You are on page 1of 2

Bismillah . Assalamualikum. Terima kasih tuan pengerusi majlis, panel kehakiman, guru guru serta hadirin sekalian.

. Tampilnya saya di sini untuk menyampaikan pidato yang bertajuk DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN . Sebelum pidato ini saya teruskan, elok kiranya kita sama sama memahami intipati yang terkandung dalam tajuk pidato ini. Berdasarkan kamus dewan , Disiplin asas kecemerlangan secara konseptualnya membawa maksud, peraturan dan pelakuan yang mengawal diri merupakan faktor penting bagi memastikan kejayaan dalam sesuatu bidang. Warga dewan yang cemerlang, Pada pagi ini akan saya nyatakan 3 bukti yang menunjukkan betapa disiplin itu merupakan perkara penting bagi menjamin sesuatu kejayaan.

Pertama, Disiplin asas kejayaan dalam bidang pelajaran. Tiada seorang pun mampu menafikan bahawa seorang pelajar yang berdisiplin, pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Dalam mencapai kecemerlangan , seseorang pelajar perlulah berdisiplin bukan sahaja dari segi sikap, malah perlulah mempunyai disiplin belajar. Pelajar perlu memberi tumpuan ketika di dalam kelas, menyiapkan kerja sekolah, menyediakan dan mengamalkan jadual ketika di rumah, menepati masa dan sebagainya Jika seseorang pelajar itu meminggirkan disiplin, pasti pelajar ini akan menemui kegagalan dalam pelajaran.. Nor Amalina Che Bakri dan Azali Azlan yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM pada 2004 dan 2007. Kedua dua mereka mempunyai pendapat yang sama iaitu disiplin asas kecemerlangan.

Kedua, Disiplin asas kecemerlangan dalam sukan. Ahli sukan yang tidak berdisiplin, adalah ahli sukan yang bakal menemui kegagalan dan kekecewaan. Sebaliknya , ahli sukan yang berdisiplin adalah ahli sukan yang bakal mencapai kejayaan. Sebagai ahli sukan, mereka

perlulah berdisiplin ketika menjalani latihan. Mereka perlu menepati masa , mendengar dan menerima tunjuk ajar jurulatih dan sebagainya. Di samping itu, ahli sukan juga perlulah berdisiplin ketika pengambilan pemakanan agar makanan yang diambil benar benar berkhasiat. Allahyarham Datok Hj Sidek ketika ditanya, rahsia kejayaan anak anaknya menggegarkan badminton dunia, beliau berkata, beliau bersyukur kerana memiliki anak anak yang berdisiplin. Bintang Squasy nombor 1 dunia juga pernah berkata, jika beliau tidak berdisiplin, pasti beliau tidak akan berjaya seperti sekarang.

Warga dewan berwawasan,

Ketiga,. Disiplin asas pengamalan agama. Biar apapun agama yang dianuti , tanpa disiplin, pasti pengamalan agama diketepikan. Bagi memastikan pengamalan agama yang konsisten, kita perlulah berdisiplin. Dalam Agama Islam telah ditetapkan perkara yang perlu diamalkan dan dilarang. Telah tersedia hukum hakam . Apabila seseorang itu mempunyai disiplin diri dalam mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangan, maka akan terhasilnya insan yang mukmin.Contohnya dalam sebuah keluarga, menjadikan disiplin itu sebagai asas pengamalan agama, maka akan terbentuklah keluarga yang bahagia dan berpegangan. Senario ini akan menghindarkan diri mereka daripada gejala tidak sihat. Di sini, lahirlah modal insan yang berkualiti dan sahsiah terpuji . Datok Dr Fazilah Kamsah pernah berkata Disiplin ketika mengamalkan suruhan agama adalah faktor terpenting melahirkan masyarakat yang kuat pegangan agamanya.

Kesimpulannya, 3 bukti yang saya nyatakan sebentar tadi , jelas menunjukkan bahawa , kita pasti menggenggam kejayaan dan kegemilangan dalam apa juga bidang yang kita ceburi , jika kita adalah insan yang berdisiplin .

Sekian, terima kasih.

Assalamualikum........

You might also like