P. 1
TEKS DOA Hari Kemerdekaan

TEKS DOA Hari Kemerdekaan

|Views: 2,707|Likes:
Published by Muaz Husaini

More info:

Published by: Muaz Husaini on Aug 27, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2014

pdf

text

original

TEKS DOA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN SEMPENA PERAYAAN KEMERDEKAAN KE-50, TAHUN 2007

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam, ahli keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini. Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual. Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan yang kami perolehi adalah hasil daripada kemerdekaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Sempena Majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang sempena Perayaan Kemerdekaan Ke-50, Tahun 2007 ini, kami pohonkan ihsan daripadaMu Ya Allah, agar engkau kurniakan kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami daripada segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami daripada segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami daripada segala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini. Ya Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam, Engkau peliharalah tanah air kami Malaysia yang kami cintai ini. Engkau peliharalah perpaduan di antara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Ya Allah, kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni, percayamempercayai, saling hormat-menghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara kami sehingga ke hari ini. Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Kami memohon restu daripada-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.

Engkau kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang akan datang. Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk generasi baru yang boleh menghargai dan mempertahankan kemerdekaan ini, agar perjuangan awal yang dirintis oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia.

Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang sihat, berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga. Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan negara dan bangsa.

DOA HARI KEMERDEKAAN Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami bersyukur kepadaMu dia atas segala nikmat yang engkau berikan kepada kami. Kami sedar Ya Allah tanpa bantuan dan hidayahMu segala nikmat yang kami kecapi selama ini tiak akan wujud. Maha suci Allah dengan kehendakMu jua Negara yang kami cintai ini kekal merdeka hinga saat ini. Ya Rahman Ya Rahim, Sempena perhimpunan hari kemerdekaan ini, kami menadah tangan dengan rasa penuh keinsafan, pengabdian dan tawaduk memohon denganMu dengan kekuasaanMu yang Maha luas dan perlindunganMu yang tiada tandingannya. Kekalkan kemerdekaan ini Ya Allah. Jauhilah Negara kami daripada plbagai bentuk pnjajahan samada penjajahan berbentuk fizikal mahupun rohani. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Hiasilah tanah air kami dengan kedamaian, keamanan, kesejahteraan dan kekayaan terutama sekolah yang kami cintai ini untuk selamanya. Jadikanlah sekolah kami ini sebagai sekolah contoh dan cemerlang dalam segala bidang serta terhindar daripada perkara-perkara yang dimurkai olehMu. Kami memohon kepadaMu dengan nur ZatMu yang seluruh penjuru ArasyMu dan dngan kudratMu yang telah Engkau takdirkan kepada semua makhlukMu dan dengan rahmatMu yang Maha luas. Berikanlah petunjuk kepada pemimpin-pmimpin kami agar mereka terhindar daripada perkara–perkara yang dimurkai olehMu. Ya Allah, Di hadapan kami ini, anak didik dan generasi yang akan mewarisi kemerdekaan ini, kurniakanlah kepada mereka dengan keimanan yang mantap, akhlak yang mulia, akal yang cerdik, samada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Jauhilah mereka daripada gejala negatif. Sematkanlah dalam hati mereka perasaan benci perkara-perkara maksiat dan kemungkaran. Kami memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadratMu atas segala nikmat yang Engkau limpahkan kepada kami, Ya Allah tanpa bantuanMu, kurniaan dan hidayahMu tiada apa yang ada pada kam. Maha suci Engkau Ya Allah, Jadikanlah kami hambaMu yang bertaqwa. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Sempena sambutan perayaan Hari Kemerdekaan pada tahun ini, kami dengan rasa rendah diri menadah tanganMu, kami pohonkan agar dengan kekuasaanMu dan perlindunganMu yang tiada tandingannya. Kekalkanlah kemerdekaan ini kepada kami Ya Allah. Jauhilah Negara kami yang kami cintai ini daripada segala bentuk penjajahan samada penjajahan yang kami sedar mahupun tidak sedar Ya Allah, Jadikanlah anak didik dan wargax x x x x x x x x ini generasi yang akan mewarisi dan mempertahankan kemerdekaan ini. Kurniakan kami iman yang teguh, akhlak yang mulia dan akal yang sejahtera. Jadikanlah kami berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran

Amin Ya Rabbal 'alamin…..

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->