You are on page 1of 4

Terangkan dengan membuat rujukan yang berkaitan tentang kepentingan dan kewajiban kemahiran saintifik dalam pembelajaran dan

pengajaran sains sekolah rendah (20%).

Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses tersebut kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Terdapat 12 jenis kemahiran proses sains dan 5 kemahiran manipulatif. Bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran sains di sekolah rendah kemahiran saintifik perlu ada pada murid. Kemahiran ini membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem. Murid juga boleh mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendali spesimen dengan betul dan selamat dan melakar spesimen peralatan dan bahan sains dengan tepat. Kemahiran saintifik sering kali kita dengar dalam mata pelajaran sains. Penerapan KS adalah amat penting untuk memastikan para pelajar dapat mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem selain daripada dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dalam Sains dengan berkesan dan bermakna. Kemahiran proses sains sering kali digunakan oleh guru-guru sewaktu di dalam kelas tanpa mereka sedari. Ini kerana di dalam pengajaran sains, KPS adalah amat penting selain daripada dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Sains ianya juga dapat membuat pelajar berfikir secara kreatif dan kritis (Rohiza Binti Husin, 2008) Bagi mata pelajaran Sains, ianya merupakan subjek yang praktikal (Miller, 1991). Ini bermaksud para guru haruslah menggunakan pendekatan pengajaran ke arah yang lebih praktikal berbanding teoritikal. Praktikal yang di maksudkan adalah aktiviti hands-on di mana para pelajar diberi kebebasan melakukan eksperimen untuk menguji sesuatu teori yang telah mereka

pelajari di dalam kelas. Guru-guru seharusnya menerapkan KPS yang berkenaan ketika sesi pengajaran Sains di dalam kelas. Menurut Ismail Jusoh, (1998) menyatakan bahawa dalam pengajaran sains hendaklah diterapkan KPS bersama-sama dengan isi kandungan yang disampaikan. Kelemahan pelajar dalam menguasai konsep Sains bukanlah masalah baru. Salah satu punca kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains ialah kurangnya penguasaan terhadap konsep Sains. Ianya akan menjadi lebih rumit jika pelajar tidak dapat memahami konsep Sains itu sendiri. Ini kerana setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbezabeza. Maka guru-guru di sekolah haruslah bijak memilih pendekatan yang bersesuaian agar para pelajar dapat memahami sesuatu konsep sains itu dengan mudah. Dalam melangkah menjadi sebuah negara yang maju, negara kita masih kekurangan golongan-golongan saintis yang sepatutnya dapat membantu membangunkan negara selain daripada golongan pekerjaan lain. Ini kerana kebanyakkan siswazah-siswazah dalam negara kita hanya mengetahui sesuatu bidang yang dipelajari secara teorinya sahaja. Apabila diberikan peralatan atau radas mereka tidak tahu mengaplikasikan apa yang dipelajari sejak dari sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Oleh itu seharusnya sejak dari sekolah rendah lagi, para pelajar didedahkan dengan kemahiran proses sains supaya masalah-masalah seperti ini tidak berlaku di masa hadapan agar kita dapat melahirkan lebih ramai para saintis dari negara kita. Pemupukan kemahiran proses sains di kalangan pelajar adalah satu agenda penting bagi setiap guru sains. Seseorang guru sains boleh membantu murid memahami prosedur dan piawai kerja saintis. Melakukan aktiviti dalam makmal dengan meniru budaya kerja saintis membolehkan hasil daripada sebarang aktiviti sains itu betul dan tepat serta boleh diterima pakai bukan sahaja oleh pelajar berkenaan tetapi juga orang-orang lain yang berminat. (Hazrulrizawati Bt Abd Hamid, 2007) Kurikulum sains sekolah rendah memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses dan manipulatif) dan kemahiran berfikir di samping pemahaman kepada prinsip asas sains serta pemupukan sikap saintifik dan nilai murni supaya melahirkan rakyat Malaysia

yang progresif dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan pengetahuan sains dan teknologi dalam proses pembangunan dan perindustrian. (Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng, 2001). Sebagai kesimpulan keseluruhan, berdasarkan maklumat kajian-kajian yang saya perolehi dari beberapa artikel membuktikan bahawa kemahiran saintifik perlu ada pada murid seawal persekolahan di sekolah rendah. Kemahiran saintifik perlu ada pada murid supaya mereka dapat mengkaji dan memahami alam sekitar. Kemahiran ini juga akan membantu murid dalam mencari jawapan kepada sesuatu masalah dan seterusnya membuat keputusan secara bersistem. Selain itu, murid juga akan tertarik untuk mempelajari mata pelajaran sains dan secara tidak langsung akan membentuk murid yang berfikir secara kreatif dan kritis. Apabila minat sudah wujud maka pencapaian murid dalam mata pelajaran sains akan meningkat dan seterusnya akan mewujudkan golongan saintis yang berdaya saing dengan saintis dari negara luar. Faedah paling utama adalah saintis-saintis ini akan dapat membantu negara membangunkan sektor pembangunan dan perindustrian negara.

Rujukan. Dokumen Standard Kurikulum Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2, http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view& gid=227&Itemid=83 Rohiza Binti Husain. April 2008. Penguasaan Kemahiran Memerhati Dan Kemahiran Meramal Dalam Mata Pelajaran Sains Di Kalangan Pelajar Tahun Lima Daerah Johor Bahru. 1 April, 2012, http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ROHIZAAP040265D2 008TTP.pdf Hazrulrizawati Bt Abd Hamid. Mei 2007. Perbandingan Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Dan Cara Penglibatan Pelajar Dalam Kaedah Amali Tradisional Dengan Kaedah Makmal Mikro Komputer. 1 April, 2012. http://Eprints.Utm.My/6471/1/Full_Tesis_Pdf.Pdf Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng. 2001. Satu Tinjauan Awal Konsepsi Kemahiran Proses Sains Di Kalangan Guru Sains Pkpg 14 Minggu Di Maktab Perguruan Batu Lintang. 5 April, 2012. http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/2001/2001_9_tanmt.pdf

You might also like