbing

7.

20 Febuari 2012

Memurnikan RPH

8.

10 Mac 2012

Semakan kali kedua RPH oleh pesyarah pembimbing.

9.

12 Mac 2012

Mengemaskini hasil tugasan

10

24 Mac 2012

Menyerah hasil tugasan kepada pensyarah pembimbing

You might also like