You are on page 1of 10

1.

0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

1.1 Konsep pendekatam :

Di dalam konteks pendidikan,konsep pendekatan bermakna cara mendekati


sesuatu,misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata
pelajaran.Dengan perkataan lain,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata
pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya.

Menurut Edward M.Anthony (1963),pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait
dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Berdasarkan kepada huraian Edward M.Anthony,kita boleh merumuskan bahawa


pendekatan harus berlandaskan kepada model,prinsip atau prinsip atau teori
pembelajaran,misalnya daripada konkrit kepada abstrak,daripada konkrit kepada
abstrak,daripada mudah kepada kompleks,daripada keseluruhan kepada bahagian,daripada
umum kepada spesifik(deduktif),daripada spesifik kepada umum(induktif) daripada dekat
kepada jauh,daripada diketahui kepada belum diketahui.

Pendekatan adalah aksiomatik,iaitu kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang


bukti atau alasan.jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model,prinsip atau teori
pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran,maka model,prinsip atau teori pembelajaran boleh
dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.

Pendek kata,pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori
pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
berdasarkan kepada objektifnya.
1.2 Pendekatan induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-


maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.

Dalam penggunaan kaedah ini,guru akan memulakan pengajarannya dengan


menberikan beberapa contoh yanh khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang
sama.berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan,murid-murid dibimbing
memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-
contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif,guru


boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus,diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk
membimbing murid-muridnya memerhati,mengkaji,mengenal pasti prinsip atau fakta
penting yang terkandung dalam setiap contoh itu.Semasa menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan
kesimpulan itu.Guru hanya membimbing murid,melalui aktiviti soal jawab ,mentafsir dan
membuat kesimpulan daripada contoh –contoh khusus yang dikemukakan.

Memerhati,
Contoh –contoh
mengkaji, Membuat
khusus
mengenalpasti, generalisasi
mentafsir
Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam
pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran,khususnya Matematik,Sains dan Bahasa.kaedah inkuiri-
penemuan yang banyak diamalkan apabila mengajar Sains sebagai aktiviti pelajarannya,adalah
berlandaskan kepada pendekatan induktif.rajah 3.7 berikut menunjukkan suatu contoh pengajaran
dan pembelajaran Sains yang menggunakan kaedah induktif.

Ikan emas,
Bernafas
udang ,
melalui insang
berudu

Contoh-contoh Mentafsir dan Haiwan yang


khusus membuat hidup dalam air
generalisasi mempun yai
insang untuk
bernafas
1.3 Jenis-Jenis Pendekatan Induktif :

Pendekatan induktif mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk


mengajar pelbagai jenis mata pelajaran contohnya :

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu misalnya mencari


segitiga yang sama dari pelbagai jenis segitiga.

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip gravity
daripada ujikaji benda-benda yang dijatuhkan dari atas ke bawah.

Membentuk satu hokum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya


mendapat hukum tatabahasa daripada analisis terhadap struktur ayat atau bahasa.

Membentuk satu teorem daripada aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mencari hasil


tambah sudut-sudut dalam pelbagai jjenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

Mendapat teori daripada satu urutan pemikiran. Contohnya memerhati tingkah laku
manusia untuk mendapat satu teori pembelajaran.

1.4 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,guru perlulah


memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang
dihuraikan berikut iaitu
Sebelum memulakan aktiviti p&p guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai iaitu
yang boleh membantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan juga harus
disediakan supaya murid mendapat kesimpulan yang berkenaan

Guru tidak harus memberi penerangan dan menghurikan isi pelajaran yang berkaitan
dengan kesimpulan. Murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab.Jenis contoh yang
khusus harus dipelbagaikan tetapi mempunyai cirri yang sama serta mudah untuk murid
mengenalpastinya.
Selepas contoh dikemukakan , murid digalakkan memberi contoh lain yang
serupa.Guru tidak harus mengemukakan contoh sekaligus tetapi mempersembahkan satu
persatu supaya dapat menarik minat murid dan membolehkan mereka mengenalpasti cirri
pada contoh itu dengan lebih mudah.Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu
murid membuat kesimpulan.Melibatkan penggunaan deria murid seperti penglihatan dan
pendengaran.

1.5 TUNJUK CARA KAEDAH INDUKTIF :

Berdasarkan kepada model pengajaran induktif, satu contoh pengajaran dapat dibuat
sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran :

Mata pelajaran : bahasa melayu

Tajuk : imbuhan ‘ ter ‘

Objektif pelajaran :

Menyatakan fungsi imbuhan ‘ ter ‘ yang membawa maksud tidak sengaja.


memberikan beberapa contoh menggunakan imbuhan ‘ ter ‘.

