You are on page 1of 3

SK JELAI.

34520 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN MINIT MESYUARAT PANITIA KALI KEDUA Panitia Mata Pelajaran: PENDIDIKAN MUZIK Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 5 JULAI 2011 : 1.00 PETANG : KANTIN : EN. MUHAMAD ROHAIZAD B MUHAMAD KHER : 4 ORANG 1. EN. MUHAMAD ROHAIZAD B MUHAMAD KHER 2. PN. KU SALLEHA BT KU HAMID 3. PN. YUHAINA BINTI MD YUSOFF 4. PN. ROSAZLINA MASTURA BT KU HAMID

Kehadiran (Bilangan) Guru Yang Hadir :

Guru Yang Tidak Hadir

BIL 1.

AGENDA Ucapan Pengerusi: Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen semua guru Muzik 2012 yang bersama-sama meningkatkan usaha dan kerjasama dalam mendidik murid-murid dalam mata pelajaran Dunia Muzik.

TINDAKAN

Makluman AJK

2.

Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Pn. Ku Salleha mencadangkan agar Minit Mesyuarat Panitia Dunia Muzik Kali pertama Tahun 2012 disahkan dan disokong oleh En. Muhamad Rohaizad. Makluman

Perkara Yang Dibincangkan; 3. 3.1 Guru-guru Muzik dimaklumkan bahawa penggunaan makmal komputer sebagai bilik muzik akibat sekolah kekurangan bilik yang sesuai untuk dijadikan bilik muzik. Makmal computer dipilih kerana sifatnya yang kedap bunyi dan terletak jauh dari bangunan kelas. Oleh itu dapat mengelakkan daripada gangguan bunyi sekiranya alat muzik dimainkan. 3.2 Guru-guru muzik juga diberitahu bahawa Bilik Muzik ini boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut jadual waktu muzik yang telah ditetapkan. 3.3 Sekiranya guru-guru muzik ingin membawa alatan keluar dari bilik muzik adalah dibenarkan, namun penggunaannya oleh murid-murid haruslah dipantau oleh guru, dan perlu dipulangkan semula ke dalam bilik muzik setelah selesai digunakan. 3.4 Guru-guru muzik yang terlibat dengan KSSR juga boleh membawa masuk murid-murid yang terlibat dalam KSSR untuk masuk ke dalam bilik muzik ini. Sekiranya kesuntukan masa, guru-guru boleh mengajar muzik di dalam kelas sahaja. 3.5 Ketua panitia mengingatkan kepada guru-guru KSSR untuk melengkapkan fail KSSR masing-masing dan pastikan tahap pencapaian (band) murid juga ditetapkan. 3.6 Alatan muzik yang telah dibeli iaitu kayu tik-tok dan loceng. 3.7 Ketua panitia juga menerangkan bahawa ujian perlu dilakukan terhadap murid-murid untuk memastikan pencapaian mereka. Ujian boleh dilakukan dalam bentuk bertulis atau melalui pemerhatian terhadap murid itu sendiri.

Makluman AJK

4.

Hal-hal Lain Makluman AJK 4.1 Pn. Ku Salleha memaklumkan bahawa beliau akan menggunakan keyboard untuk digunakan dalam latihan dan persembahan murid sempena majlis persaraan Tn Hj Ahmad Rahim yang akan diadakan.

Ucapan Penangguhan. 5. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Harapan kepada semua guru dapat menggunakan bilik muzik dengan sebaik-baiknya agar proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu kelas-kelas lain kerana kedudukannya jauh. Sekiranya guru ada masalah segera merujuk kepada KP. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.

Disediakan oleh

Disemak oleh,

. .. (Pn. Yuhaina binti Md Yusoff) Muhamad Kher) Setiausaha, Pengerusi, Panitia Pendidikan Muzik

(En. Muhamad Rohaizad B

Panitia Pendidikan Muzik

You might also like