You are on page 1of 47

Sinopsis Hikmat (T1)

Novel ini mengisahkan Amri yang bermasalah akibat sikap bapanya yang panas baran dan tidak bertanggungjawab. Di sekolah, Sapura melaporkan perbuatan Amri mengugut seorang murid kepada Cikgu Salman. Akibatnya, Amri dirotan oleh Cikgu Salman. Amri berdendam akan mengenakan Sapura suatu hari nanti. Di rumah, Amri sedih melihat ibunya yang menjadi mangsa kekejaman bapanya. Wang perbelanjaan tidak diberikan dan ibu Amri terpaksa berhutang dengan Pak Dolah. Dia juga sering menjadi mangsa kemarahan bapanya yang tidak bertimbang rasa. Pada suatu hari, Amri mengambil keputusan untuk mengenakan Sapura. Mereka berbasikal pulang ke rumah melalui jalan di sawah padi. Ketika melalui jalan sempit, Amri sengaja menghentikan basikalnya secara tiba-tiba. Akibatnya, Sapura terjatuh ke dalam lumpur sehingga mengotorkan pakaiannya. Amri berpuas hati kerana berjaya mengenakan Sapura. Namun, ketika sampai di rumah Amri mendapati ibunya dalam keadaan lemah dan ada luka pada mukanya. Dia berbasikal ke pekan untuk membeli ubat untuk ibunya. Dalam perjalanan pulang dia disekat dan dicederakan oleh beberapa orang pemuda untuk merampas wang. Mujurlah Sapura datang dan Amri terselamat. Sapura memberitahu ibu Amri sudah dihantarkan ke hospital. Kemudian, Amri turut dibawa ke hospital oleh bapa Sapura untuk mendapatkan rawatan. Peristiwa tersebut menginsafkan Amri. Sejak itu, Amri dan Sapura berkawan baik.

Sinopsis Erti Sebuah Pengorbanan (T2)


Iman tinggal bersama-sama datuk dan neneknya setelah ibu bapanya bercerai. Iman ingin menyatukan ibu bapanya semula. Iman bersahabat baik dengan Pei Wen. Iman tidak disukai oleh Linda rakan sekelasnya. Linda sentiasa mencari masalah dengannya. Linda turut menyertai pertandingan pidato untuk mencabar Iman. Iman mendapat sokongan daripada Pei Wen, Adif Dainal dan Zulkarnian untuk menyertai pertandingan itu. Iman didesak oleh Linda supaya menarik diri daripada pertandingan tersebut jika mahu hubungan mereka pulih tetapi Iman enggan. Adil Dainal menjauhkan diri daripada Iman selepas mendapat tahu bahawa lelaki yang akan berkahwin dengan ibunya ialah ayah Iman. Iman sedih kerana impiannya untuk menyatukan ibu bapanya mungkin tidak akan kesampaian. Iman berjaya memenangi pertandingan pidato peringkat daerah. Perbuatan jahat Linda terbongkar selepas Linda mengakui bahawa dialah yang menjadi dalang menyembunyikan diari Iman. Iman berasa gembira apabila mendapat berita bahawa ayahnya dan Mak Cik Sofia, ibu Adil Dainal membatalkan hasrat untuk berkahwin. Ayah Iman berusaha unutk berbaik-baik semula dengan ibu Iman demi masa depan mereka sekeluarga.

Sinopsis 6:20 (T3)


