You are on page 1of 3

Pengenalan

Gadong Enterprise adalah industri IKS yang memberi tumpuan perniagaan kepada pemprosesan dan penjualan santan. Perniagaan mula beroperasi pada 1 Januari 2008 di Kampong Ulu Gadong. Lokasi Projek IKS Santan Pengusaha IKS ini beroperasi di Kampong Ulu Gadong, di kawasan rumah pengusaha di atas tanah seluas satu ekar. Tanah yang luas ini memudahkan tempat mesin kelapa, mesin perahan kelapa, penyimpanan kelapa biji serta proses membelah kelapa.

Matlamat Gadong Enterprise adalah IKS yang ditubuhkan selari dengan matlamat kerajaan yang mahukan lebih ramai bumiputra menceburi bidang perniagaan. Perusahaan santan kelapa dipilih kerana produk ini adalah antara produk yang paling sesuai lantaran permintaan yang tinggi dalam masakan masyarakat Malaysia dan tiada pengusaha dalam persekitaran daerah Kota perkampongan Gadong.

Pemasaran Sasaran Pasaran Perniagaan santan kelapa yang diusahakan tertumpu kepada peniaga-peniaga pasar, pengusaha makanan restoran, pengusaha kantin-kantin sekolah, pengusaha peniaga pasar malam, serta penduduk Kampong Ulu Gadong dan kampong berhampiran untuk kegunaan harian dan majlis-majlis keramaian. Promosi Promosi peniagaan IKS santan adalah penting untuk membolehkan pelanggan mengetahui lokasi dan perniagaan yang diusahakan, beberapa kaedah promosi dilaksanakan:

Harga

Pamplet Papan tanda Kad perniagaan

Harga untuk santan ditawarkan pada harga RM7.00 sekilo. Harga ini lebih rendah dari harga yang ditawar oleh pengusaha lain di pasar.

Lokasi Lokasi perniagaan IKS ini adalah di Kampong Ulu Gadong. Ia terletak lebih kurang 20 minit dari pekan Tampin perjalanan kereta. Perniagaan di lokasi ini memudahkan pelanggan persekitaran Gadong, Kota, dan Bongek yang tidak perlu ke pasar yang agak jauh.

Perancangan Masa Hadapan Oleh kerana permintaan yang sangat menggalakkan, pengusaha IKS ini bercadang untuk meluaskan pasaran. Buat ketika ini, kami tidak dapat menampong permintaan, malah beberapa permintaan besar dari pelanggan yang berniaga terpaksa ditolak atau menangguh penjualan berterusan lantaran ketidakmampuan mesin perahan kelapa yang kecil dan uzur Untuk itu kami memerlukan mesin baru yang besar dan berkapasiti besar.

Rancangan Operasi Keseluruhan operasi dijalankan di kawasan perumahan pengusaha. Proses berjalan seperti berikut: 1. Setiap dua minggu, pengusaha kelapa akan menghantar kelapa kira-kira 1000 biji. Di samping pengusaha kelapa, kelapa juga turut dibekal oleh penduduk persekitaran kampong. Ini diberi keutamaan supaya dapat membantu meningkat pendapatan penduduk sekitar. Harga dibeli dengan harga RM1.40 sebiji.

2. Setiap pagi sejumlah kelapa dibelah sebelum dimesin. 3. Kelapa yang telah dimesin akan diperah menggunakankan mesin pemerah untuk menghasilkan santan. 4. Santan akan dipek dalam plastik dan disimpan dalam peti sejuk. 5. Santan diedar kepada pelanggan.

Operasi menghasilkan santan hanya boleh dilakukan antara jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi. Ini adalah kerana pelanggan yang berniaga akan mengambil santan sebelum jam 10.00 pagi. Pemprosesan santan selepas jam 10.00 pagi tidak lagi ekonomikal kerana permintaan adalah kurang.

You might also like