You are on page 1of 10

Praktikal 8: Pembiakan tumbuh-tumbuhan pendebungaan dan penyebaran biji benih.

. Objektif: 1-Untuk memerhati tumbuhan dan mengelaskan bunganya berdasarkan kepada jenis agen pendebungaan. 2-Untuk memerhati dan mengumpul maklumat tentang tumbuhan dengan buah dan biji benih untuk jenis penyebaran yang berbeza. Latar belakang teori: Pendebungaan adalah proses di mana debunga dipindahkan pada tanaman, sehingga membolehkan persenyawaan dan pembiakan seksual berlaku. Pendebungaan tanpa terjadi dalam beberapa manusia. cara. Manusia boleh memindahkan debunga dari satu bunga yang lain, tetapi kebanyakan tanaman mendebunga bantuan daripada Kebiasaanya tanaman bergantung kepada haiwan atau angin untuk pendebungaannya. Apabila haiwan seperti lebah, rama-rama, kupu-kupu, lalat dan burung madu mendebunga tumbuhan, ia adalah secara kebetulan. Ini kerana mereka sebenarnya tidak ingin mendebungakan tumbuhan tersebut. Kebiasaannya, mereka berada pada tumbuhan tersebut untuk mendapatkan makanan, iaitu debunga yang melekit ataupun madu manis pada dasar kelopak bunga. Apabila mereka makan, haiwan tersebut secara kebetulan bergesel dengan stamen dan debunga melekat pada badan mereka. Apabila mereka bergerak ke bunga yang lain untuk makan, sebahagian debunga boleh tertanggal di stigma tumbuhan yang baru. Tanaman yang didebunga oleh haiwan sering berwarna cerah dan mempunyai bau yang kuat untuk menarik pendebunga haiwan. Cara lain pendebungaan tumbuhan ialah melalui angin. Angin mengambil debunga daripada satu tumbuhan dan meniup ke tumbuhan yang lain.

Tumbuhan yang didebunga oleh angin biasanya mempunyai stamen dan pistil yang panjang. Sementara itu, ia tidak perlu menarik haiwan pendebunga, ia boleh menjadi warna pudar, tanpa bau dan dengan kelopak bunga yang kecil ataupun tiada kelopak bunga kerana serangga tidak perlu mendarat pada mereka. Penyebaran biji benih pula adalah untuk mengelakkan persaingan dan kesesakan untuk mendapatkan keperluan hidup seperti air, garam mineral dan cahaya matahari yang membolehkan individu bermandiri. Proses penyebaran ini memerlukan bantuan agen-agen tertentu untuk membawa buah atau biji benihnya jauh dari induknya. Agen-agen pencaran termasuklah angin, air, manusia dan haiwan serta mekanisma letupan.

Bahan/ alat: Buku nota Pen Pensel Pembaris Kamera Beg plastik untuk membawa bunga, buah dan biji benih Kaedah: 1) Di dalam satu kumpulan dengan beberapa orang rakan sekelas, saya telah mengelilingi kampus. 2) Melalui aktiviti tersebut, saya telah membuat koleksi gambar buah dan biji benih berdasarkan apa yang telah diperhatikan. 3) Kemudian saya telah menamakan gambar tersebut dan

mengasingkannya bunga mengikut jenis agen pendebungaan yang diadaptasinya. 4) Ciri-ciri buah dan biji benih telah dikelaskan berdasarkan jenis penyebaran biji benihnya. 5) Pengumpulan tersebut telah dipamerkan.

Pemerhatian: 1) Bunga Agen Ciri-ciri Contoh Gambar

Pendebungaan Haiwan/ Ciri-ciri bunga yang di Serangga debungakan oleh serangga: 1.Bersaiz besar. 2.Ranggi berwarna cerah untuk menarik perhatian serangga. 3.Mempunyai nectar untuk menghasilkan bau dan manisan. 4.Filamennya pendek supaya anter berada di dalam ranggi. 5.Anter kecil yang Nama Saintifik: Hibiscus rosa sinensis Nama: Bunga raya

menghasilkan butir debunga Nama: yang sedikit. 6.Stil pendek. 7.Stigma melekit. 8.butir debunga melekit. 9.tangkai panjang. Nama Saintifik: Arachnis flosaeris Bunga Orkid

Angin

Ciri-ciri bunga yang di debungakan oleh angin: 1.Bersaiz kecil 2.Ranggi berwarna kurang menarik 3.Tiada berbau dan manisan kerana tiada nectar. 4.Filamennya panjang supaya anter berada di luar ranggi 5.Anther besar yang menghasilkan banyak butir Nama Saintifik: Clematis orientalis L Nama: Klematis

debunga 6. Stil panjang 7.Stigma berbulu, panjang dan terkeluar dari ranggi 8.Butir debunga kecil dan ringan. 9.Tangkai panjang. Nama Saintifik: Plumeria rubra Nama: Kemboja

Agen Penyebaran Buah dan Biji Benih Haiwan Ciri-ciri Contoh Gambar

Biji benih : Keras supaya tidak boleh dicernakan oleh haiwan Mempunyai cangkuk atau berduri untuk melekat pada badan haiwan

Nama: Kemuncup Nama Saintifik: Mimonasu pudica L

Buah : Mempunyai isi untuk dimakan Berwarna menarik dan mengeluarka n bau untuk menarik perhatian

Nama: Mangga Nama Saintifik: Mangifera indica

Angin

Biji benih : Kecil dan banyak Sangat ringan Bersayap atau berbulu

Nama: Kapas Nama Saintifik: Gossypium Herbaceum

Buah : Ringan Bersayap Kecil

Nama: Angsana Nama Saintifik: Pterocarpus indicus

Air

Nama:

Buah / biji benih : Ringan Mempunyai ruang udara Mempunyai lapisan kalis air Terapung di permukaan air

Kelapa Nama Saintifik: Cocos nucifera

Nama: Buah teratai Nama Saintifik: Nelumbo nucifera

Mekanisma Letupan

Buah : Mempunyai garis di antara karpel-karpel buah. Biji benih : Ringan Keras

Nama: Buah Getah Nama Saintifik: Hevea Brasiliensis

Nama: Buah Keembung Nama Saintifik: Impatiens Balsamina

You might also like