Empat hari berturut-turut Sukma bertemu dengan beberapa orang tetamu misteri di pintu pagar rumahnya. Peristiwa itu menimbulkan tanda tanya kepada Sukma. Dia ingin menyiasat tujuan kedatangan mereka tetapi dihalang oleh ibunya. Di kampus pula, fikiran Sukma bercelaru kerana tingkah laku Jerry telah berubah. Alvin memberitahu Sukma bahawa Jerry menganggotai Kelab WX2 yang menuntut hak untuk hidup bebas secara mutlak. Sukma mencurigai tujuan penubuhan kelab itu setelah ternampak dengan Jerry yang berpakaian serba hitam dan bersolek seperti mayat. Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya bertaubat. Abang Aim yang pernah menganggotai Kelab WX2 menasihati Sukma supaya berhati-hati kerana kelab itu sanggup melakukan apa-apa unutk memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka pandai menghapuskan bukti supaya tidak dikesan oleh polis. Sukma melaporkan semua maklumat yang diketahuinya kepada Inspektor Ros. Inspektor Ros menemui Jerry untuk mendapatkan tandatangannya sebelum menyerahkan buku laporan kepada ketuanya. Pihak polis bersiap sedia di tempat aktiviti kumpulan itu. Semasa operasi dijalankan, ibu Sukma terkena tembakan ahli kumpulan berkenaan dan koma. Sukma sedih dan marah kerana dia mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu. Rupa-rupanya, ibunya merupakan perisik yang membantu pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti kumpulan tersebut.

Tema
Hikmah (T1) Erti Sebuah Pengorbanan (T2) 6:20 (T3)

Permasalahan dalam keluarga yang mengakibatkan orang yang bermasalah.

Kasih sayang serta harapan yang ingin menyatukan keluarganya.

Jati diri yang diuji dengan arus dan pengaruh pemodenan.

Persoalan
Hikmat (T1)
Masalah sebuah gejala buli dan memeras ugut di sekolah. Permasalahan keluarga yang menyebabkan anak menjadi liar. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Keinsafan terhadap kelakuan buruk yang telah dilakukan. Sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat.

Persoalan
Erti Sebuah perjuangan (T2)

Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam keluarga khususnya anak-anak. Keprihatinan sebagai sahabat terhadap sahabat yang lain. Usaha yang gigih mampu memacu kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Perbezaan kaum tidak menghalang persahabatan. Kemenangan bagi insan yang bersabar dan kuat semangat.

Persoalan
6:20 (T3)
Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Semangat setia kawan yang kukuh. Sikap berdedikasi pemimpin terhadap tanggungjawabnya. Remaja yang mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Semangat cinta akan budaya tradisional. Sikap berani menegakkan kebenaran.

Watak Utama
Hikmah (T1) Erti Sebuah Pengorbanan (T2) 6:20 (T3)

Amri Murid yang bermasalah. Sering membuli dan meminta wang perlindungan daripada murid lain. Bersifat pendendam. Suka mengenakan orang lain. Sayang akan ibunya.

Iman Zulaika Pelajar tingkatan satu. Anak tunggal. Ibu bapanya sudah bercerai. Murid yang pintar berpidato hingga berjaya mewakili sekolah. Seorang yang berdikari, rajin, dan pintar dalam Matematik. Amat sayang akan ibu dan bapanya. Berazam untuk membina keluarganya yang runtuh semula. Disayangi rakan-rakan dan guru. Patuh akan perintah guru.

Nur Sukma Anak tunggal Tuan haji Syaqir dan Puan Delia. Berusia 19 tahun. Penuntut jurusan Sains Politik di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Hidup bermasyarakat dan suka membantu. Taat akan perintah Tuhan. Bersemangat setia kawan. Gigih berusaha dan tidak berputus asa. Bijak, rajin dan matang. Taat akan perintah ibu bapanya. Selalu memohon maaf kepada ibunya setelah dia bersikap kasar terhadap ibunya.

Watak Sampingan
Hikmat (T1)
Sapura Pengawas sekolah. Amanah. Bertanggungjawab. Bersikap tegas dan berani. Baik hati. Mempunyai rasa simpati terhadap orang lain.

Watak Sampingan
Hikmat (T1)
Emak Amri Tabah menghadapi penderitaan hidup. Berhati mulia. Patuh akan suami. Penyayang. Bertanggungjawab. Bersikap pemaaf

Watak Sampingan
Hikmat (T1)
Ayah Amri Tidak bertanggungjawab. Ketagihan dalam permainan judi dan dadah. Akhirnya dia insaf akan perbuatannya yang kejam terhadap keluarganya.

Watak Sampingan
Hikmat (T1)

Pak Dolah Peruncit yang baik hati. Memberi hutang kepada keluarga Amri. Tidak pernah kisah hutang keluarga Amri.

