You are on page 1of 19

[KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL SEMASA]

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


AHLI KUMPULAN: Amidah binti Anna Maharani binti Mohamed Norfazida binti Mardi Siti Norliana binti Mohd Nor

APAKAH MAKSUD FALSAFAH?


Berasal dari Greece, yang bermaksud perasaan kasih kepada kebijaksanaan atau ilmu pengetahuan. Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.

APAKAH MAKSUD FALSAFAH PENDIDIKAN?


Falsafah pendidikan diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

LATAR BELAKANG FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah yang termaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara, serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

MATLAMAT FPK
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri :

Percaya kepada tuhan. Berakhlak mulia. Berilmu pengetahuan. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan; Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara; Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara; Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan; Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran; Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan; Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

PERANAN GURU vs FPK


* Mengelakkan daripada menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. * Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. * Menghormati masyarakat sebagai tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. * Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.

IMPLIKASI (FPK) DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA


Implikasi terhadap kurikulum
- Perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). - Perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Sambungan Implikasi terhadap pendidik


- Perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Implikasi terhadap institusi pendidikan


- Perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang. - Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN KANDUNGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual telah digubal bersesuaian dan selaras dengan hasrat FPK.
(Rujuk : Matlamat mata pelajaran PSV sekolah rendah)

Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual telah menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.

Sambungan..
Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif.
Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi.

MATLAMAT PSV SEKOLAH RENDAH


Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan

negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan


Kebangsaan.

OBJEKTIF PSV SEKOLAH RENDAH


Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh: 1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, 3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, 9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN OBJEKTIF SUBJEK PSV


ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan suatu usaha berterusan OBJEKTIF PSV melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,

Memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani serta sosial. (JERIS) Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

PERKAITAN FPK DENGAN OBJEKTIF SUBJEK PSV


ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan OBJEKTIF PSV - mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, - menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, -memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab

Rakyat Malaysia yang berketrampilan dan berakhlak mulia

Rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,

KESIMPULAN
Penyataan falsafah ini menggariskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasar kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama supaya dapat melahirkan insan yang baik dan sempurna.

Sekian, terima kasih.

You might also like