You are on page 1of 6

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP PUTRAJAYA 2009


PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang


Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa
kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN


FUTSAL TERTUTUP PUTRAJAYA 2009 PIALA Y.B
DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU
MANSOR dianjurkan oleh Kelab Futsal Putrajaya
dengan kerjasama Ahli Parlimen Putrajaya

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh


pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) yang diketuai oleh seorang ketua
pengadil.

2.2 TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 8HB FEBRUARI


2009 bertempat di Gelanggang Futsal, Kelab
Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, Cyberjaya.

2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang


tertutup (Dalam Dewan)

2.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 5hb


FEBRUARI 2009 (KHAMIS) di Bilik Mesyuarat
Dewan Serbaguna Presint 16, Putrajaya pada pukul
8.30 malam. Serta bayaran boleh di buat pada
malam tersebut.

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi


pihak sekiranya tiada wakil.
2.3 FORMAT KEJOHANAN

2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di


pusingan awal dan kalah mati di pusingan
seterusnya.

2.3.2 Masa perlawanan adalah selama 11 minit iaitu 5


minit pada separuh masa pertama dan 5 minit pada
separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.

2.3.3 Sekiranya berlaku keputusan seri pada peringkat


pusingan kalah-mati, kemenangan akan ditentukan
melalui sepakan penalti (3 pemain).

2.4 KATEGORI PERTANDINGAN

2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja


dan TERBUKA kepada semua pasukan futsal di
Putrajaya yang terdiri daripada remaja dan belia-
belia yang bermestautin di Putrajaya sahaja.

2.4.2 Syarat umur bagi penyertaan pemain adalah 18


tahun hingga 35 tahun.

2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang


pemain dan 4 pemain simpanan serta seorang
pengurus pasukan.

2.5.2 Hanya SEORANG sahaja pemain yang pernah


mewakili Negara dan negeri bagi pertandingann
peringkat KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA tahun
2002 hingga kini yang boleh didaftarkan dalam
pasukan.

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu


pasukan sahaja.

2.5.4 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan


RM100.00

2.5.5 PENYERTAAN ADALAH TERHAD 40 PASUKAN


SAHAJA.

2.5.6 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana


pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak
penganjur berhak membatalkan penyertaan
pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.

2.5.7 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-


satu perkara adalah muktamad.
3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan


tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa
Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk


bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum
perlawanan dimulakan.

3.3 Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa


yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang
melanggar peraturan akan dikira kalah seperti berikut:-

3.3.1 Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.

3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan


atau mengubah sesuatu perlawanan dengan
memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau
diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih
dahulu.

3.5 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai


dan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum di
dalam dewan atau kawasan pertandingan.

3.6 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada


Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.

3.7 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang


Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang
pertandingan ini.

3.8 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis


dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak
RM 300.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan
yang dibantah itu tamat.

3.9 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di


bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan.
Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.10 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima


oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan
dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak
penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan
tersebut.
3.11 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur
sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh
Jawatankuasa Rayuan.

3.12 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau


ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan
kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

3.13 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah


muktamad.

4.0 HADIAH PERTANDINGAN

4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya


menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ketiga
dan Tempat ke empat.

4.2 Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:

HADIAH PERTANDINGAN
KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PUTRAJAYA 2009

KEDUDUKAN NILAI HADIAH (RM)

JOHAN RM1,000.00 + Medal+


Piala pusingan Y.B Datuk Seri
Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
(Akan dikembalikan)

NAIB JOHAN RM700.00+ Medal

KETIGA RM 500.00 + Medal

KEEMPAT RM 300.00 + Medal

“DEDIKASIKANLAH SUKAN UNTUK NEGARA”

PERTANDINGAN KEJOHANAN LIGA TERTUTUP FUTSAL PUTRAJAYA


2009
PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR.

Di anjurkan oleh : Kelab Futsal Putrajaya.


Dengan kerjasama : Ahli Parlimen Putrajaya.
TARIKH TUTUP
PENYERTAAN
5 Februari 2009
(Khamis)

KELAB FUTSAL
PUTRAJAYA
KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL PUTRAJAYA 2009,
PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN B. TENGKU MANSOR

TARIKH : 8 FEBRUARI 2009 (AHAD)


TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL,
KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK,
CYBERJAYA.

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA KUMPULAN :

NAMA PENGURUS PASUKAN :


-------------------------------------------------

NO/TELEFON : ---------------------(R)--------------------(P)

-------------------------(H/P)

KATEGORI : TERBUKA LELAKI


( 18 TAHUN HINGGA 35 TAHUN SHJ)

BIL NAMA NO. KAD ALAMAT


PENGENALAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.
PENGAKUAN DIRI

Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju


mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang
ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan
mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya
di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan
selepas menyertai pertandingan ini

Tandatangan :___________________________

Nama :__________________________________ Tarikh : ____________________


( PENGURUS PASUKAN)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:


URUSETIA PERTANDINGAN
KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PUTRAJAYA 2009
PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

En. Zaid - 0173276100 ( PRESINT 16)


En. Mizi - 0196936768 ( PRESINT 9)
En. Rizzwan - 0129245867 (MENARA PjH, PRESINT 2 )
En. Alif - 0129563737 ( PRESINT 1 )
En. Amri – 0126936833 ( PRESINT 9 )
En. Khairil – 0193388550 (PRESINT 8&10)
En. Bob – 0126378641 (PRESINT 8)
En. Md Noh – 0192707006 (PRESINT 11)
En. Nazim – 0133371886 (PRESINT 14)
En. Nasru – 0133433397 (PRESINT 9)

BAYARAN PENYERTAAN BOLEH DIBAYAR PADA:

Tarikh : 5 Februari 2009 ( Khamis ).


Masa : 8.30 malam.
Tempat : Di bilik Mesyuarat,
Dewan Serbaguna,
Presint 16,
62000 PUTRAJAYA

You might also like