Watak Sampingan
Erti Sebuah perjuangan (T2)
Pei Wen Berketurunan Cina. Berkawan baik dengan Iman sejak kecil lagi. Mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran orang Melayu. Tinggal bersama-sama dengan bapa dan ibu tiri. Berasa tertekan dengan lantaran sikap ibu tirinya yang kasar terhadapnya. Berprihatin, penyayang dan rajin belajar.

Watak Sampingan
Erti Sebuah perjuangan (T2)
Linda Rakan sekelas Iman. Mencemburui kelebihan Iman. Suka menonjolkan diri. Sanggup menganiayai Iman demi memuaskan hatinya.

Watak Sampingan
Erti Sebuah perjuangan (T2)
Adif Danial Pelajar baharu di kelas Tingkatan Satu Dinamik. Anak tunggal dalam keluarga. Bapanya sudah meninggal dunia. Bijak. Keras hati. Sensitif dan mudah merajuk.

Watak Sampingan
Erti Sebuah perjuangan (T2)
Datuk dan nenek Sepasang suami isteri yang telah lanjut usia. Mempunyai beberapa orang anak. Digambarkan anak-anaknya berjaya dalam akademik. Menyayangi cucu mereka, Iman.

Watak Sampingan
6:20 (T3)
Rafiq Mustaqeem Sahabat Sukma, Teja, Jerry, dan Alvin Berasal dari Washington. Berdarah kacukan Melayu (ayah) dan Turki (ibu). Wajahnya iras kacukan orang Inggeris. Pelajar baharu di universiti wang sama dengan Sukma. Baik hati, merendah diri, dan mudah dibawa berbincang. Bijak dalam pelajaran. Setia kawan.

Watak Sampingan
6:20 (T3)
Iskandar Sahabat kepada Sukma sejak bersekolah menengah. Penuntut jurusan Sains Politik di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Gemar memberontak dan bersikap pesimistik. Suka melihat sesuatu dari sudut yang berbeza. Suka merendahkan kebolehan dan kemampuan orang lain. Mudah terpengaruh dengan mengagungkan budaya Barat. Bertaubat Bekerjasama.

Watak Sampingan
6:20 (T3)
Puan Delia Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir. Berdisiplin, amanah, baik hati, dan cantik. Penyayang dan bertanggungjawab. Menghormati tetamu. Menghidap penyakit darah tinggi.

Watak Sampingan
6:20 (T3)
Tuan Haji Syaqir Pengerusi jawatankuasa kampung. Bertanggungjawab. Taat akan perintah Tuhan. Dihormati oleh masyarakat sekeliling. Pandai memujuk. Tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku.

Plot
Hikmat (T1)
Permulaan Amri baru sahaja dirotan oleh Cikgu Salman kerana perbuatan buruknya terhadap Saleh telah dilaporkan oleh Sapura kepada Cikgu Salman. Hal itu menimbulkan perasaan sakit hati Amri terhadap Sapura dan bertekad untuk mengenakan Sapura suatu hari nanti. Kawan baik Amri, Siva enggan bersubahat untuk mengenakan Sapura.

Plot
Hikmat (T1)
Perkembangan Emak Amri kurang sihat, kesempitan wang, dan dibebani pula perangai ayahnya apabila pulang ke rumah meminta wang daripada emaknya. Sejurus kemudian, emak Amri pulang dari kedai Pak Dolah. Pertengkaran emak dengan ayahnya berlaku berpunca daripada ayahnya pulang semata-mata meminta duit daripada emaknya. Apabila emaknya gagal memberikan duit. Ayahnya menyelongkar gerobok. Ketika ingin pergi, sempat lagi ayahnya meragut rantai pusaka yang dipakai emaknya. Emak cuba menghalang ayah tetapi gagal kerana kakinya tersanding bendul. Amri yang geram melihat kejadian itu cuba menghalang ayahnya, namun tindakan itu menyebabkan ayahnya menampar Amri sehingga tersungkur.

