You are on page 1of 37

TEORI BEHAVIORISME

Ahli kumpulan : Masturah Madzlan Noorkamaliah Othman Nur Ashikin Salleh Rosnadia Abd. Rahman

John Broadus Watson (1878 1958)

Ivan Petrorich Pavlov (1849 1936)

TOKOH PELOPOR

Burrhus Frederic Skinner (1904 1990)

Edward Lee Thorndike


(1874 1949)

Tingkah laku

Pelaziman Klasik (Emosi)

UNSUR BERKAITAN

Pengukuhan

Pelaziman Operan (Tabiat) Cuba ralat

Teori Pembelajaran Behavioral

Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku

Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran

Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan

Pelaziman Klasik Pavlov


Sebelum Pelaziman Rangsangan tak terlazim (Makanan) Gerak balas tak terlazim (perembesan) TETAPI Rangsangan neutral (bunyi loceng) Tiada gerak balas (tiada perembesan) Proses Pelaziman Eksperimen 1. Bunyi loceng 2. Tunggu sementara Selepas Pelaziman Rangsangan tak terlazim (makanan) Gerak balas tak terlazim (perembesan) DAN Rangsangan Terlazim (bunyi loceng) Gerak balas terlazim (perembesan)

3. Diberikan makanan
4. Proses berulangulang

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah: Generalisasi

Pembelajaran Semula

KONSEP LAIN PAVLOV

Diskriminasi

Penghapusan

GENERALISASI
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama

akan menghasilkan tindak balas yang sama.

Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia

akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).

Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia)

Diskriminasi
Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak

balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.

Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan

terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN PAVLOV

THORNDIKE
Teori Pelaziman Operan Thorndike

Kajian : haiwan ayam, kucing, anjing, monyet

Eksperimen : kotak ajaib

Eksperimen Kotak Ajaib

Kucing diletakkan di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar sangkar Kucing melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar Kaedah cuba jaya Pelbagai reaksi : apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka

Kucing tersebut akan melakukan kaedah cuba jaya sekiranya ia dikurung semula ke dalam sangkar itu.

HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE


HUKUM KESEDIAAN
Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang

itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna.

Rumusannya, hukum kesediaan merujuk

kepada kesediaan dan persiapanpersiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar.

Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek

yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.

HUKUM LATIHAN
Menurut Thorndike, perkaitan antara

rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang.

Seseorang individu akan menguasai

kemahiran jika latihan diadakan.

Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji

rumus matematiknya, dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah.

Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu

tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.

Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan

bagi latihan hafalan.

HUKUM KESAN
Hukum kesan menyatakan bahawa jika

sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. pertalian antara R-G.

Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara

Kesan yang meyakitkan akan melemahkan

Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike,

kucing tersebut mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar.

Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan

kepuasan, ia akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.

Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru

berdasarkan tiga hukum yang dikemukakan Thorndike ialah: Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul. Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar. Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan afektif.

SKINNER

SKINNER BOX
Tingkah laku binatang dalam kotak boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan direkod. Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti P&P dalam bilik darjah

Teori pelaziman operan boleh diperkuat dan dihapuskan jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerakbalas itu ditunjukkan

Pengukuhan ialah perkara yang dilakukan untuk

mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu pengukuhan positif dan pengukuhan negatif. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

Pengukuhan Positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu

ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.

Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan

sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Contoh-contoh peneguhan positif.

Pengukuhan Positif

Tingkah Laku

Kesan/Akibat

Tingkah laku Masa Hadapan

Pelajar kemukakan soalan dengan baik

Guru memuji pelajar

Pelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat

mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah

memuji memuji memuji memuji memuji memuji

secara ikhlas, dengan cepat, tanpa pilih kasih, usaha dan cuba jaya, tingkah laku yang spesifik dan jawapan atau respons yang spontan.

Pengukuhan Negatif
Pengukuhan negatif ialah rangsangan serta merta

yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).

Pengukuhan Negatif
Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku Masa Hadapan

Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya

Guru menegur pelajar

Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya

Dendaan
Dendaan adalah satu proses atau tatacara

untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.

Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif

yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

DENDAAN
Tingkah Laku
Pelajar membuat bising dalam kelas

Kesan/Akibat Guru memberi amaran kepada pelajar

Tingkah laku Masa Hadapan


Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas

Prinsip Premack
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan

aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati.

Prinsip Premack juga dikenali sebagai

Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini.

Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan

aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.

Contohnya, selepas mengakhiri mata

pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

Pelupusan
Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak

diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika: Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

JOHN BROADUS WATSON (18781958)


Ahli psikologi pertama menggunakan

perkataan behaviorisme.
Pavlov.

Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik

Perbezaan antara manusia ialah

pengalaman.

Pengalaman yang baik boleh diubah

menjadi pengalaman yang buruk

Watson Little Albert Experiment


Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning) Albert - 11 bulan tidak menunjukkan sebarang

rasa takut pada seekor tikus putih. Semasa pelaziman Albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk pada besi. Kesannya Albert terkejut dan terjatuh. Keadaan itu diulang berkalikali. (tikus putih dan berbunyi pemukul).

Akhirnya eksperimen menunjukkan Albert memberi

reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing, arnab. Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana.

Kesimpulannya, pelaziman boleh

melahirkan reaksi emosional.

Sekian, terima kasih

You might also like