You are on page 1of 4

Pendahuluan Negara dan bangsa merupakan dua konsep yang berbeza.

Negara adalah kesatuan geografi-politik manakala bangsa ialah entiti atau kesatuan sosiobudaya. Negara bangsa terbentuk apabila manusia berkongsi sejarah, kebudayaan serta bahasa yang sama dan seterusnya menghasilkan satu identiti. Ia terdiri daripada tiga komponen utama iaitu, negara, individu dan bangsa. Setiap negara bangsa mempunyai penduduk yang berteraskan satu bangsa, bahasa, kesusasteraan dan satu kesedaran kebangsaan. Selain itu, negara bangsa adalah satu kumpulan manusia dengan identiti yang sama yang telah membentuk negara politik sendiri. Justeru, pembentukan negara bangsa satu negara dengan negara lain adalah berbeza berdasarkan kepada perkembangan negara masing-masing. Vietnam telah melalui proses pembentukan negara bangsa setelah perjuangan menuntut kebebasan ke atas negara berlaku namun penyatuan masyarakat ini tidak secara menyeluruh tetapi berperingkat-peringkat.

Penyatuan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan Selepas dua tahun menandatangani Perjanjian Paris 1973, tentera DRV (Republik Demokratik Vietnam) dapat menguasai Vietnam Selatan dan menubuhkan kerajaan revolusioner sementara atau Provisional Revolutionar Government (PRG) bertujuan menguruskan proses penyatuan Vietnam.1 Perjanjian Paris 1973 yang ditandatangani Amerika Syarikat dan DRV melambangkan kemenangan DRV dan Komunisme. Oleh itu,tamatlah Perang Vietnam II 1960-1975. Ho Chi Minh, pengasas Parti Komunis Vietnam, pemimpin gerakan revolusioner dan Presiden DRV yang merupakan penggerak dinamis Vietnam dan lambang semangat nasionalis Vietnam telah meninggal dunia pada 1969. Beliau tidak dapat melihat kejayaan misi nasionalis menyatukan
1

Peter Church(ed). 1999. A Short History of South East Asia. Australia: Asean Focus Group Pty Limited, hal. 14.

Vietnam yang dirancang dan dilaksanakan di bawah kepimpinannya. Oleh itu, nama bandar Saigon ditukar kepada nama Thanh Pho Ho Chi Minh ( Ho Chi Minh City) sebagai tanda hormat para penyokong dan rakyat Vietnam terhadap jasa beliau. Pada 2 Julai 1976, Vietnam Utara dan Vietnam Selatan disatukan di bawah pemerintahan Komunis dengan nama baru iaitu Republik Vietnam Sosialis atau Socialis Republic of Vietnam (SRV).

Pembentukan Negara Bangsa Vietnam telah disatukan di bawah ideologi komunis yang bukannya berasaskan pada penguasaan wilayah kerana ia perlu dipertahankan dengan kekuatan tentera. Kuasa mereka adalah berasaskan hubungan politik yang melibatkan rakyat di luar bandar. Ini telah diperkukuhkan oleh kesamaan nilai-nilai yang mereka perjuangkan dengan cara hidup penduduk desa.2 Hal ini sangat berbeza dengan kerajaan Saigon yang tidak mempunyai cara-cara yang sesuai bagi menukar penguasaan wilayah kepada kesetiaan politik. Justeru, Saigon terpaksa menggunakan kekuatan tentera kerana tidak mempu bersaing dengan golongan komunis bagi mendapatkan kesetiaan rakyat. Walau bagaimanapun, tindakkan Saigon tidak lagi berkesan malah semakin menurun akibat daripada kejayaan komunis mengembangkan organisasi politik yang berasaskan kepada desa. Masyarakat Vietnam juga telah disatukan oleh agama. Pada pertengahan pertama abad ke20, muncul taifah Cao Dai (Istana Agung iaitu nama satu tuhan tunggal dan penyelamat atau bersifat baik). Taifah Cao dai adalah gabungan pemujaan roh, agama Buddha, agama Taoisme, Confusianisme dan ajaran agama Kristian. Pengasas taifah Hoa Hao yang mengaku dirinya sebagai penjelmaan Buddha tuan damai barat, memberi ceramah tentang agama Buddha baru yang
2

Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 240.

merupakan satu medium kedamaian, keteguhan moral dan kemakmuran. Walau bagaimanapun, kesatuan masyarakat dalam agama ini masih longgar. Hal ini kerana penubuhan Gereja Buddhis Vietnam yang menggantikan Jemaah Buddhisme Bersatu pada November 1981 yang beroperasi di bawah kuasa organisasi para komunis iaitu Barisan Tanah Air (Front de la Patrie) dan penubuhan Jawatankuasa Perpaduan Orang-orang Katolik Patriotik pada 1983 merupakan penindasan yang nyata. Setiap tahun sejak tahun 1975, terdapat ramai sami Buddha, paderi, orang biara dan orang kebanyakan tanpa mengira agama dipenjara, rumah ibadat dirampas dan masyarakat diugut. Misalnya, Thich Huyen Quang seorang sami telah ditahan kerana dituduh memutarbelitkan kebenaran tentang politik agama. Bahasa juga menjadi identiti pemupukan negara bangsa di Vietnam. Bahasa penting sebagai alat komunikasi dan perantaraan dalam kalangan masyarakat Vietnam. Vietnam meminjam telah pelbagai istilah sastera, falsafah, dan perbendahaaran Cina namun bahasa mereka mempunyai identiti tersendiri dan tidak boleh dianggap sebagai satu dialek Cina, walaupun dialek Cina memainkan peranan penting dalam perkembangan semantiknya. Hal ini kerana bahasa Cina yang diasimilasikan oleh orang Vietnam akhirnya berbeza dengan bahasa yang dituturkan oleh orang Cina kerana Vietnamisasi pengucapan mengikut kecenderungan fonetik Vietnam. Perbezaan ini diperkuatkan lagi oleh perbezaan sintaksisnya. Selain itu, ideogram-ideogram Cina juga diambil dan digunakan semasa di bawah penguasaan China. Ideogram ini digunakan secara berterusan dalam tulisan selepas kemerdekaan Vietnam kerana hingga permulaan abad ke-20, bahasa Cina klasik masih menjadi bahasa rasmi dan bahasa pengantar yang dikhususkan dalam pemikiran masyarakat Vietnam.

KESIMPULAN Konsep negara bangsa mempunyai daya tarikan yang kuat selaras dengan gerakan nasionalisme dan perjuangan dalam membela negara lantas menyatukan masyarakat berdasarkan ideologi yang sama. Vietnam telah melalui pelbagai proses sebelum kemerdekaan dan penyatuan yang melibatkan tempoh yang agak lama. Cadangan penyatuan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan telah dikemukakan sejak tahun 1957 namun usul tersebut telah ditolak. Namun, pada Julai 1976 menjadi titik permulaan kepada Vietnam dalam membentuk negaranya sendiri berdasarkan ideologi Komunis. Justeru, pembentukan negara bangsa Vietnam berlaku setelah adanya penyatuan Vietnam. Namun, pembinaan negara bangsa di Vietnam bukanlah secara menyeluruh dan mendadak tetapi memerlukan tempoh yang panjang dan secara berperingkat-peringkat.

You might also like