Plot
Hikmat (T1)
Perumitan Amri ke sekolah dengan kesan lebam di pipi. Pada masa rehat Amri menyisihkan diri di hujung padang. Hatinya amat pedih mengenangkan keadaan yang berlaku kepadanya sehingga air matanya membasahi pipi. Semasa hendak pulang dari sekolah, Amri menunggu Sapura di tempat letak basikal. Mereka berdua kemudian melalui jalan sempit di tengah. Semasa melalui jalan tersebut tiba-tiba, Amri yang berada di hadapan memberhentikan basikalnya secara tiba-tiba. Sapura yang berada di belakang terkejut dan tidak boleh mengawal basikalnya lalu terjatuh ke dalam bendang. Amri sampai di rumah dan melihat keadaan rumahnya yang bersepah dan emaknya sedang menangis dengan keadaan kepala luka dan berdarah. Tanpa disedari segala yang berlaku kepada dua beranak itu diperhatikan oleh Sapura melalui celah lubang dinding. Seterusnya, Amri berhasrat ke pekan memberli ubat untuk emaknya. Amri mengambil keputusan ke farmasi yang terletak di pekan sejauh 10 kilometer dari rumahnya. Semasa dalam perjalanan Amri teringat peristiwa yang dialaminya. Perasaannya bercampur baur sehingga basikalnya tersasar ke tengah jalan besar. Khayalan itu hampir meragut nyawanya, nasib baik tiada kenderaan yang berselisih dengannya. Setelah dirinya tenang, Amri meneruskan perjalanan ke farmasi.

Plot
Hikmat (T1)
Klimaks Sejam perjalanan akhirnya Amri sampai di farmasi. Apabila selesai membeli ubat Amri pulang. Semasa dalam perjalanan pulang dia ditahan oleh seorang lelaki yang tidak terurus yang berpura-pura meminta bantuannya mengangkat orang yang pengsan di sebuah lorong ke hospital. Semasa di lorong barulah Amri mengetahui itu semuanya muslihat apabila muncul seorang lagi pemuda dan meminta Amri menyerahkan wang kepadanya. Disebabkan tidak berpuas hati pemuda itu mencurahkan ubat yang baru dibeli oleh Amri tadi. Akibat terlalu lemah dipukul, Amri hanya mampu melihat ubat yang akan diberi kepada emaknya itu terbuang begitu sahaja sambil air matanya mengalir. Amri terus dipukul oleh pemuda itu. Tiba-tiba terdengar jeritan orang menyebut perkataan polis, menyebabkan dua orang penjahat itu lari bertempiaran. Amri seakan-akan mengenali suara itu dan alangkah terkejutnya Amri apabila yang membantunya tadi ialah Sapura.

Plot
Hikmat (T1)
Peleraian Amri cuba mendapatkan kepastian bagaimana Sapura boleh berada di situ. Amri juga memohon maaf kepada Sapura atas perbuatannya semasa balik dari sekolah tadi dan jika Sapura datang untuk membalas dendam dia sanggup menerimanya. Sapura menjelaskan, emak Amri yang memberitahu Amri ke farmasi dan Sapura cuba menjejaki Amri. Sapura juga memberitahu ayahnya telah menghantar emak Amri ke hospital untuk dirawat. Ayah Sapura terkejut dengan kejadian yang berlaku dan membawa Amri ke hospital yang kebetulan unutk menjemput emak Amri yang baru tadi dihantar ke hospital. Semenjak kejadian itu Amri dan Sapura berkawan baik. Amri tidak lagi membuli murid-murid lain. Ayah Amri telah ditangkap polis dan dipenjara kerana terlibat dalam kegiatan judi dan penyalahgunaan najis dadah. Kini ayah Amri benar-benar insaf. Keluarga Sapura menjadi semakin akrab dengan Amri dan emaknya. Kini Amri berjaya mengawal emosinya, dia berjanji akan menjadi insan yang berguna dan tidak akan mensiasiakan masa depannya lagi.