Sumber pelajaran : kad-kad ayat yang memakai imbuhan ‘ter’.


2.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF

2.1 Konsep Deduktif :

Boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada


sesuatu rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan didikuti dengan aplikasinya ke atas
contoh yang khusus. Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk
mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, teorem atau
peraturan yang telah diketahui.

Aplikasi rumus,
prinsip teorem atau
peraturan

Rumus,prinsip atau Kaedah


peraturan yang telah deduktif
diketahui.

Mendapatkan rumus,
prinsip, teorem atau
peraturan yang baru

Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang


kompleks kerana ia memerlukan murid mempunyai kefahaman yang mendalam dan
pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus, prinsip, hokum, teorem atau
peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh yang
khusus.
Dalam penggunaan pendekatan deduktif ini,guru memberitahu murid objektif
pelajaran pada peringkat awal.Murid dibimbing mengingat kembali hukum,prinsip,teori atau
peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau
mendapatkan kesimpulan yang baru.

2.2 Jenis-Jenis Pendekatan Deduktif :

Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi


pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Penyelesaian masalah : pendekatan deduktif banya digunakan untuk menyelesaikan


masalah. Misalnya setelah murid mendapat fngsi imbuhan ‘ ber ‘ mereka disuruh membuat
ayat dengan menggunakan imbuhan ‘ ber ‘.

Membentuk generalisasi baru : pendekatan deduktif ini dapt digunakan untuk


membuat generalisasi yang baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi
empat tepat mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga
bersudut tegak.

Membukti hipotesis : pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk


membuktikan Sesuatu hipotesis melalui sesuatu hokum atau prinsip yang telah dipelajari
contohnya selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis
lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tiga sudut
dalam sebuah segitiga ialah 180 darjah
2.3 Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif

Pada peringkat permulaan masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih


dahulu.Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teoti
yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan.

Generalisali, prinsip atau tori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti
hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan.Penggunaan deduktif harus dijalankan
mengikut prosedur yang betul iaitu

Pemilihan Menyelesaikan
Pendedahan generalisasi, masalah atau
masalah atau prinsip atau teori membuktikan
hipotesis yang telah hipotesis.
diketahui.

Proses penyelesaian masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada


menggunakan satu generalisasi prinsip atau teori yang telah dipelajari.

Guru tidak perlu menjalankan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara
membukti hipotesis tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka
menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.
2.4 Tunjuk Cara Kaedah Deduktif

Berdasarkan model pengajaran secara deduktif, maka satu contoh pelajaran yang
menggunakan pendekatan ini sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat :

Mata pelajaran : sains

Tajuk : ciri-ciri haiwan

Objektif : selepas pelajaran murid dapat membentuk generalisasi yang baru


berdasarkan generalisasi yang telah diketahui.

Generalisasi lama : haiwan yang mempun yai syap boleh terbang

Generalisasi baru : haiwan yang mempunyai sayap dan badannya ringan boleh
terbang.

Sumber pelajaran : kad-kad gambar dilukis berbagai-bagai haiwan yang


mempunyai sayap.
3.0 KAEDAH PENGAJARAN INTEGRASI

3.1 Konsep :
Adalah satu cara mengorganisasikan program pengajaran supaya bahan dan
kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasakan fungsinya.
Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seorang
kanak-kanak.

Konsep kaedah ini adalah kaedah yang berasaskan individu dan harus diamalkan
dalam persekitaran pembelajaran yang bebas. Kaedah ini juga berorientasikan kaedah
penyelesaian masalah.

3.2 Tujuan Kaedah.

Tujuan kaedah ini dijalankan ialah untuk mengajar murid-murid menjadi penyelesai
masalah yang berdikari.Kaedah ini turut membantu murid memahami dan menghargai
bahawa pembelajaran sekolah adalah saling kait dan bukit unit-unit yang tersendiri.

Menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran


spesifik.Mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan
bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif.

3.3 Peranan Guru Dalam Kaedah Pengajarn Integrasi.

Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran di mana murid-murid dapat


melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat, kebolehan, keperluan, personality dan
motivasi. Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan.

Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi haruslah


menggalakkan mereka berinisiatif.

Menyediakan bahan-bahan permainan yang sesuai untuk membina, mengguna,


memanipulasi, mencuba, meneroka dan memerah otak.Belajar bersama murid-murid.

You might also like