P. 1
Sekolah Bestari

Sekolah Bestari

4.75

|Views: 1,630|Likes:
Published by emi_ariyani

More info:

Published by: emi_ariyani on Jan 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT or read online from Scribd
See more
See less

03/09/2013

original

PENGENALAN SEKOLAH BESTARI

Sekolah Bestari Malaysia telah digubal pada tahun 1996 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi proses PnP dan pengurusan sekolah.

KONSEP SEKOLAH BESTARI
Sebuah institusi pendidikan yang dapat menggabungkan serta memberi penekanan terhadap: Pembelajaran berbudaya fikir Pemusatan kepada pelajar Penggunaan pelbagai media secara bijak Strategi PnP yang sesuai Pengurusan persekolahan yang efektif

KOMPONEN UTAMA SEKOLAH BESTARI MALAYSIA
  

  

Pengajaran-pembelajaran Pengurusan dan pentadbiran Sumber manusia, kemahiran dan tanggungjawab Proses Teknologi Dasar

OBJEKTIF SEKOLAH BESTARI

 

Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi Mendemokrasikan pendidikan Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan Memupuk perkembangan menyeluruh individu Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.

PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI

Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang menjalankan Projek Rintis Sekolah Bestari melalui proses CRFP(Concept Request For Proposal) selama 3 tahun. Kerajaan Malaysia berperanan sebagai arkitek dan penggerak Sekolah Bestari. KPM menyediakan garis panduan dan membekalkan kemudahan minimum kepada sekolah KPM juga menggalakkan semua sekolah di Malaysia menjadi Sekolah Bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri. Projek Sekolah Bestari diperkembangkan melalui proses CRFP sepertimana Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia yang lain.

4 Peringkat Proses CRFP untuk Sekolah Bestari

Peringkat 1: KPM mempelawa syarikat swasta atau institusi berminat untuk mengemukakan cadangan penyelesaian berasaskan dokumen dasar Sekolah Bestari dan CRFP yang dilancarkan pada Julai 1997 - 49 cadangan diterima, 25 cadangan disenarai pendek. Peringkat 2: Syarikat yang mengemukakan 25 cadangan yang dipilih telah membentuk 4 konsortium bagi mengemukakan cadangan penyelesaian bersepadu.

Peringkat 3: Tiga cadangan bersepadu dipilih, dan ketiga-tiga konsortium yang mengemukakan cadangan ini telah menyertai perundingan pelbagai hala.

Peringkat 4: Kerajaan memutuskan untuk memilih 2 konsortium bagi menyediakan Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari bagi 90 buah sekolah rintis di seluruh Malaysia.Kedua-dua konsortium ini telah membentuk syarikat usahasama iaitu Telekom Smart School Sdn.Bhd(TSS)

SEKOLAH BERKESAN

Ditakrifkan sebagai sekolah yang dapat mencapai kecemerlangan akademik dan juga dapat membentuk disiplin, sahsiah, kepimpinan dan sebagainya. Usaha-usaha untuk mencapai matlamat sekolah berkesan adalah melalui gagasangagasan seperti mewujudkan Sekolah Bestari, Sekolah Wawasan, Sekolah Harapan, Sekolah Contoh dan sebagainya.

CIRI-CIRI SEKOLAH BERKESAN
11 Ciri sekolah berkesan yang dirumus oleh Mortimore melalui kajiannya.

Kepemimpinan professional *menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Perkongsian wawasan dan tujuan *warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap Persekitaran pembelajaran *iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan.

Tumpuan kepada proses PnP *keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah Pengajaran yang bertujuan *kualiti pengajaran sebagai inti pati sekolah berkesan, di samping memiliki guru yang berkualiti Jangkaan kejayaan yang tinggi *sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang terhadap para pelajar Pengukuhan yang positif *dalam bentuk hadiah dan insentif bagi meningkatkan motivasi pelajar

Memantau kemajuan *sentiasa memantau kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur Hak dan tanggungjawab pelajar *menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar Hubungan rumah-sekolah *pentingnya hubungan rumah dan sekolah bagi meningkatkan keberkesanan sekolah Organisasi pembelajaran *mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu profesional

Ramaiah (1995) berpendapat dalam konteks Malaysia beberapa kriteria pengukuhan keberkesanan sekolah harus diterapkan secara berhati-hati kerana ada ciri-ciri tertentu seperti tuisyen persendirian dan konteks “bandar” dan “luar bandar” yang sangat mempengaruhi kriteria keberkesanan.

BUDAYA SEKOLAH BERKESAN

Nilai-nilai yang kukuh bagi mendorong persekitaran yang selamat, kondusif untuk belajar dan bebas daripada masalah disiplin atau vandalisma. Jangkaan yang tinggi terhadap tiap-tiap pelajar dan guru bahawa semua orang boleh berjaya. Kepercayaan bahawa kemahirankemahiran asas perlu diperolehi oleh semua pelajar.

Kepimpinan yang kukuh dan kepercayaan kepada kepentingannya. kepercayaan bahawa sekolah boleh memupuk perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pendekatan PnP, kurikulum, organisasi pembelajaran dan amalan sekolah yang peka kepada keperluan pelajar pelbagai kebolehan, budaya, latar belakang sosioekonomi dan tahap keistimewaan. Usaha yang gigih untuk menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang bukan sahaja pelajar terlibat dalam proses pembelajaran tetapi guru, pentadbir dan ibu bapa juga terlibat dalam pembelajaran berterusan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->