Plot
Erti Sebuah perjuangan (T2)
Permulaan Iman Zulaikha pulang dari sekolah dalam keadaan letih. Nenek memberitahu ayah ada menelefonnya tadi dan menurut ayah, dua hari lagi ayah akan datang. Selepas makan tengah hari bersama datuk dan nenek, Iman Zulaikha masuk ke bilik mengulang kaji pelajaran. Ketika itu rakan sekelasnya, Pei Wen datang. Pei Wen menceritakan kerenah ibu tirinya. Pada waktu malam, setelah mengulang kaji pelajaran, Iman Zulaikha akan menulis dan membalas e-mel daripada ibu.

Plot
Erti Sebuah perjuangan (T2)
Perkembangan Cikgu Julia, guru kelas Tingkatan Satu Dinamik memperkenalkan murid baharu, Adif Danial. Cikgu Julia memberitahu pada bulan hadapan akan diadakan pertandingan pidato peringkat daerah. Cikgu Julia menetapkan satu tarikh untuk memilih wakil sekolah, sama ada Iman Zulaikha atau Linda. Pada waktu rehat, Pei Wen menceritakan sikap ibu tirinya yang sudah berubah dan memohon maaf kepada Pei Wen kerana sebelum ini hidup ibu tirinya tertekan. Apabila sekembalinya dari sekolah, ayah sudah berada di rumah nenek. Akhirnya Iman Zulaikha diumumkan sebagai johan dan terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat daerah pada bulan hadapan.

Plot
Erti Sebuah perjuangan (T2)
Perumitan Bagi Linda, persahabatan mereka boleh terjalin sekiranya Iman Zulaikha menarik diri daripada pertandingan dan Linda memberi tempoh tiga hari untuk Iman Zulaikha memikirkan cadangannya itu. Malam itu ayah membawa Iman Zulaikha makan malam di sebuah restoran. Ayah menerangkan hasratnya mahu berkahwin lagi dengan Sofia, seorang janda yang kematian suami. Adif Dainal tidak datang ke sekolah. Pada petang itu, Iman Zulaikha dan Zulkarnian ke rumah datuk Adif Dainal di Taman Segar. Adif Dainal tidak mahu bercakap panjajng. Dia mahu mencari ketenangan dan dia mahu rakannya itu balik dahulu.

Plot Erti Sebuah perjuangan (T2)


Klimaks Sudah beberapa hari Iman Zulaikha tidak menerima e-mel daripada ibu. Pada satu hari dia bertemu Linda. Linda ingin mengetahui keputusan Iman Zulaikha. Iman Zulaikha menjelaskan yang dia tidak akan menarik diri, dia tetap akan bertanding. Kata-kata itu menyebabkan Linda menjadi marah, lalu menolak Iman Zulaikha yang berdiri di anak tangga, menyebabkan kaki Iman Zulaikha terpelecok lalu terguling-guling ke bawah. Pada petang itu, anak bongsu datuk, Pak Su Razlan yang baru menamatkan pengajian di New Zealand telah pulang. Pak Su Razlan menceritakan kepada Iman Zulaikha bahawa dia pernah terserempak dengan kakaknya itu bersama seorang lelaki Inggeris. Ketika di rumah Adif Dainal datang untuk memohon maaf daripada Iman Zulaikha. Dia juga memberitahu kepada mamanya, yang dirinya tidak memerlukan bapa tiri dan mamanya sanggup menunaikan hasrat Adil Dainal dengan membatalkan hasrat berkahwin lagi. Ibu menelefon datuk. Menurut ibu, selama sepuluh hari ibu terlantar di hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Menjelang hari pertandingan pidato, diari kepunyaan Iman Zulaikha hilang. Dalam diari itulah disisipkan teks pidato yang sepatutnya diserahkan kepada Cikgu Julia untuk diserahkan kepada penganjur pertandingan. Akhirnya dia membuat semula teks tersebut. Pada hari pertandingan yang dijalankan di sebuah sekolah berhampiran, ayah datang menonton. Iman Zulaikha memenangi pertandingan itu.

