You are on page 1of 5

2.

0 Pengenalan Strategi Pengajaran

Strategi merujuk kepada cara – cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu


aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara cuba jaya. Ia merupakan
tindakan – tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai
matlamat – matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiran
untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat
disampaikan kepada murid – murid untuk memperolehi hasil pembelajaran maksimum.
Aspek – aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran
yang sesuai ialah objektif pengajaran, proses pengajaran , isi kandungan, persediaan dan
kebolehan mengajar, gaya peribadi pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah.
Antara contoh strategi – strategi pengajaran ialah :

a. Strategi pemusatan guru


b. Strategi pemusatan murid
c. Strategi pemusatan bahan
d. Strategi berasaskan tugasan

2.1 Pemusatan Guru

Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai eksplisit. Strategi pemusatan guru
merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan di dalam
bilik darjah. Strategi pemusatan guru meletakkan guru di tengah – tengah aktiviti bilik
darjah. Dalam strategi ini, guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting
sedangkan murid berpeanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di
antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak
mendengar. Ciri kepimpinan guru juga bersifat autokratik. Murid – murid tidak
berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru yang banyak bertindak dan
memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan
pencapaian pencapaian objektif pengaajran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih
diutamakan daripada penyebaran nilai – nilai murni dan prkembangan emosi oleh guru.
Strategi ini mementingkan pencapaian murid – murid berdasarkan keputusan ujian dan
peperiksaan. Teknik mengajara guru tertumpu kepada penyampaian fakta – fakta.
Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal. Justeru itu, murid
kurang berupaya membuat interpretasi. Interaksi di antara murid juga adalah pasif dan
sifat – sifat sosial positif kurang dipupuk. Strategi ini mementingkan pengolahan
kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi
perhatian oleh guru. Akibatnya, dibawah strategi pemusatan guru, murid – murid
menjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan bahan
dalam langkah – langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak
permahaman murid. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang
mempunyai langkah – langkah kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas
setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi
awal latihan amali, dan membekalkan setiap muris dengan amali yang lebih tinggi dan
kerap.

2.2 Pemusatan Murid

Dalam strategi ini, murid memainkan peranan penting dalam pengajaran dan
pembelajaran.Aktiviti pemusatan murid menjadikan murid focus utama dalam proses
pembelajaran. Murid – murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran
dan pembelajaran (kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan,
penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan lain – lain).Strategi ini mungkin lebih
sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi
pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan
kritikal. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang
penting,sedangkan peranan guru hanya sebagai pembimbing kepada murid yang
menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid
adlaah dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya
murid berfikir dan bertindak balas memberi jawapan. Ciri kepimpinanan guru bersifat
demokratik dalam strategi ini. Murid – murid sentiasa digalakkan memberi pendapat
mereka. Keadaan ini menggalakkan lebih banyak penglibatan murid dalam aktiviti bilik
darjah. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pembelajaran murid. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang
dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial. Ujian formatif lebih ditekankan dan
keputusan ujian kerap sekali digunakan untuk mengkaji kelemahan murid.
Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid –
murid memahami fakta – fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat
kesimpulan sendiri. Peluang interaksi diantara murid adalah banyak dan sifat sosial
yang positif seperti tolong – menolong, berkerjasama dan bertolak ansur selalu
dipupuk. Strategi pemusatan murid juga mementingkan pengolahan kaedah kumpulan.
Di bawah strategi pemusatan murid, murid – murid menunjukkan sifat kreatif dan
berinisiatif. Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid. Strategi
ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam
mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif, menggalakkan motivasi,
mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan.
Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah penerokaan, inkuiri dan penemuan
serta beberapa bentuk perbincangan. Strategi pemusatan murid ialah termasuk
menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid dapat
berinteraksi dengan guru dan murid lain

2.3 Berasaskan bahan

Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran
dan bahan pembelajaran. Bahan – bahan yang digunakan ialah spaerti carta,graf,peta
specimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih
canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer
multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan- tele dan
persidangan – video. Strategi ini memupuk sifat –sifat sosial yang positif khasnya bila
murid dan guru berkongsi sumber dan bahan. Murid – murid mendapat pengalaman
realistik kerana dapat melihat situasi sebenar atau bahan maujud dan kronkrit. Ini
menjadikan proses pengajaran lebih bermakna. Interaksi yang berlaku di dalam bilik
darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan dengan murid dan guru
dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid
dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan oleh
guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid murid.
Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi
murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid
belajar untuk kadar masing – masing pada setiap masan dan di tempat pilihan mereka.

2.4 Berasaskan Tugasan

Guru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan murid dalam


aktiviti atau yang memberi peluang kepada mereka mengamalkan dan mengaplikasikan
apa yang sedang mereka belajar. Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluang
kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan, atau
scaffolding bentuk lain yang diperlukn untuk membolehkan mereka melaksnakan tugasan
mereka dengan jayanya. Aktiviti yang dipilih dengan bijak, perlu disampaikan dengan
berkesan, dipantau dan diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum. Untuk itu, guru
perlu terlebih dahulu menyediakan muris menghadapi sesuatu aktiviti, memberi
bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti, dan menstruktur refleksi pasca aktiviti
selepas sesuatu aktiviti. Semasa memperkenalkan sesuatu aktiviti, guru perlu
menekankan tujuannya dengan cara yang boleh membantu murid melibatkan diri dalam
aktiviti tersebut dengan idea jelas akan matlamat yang ingin dicapai mereka. Guru boleh
membekalkan maklumat yang diperlukan atau membantu (scaffold) tentang bagaimana
memenuhi kehendak tugasan. Sekiranya bacaab ialah sebahagian daripada tugasan, guru
mungkin boleh meringkaskan idea utama, mengingatkan murid tentang strategi – strategi
yang dapat memperkembangkan dan memantau kefahaman semasa mereka membaca,
atau membekalkan mereka bahan yang boleh membantu mereka mempelajari bahan
bacaan dengan cara yang betul. Setelah murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan,
guru seharusnya memantau kemajuan mereka dan memberi bantuan sekiranya perlu.
Kebanyakan tugasan bersama – sama dengan murid, memberi maklum balas umum
tentang persembahan mereka, dan mengukuhkan idea utama dengan mengaitkan kepada
matlamat keseluruhan. Antara strategi tugasan yang boleh diberikan oelh guru kepada
murid – murid ialah :

a. Berlakon
b. Menyanyi
c. Membuat model
d. Perbahasan
e. Perbincangan

You might also like