Plot
Erti Sebuah perjuangan (T2)
Peleraian Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun, Iman Zulaikha telah diumumkan menduduki tempat kedua dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, manakala Adil Dainal menduduki tempat pertama. Tiba-tiba Cikgu Shaharudin masuk ke kelas. Cikgu Shaharudin memanggil Linda dan Iman Zulaikha. Menurut guru itu, seorang murid telah mengambil diari kepunyaan Iman Zulaikha dan Linda merupakan perancang kes kecurian tersebut. Linda dalam keadaan berat mengakui akan perbuatan yang dilakukan dan Iman Zulaikha memaafkan kesalahan yang Linda buat. Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran. Pada malam itu, ayah bercadang membawa Iman Zulaikha, datuk dan nenek ke New Zealand. Menurut ayah, setelah ayah memikirkan dengan mendalam, ayah mahu hubungan dengan ibu diikat semula sebagai suami isteri. Kata-kata itu amat memeranjatkan hati Iman Zulaikha, lalu dipeluk ayah. Iman Zulaikha sedar erti sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh ayah terhadapnya.

Plot
6:20 (T3)

Permulaan Sukma ialah gadis berusia 19 tahun dan belajar di sebuah universiti. Dia mengalami konflik jiwa apabila kedatangan beberapa orang tetamu misteri ke rumahnya pada pukul 6.20 pagi pada setiap hari.

Plot
6:20 (T3)

Perkembangan Sukma mula menyiasat secara sendirian dan mendapat maklumat tentang Kelab WX2 yang membawa fahaman tentang kebebasan tanpa had dan semakin mendapat perhatian remaja.

Plot
6:20 (T3)
Perumitan Perubahan sikap Puan Delia menyebabkan Sukma berasa pelik. Dengan bantuan rakan-rakannya, Sukma cuba untuk menyelesaikan permasalahan itu. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada tetamu-tetamu misteri yang pernah ke rumahnya serta bertanya kepada rakan-rakannya. Sukma kecewa dan marah apabila mengetahui ramai rakannya yang terlibat dengan Kelab WX2. malah, ibunya ialah dalang kumpulan itu. Sukma telah memberikan maklumat kumpulan itu kepada Kak Ros yang sedang menyiasat kes itu.

Plot
6:20 (T3)
Klimaks Polis telah menggempur tempat aktiviti kumpulan tersebut. Semasa operasi dijalankan, ibu Sukma terkena tembakan ahli kumpulan berkenaan dan koma. Ruparupanya sangkaan buruk Sukma terhadap ibunya meleset apabila mendapati ibunya salah seorang yang membantu pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti kumpulan tersebut.

Plot
6:20 (T3)

Peleraian Sukma sedar bahawa prasangka terhadap ibunya tidak benar dan dia menyesal dan bersalah kerana mengesyaki ibunya.

Latar Tempat
Hikmat (T1)
Sekolah Dalam kelas Rumah Amri Hujung padang Tempat letak basikal Kawasan bendang Jalan ke pekan Farmasi Hospital

Erti Sebuah Pengorbanan (T2)


Kelas Tingkatan satu Dinamik Rumah datuk dan nenek Taman Segar Pantai Port Dickson Restoran Tasik New Zealand

6:20 (T3)
Banglo Taman Megah Kelab WX2 Dewan kuliah Rumah Ehsan Kafe Flora Dewan peperiksaan Tempat rehat Warung Pak Alias Rumah Aim Rumah Tuk Siak Kawasan tanah perkuburan Hospital

Latar Masa
Hikmah (T1) Erti Sebuah Pengorbanan (T2) 6:20 (T3)

Waktu siang Waktu tengah hari Waktu malam

Waktu senja Jam 7:35 pagi Jam 9:00 pagi Waktu petang Waktu malam

Jam 6:20 pagi Waktu petang Waktu senja Waktu malam

Latar Masyarakat
Hikmat (T1)
Masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Masyarakat yang suka membantu. Masyarakat yang insaf akan kesalahan ang dilakukan. Masyarakat yang mengalami tekanan hidup. Masyarakat yang melakukan jenayah.

Latar Masyarakat
Erti Sebuah perjuangan (T2)
Masyarakat yang penyayang. Masyarakat yang bertanggungjawab. Masyarakat yang bersabar apabila menerima dugaan. Masyarakat kampung yang berbilang kaum dan saling membantu. Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang yang disayangi. Masyarakat yang suka menyakitkan hati orang lain. Masyarakat yang memanfaatkan teknologi maklumat memudahkan komunikasi. Masyarakat yang mudah berprasangka buruk.

Latar Masyarakat
6:20 (T3)
Masyarakat mahasiswa yang rajin belajar. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh budaya Barat. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam perjuangan. Masyarakat Iban yang masih mengamalkan budaya dan adat resam nenek moyang mereka. Pegawai kerajaan yang cekap menjalankan tugas.

Gaya Bahasa
Hikmat (T1)
Bahasa Inggeris junior, senior, hero Bahasa Arab Masya-Allah (Hlm. 75) Simile tersengih-sengih macam kerang busuk (Hlm. 35) Metafora tangkai jiwa (Hlm. 35) Peribahasa ada udang di sebalik batu (Hlm. 45) Personifikasi Amri sendiri kurang pasti tetapi ingataningatan itu begitu galak terpapar dalam mindanya. (Hlm. 60)

Gaya Bahasa
Erti Sebuah perjuangan (T2)
Bahasa Inggeris no problem, honeymoon, library Bahasa Arab Assalamualaikum, Waalaikumussalam Personifikasi bersama angin malam yang lembut menyapa tubuhnya. (Hlm. 122) Hiperbola hatinya berbunga tatkala mendengar katakata Cikgu Julia (Hlm. 52) Peribahasa tawar hati, berkecil hati Simile bagaikan ada suatu perasaan aneh. Metafora wajah yang mencuka, matanya bersinar ceria

Gaya Bahasa
6:20 (T3)
Simile Reny seperti seorang fasilitator (Hlm. 62) Metafora mata keimanan (Hlm. 196) Personifikasi angin ikut mendakap bahu, melenggokkan pinggang (Hlm. 64) Bahasa Inggeris metal, underground, fall from grace Peribahasa berhati kering (Hlm. 90), kembali ke pangkal jalan (Hlm. 223)

Nilai
Hikmah (T1)
Kasih sayang Baik hati Bertanggungjawab Keberanian Ketaatan Bersimpati kesyukuran

Erti Sebuah Pengorbanan (T2)


Kasih sayang Baik hati Bertanggungjawab Keberanian Bersimpati Kerjasama Ketabahan Hemah tinggi Keinsafan

6:20 (T3)
Kasih sayang Baik hati Kerjasama Ketabahan Kesyukuran Keadilan Bersedia untuk berkorban

Pengajaran
Hikmat (T1)
Kita hendaklah patuh, taat kepada orang tua kita dan pandai menjaga hati dan perasaan seorang ibu. Kita haruslah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Kita hendaklah saling menolong antara satu sama lain. Kita hendaklah insaf apabila sedar terhadap kesilapan yang dilakukan sebelum ini. Kita mestilah mengelakkan daripada memburuk-burukkan orang lain. Kita wajib menggunakan wang daripada sumber yang halal.

Pengajaran
Erti Sebuah perjuangan (T2)
Kita perlulah saling menyayangi antara satu sama lain. Kita hendaklah membantu mereka yang mengalami kesusahan. Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Kita haruslah berani bertindak bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Kita hendaklah bekerjasama membanteras gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat. Kita hendaklah menjalankan tugas yang dipertanggungjawab dengan jujur dan amanah. Kita haruslah berfikiran rasional serta tidak mudah terpengaruh oleh perkara yang tidak baik. Kita hendaklah menasihati rakan yang telah membuat kesilapan supaya berkelakuan baik.

Pengajaran
6:20 (T3)
Kita perlu menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah. Kita haruslah menjalinkan hubungan persahabatan yang baik. Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Kita perlulah insaf dan mengakui kesilapan kita. Kita perlu berkorban demi kebahagiaan orang yang disayangi. Kita mesti memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi. Kita perlu berprasangka baik terhadap orang lain.

You might also like